The life journey

Kembara Kehidupan

Archive for March, 2012

Restoran Chawan Bangsar

Posted by hamydy on 17, March 2012


Restoran Chawan
Restoran Chawan ini terletak di Bangsar bersebelahan dengan shoping kompleks Bangsar Village. Kalau malam hujung minggu memang ramai la pengunjung makan disini. Mula nya saya tak tau nak cuba menu apa kat restoran ini sbb menu nya ada masakan biasa dan juga western, jadi saya bertanya pada pelayan restoran dan beliau mencadangkan supaya mencuba set nasi dengan Ikan masak Asam Pedas. Setelah dicuba memang sedap dan mengenyangkkan. boleh la pembaca blog mencuba makan disini.
 
 

Advertisements

Posted in Jalan2 Cari Makan | Tagged: , | Leave a Comment »

Restoran Rebung Bangsar

Posted by hamydy on 17, March 2012


Restoran Rebung
Restoran ini milik bersama Chef Ismail dan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Terletak di Bangsar, Restoran ini dibuka 7 hari seminggu dan beroperasi dari jam 11.00pagi hingga 11.00 malam. Lokasi restoran ni mudah sahaja, terletak di lorong Maarof  masuk sebelah selekoh selepas ESSO, berhampiran sebelah Dataran MayBank dialamat berikut:

Restaurant Rebung Chef Ismail
No 4-2 Lorong Maarof
Bangsar Park
59000 Kuala Lumpur
(Landmark: Dataran Maybank)

Tel: 03 22832119
Off: 03 2282 4776
Fax: 03 2283 4775
Web : http://www.rebung.com.my

Dah lama jugak tak jalan2 cari makan, selalu makan kat Bangsar tapi tak pernah nak singgah restoran Rebung ni. So kebetulan malam tu saya singgah makan direstoran Rebung ini dan kebetulan pula ada Chef Ismail pada waktu tersebut, dan dia menjemput saya masuk, rasa macam langkah kanan pulak. Suasana restoran ni selesa dan menarik. Sementara menunggu menu saya disajikan saya dihidangkan dengan alas perut secara percuma seperti bubur manis, kuih.

Komen saya: memang sedap la makan kat sini, sebab restoran Chef. Harga pulak Berpatutan, biasala harga Chef, mestila mahal sedikit dari restoran biasa tetapi berbaloi la. So kalau nak buat majlis tertentu boleh dibuat kat sini, Saya lihat ada 4 ruang makan disini. Kat ruang luar ada tempat karaoke dan buffet, manakala kat dalam ada 3 ruang. Saya cuma mencuba nasi Goreng Rebung, cukup la untuk perut saya ni..mulatu saya ingat ada rebung didalamnya, rupanya nama menu jer..sbb sy tak makan rebung 😀 . Pada pembaca blog saya boleh la mencuba makan kat restoran Rebung ini..

Sekian..

Posted in Jalan2 Cari Makan | Tagged: , , , | Leave a Comment »

Rock Climbing Gua Damai Batu Cave

Posted by hamydy on 4, March 2012


Gua Damai Batu Cave
Lokasi Gua Damai Batu Cave ini tidak asing lagi kepada pecinta sukan lasak jenis Rock Climbing, Abseiling dan yang sewaktu dengannya. Lokasi ini juga pernah popular dalam siri drama yang dilakonkan oleh Umi Aida. Setelah pulang dari Kidney run saya meneruskan aktiviti rock climbing ini bersama ahli2 kelab.

Aktiviti ini di ketuai oleh pakar tali iaitu En Rashid. Semua kelengkapan disediakan oleh beliau. Kebiasanan caj menggunakan khidmat beliau sekitar minimum RM50. Gua Damai ini selamat dan selesa. Terdapat kemudahan Toilet dan Kemudahan Wall Climbing. Trek-trek tali sudah ada. Terdapat yang susah dan ada yang senang. Kami cuma buat 3 trek sahaja iaitu 1,2,3. Trek 1 untuk panaskan badan rendah sedikit, Trek 2 lebih tinggi dan agak sukar dan trek 3 paling tinggi tetapi senang.Aktiviti ini berlangsung sehingga jam 5.00pm.



Inilah Gua Damai. Gua ini boleh dinaiki menggunakan tangga besi yang disediakan. tetapi pintu tangga tu berkunci saya tidak pasti bela dibuka untuk orang ramai atau ditutup untuk tujuan keselamatan. Lokasi Gua Damai ini terletak dibelakang Batu Cave (Kuil Hindu), Jadi kalau hendak pergi ke Gua Damai ini  mudah sahaja dari MRR2 terus ambil simpang ke Sri Gombak, Terus cari Kampung Melayu Wira Damai Batu Caves, Selangor.


