The life journey

Kembara Kehidupan

Archive for the ‘Sukan’ Category

Hutan Simpan Ayer Hitam UPM ~ Bukit Puchong

Posted by hamydy on 4, March 2015


Bukit Puchong dan Air Terjun Hutan Simpan Ayer Hitam UPM
Bukit Puchong memang tidak asing lagi di kalangan penduduk Puchong malah ia turut di kunjungi oleh orang luar dari kawasan Puchong. Bukit Puchong ini merupakan salah satu lokasi untuk rekreasi mendaki. Bukit ini tidak la terlalu tinggi tetapi trek nya yang simple dan ada beberapa bahagian yang agak menegak memberikan suatu kepuasan kepada pengunjung yang inginkan senaman yang mengeluarkan peluh secara hiking dan trekking.

Ok berbalik kepada trip saya. Bukit Puchong ini selalu juga saya kunjung untuk riadah. Jika hujung minggu sabtu atau ahad seawal 6.00 pagi sudah kelihatan ramai pengunjung yang datang terutama dari pengunjung kaum cina, mereka memang terkenal dengan budaya senaman di awal pagi dan rajin senaman. Jadi jika anda sampai ke lokasi sekitar jam 7.00 pagi pun parking dah penuh. Jadi sebaiknya anda sampai di lokasi sekitar jam 6.45pagi, Solat subuh boleh dilakukan di masjid berdekatan.

Bukit Puchong Bukit Puchong

Ramai yang tertanya2 saya dimana Bukit Puchong ini. Sebenarnya Bukit Puchong ini adalah terletak didalam Hutan Simpan Ayer Hitam milik Pengurusan UPM. Trek hiking ini diikutkan pun salah disisi undang-undang kerana dah masuk dalam kawasan Hutan Simpan. Sebelum ini pun pernah kecoh dan masuk Akbar yang pengunjung Bukit Puchong adalah penceroboh. Siap di tutup laluan masuk trek ini. Tetapi disebabkan trek Bukit Puchong ini telah lama menjadi trek riadah penduduk disitu, maka pihak perhutanan dan UPM tidak terdaya hendak menghalang aktiviti ini. Oleh itu jangan hairan jika anda terlihat papan tanda ” Amaran Penceroboh akan didakwa” sepanjang trek Bukit Puchong. Mungkin setakat ini pihak berkuasa hanya pejam mata selagi pengunjung tidak pergi kawasan lain selain trek hiking sahaja.

Bukit Puchong Bukit Puchong

Oleh itu trek ke Air Terjun Hutan Simpan Ayer Hitam ini memang tidak dibenarkan masuk. Sekiranya terserempak dengan pihak Renjer pengunjung pasti akan di tahan dan ambil keterangan dan kemungkinan besar akan di denda. Jika di sabihkan kesalahan boleh didenda RM10,000.00 atau penjara 3 tahun. Dari Puncak Bukit Puchong memang terdapat trek ke Air Terjun, disebabkan pengunjung tidak dibenarkan masuk, oleh itu trek ini sedikit tertutup kerana jarang orang lalu, melainkan penyelidik UPM sahaja.

Pejabat Renjer
Laluan masuk yang sah dan Rasmi Pejabat Renjer UPM adalah melalui Taman Saujana Puchong iaitu di Jalan SP 10/13 Saujana Puchong dengan koordinat simpang masuk ialah  3.000778, 101.644190. Jadi kalau nak masuk secara sah boleh la masuk ikut sini dan mohon kebenaran di pejabat renjer ataupun buat permohonan terus dengan dekan UPM. 🙂

Lokasi Trek Bukit Puchong
Hutan Simpan Ayer Hitam ini terletak dikelilingi oleh Taman Puncak Kinrara, Taman Damai Utama, Taman Desaminium, Taman Lestari puchong, Taman Saujana Puchong, Taman Puchong Hartamas dan Taman Wawasan Puchong. Pintu Masuk Trek ke bukit Puchong yang sah dan utama hanya terletak di Taman Wawasan Puchong trek masuk adalah bersebelahan Apartment Sri Cempaka Bandar Puteri. Koordinat pintu masuk Bukit Puchong adalah 3.024689, 101.629714  dengan posisi 3°01’28.9″N 101°37’47.0″E.

