The life journey

Kembara Kehidupan

Archive for the ‘Backpacker’ Category

it all about backpackers

Bromo Borobudur 2015

Posted by hamydy on 20, December 2016

Trip Bromo Borobudur 2015
Trip Bromo Borobudur merupakan trip singkat yang melibat Surabaya dan Yogjakarta, Tiket Penerbangan kami dapat sangat murah semasa promo Air Asia iaitu KL – Surabaya (RM79.00 beli 13 nov 2014) dan Jogyakarta – KL (RM35.29 beli 13 nov 2014). Murah kan Total return cuma RM114.29. Naik trek ETS ke Padang besar sehala pun dah RM80, ini naik flight lagi :).

Trip ini di pecahkan kepada 3. Total 13 orang peserta ke Bromo selepas Bromo kami berpecah kepada Jogja dan Malang Batu. Bila habis di Jogja kami berpecah dua pula satu pulang terus ke kl dan satu lagi sambung ke jakarta bandung. Detail perjalanan kami seperti berikut:

Day 1 : 17/10/2015 – Sabtu
Kami semua buat janji bertemu di KLIA2. Masing2 masih belum kenal ahli-ahli lain. Selepas Boarding dan di ruang menunggu barulah kami semua berkenalan secara ringkas dengan ahli2 lain, ada 4 orang dari Penang selebihnya semua dari KL. Semua kenal dalam group whatsap sahaja sebelum ini. Kami 11 orang berlepas ke Surabaya dengan Pesawat QZ321 pada jam 10.05am. Ada peserta yang beli tiket 6.45am tapi di delaykan ke flight yang sama jam 10.05am. Manakala lagi 2 orang telah berlepas ke Surabaya sehari sebelumnya.

Tiba di Airport Surabaya, kami menggunakan Wifi gratis Airport untuk berkomunikasi secara whatsap. Supir pun memang sudah menunggu ketibaan kami kerana flight tidak delay. Kami menaiki Mini Bus dan Avanza. Kami dibawa terus makan tengahari di sebuah restoran nasi campur yang murah. Makanan juga ok.

Selepas makan kami meneruskan perjalanan dan singgah di kawasan perniagaan kulit Tanggulangin iaitu di Mall Permata Tanggulangi. Kawasan ni memang banyak butik2 dan kedai taylor kulit, tapi kami masuk mall ini kerana lebih besar. Harga kat mall ni ok la boleh tahan jigak ada yang murah dan ada yang biasa. Ada pelbagai barangan disini. Dalam ramai-ramai kami ada jugak yang membeli yang lain cuci mata sahaja sbb plan nak shooping hari last trip di Jogja. Seterusnya kami bergerak ke Bromo Dalam perjalanan kami singgah di sebuah gerai Telco untuk beli Simcard SIMPATI untuk internet.

Kami sampai di Hotel Bromo Permai sekitar 6.00pm. Selepas Cek in kami keluar untuk makan2 di kedai luar hotel, cafe Hotel juga ada jual makanan sehingga jam 9.30pm, tapi kami saja nak mencuba makanan local seperti bakso, nasi goreng dan lain2 lagi. Selepas makan kami pun berehat di bilik masing2.

Day 2 : 18/10/2015 – Ahad
Sekitar jam 2.00am kami semua sudah siap bangun. Juga sudah pesan wakeup call pada petugas hotel, tepat jam 2.00am memang diketuk pintu bilik. Setelah siap-siap menunggu jip didepan hotel kami sempat bergambar dahulu. Kami 13 orang naik 3 buah jip yang bertutup. Jip ni maksimum penumpang 5 orang. Persiapan kena sediakan jaket, glove dan mask. Suhu sejuk masa malam dan pagi sahaja.

Kami meentasi padang pasir kawah gunung berapi dan menaiki puncak penanjakan. Kena awal jika lewat jeep parking jauh dengan puncak. Kami sampai tidak la lewat tapi parking agak jauh kerana sudah penuh jeep parking di hadapan. So kena berjalan kaki. Bagi yang malas berjalan dan tak kisah pasal duit boleh naik Ojek Moto, ada saja penduduk yang ofer naik motor untuk hantar sampai ke puncak dengan bayaran 60ribu rupiah. Boleh tawar2 sehingga dapat murah jika hendak. Kalau boleh ambik sehala sahaja bagi yang malas bejalan, sebabnya biasanya bila turun driver jeep ini akan cuba naik sampai keatas bila ada kosong.

Kami sampai di Puncak Penanjakkan sekitar jam 4.00am. Suhu memang sejuk la, kena pakai jaket dan sarung tangan. Masa ni dah ramai orang berada di puncak penanjakkan untuk menunggu sunrise. Sekitar jam 4.30 – 5.00am matahari terbit, tetapi nasib tak berapa baik sbb sedikit berkabus jadi kurang jelas kelihatan matahari tu. Selepas matahari terbit dan suasana mulai cerah, para pengunjung mulai bergambar berlatarbelakangkan Gunung Bromo dan Gunung Semeru. Kami pun tak ketinggalan bergambar. Selesai bergambar kami tidak terus turun ke jip, sebaliknya kami singgah di gerai2 sepanjang ke puncak penanjakan untuk minum teh panas dan makan pisang goreng panas. Selepas makan baru kami turun ke jeep.

Jeep membawa kami turun ke savanah padang pasir hitam. Kata orang pasir berbisik, sebab bila angin bertiup bunyinya seperti ia seakan-akan berbisik kepada kita. Kami berhenti di tengah untuk bergambar dan seterusnya menaiki semula jeep ke tempat parking jeep untuk mendaki Gunung Bromo. Sampai sahaja di parking sudah di serbu oleh pemilik kuda yang ofer untuk naik kuda. Masa ini tawar menawar berlaku dan ada beberapa orang yang menaiki kuda sehingga ke tangga gunung Bromo. Bagi yang pertama kali datang, saya nasihatkan supaya menaiki kuda, sebab ia suatu pengalaman yang jarang kita dapat, harga pun tidak mahal sekitar 100ribu sahaja, ikut tawar menawar yang anda dapat. Lagipun bagi yang semput memang la terasa penat berjalan tambah debu pasir yang berterbangan. Jadi kena pakai mask.

….Bersambung… 😦

Tentatif

Day 1 : 17/10/2015 – Sabtu
10.05am – Berlepas ke Surabaya
12.00pm – Tiba di Surabaya
01.00pm – Terus Transport ke Bromo
06.00pm – Cek in Hotel Bromo Permai
08.00pm – Shoping and minum sekitar Hotel Bromo Permai
09.00pm – Lepas Dinner Terus Tidur

Day 2 : 18/10/2015 – Ahad
02.00am – Siap sedia menunggu Jeep
02.30am – Bertolak ke Puncak Penanjakkan
04.00am – Sampai Puncak Penanjakkan cari port untuk lihat sun rise
05.30am – Layan Sunrise, Solat Subuh
07.00am – Minum teh dan Pisang goreng panas di puncak penanjakkan
08.00am – Bertolak ke Gunung Bromo
08.30am – Layan Gunung Bromo
10.00am – Balik ke Hotel Sarapan dan mandi
12.00pm – Cek Out dan bertolak ke air Terjun Madakaripura (Berpecah satu van ke Malang Batu)
05.00pm – Bertolak pulang ke Jogjakarta
06.00pm – Berhenti makan malam di Probolinggo

Day 3 : 19/10/2015 – Isnin
04.00am – Sampai di Jogyakarta, singgah mandi dan solat beberapa km dari Borobudur
08.00am – Tiba dan beli tiket Borobudur
12.00pm – Cek in hotel di Jalan Malioboro
01.00pm – Taman Sari dan Masjid
03.00pm – Shoping dan jenjalan di Malioboro

Day 4 : 20/10/2015 – Selasa
09.00am – Candi Prambanan
11.00pm – Ratu Boko
02.00pm – Terus ke Airport
05.15pm – Berlepas Pulang ke Kuala Lumpur

Anggaran Kos
Pakej Bromo (Tiket Masuk, Jeep, Transport dan Hotel) = RM300
Pakej Borobudur (Tiket Masuk, Hotel, Van) = RM370

Advertisements

Posted in Backpacker, Melancong, Pendakian Gunung | Tagged: , | Leave a Comment »

Singapore ~ Trip 5 jam

Posted by hamydy on 11, November 2015

Bangkok 2015
Trip 5 Jam 🙂
Entri ini mengisahkan trip saya ke Singapore 5 jam sahaja..hihi.. Sebenarnya saya ke JB menghadiri jemputan kenduri teman baik saya, majlis pertunangan dan juga akikah. Janji dengan kawan2 untuk sama2 makan kenduri jam 5.oopm keatas. Jadi saya sampai JB awal sekitar jam 1.30pm, so masih ada masa saya masukla Singapore untuk shoping di Funan Digital Mall.

Sampai di Terminal Bas Larkin jam 2.00pm tunggu sekitar 5 minit dah ada bas ke Singapore. Ada 3 syarikat bas awam iaitu SBS, Causeway Link, lagi satu bus merah tak ingat pulak namanya. selain bus ini ada juga bus express yang harga lebih mahal. Saya tengok bus mana yang dulu nak jalan, so saya naik bus Causeway Link yang warna kuning yang berada di terminal no 30, tambang RM3.40 sehala. Bus ini dari Larkin dan stop di Terminal Bus Queen St atau juga dikenali Bugis kerana berhampiran dengan MRT Bugis.
Bangkok 2015 Bangkok 2015
Disebabkan Emigresen tidak ramai orang so perjalanan laju dan lancar. Tiket bus jangan hilangkan, nanti selepas emigresen naik bus dari syarikat yang sama tak perlu bayar. Boleh naik mana2 bus syarikat yang sama tapi pastikan bertanya dahulu bus tu kemana, sbb ada banyak bus yang ulang alik emigresen JB dan woodland singapore yang berbagai destinasi. Tidak perlu tunggu No bus yang sama yang kita naik. So selepas melepasi emigresen Woodland Singapore saya terus turun ke tempat bus cari bus Causeway Link warna kuning dan tanya jika ke bugis dan terus naik, cara ini lebih cepat dari menunggu ja bus.
Bangkok 2015 Bangkok 2015
Sampai di Terminal Bus Queen St saya bergegas ke stesen MRT Bugis, naik tren ke City Hall. Keluar city hall saya terus berjalan kaki ke Funan Digital Mall. Masa nak exit MRT City Hall ni ada banyak exit seperti exit dlm mall, exit di Park, kalau salah exit jalan jauh la sikit, so kalau nak ke Funan Digital Mall exit yang dekat dgn gereja St Andrew Catheral.
Bangkok 2015 Bangkok 2015
Funan Digital Mall
Sampai di Digital Mall dah dekat jam 3.30pm, Terus singgah di Foodcourt tingkat 4 kalau tak silap, ada kedai halal kat situ. Makan nasi campur harga 4.50 SGD (RM13.50) huhuhu bahana ringgit jatuh. Selepas makan apa lagi masuk ke kedai challenger. Kedai ni jual pelbagai barangan digital dan elektronik. Saya masuk nak survey harga camera jer sebenarnya sambil usha barang2 lain. Kalau nak untung, kat sini join jadi la member. Yuran keahlian 30 SGD untuk 2 tahun, boleh dapat diskaun dan juga point. Sebelum ini pernah beli jam Polar untuk excersise dapat jimat hampir RM300 dengan guna member card. Masa saya datang kebetulan ada sale pakaian winter, harga murah, tapi kalau masa duit RM tak jatuh memang berbaloi beli sbb beza banyak, tapi sekarang kalau beli cuma beza sikit saja berbanding harga kat mesia.
Bangkok 2015 Bangkok 2015
Sekitar jam 5.30pm baru saya bergerak keluar dari Funan Digital mall. Naik Mrt city hall ke Bugis. Sampai di Terminal Bus Queen St, tak ramai sangat orang so naik bus terus jalan. Tiket Bus balik ke Larkin adalah 3.30 SGD, Sampai di Larkin sekitar jam 6.30pm. Ambil kereta dan terus ke Kempas untuk makan kenduri. Sampai umah kawan masih ada kawan2 yang datang lewat menunggu saya :D. tq tq sbb tunggu. Lepas makan sekitar jam 9.00pm saya bertolak pulang ke KL dan sampai KL sekitar jam 12.30am. Laju jugak bawa :).

Begitulah Perjalanan trip… Sekian

Tentatif
10.00am – Bertolak ke JB dari KL
2.15pm – Naik Bus di Larkin
3.30pm – Sampai di Funan Digital Mall
4.00pm – Masuk Kedai Challenger Digital Shop
5.30pm – Beredar dari Funan Digital Mall
6.30pm – Sampai Larkin Bus Terminal
7.00pm – Gerak ke Kempas
9.00pm – Bertolak Pulang ke KL
12.30am – Sampai KL

Kos
Makan nasi campur = 6.50 SGD
Jus Kiwi = 1.50 SGD
Aiscream kapit roti = 1.20 SGD
MRT Bugis ke City Call 1.40 SGD return = 2.80 SGD
Bus Larkin – Bus Queen St = RM3.40
Bus Bus Queen St – Larkin = 3.30 SGD

Tips
– Kalau nak naik bus dari Terminal Bus Queen St, pastikan anda jangan main naik sahaja, kena tanya dahulu Direct Larkin atau tak. Sebab ada bus SBS ke Larkin yang henti2 bukan direct. so kalau anda terkejar masa abisla. Bas henti2 ni dia akan lalu jalan biasa melalui semua hentian, so ada penumpang yang naik turun.. boleh jadi stress..sbb bole sampai 1 jam nak ke woodland.. 😦

Posted in Backpacker | Tagged: , , | 4 Comments »

Bangkok ~ Thailand

Posted by hamydy on 26, June 2015

Bangkok
Bangkok 3h2m
Trip pendek ke Bangkok ini merupakan trip pertama saya ke Bangkok. Sebelum ini belum pernah pun ke Bangkok walaupun selalu ada tiket promo air asia. Trip ke Bangkok ini saya tidak plan apa2 sangat dan tak google info kat blog sangat pun. Kebetulan saya ada kawan di Bangkok orang Thailand.

Booking Hotel
Jika kita google atau tanya orang yang biasa ke Bangkok kebanyakkan akan cakap stay area Jalan Sukhumvit, sebab situ kawasan pelancong dan dekat dengan MRT dan sebagainya. Tapi jika kita buat sikit pembacaan sebenarnya terdapat beberapa kawasan yang menjadi tumpuan pelancong untuk menginap, antaranya seperti area Jalan Sukhumvit, jalan Thanon Surawong (Patpong Night Market), Witthayu Rd (Suan-Lum Night Bazaar), Jalan Silom dan beberapa lagi.

Day 1 : 19/06/2015 Jumaat
Saya berlepasa dari KLIA2 sekitar jam 10.00am dan sampai sekitar 11.30am waktu Thailand, Perjalanan mengambil masa 2 jam 30 minit. Sampai di Airport Dang Mueng saya ambil teksi bermeter yang terletak di hujung sebelah kanan dan kaunter teksi ini warna kuning. Sampai di kaunter bagi alamat lengkap hotel beserta nama jalan dan lorong dan juga no telefon hotel kepada petugas kaunter. Seterusnya dia akan panggil driver teksi untuk kita. Saya diberi satu borang komen dan di cop dan ditulis nama driver dan nama teksi rasanya dlm tulisan thai :). Teksi ini ikut Hiway jadi pastikan anda ada duit kecil sekitar 100 Bath kerana bayaran tol 70 bath kita kena bayar sendiri. Seterusnya saya sampai ke hotel di Jalan Sukhumvit soi 18 dengan bayaran 230 Bath sahaja.
Bangkok Bangkok
Selepas cek in hotel saya rehat kejap dan seterusnya keluar berjalan kaki sehingga ke Station BTS Asok yang bersambung dengan Shopping mall Terminal 21. Saya layan jalan disini sambil menggunakan Wifi Free. Daftar wifi di kaunter informasi dengan menggunakan pasport dan kita diberi user name dan kata laluan yang boleh digunakan selama 1 tahun secara percuma setiap kali ke mall ini. Mal ini besar dan ok jugak la ada food court di tingkat atas, terdapat hanya satu gerai halai di food court ini nama Basmillah kalau tak silap. KFC juga tidak halal info ini saya dapat dari pekerja kaunter informasi yang kebetulan muslim melayu thailand. Dia boleh bercakap melayu stay siam. Dia bagitau saya dan dia cakap kalau nak banyak kedai halal pergi area Nana yang tak jauh dari mall ini. Dari jejantas MRT ke Terminal 21 ni kita boleh lihat pemandangan kesesakkan jalan di kawasan ini.
Bangkok Bangkok
Sekitar 6.30pm saya balik hotel mandi dan segarkan diri sebelum bergerak semula ke Terminal 21 untuk menaiki Subway station Sukhumvit untuk ke Esplanade turun di Station National Cultural Village keluar gate no 3. Jumpa kawan saya di Esplanade. Nama beliau Samartan, orang thailand. Lepak makan dengan dia mencuba makanan local. Memang sedikit susah untuk cari makanan halal, banyak gerai yang saya pergi semua ada pork, last2 jumpa satu kedai yang tiada pork, oder makanan laut seperti sotong, ikan dan udang. Masakkan dari daerah utara thailand. Masakkan ini memang pedas dan sedap…meleleh air mata dan air liur..sambil makan saya berbincang tentang plan untuk esoknya.
Bangkok Bangkok
Selepas makan kami bergerak ke Esplanade semula dan pergi ke Train Night Market Ratchada yang terletak di belakang Esplanade. Kawasan Night Market ini besar jugak dan sama macam Down Town kat Malaysia, macam2 ada kat sini dari barangan baru, barangan lama dan juga tempat minum dan gerai makan. Tapi gerai makan susah nak jumpa halal. Saya pusing2 sehingga jam 10.30pm dan seterusnya bergerak pulang ke hotel. Saya menaiki Subway manakala kawan saya menaiki bas.
Bangkok Bangkok
Hotel Rembrandt Bangkok
Saya menginap di hotel ini yang terletak di Jalan Sukhumvit soi 18. Hotel ni boleh tahan jugak besar, harga pun bukan budget tapi tidak la mahal sangat. Sesekali nak merasa selesa sedikit apa salahnya. Kawasan hotel ini banyak komuniti india, kerana ada beberapa restoran india. dan kebetulan malam saya menginap ada majlis keraian kaum india, tidak pasti pulak saya majlis apa. Hotel ni memang selesa dan best jugak. Harga semalam RM295. Huhu mahal jugak kan kalau yang nak budget. Pemandangan dari hotel juga menarik dan dapat melihat sungai walaupun jauh.

Day 2 : 20/06/2015 Sabtu
Jam 9.00am saya menunggu kawan saya di Shopping mall Terminal 21, saya lepak sini sambil menggunakan wifi free :). Mall belum lagi dibuka jadi kelihatan ramai orang menyandar di tepi mall sambil menggunakan smartphone untuk wifi free :).
Bangkok
Floating Market
Trip ke Floating Market. Terdapat beberapa tempat floating market sekitar Bangkok ada yang jauh dan ada yang dekat antaranya Damnoen Saduak Floating Market (ini yang paling popular), Amphawa Floating Market, Talin Chan Floating Market, Khlong Lat Mayom Floating Market, Bang Nam Pheung Floating Market dan beberapa lagi. Setelah berbincang kami memilih untuk ke Klong Lad Mayom Floating Market. Floating market ini saiz sederhana dan dekat dengan rumah kawan saya lagi seorang, Kebetulan beliau free dan berbesar hati untuk membawa saya ke sana. Dari Terminal 21 Mall saya menaiki BTS ke Wongwian Yai BTS station.
Bangkok Bangkok
Sampai di Wongwian Yai BTS station lagi seorang kawan saya yang bernama Jay sudah sampai untuk jemput saya ke Klong Lad Mayom Floating Market yang merupakan kampung halaman Jay. Menaiki Honda Jazz melalui kawasan kampung mengambil masa sekitar 20minit. Tiada transport awam untuk ke Floating Market ini, cara terbaik adalah menggunakan teksi dari Wongwian Yai BTS station, menurut kawan saya tambang teksi cuma sekitar tidak lebih 100bath sahaja. Klong Lad Mayom Floating Market ini terletak di kawasan Taling chan dan kawasan ini terkenal dengan Talingchan Market. jadi biasanya pelawat akan melawat kedua-dua tempat ini baru lengkap jika datang ke kawasan ini.
Bangkok Bangkok
Perlu datang awal kerana menjelang tengahari pengunjung sudah berkurangan. Klong Lad Mayom Floating Market ini adalah kombinasi pasar tepi sungai dan juga peniaga di atas boat. Klong Lad Mayom Floating Market menjual pelbagai makanan ada yang halal dan ada yang tidak, jadi kena pandai pilih dan bertanya. Tak semua peniaga pandai bertutur english.
Bangkok Bangkok
kat sini cuma terdapat beberapa sampan sewa dan juga sampan panjang untuk cruise kawasan kampung. Saya menaiki sampan tanpa engin menyusuri market dan melawat kawasan kampung dan kebun lotus dengan bayaran hanya 20 bath sahaja dengan mengambil masa 30minit. Jika naik sampan panjang untuk Cruise ambil masa 1jam 30minit, Cruise ini akan stop 2-3 tempat untuk lawatan seperti tempel dan ia pergi lagi jauh. Sebab kesuntukkan masa kami cuma naik sampan sahaja.