Kawasan climbing ini ramai semasa hujung minggu. Selain orang tempatan tempat ini sememangnya sudah terkenal dikalangan warga asing yang belajar di UIA dan yang tinggal di Kuala Lumpur. Semasa saya naik tabur pada 3.3.2012 saya terjumpa warga Perancis, dia pun ada bagitau saya yang dia selalu rock climbing kat Gua Damai tu.

Posted in Pendakian Gunung, Sukan | Tagged: , , | Leave a Comment »

Kidney Run 2012

Posted by hamydy on 4, March 2012


Kidney Run 2012
Tahun ini larian bagi mempromosikan Derma Organ Buah Pinggang ini berlangsung di Dataran Merdeka pada 4 Mac 2012. Ramai yang turut serta larian ini. Kebetulan di Padang Merbuk juga ada larian One Vision rasanya. Tetapi larian buah pinggang ini yang paling banyak penyertaan.

Terdapat booth2 yang di ditempatkan bagi mendaftar orang ramai yang ingin menjadi penderma buah pinggang. Jangan risau jika kita mendaftar. buah pinggang hanya akan diambil setelah kematian kita sahaja bukannya semasa tengah nazak. Terdapat ramai pesakit buah pinggang ini di malaysia. Larian ini ada 3km, 5km dan 7km.

Larian ini turut juga disertai oleh Kak Habibah dan Kak Ila peserta Kinabalu bulan April ini, sebagai sebhagian dari latihan untuk mendaki nanti.

 

Posted in Kesihatan, Riadah Santai, Sukan | Tagged: | Leave a Comment »

Bukit Saga dan Bukit Apek

Posted by hamydy on 4, March 2012


Bukit Saga dan Bukit Apek.
Dua buah bukit yang berbeza tetapi bertemu dalam satu hutan simpan. Bukit Saga dapat nama kerana Trekking masuk melalui Taman Saga. Manakala Bukit Apek pula Trekking masuk melalui Batu 9 Hulu langat iaitu melalui Taman Ceupec, Venice Hill dan Cheras Awana. Biasanya para pendaki kedua buat bukit jarang merentasi kedua buah bukit tersebut kecuali jika hendak pergi ke kawasan Air Terjun dari Bukit Saga maka akan melalui Bukit Apek. Ketinggian saya tidak pasti, tetapi terdapat satu beirut kat bukit saga.

Trip kali ini saya namakan “Menabur di Saga singgah di Apek”. Kenapa saya namakan begitu? sebabnya saya bermula dengan trekking di Tabur West pada jam 6.45am dengan membawa 2 orang rakan yang tidak pernah lagi naik Bukit Tabur West iaitu Rizal Razak dan Kak Habibah. Kak Habibah akan mendaki Gunung Kinabalu pada bulan April ini. Sampai di pertengahan jalan sambil layan Sun Rise bertemu pulak dengan 2 orang rakan iaitu Hawa dan Maria, Hawa pula akan mendaki Gunung Kinabalu pada hujung bulan ini (Mac). Trekking diteruskan lagi sehingga ke UIA view point sambil menikmati pemandangan saya bertemu lagi dengan rakan dari Kelab Orang Hutan Malaya iai Group tu K.A dan Lina Alith sekitar 10 orang rasanya. Hawa dan maria meneruskan perjalanan  dan turun ikut kebun, manakala saya rizal, dan kak Habibah turun patah balik. Setiba jer di bawa, lagi seorang rakan saya subki tiba dengan basikalnya. Dia juga ingin turut serta ke Bukit Saga.

 
 

Turun Tabur West sekitar jan 10.00am, setelah tapau makanan kat pekan melawati kami meneruskan perjalanan ke Bukit Saga. Memandangkan Bukit Tabur West dan East dah saya ceritakan sebelum ini maka kali ini saya akan citer lebih detail tentang Bukit Saga. Untuk ke Bukit Saga mudah sahaja anda boleh melalui Pandan Indah atau pun melalui jalan Kuari. Jika tidak tahu jalan mudah sahaja Google Map Taman Saga.


