The life journey

Kembara Kehidupan

Candat Sotong Kuala Terengganu

Posted by hamydy on 14, May 2009

kt1kt2

Trip Mencandat Sotong dan memancing ke kuala terengganu pada 1-2 may 2009. Trip ini disertai seramai 8 orang. Untuk mendapatkan boat agak sukar kerana tarikh kami pergi ini hampir dengan tarikh pesta candat sotong Terengganu 2009. Nasib baik la member aku ada Pak Mertua dia orang situ, maka dapatla tempah boat. Untuk boat nelayan yang biasa ni maksimun pemancing hanya dibenarkan 8 orang sahaja oleh pihak maritim. kena lebih lesen boat tu boleh ditarik.

Disebabkan member aku tu keluarga mertuanya orang kuala terengganu, maka boleh dikatakan setiap tahun kalau dia balik kampung jika kena waktunya bergantung pada cuacala pasti dia akan ajak memancing laut atau pun candat sotong.

kt6kt7

Menaiki boat di “pangkalan keropok losong” kat pangkalan ni banyak boat2 yang membawa kaki memancing berlabuh. Dan jika kena pada waktunya kita boleh lihat pangkalan ini sesak dengan kaki pancing. Kebiasaanya kaki pancing akan naik kelaut selepas asar dan pulang ke darat selepas zohor. Dari pangkalan ini kita boleh lihat masjid kristal dengan jelas.

Semasa dilautan ombak dan ribut besar memang melanda kami. Ramai jugak yang mabuk laut, tapi sorang saja yang teruk sampai muntah2. Tip kalau nak elak muntah teruk ialah jangan makan terlalu kenyang sebelum menaiki boat, disamping tu ambil la ubat tahan pening dan muntah.

kt8kt9kt10

Mencandat sotong bukan lah mudah seperti kebanyakan orang cakap. Jika tak tahu teknik yang betul boleh jadi rugi. dalam 8org kami cuma 2 org saja yang betul2 pandai, so mereka la yang paling banyak dapat candat sotong.

kebiasaannya harga tempahan boat boleh mencecah sehingga RM1500 semalam jika orang luar. tapi jika kenal sesiapa orang tempatan dan tempah melalui kenalan harga boleh dapat kurang dari rm1000. So trip kami ni kira yang murah la kami dapat kami cuma berbelanja RM200 seorang untuk boat, minyak kereta, tol dan makan untuk 2 malam.

Leave a comment