Bukit Puchong Bukit Puchong
Ok berbalik kepada trip saya. saya sampai sekitar 7.15am. Mula mendaki jam 7.30am haftway mendaki tetiba ada peserta nak buang air besar, terpaksa patah balik, nak cari tandas berdekatan memang tak ada kecuali ke stesen minyak berdekatan atau surau yang berdekatan. Sib baik kawan dibenarkan tumpang tandas di salah sebuah kedai yang buka waktu itu :). So mula hiking semula jam 8.30am macam tu.
Bukit Puchong Bukit Puchong

Mula-mula hiking kawasan terbuka, sedikit mendaki dan licin jika selepas hujan atau basah, trek tanah merah. Diatas kawasan terbuka ini anda dapat lihat view kerana ia seperti bertebing curam, so tengok view dari atas kawasan lapang tersebut. Selepas melepasi kawasan lapang ini anda mula masuk ke trek permulaan hutan, anda akan mendaki lagi terasa jugak la kalau lama tak hiking, selepas itu trek mendatar semula dan anda akan jumpa 2 simpang.

Simpang kiri dan simpang kanan. Kedua2 simpang ini sama sahaja ia adalah satu pusingan ke puncak bukit. Jadi biasanya pengunjung akan bermula dari simpang kanan dan keluar melalui simpang kiri. Masuk sahaja ke simpang kanan, treknya bersih dan jelas kelihatan, selepas beberapa meter anda akan jumpa trek sedikit menegak untuk sampai ke puncak bukit.

Saya mengambil masa sekitar 30minit untuk sampai ke puncak, dengan kelajuan biasa sahaja. Di puncak ini kawasan nya lapang dan tiada view, ia dikelilingi oleh pokok2. biasanya pengunjung akan berehat sebentar sebelum turun melalui jalan lagi satu yang menuju semula ke simpang masuk tadi. Biasanya pengunjung akan buat beberapa pusingan sebelum selesai.
Bukit Puchong Bukit Puchong
Puncak Bukit Puchong
Dari puncak bukit akan kelihatan satu trek yang sedikit tertutup dan ada papan tanda larangan menceroboh, kekadang ada pila larangan masuk. Kalau nak tau ini la trek ke air terjun. Biasanya pengunjung tidak lalu dan tidak pergi ke trek air terjun ini. Kekadang pengunjung veteran terutama uncle2 cina tidak berapa suka kita masuk kerana jika terlalu ramai sangat menceroboh nanti seluruh kawasan trek bukit puchong ini akan di tutup seperti mana yang berlaku sebelum ini akibat ramai menceroboh ke air terjun. Koordinat Puncak Bukit Puchong adalah 3.015322, 101.636971 dengan posisi 3°00’55.2″N 101°38’13.1″E .
Bukit Puchong Bukit Puchong
Trek ke air terjun ini kelihatan sedikit kabur dengan daun-daun kering, tetapi treknya masih kelihatan dan treknya hanya satu, jadi susah untuk kita tersesat. Daripada puncak ke air terjun mengambil masa sekitar 40minit untuk sampai ke laluan 4wd. Setelah melalui trek ke air terjun ini dari puncak bukit puchong anda akan jumpa simpang satu laluan atas dan satu laluan bawah kedua-duanya menuju ke jalan 4WD.

Berhampiran simpang ini anda akan kelihatan peralatan kajian pelajar2 Botani UPM, Mohon jangan diusik. Jika anda ikut laluan bawah terus anda akan sampai ke jalan 4wd dan anda belok kiri sehingga jumpa papan tanda berdekatan laluan turun ke air terjun. Jika anda ambil simpang naik ke atas treknya berbukit dan sedikit curam dan anda akan jumpa jalan 4wd dan belok ke kanan sehingga jumpa laluan turun ke air terjun. Jika anda ambil simpang ke atas, jika jumpa jalan 4WD anda perlu belok ke kanan untuk ke air terjun.

Laluan 4wd ini boleh dimasukki oleh kereta dan motosikal tapi pintu masuknya saya tak sure dari mana. Jika anda sampai di laluan 4wd ini diharap anda berhati-hati supaya tidak terserempak dengan Pihak Renjer. Jika terjumpa anda mungkin akan di denda atau di halau keluar. Oleh itu jika sampai di laluan 4wd ini cepat2 anda turun ke waterfall dan lepak diam2 jangan buat bising. Harap pengunjung jangan buang sampah atau memasak di kawasan ini. Jagalah kebersihan 🙂 . Koordinat Air Terjun ini adalah 3.014648, 101.646842 dengan posisi 3°00’52.77″N 101°38’48.63″E .