Parking kereta boleh letak kat kawasan Taska Kemas atau sepanjang Jalan Saga 28. Terus jalan saga 22 tu boleh nampak papan tanda jalan saga 25 dan tangga besi. Disitulah Trek masuk, setelah masuk ke trek itu akan jumpa pondok dan gerai. Kat Gerai tersebut ada jual air dan buat dan juga merupakan pondok Persatuan Pendaki Bukit Saga. Persatuan ini yang menyelenggara kebersihan dan trek Bukit Saga. Oleh itu anda jangan la sesuka hati buang sampah dan merosakkan kemudahan yang telah disediakan. Terdapat Sijil Pendaftaran dan juga no Tel Persatuan di paparkan di situ. Anda boleh menghubungi persatuan tersebut sekiranya anda ingin bermalam atau ingin buat aktiviti dalam kumpulan yang besar.

Trek Masuk
Terdapat peta laluan trek Bukit Saga. Ada laluan A, B, C dan D. Trek paling tegak adalah Trek A. Menurut Uncle Billi trek B banyak pacat jika pada musim hujan. Kebetulan masa kami nak mendaki Pakcik Billi pun hendak naik jadi dia mengajak naik bersama dan dalam masa yang sama beliau bermurah hati untuk jadi Guide kami sehingga ke kawasan Air Terjun. Pakcik Billi mendaki Bukit Saga setiap hari dan pada hujung minggu sahaja beliau trekking penuh. Jika hari biasa beliau trekking sampai Saga Hill Top sahaja.
  
Permulaan Trekking ada laluan bertangga simen, kat awal2 tangga simen dah ada sikit air terjun, kat sini pendaki jadikan tempat untuk mencuci kasut. terdapat berus disediakan untuk itu. Trekking sehingga jumpa ke Tokong kecil, kat situ ada simpang ke Trek A, Trek B dan Trek C.


Bersambung……18.03.2012 baru ada kelapangan untuk sambung semula 🙂
 
Trek menuju ke puncak yang kami pilih melalui trek A, dimana ia pada permulaan sedikit mendatar dan kemudiannya terus menegak sehingga sampai ke Saga Top ( Puncak Bukit Saga)

Saga Top

 

  
Saga Top merupakan puncak bukit saga. kawasan puncak ini telah dijaga dan diselenggara dengan baik oleh persatuan Pendaki Bukit Saga. Ada kemudahan untuk istirehat dan juga untuk senaman. Bekalan air minuman kosong secara percuma juga disediakan disini. Biasanya pendaki tetap akan naik awal pagi dan berehat di puncak sambil bersenam dan akan lepak sampai tengahari baru turun. Kawasan Saga Top ini bersih dan selesa. Ada bekalan elektrik menggunakan generator, tapi ia cuma dibuka apabila ada aktiviti khas dan dengan kebenaran persatuan Pendaki Bukit Saga. Saya dimaklumkan oleh Uncle Billie yang kawasan ini boleh dibuat aktiviti champing berkumpulan dan boleh menggunakan elektrik yang disediaakan dengan syarat mohon kebenaran dari pihak persatuan Pendaki Bukit Saga. Setelah rehat sebentar di Saga Top kami meneruskan perjalanan ke Waterfall.



Dari Saga Top ada simpang yang boleh pergi ke Taman Cuepacs iaitu laluan masuk melalui Bukit Apek. Laluan agak mudah ketika turun sehingga bertemu lagi satu kem yang terletak ditepi sungai kecil. Kem ini ada kolam ternakan ikan dan juga ada bekalan air paip. Disini juga boleh Champing jika mahu. Tapi kena maklumkan kepada owner tempat ni dimana ada no Telepon tertera di kem ini. Terdapat peralatan memasak seperti dapur, pinggan mangkuk, sinku meka dan Kanopi. Setelah bertemu dengan Kem ini laluan mula menegak.. memang terasa semputnya.. tapi tak lama lebih kurang 15 minit laluan mula menurun dan landai sehingga jumpa anak sungai yang terdapat pokok tumbang. Setelah itu laluan menaik sedikit dan mula menurun sehingga jumpa sungai berikutnya.. dah dekat dgn water fall..



Water Fall
Air Terjun saga tidak la dalam atau besar. Berenang atau berendam memang tak dapat. Disebabkan air terjunnya tinggi.
Bersambung………

Posted in Pendakian Gunung, Riadah Santai | Tagged: , | 1 Comment »

Kekosongan tempat Mendaki Kinabalu 15-17 Sept 2012

Posted by hamydy on 2, March 2012

Berikut adalah kekosongan

Tarikh : 15-17 Sept 2012
Bilangan : 12 pax
Pakej : 3h2m

Tempat ni expired pada 9 Mac 2012

harga :
kalo 2 pax @ RM960
kalo 4 pax @ RM850
kalo 6 pax @ RM800
kalo 8 org @ RM770
kalo 10 pax @ RM750

BUTIRAN PROGRAM

MENDAKI GUNUNG KINABALU (via Timpohon Gate)

3 HARI 2 MALAM

Hari Pertama

  • Tiba di Kota Kinabalu.
  • Bergerak keKinabaluPark.
  • Sebaik tiba, daftar masuk ke asramaKinabaluPark(dormitory)
  • Makan malam diRestoranBalsamKinabaluPark.
  • Acara bebas.

