The life journey

Kembara Kehidupan

Archive for the ‘Fotografi’ Category

Aktiviti Fotografi

Bukit Ampang ~ Panorama Kuala Lumpur

Posted by hamydy on 7, January 2013

bukit ampang
Bukit Ampang
Jalan Bukit ampang yang menuju ke Hulu Langat memang tidak asing lagi bila hujung minggu. Lokasi ini menjadi tumpuan warga kota yang ingin minum ringan dan makan snek malan seperti stim boat, burger dan char koew teow sambil menikmati pemandangan panorama indah Kota Kuala Lumpur.
bukit ampang Bukit Ampang
Bukit Ampang Bukit ampang
Lokasi gerai2 ini terletak beberapa meter sebelum sampai ke Look Up Point yang telah ditutup. Look up point dahulunya terdapat menara pandang dan juga restoran. Sekarang ditutup menurut orang ramai tempat tersebut di tutup sejak kerajaan selangor diambil alih oleh Pakatan Rakyat. Saya pun tak tahu apa isunya. Apa2 pun gerai2 lereng bukit ni memang happening la bila malam minggu.
Bukit Ampang
kalau siang hari kita lalu di kawasan ini kita lihat kosong sahaja jalan ini, cuba lihat google map kat gambar dibawah begitula rupa jalannya. Tapi bila malam penuh dengan kereta dan juga gerai yang dibuka hanya pada malam hari. Jika anda berkunjung kesini parking juga susah kerana jika paling dekat dengan gerai dah penuh kereta parking. jadi kalau datang lewat dan org sudah ramai kena la parking jauh sikit.

Kadang2 keasyikkan menikmati pemandangan Kuala Lumpur sambil minum agak terganggu dengan gelagat anak-anak muda yang bermotosikal yang agak kurang sopan membunyikan motosikal mereka dengan kuat sambil mundar mandir di kawasan itu. kekadang menimbulkan kerisauan di kuatiri golongan mat rempit yang suka meragut dan buat samseng, tetapi hasil penglihatan saya setakat ini tiada kejadiam seperti itu. cuma sesekali mereka membuat bising sahaja.

Waktu yang menarik dan ramai orang berkunjung disini pada malam minggu sekitar jam 10.00malam – 1.00pagi. Penggunjung juga terdiri dari pelbagai bangsa. Kekadang tempat juga terhat jika terlalu ramai orang. Biasanya jam 12.00 tengah malam yang datang dengan keluarga sudah mula beransur pulang yang tinggal kebanyakan golongan belia.

sekian.

Rupa Jalan di siang hari yang tiada gerai mudah alih.

Posted in Fotografi, Jalan2 Cari Makan | Tagged: | 2 Comments »

New Year 2013 ~ Bukit Tabur

Posted by hamydy on 1, January 2013

Tabur New Year 2013
Bukit Tabur ~ West
Memang tidak asing lagi bila sebut sambutan tahun baru. Saban tahun Bukit Tabur West ini menjadi tumpuan dan kunjungan warga kota untuk melihat pemandangan kuala lumpur dan juga percikkan bunga api pada malam tahun baru.

Bermula jam 10.00 malam bukit tabur sudah mula dikunjungi para pengunjung yang terdiri daripada hiker dan juga fotografer. untuk mendapatkan view dan lokasi yang baik para pengunjung tidak perlu mendaki hingga ke puncak yang tinggi pun, cukup sekadar hanya di bukit pertama yang mengambil masa cuma lebih kurang 15 minit sahaja mendaki. dikawasan bukit pertama ini tidak besar dan berbatu. Jika tidak pengunjung boleh mendaki sedikit lagi ke bukit kedua dimana ada kawasan lapang.

Biasanya para pengunjung akan mula meninggalkan bukit tabur setelah selesai percikan bunga api. Saya sampai agak lewat sedikit setibanya di puncak bukit satu sambutan tahun baru telah bermula dan percikkan bunga api telah pun bermula, tak sempat nak cari port untuk ambil gambar kerana sudah dipenuhi pengunjung dan juga fotografer lain. Jadi saya layan jer dulu selepas pengunjung dan mula bergerak turun barulah dapat saya ambil gambar.. itu sebab tak de bunga api dalam gambar ni :).

Masalah parking agak ketara jika anda lambat anda paking agak jauh kerana laluan masuk sudah penuh dengan kereta yang parking kiri kanan jalan.

Tabur tabur

 
Sekian

Peta Lokasi Bukit Tabur ( Kaki Bukit Tabur )

Posted in Fotografi, Pendakian Gunung, Riadah Santai | Tagged: , , | Leave a Comment »

Selamat Hari Raya Aldilfitri 2012

Posted by hamydy on 18, August 2012

Salam semua pembaca blog saya. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Semoga Lebaran kali ini memberikan kita lebih makna.

Selamat Bercuti dan bergembira bersama keluarga.

Posted in Agrotek, Backpacker, Blogroll, Cuti2 Malaysia, Fotografi, Jalan2 Cari Makan, Jom Piknik, Jurnal Kehamilan, Kesihatan, Koleksi Buku Lelong, Melancong, Memancing, Multimedia ICT, Pendakian Gunung, Riadah Santai, Ruangan Perniagaan, Sajak Nusantara, Sukan, tiada | Tagged: , , | 2 Comments »

Melawat Istana Sri Menanti 360° Secara Virtual Realiti

Posted by hamydy on 22, December 2010

Berikut saya kongsikan hasil kerja rakan saya dari france. kita melawat Istana Sri Menanti secara Virtual Realiti 360° . Untuk menghasilkan gambar sebegini kepakaran dan teknik yang betul sangat diperlukan. Basic kos yang beliau tawarkan di france adalah serendah 360 matawang france so kalau tukar duit malaysia bersamaan RM1548. Harga tersebut paling basic untuk bilik sahaja, jika melibatkan halaman dan dewan, hall dan bilik2 lain. Maka harga tentula semakin bertambah. Jadi kepada sesiapa yang ingin menggunakan perkhidmatan beliau boleh la berurusan dgn saya. Disebabkan beliau pulang ke malaysia beberapa kali saja setahun. Maka Temujanji yang tepat dan comfirm mesti dibuat terlebih dahulu.