Begitulah serba sedikit maklumat yang saya dapat kongsikan. Harap tiada pihak yang akan persalahkan saya jika anda tertangkap. Menceroboh masuk adalah risiko sendiri. Saya sendiri lebih suka hiking trek bukit Puchong sahaja, tidak suka masuk ke kawasan air terjun sebab tidak dibenarkan, melainkan anda mohon permit dari pihak UPM.

Tips
Sekiranya anda fit cergas dan boleh berlari, anda sebenarnya cuma perlukan masa 1 jam sahaja untuk trekking berlari dari Trek masuk Bukit Puchong ke Air Terjun.

Sekian

Berikut adalah Video dari YouTube yang sangat best sehingga teruja untuk explore Air Terjun ini 🙂

Kredit to ownernya Mr owlsomebrah

Info Tentang Hutan Simpan Air Hitam yang saya copy dari website UPM

Hutan Simpan Ayer Hitam

Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong merupakan destinasi yang sangat sesuai untuk dijadikan aktiviti rekreasi oleh pelajar dan juga staf. Pelbagai prasarana telah dibina untuk kemudahan para pengguna seperti penginapan, dewan serbaguna, surau, dapur, bilik mandi, tandas, padang dan tapak perkhemahan yang boleh menampung sehingga 150 orang dalam satu-satu masa.

Selain aktiviti rekreasi, Hutan Simpan Ayer Hitam boleh dijadikan destinasi aktiviti pengajaran, penyelidikan dan pengembangan. Aktiviti pengajaran yang biasa dijalankan di hutan ini merangkumi bidang sains perhutanan hingga kepada sains kayu serta pengurusan taman dan rekreasi. Bagi penyelidikan pula, pelbagai bidang termasuk silvikultur, pengurusan hidupan liar dan ekologi hutan. Dari segi pengembangan, aktiviti yang biasa dikendalikan di hutan ini termasuk kem perhutanan kem sains, kem motivasi, kem interpretasi hutan, kem ekologi dan pelbagai lagi.

Hutan ini merupakan satu-satunya hutan pamah dipterokarp yang masih wujud  dalam keadaan sempurna di Kawasan Lembah Kelang dan Putrajaya. Ia merangkumi Kompatmen 1, 2, 12, 13, 14 dan 15 dan dianugerahkan secara perjanjian jangka panjang selama 80 tahun kepada UPM oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Hutan yang terletak lebih kurang 20 kilometer daripada UPM ini mempunyai pelbagai keunikan seperti merupakan sejarah peninggalan penempatan Orang Asli, kesan tinggalan sejarah perang, mempunyai pelbagai rupa bentuk muka bumi seperti jeram perigi, jeram belanga, bukit sawa busu serta memiliki 127 spesies flora dan 197 spesies fauna.

Maklumat lanjut, sila klik di sini untuk melayari laman sesawang Fakulti Perhutanan.

Hutan Dipterokarp = Kawasan hutan yang terdapat di ketinggian antara 300 hingga 750 meter dari paras laut.

  • En. Paiman Baiwon
  • 03-89467162/7219/7171
  • Kemaskini Terakhir 24 02 2012 ( hairul_nizam )

 

———————————————————————————
Video yang menjadi Viral di media sosial

Update : 8/4/2015 jam 9.31am

Semenjak video yang awesome yang dibuat oleh saudara ownernya Mr owlsomebrah menjadi viral di media sosial dan juga di web http://thevocket.com/ (http://thevocket.com/tidak-boleh-dimasuki-sewenang-wenangnya-tempat-ini-digelar-syurga-tersembunyi-malaysia/) Tetiba entri saya berkaitan dengan hutan simpan ayer hitam ini menjadi hit. Huhuhu terasa bersalah pulak sebab share. Sebenarnya video Mr owlsomebrah ni dah lama dah dia buat, tapi sebab best dan awesome maka tetiba jadi viral. Sekarang semua orang tau. Harap tiada la yang menceroboh dan merosakkan hutan simpan tu yer.

Saya mula perasan dalam media sosial FaceBook video oleh encik Mr owlsomebrah ini mula di share dan viral dari web http://thevocket.com setelah 2 minggu entri saya di post. Saya mula post entri ini pada 4 March 2015 dan video ini mula di post dalam http://thevocket.com pada 28 March 2015. Dan kalau ikut statistik saya Hit pembaca untuk entri ini mula meningkat dengan mendadak pada 28 March 2015 juga.. huhu

😦 maaf yer Mr owlsomebrah bukan saya yg share dalam media sosial

Mungkin selepas pihak renjer UPM akan buat kawalan akan lebih ketat..

Advertisements

Posted in Jom Piknik, Pendakian Gunung, Sukan | Tagged: , , | Leave a Comment »

Bukit Gasing ~ F&N Treasure Hunt

Posted by hamydy on 18, May 2014

F&N Treasure Hunt Bukit Gasing
F&N Treasure Hunt
18 May 2014 saya telah terlibat sebagai salah seorang Urusetia untuk Program F&N Treasure Hunt. Program khas bagi kakitangan F&N ini telah diadakan di Bukit Gasing. Sebanyak 6 cek point telah di sediakan untuk peserta F&N Treasure Hunt ini. Peserta Treasure Hunt ini dibahagikan kepada 7 kumpulan semuanya. Di setiap cek point terdapat tugasan yang akan diberikan untuk dilengkapkan.
F&N Treasure Hunt Bukit Gasing F&N Treasure Hunt Bukit Gasing
F&N Treasure Hunt Bukit Gasing F&N Treasure Hunt Bukit Gasing
Cek point ini melalui trail-trail ringkas iaitu melalui menara pandang, Taman Rekreasi dan juga melalui laluan utama. Setelah habis keenam cekpoint peserta berkumpul di lokasi taman permainan kanak-kanak berhampiran pintu gerbang bukit gasing untuk sarapan dan juga melalkukan tugasan berkumpulan terakhir.
F&N Treasure Hunt Bukit Gasing F&N Treasure Hunt Bukit Gasing
F&N Treasure Hunt Bukit Gasing F&N Treasure Hunt Bukit Gasing
Progam ini tamat sekitar 11.30am dengan acara penyampaian hadiah kepada kumpulan yang berjaya. Memang seronok terlibat dengan kakitangan F&N ini semuanya memberikan kerjasama berkumpulan yang baik dan sporting. Terima kasih.

Sekian

Tugasan Paling Susah
Imej 3D yang perlu mencari Ibu Burung bagi makan 3 ekor anak. Kejulingkan mata untuk tengok pic ini. Dah balik umah tenung dalam PC baru saya berjaya nampak.
F&N Treasure Hunt Bukit Gasing

Ok la sebab ramai yang telah whatsap saya bertanya dimana imej burung bagi makan anak maka saya tunjukkan lebih kurang gambarnya seperti di bawah. Apa yang kita nampak adalah bentuk imej burung bagi makan dengan warna seperti background cuma kita akan nampak dia timbul. seperti dibawah. Kita cuma nampak bentuk sahaja dan bukannya gambar burung.
F&N Treasure Hunt Bukit Gasing
Memang susah nak buat fokus mata supaya juling tanpa melihat pada satu2 warna. jika anda terfokus pada satu2 warna maka susah nak nampak bentuk. dan jangan cari bentuk burung apa anda kena buat adalah tengok ditengah2 foto sambil juling2 kan mata anda atau lihat seolah2 anda lihat menembusi foto tersebut barulah anda akan lihat.

satu hari saya duk tenung benda ni, bila dapat sahaja lihat bentuk burung dan anaknya dalam sarang maka sangatlah gembira.. saya ambil masa lama juga untuk betulkan kembali penglihatan saya… :D, mana tak semua saya nampak dua..so dinasihatkan selepas anda berjaya lihat bentuk burung ..anda pejamkan mata beberapa minit dan selepas itu cuba baca perkataan pada buku.

ok selamat mencuba..

Posted in Riadah Santai, Sukan | Tagged: , | 1 Comment »

Bukit Puchong 2013

Posted by hamydy on 2, December 2013

Bukit Puchong
Bukit Puchong
Bukit Puchong yang terletak di tengah-tengah kawasan Pucong ini merupakan destinasi terbaru saya ekprolasi sebagai tempat rekreasi. Bukit yang terletak dalam Hutan Simpan Negeri Selangor merupakan tempat rekreasi yang bukan baru bagi kalangan penduduk Puchong. Tempat ini telah lama menjadi tempat rekreasi mendaki.
Bukit Puchong Bukit Puchong
Saya baru sahaja di perkenalkan oleh seorang kawan tentang lokasi ini, jadi hujung minggu saya mencuba mendaki di bukit Puchong ini. Ada beberapa pintu masuk ke Hutan Simpan ini. Tetapi trek yang jelas dan paling ramai gunakan adalah trek yang masuk bersebelahan Apartment Sri Cempaka Bandar Puteri. Biasanya awal pagi akan kelihatan banyak kereta parking disini. Jalan masuk juga senang koordinat seperti berikut 3.024716, 101.629785 .
Bukit Puchong Bukit Puchong
Diawal pendakian agak sedikit curam dan anda akan dapat lihat view Bandar Puteri. Memang menenangkan bila berada tempat tinggi lihat view.

Trek yang agak santai dan memerlukan mendaki 3 buat bukit untuk sampai ke puncak Bukit Puchong. Jika anda cergas biasanya anda akan mengambil masa sekitar 45minit untuk sampai ke puncak Bukit Puchong.

Di Puncak bukit Puchong tiada view yang boleh kita lihat, memandangkan hutan simpan ni hutan dara maka hutan agak padat dan masil seperti asal. Trek masuk memang jelas kelihatan dan sukar untuk kita tersesat.
Bukit Puchong Bukit Puchong
Laluan ke puncak ada dua simpang yang pusing ke jalan keluar yang sama. biasanya pengunjung akan mendaki dan turun ikut laluan yang berbeza.

Maaf pic saya dah tak boleh upload sebab dah penuh memori 😦

Sekian

Posted in Riadah Santai, Sukan | Tagged: | Leave a Comment »

Bukit Gasing ~ Latihan Pre Mt Kinabalu

Posted by hamydy on 26, May 2013

Gasing
Bukit Gasing
Latihan Pre Kinabalu kali ini di bukit gasing merupakan latihan terakhir sebelum kami mendaki Mt Kinabalu pada 31 May 2013 ini. Ramai yang tidak percaya yang bukit gasing ini boleh dijadikan sebahagian dari latihan. Latihan kali ini saya buat lain dari biasa, memandangkan saya tidak sempat untuk buat latihan ke Gunung Nuang, Gunung Irau dan Gunung Datuk sebulan sebelum tarikh mendaki disebabkan kekangan tugas maka untuk latihan akhir ini saya buat Latihan 5 jam di Bukit Gasing. Bagi mendapat kepenatan yang hampir sama dengan mendaki Mt Kinabalu maka perlu buat 5-6 jam dengan merancang laluan trek tertentu di Bukit Gasing.
gasing
Berikut adalah laluan Trek Bukit Gasing yang telah saya rancang dengan bantuan salah seorang rakan saya iaitu Mr Siva yang merupakan pendaki tetap Bukit Gasing. Kami memulakan latihan jam 7.30am, dengan peserta yang datang sebanyak 11 orang.
Gasing Gasing

Gasing Gasing
1. Trek Kuil dan Menara Telekom
Trek ini memang menegak dan tinggi, ada 3 laluan untuk ke kuil ini. Mana2 pun boleh. Biasanya pendaki akan memilih laluan naik dan turun yang berbeza. Untuk Trek ini kami ulang 2 kali, jadi dapat 2 bukit yang mencanak 2 kali, nak tercabut lutut jugak peserta yang lama tak traning. tapi semua ok dan bersemangan.
 