Hari Kedua

  • Sarapan pagi diRestoranBalsamKinabaluPark.
  • Selesai sarapan, bergerak ke Park HQ untuk pendaftaran pendakian Gunung Kinabalu.
  • Penyerahan packed lunch kepada setiap pendaki.
  • BertemuMountain Guide dan bergerak ke Timpohon Gate
  • Memulakan pendakian dari Timpohon Gate ke Laban Rata (anggaran 6 jam pendakian)
  • Tiba di Laban Rata, daftar masuk ke asrama penginapan (dormitory, non-heated room)
  • Acara bebas
  • 05.00petang, makan malam di Restoran Laban Rata.
  • Acara bebas.

Hari Ketiga

  • 02.00pagi, bangun untuk early supper & bersiap sedia memulakan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu
  • 02.30pagi, memulakan pendakian ke puncak (Low’s Peak)
  • 05.30pagi, waktu jangkaan tiba di Puncak Gunung Kinabalu. Nikmati pemandangan indah matahari terbit dari puncak Gunung Kinabalu & jangan lupa merakamkan gambar kenang-kenangan.
  • 05.45pagi, mendaki turun ke Laban Rata. Bersarapan pagi di Restoran Laban Rata.
  • 09.00pagi, daftar keluar dari penginapan & mendaki turun ke Timpohon Gate
  • 03.00petang, waktu dijangkaan tiba di Timpohon Gate. Bertolak keKinabaluPark.
  • Tiba di Kinabalu Park, mengambil sijil pendaki. Makan tengahari diRestoranBalsamKinabaluPark.
  • Bertolak ke Kota Kinabalu (penginapan)

Program Tamat.

PAKEJ TERMASUK:

1)       1 malam penginapan di asramaKinabaluPark
2)       1 malam penginapan di asrama Laban Rata
3)       Pengangkutan
4)       Yuran masuk
5)       Permit mendaki, Insuran mendaki, Sijil mendaki
6)       Mountain guide
7)       Makan minum seperti yang dinyatakan (2 Sarapan Pagi, 1 Packed Lunch, 1 Lunch, 2 Dinner,1 Early supper)
8)       Program seperti yang dinyatakan

PAKEJ TIDAK TERMASUK
1)      Kos/ perbelanjaan persendirian
2)       Yuran porter
3)       Tiket penerbangan
4)       Tips
5)       Pertukaran laluan ke Mesilau Trail
6)       Makan minum yang tidak dinyatakan
7)       Dan perkara-perkara yang tidak dinyatakan

KOS-KOS LAIN

1)       Store Penyimpan Bag/Barang di Kinabalu Park @ RM10.00 per bag
2)       Walking Stick @ RM5.00 per stick
3)       Head Torch Light @ RM15.00 per unit
4)       Jacket @ RM10.00 per unit
5)       Porter Fee @ RM80.00 per trip (10 Kg): Timpohon Gate – Laban Rata – Timpohon Gate

BARANGAN/KEPERLUAN YANG PERLU DI BAWA (Catatan dalam Bahasa English):
–          Suitable walking shoes / warm clothing / wind breaker / long sleeve shirts / change of clothes.
–          Drinking water / high energy food (chocolates, nuts, raisins, glucose).
–          Headache tablets / sun block / lip gloss / deep heat lotion / plasters / insect repellent.
–          Binoculars / camera / water proof bag for camera / torchlight.
–          Extra socks / towel / gloves / hat mask / tissue paper / toilet roll.

SENARAI PENGINAPAN
Kinabalu Park Hostel: Grace Hostel / Rock Hostel
Mesilau Nature Resort: Bishop’s Head Resthouse
Laban Rata (Dorm Non Heated): Laban Rata Resthouse/ Gungting Lagadan Hut/ Waras Hut/ Panar Laban Hut
 
MAKLUMAT DI PERLUKAN UNTUK TEMPAHAN
1)       Name Penuh
2)       No. IC
3)       Jantina
4)       Umur
5)       No. Telefon (Ketua Rombongan Sahaja)
6)       Jadual & No. Penerbangan (Jika pick up point bermula di airport)

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »