The life journey

Kembara Kehidupan

Archive for August, 2014

Medan Selera Rasta TTDI

Posted by hamydy on 30, August 2014

Rasta
Medan Selera Rasta TTDI
Jalan-jalan cari makan kali ini membawa saya ke Medan Selera Rasta. Tempat ini dah biasa saya datang sebelum ini, tapi tak pulak saya masukkan dalam entri blog saya. Kebetulan saya berada di Taman Tun Dr Ismail TTDI, maka saya singgah makan disini.
Rasta Rasta
Apa yang menariknya medan selera ni. Sebenarnya ia macam medan selera yang lain jugak, cuma medan selera ini menjadi tumpuan lepak minum kebanyakkan org melayu di kawasan ini. Masuk sahaja medan selera ini ada akan didatangi wakil-wakil gerai yang memberikan menu-menu meraka. Anda baca menu dan pilih makanan yang hendak dipesan.

Ada banyak gerai dalam medan selera ini dan pelbagai jenis menu dari masakan kampung, western hinggalah ke masakan thailand dan Indonesia. Pengunjung akan betambah ramai jika malam minggu. Antara menu yang menjadi bualan pengunjung dan jika di google kebanyakkan menyuruh kita mencuba Burger Bakar Rasta.

Kawasannya Medan selera ini besar dan ada shop-shop kedai yang menjual pakaian, buku-buku dan juga kedai mencuci kenderaan ‘car wash’. Jadi sambil menjamu selera, kita bolehlah melihat barangan atau pakaian yang boleh dibeli. Lagi menarik, sambil menjamu selera di sini, kita juga akan dihiburkan oleh kumpulan pemuzik yang bergerak dari meja ke meja, tapi masa saya datang lewat petang tak ada mungkin bila malam dan malam minggu.

Bagi peminat bola dan kaki bola, Medan Selera Rasta ini merupakan pilihan untuk menonton perlawanan bola sepak secara live bersama kawan-kawan selain dari menonton di Restoran Mamak. Kalau ada bola dan pasukan faveret boleh tahan jugak sesak dan meriah dengan penyokongnya.

Lokasi Medan Selera
Tepi jalan
Bersebelahan Lebuhraya Penchala Link
dan Persimpangan Jalan Datuk Sulaiman
di jalan Penchala Hilir 1

Koordinat : 3.1585656,101.6259682

Sekian

Advertisements

Posted in Jalan2 Cari Makan | Tagged: , , | Leave a Comment »

Kedai Buku Online Stormreaders

Posted by hamydy on 24, August 2014

stormreaders
Kedai Buku Online Stormreaders
Entri kali ini berkenaan dengan Kedai Buku Online. Surfing2 di internet saya telah terjumpa kedai buku online dari Syarikat Stormreaders. Sebenarnya banyak lagi kedai-kedai buku online kalau kita google. Kedai buku ini banyak menjual buku-buku berunsur Islamic. Saya rasa menarik untuk dikongsi bersama pembaca. Dengan Pembelian online ini anda boleh mendapatkan buku yang di beli secara POS dan juga secara ambil sendiri di stokis2 yang berhampiran. Selain buku-buku syarikat ini juga turut menjual produk-produk kesihatan berasaskan herba-herba.
stormreaders stormreaders
Saya juga pernah singgah di premis utama kedai buku ini yang terletak di alamat berikut:

STORMREADERS NETWORK SDN. BHD
11A, Jalan PJU 10/10B, Saujana Damansara PJU 10,
Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, 47830, Malaysia
Tel: 03-6141 8684/ 85
TALIAN BEBAS TOL : 1-800-88-4787
Faks: 03-6141 8655

Cara hendak membeli
Cara pembelian online ini mudah sahaja pertama sekali anda klik ke link Kedai Buku Stormreaders selepas itu anda boleh la mencari buku2 yang anda minati dan klik icon beli. Selepas dah pilih semua buku then barulah buat proses pembayaran, jika anda pertama kali anda perlu register akaun (free) untuk memudahkan anda membuat pembelian akan datang dan juga untuk menyemak pembelian anda.
stormreaders
Setelah pendaftaran di buat anda boleh menyemak senarai belian, Semak maklumat penghantaran, semak maklumat pembayaran dan seterusnya membuat pembayaran secara Bank In, online dan juga Kad Kredit. Walaupun proses pembelian ini ada beberapa step tapi ia la susah sangat.
stormreaders stormreaders
Setelah dah semak maklumat penghantaran, maklumat pembayaran anda boleh terus buat pembayaran mengikut cara yang anda pilih. Setelah pembayaran dibuat anda akan mendapat resit pengesahan. dan pembelian suda berjaya :). Anda juga boleh login dan lihat semula status tempahan anda di web tersebut.

stormreaders

Saya juga turut mendaftarkan diri sebagai penjual buku Online dari Syarikat Stormreaders ni,