Gasing Gasing

2. Trek Menara Pandang
Selepas turun dari trek kuil yang pertama kami melalui trek ke menara pandang. Dari menara pandang ini kita akan dapat lihat puncak Kuil, trek ini kita dapat merasa tangga, walaupun tidak tinggi sangat, sebab i menegak dan bertangga maka dapat la merasa kaki ni latihan tangga. Selepas turun trek menara pandang kami ulang trek kuil kali kedua selepas tu kami turun trek kuil melalui trek Tangki Air. kat sini sudah satu bukit.
Gasing Gasing
3. Trek Tangki Air
Trek tangki air ni jalan tar, ada 2 tangki air, satu rendah dan satu tinggi yang turun dari kuil. jadi di trek ini anda boleh sambung buat latihan dengan berjoging naik dan turun 2 kali sebelum meneruskan ke trek lain. Kat trek ini kalau kita buat ulang alik dapat la merasa 1 bukit yang sederhana.
Gasing Gasing
Gasing Gasing
4. Trek Taman Rek Rekreasi
Setelah selesai trek tangki air kami meneruskan trekking ke menuju ke Taman Rek Reasi yang terletak di tengah2 hutan bukit gasing. Dari trek tangki air kami akan melaui sungai dan mula mendaki bukit yang sederhana tinggi sebelum sampai ke Taman Rekreasi. Di taman rekreasi kami berhenti rehat dan makan. Di sini ada kemudahan pondok dan tandas. Kelihatan juga pengunjung yang mandi manda di sungai. Taman Rekreasi ini baru sahaja siap tahun ini. Untuk trek ini kita dapat 1 bukit yang sederhana.
Gasing Gasing
5. Trek Bunglow Lama Terbiar
Setelah selesai berehat di Taman Rekreasi kami meneruskan trekking melalui Trek Bunglow Lama. Bunglow lama yang nampak scary ini dah lama terbiar rasanya bunglow ini di bina zaman british dahulu dimana kawasan ini dahulunya sebahagiannya adalah estet. Trek ini memang mencabar sebab menegak dan bertangga.. memang menyengat la kaki lalu trek ini. kat trek ini kita dah dapat 1 bukit. selepas trek bunglow ini kami menerus trekking ke Trek Jambatan Gantung.
IMG-20130525-02340 Gasing
6. Trek Jambatan Gantung dan Bukit Abu Bakar
Trek ini memang trek kebiasaan para pengunjung lalu. Di trek ini kita akan melalui satu jambatan Gantung yang terletak betul2 belakang rumah Bunglow. Jadi kalau nak shortcut boleh masuk terus ke jambatan gantung ini melalui rumah bunglow tepi jalan. Selepas melalui jambatan anda akan mula mendaki satu bukit. selepas turun bukit ini akan jumpa anak sungai kecil kekadang kering. Dari anak sungai kecil yang hampir kering ini kiata akan mula mendaki Bukit Abu Bakar, Trek bertangga dan menegak, memang tinggi. Sesuai untuk latihan kaki. di trek ini biasanya pengunjung atau pun para pendaki yang buat latihan akan membuat berulang kali trek ini sehingga penat. Sebelum ini ada 2 orang pendaki yang hendak mendaki Gunung Kilimanjaro telah membuat latihan di trek ini hampir setiap minggu dengan 12-20 kali pusingan dengan membawa beg beban berkilo2. Memang terbaik la mereka.

setelah selesai trek Jambatan gantung dan Bukit Abu Bakar kami mula trekking pulang ke pintu gerbang. Keseluruhan latihan tamat pada jam 12.30 tengah hari. Ngam-ngam 5 jam. Kesemua peserta puas dan rasa teruja dengan latihan ini dan tidak sagka buleh buat latihan seperti ini tanpa pergi jauh ke gunung2 lain seperti Nuang dan Datuk. Jadi rumusan dari latihan ini kami berjaya mendaki 7 buah bukit dalam hutan Bukit Gasing ini.

Selepas latihan ini para peserta hanya akan membuat latihan stamina dengan berjoging sahaja kerana tinggal 1 minggu sahaja lagi untuk ke Mt Kinabalu.

Sekian Laporan

Posted in Pendakian Gunung, Riadah Santai, Sukan | Tagged: | Leave a Comment »

Pantai Kerachut Penang

Posted by hamydy on 12, May 2013

Pantai Kerachut

Pantai Kerachut Penang
Peluang pulang ke kampung untuk membuang undi, saya tak lepaskan peluang untuk singgah ke Penang. Memandangkan tiket banyak dah habis jadi saya mengambil keputusan pulang dari Penang. Tiket pula malam jadi siangnya saya buat last minit trip ke Pantai Kerachut. Dah lama nak pergi pantai tu. Hendak pergi ke pantai tu kena trekking bukit2 jadi sesuai juga buat saya yang hendak pergi kinabalu hujung bulan ini.

Pantai Kerachut Pantai Kerachut

Pantai Kerachut ini terletak dalam kawasan taman Negara Penang. Tiada bayaran masuk dikenakan, anda perlu mendaftarkan diri sahaja di buku pendaftaran sebelum masuk. Terdapat beberapa trek dan destinasi, saya hanya pilih untuk ke Pantai Kerachut sahaja. Semasa daftar kita akan diberikan map trail sebagai panduan. Terdapat 7 lokasi singgahan di trek taman negara ni iaitu Pantai Pasir Pandak (483m), Sungai Tukun (934m), Pantai Teluk Aling (1647.2), Teluk Duyung@Monkey Beach (3396.2m), Rumah Api (4668.2), Teluk Kampi (4901m) dan Pantai Kerachut (3405m).