Saya pun masih dalam Proses belajar dengan beliau.

Berikut adalah Link untuk Melawat Istana Sri Menanti 360° Secara Virtual Realiti

http://www.fnd-fnd.com/media/SeriMenantiVR/

Jgn lupa untuk zoom gambar tu dan klik bilik2 di dalamnya.

Posted in Fotografi, Multimedia ICT | Tagged: , | Leave a Comment »

KL International Motor Show

Posted by hamydy on 7, December 2010

Harini Cuti. Taktau nak buat apa kat umah tetiba kawan roger g KLIMS. apa lagi terus jer angkat kamera nikon dan pergi. pergi pun dah lewat sekitar jam 3.00pm bertolak dari stesen LRT. kalau naik keta malas …biasa la kl ni jem memanjang dan parking berbayar hari cuti mahal pulak tu. Tiket masuk RM15 hari biasa, Weekend RM20. Tapi kami pegi bukan weekwnd pun hari selasa..harga tetap kira weekend. ish ish.

Saya pergi bertiga sahaja, salah seorang kawan saya tu seorang mekanik profesional dan tengah perancangan untuk membuka bengkel sendiri.  Lagi seorang adalah Plan Designer.

Makanan ni dalam KLIMS punyalah mahal.. tau berapa air oren segelas…urrmm RM5, Teh Tarik RM4 dan Burger RM4. Kalau ambik set Nasi Beriani mungkin OK sikit kut harga set sepinggan RM10.. tapi tak tau la apa dia letak dan banyak mana..sebab dah lewat gerai pun tutup.

KLIMS tutup jam 10.00pm. Rasa macam kurang menarik. sebab tak banyak pameran kereta yang canggih2.

…bersambung..

Posted in Fotografi | Tagged: , | Leave a Comment »

Bangga dapat jadi top 5 klik kat Blog pixelamour

Posted by hamydy on 6, December 2010

Harini 6 Disember 2010 surft tengok blog stat ternampak ada referrer. So sy pun bukak blog yang refer blog saya, sy tgk blog hamydy.wordpress merupakan top 5 klik. ok to not bad la. ini laman blog robin pemilik blog http://pixelamour.wordpress.com/

Sila la tgk adakah sy masih top 5 Klik…. 🙂

Posted in Fotografi, Multimedia ICT | Tagged: , , | 2 Comments »

Statistik Terkini Pengunjung Blog Saya

Posted by hamydy on 1, December 2010

Saya menghargai kunjungan dan komen2 anda di laman blog saya. semoga saya semakin rajin menulis blog selalu.

terima kasih kepada peminat dan pengunjung blog saya. terima kasih..terima kasih…terima kasih

Posted in Agrotek, Blogroll, Cuti2 Malaysia, Fotografi, Jalan2 Cari Makan, Jom Piknik, Jurnal Kehamilan, Kayak, Kesihatan, Koleksi Buku Lelong, Melancong, Memancing, Multimedia ICT, Pendakian Gunung, Ruangan Perniagaan, Sajak Nusantara | Leave a Comment »

Bengkel Fotografi 360° Bersama Affendy Awalludin

Posted by hamydy on 22, November 2010

Pada 21 November 2010 saya telah berpeluang berjumpa dan berkongsi ilmu Fotografi 360° dengan En Affendy Awalludin. Beliau merupakan anak melayu yang berasal dari Kuala Pilah Negeri Sembilan telah memulakan kerjaya fotografi di France sejak 20 thn yang lepas. Beliau kini menetap di niort france, dan telah berkeluarga disana.

Menurut beliau, fotografi 360° merupakan teknik baru yang tidak ramai orang mencuba. kelebihan teknik ini adalah kita dapat merakam gambar 360° sesuatu tempat dan event.

Beliau boleh dihubungi di maklumat berikut:

En  Affendy Awalludin
tel : (+33)0607133582 (ini no france)
alamat : 150 avenue de la Rochelle
79000 Niort France
http://www.fnd-fnd.com

Posted in Fotografi | Tagged: , , , , , | Leave a Comment »

Kuala Sepetang Taipeng Perak

Posted by hamydy on 11, October 2010


Kuala Sepetang : Menaiki boat melawat sekitar kuala dan perkampungan nelayan


Chalet Jabatan Perhutanan Negeri Perak : Sesiapa saja boleh tempah


Kilang Arang Kayu : Melawat lokasi kilang arang kayu bakau , kilang antara yang tertua.


Mee Udang Mak Jah : Memang sedap …mesti cuba..

Posted in Fotografi | Tagged: | Leave a Comment »

Pencarian Bakat Modelling Baru

Posted by hamydy on 10, March 2010


New Talent Search Fotografi

Baru2 ini rakan baik saya telah menubuhkan fotopression. Ianya bertujuan bagi membantu bakat2 baru dan juga kepada peminat2 diluar sana untuk mempunyai profile gambar yang menarik. Profile gambar ini sangat berguna kepada bakat2 baru dalam modelling untuk menonjolkan diri mereka untuk pergi lebih lanjut lagi.

untuk maklumat lanjut anda semua boleh layari laman web berikut : http://fotopression.wordpress.com/

Posted in Fotografi | Tagged: , , , , | 7 Comments »