 

Berikut adalah Contoh Buku-buku yang dijual

Dibawah ini adalah contoh-contoh buku yang ada dijual di Store buku online saya. Sila klik mana-mana buku dibawah untuk terus ke laman Store Buku Online saya atau boleh klik link dibawah:

http://www.stormreaders.net/abdulhamydy


TBTP1016 R03-080 Al-Quran Tawafuq Satu Bukti Mukjizat
Telaga Biru

RM90.00  

TBBK1282 R02-025 Jana Duit Dengan Membayar Hutang
Anuar Haniff & Dr. Mohd Nizal Haniff

RM14.00  

VKBK1019 R06-035 Kembara Ustaz Isu 13
Visi Kreatif Team

RM5.00  

SRGQ1029 – SC – Majalah GenQ Isu 29
Mix Artist

RM7.00  

TBMU1021 – SC – Majalah Al-Ustaz Isu 21
Mix Artist

RM9.00  

TBMJ1063 – SC – Majalah Solusi Isu 63
Mix Artist

RM10.00  

MBSG1002 R20-017 Syifa Gold : Pure Honey 500mg
Syifa Gold
Out of Stock
RM40.00  

MRDVD1003 R24-084 30 Min Bersama Ust Don – Wudhu’ & Taharah
Ust Don

RM19.90  

MRDVD1002 R24-083 30 Min Bersama Ust Don – Wudhu’ & Tayamum
Ust Don

RM19.90  

MRDVD1001 R24-085 30 Min Bersama Ust Don – Air Mutlak
Ust Don

RM19.90  

TBBK1026A R02-033 300 Hadis Bimbingan (Edisi Kemas Kini )
Dr Hj Zahazan Mohamed & Ahmad Hassan Mohd Nazam

RM26.00  

TBBK1263 R02-029 Sabil Al-Muhtadin Solat-solat Sunat
Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri & Mohammad Haidzir Hussin

RM20.00  

TBBK1269 R01-081 Surah Yasin Dengan Panduan Wakaf & Ibtida
Telaga biru

RM6.00  

TBAQ1003 R03-083 Al-Quran Wakaf Ibtida Berserta Bimbingan Tajwid
Telaga Biru

RM95.00  

TBBK1142A R01-052 Ringkasan Riyadhus Solihin – Edisi Kemaskini
Syeikh Yusuf bin Ismail An-Nabhani

RM50.00  

NRKM1001 R20-001 Khall Manna 25sx10ML
Nr Bashirah

RM90.00  

Posted in Ruangan Perniagaan | Tagged: , , , , | Leave a Comment »

Muzium Diraja Jalan Istana

Posted by hamydy on 17, August 2014

Aku Ikon Patriotik 2014
Program Belia Aku Ikon Patriotik 2014
Pada tarikh 16 Ogos 2014, Telah berlangsung satu Program sempena bulan Kemerdekaan 2014 yang dilancarkan di Muzium Diraja Jalan Istana (Istana Negara Lama). Saya telah berpeluang terlibat sebagai salah seorang Urusetia semasa pelancaran tersebut.
Aku Ikon Patriotik 2014 Aku Ikon Patriotik 2014
Aku Ikon Patriotik 2014 Aku Ikon Patriotik 2014
Program “Aku Ikon Patriotik” ini adalah Program sempena Bulan Kemerdekaan Negara 2014 ini telah dilancarkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Program dengan kerjasama TV3 ini yang terdiri daripada 14 kumpulan peserta yang mewakili 14 buah negeri dan wilayah di Malaysia akan melakukan aktiviti seperti perlumbaan ExploreRace bagi menjejaki dan melakukan aktiviti berkaitan sejarah dan Patriotik.
Aku Ikon Patriotik 2014 Aku Ikon Patriotik 2014
Ini merupakan kali pertama saya menjejakan kaki di Istana Negara Lama yang kini menjadi Muzium Diraja, walaupun sering melalui di jalan Istana. Tiada gambar yang dapat saya kongsikan semasa memasuki dalam Istana ini kerana tidak dibenarkan merakam gambar. Memang menarik ketika memasuki istana ini, anda akan dapat melihat pelbagai bilik yang terdapat seperti bilik tidur Diraja, Bilik Air, Bilik Bacaan, Pejabat, Tempat mengadap, Tempat perjumpaan dan sebagainya disamping gambar2 yang berkaitan dengan sejarah Yang di- Pertuan Agong.