Pantai Kerachut Pantai Kerachut
Pantai Kerachut Pantai Kerachut

Trek ke Pantai Kerachut mencabar jugak la..maksud saya kalau yang tak biasa exercise tercungap2 jugak la. kalau tak silap saya seingat saya kena melalui 2 bukit dan treknya juga panjang. Perjalanan untuk sampai ke Pantai mengambil masa 1 jam 30 minit dan jarak 3405m. Trek ada menaik dan menurun ada sedikit bertangga dan laluannya bersih. Ramai pengunjung menjadikan Trek-trek ini sebagai tempat untuk exercise pada sebelah pagi dan petang. sebelum sampai ke pantai anda akan merentasi sebuah jambatan gantung yang sederhana panjang.

Pantai Kerachut Pantai Kerachut
Pantai Kerachut Pantai Kerachut

Pantai Kerachut memang cantik, lokasi pantai ini yang tidak tercemar membuatkannya masih kekal cantik dan bersih. Pasir pantai yang putih dan halus seperti manik, memang membuatkan kita terpesona. Di pantai ini juga merupakan tempat singgahan penyu. Terdapat beberapoa kemudahan yang disediakan disini seperti Dewan aktiviti, Tandas dan lokasi untuk perkhemahan. Terdapat juga sebuah jetty di sini yang menjadi tumpuan kaki pancing.

Pantai Kerachut Pantai Kerachut
Pantai Kerachut Pantai Kerachut
Pantai Kerachut Pantai Kerachut
Pantai Kerachut Pantai Kerachut
Sekian

Posted in Cuti2 Malaysia, Riadah Santai, Sukan | Tagged: | 7 Comments »

Taman Saujana Hijau ~ Putrajaya

Posted by hamydy on 28, January 2013

Taman Saujana Hijau
Taman Saujana Hijau Presint 11 ~ Putrajaya
Taman ini merupakan lokasi terbaru yang saya jumpa, sebenarnya taman ni dah ada lama cuma saya jer yang tak tau. Terdetik hendak pergi ke taman ini apa bila terlihat seorang rakan saya post gambar di FB nya. Tengok cantik dan teruja hendak pergi.
Taman Saujana Hijau Putrajaya Taman Saujana Hijau Putrajaya
Taman Saujana Hijau ini terletak di presint 11 Putrajaya dan terletak di atas bukit, Lanskapnya terdiri dari dua buah bukit kecil. Pemandangan memang cantik dan taman ini saya lihat diselenggara dengan baik. Rumput dan pokok2 terjaga dengan baik. Sering kali tempat ini dijadikan lokasi untuk para pengantin bergambar kenangan (Outdoor Shoot)

Bagaimana hendak pergi
Mudah sahaja anda cuma perlu cari jalan menuju ke Balai Polis Persint 11, Jika anda jumpa Balai Polis persint 11 maka anda akan jumpa taman ini. Gunakan Google maps, waze dan GPS, pasti jumpa.

Tak banyak yang boleh saya ceritakan tentang Taman ini sbbnya baru pertama kali datang. Itupun sekejap sahaja, saya sampai sekitar jam 5.00pm jalan2 sekejap dah nak masuk magrib.

Aktiviti yang menarik dibuat disini adalah joging sambil menghirup udara segar.

Sekian..

Posted in Kesihatan, Riadah Santai, Sukan | Tagged: , | 1 Comment »

Selamat Hari Raya Aldilfitri 2012

Posted by hamydy on 18, August 2012

Salam semua pembaca blog saya. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Semoga Lebaran kali ini memberikan kita lebih makna.

Selamat Bercuti dan bergembira bersama keluarga.

Posted in Agrotek, Backpacker, Blogroll, Cuti2 Malaysia, Fotografi, Jalan2 Cari Makan, Jom Piknik, Jurnal Kehamilan, Kesihatan, Koleksi Buku Lelong, Melancong, Memancing, Multimedia ICT, Pendakian Gunung, Riadah Santai, Ruangan Perniagaan, Sajak Nusantara, Sukan, tiada | Tagged: , , | 2 Comments »

Rock Climbing Gua Damai Batu Cave

Posted by hamydy on 4, March 2012


Gua Damai Batu Cave
Lokasi Gua Damai Batu Cave ini tidak asing lagi kepada pecinta sukan lasak jenis Rock Climbing, Abseiling dan yang sewaktu dengannya. Lokasi ini juga pernah popular dalam siri drama yang dilakonkan oleh Umi Aida. Setelah pulang dari Kidney run saya meneruskan aktiviti rock climbing ini bersama ahli2 kelab.

Aktiviti ini di ketuai oleh pakar tali iaitu En Rashid. Semua kelengkapan disediakan oleh beliau. Kebiasanan caj menggunakan khidmat beliau sekitar minimum RM50. Gua Damai ini selamat dan selesa. Terdapat kemudahan Toilet dan Kemudahan Wall Climbing. Trek-trek tali sudah ada. Terdapat yang susah dan ada yang senang. Kami cuma buat 3 trek sahaja iaitu 1,2,3. Trek 1 untuk panaskan badan rendah sedikit, Trek 2 lebih tinggi dan agak sukar dan trek 3 paling tinggi tetapi senang.Aktiviti ini berlangsung sehingga jam 5.00pm.



Inilah Gua Damai. Gua ini boleh dinaiki menggunakan tangga besi yang disediakan. tetapi pintu tangga tu berkunci saya tidak pasti bela dibuka untuk orang ramai atau ditutup untuk tujuan keselamatan. Lokasi Gua Damai ini terletak dibelakang Batu Cave (Kuil Hindu), Jadi kalau hendak pergi ke Gua Damai ini  mudah sahaja dari MRR2 terus ambil simpang ke Sri Gombak, Terus cari Kampung Melayu Wira Damai Batu Caves, Selangor.


Kawasan climbing ini ramai semasa hujung minggu. Selain orang tempatan tempat ini sememangnya sudah terkenal dikalangan warga asing yang belajar di UIA dan yang tinggal di Kuala Lumpur. Semasa saya naik tabur pada 3.3.2012 saya terjumpa warga Perancis, dia pun ada bagitau saya yang dia selalu rock climbing kat Gua Damai tu.

Posted in Pendakian Gunung, Sukan | Tagged: , , | Leave a Comment »

Kidney Run 2012

Posted by hamydy on 4, March 2012


Kidney Run 2012
Tahun ini larian bagi mempromosikan Derma Organ Buah Pinggang ini berlangsung di Dataran Merdeka pada 4 Mac 2012. Ramai yang turut serta larian ini. Kebetulan di Padang Merbuk juga ada larian One Vision rasanya. Tetapi larian buah pinggang ini yang paling banyak penyertaan.

Terdapat booth2 yang di ditempatkan bagi mendaftar orang ramai yang ingin menjadi penderma buah pinggang. Jangan risau jika kita mendaftar. buah pinggang hanya akan diambil setelah kematian kita sahaja bukannya semasa tengah nazak. Terdapat ramai pesakit buah pinggang ini di malaysia. Larian ini ada 3km, 5km dan 7km.

Larian ini turut juga disertai oleh Kak Habibah dan Kak Ila peserta Kinabalu bulan April ini, sebagai sebhagian dari latihan untuk mendaki nanti.

 

Posted in Kesihatan, Riadah Santai, Sukan | Tagged: | Leave a Comment »

Menabur Batu Cave Menuang Janda Baik – Latihan Pre Kinabalu 2012

Posted by hamydy on 7, February 2012

Pakej Latihan ni saya saja namakan seperti itu sebab Latihan Hujung Minggu ini melibatkan 4 tempat yang yang betul2 meningkatkan stamina sempena persediaan mendaki gunung kinabalu.

Bukit Tabur West, Bukit Tabur East, Batu Cave dan Gunung Nuang melalui Janda Baik.

Terima kasih dan tahniah kepada 3 orang peserta Mt Kinabalu iaitu Cik Andrita, Cik Marlina (24-25 Feb 2012) dan En Fahlulhadi (22-24 Aprl 2012)

Terima kasih juga kepada rakan2 kelab KOHM dan Rakan2 pendaki yang sama2 turut menjayakan latihan ini.

Bersambung…. (disebabkan buat masa ni WORDPRESS tengah ada gangguan saya tidak dapat nak upload pic yang lain..mungkin sikit hari lagi bila wordpress dah ok ..saya upload semula…buat masa ni cuma boleh upload melalui email..jd susah sikit sebab tak boleh upload direct..

Posted in Pendakian Gunung, Sukan | 5 Comments »