Info
Muzium DiRaja merupakan bangunan Istana Negara Lama yang telah dibina sejak tahun 1928. Pada asalnya bangunan ini adalah rumah agam kediaman jutawan Cina yang dikenali sebagai Chan Wing. Rekaan bangunan dua tingkat ini adalah hasil kreativiti daripada sebuah fi rma seni bina yang terkenal di Singapura iaitu Swan & MacLaren. Keluasan kediaman seluas 11.34 hektar menerapkan seni bina gaya Palladian bagi menunjukkan kemewahan dan kehebatan kediaman tersebut sebagai rumah agam yang terbesar di Tanah Melayu ketika itu. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, bangunan ini dijadikan mes pegawai tentera Jepun, dan kemudiannya diambil alih oleh British Military Administration (BMA) untuk kegunaan Tentera Udara Diraja selepas Perang Dunia Kedua berakhir. Setelah itu pada tahun 1950, bangunan ini dijadikan sebagai istana sementara Sultan Selangor, Al-Marhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah sehingga tempoh pajakan tamat pada bulan Februari 1957. Bangunan ini akhirnya dibeli oleh Kerajaan Persekutuan dan dijadikan sebagai Istana Negara iaitu kediaman rasmi Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong. Sebagai Istana Negara, bangunan ini telah diubahsuai beberapa kali dan mengalami penambahan secara besar-besaran sekitar tahun 1980-an dengan penambahan Balairung Seri Utama untuk upacara rasmi. Bangunan ini menjadi kediaman rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sehingga tahun 2011 semasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke XIII. Sumber (http://www.jmm.gov.my/ms/muzium-diraja)

Hari dan Masa Lawatan
Dibuka setiap hari dari pukul 9.00 pagi – 5.00 petang. Tutup pada Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha.

Bayaran Masuk
Warganegara – RM 5.00
Warga Tua dan Orang Kelainan Upaya (OKU) – RM 3.00
Kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah – RM 2.00
Pelajar Sekolah Menengah berpakaian seragam – RM 2.00
Pelajar Sekolah Menengah tidak berpakaian seragam – RM 3.00
Ahli International Council of Museums (ICOM) – Percuma
Bukan Warganegara – RM 10.00
Kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah – RM 5.00

 

Sekian

Posted in Cuti2 Malaysia | Tagged: , , | Leave a Comment »

Nasi Lemak Royal

Posted by hamydy on 4, August 2014

Nasi Lemak Royal
Nasi Lemak Royal
Jalan-jalan cari makan saya di Bandar Alor Setar kali ini saya singgah makan di Gerai Nasi Lemak Royal. Terdapat banyak jugak rumah makan ini, ada yang saiz kecil seperti gerai dan ada yang besar seperti restoran dan terdapat beberapa tempat di Alor Setar. Tidak susah pun nak cari.

Simpang Jalan Telok Wanjah dan Jalan Langgar
Lokasi yang saya makan ni gerai kecil sahaja, terletak di jalan telok wanjah di persimpangan Jalan Langgar. Dari Jalan Langgar masuk sahaja simpang Telok Wanjah anda akan jumpa gerai tersebut. Kalau malam memang nampak banyak kereta.
Nasi Lemak Royal Nasi Lemak Royal
Apa yang Menarik?
Sebenarnya nasi lemak royal ini boleh la dikatakan hampir sama seperti nasi kandar Masakkan mamak dan yang menjual pun mamak jugak. Yang membezakan nasi kandar dan nasi lemak royal ini adalah nasi nya. kalau nasi kandar adalah nasi putih. manakala nasi royal adalah nasi kuning. Di kedah kebiasaannya nasi lemak dibuat dengan nasi kuning. Jadi restoran mamak ini menggantikan nasi putih dengan nasi kuning.. ermm maka jadi la nasi lemak royal.. padahal ia adalah nasi kandar. Perkataan Royal ini asalnya dulu2 adalah disebabkan Sultan kedah ketika dahulu telah suka makan di sebuah gerai nasi lemak yang menggunakan nasi kuning. Sejak dari itu terus melekat perkataan ROYAL tu. Ini sumber yang saya dengar orang bercerita.. Jadi kalau anda hendak makan nasi lemak kuning yang origenal dengan sambal anda boleh cari sekitar alor setar tapi bukan di Kedai Nasi Lemak Royal.

Lokasi Lain?
Nanti bila2 free saya ke alor setar saya update lagi lokasi lain di alor setar. lokasi mana sedap dan selesa.

Nasi Lemak Royal Nasi Lemak Royal
Gerai yang saya makan ini pun boleh tahan jugak harganya. Saya ambil Nasi + Daging + Sotong + Ayam Goreng Seketul + Nasi Tambah = RM17 tidak termasuk air. Mahal jugak harganya kalau dibandingkan kos sara hidup murah di Alor Setar. Kalau kedai atau restoran biasa dengan RM17 tu lagi mewah makan. Tapi apa boleh buat nak cuba punya pasal saya bedal jugak la.

Tapi secara AM nya memang gerai atau restoran mamak ni mahal. Pegi mana-mana2 pun sama. Ok itu saja perkongsian saya kali ini.

Sekian.

Posted in Jalan2 Cari Makan | Tagged: , , | Leave a Comment »