Selesai pusing Klong Lad Mayom Floating Market saya bergerak ke Grand Palace di hantar oleh kawan saya Jay.Sekitar 2.00pm sampai di Grand Palace. Lepak sekejap di sebuah cafe PUFA milik keluarga diraja Thailand pekena aircond 🙂 menunggu ketibaan kawan lagi seorang, Panas kot tunggu kat luar :). Sekitar 2.30pm macam tu baru saya masuk ke Grand Palace.

Bangkok
Grand Palace
Memang ramai pengunjung kat sini. Saya Masuk melalui pintu utama dan melepasi laman Palace, selepas itu kat dalam baru ada pintu lain yang bertiket. Untuk masuk kedalam pengunjung perlu berpakaian sopan menutup aurat. Tidak boleh seluar pendek, lengan pendek dan seksi, kat sini juga ada disediakan perkhidmatan sewa pakaian dan beli pakaian menutup aurat, kalau cuma masuk di kawasalan laman Palace masih ok kalau seksi. Kalau kat Malaysia masuk pejabat kerajaan kena pakai sopan pun nak dijadikan isu politik.
Bangkok Bangkok
Saya tidak jadi masuk kedalam palace kerana di kaunter tiket saya lihat tutup jam 3.30pm. Jadi dari pintu utama sudah tidak dibenarkan masuk ke dalam oleh pengawal, yang mana sudah kat dalam dan sudah beli tiket masuk kedalam boleh keluar sehingga jam 5.00pm. Jadi sekitar Laman Palace ada jugak tempat pameran yang tidak berbayar, jadi saya melawat muzium barangan raja-raja Thailand. Menurut cerita dan infomasi yang ada disitu dahulunya Malaysia (Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Melaka adalah wilayah dibawah naungan Kerajaan Siam. Disebabkan tidak mahu di jajah oleh kuasa barat seperti Penjajah Britih dan Eropah maka sebahagian wilayah di bawah naungan kerajaan Siam ini telah diberikan kepada penjajah contohnya Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Melaka diserahkan kepada British, manakala Cambodia, Loas diberkan kepada France. Dalam muzium ini banyak barangan kebersaran seperti pedang, cincin, mahkota dan perhaisan badan raja-raja siam juga terdapat tembikar dan matawang lama seperti matawang kedah lama.
Bangkok
Wat Pho
Setelah pusing2 sekitar kawasan Laman yang free ini saya bergerak keluar dari Grand Palace menuju ke Wat Pho. Bayaran masuk ke Wat Pho ni 100 bath dapat free air satu, kanak-kanak bawah 120cm free. Apa ada dalam Wat Pho ini…ermm. kat sini ada beberapa benda boleh kita lawat yang pertama Reclining Buddha (Buddha Baring), Phra Ubotsot, Deretan Patung Budha, senibuna dan beberapa temple .
Bangkok Bangkok
Reclining Buddha
Patung Buddha besar sedang baring mengiring yang di salut dengan lapisan emas berkilauan. Nak masuk ke tempat ini kena pakai sopan tidak boleh seksi seluar pendek dan lengan pendek. Pelancong yang pakai seksi diberi jubah untuk di tutup badan dan diberi beg kasut untuk meletak kasut. Saya buat satu pusingan masuk dari laluan depan Buddha dan keluar melalui laluan belakang Buddha. Seterusnya jangan lepaskan peluang bergambar dengan latar belakang pagida temple yang sangat unit ukiran dan senibinanya.

Phra Ubosot
Selain Buddha baring terdapat lagi patung Buddha lain antaranya adalah Buddha duduk dalam temple Ubosot. Tempel ini masih digunakan untuk penganut Buddha sembahyang, saya tengok dari luar sahaja. Setelah melihat dari luar pintu bilik sembahyang saya bergambar sekitar kawasan tersebut. Seterusnya bergerak ke tempat massage sambil melalui kawasan yang menempatkan banyak patung2 Buddha.
Bangkok Bangkok
Original Thai Massage
School for traditional medicine and massage. Ini merupakan sekolah khas tradisonal yang mengajar ilmu massage thai yang asli. Jadi kalau datang ke Wat Pho ini jagna lepaskan peluang merasa massage ini. Harga sedikit mahal berbanding yang kat luar, saya ambil 30 minit sahaja dengan bayaran 200 bath untuk Thai Body Massage. Kalau kat luar boleh dapat 200 bath untuk 1 jam. Sebelum ini saya pernah merasa Thai body massage kat luar ternyata ia berbeza, bila cuba Thai body massage di wat pho barula saya tau yang kat luar tu cuma ala kadar sahaja untuk relaks. Bermula dari kaki, dan berakhir di bahu dan tangan dan kepala. Selesai massage walaupun cuma 30 minit terasa kesegaran badan. Setelah abis massage pelanggan di beri minum teh china. Selepas massage saya bergegas keluar menuju ke jetty memandangkan hari nak hujan. Kalau di Bangkok perlu bawa payung pendek untuk cuaca hujan yang sering turun waktu petang pada bulan jun.
Bangkok Bangkok
Ferry Chao Phraya
Kami memilih untuk pulang ke hotel menggunakan ferry menyusuri sungai Chao Phraya. Asalkan anda tahu direction dan tempat stop yang hendak dituju. Bayaran cuma hanya 15 bath sahaja sekali naik boleh stop kat mana-mana stop yang anda suka. So saya dari Wat Pho menaiki ferry ke hentian jetty Mandarin Oriental kerana ia yang paling dekat dengan jalan ke Talai Hotel yang terletak di jalan Thanon Surawong.
Bangkok Bangkok
Talai Suites Hotel
Saya memilih Talai hotel di jalan Thanon Surawong ini kerana ia berdekatan dengan Lorong Patpong yang terkenal dengan Night Market dan juga hiburan. Yang bagusnya Hotel Talai ini ialah ia terletak bertentangan dengan lorong Thanon Thaniya yang menuju ke MRT (BTS Sala Daeng Station). Harga cuma RM156 satu malam. Ada hotel lain yang lebih murah sekitar RM60-100 sekitar lorong Wall Street, lorong Patpong, tapi disebabkan review yang tak berapa baik maka tak jadi saya booking kawasan itu. Jadi sebelum booking baca dahulu komen dan review dari pengunjung sebelum itu. Hotel Talai Suitesini boleh la dikatakan budget hotel. Bilik bersih dan selesa serta signal wifi yang baik. Tiada lif jadi saya minta tinkat paling rendah yang dia ada, huhu dapat tingkat satu ok la kan. Selepas mandi dan tukar pakaian kami mula bergerak ke ASIATIQUE THE RIVERFRONT di jalan Charoen Krung.
Bangkok
ASIATIQUE THE RIVERFRONT
Kami menaiki teksi sahaja kerana tidak jauh dan tambang tidak mahal tak sampai 100 bath. Sebelum naik teksi sila tanya dahulu pakai meter atau tidak, nak jiimat naik teksi yang pakai meter sahaja. Sampai ASIATIQUE THE RIVERFRONT sekitar 8.30pm, Perut dah lapar kami cari tempat makan terlebih dahulu yang halal. Huhuhu memang susah last last jumpA kedai seafood, nasib baik kawan saya tu orang thailand jadi saya suh dia yang bertanya. Kami makan nasi lauk ikan, tomyam campur, dan sayur kangkung. Ok jugak walaupun mahal sedikit.
Bangkok Bangkok
Setelah makan perut dah kenyang apa lagi jalan2 la tengok kawasan sekitar. ASIATIQUE ni asalnya adalah sebuah warehouse yang besar. Tetapi setelah lama terbiar ia dibeli oleh hartawan Chang dan menukarkan tempat ini menjadi ASIATIQUE THE RIVERFRONT sebuat tempat makan dan tarikkan membeli belah dan bersantai di tepi sungai chao phraya. Kawasan ini memang happening ramai orang. Ada kemudahan cruise percuma menyusuri sungai chao phraya, tapi ramai pulang yang beratur nak naik. Sekitar jam 10.30pm kami pulang ke hotel menaiki teksi dengan bayaran cuma 70 bath sahaja.
Bangkok Bangkok
Patpong Night Market
Night market ini memang terkenal di kawasan ini. Macam2 boleh kita beli di sini. Selain Night Market kawasan sekitar penuh dengan tempat berhibur. Ada berbagai2 pertunjukkan dari perempuan, pondan, lesbian dan gay. Tidak digalakkan untuk masuk melihat jika anda tidak pernah masuk ke tempat2 begini. Hasil bacaan blog ramai yang kena tipu supaya berbelanja minum didalamnya. Saya pusing night market ni terasa best pulak. Peniaga2 tidak pulak memaksa kita beli dan tarik tangan kita so kita boleh la shopping dengan aman.

Day 3 : 21/06/2015 Sabtu
Sekitar jam 9.30am saya bergerak ke MRT BTS Sala Daeng Station untuk ke Pasar Chatuchak Weekend Market yang terletak di berhampiran MRT stesen Mo Chit. Tidak susah nak kesana yang penting anda ada peta MRT dan itu sudah cukup untuk jadi panduan. Peta ini boleh diambil di stesen2 MRT.
Bangkok
Pasar Chatuchak Weekend Market
Pasar Chatuchak ni memang antara pasar yang terkenal di Bangkok. Kalau tak pergi tidak sah. Kawasannya besar dan macam2 ada dijual disini. Pelbagai jenis makanan dan juga barangan dijual disi. Saya berjalan pusing2 sehingga jam 3.30pm. Memang tak cukup masa nak melawat satu2 gerai. bagi kaki shopping memang haven la kat sini. Shopping kat sini pun aman kerana tiada yang memaksa kita beli tambahan pula ada ramai polis pelancong disini. Tapi kat sini banyak signboard yang bagi amaran supaya berhati2 dengan penyeluk saku.
Bangkok Bangkok
Dalam banyak2 gerai makan saya hanya terjumpa satu gerai muslim, nama gerai ini Saman Islam, itupun setelah kawan thai saya bertanya pada peniaga. Gerai ini terletak di tengah pasar berdekatan dengan menara jam, saya singgah untuk ambil gambar kedai tu sebagai rujukan akan datang kepada pembaca blog saya. Tengok harga macam mahal sahaja, tapi kalau situ sahaja boleh makan apa boleh buat. Sepinggan hidangan sekitar 200 bath macam RM20 sepinggan. huhuhu mahal tu. Terdapat gerai2 lain di bahagian luar pasar ini tapi kena pandai cari yang halal.

Selesai shopping saya rehat di Taman bersebelahan Pasar Chatuchak, kat sini kita boleh lihat ramai orang duduk bersantai sambil makan makanan yang di beli di pasar. Sekitar jam 4.00pm saya menaiki teksi menuju ke Airport Dang Mueng dengan harga 170 Bath tanpa melalui tol hiway. jika anda kesuntukan masa guna hiway lagi cepat.
Begitulah trip ringkas saya ke Bangkok
Sekian

Tentative

Day 1 : 19/06/2015 Jumaat
10.00am – Berlepas dari KLIA2 ke Bangkok
11.30am – Tiba di Dang Mueng (Waktu Bangkok)
12.00am – Ambil teksi Bermeter ke Hotel Rembrandt Bangkok di Jalan Sukhumvit 18 – 230 Bath
01.00pm – Cek in Hotel
02.00pm – Jalan sekitar Jalan Sukhumvit menuju ke Terminal 21 (Shopping Mall)
07.00pm – Jumpa kawan di Esplanade (Naik MRT)
08.00pm – Makan
08.30pm – Jalan di Night Market di belakang Esplanade (Train Night Market Ratchada)
10.30pm – Pulang ke Hotel dengan MRT

Day 2 : 20/06/2015 Sabtu
09.00am – Tunggu kawan di Terminal 21
10.00am – Tiba di MRT di jemput kawan naik honda Jazz ke Floating Market
10.30am – Tiba di Floating Market Klong Lad Mayom, Taling chan Area, koordinat 13.762042, 100.415927
02.00pm – Grand Palace, Wat Po
05.00pm – Naik Ferry di hujung jalan Thai Wang selepas Wat Po menyusuri Sungai chao phraya ke Hotel – 15 Bath
06.00pm – Turun di jetty Mandarin Oriental dan berjalan ke hotel Talai di Thanon Surawong
08.00pm – Naik Teksi ke ASIATIQUE THE RIVERFRONT di jalan Charoen Krung
08.30pm – Sampai jalan2 cari makan dan bergambar
10.30pm – Naik Teksi ke Hotel – 70 Bath
11.00pm – Shopping di Patpong Night Market

Day 3 : 21/06/2015 Sabtu
09.30am – Naik BTS Sala Daeng Station ke stesen Mo Chit (Chatuchak Weekend Market)
10.00am – Sampai di Chatuchak Weekend Market – Shopping
03.30pm – Rehat di Park Queen Sirikit Park
04.00pm – Naik Teksi ke Airport Dang Mueng – 170 Bath
04.30pm – Sampai Airport

Perbelanjaan

Hotel
Hotel Rembrandt Bangkok (Jalan Sukhumvit 18) : RM295
Hotel Talai Suites (Berdekatan Patpong Night Market) : RM156

Teksi
Airport Dang Mueng – Hotel Rembrandt Bangkok : 230 Bath + 70 Bath tol
Chatuchak Weekend Market – Airport Dang Mueng : 170 Bath (tak ikut hiway)

Ferry
Sungai chao phraya : 15 Bath

MRT
sekitar 20-40 Bath ke sesuatu Station

Tiket Masuk
Grand Palace : 500 Bath – Tapi saya tak masuk istana..kat luar sahaja tengok musium
Wat Pho : 100 Bath free air.
Massage di Wat Pho : 200 Bath 30minit (Full Body Thai Massage)

Floating Market Klong Lad Mayom
Masuk free
Sampan : 20 Bath
Cruise : 60 Bath – tapi saya tak naik.

Tips
Sentiasa membawa pasport semasa berjalan di Bangkok, sebabnya bila2 masa kita boleh di tahan untuk pemeriksaan. Ada juga mat salleh kena tahan dan di minta buat ujian air kencing. Jika kita tak bawa dokumen perjalanan di kuatiri mereka akan menyusahkan kita dan menyebabkan masa travel kita terjejas. Jika di tahan bagi kerjasama tetapi jangan tanda tangan apa2 selagi tidak ada bantuan dari pihak kedutaan.

Sepanjang saya di Bangkok saya tidak ada masalah dengan pihak polis. ini cuma langkah berjaga sahaja.

Makanan halal memang susah nak cari. Memang ada cuma susah nak jumpa jika kita tidak biasa. paling senang jumpa restoran indian. saya senang sebab ada kawan thai yang tolong carikan. kalau yang tiada kenalan harap baca blog lokasi makanan halal.

Posted in Backpacker, Melancong | Tagged: , , , , , | Leave a Comment »

Paris ~ France 2015

Posted by hamydy on 4, May 2015


Sehari di Paris
Salam kepada pembaca saya yang menunggu coretan perjalanan saya di UK dan Euro, Entri Sehari di Paris ini saya postkan dahulu kerana intri ini pendek sahaja. Kenapa sehari di Paris, sebenarnya memang saya cuma sempat berjalan sehari suntuk sahaja di Paris. Berikut adalah coretan perjalanan saya.

27 April 2014
Saya telah berada di Coach Station London sejak jam 6.00pm. Coach Station ni bersebelahan dengan Victoria Station. Tiket bas ke Paris saya beli semasa berada di Manchester. Saya beli tiket Bas Euroline, Beli di Kaunter lebih mahal dari beli online. Kalau online cuma 58£ (pound sterling) untuk 2 orang, tapi sebab beli kat kaunter harga jadi 68£ + 10£ fee = 78£ untuk 2 orang. So better beli lebih awal melalui online 😦 . Tiket bus jam 10.30pm, so satu jam sebelum dah kena cek in kat kaunter dengan pasport. So jam 9.30pm saya dah tunggu depan kaunter untuk cek in. Kaunter ni terletak kat belakang gate 19 kalau tak silap saya. Jangan lewat cek in sbb kalau lewat kaunter tutup dan anda tidak dibenarkan naik bus. Semasa cek in anda akan diberikan tag nama untuk di letakkan pada bag.

Semasa duk tunggu saya juga sempat terserempak dengan 2 family melayu dari Malaysia, Satu family 3 orang ni naik bus Mega Bus ke Amsterdam dan lagi satu family (6 orang) ni naik bus Euroline ke Paris jam 9.30pm. Jam 10.00 camtu penumpang sudah di benarkan naik bus. Bus selesa dan ada wifi, tapi wifi kekadang tak stabil. Naik bus saja saya dah layan nak tido.

Eurotunnel
Bas akan berhenti di Eurotunnel untuk pemeriksaan pasport. Kena keluar bus ke emigresen untuk scan pasport dan naik semula bus. Kemudian bus akan pergi ke tempat train, akan stop lagi pemeriksaan pasport oleh polis atas bas. Selepas tu bas menunggu giliran menaiki Train untuk merentasi Selat English.

Tunnel ini terletak di Eurotunnel UK Terminal, Ashford Road, Folkestone, Kent CT18 8XX United Kingdom. Kalau tengok map terletak di kawasan Newington. So untuk seberang selat English ni ada dua cara. Semasa beli tiket bus ada kat brosur tu ikut kapal atau ikut tunnel. Lebih kurang ja masanya cuma naik train cepat sedikit. Yang buat jadi sama adalah masa menunggu. Saya merasa kagum kejap melihat bas yang besar naik ke gerabak train. Dan saya sempat lihat suasana dalam berabak semasa bas memasuki gerabak.

Sampai seberang sana seingat saya takde cek pasport pun, sedar2 dah kat jalan raya dalam bus..nyenyak tido..Terminal tunnel di France di Fréthun bersebelahan kawasan Calais bus kalau tak silap melalui Calais dan Dunkirk seterusnya melalui hiway yang bersebelahan dengan sempadan Belgium. So kalau nak masuk Belgium dan Amsterdam dah dekat dah..

28 April 2014
Bus bergerak ke Paris dan ada stop 2 kali kalau tak silap saya turunkan penumpang, ada yang turun ke Airport. Saya stay jer dalam bus sehingga ke Paris. Bus euroline berhenti di Station Euroline Gallieni. Sampai saja saya ambik beg dan ke kaunter tiket Train yang terletak didalam Station ini juga. First saya jumpa mesin layan diri beli tiket… Duit besar 100€ (euro), so saya pun keluar la dari station cari kedai atau restoran yang boleh tukar duit, ternyata kedai belum buka dan ada kedai kopi kecil tidak mahu tukar. So jalan-jalan jumpa stesen minyak, sibbaik dia mau tukar huhu itupun dia tak cakap english.. saya cakap english dia cakap France macam ayam itik, tapi dia tukar jugak la duit saya tu..so bagi balas jasa dia saya beli la kopi satu :). Dah dapat duit kecil senang la hati nak gerak. Duit 100€ ni memang besar bagi mereka, so ada baiknya kalau dapat tukar sebelum sampai ke Paris.

Saya balik ke Station Gallieni ke kaunter train dan beli tiket terus ke Station yang berdekatan dengan Hotel. Sebelum tu dah study dan ambik map train paris, tengok station mana yang paling dekat dengan hotel dan berapa kali tukar train. Tiket train tak ingat berapa kalau tak silap saya tak sampai 10€ sorang.

Hotel Eiffel Petit Louvre
Saya tempah hotel ini melalui Booking.com, yang ini ok la murah sedikit, dan dekat dengan menara Eiffel tapi berjalan kaki dalam 10 minit. Stesen paling dekat betul2 sebelah hotel adalah Station Dupleix, dua station sebelum sampai station Bir-Hakeim dan station Champ de Mar. Jika hendak ke Menara Eiffel maka station Champ de Mar adalah stationnya. Sampai di Hotel saya tidak boleh cek in lagi sebab terlalu awal so letak bag di store, sib baik petugas hotel cakap english. Nama hotel Hotel Eiffel Petit Louvre tapi sign bord hotel ni perkataan Eiffel dia ganti dengan gambar Eiffel Tower. Terkonfius kejap saya masa nak masuk hotel tu. Lepas letak beg saya pun bergerak ke Menara Eiffel dengan berjalan kaki sahaja.

Eiffel Tower
Memang best la bagi yang pertama kali sampai kat Eiffel Tower ni. Teruja sedikit sebab sampai kat salah satu mercu tanda Paris. Memang ramai orang kat sini. Ramai jugak yang beratur hendak naik menara. saya jalan2 sekitar sahaja dan ke arah taman untuk bergambar menara. Jangan terkejut pulak bila sampai disini kerana peniaga jalanan yang menjual souvinior boleh cakap melayu beberapa patah. Bayangkan punya la banyak pelancong Malaysia dan Indonesia yang berkunjung sampaikan mereka boleh bercakap melayu beberapa patah. Bila saya berjalan penjaja jalanan ini akan tegur … Malaysia Indonesia? dan siap ofer souvinior dalam bahasa melayu seperti ” lima barang satu pound”. Anda juga boleh terserempak dengan kumpulan orang Malaysia dan Indonesia disini. Ramai juga plencong dari china yang datang dlm rombongan tour bas.

Kawasan taman ni besar jugak, kalau nak bergambar latar belakang menara kena jalan sedikit ke ke taman. Kawasan padang bertutup dengan pagar, hanya dibuka pada waktu petang. Bila watu petang memang ramai yang lepak duduk kat padang menghadap menara. Memang meriah. Bila sebelah malam pulak ramai berada is sebelah jambatan untuk bergambar dengan Menara yang dipasang lampu yang cantik. Semasa berada di  kawasan menara Eiffel Tower ini pelancong dinasihatkan supaya jangan tinggalkan beg tanpa di pegang kerana kawasan ini terkenal dengan penyeluk saku. Jangan letak beg pada kerusi tanpa pegang.


Jalan-jalan menuju ke Musee Du Louvre
Dari menara Eiffel Tower saya berjalan kaki untuk ke Lokasi berikutnya iaitu Musee Du Louvre dengan bergerak ke arah Ecole militaire, Disini saya dapat melalui empat banggunan tarikkan iaitu Ecole militaire,  Musee De L’armee,  Assemblee Nationale Palais Bourdon dan Palace De La Concorde, berjalan perlahan2 sambil bergambar. Suhu sejuk jadi susah untuk kita berpeluh dengan cepat. Jalan kaki ok selamat cuma jangan masuk lorong-lorong kecil yang tiada orang lalu sahaj sahaja.


Selepas melalui Assemblee Nationale Palais Bourdon Dari sini saya lintas sungai dan jumpa Palace De La Concorde (Menara kecil ditengah bulatan) so dari sini saya pun menuju ke Musee Du Louvre melalui taman yang besar dan cantik iaitu Jardin Des Tuileries. Kalau musim bunga dan musim tulip memang banyak bunga tulip di tanam di Jardin Des Tuileries ni. saya sempat jugak tengok dan relaks di taman ini sambil minum kopi. Terdapat 2 bulatan kolam dalam taman ini. Bulatan kolam ini di penuhi dengan kerusi dan orang ramai duduk santai mengelingi kolam ini sambil relaks. Dari taman ini kita jalan-jalan sambil menghayati pemandangan taman menuju ke arah Musee Du Louvre.

inilah Musee Du Louvre, dengan Landmark piramid kaca. Didalamnya sebuah musium, saya lihat ramai yang beratur. Saya sekadar bergambar di sekitar luar sahaja malas nak masuk sebab ramai dan masa terhad. Saya lepak kejap ambik gambar dan sambil duduk di kawasan ini.

Jalan-jalan menuju ke Arc De Triomphe Etoile
So lepas bergambar saya pun berjalan kaki semula menuju ke Arc De Triomphe Etoile. Memang jauh la jalan kaki dari Musee Du Louvre ke Arc De Triomphe Etoile tapi ok la bole tengok2 sekitar jalan Avenue Des Champs yang memang happening ramai orang jalan kaki kat sini.


Sepanjang jalan Avenue des Champs-Élysées menghampiri ke arah Arc De Triomphe Etoile memang meriah, kawasan ini banyak butik2 jenama terkenal seperti LV, Mark & Spencer, H&M dan pelbagai lagi, memang kelihatan banyak orang shopping di kawasan ini.

Ini lah menara Arc De Triomphe Etoile yang terletak di tengah-tengah bulatan jalan yang besar. Memang sesak dengan kereta dan orang bergambar. Sampai Arc De Triomphe Etoile saya bergambar beberapa keping dan meneruskan perjalanan.

Jalan-jalan menuju ke Palais De Chaillot
Dari Arc De Triomphe Etoile saya berjalan kaki menuju ke hotel melalui Palais De Chaillot, kawasan ini pun menarik sebab dia seberang sungai dan bertentang dengan menara Eiffel Tower. Saya tidak pergi sampai ke banggunan tersebut cuma tgk dari jauh sahaja, tapi kat sini memang saya lihat ramai yang bersantai lepak. So bergambar kejap dari atas jambatan dan bergerak pulang ke Hotel.

Ini la rupa bilik Hotel Eiffel Petit Louvreyang saya tempah, tidak la besar tapi selesa jugak. untuk dua orang dan hanya satu malam kira ok la, ada lagi yang lebih besar tapi lebih mahal la. Bilik tiada aircond tetapi ada pemanas.

Sampai di hotel cek in dan rehat sebentar. Sekitar jam 8.00pm saya keluar semula lepak di menara Eiffel Tower lepak sambil minum kopi dan menunggu sunset. Selepas bergambar sunset dan suasana malam dari atas jambatan..kami pulang semula ke hotel dan singgah makan malam di sebuah restoran iran halal yang terletak tidak jauh dari hotel.

29 April 2014
Flight pulang ke KL jam 1.30pm. Cek out dari hotel jam 8.00am dan ke Station Dupleix beli tiket ke airport CDG harga 10€. Airport jauh jugak dalam 1 jam perjalanan. Sampai di Airport lepak kejap dan pergi ke kaunter Air France untuk drop Bag. Kat sini buat sendiri, print boarding Pass dan print sticker bag lekat sendiri dan drop bag kat mesin. Bagi yang bawa backpack yang banyak tali2 perlu ambik beg plastik yang disediakan, masukkan beg dalam plastik tersebut dan baru Drop bag. Bes plasti itu untuk elakkan tali-tali beg yang berjuntai tu terlekat pada sistem bagasi.

Selepas drop bag saya pergi Claim Vat, pergi kastam cop resit dan pergi kaunter claim isi borang. Ada dua jenis resit ada yang boleh terus dapat dan ada yang refun masuk kad kredit.

Jam 1.30pm saya pun berlepas pulang ke Malaysia dengan menaiki pesawat Air France yang Transit 3 jam di Manchester, kemudiannya menaiki Pesawat KLM ke Ansterdam, Transit 1 jam di Amsterdam dah sampai KLIA pada jam 2.30pm 30 April 2015. Alhamdulillah.

Tentative
Day 11 : 27.4.2015 – Isnin
06.00pm – Tiba di Coach Station London (Bersebelahan Victoria Station)
09.30pm – Cek in di kaunter
10.30pm – Bus to Paris

Day 12 : 28.4.2015 – Selasa
08.00am – Tiba di Station Bus Gallieni
08.45am – Lepas tukar duit naik train ke hotel
09.30am – Sampai hotel letak beg rehat kejap dan ke Eiffel Tower dan day tour
06.00pm – Cek in Hotel
08.00pm – Ke Eiffel Tower layan sun set

Day 13 : 29.4.2015 – Khamis
08.00am – Cek Out Hotel
09.30am – Sampai Airport CDG
01.30pm – Berlepas Pulang Transit di Manchester dan Amsterdam

Kos

Bus Euroline
London – Paris = 39£

Hotel
RM275 satu malam

Train
Hotel – Airport = 10€
Station Bus Gallieni – Hotel = dalam 4€
Pastikan anda ambil peta laluan train di kaunter tiket train bagi memudahkan anda bergerak.

Makanan
Harga makanan macam kat Malaysia juga bezanya dalam euro. contohnya kalau beli sandwish atau roti harga dalam 3-4€, kalau kat fast food dalam 7-8€ dan kalau kat restoran yang lawa sikit satu hidangan nasi beriani dalam 15€. Kalau di convert ke duit malaysia memang la mahal. So kat sana kalau nak berjimat makan cari la yang harga sekitar 4-5€.

Souvinior
Kalau nak beli keychain yang bentuk Eiffel Tower beli kat penjaja jalanan sahaja kerana dia jual 5 keychain = 1€ , kalau kat kedai tak dapat. kalau magnet terpaksa jugak la beli kat kedai harga biasa 4 = 10€. semua souvinior ini adalah made in China. susah nak jumpa barang souvinior yang made in france.

Tips
Paris terkenal dengan penyeluk saku, kalau boleh bag terus tinggal kat hotel dan bila berjalan lenggang jangan bawa beg sendang. Jaga wallet dan jangan berasak2 di tempat ramai orang. Jangan benarkan orang paris tolong ambil gambar kita kerana ada banyak kes juga dia bawa lari hp dan kamera pelancong.

Penginapan cari yang berdekatan dengan Eiffel Tower dan berdekatan dengan station Train. Pastikan anda ada duit kecil sekitar 50€ atau 20€ sbb 100€ tu besar.

Menaiki pengangkutan awam memang senang cuma perlu duit kecil aja. Dapatkan peta train dan peta laluan bus untuk memudahkan anda bergerak. Berjalan kaki memang selamat di sana cuma perlu berjaga dengan penyeluk saku sahaja. Selebihnya saya rasa selamat jer jalan kaki. Jika anda malas berjalan kaki anda boleh beli kad untuk sewa basikal. Basikal awam banyak di tepi jalan jika ada kad tersebut cuma sentuh pada kunci dan basikal boleh guna. dan stesen basikal ni banyak jer, boleh pulangkan di mana2 stesen.

itu sahaja dahulu trip sehari di Paris. Coretan di Manchester dan London saya sambung kemudian.

Sekian

Posted in Backpacker, Melancong | Tagged: , | 19 Comments »

Singapore Travel by Bus

Posted by hamydy on 28, December 2014


Entri Singapore Travel by Bus ini saya buatkan khas bagi menjawab pertanyaan dari pembaca blog saya yang banyak bertanya dalam entri-entri Singapore sebelum ini. Mungkin setengah orang kata senang sahaja untuk kesana, tapi bagi yang pertama kali dan ingin travel seorang diri mungkin dia tertanya2 dan mencari maklumat untuk ke Singapore. Oleh itu harap entri ini “Singapore Travel by Bus” ini dapat membantu anda.

Cara untuk ke Singapore
Terdapat beberapa cara untuk ke singapore. Anda boleh memilih cara-cara ini bergantung kepada masa dan buget kewangan anda. Lihat mana yang lebih murah dan senang.

Flight
Jika harga tiket flight murah dan berbaloi dengan buget anda, maka flight lebih mudah dan cepat, Beli return tiket lebih senang dan jimat masa. Saya pernah dapat tiket RM00.00 dari Air Asia cuma bayar airport tax sahaja return sebanyak sekitar RM100. So jimat masa dan Murah.

Kenderaan Peribadi (Kereta dan Motosikal)
Menaiki kereta juga boleh, jika anda bercadang menaiki kereta ke singapore pastikan anda membawa geran kereta. Cuba anda cek syarat dan peraturan, maaf saya tidak pernah menaiki kereta jadi saya tiada pengalaman dan info. Ramai juga yang menaiki motosikal terutama yang bekerja di Singapore.

Keretapi
Menaiki keretapi saya belum pernah cuba, Untuk semak tiket dan beli online anda boleh layari web https://intranet.ktmb.com.my @ http://www.ktmb.com.my/. Anda boleh semak harga tiket dan jenis tempat duduk, jika anda ingin travel malam dan selesa ambil la seat tidur harga tiket sekitar RM40-46, Seat biasa RM34 dan Cabin RM88-139.

Bus
Terdapat beberapa cara untuk ke singapore menaiki bus, anda boleh menaiki bus expres terus ke singapore atau pun ekpress ke Larkin dan kemudiannya masuk singapore menggunakan bus awam. Berikut adalah caranya

Bus Express KL (TBS) – Singapore (Beach Road)
Harga Tiket
KL – Singapore = RM45-50
Singapore – KL = 30-35SGD (RM75-90)
* Return Bus setakat ini tidak boleh di beli di Kaunter TBS

Bus Express KL (TBS) – Johor Bahru (Terminal Bus Larkin)
KL – Larkin = RM35-40
Larkin – KL = RM35-40
* Return Bus boleh dibeli di di Kaunter TBS tetapi tidak semua syarikat bus ada Returns di kaunter TBS, Antara yang ada seperti syarikat Konsartium. Kalau syarikat lain kena beli di kaunter syarikat tersebut. Di TBS ada juga beberapa kaunter syarikat bus yang tidak berkongsi kaunter TBS.

Bus Awam : Terminal Bus Larkin – Singapore (Bugis Bus Terminal)
Larkin – Bugis Bus Terminal = RM2-3 (bergantung kepada Bus, ada 2 syarikat bus SBS dan Singapore Express)
Bugis Bus Terminal – Larkin = 3SGD-3.50SGD (Bergantung kepada syarikat Bus)

Berikut adalah Foto Terminal Bus
 

Terminal Bas Selatan (TBS) Tasik Selatan.
Terdapat beberapa cara untuk membeli tiket di TBS ini. Antaranya kaunter tiket TBS, Kaunter tiket beberapa syarikat bus di TBS, Mesin tiket layan diri dan juga ONline(https://eticketing.tbsbts.com.my @ http://www.tbsbts.com.my) Di TBS ni banyak kemudahan yang ada dan selesa, Terdapat Parking kereta dengan bayaran RM3 sehari, Motel, Restoran, Tandas, Locker simpanan beg RM5 sehari dan juga gerai2.



Terminal Bus Larkin Johor
Terdapat 3 terminal untuk ke Singapore iaitu 12,13,14. Ada yang terus ke Terminal Bugis, Ada yang ke MRT Kranji.
Sampai di Stesen Bus Larkin tunggu Bus SBS Transit, Bus No 170, bus ni paling awal masuk Singapore sekitar jam 5.30am. Bus no 170 ini sampai ke Stesen bus Bugis, dekat dengan Bugis Street dan MRT Bugis. Jika dekat Emigresen anda telah tertinggal bus tak apa, anda naik mana-mana bus dr syarikat yang sama tidak perlu bayar. Kalau di woodland ada bus ke Stesen MRT Kranji, so boleh naik MRRT ke stesyen Bugis. Terminal Bus Larkin ini terdapat kemudahan yang lengkap, ada gerai, restoran, medan selera, Money Changer dan juga tandas awam. Jadi kalau anda sampai awal sekitar jam 4.00am, jangan risau anda selamat dan sedah ada restoran mamak yang sudah buka.



Terminal Bus Bugis (Singapore)
Ini lah Stesen Bus yang berdekatan dengan Stesen MRT Bugis. Terdapat 3 jenis bus di stesen ini, Bus SBS, Causeway Link (Bus Kuning) dan Singapore Johor Express (Bus Merah). So kena tanya betul2 bus yang mana ke Larkin dan yang mana ke JB. Dari stesen bus ni kita jalan dalam 2-3minit jumpa la Stesen MRT Bugis..jalan lagi ke kawasan Bugis Street, kat sini banyak hotel backpacker yang murah.

Singapore 2014 ~ 1 Day Trip Singapore 2014 ~ 1 Day Trip
Beach Road Bus Station Singapore
Hanya satu syarikat bus sahaja yang ada perjalanan tengah malam ke TBS iaitu syarikat StarMart Express, Syarikat lain rata-rata ke TBS sekitar jam 3.00pm dan 5.00pm. Tapi kalau anda hendak turun di Time Square KL dan Bukit Bintang memang ada banyak bus tengah malam dari Beach Road di semua kaunter syarikat bus. Bus dari Beach Road Singapore ke TBS KL paling last jam 11.00pm, so saya sampai TBS cepat juga dalam 3.30am sbb bus pulang melalui jambatan kedua Gelang Patah.

Trip Cuti Christmas 2014
Berbalik pada trip saya. Kali ini saya ke USS (Universal Studio Singgapore) menggunakan pengankutan awam sahaja. Saya ambil kesempatan Cuti Christmas. Saya beli tiket dari TBS ke Beach Road Singapore (RM50) Bus Eltabina. Kemudiannya beli bus pulang dari Larkin ke TBS RM38 Bus Konsortium. Kalau beli bus pulang dari Beach Road ke TBS harga lebih mahal sekitar 30-35 SGD bersamaan RM75-95.

Bertolak tepat jam 11.00pm dan sampai di Imigresen JB CIQ jam 3.30am. Cop pasport beg besar tak perlu bawa jika anda naik bus express, tapi kalau naik bus awam setiap kali turun bus anda kena bawa beg la. Bus express biasanya akan tunggu kita. Seterusnya selepas cek pasport naik bus ke Woodland. Sampai di Imigresen Woodland anda kena bawa beg untuk di scan.

Semasa beratur pastikan anda tidak beratus di hadapan warga asing yang memegang dokument visa, jika tidak anda turut lambat. hendak dijadikan cerita saya tidak perasan yang di hadapan saya warga asing yang memegang visa. Bila sudah beratur dan sudah pertengahan baru saya perasan…huhuhuhu jadi la lambat sebab pegawai imigresen tu semak satu2 dokumen orang tu.. akibatnya saya mengambil masa satu jam beratur dan menyebabkan saya tertinggal bus express. So jangan tinggal apa2 dalam bus, sbb anda tidak pasti apa akan berlaku.

so bila dah tertinggal bus, saya pun menunggu bus SBS yang ke MRT Kranji, Saya tunggu juga bus yang ke Terminal Bus Bugis, tapi bus ke MRT Bugis datang dulu so naik la bus ke MRT Kranji. Sampai di MRT Kranji saya naik MRT ke Stesen MRT Bugis.

MRT Bugis ini ada banyak exit antaranya exit di Bugis Juntion, Exit Victoria Street, exit Rochor Road, dan ada exit ke Bus Stop. Tapi semua dekat2 kita perlu tahu exit mana yang dekat dan mudah untuk kita. Saya menginap di Beach Hotel so exit MRT Bus Stop B12 yang dekat :). Ikutnya kalau saya tidak terlepas Bus Express masa di Woodland tu saya dah sampai ke Beach Road jalan kaki sahaja ke Beach Hotel. Sampai di MRT Bugis saya pergi ke hotel untuk letak beg dan meneruskan perjalanan ke USS.

Naik MRT Bugis ke Stesen Outram dan tukar train ke Stesen HarbourFront (Vivocity). Beli tiket MRT saya galakkan anda beli pergi balik kerana anda akan jimat masa tidak perlu beratur jika kebetulan ramai orang semasa pulang. Tiket kertas MRT ini boleh digunakan banyak kali dan dapat diskaun jika guna lebih dari 3 kali. Sampai di Vivocity saya makan kenyang2 di medan selera halal dalam vivocity.


Transport dari Vivocity – USS
Terdapat 3 cara untuk ke USS @ Sentosa, iaitu melalui MONorail, Cabel Car dan juga Bus RWS8. Saya suka naik bus kerana tidak perlu beratur panjang dan kekerapan juga banyak. Monorail 4SGD, Bus 2SGD, bayaran pergi sahaja balik free.

USS
Dari parking bus anda perlu naik escalator ke tingkat atas untuk masuk ke USS, Tiket masuk USS ini anda boleh dapatkan dengan beberapa cara, antaranya melalui ONline dan Kaunter. Bole semak website terlebih dahulu kerana kekadang ada promotion yang tidak dijangka. kalau beli online anda tidak perlu beratur panjang tengah panas. Saya kebetulan tidak beli online kali ini jadi saya pun kena beratur, semasa beratur ada promosi membership so saya ke kaunter promosi membership, saya jimat kerana dengan join membership dapat free express tiket untuk 5 atraction (kebetulan ada promosi, sib baik juga tak beli online :).

Ini contoh tiket USS yang saya beli dengan promo Membership Card RWSinvites, dapat express tiket untuk 5 Attraction iaitu Jurasic Park, Mummies, Transfomer, Madagascar dan Shrek. Jimat masa dan berbaloi.


Begitula serba sedikit info perjalanan ke USS dengan menaiki BUS.

Perjalanan Pulang dari Singapore
Selepas cekout hotel jam 12.00 tengahari, saya bergerak Terminal Bus Bugis. MRT Bugis ini ada banyak exit antaranya exit di Bugis Juntion, Exit Victoria Street, exit Rochor Road, dan ada exit ke Bus Stop. Tapi semua dekat2 kita perlu tahu exit mana yang dekat dan mudah untuk kita. Saya menginap di Beach Hotel so exit MRT Bus Stop B12 yang dekat :). Ikutnya kalau saya tidak terlepas Bus Express masa di Woodland tu saya dah sampai ke Beach Road jalan kaki sahaja ke Beach Hotel.

Saya menunggu bus di Terminal Bus Bugis. Saya tanya juga petugas tiket bus yang mana ke Terminal Larkin, so beratur dan beli tiket bus yang berharga 3SGD. Saya cadangkan anda beratur naik bas Causeway Link (Bus Kuning) sebab saya lihat kekerapan dia lebih berbanding bas lain, cuma harganya mahal sikit iaitu 3.30SGD. Tapi kalau tak ramai org yang beratur, anda pilih bas mana yang sampai dulu la.

Sampai di Woodland selepas cop pasport saya turun ke pakirbas…Ramai pulak yang beratur, konfius pulak saya nak beratur line yang mana masing2 panjang sahaja. kalau hal ini berlaku pada anda pastikan anda ingat syarikat bus yang anda naik so anda cari dan beratur untuk bus tersebut tak perlu bayar. jika anda naik bus syarikat lain anda cuma perlu bayar tambang semula. So saya dapat naik bus dari syarikat yang sama.

Sampai di Larkin makan di Medan selera tingkat atas, banyak pilihan nasi campur. Bus Konsortium jam 4.00pm ampai di TBS sekitar jam 9.00pm. Bayar tiket Parking cuma RM6 sahaja untuk 3 hari, tapi jika ikut jam saya tak sampai pun lagi 3 hari :).

Sekian

Tentative Perjalanan

Day 1 : 24.12.2014 : Khamis
11.00pm – TBS Bus ELTABINA

Day 2 : 25.12.2014 : Jumaat
03.45am – Sampai di CIQ JB Cek Pasport
04.15am – Sampai di Woodland Cop Pasport
05.30am – Baru selesai – Kena tinggal Bus ELTABINA sbb lambat sangat, Solat dahulu.
06.00am – Naik bus ke MRT Kranji
06.15am – Naik MRT ke Stesen MRT Bugis
06.45am – Sampai di MRT Bugis exit ke Bugis Junction untuk sarapan di McDonald 🙂
07.15am – Bergerak ke Hotel untuk tinggalkan beg, Sampai di Hotel cuci muka dan gosok gigi.
07.45am – Bergerak ke Vivocity
08.30am – Di Vivocity cuci mata dan jejalan, dan makan di Medan Selera Halal
09.00am – Naik tingkat atas kononnya nak naik Monorail, sekali ramai orang pula.
09.15pm – Naik Bus RWS8 2 SGD sahaja.
10.00am – Beli tiket USS dan masuk
09.30pm – Persembahan Bunga Api dalam USS (Acara Penutup)
10.00pm – Beratur menunggu Bus
10.30pm – Naik bus ke Vivocity
10.45pm – Sampai Vivocity terus ke MRT
11.30pm – Sampai ke Hotel

Day 3 : 26.12.2014 : Sabtu
12.00pm – Cek Out
01.00pm – Naik bus ke Woodland
03.00pm – Tiba di Terminal Larkin
04.00pm – Naik Bus ke TBS

Perbelanjaan
Tiket USS = 74 SGD
Bus TBS ke Beach Road Singapore = M50
Bus Larkin ke TBS = RM38
Terminal Bus Bugis ke Larkin = 3SGD
Hotel = 150 SGD

Penginapan Beach Hotel

Beach Hotel ini boleh dikatakan budget hotel juga, sesuai untuk group jika anda datang dengan family 3-4 orang boleh booking family room. Saya booking dalam Booking.com sahaja last minit ini sahaja yang murah dan berdekatan dengan Bugis MRT. Hotel selesa dan ada wifi. OK la untuk satu malam sahaja. Kaunter tingkat 2, so kalau bilik anda tingkat 3, kalau anda masuk lebih muatan pun takde yang cek :).

Posted in Backpacker, Melancong | Tagged: , , , | 5 Comments »

Penginapan di Singapore

Posted by hamydy on 7, October 2014

Memandangkan ramai yang bertanya kepada saya tentang penginapan di Singapore. Maka entri ini khas saya buatkan dengan menghimpun kan semua penginapan yang pernah saya menginap di singapura buat panduan dan rujukan pembaca blog semuanya. Walaupun masih banyak lagi penginapan yang ada di Singapore, tetapi entri ini khas merujuk penginapan yang pernah saya booking sahaja.

Le Hotel ~ Carpenter Street
Singapore Singapore
Le Hotel di Carpenter Street
Saya memilih menginap di hotel buget kali ini berbanding menginap di Hostel Backpacker seperti sebelum ini. Ini kerana saya inginkan privasi dengan memilih bilik single. kalau hostel susah dapat bilik single. Saya buat carian di Agoda dan terjumpa hotel LE HOTEL ini. Terletak berhampiran dengan stesen MRT Clarke Quay dan berhampiran sungai Marina Park. So kalau nak ke Marina Park tempat Air Pancut kepala Singa tu boleh jalan kaki sahaja sepanjang sungai tu, tak jauh sangat pun jalan2 cuci mata dah sampai.
Singapore Singapore
Saya pilih bilik single. Biliknya kecil dan sesuai untuk seorang, terdapat juga bilik2 lain yang standard bilik hotel. Untuk bilik single ni toilet dan shower kat luar. Saya cadangkan jika anda memilih menginap di hotel ini anda pilih duduk level 2 kerana bilik air sebelah sahaja bilik single anda, berbanding jika anda menginap di level 1, anda kena naik level 2 untuk mandi. Hotel ni selesa dan bersih, aman dan tenang. Pekerjanya boleh cakap melayu. Ada hotel kita ingat pekerjanya melayu tetapi rupanya Filipina, so english sahaja dia paham. Bilik single saya dapat dengan harga RM180 semalam…mahal jugak tu, tapi tak banyak hotel buget yang bawah RM200 berdekatan dengan MRT dan Marina Park, yang ada cuma Hostel, kalau hostel anda boleh dapat sekitar RM50-60 semalam untuk katil dalam Dorm. Untuk ke Marina Bay anda cuma berjalan kaki menyusuri sungai sahaja.

Singapore SingaporeSingapore Singapore

Tempat Makan yang berdekatan Le Hotel
Terdapat kedai mamak dan restoran nasi padang yang berdekatan. Nama restoran mamak ni Shah Alam yang terletak di Jalan Circular. Cuma jalan kaki sahaja ke lorong ni, memang happening lorong ni banyak kedai makan bar dan pub.

 

Backpacker Cozy Corner Guesthouse ~ North Bridge Rd

Backpacker Cozy Corner Guesthouse ~ North Bridge Rd
Inilah backpacker yang saya menginap Cozy Backpacker yang terletak di North Bridge Rd. Kawasan hotel ini tidak jauh dengan Bugis Junction.  Bawah hotel ni ada restoran mamak Muslim. jadi kalau nak makan tak susah la. Hotel ni pun ok dan selesa bagi backpacker. Ramai jugak foreiner yang menginap kat sini.

Signboard hotel ni kecil jadi anda mungkin terlepas pandang. Jadi nak senang anda rujuk banggunan tu. Sebelah kedai Seng Huat tu la Cozy Backpacker.

Bilik dan koridor pun selesa dan bersih.

Antara kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan adalah seperti PC Internet, Wifi dan sarapan pagi. Biasanya backpacker bilik airnya di luar. Toilet dan Bilik air setiap tingkat ada jadi tak susah.

 

Ideal Backpacker Hostel~Geylang Road
 
Ideal Backpacker Hostel~Geylang Road
Saya cadangkan hotel backpaker ini kerana ia terletak dekat sangat dengan stesen train Kallang dan dibelakang nya ada restoran mamak Imam yang buka 24 jam. cuma jalan kaki sahaja untuk ke stesen train. dan pada waktu malam jika hendak berjalan shoping di kampung melayu naik train satu stesen sahaja ke eunos atau jalan kaki sahaja sepanjang Geylang Road tu. Makan di Restoran mamak tu harga dia macam kita makan kat restoran mamak di Malaysia cuma cuma rasa lebih mahal kerana dalam dolar singapore. contohnya saya makan nasi dalam daun pisang seperti gambar dibawah (Ayam+sayur+papadom dan teh ais) harganya 8 usd singapore.
 
Hotel Backpacker ini selesa ada aircond, satu bilik muat 4 orang (katil double decker) kalau nak bilik singgle atau twin memang tak ada tapi jika anda berdua sahaja saya syorkan ambik hotel disebelah ideal backpaker yang berharga sekitar usd60 semalam. Jika anda seorang atau berdua dan tak kisah berkongsi bilik maka ok ja lebih jimat. cuma jika ada bawak barangan berharga kena bawa la setiap kali ke bilik air.

Hotel Idea backpacker menyediakan bilik air diluar bilik, ada TV dalam bilik, peti sejuk, water heater, dan perkhidmatan wifi percuma. Di kaunter pendaftaran terdapat sebuat PC yang menyediakan internet percuma, tapi kena bergilir guna la.
  

 

 Peninsula Excelsior Hotel Singapore ~ Hill Street
 
Hotel ini terletak di Jalan Hill Street, Hotel ni ada dua Tower. Biasanya hotel ini antara hotel yang menjadi tarikkan pengunjung, harga murah sikit la tapi kalau dlm Ringgit kira mahal jugak la. Hotel ni pun dekat dengan Marina Bay, dan dekat dengan lokasi trek F1, jika setiap kali ada F1 memang penuh hotel ini dan harga lebih mahal dari biasa. Kalau menginap di Hotel ini semasa F1 dapat la lihat F1 dari bilik hotel. Harga kalau dalam Sing Dolar sekitar 200-300SGD.
 
Bersebelahan hotel ini ada Digital mall iaitu Funan Digital Mall, kalau nak gajet murah boleh naik ke tingkat atas sekali ke Pusat Digital Chalengger.Dihadapan dan bersebelahan hotel ini juga ada mall yang turut menawarkan barangan dengan harga yang berpatutan, ala-ala pertama komplek.

Tempat Makan
Di kaki lima Funan Digital Mall ini ada foodcourt kecil dan ada satu gerai masakan padang Indonesia. So anda boleh makan makanan halal disini.

 

Park Sovereign Hotel ~ Albert St
 
Hotel yang terletak di Albert St ini memang menjadi hotel tumpuan bagi yang ingin mengidap berdekatan dengan Bugis Street. Hotel ini terletak dengan kawasan Albert St ini sangat happening dan penuh dengan penjaja dari pagi sehingga petang. Pelbagai barangan dijual dengan harga murah ikut matawang Singapore la. Harga tidak la murah sangat iaitu sekitar RM300++ satu malam. Boleh tahan. Bilik Kecik sahaja. tapi selesa macam Tune Hotel saja dan tiada sarapan.
 
Kat Albert Street ni gerai2 menjual pelbagai benda seperti downtown, memang meriah tambah lagi jika ada perayaan. Di Albert Street ini juga terdapat Digital Mall, kat dalam mall ni pelbagai barangan electonik dijual, aksesori telefon, labtop dan sebagainya.
Singapore 2014 ~ 1 Day Trip Singapore 2014 ~ 1 Day Trip
Singapore 2014 ~ 1 Day Trip Singapore 2014 ~ 1 Day Trip
Gerai Makan
Kat sini ada Medan Selera (Hawker), sekali tengok macam gerai makanan cina, tapi ada satu baris di tepi terdapat satu baris gerai muslim. Ada gerai Indonesia, gerai melayu dan jugak mamak. Jadi kalau nak sarapan atau makan boleh la makan kat sini. Saya makan kat Gerai SUZANA, ambil nasi campur Nasi putih sayur kacang dan ayam goreng dengan air teh o ais baru 5 dollar, murah jugak.

Beach Hotel ~ Beach Road

Beach hotel terletak berhampiran dengan Bugis Junction dan MRT Bugis exit Bus Stop. Jika anda menaiki bus expres dari KL terus ke Singapore (Beach Road) maka senang la untuk ke hotel ini. Jalan kaki dalam 10 minit sahaja dari tempat bus berhenti.

Beach Hotel ini boleh dikatakan budget hotel juga, sesuai untuk group jika anda datang dengan family 3-4 orang boleh booking family room. Saya booking dalam Booking.com sahaja last minit ini sahaja yang murah dan berdekatan dengan Bugis MRT. Hotel selesa dan ada wifi. OK la untuk satu malam sahaja. Kaunter tingkat 2, so kalau bilik anda tingkat 3, kalau anda masuk lebih muatan pun takde yang cek 🙂.

Posted in Backpacker, Melancong | Tagged: , , | 2 Comments »

Singapore 2014 ~ 1 Day Trip

Posted by hamydy on 17, September 2014

Singapore 2014 ~ 1 Day Trip
Singapore 2014 ~ 1 Day Trip
Trip sehari ke Singapore sempena cuti 16 September 2014 adalah plan singkat. Balik kerja terus pergi ke TBS, ambil tiket bus KL TBS – Singgapore Beach Road dengan harga RM45, kalau boleh ambil waktu perjalanan tengah malam supaya sampai di singapore awal pagi untuk jimatkan penginapan hotel. Ada dua cara untuk naik bus, pertama bus direct ke Singapore dan keduanya bus ke Larkin. Jika bus ke KL-Larkin, kita kena naik bus awam syarikat SBS yang akan berhenti di Stesen Bus berdekatan dengan Bugis MRT di Singapore. Cara bijak dan jimat masa adalah bus direct ke singapore la better.

Sampai di Emigresen Tambak Johor CIQ, kita kena turun bus untuk cek pasport, waktu ini beg tak perlu lagi bawa masuk pun, tinggal di dalam bas sahaja. Apabila sampai di emigresen Woodland Singapore, driver bus akan cakap bawa pasport dan beg. So kat sini beg kena masuk mesin scaner macam biasa. anda kena cepat dan jangan buang masa. biasanya bus akan tunggu kita selepas emigresen.

Seterusnya bus sampai Singapore dan berhenti di Beach Road depan banggunan yang ada kaunter tiket bus. Bus ini hanya berhenti tepi jalan sahaja, mulanya saya ingat bus station ker apa, tapi bukan. Maknanya kat sini bukan stesen bus macam puduraya atau TBS, ia lebih kepada bus stop sahaja. dimana bus berhenti turunkan penumpang dari KL dan ambil penumpang baru untuk ke KL.
Singapore 2014 ~ 1 Day Trip Singapore 2014 ~ 1 Day Trip
Little India
Saya berjalan kaki sahaja untuk ke Little India (Jalan Kerbau) saja jejalan cuci mata. Kat sini memang semuanya peniaga-peniaga india. Terdapat pelbagai kedai pakaian aksesori dan juga restoran india. Ramai juga yang jalan kat sini.
Singapore 2014 ~ 1 Day Trip Singapore 2014 ~ 1 Day Trip
Singapore 2014 ~ 1 Day Trip Singapore 2014 ~ 1 Day Trip
Albert Street
daripada Little India saya terus berjalan ke Albert Street, kat sini ada Medan Selera (Hawker), sekali tengok macam gerai makanan cina, tapi ada satu baris di tepi terdapat satu baris gerai muslim. Ada gerai Indonesia, gerai melayu dan jugak mamak. Jadi kalau nak sarapan atau makan boleh la makan kat sini. Saya makan kat Gerai SUZANA, ambil nasi campur Nasi putih sayur kacang dan ayam goreng dengan air teh o ais baru 5 dollar, murah jugak. Pastu jalan kat Albert Street ni ada gerai2 tepi jalan yang jual pelbagai benda seperti downtown, memang meriah tambah lagi kalau ada perayaan. Di Albert Street ini juga terdapat Digital Mall, kat dapam mall ni pelbagai barangan electonik dijual, aksesori telefon, labtop dan sebagainya.
Singapore 2014 ~ 1 Day Trip Singapore 2014 ~ 1 Day Trip
Singapore 2014 ~ 1 Day Trip Singapore 2014 ~ 1 Day Trip
Bugis Street
Selepas melalui Abert Street anda akan jumpa Bugis Street, Kat sini macam petaling street di KL la rupanya. tapi dia besar dan 2 tingkat. Biasanya ramai pelancong datang beli ole-ole singapore kat sini la. masuk sahaja boleh jumpa ramai orang Malaysia, Indonesia. Pelbagai barangan dijual, tshirt, Magnet, jam, mainan dan macam-macam. Kalau anda lapar saya tak jumpa pula restoran muslim kat sini, paling dekat anda makan kat Burger King sebelah Bugis Street sahaja. Selepas Bugis Street saya jejalan melawat banggunan bersejarah dan sebagainya, saya tak naik bus atau pun MRT jalan kaki sahaja, kira senaman la jugak. Tapi kalau nak ke destinasi yang jauh boleh naik bus atau MRT. Bugis Street ni sebenarnya tak jauh pun dengan tempat Marina Park jalan kaki sahaja, tapi peluh la jugak dalam 30-60 minit.
Singapore 2014 ~ 1 Day Trip Singapore 2014 ~ 1 Day Trip
Beach Road Bus Station
Sebelah petang saya berjalan semula ke Beach Road ke kaunter tiket untuk beli tiket bus pulang ke KL TBS. Hanya satu syarikat bus sahaja yang ada perjalanan tengah malam ke TBS iaitu syarikat StarMart Express, Syarikat lain rata-rata ke TBS sekitar jam 3.00pm dan 5.00pm. Tapi kalau anda hendak turun di Time Square KL dan Bukit Bintang memang ada banyak bus tengah malam dari Beach Road di semua kaunter syarikat bus. disebabkan saya Pakir moto di TBS, jadi semestinya saya naik bus ke TBS kan. Bus dari Beach Road Singapore ke TBS KL paling last jam 11.00pm, so saya sampai TBS cepat juga dalam 3.30am sbb bus pulang melalui jambatan kedua Gelang Patah.
Singapore 2014 ~ 1 Day Trip Singapore 2014 ~ 1 Day Trip
Medan Selera Beach Road
Selepas dah dapat tiket, kalau lapar boleh makan di Food Court 4 tingkat di seberang kaunter bus tu, Nama tempat ni adalah Beach Road Garden, Banyak juga gerai muslim kat sini. Saya makan nasi ayam cuma 3.5 dollar sahaja. Kat sini yang famus adalah sub tulang kambing, rupanya bukan macam sup tulang kat malaysia, supnya warna merah. sebab dah kenyang makan nasi ayam jadi saya tak sempat merasa sup tulang ni.. ermm maybe lain kali la.
Singapore 2014 ~ 1 Day Trip Singapore 2014 ~ 1 Day Trip
Arab Street
Selepas makan saya jalan kaki ke Arab Street, wah happening jugak kat sini bila malam. tempat lepak ramai orang, berdekatan dgn sebuah masjid lama yang besar. Arab Street tak jauh pun dari Beach road ni. kat sini saya abiskan masa dgn minum teh tarik. ok jugak teh tariknya macam kat mamak di Malaysia. Terdapat juga AgroBazar Malaysia, malam dah tutup so saya tak pasti apa yang di jual disitu.

Sekitar 10.30pm saya bergerak semula ke Bus Stop Beach Road. Naik bus jam 11.00malam dan samapi TBS jam 3.30am.

Sekian.

Perbelanjaan
Tiket bus TBS KL – Beach Road = RM45
Tiket Bus Beach Road Singapore – TBS KL = 20SGD promo (Biasa antara 30-35 SGD)
Makan – 2 kali makan, (Lunch 5 dollar Singgapore, Dinner 4.50 dollar Singgapore)
Minum-minum = dalam 2-3 dollar Singgapore.

Tips Jimat = Bawa bekal roti dan milo atau kopi 3in1  😀 , pastu kemana2 jalan kaki sahaja. 🙂

Tips Bergambar = Sila bawa mini Tripod dan juga minta tolong pelancong lain ambilkan.. :), Kalau minta tolong orang local cam ganggu dia aja, so kalau nampak pelancong sdang bergambar minta dia tolong 😀

Tips Keselamatan
Singapore sangat selamat, walaupun berjalan seorang diri lelaki atau perempuan. Ada banyak cctv. Walaupun berjalan waktu 3-4am pun selamat. Tidak perlu risau peragut atau mat rempit, memang tiada.
– Singapore negara banyak peraturan – jadi sila patuhi peraturan yer, kang masalah pulak, jangan buang sampah sesuka hati.

kalau kat singapore bergaduh kat public dua-dua yang bergaduh tu masuk lokap dan kena sebat tak kira siapa yang salah.

bagusnya kalau KL selamat macam singapore kan.

Posted in Backpacker, Cuti2 Malaysia, Melancong | Tagged: , , , , , , | Leave a Comment »

Mt Kinabalu 2014 ~ Via Mesilau

Posted by hamydy on 19, July 2014

Kinabalu 2014
Mt Kinabalu 2015 ~ Via Mesilau
Trip Mendaki Gunung Kinabalu 2014 kali ini berlangsung pada 13-15 Jun 2014. Ramai yang telah mendaftar untuk trip ini sejak 23 Jun 2013 namun seat yang berjaya saya dapat adalah 27 sahaja. Peserta yang terlibat adalah terdiri dari 9 orang lelaki dan 18 orang perempuan.

Saya mohon maaf kepada semua pembaca kerana sedikit lewat post entri ini. Masa tidak berapa mengizinkan untuk saya buat entri ini sebaik sahaja pulang dari mendaki. Dalam entri ini saya ada masukkan juga pic dari trip saya yang lepas untuk selari dengan penulisan entri ini. Kalau ada pic dengan baju oren tu merupakan baju trip 2014, kalau warna lain tu maksudnya pic dari trip-trip saya yang lepas la 😀

Berbalik pada trip ini.

Setelah seat mendaki berjaya ditempah pada tarikh 13-15 Jun 2014, maka semua peserta mula menunggu dan membeli tiket promosi Air Asia dan juga Malindo Air dan harga termurah berjaya di beli adalah seperti berikut:
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Malindo Air -Pergi OD1002 13.06.2014 – RM112 total pergi balik (termasuk ludgage, Snek, seat)
Air Asia- Pergi AK5122 -12.06.2014 – RM99 Total Pergi Balik – Tiket sahaja

Kalau tengok harga macam Air Asia lagi murah, Tapi sebenarnya Malindo Air lagi murah walaupun dengan harga RM112 kita dapat Free Luggage 20kg, Minum dan Snek, Bole pilih seat, Seat luas dan ada TV pada seat. 😀

Hari Pertama 12.06.2014 – Khamis
Ramai yang beli tiket penerbangan pada 12.06.2014 iaitu seramai 18 semuanya. Bakinya 9 orang beli tiket pada 13.06.2014. Ada yang sampai tengah hari, ada yang sampai petang dan ada yang sampai malam. Semua yang sampai terus ke penginapan Borneo Backpacker. Penginapan ini dah termasuk dalam pakej. Harga semalam untuk dorm bagi satu katil adalah RM25. Peserta yang datang awal ini mengambil kesempatan untuk jejalan di pasar Filipine dan juga makan makanan laut. Rumpai laut diharamkan buat sementara waktu kerana terdapat kes tercemar dengan kolera. Bagi yang hendak mendaki saya juga tidak menggalakkan untuk makan rumpai ini sebelum mendaki kerana kuatir sakit perut.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Borneo Backpacker Sabah
Backpacker ini memang selesa dan dekat dengan pasar filipine. Maklumat lanjut berkenaan dengan Backpacker Hostel ini boleh la di baca di entri saya yang lepas di link berikut: https://hamydy.wordpress.com/2012/08/02/backpacker-borneo-backpackers-sabah/

Hari Kedua 13.06.2014 – Jumaat
saya bertolak pada 13.06.2014, 8 orang semuanya pada penerbangan awal pagi dan kami sampai sekitar jam 9 dan 10 pagi dengan pesawat Air asia dan Malindo. Sampai di Airport Van yang di tempah sudah siap untuk menjemput kami. 3 buah van semuanya, 1 jemput kami di Airport dan 2 lagi sudah stanby di Backpacker. Sehingga 13.06.2014 peserta yang sampai ke Kota Kinabalu cuma 24 orang sahaja. Lagi 3 Orang last minit tidak dapat pergi kerana ada urusan yang tidak dapat dielakkan walaupun sudah membayar pakej dan juga tiket penerbangan.

Sekitar jam 12 tengahari kami semua sudah berkumpul di Borneo Backpacker. Ada beg yang kami simpan di Stor Borneo Backpacker. Perjalanan kami bermula dan kami singgah makan tengahari di kawasan Putra Jaya. Kawasan ini jadi pilihan kerana terdapat lot kedai makan bersebelahan dengan kedai runcit dan mini Giant. Jadi selepas makan tengahari peserta dapat membeli keperluan dan bekalan untuk mendaki seperti air mineral, air isotonik, biskut, coklat, bateri dan sebagainya. Seterusnya kami meneruskan perjalanan terus ke Kinabalu Park untuk pendaftaran.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Kinabalu Park
Sementara saya menyemak senarai nama dan mendapatkan kad permit pendakian, Para peserta mengambil kesempatan untuk bersiar dan bergambar di sekitar Kinabalu Park dan ada juga yang Repacking semula bag untuk ditinggalkan di Stor Kinabalu Park dengan caj RM10 untuk satu beg. Setelah nama disemak dari segi ejaan, Harus ingat bagi yang mempunyai nama yang panjang perlu ditanya adakah nama tersebut semuanya muat dalam sijil, jika tidak muat maka dipendekkan nama seperti buang perkataan BIN, Binti, A/P, Muhammad pendekkan jadi MUHD kerana sijil muat sekitar 39 huruf (termasuk space bar) sahaja. Setelah permit sudah dapat kami meneruskan perjalanan ke Desa Catle.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Desa Catle
Trip ke Desa Catle sudah termasuk dalam pakej cuma tiket masuk RM4 sahaja dibayar sendiri. Kami sampai di Desa Catle sekitar 3.40pm, suasana dan cuaca baik, kawasan bersuhu sejuk dan dingin. Desa catle ini menjadi tumpuan pengunjung kerana kawasan ladang lembu dengan padang rumput luas seolah-olah seperti di New Zeland. Ramai yang datang sini untuk bergambar dengan berlatar belakangkan Gunung Kinabalu, Kami kurang bernasib baik untuk dapat latarbelakang gunung kinabalu kerana keadaan berkabus di pergunungan.

Singgah di Desa Catle ini jangan lepaskan peluang untuk makan Ais Cream dan juga minum kopi panas sambil menghayati pemandangan. Kawasan Desa Catle ini sebenarnya sudah hampir dengan Mesilau Nasional Park. Jadi jika kita mendaki dari Mesilau jangan lepaskan peluang untuk singgah di sini semasa perjalanan ke Mesilau National Park. Seterusnya kami bertolak ke Mesilau Nasional Park untuk Cek In Chalet.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Mesilau National Park
Kami sampai di Mesilau National Park sekitar jam 5.00pm, kebetulan hujan turun lebat ketika itu tapi sekejap sahaja,suhu memang sejuk la. Kami menginap di Chalet Bishop 1 dan 2. Sekitar jam 6.00pm kami ke Cafe untuk dinner secara buffet. Di cafe ini ada dijual glave dan baju sejuk dan tapi harga mahal la harganya.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Sesi Suai Kenal – Ice Breaking
Sekitar 8.30pm kami berkumpul di Chalet Bisop 1 untuk sesi sual kenal dan juga Taklimat Ringkas pendakian. Setiap peserta memperkenalkan diri masing-masing. Peserta dari pelbagai latar belakang dan peserta paling muda adalah berumur 11 tahun.

Taklimat ringkas merangkumi maklumat trek, masa pendakian, persediaan dan beberapa tip semasa mendaki. Barang yang hendak dibawa naik kebanyakkan peserta hendak bagi portal bawa, Jadi yang perlu ada pada setiap peserta ketika mendaki adalah baju hujan, glove, air dan makanan ringan, serta bekal yang diberi. Camera dan Hp wajib dibawa oleh setiap peserta kerana setiap peserta mungkin akan terpisah jarak mengikut keupayaan masing-masing, jadi camera mesti ada sendiri untuk bergambar kenangan tak kisah la selfie atau selftimer atau mintak pendaki lain atau guide ambilkan. Ini penting keranan kita tidak tahu keadaan cuaca semasa perjalanan naik dan turun adakah clear atau hujan. Semasa di Laban rata nanti peserta juga dinasihatkan supaya memaklumkan kawan2 dan juga guide jika mengalami symtom AMS seperti pening dan sakit kepala atau demam. Biasanya jika kena AMS peserta dinasihatkan untuk tidak meneruskan pendakian ke puncak. Peserta juga diserahkan Tag Nama Permit Mendaki dan dinasihatkan supaya tidak menghilangkan tag ini dan hendaklah dipakai setiap masa. Barang-barang yang tidak diperlukan atau tidak mahu dibawa naik keesokkan harinya boleh di packing dan dihantar ke pejabat Mesilau National Park untuk dihantar ke Kinabalu Park dengan caj RM10 untuk satu beg. Setelah selesai taklimat peserta semua kembali ke dorm masing-masing untuk berehat dan tido.

Bagi peserta yang tidak boleh tido awal, ada yang masih melepak sambil minum kopi dan makan meggi. Makan meggi panas-panas ketika suasana sejuk ni memang terasa best. Di Chalet ini ada disediakan pinggan dan mug, peti sejuk, Dapur atau Hot kettle untuk masak air.

Hari Ketiga 14.06.2014 – Sabtu
Jam 6.00am peserta semua sudah siap sedia bangun dan membuat persiapan. Jam 7.00am kami sudah berada di Cafe untuk sarapan pagi. Makan secara buffet dan diberikan bekal yang mengandungi sandwish, pisang dan air mineral. Setelah semua selesai sarapan kami bergambar kenangan di hadapan Mesilau Cafe sambil menunggu kedatangan guide.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Timbang Beg
Setelah guide sampai kami yang ingin mengambil portal mula mengumpulkan beg di hadapan pintu masuk trek. Guide akan bawa penimbang dan kami semua menimbang beg masing2 dan dicatat pada list nama yang disediakan untuk guide. Di mesilau caj portal adalah M12 bagi setiap 1kg. Peserta digalakkan ambil portal bagi mengurangkan berat beg yang dibawa. Saya cadangkan anda beli waterbag pack yang ada komparment, beg ini selain isi air anda boleh letakkan baju hujan, makanan ringan dan juga bekal. Sebaiknya tangan anda bebas dari menjingjing sebarang beg.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Setelah selesai menimbang beg kami diberi taklimat oleh ketua guide dan diperkenalkan guide dan portal yang akan mengikuti sepanjang trip kami. Setelah taklimat selesai semua peserta membuat sedikit regangan otot yang dipimpin oleh adik Vijayalaxmi Naidu, excited adik ini hendak mendaki. Kami buat sedikit regangan bermula dari kepala hingga turun ke pergelangan kaki. Regangan ini penting bagi memanaskan badan sebelum sesi pendakian.

Setelah semuanya bersedia kami naik ke Cekpoint Mesilau Gate, peserta mengambil gambar guide supaya dapat ingat wajah mereka, ada 4 orang guide semuanya dan 2 orang portal, guide ini diketuai oleh en Kamaluddin. Guide yang selalu saya tempah untuk naik gunung Kinabalu. Jika anda sudah kenal guide atau ada guide pilihan anda perlu contact guide tersebut dan maklumkan date mendaki anda dan semasa pendaftaran di kinabalu park anda sebutkan nama guide tersebut, jadi dapatlah dia jadi guide anda. Jika tidak pihak kinabalu park akan bagi mana-mana guide yang ada pada kita.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Di cekpoint kami perlu tandatangan borang kehadiran dan tunjukkan permit sebelum mula melepasi gate. Di awal pendakian semua sangat excited.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
KM1 – Menaik
Bermula dari 0km ke KM0.5 dan ke km1, trek tidak sukar mendatar dan ada sedikit menaik dan ada tangga-tangga kecil dan pendek. Tidak sukar mendaki dan peserta masih berada dalam satu kumpulan. Selepas KM0.5 peserta akan dapat melihat pemandangan gunung kinabalu dan bergambar. Yang menariknya jika melalui mesilau ini adalah anda dapat lihat banyak view yang cantik berbanding jika anda melalui Timpohon yang tiada view sehingga KM4. Saya sering mengingatkan peserta supaya KM1-KM3 peserta dapat bergerak sedikit laju supaya dapat curi masa. Digalakkan supaya kita cuba buat 1km dalam masa maksimum 1 jam sahaja, dengan itu kita boleh sampai ke Laban Rata dalam masa 8jam maksimum. Jadi jika kita curi masa pada KM1-KM3 so kita ada sedikit masa di KM-KM yang terakhir yang mana kita mungkin sedikit penat dan pelahan.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
KM2 – Menurun – Pondok Schima – Pondok Bambu
Selepas anda melepasi papan tanda KM1, anda akan berjumpa pondok yang pertama iaitu Pondok Schima. Biasanya peserta akan target untuk rehat seketika (take 5) di pondok ini sambil bergambar kerana terdapat view yang cantik berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu. peserta tidak digalakkan berhenti lama atau duduk di pondok ini kerana baru 1km tidak la penat sangat. Selepas melalui pondok ini anda akan bergerak menuruni bukit seterusnya trek mendatar sehingga anda bertemu dengan Papan tanda KM1.5, kemudiannya trek mula menurun lagi sehingga anda bertemu dengan pondok seterusnya iaitu Pondok Bambu. Di pondok bambu ini semua peserta tidak berhenti kerana tidak penat dan tiada view pemandangan. Di pondok ini ada kemudahan tandas dan air paip. Selepas melepasi pondok ini trek masih menurun dan ada sedikit tangga dan masih menurun sehingga anda bertemu dengan papan tanda KM2.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
KM3 – Menurun
Setelah melepasi papan tanda KM2 trek menurun dan mula mendatar seterusnya kembali menurun sehingga jumpa papan tanda KM2.5. Seterusnya anda akan jumpa batu besar, batu besar ini menandakan anda akan berjumpa dengan kawasan air terjun (Waterfall) yang pertama. Di waterfall ini ada satu jambatan kayu yang pendek, disini kebanyakan pendaki berhenti untuk bergambar dan ada yang menyegarkan muka dengan air sungai yang bersih dan sejuk sebelum meneruskan perjalanan. Seterusnya selepas melalui waterfall ini anda akan bertemu dengan Papan Tanda KM3.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
KM4 – Menaik – Pondok Nepenthes – Jambatan Gantung Kipuyut
Seterusnya setelah melepasi papan tanda KM3 anda akan bertemu dengan pondok ketiga iaitu Pondok Nepenthes sebaik sahaja melepasi pondok ini anda akan menurun lagi dan kemudiannya sedikit mendatar dan bertemu dengan sebuah sungai dengan Jambatan Gantung, Jambatan gantung ini dinamakan Jambatan Gantung Kipuyut. Tahun 2013 saya datang masih ada papan tanda nama jambatan ini tapi tahun 2014 saya lihat sudah tiada papan tanda ini. Sungai di jambatan gantung ini juga memberikan pemandangan yang menarik, ramai peserta tidak melepaskan peluang bergambar disini. Semasa di sini peserta group saya masih berjalan dalam kumpulan walaupun ada yang kedepan dan ada yang kebelakang..masih boleh nampak lagi. Setelah melepasi sungai dan jambatan gantung ini trek mula mendaki sedikit dan anda akan bertemu jambatan kayu pendek merentasi sungai, selepas itu terdapat tangga pada KM3.5 dan terus mendaki sehinggala anda bertemu dengan pondak keempat iaitu Pondok Tikalod. Kebanyakkan peserta mula terasa penat dan berehat di pondok ini. Seterusnya selepas melalui pondok ini anda akan jumpa papan tanda KM4.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
KM5 – Menaik – Pondok Lompoyou
Selepas melalui papan tanda KM4 kebanyakkan peserta sudah mulai jauh antara satu sama lain dan tidak lagi berkumpulan. Masing-masing dengan kelajuan tersendiri. Ada yang sudah jauh kedepan dan ada yang perlahan di belakang. Semua peserta tidak perlu risau kerana ada salah seorang guide akan menjadi guide untuk orang yang paling belakang. Sebaik sahaja melalui papan tanda KM4 peserta mula mendaki dan tiada lagi trek mendatar dan menurun dan akan jumpa beberapa tangga dan ada yang panjang, laluan di trek ini pun tiada view dengan kiri kanan hutan. Selepas melepasi K4.5 rasanya anda akan bertemu dengan pondok kelima iaitu Pondok Lompoyou. Biasanya di pondok ini menjadi kebiasaan pendaki berhentik untuk makan bekalan sandwich yang diberi. Di pondok ini anda akan dapat view pemandangan yang cantik dan berada atas bukit. Seterusnya dari pondok ini tak jauh anda akan bertemu dengan kawasan lapang yang dikatakan sebagai HeliPad. Ramai juga yang berhenti di Helipad berbanding dengan Pondok Lompoyou ni kerana view lagi menarik. Dikawasan Helipad ini sebenarnya anda berada di atas rabung gunung dimana kiri dan kanan anda adalah cerun. Jadi view keliling dengan 360 darjah. Disini anda kan lihat pokok- pokok diselaputi sejenis lumut, kawasan ini anda akan mula terasa sejuk dan dingin. Seterusnya anda akan melalui sedikit mendatar di atas rabung yang kecil dan dihadapan anda akan lihat sebuah lagi bukit yang hendak di daki. Sebaik sahaja melepasi rabung ini anda akan mula jumpa tangga yang agak tinggi.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
KM6 – Menurun – Pondok Magnolia
Seterusnya kita akan menaiki tangga yang tinggi dan panjang jugak sebelum berjumpa pondok keenam iaitu Pondok Magnolia yang baru dan ada view. Pondok lama lagi kehadapan dan tiada view, Pondok Magnolia yang lama sudah di runtuhkan, disebabkan pondok ini di tepi cerun dan keadaan tanah yang sentiasa basah dan berair serta berlumut menyebabkan tiada pendaki yang hendak rehat dan jadi usang, mungkin ini sebabnya pihak kinabalu park buatkan pondok yang baru yang ada view. Selepas pondok ini trek mula menurun dan akan landai sebelum berjumpa persimpangan trek Mesilau Timpohon. Di persimpangan ini ada sedikit lapang kawasannya, menjadi kebiasangan pendaki berhenti sekejap sambil menikmati beri-beri merah yang tumbuh liar disini. Disimpang ini anda akan anda akan Jumpa Papan Tanda KM6.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
KM7 – Menaik – Pondok Vilosa
Sebaik sahaja anda bertemu dengan KM6 anda jangan terkejut kerana anda kan jumpa papan tanda 4km. sebenarnya bermula dari simpang papan tanda adalah dari Timpohon. Jarak Gate Timpohon ke Laban Rata adalah 6KM, jadi papan tanda adalah ikut timpohon. Bermula di simpang ini juga anda akan terus mendaki lagi 2km untuk sampai ke Laban Rata. Dari sini trek bertangga dari batu-batu, dan pohok pun sudah mula renek serta terasa dingin. Disini anda akan jumpa peserta dari Timpohon sama ada naik dan turun, tetapi kebanyakkan yang turun la. Anda akan melepasi Papan tanda timpohon KM4.5 yang bermaksud anda sudah KM6.5 dari mesilau. Trek masih menaik dan anda akan jumpa tangga kayu, selepas tangga kayu ini anda akan jumpa kawasan batu lapang , kebiasaannya ramai juga bergambar disini. Atas sikit dari diri anda akan jumpa Pondok Vilosa kat sini terdapat tandas dan jika tidak berkabus anda boleh bergambar berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu. Seterusnya anda naik lagi dan anda akan jumpa Papan Tanda KM5 yang bermaksud ada dari mesilau sudah KM7.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
KM8 – Menaik – Taman Bonsai – Pondok Paka
Sebaik sahaja anda melepasi papan tanda KM5, anda akan melihat pemandangan seperti taman bonsai. Memang cantik. Lebih cantik lagi jika tiada kabus atau tidak berhujan. Semasa saya melalui kawasan ini ia berkabus dan menutupi pemandangan Gunung Kinabalu. Trek makin menaik dengan batu-batu dan anda akan lihat kebanyakkan pokok diselaputi lumut yang panjang2. Selepas melalui kawasan ini anda akan memasuki kawasan seperti hutan semula tiada pemandangan selepas memasuki kawasan ini anda akan bertemu dengan Pondok Paka. Kalau dah jumpa pondok paka ni berbakna anda sudah dekat la. Ada tandas di Pondok ini dan juga air bukit. Saya tak galakkan anda minum air bukit yang di tadah ini jika perut anda sensitif. Seterusnya setelah melepasi pondok ini anda akan bertemu pula dengan papan tanda KM5.5 yang bermaksud anda sudah KM7.5 dari mesilau dan hanya tinggal 500m sahaja lagi untuk sampai ke Laban Rata.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Waras Hut
Dari Papan tanda KM5.5 ini anda akan jumpa chalet pertama iaitu Chalet Waras Hut. Ramai yang kata terasa macam tak waras untuk 500m ni, sebab dah penat dan mental. Tapi sebaik sahaja jumpa Waras Hut ni kebanyakkan pendaki berasa sangat lega. Biasanya ramai akan rehat seketika di sini sebelum melangkah terus ke Laban Rata Rest House. Kiranya kumpul tenaga dan one shot terus ke Laban rata. Laban rata cuma dibelakang Waras Hut sahaja. Sebelum jumpa Cafe Laban Rata Resthouse anda akan jumpa kawasan lapang untuk Helipad. Sampai di Laban Rata kira dah mencapai KM8 dari mesilau dan KM6 dari Timpohon. Kalau dari Timpohon anda boleh sampai di laban rata sekitar jam 1pm-2pm. Tapi kalau dari Mesilau kebiasaannya pendaki sampai sekitar jam 4pm -jam 5pm.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Laban Rata
Laban Rata Resthouse cafe dibuka sekitar jam 4.00pm. Ramai peserta group ini sampai sekitar 4.00pm – 4.30pm. Kalau ikutkan booking ada yang dapat penginapan di Waras Hut, Panar Laban Hut dan Gunting Lagaadan Hut, tapi masa cek in pihak pengurusan bagi kami semua di Gunting Lagaadan sebab katnya senang satu group. Makan di Laban Rata cafe ni memang sedap, sentiasa ada menu kambing (my Faveret ni) Selepas semua makan dan rehat maka yang lain2 mula bergerak ke chalet.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Cuma satu pasangan yang sampai lewat iaitu En Jayaverakumar dan Madam Jayanthi yang sampai sekitar 7.30pm. Anaknya dah tapau siap2 makanan bufet dalam pinggan dan letak atas meja. Jika tak buat begitu, pihak cafe cuma tapaukan nasi goreng sahaja kepada yang lambat. Sekurang2nya ada la juga lauk, sebab cafe tutup pada jam 7.00pm. Para pendaki akan cuba untuk tidur seawal 8.00pm kerana perlu bangun untuk persiapan pada jam 1.00am esoknya. Saya Galakkan semua pendaki untuk turun makan di Laban Rata Cafe supaya ada tenaga untuk mendaki. Tapi kebanyakkan peserta ada bawa bekalan dan malas hendak turun ke Laban Rata Rest House pagi-pagi kerana sejuk dan perlu mendaki 10-15minit. Harus ingat di Laban Rata ini signal telefon sangat rendah. Kebanyakkan guide menggunakan 2 no iaitu no maxis dan celcom, biasanya maxis dapat signal ok jugak di laban rata compare celcome dan Digi. Jadi untuk memudahkan perhubungan ramai yang menggunakan perkhidmatan SMS untuk berhubung dan call hanya bila dapat signal yang kuat sahaja.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Hari Keempat 15.06.2014 – Ahad
Sekitar 2.30am semua pendaki sudah siap sedia untuk mendaki di Gunting Lagadan, kerana Gate ke puncak adalah dibelakang Chalet Gunting Lagaadan. Selepas Taklimat ringkas oleh guide kami semua memulakan pendakian untuk sampai ke puncak yang jaraknya 2.8km sahaja. Semua peserta bergerak dengan kelajuan masing-masing pelahan-lahan tanpa berhenti terlalu lama. Tidak digalakkan untuk berehat lama dan duduk kerana ia akan menyebabkan anda menjadi malas. Cuba target sampai di Last Cek Point Sayat-Sayat sebelum jam 5.00am. Kerana jika anda sampai jam 5.00am anda mungkin tidak dibenarkan melepasi cekpoint tersebut.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Tali Pertama
Setelah mendaki banyak anak tangga kayu anda akan jumpa tali pertama. Disini sudah tiada pokok dan mula mendaki batu. Di tali pertama ini agak curam dan anda perlu memanjat menggunakan lagi di KM6.5. Disini pastikan tangan anda bebas untuk memegang tali, jika ada camera atau tongkat sila masukkan pada beg, Kebetulan ada seorang pendaki wanita dari group lain tergelincir dan terduduk, beliau bernasib baik tidak menggelungsur kebawah gara-gara mendaki tali dengan tongkat. Rasanya dia tidak meneruskan perjalanan kerana buku lalinya sakit. So mesti ingat keselamatan diutamakan. Semasa awal pagi dalam keadaan masih gelap kita tidak terasa sangat curam dan bagi yang gayat dia tidak terasa kerana keadaan gelap.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Km7 – Cek Point Sayat-Sayat
setelah melepasi cerun curam tersebut anda akan melalui kawasan yang sudah kurang curam di KM7. Di Km7 ini anda berjalan sedikit mendatar diatas batu untuk sampai ke Pondok Cek Point Sayat – Sayat. Di cekpoint Sayat-sayat ini sudah dibuat pondok baru yang lebih baik. Dahulunya masa saya mula mendaki padata tahun 2007 masih terdapat pondok telefon telekom. Ketika itu pondok telefon dan telefon masih ada cuma tidak berfungsi. Jadi kalau anda ingin merehat pastikan anda berehat setelah melepasi cekpoint dengan menunjukkan permit. Sebelum ini ada peserta yang berehat sebelum cek point, sebaik nak melepasi masa sudah melepasi jam 5.00am, walaupun dia sampai awal tapi disebabkan dia lambat untuk cekin so dia tidak dibenarkan.. rugi2.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
KM8
Setelah melepasi cekpoint Sayat-Sayat anda akan melalui kawasan yang sering menjadi sungai jika hujan lebat. So kalau hujan lebat dan sungai terbentuk kita juga mungkin tidak dibenarkan melepasi sungai ini dan naik ke puncak. Setelah melepasi kawasan ini anda akan mendaki naik… letih jugak kerana oksigen makin kurang waktu ini. Jalan 5 langkah macam jalan 10 langkah bagi pendaki yang tiada stamina. Seterusnya anda akan berjumpa Papan Tanda Mountain Torgh KM7.7, Selepas anda melalui papan tanda ini anda sudah sampai di atas Gunung Kinabalu dimana trek menaik dan sedikit mendatar, anda akan trekking dengan bersebelahan puncak seperti gambar dalam Duit RM1, anda akan bergerak sehinggalah anda jumpa papan tanda KM8.0. Di papan tanda ini merupakan tempat orang bergambar dan juga landmark Gunung Kinabalu. Disini ada tempat solat yang dibuat daripada susunan batu. Ramai yang bersolat subuh disini. Kebanyakkan solat secara duduk bagi mengelakkan pukulan angin. Biasanya pendaki muslim akan ambil wuduk di Cek poin Sayat-Sayat atau pun ada yang membawa air.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
KM8.5
Dari kawasan ini jika sudah cerah anda akan dapat lihat puncak Gunung Kinabalu iaitu Low Peak yang sudah tidak jauh. So anda bergerak sehingga jumpa papan tanda kecil atas batu KM8.5. So tinggal 300meter sahaja lagi. Selepas papan tanda ini anda akan nampak Bukit Low Peak. Perlu mendaki untuk sampai ke Puncak Low Peak yang ada Papan Tanda Puncak.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Puncak Low  – (Low’s Peak) 4,095 metres
Di puncak ini kawasan cuma kecil, dan ada kabel penghalang keselamatan untuk menghalang dari pendaki terjatuh. Awal tahun ini 2014 ada seorang pendaki watita luar negara (Mat Salleh) yang maut terjatuh dari tebing puncak. Beliau cuma mengambil gambar selfie di sebalik cabel dan dia tergelincir.
Sampai disini anda mesti mengambil gambar anda sendiri samaada selfie atau mintak guide ambilkan kerana jika hendak tunggu kawan sampai ..ia akan makin sesak. lepas bergambar boleh la anda duduk sedikit bawah untuk menunggu teman2 lain.

Disini lah para pendaki yang bawa banner bergambar. Ada yang bawa banner penaja, Bannder syarikat dan macam-macam. Group saya kebanyakkan sampai puncak walaupun ada yang tidak berjaya ke puncak namun ada yang berjaya sampai ke KM8 untuk sesi bergambar.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Sesi Bergambar
Memang menjadi kebiasaan group saya anjurkan akan bergambar di KM8. Kami berkumpul di KM8 sekitar jam 8.00am selepas ke Low Peak. Sesi bergambar berjalan dengan baik sekali kerana cuaca bagus dan tidak berkabus. Kebanyakkan membawa pakaian tradisional seperti Baju Melayu, Baju Kurung dan juga Jubah, ada juga yang bergaung sempena preweding. Setelah selesai bergambar kami terus turun ke Laban Rata. Sampai di chalet sudah melebihi jam 10.00am, tetapi nasib baik peserta yang tidak sampai ke puncak telah tolong cekout kan bilik dan meletak beg di luar bilik.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Sarapan
Semua peserta sarapan pagi di Laban Rata resthouse cafe sebelum turun. setelah siap packing dan memberikan beg pada porter barulah kami semua siap sedia untuk bertolak turun. Sebelum turun kami semua bergambar kenangan di kawasan Helipad.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Untuk perjalanan turun ini saya akan ceritakan bermula dari KM4 Timpohon, Memandangkan naik saya dah ceritakan dari mesilau sehingga persimpangan antara mesilau dan timpohon. Perjalanan turun memang lebih mudah jika melalui Timpohon Trail ini. Saya pernah buat rekod cuma turun dalam masa 2jam 30minit sahaja, memang laju berlari, tapi itu dulu la masa masih muda. Sekrang tidak lagi kena jaga kesihatan lutut. Sekarang turun ikut kemampuan tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. Tidak digalakkan berlari turun kerana amat berbahaya berlaku risiko kecerderaan pergelangan kaki dan juga lutut.
Kinabalu 2014
KM4 – Pondok Layang-Layang
Setelah melepasi papan tanda KM4 anda akan bertemu dengan Pondok Layang-Layang. Di pondok ini ada chalet mini untuk renjer dan juga guide. Saya terjumpa dengan dua orang penyelidik dari luar negara yang menurut mereka mereka menginap di Pondok Layang-layang satu malam sebelum meneruskan perjalanan bermalam di puncak 2 malam. Mereka ni penyelidik tumbuhan. Menjadi kebiasanya kalau kita naik dari Timpohon, pondok Layang-layang ni merupakan tempat hentian untuk makan bekalan yang di tapau.
Kinabalu 2014
KM3 – Pondok Mempening
Bermula dari KM4 menurun ke Timpohon Gate, kita tidak lagi dapat melihat pemandangan, trek dilitupi pokok2 sepanjang perjalanan turun. Trek berbatu dan bertangga. Seterusnya anda akan jumpa Pondok Mempening setelah melalui papan tanda KM3.5. Terdapat tandas di pondok ini dan kawasannya agak kecil. Anda akan bergerak sehingga bertemu dengan papan tanda KM3.

KM2 – Pondok Lowii
Setelah melalui KM3 anda akan melalui kawasan sedikit mendatar. Setelah melepasi KM2.5 anda akan bertemu dengan Papan Tanda Stesen Pemancar TV RTM Layang Layang. Trek ke stesen pemancar ni kecik sahaja laluannya mungkin jarang dimasuki orang. Seterusnya anda ankan bertemu dengan Pondok Lowii
Kinabalu 2014
KM1 – Pondok Ubah, Pondok Kandis – Air Terjun Garson
Di KM1.5 anda akan bertemu dengan pondok Ubah dan seterusnya dalam setelah melepasi KM1 anda akan bertemu pula dengan Pondok Kandis. Antara pondok Ubah ke Pondok kandis anda akan bertemu dengan trek yang ada antaranya mendatar. So di kawasan ini anda boleh memperlajukan langkah jika mahu. Seterusnya perjalanan semakin hampir bila anda bertemu dengan Air Terjun Garson. Setelah bertemu air terjun ini maka sudah dekat la dengan Timpohon Gate.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Akhirnya sehingga jam 6.00pm kesemua pendaki telah berjaya selamat sampai di Timpohon gate. ada yang sampai sekitar 3.30pm dan ada yang sampai sekitar jam 5.00pm. Yang sampai awal di kinabalu Park dan di Balsam Cafe telah tapaukan makanan kepada yang lewat.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Seterusnya setelah beg dan sijil di ambil di Kinabalu park kami semua bertolak pulang ke Backpacker di Kota Kinabalu. Ada yang terus dihantar ke Marina Court kerana ada ambil pakej Rafting keesokkan harinya.

Makan Malam
Setelah siap membersihkan diri, peserta keluar mencuba makanan laut di tepi pasar Besar. Banyak gerai yang menghidangkan makanan laut. Tak pasti gerai mana yang sedap dan murah, kami cuma mencuba mana-mana gerai yang kami rasakan sedap sahaja. Harga pun ok boleh tahan.

Hari Kelima 16.06.2014 – Ahad
Hari kelima ini aktiviti bebas, Joana Puteh dan geng, Shahida and geng meneruskan aktiviti White Water Rafting. Manakala peserta yang lain ada yang balik penerbangan awal pagi, tengahari dan juga malam. Biasanya saya akan ke Pulau Manukan (Island Hopping) untuk snorkeling. Tapi kebetulan kali ini peserta tidak berkesempatan kerana jadual penerbangan yang berbeza, so yang balik lambat ada yang rehat dan ada yang pergi shooping.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Sekitar jam 12.00 tengahari kami yang penerbangan petang dan malam sudah siap-siap cek out, Barang letak di luar bilik dan lepak di tempat berehat sambil menonton TV dan juga melayari Internet di PC yang disediakan. Di backpacker ada disediakan ruang santai lepak dan juga kawasan sofa untuk pembacaaan. Disamping itu kami yang sudah cek out ini masih boleh mandi di toilet luar yang disediakan. Memang selesa.

Seterusnya kami semua pulang ke destinasi masing2. Pesawat Air Asia kebetulan delay, Saya menaiki Pesawat Malindo tiba dahulu :).

Ribuan terima kasih kepada semua peserta yang telah turut serta dalam rombongan kali ini. Terima kasih juga kepada Lagionella Erika, Asim, Habibah, Koh dan kawan-kawan yang lain yang telah memberikan gambar untuk saya muatkan dalam blog saya ini.Ada juga gambar2 dari trip saya yang lepas turut saya masukkan untuk selari penulisan dengan entri ini.
Kinabalu 2014
Terima Kasih Penaja Syarikat Sedijaya Enterprises
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Syarikat Sedijaya Enterprises kerana sudi menaja Tshirt pendakian Mt Kinabalu 2014 yang berwarna oren dan juga Banner. Terima kasih yang tidak terhingga dari saya dan juga para peserta di atas Penajaan tersebut.

Sekian

 

Tentative

Hari Pertama – 12.06.2014 – Khamis
– Penginapan Backpacker (Hostel Dorm), disediakan bagi yang datang awal, atau malam.
– Penginapan di Borneo Backpacker

Jumaat – 13.06.2014 – Hari Pakej
– Jika sampai awal boleh rehat di Backpacker
– 12.00pm – Tranport akan pickup dan hantar ke Mesilau Park
– 01.00pm – Singgah makan tengahari dalam perjalanan
– 02.00pm – Singgah Kinabalu Park Pendaftaran
– 02.30pm – Singgah Chatel Farm – Tiket masuk sendiri (Rm4)
– 04.00pm – Sampai Mesilau Park – Cek in
– 06.00pm – Dinner

Sabtu – 14.06.2014
– 07.00am – Sarapan
– 08.00am – Mula mendaki via Mesilau Gate
– 05.00pm – Sampai Laban Rata – Dinner
– 08.00pm – Tido

Ahad – 15.06.2014
– 01.00am – Sarapan
– 02.30am – Mula mendaki ke Puncak
– 05.00am – Sampi di Peak
– 08.00am – Mula turun ke Laban Rata
– 10.00am – Cek out dan turun ke timpohon
– 03.00pm – Sampai Timpohon Gate
– 03.30pm – Hi-Tea dan ambil Sijil
– 07.00pm – Transfer ke KK cek in di Backpacker Hostel/ Airport
– Program Tamat

Isnin – 16.06.2014
– 08.00am – Free and Easy (Sendirian Berhad)
– 08.00pm – ke Airport – Balik KL

 

Perkongsian Penulisan dari Peserta
Berikut dibawah ini saya sharekan penulisan dari dua orang peserta dan sahabat saya iaitu Azim Ashaary dan juga Madam Jayanthi yang menyentuh perasaan saya. Penulisan ini saya copy dari Facebook Azim dan juga Madam Jayanthi. Harap peserta dapat merasai pengalaman mereka.

Have Fun Reading…. 🙂

Kinabalu 2014
Azim Ashaary

June 16 · Edited

Ringkasan Laporan pendakian Gunung Kinabalu 13 – 15 June 2014.

Dari Mesilau nature Resort, bertolak pada jam 8.30am menuju ke Laban Rata Rest House. Kumpulan kami seramai 24 orang. Fun. Terdiri dari pelbagai bangsa dan umur. Cuaca baik. Sesekali gerimis. Mesilau trail ada tambahan 2km dari Timpohon trail but I enjoyed the scenery along the mesilau trail even it’s longer than timpohon. With a burden 18kg at my back, it does slow me down. Keep moving anyway.

Tiba di Laban rata Rest house jam 4.05pm. Berehat sebentar di Cafe sebelum buffet bermula pada jam 4.30pm. Makan dan berbual bersama teman lain yang dah tiba. Kami akan bermalam di Gunting Lagadan Hut. Balik ke bilik dan mandi, solat, baca yassin dan terus tidur pada jam 8pm.

Jam 1am. Alarm telefon berbunyi.

Bangun dan kepala ada sedikit pening. Mungkin kesan AMS. Sapu minyak angin dan terus bersiap untuk mendaki ke puncak. Jam 3am, memulakan perjalanan ke puncak dari gunting lagadan gate. Sedikit lewat dari kebiasaan. Biasanya jam 2am dah sepatutnya make a move.

Pendakian adalah slow dan steady. Naik tangga dan laluan berbatu. Sampai part paling kritikal di tempat laluan bertali. Sebelum sayat sayat check point. Climber must arrived at sayat sayat check point before 5am. We arrived there at 4.05am. Within time frame given.

Another challenge i had to face – to watch out one 14 years old indian little girl, vijay because I’ve promised to her parent I will take care of her. Apparently her parents not fit to make it to the top. They were in my group so I try my best to help them. Sampai km6 she keep asking me jauh lagi ke uncle nak sampai. I just telling her we almost there.

Sampai di km 7.5

We stop by at the flat area to solat subuh berjemaah. With abang sham, kak dila dan haiza. Because we stop too long maybe that’s the reason why vijay don’ want to do this anymore. She felt give up and so sleepy. Can’t laugh anymore at our joke. So close to km8.0. I decided to carry her at my back. Just to make sure she can make it to the 8km. Bergilir dukung vijay dengan our porter, Adi. And finally we arrived at km8 where she can rest safely. Am so proud of her though. Kuat semangat walaupun baru umur 14 tahun.

Watching the sunrise at km8. Not so clear sebab awan dan kabus tebal. But I can see the ray of lights and that’s enough for me.

Leave her with our guide, I continued to another 700 meter to the lows peak. Am so glad cuaca adalah baik. Kalau hujan mesti sangat tak selesa dan sejuk. Angin pun tak kuat mana.. sesekali berangin dan banyak kabus but everything still under our reach. Sampai di lows peak around 7am.. cuaca dah cerah dan terang. Sejuk tu memang sejuk sampai kebas tangan walaupun dah pakai sarung tangan. Our team members ramai sampai sama-sama di puncak so acara bergambar adalah sangat rancak. Banner sampai dua tiga keluar. Kesian lah orang duk tunggu giliran nak ambil gambar. Some people say macam kelakar sebab signage bodoh tu semua berebut nak ambik gambar dan seksa diri. But for me, it’s a sign of achievement. Masing-masing punya pendapat.

Turun balik quite easy. But still have to watch the step. One thing I want to remind you guys, don’t you ever be overconfident walaupun korang memang terer. Sebab malang tak berbau. Cuai sesaat merana sepanjang hayat. Be careful all the time ya. Sampai di km8 sempat lagi our group buat photoshoot baju raya. Ada pakai baju melayu baju raya jubah baju kurung, dress pun ada. Semua sporting! Later lah aku share gambar dengan korang ya. It was fun! Sejuk gila tangan dan kaki dah kebas tapi demi photoshoot gagahkan diri jugak lah.

Tak lupa juga aku rakamkan pemandangan indah di atas gunung kinabalu ni. Subhanallah! MAHA SUCI ALLAH yang menciptakan alam ini dengan indah.

Then at 9am semua pakat pakat turun ke gunting Lagadan semula. Tolong abang Sham turun sebab dia gayat dan ada masalah sakit lutut. Perjalanan turun lebih mudah dari naik dan pemandangan yang sangat menarik juga dapat dilihat. dalam jam 10am sampai di gunting Lagadan dan mandi manda serta tukar baju. Buffet breakfast sampai jam 10.30am sahaja tapi ada a few members from our group da siap tapaukan dulu di laban rata rest house. Turun ke cafe sarapan pagi jam 11am. Makan makan dan berkongsi pengalaman mendaki tadi. Ada jugak our member group yang tak dapat sampai ke puncak. But it’s okay. Kesihatan lebih penting. Know your limit and your potential. Tak lari gunung dikejar.

By 12pm, we gathered at the heli pad outside of laban rata rest house before memulakan journey turun via timpohon gate. Ambik gambar dulu then we start untuk turun. From my previous record I take 1 jam 50 minit to turun. Tu pun dah cuba sedaya upaya follow pace porter. This time around just want to follow my own pace. Turun tak berhenti rest sebab nak cepat sampai. By 2.30pm da sampai di timpohon gate. Congratulations you are all the successful climbers!

Mission accomplished. I conquered mount kinabalu again for the third time. This time around I felt so much better than last year. I think when you do something to others and not about yourself, you gonna enjoy everything peacefully and that’s what I felt throughout this journey. It’s not about me anymore. It’s about Helping people, sharing the knowledge, don’t think about a negative things and there you go – I really enjoy this trip so much!

Congratulations to all of my friends yang dapat sampai ke puncak dengan jayanya. 4095.2 m, the highest mountain of Malaysia . Kepada yang tak berjaya, boleh cuba lagi tahun depan. tak lari gunung dikejar. Quite disappointed because my sister Ayang Ati can’t make it to the top but heath is much more important kan. Try again next time ya!

Thanks to all of my friends yang helping each other sepanjang waktu mendaki. Abang sham, tinagar, kak dila, mydy, hafizah, haiza, kak haida, ellis, puteh, fizi, izuan, zura, ziana, efah, kak bib, just to name a few. You guys are fun and sporting! To Mr. Jaya and madam Jayanthi, proud of your daughter vijay because she made it to the km8. Thanks to our malim gunung, Din, and our porter/guide hamidi, shahrul, Adi. We’ll see each other again. Thanks to the organiser Abdul Hamydy Abdul Hamid for the memorable trip .hope to see you guys again in another hiking trip!

Insya Allah.

*karang laporan mendaki gunung kinabalu ni di KKIA Terminal 2 sebab flight delayed. Dah 2 jam from 2 pm – 4pm.delayed. tak tahu lah jam berapa nak sampai KL ni.

— feeling accomplished with Habibah Sulaiman and 9 others at Mount Kinabalu(30 photos)

 

Kinabalu 2014
Jayanthi Reddy

June 19

Wonderful journey…………

I had a fascinating, adventures and non forgettable experience in KK. At first, I was quite reluctant to go for this trip, however I was feeling that it would be wonderful to be there with my whole family (except my little one). Thank you to Hamydy for the advice on the journey. I forced my whole family to go for training prior to the actual trip ( believe me just simple training such as walking 10 km per week or hiking Broga Hill alone is not enough)
On the 14/6/2014, we ( my husband Jaya Kumar and my two kids Vijaya Laxmi and Tana Laxmi ) went to the Kinabalu park, after we kept our luggage there, we went to Mesilau Nature park resort to stay a night before the adventures journey began. On the way we had an opportunity to visit Kundasang cow farm.
The next morning around 8 am, all of us were so excited to continue our journey. The first 1 km was so excited, all of us were together. As we progresses, we had to split following our own speed. My two daughters, was excellent…. They were very energetic. My husband and I had to go at our own speed. I thought at that moment, it is not easy at all ( only at 2 km). At 3 km, Tanalaxmi couldn’t carry her bag anymore. I have no other option than to carry it, eventhough the bag is only around 2kg, I felt like 10kg.
I tried my very best to carry it. It makes me to walk even slower.
Every 0.5km seems to be as though 10 km. Really….. It is not easy at all, even you go for regular training, maybe my knee is not strong enough to take this challenge…. However, I still continue…. At around 3.5 km, I lost my husband… Ops… What I meant was I couldn’t see his sight. I waited at the resting hut there. I saw some KTAR’s student who told me that my hubby was hurt.
I had to wait for him, I felt sorry for him because I pass my daughter’s bag to him just before the rest hut. We walk slowly to ensure no further damage to our knees.
the journey seems to be tougher and tougher….. We still try to walk but I realized that my steps are being slower…. My hubby was still with me that makes me the courage to continue the journey….. At around, 4.30 pm, Vijayalaxmi called us to inform that she already reach Labuan rata (3, 323.2 m). But, she told us that Tanalaxmi was not with her. We were panic…. Where is Tanalaxmi????Even, Vijayalaxmi was panic too. We were 2 km to Labuan rata, but deep in my heart I knew that we would not reach before 7 pm because the trail became tougher, the rocks were rough, uneven, to make thing worse it is raining…. We had to stop to wear rain cot. Along the way, I was keep on praying that she will be ok….
Thank god that at around 6pm, Vijayalaxmi called us to inform us that Tanalaxmi was ok.
We continue, walk and walk…. It seems to be never ending journey…..the 1.5 km was really challenging our physical and mental. Our water supply, finish at the last 0.5 km. I felt like giving up…. I even told my hubby that’s enough… I knew I still have to walk. In the dark (eventhough wearing head torch light), cold (raining heavily), heavy bag ( needs to carry extra loads) and very very rough trail, makes me as tough to cry…. But the God is there I believe, the jungle ranger came to help. Thank God, he had some water supply and he carried my bag. Believe me, even 0.5km is not easy…..We walk up and reach Labuan rata around 7.30 pm. My husband and I felt relieved to saw Hamydy and Hafiza there. They were waiting for us at the cafeteria… Thank god I reached at least 3,323.20m. Thank you to my hubby too because being together with me through out this tough journey…..
After dinner we went to our room, it is like domiciliary. Our family had a very small room with 2 double deckers. Tanalaxmi was fast asleep and Vijayalaxmi is still waiting for me. I told my hubby I will not go to the next 2 km…. Eventhough, I wish to continue but I don’t want to compromise my health. My husband understand it.
At 1 am, Vijayalaxmi and my husband wake up and got ready to continue their journey to the top. I knew Vijayalaxmi was a bit reluctant because, I can see from her eyes that she knew that her both parents are not too fit to continue…. But, I know she can do it. But I believed that God still be at our side when Azim Ashaary told us that he will take care of our little one. He had encourage Vijayalaxmi to continue her journey to the peak….
It is very cold and Vijayalaxmi was shivering eventhough she is wearing a thick clothing and gloves….. I am proud that she continue…… My hubby, Vijayalaxmi and the rest of the team walked up towards the mountain. I only pray that all of them will be ok….
At 8am, Vijayalami knock our door, she told me that she reached up with the help of Azim. Thank you Azim, that was great…… I kissed her because I am so proud of her. She was the first to reach the peak from my family… Well done… Bravo……
After we eat our breakfast, we walk down first knowing our limitation that we are quite slow. Again, Vijayalaxmi and Tanalaxmi walked very fast leaving us behind….
But, I was quite faithful to wait for my hubby… We reach down around 5 pm…

This journey taught me a lot and it became a life time experience to me and my family. Eventhough, I did not reach to the peak but I am still proud of myself ( did my level best) and my family ( to reach at least to Labuan rata together). Furthermore, I had to thank Hamydy to give us this wonderful opportunity to explore the God’s wonder with my whole family. Thank you Azim to actually be a role model for my kids and to teach them that reaching to the peak alone is not important but how you reach the peak is important ( by helping others to reach too). Hope that what you had instilled in her will remain. God may bless you for you good deed. Azim you are really a hero in our expedition for my family. Not forgetting, Koh who really helped my little one Tanalaxmi to carry her bag. You had been a heroin to Tanalaxmi, I am sure she will not forget you forever…..
Finally to anyone whom had helped my family and myself that I did not mention here, thank you very very much….. God may bless you all. My family and myself will always treasure the experiences and the good deeds. I felt I had achieved my objectives my reaching at least to Labuan rata with my family at this age….. I hope Vijayalaxmi will guide her two sisters Tanalaxmi and Yugalaxmi to reach the peak one day……. Thanks to everyone…….

— with Azim Ashaary and 8 others(10 photos)

Posted in Backpacker, Pendakian Gunung | Tagged: , , | 8 Comments »

Taman Negara Bako Sarawak 2014

Posted by hamydy on 3, May 2014

Taman Negara Bako
Taman Negara Bako
Trip Taman Negara Bako kali ini merupakan trip kedua saya. kali pertama saya tak sempat explore banyak kerana kekurangan masa. So trip kali ini saya dapat juga explore beberapa trail.

“Taman Negara Bako, yang ditubuhkan pada tahun 1957, adalah taman negara yang tertua di Sarawak. Ia meliputi kawasan seluas 27.27 kilometer persegi (10.53 batu persegi) di hujung semenanjung Muara Tebas di Muara Bako dan Sungai Kuching . Ia adalah kira-kira 40 kilometer (25 batu) melalui jalan raya dari Kuching. Berjuta-juta tahun hakisan batu pasir yang telah mencipta satu pantai tebing curam, tanjung berbatu dan teluk berpasir. Hakisan ombak di kaki tebing telah mengukir banyak tanjung berbatu yang berbentuk menarik dan seastacks dengan corak berwarna dibentuk oleh pemendapan besi. Sebahagian daripada pembentukan batu dapat dilihat pada Pantai Teluk Assam. Taman ini hanya boleh dicapai dengan menaiki bot 20 minit dari kampung Kampung Bako”   Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Bako_National_Park

Ok berbalik pada trip saya.

Penginapan
Saya selalu pilih menginap di Tune Hotel WaterFront sebab mudah dan murah. Tune Hotel ini betul-betul dekat dengan WaterFront. Ada juga lodge atau hostel buget yang lain, pilihan bergantung pada harga dan juga lokasi yang menyenangkan anda. Terdapat juga chalet dan hotel murah di kawasan Pantai Damai resort jika anda memilih hendak relaks kat sana.

Pengangkutan Awam
Pengangkutan awam seperti Bas Awam memang agak susah jika kita tidak tahu jadualnya. So masa di Tune Hotel, kita boleh dapatkan jadual Bas yang disediakan dikaunter. Tetapi petugas Tune selalu pesan yang jadual tu tak berapa tepat sangat, maksud dia jika dalam jadual tulis jam 8.00am, bas mungkin akan sampai terawal atau terlewat sedikit. Tapi ikut pengalaman saya jika kita tunggu di Stesen Bas, saya dapati bas tiba ikut masa Cuma mula gerak saja yang bergantung kepada driver. Jadi jadual bus tu penting anda dapatkan supaya mudah untuk rujukan anda.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Bus Ke Bako
Jadual bus ke Bako paling awal adalah jam 7.00am yang bermula di stesen Stesen Bus Petra Jaya Transport. Jika Anda malas hendak ke Stesen Bus Petra Jaya Transport ini anda boleh juga tunggu bus di hadapan waterfront sebab bus ini melalui jalan depan waterfront. Oleh sebab saya pertama kali nak naik bus ke Bako ini saya pikir adalah baik saya tunggu di stesen, kurang-kurangya saya dapat explore lokasi stesen dan juga keadaan kat sana lagipun dari Tune Hotel tak jauh pun kalau berjalan kaki cuma 15 minit sahaja. Stesen bus ini terletak betul-betul di hadapan banggunan Mall Electra House dan ada gerai-gerai makan. Saya gerak dari Tune Hotel sekitar jam 6.15am dan sampai di Stesen sekitar 6.30am, saya tak nampak pun banggunan stesen bus cuma deretan blok rumah kedai dan bus bandar pun berhenti disitu sahaja berdekatan dengan gerai2 ini.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Bus ke Bako sampai 6.45am dan driver bus cakap dia nak sarapan dahulu, so saya pun apa lagi sarapan la jugak kat gerai yang berdekatan, tepat jam 7.10am baru bus bergerak. Tiket bus ke Bako cuma RM3.50. Perjalanan mengambil masa sekitar 1 jam bergantung kepada kekerapan bus berhenti ambil dan turunkan penumpang. Kalau memandu sendiri kereta sekitar 45 minit.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Terminal Jeti Bako
Hentian terakhir bus ini adalah di Terminal Jeti Bako. Perlu ingat bus terakhir dari Bako ke Kuching adalah jam 5.00pm oleh itu anda jangan lewat. Sampai di Terminal Jeti Bako anda terus ke kaunter buat pendaftaran dan bayaran Permit Taman Negara RM10 dan RM20 jika warga asing. Setelah buat bayaran anda terus ke kaunter boat untuk buat bayaran boat sehala iaitu sebanyak RM15 seorang, manakala tiket boat pulang, semasa nak pulang dari Taman Negara Bako baru bayar pulak RM15. Penumpang boat akan di pol kan satu boat yang boleh muat 6-8orang.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Semasa saya sampai di jeti BAKO ada sekumpulan pelajar sekolah buat program bermalam di Taman Negara Bako. Setelah diberi Life Jaket saya mula menaiki boat. Di Jeti terminal ini ada sighboard Amaran Bahaya Buaya, Jadi perlu berhati-hati dan ikut nasihat tekong boat. Jangan suka-suka main-main air ditepi sungai dengan juntaikan kaki dan tangan anda dalam air. Walaupun tak nampak tapi kenala berjaga-jaga kalau tak takan dia letak amaran disitu kan :D. Perjalanan menggunakan boat cuma ambil masa sekitar 15-20 minit sahaja. Jika air surut boat akan mendarat di tepi pantai dan jika air pasang Boat akan mendarat di Jeti Taman Negara Bako.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Taman Negara Bako
Sampai sahaja di pantai Taman Negara Bako, saya mengambil kesempatan bergambar dengan pemandangan batu kerana jika air pasang kita tak berpeluang bergambar kat pantai ini. Seterusnya saya berjalan kaki ke HQ Park (Pejabat Pendaftaran Taman Negara). Sampai diakunter kita daftarkan diri dan tunjukkan permit yang telah kita bayar semasa di jeti Bako. Selepas itu petugas akan bagi penereangan dan juga peta Trail, dan kita dikehendaki memilih trail mana yang kita hendak pergi untuk direkodkan.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Boat ke Landmark Batu
Setelah itu saya pergi ke kaunter Boat yang terletak di banggunan sebelah untuk sewa boat ke Landmark Batu Taman Negara Bako. Kalau kita trekking kita tak dapat hendak pergi hampir dengan batu ini, hanya boleh di capai dengan menaiki boat sahaja. Bayaran yang dikenakan adalah RM35 satu boat yang boleh muat sekitar 6orang. So kalau anda ramai lagi jimat la. Perjalanan ke Batu cuma 5-10minit jika terus, tetapi pemandu boat akan bergerak pelahan supaya kita dapat menghayati pemandangan tebing batu dan bergambar dan juga bergambar mengelingi batu Landmark yang mengambil masa 15-30 minit. Setelah puas bergambar baru lah dia turunkan kita di pantai berdekatan batu tersebut. Kalau ikut peta Trail. Pantai ini di Trail Pandan Kecil.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Adalah dicadangkan supaya anda terus ambil Boat ke Landmark Batu, sebelum meneruskan trekking untuk perjalanan pulang atau ke trail-trail lain. Ini supaya anda jimat masa dan dan dapat pergi dekat dengan Landmarka Batu, lagi satu rugi kot kalau jauh2 dari semenanjung tapi tak boleh pergi dekat dengan landmark batu. Ini berlaku pada trip saya yang pertama pada tahun 2011 yang lalu dimana saya trekking dari HQ Park untuk pergi ke Landmark Batu yang hanya boleh nampak sayup sahaja dari tepi pantai…Rugi-rugi.

Taman Negara Bako
(Atas nasihat pihak renjer, saya keluarkan no tel renjer dari blog saya, jadi pembaca boleh hubungi no office untuk sebarang pertanyaan) Update 30.4.2015

Trail Taman Negara Bako
Terdapat 16 trail semuanya di Taman Negara Bako. Kebetulan masa saya sampai terdapat 6 trail ditutup buat sementara waktu untuk proses penyelengaraan. Dengan masa yang ada saya telah memilih 3 trail untuk Explore. Iaitu Trail Pandan Kecil, Trail Pandan Besar dan Trail Tanjung Tajor (ke Air Terjun Tajor sahaja). Ketiga2 trail ini pun dengan betul2 kejar masa dan curi masa bergambar, kerana perlu sampai ke HQ Park sebelum 3.30pm untuk booking boat pulang yang terakhir pada jam 4.00pm dan perlu pula kejar bus last ke Kuching jam 5.00pm. Jadi masa perlu di jaga dengan baik :D.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Trail Pandan Kecil
Trail Pandan Kecil ini kalau trekking dari HQ Park adalah sejauh 2.6km dengan ambil masa 1 jam 30 minit. Disebabkan saya naik boat terus ke Pantai Pandan Kecil dari Landmark Batu, so saya dah jimat masa. Pemandangan di pandai ini memang cantik dengan bergambar di tebing tinggi. Ada juga pengunjung yang mandi manda disini. Ditepi tebing sebelum turun ke pantai ada sebuah Pondok untuk istirehat.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Trail Pandan Besar
Trail ini tak jauh dari Trail Pandan Kecil lebih kurang 500m sahaja. Pemandangan disini memang di atas tebing yang tinggi ada sebuah kerusi panjang untuk rehat. Trail ini tidak boleh turun ke pantai cuma boleh tengok dari atas sahaja.

Trail Tanjung Tajor
Saya lalu trail Tanjung Tajor adalah untuk ke Air Terjun Tajor yang kita jumpa di pertengahan jalan trail Tanjung Tajor. Kalau nak pergi sampai ke Pantai Tanjung Tajor saya kuatir tidak cukup masa untuk pulang ke HQ Park pada masanya.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Air Terjun Tajor
Air terjun Tajor ni tak la best sangat biasa sahaja. Tapi rasa puas jugak sebab sampai sini, dapat rehat dan makan bekalan yang dibawa. Memandangkan laluan trail banyak laluan terbuka di panah sinar matahari yang terik memang terasa sejuk dan segar di air terjun ini. Setelah rehat saya terus trekking pulang ke HQ Park secepat mungkin.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Laluan Trail
Sepanjang trekking di 3 trail ini saya dapati trek tidakla susah. Cuma cabaran kepanasan matahari sahaja kerana kebanyakkan laluan kita terdedah kepada cahaya Matahari dan digalakkan memakai kasut yang sesuai supaya kaki tidak cedera. Selain itu anda boleh juga membawa payung :D. Sila bawa air yang cukup, saya bawa 3 liter air dan 2 botol isotonik. Sepanjang 3 trail ini tiada kemudahan tandas, jadi paham2 la kalau nak buang air kat mana 😀 oleh itu jangan lupa tisu basah. Kemudahan yang ada sepanjang 3 trail ini cuma pondok dan kerusi untuk berehat sahaja.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Jika anda bernasib baik anda akan bertembung dengan beberapa ekor babi berjangut semasa di laluan trail. Saya terserempak dengan beberapa ekor babi berjanggut ini semasa di trail Lintang ketika hendak pulang ke HQ. Mula tu cuak jugak ingat liar..tapi bila diperhati ia jinak dan tak ganggu kita pun. Saya sempat merakam beberapa keping foto.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Terdapat Papan Tanda peringatan supaya tidak merokok dikawasan laluan trail yang terbuka kerana keadaan panas dan daun kering mudah untuk menyebabkan kebakaran. Para pengunjung hanya dibenarkan merokok pada lokasi papan tanda ini sahaja lain tempat tidak dibenarkan. jadi anda mungkin akan lihat pengunjung lain berhenti rehat merokok disini.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Sebenarnya pada jam 3.00pm saya cuba hendak ke Trail Tanjung Paku untuk lihat Monyet Proboscis (Beruk Hidung Belanda) semasa di persimpangan ke HQ Park, tapi sebab tak cukup masa saya cuma mencari monyet ini di kawasan bakau Teluk Assam sahaja tapi tiada :(.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Teluk Assam
Kawasan Teluk Assam ini memang menarik. Laluan berkayu diatas air melalui kawasan pokok bakau memang menarik perhatian. Di Teluk Assam ini ada Jetty dimana boat akan mendarat semasa air pasang. Di kawasan ini selalunya kita akan dapat melihat Monyet Proboscis keluar mencari makan.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Seterusnya 3.30pm saya sampai di HQ Park terus booking dan bayar tiket boat untuk last boat jam 4.00pm.
Di HQ Park saya berehat dan lunch di cafe yang disediakan. Jika anda makan pisang di luar nanti akan ada petugas meminta anda makan di dalam cafe supaya tidak menarik perhatian monyet dan kera. Dan juga pihak HQ Park tidak mahu mengajar haiwan ini supaya pandai masuk kedalam cafe.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Jika anda bernasib baik biasanya pada sebelah petang kekadang Monyet Proboscis ini akan keluar mencari makan di kawasan HQ Park. Selain monyet ini anda juga berpeluang berjumpa dengan Babi Berjangut yang keluar berjalan sekitar HQ Park, Kita dinasihatkan supaya tidak mengganggu haiwan ini mahupun memberi makan kepada mereka.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Tepat jam 4.00pm petugas boat memangil penumpang untuk ke jeti Teluk Assam, ketika ini air sudah pasang dan tidak lagi boleh naik melalui pantai. Seterusnya saya sampai di Jetty Kampung Bako sekitar jam 4.30pm. Sempat rehat dan minum, cafe dan kedai di jetty ini pun sudah mula hendak tutup kerana perkhidmatan boat sudah tiada. Semasa menunggu bus disini akan ada orang kampung yang ofer perkhidmatan Van ke kuching dengan harga RM60. Jika anda tidak terkejar masa atau Flight, tunggu saja bus lebih murah dan jimat.. Mat-mat Salleh pun saya tengok naik bus.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Tepat jam 5.00pm bus pun tiba, dan membawa penumpang semua pulang ke Bandar Kuching dengan bayaran RM3.50 sahaja. Sekitar jam 6.00pm saya sampai di Bandar Kuching. Sampai saja di Waterfront sementara hari masih cerah saya tidak ketinggalan bergambar dengan tugu Bandaraya Kuching iaitu Monumen Kucing. Ramai saja saya tengok orang bergambar. Layan saja 😀
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Boat Penambang ke Seberang
Kalau di waterfront Kuching tak naik boat ke seberang Sungai Santubong untuk ke Kampung Boyan macam tak lengkap sahaja. Diseberang sana anda boleh shooping Kek Lapis dan juga Ikan Terubuk Masin. Bayaran yang dikenakan jika anda naik di jeti bersebelahan Riverbank Suite ini cuma RM0.50 sahaja jika siang hari dan RM1 untuk orang luar, jika malam bayaran RM1 setiap orang. Ada juga yang pesan pada saya jangan ditanya berapa bayaran pada tekong boat semasa hendak naik kerana jika ditanya dia akan caj RM1 setiap orang pada waktu siang. Jadi jika nak jimat sediakan siap2 syiling RM0.50 setiap kali hendak naik boat. :D. Tapi kalau tak kisah bayar saja RM1.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Kampung Boyan
Sampai sahaja di seberang ada medan selera yang besar jugak. Banyak gerai makanan kat sini, anda boleh berjalan melihat kedai-kedai yang menjual Ikan terubok Masin dan juga berbagai jenis kek Lapis Sarawak. Setakat ini ramai mengatakan Kek Lapis Mira adalah antara kek lapis yang Paling sedap dan terkenal. Saya juga mencuba kek Lapis ini, Ok la sedap jugak.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
TOP SPOT Seafood
Makan malan di Top Spot Seafood ni memang antara tempat yang famous kat sini. Sebelum ke restoran ini yang terletak tidak jauh dari Tune Hotel saya ke Hotel Grand Margherita ambil no tel van dan booking van untuk ke Gunung Santubong ke esokkan harinya.

Sekian..

Untuk Entri Gunung Santubong anda boleh baca entri sebelum ini.

Ringkasan Perbelanjaan Trip Taman Negata Bako
1. Tiket Bus = RM7 (RM3.50 sehala)
2. Permit Taman Negara = RM10
3. Boat Jeti Kg Bako ke Taman Negara Bako = RM30 (Rm15 sehala)
4. Boat ke Batu Landmark Bako = RM35 satu boat

Tips Dan Petua
1. Bawa Air yang cukup jika bercadang trekking lama
2. Bekalan roti buat alas perut
3. Payung – Sebab cuaca panas
4. Baju Hujang (Rain Coat)
5. Kasut Trekking yang sesuai.
6. Baju dan seluar extra jika cadang mandi – Keselamatan tangungjawab sendiri

Peringatan
1. Bus paling awal ke Bako jam 7.00am
2. Bus Akhir dari Bako jam 5.00pm
3. Boat Akhir dari Taman Negara Bako jam 4.00pm

Cadangan
Adalah bagus jika anda dapat bermalam sekurangnya 1 malam di Taman Negara Bako, Ada chalet yang disediakan dan perlu booking awal. Dengan bermalam kita dapat explore banyak tempat dan melihat dan menghayati keindahan alam flora dan fauna di Taman Negara Bako. Semua kemudahan ada di HQ Park, termasuklah chalet yang berhawa dingin.

Tentative

Day 1 : 25 April 2014 – Jumaat
08.20pm – Berlepas ke Kuching
10.00pm – Tiba di Kuching dan naik teksi berkupon RM26 ke Tune Hotel
10.45pm – Jalan-jalan minum di gerai-gerai Water Front
12.00pm – Tido

Day 2 : 26 April 2014 – Sabtu
05.30am – Bangun siap2
06.15am – Berjalan kaki ke Stesen Bus Petra Jaya Transport
06.45am – Sarapan di gerai berhampiran stesen bus
07.10am – Bus bergerak ke Bako
08.20am – Tiba di Jeti Bako (Permit Taman Negara RM10, Boat RM15)
08.30am – Mula menaiki boat
08.48am – Tiba di pantai Taman Negara Bako ke HQ Park lapor kehadiran
09.30am – Sewa boat ke Batu Landmark Bako RM35 satu boat.
09.45am – Pusing batu dan bergambar dan mendarat di pantai berdekatan Batu. Dari Trail Pandan Kecil ke Trail Pandan Besar kemudian ke Tajor Waterfall kemudian ke Tanjung Assam dan pulang ke HQ Park.
03.30pm – Tiba di HQ Park lapor diri untuk boat pulang. Boat last jam 4.00pm
04.00pm – Berangkat pulang ke Jetty Bako
04.30pm – Sampai di Jeti Bako tunggu bus last jam 5.00pm
05.00pm – Bus last dari kucing tiba, selepas semua penumpang naik bas terus gerak.
06.00pm – Sampai Kuching Waterfront bergambar dgn patung Kucing
07.15pm – Naik boat tambang ke seberang jalan2 Tambang Boat siang RM0.50, Orang luar RM1, Malam semua RM1
09.30pm – Ke hotel Grand Margherita ambil no tel van dan booking van
10.00pm – Makan seafood di TOP SPOT.. kebanyakkan kedai tutup jam 10.00pm so kena awal sikit untuk lebih banyak pilihan.
12.00pm – Tido

Day 3 : 27 April 2014 – Sabtu
07.30am – Bersap2
08.00am – Booking Airport Transfer di Tune Hotel dan seterusnya Sarapan di Mac Donalds
08.45am – Tunggu Shuttle Bus di Hotel Grand Margherita
09.15am – Naik Shuttle Bus ke Santubong
10.00am – Mula Mendaki Gunung Santubung masuk ikut Pintu Taman Negara
12.07pm – Sampai simpang Bukit Puteri
02.30pm – Sampai Puncak
04.45pm – Sampai Pintu Masuk Bukit Puteri
05.20pm – Bertolak pulang ke Waterfront Kuching
06.00pm – Sampai di Waterfront, Naik boat ke seberang untuk makan dan beli kek Lapis.
08.00pm – Siap di Hotel
08.30pm – Last Airport Transfer dari Tune Hotel ke Airport – booking sehari sebelum RM10 seorang.
09.00pm – Sampai Airport rehat dan tunggu Boarding
10.20pm – Berlepas pulang ke Kuala Lumpur
12.05am – Tiba di LCCT 12.30am – Bus Aerobus ke KL sentral
01.30am – tiba Kl Sentral ambil teksi pulang ke rumah.
07.00am – Bertolak ke Tempat Kerja

** Entri ke Gunung Santubong dalam entri sebelumnya 😀

Brosur Jadual Bus dan Peta Pekan Kuching dan Bako : Sila Download TQ 🙂

Posted in Backpacker, Cuti2 Malaysia, Riadah Santai | Tagged: , , | 5 Comments »

Jakarta – Bandung 2014 ~ Shooping

Posted by hamydy on 7, April 2014

Jakarta Bandung
Trip Jakarta Bandung kali ini khusus untuk jalan-jalan shoping sahaja. Walau pun begitu saya selitkan sedikit tempat wisata untuk lawatan. Trip ini telah dirancang sejak  tahun lepas lagi. Jumlah yang menyertai adalah seramai 12 orang, walaupun last2-last minit ramai yang ingin turut serta. Bermula dengan koleksi RM200 duit tiket Flight sekitar Ogos 2013, maka promosi demi promosi tiket murah saya tunggu sehinggalah dapat promo Airasia return flight dengan harga RM145 pergi balik (KL-Jakarta RM97, Bandung -KL RM48). Beruntung sapa yang dapat 🙂 .

Seterusnya sekitar januari 2014 barulah di buat koleksi untuk kos biaya penginapan, transport, wisata dan sebagainya sekitar RM320 seorang. Booking hotel di Jakarta kami memilih Tune Hotel yang berdekatan dengan Pasar Baru Jakarta, mudah untuk jalan2 jika tidak memerlukan transport. Bagi Hotel di Bandung kami memilih hotel Cihampelas 2, hotel ini berdekatan dengan Cihampelas Walk dan beberapa butik yang mudah untuk berjalan kaki.

Tips
Sebenarnya jika group anda cuma 4-5 orang hendak ke Bandung dan Jakarta untuk shooping tak perlu pun ambil pakej ground atau transport, cuma perlu guna transport awam sahaja sudah memadai, tapi kalau group ramai macam saya ni guna carted transport adalah memberikan keselesaan. Kalau dari Jakarta ke Bandung nak cepat boleh guna perkhidmatan keretapi yang bebas dari kesesakkan jalan raya (Macet).

Di Bandung pula anda cuma perlu bijak memilih lokasi hotel yang bersesuaian dengan aktiviti shooping anda, kalau boleh dapat bejalan kaki lebih senang sebabnya hari minggu (Sabtu dan Ahad jalan2 utama yang mempunyai lokasi shooping sangat sibuk dan macet. Kecualila anda pergi shooping hari kerja.

Bagi perkhidmatan Teksi, Setakat ini syarikat teksi yang paling diyakini dan reputasi baik adalah Teksi Blue Bird. Teksi ini menggunakan meter dan banyak mendapat rekomentasi dari kalangan pelancong dan juga warga tempatan. Even kawan saya sendiri orang Bandung juga menyarankan menggunakan teksi BlueBird ini. Saya ada juga menggunakan teksi lain tapi ada yang tidak menggunakan meter dan ada juga yang mengenakan bayaran lebih dari meter walaupun guna meter. So setakat ini BlueBird masih terbaik :D.

Ok saya ceritakan detailnya dalam trip saya dari hari mula dan seterusnya.
Jakarta Bandung Jakarta Bandung
Jakarta Bandung Jakarta Bandung
Jakarta
Hari Pertama : 28 Mac 2014 – Jumaat
Kami menaiki pesawat jam 8.00am dari LCCT dan sampai di Jakarta jam 9.00 waktu Jakarta. Setibanya kami di sana kami menunggu ketibaan transport yang berupa MIni Bus. Setelah transport sampai kami pergi ke Tune Hotel Pasar Baru untuk menjemput 2 rakan yang datang awal sehari, Di Tune hotel walaupun kami sampai awal kami tidak dapat cekin awal walalupun ada bilik yang sudah kosong, kena tunggu jam 12 jugak. Tapi saya cuma register dahulu untuk memaklumkan kami tiba dan akan cekin lewat malam. Seterusnya kami semua ke destinasi shooping pertama iaitu Tanag Abang.

Tanah Abang
Komplek shooping Tanah Abang ini memang antara yang terkenal di Jakarta. Kompleknya besar dan terdiri Block A,B,C,D yang bercantum. Jadi jika anda masuk sahaja kompleks Tanah Abang anda perlu tahu dahulu pintu mana anda masuk supaya anda tidak tersesat semasa hendak keluar. Kalau Blok A anda sebut Blok Aa’, kalau nak tanya orang.
Jakarta Bandung Jakarta Bandung
Jakarta Bandung Jakarta Bandung
Komplek Shooping Tanah Abang ini tutup sekitar jam 4.30pm – 5.00pm. So kalau nak shooping pastikan anda masuk awal, sbb sekitar jam 4.00pm ada kedai mula kemas untuk tutup. Foodcourt yang terbesar ada pada blok A, kalau tak silap tingkat 7. So apa kami buat adalah kami shoping secara berpecah mengikut keperluan shooping masing dan berkumpul semula di FoodCourt Blok A jam 5.oopm sebelum pulang. Jadi senang masing2 dapat bergerak bebas mencari barang keperluan masing2, kalau bergerak berkumpulan jadi lambat dan ada yang tak dapat cari barang masing2, sbb setiap orang citarasanya berbeda. Setiap tingkat mempunyai barang yang berbeza walaupun ada sesetengahnya hampir sama, Antaranya kain pasang, beg, kasut, baju budak, telekung dan baju kurung, kebaya. Ada kedai yang jual harga borang tapi perlu beli minimal 4 helai atau 3 helai dan sebagainya.
Jakarta Bandung Jakarta Bandung
Jakarta Bandung Jakarta Bandung
Tips : Kalau anda bawa jurupandu, tokei kedai tak akan bagi kurang sebab nanti jurupandu akan mintak komisen pada tokei kedai tersebut. Jurupandu ini kekadang ada saja yang oferkan diri semasa anda tiba. Tapi tak perlu pun guna khidmat jurupandu ini, sbb anda boleh bejalan sendiri dan tawar-menawar ikut skill anda. Tawaran bermula dengan 50%. Jangan tawar melampau sangat sebab saya terdengar peniaga2 kedai tu berbicara sesama mereka… “Kalau Orang Malaysia memang begitu Tawaran nya melampau”. Jadi tawar-menawarlah secara berbudi bahasa, jangan kurang ajar kerana ia memberikan imej Negara kita Malaysia. Saya lihat orang Indonesia juga tawar-menawar dengan nada yang lembut dan tidak kecoh. Bila dia tak jadi dia akan cakap “Maaf ya bu, saya ngak bisa. saya permisi” dengan senyuman dan berlalu pergi..

Tips : Jika shoping pastikan anda bawa beg pack kecil supaya anda tidak perlu jing jing barang anda. Mudah jika semua barang tu di galas dalam beg. Penat kot nak jalan bawa barang banyak jika di pegang. lagi satu jangan letak semua duit anda dalam satu sampul dan kuarkan masa nak bayar…bahaya. masuk sahaja dalam walet ikut keperluan.

Setelah selesai shooping kami berkumpul di Foodcourt menunggu teman-teman yang lain. Sambil menunggu ada yang tidak melepaskan peluang mencoba makanan yang dijual disitu. Sekitar jam 5.30pm kami bergerak turun ke pintu masuk tempat mula-mula tiba dan transport sudah sedia menunggu kami di situ. Seterusnya kami pulang ke Hotel Tune untuk cek in dan juga membersihkan diri. Setelah selesai mandi dan solat Magrib kami mula bergerak ke Pasar Baru. Mulanya hendak berjalan kaki sahaja tapi transport nak hantar kami ikut sahaja, dekat sangat lintas jalan sahaja.
Jakarta Bandung Jakarta Bandung
Jakarta Bandung Jakarta Bandung
Pasar Baru Jakarta
Di Pasar Baru ini kelihatan seperti Petaling Street dan banyak shop lot yang juga meriah ditambah juga dengan penjaja tepi jalan. Macam-macam ada jual disini kasut, tas, t-shirt, barangan elektrik dan juga tidak ketinggalan Mall Matahari. Kami cuma luangkan masa satu jam setengah sahaja kerana hendak pergi makan malam. Kami makan malam di restoran masakan padang.
Jakarta Bandung Jakarta Bandung
Jakarta Bandung Jakarta Bandung
Monument Nasional Indonesia (Monas)
Selesai makan malam kami bersiar-siar di Dataran MONAS, Melihat suasana Menara MONAS yang disaluti cahaya lampu yang berwarna di samping terdapat aktiviti penjaja, sama seperti Downtown cuma tak sebanyak macam kat Malaysia. Selain aktiviti penjaja ada juga aktiviti sewa motosikal kecil, basikal berlampu dan juga permainan ringkas yang ditawarkan oleh penjaja untuk kita berbelanja. Kat sini juga kita akan kelihatan puppet atau maskot rasmi jakarta yang menawarkan perkhidmatan berbayar sekiranya ingin berfoto dengannya. Monumen MONAS ini di bahagian atas sekali bentuk api obor itu dibuat dengan lapisan emas tulen. Ramai yang buat jenaka jika berlaku gempa bumi, maka dataran monas menjadi tempat berkumpul sambil menunggu jatuhnya obor emas tersebut :).
Jakarta Bandung Jakarta Bandung
Hard Rock Jakarta
Sekitar jam 10.30malam kami bergerak ke Hard Rock Jakarta kerana ada peserta yang ingin membeli cenderahati Hard Rock Jakarta. Kalau tak silap Hard Rock Jakarta ini baru sahaja dibuka 2014 setelah beberapa tahun di tutup dan pindah lokasi. Kami cuma masuk ke Hard Rock Shop sahaja untuk membeli cenderahati. Seterusnya kami pulang ke Hotel.

Bandung
Hari Kedua : 29 Mac 2014 – Sabtu
Jam 4.00am kami semua sudah bangun siap-sap untuk bertolak ke Bandung. Sekitar jam 5.00am selepas solat subuh kami mula bergerak ke Bandung. Dimaklumkan kebetulan ramai warga Jakarta akan ke Bandung sempena cuti hujung minggu panjang kerana hari Isnin ada cuti, jadi memang ramai la akan ke Bandung. Kami bertolak jam 5.00am pun bila nak masuk tol sudah jem, inikan pula yang bertolak lewat. Memandangkan kami akan ke Tangkuban Perahu maka kami tidak perlu masuk bandar Bandung yang sedang sesak di Hiway. Kami keluar melalui Subang dan menggunakan jalan kampung untuk ke Tangkuban Perahu. Disebabkan kesesakkan di Hiway kami sampai di Tangkuban Perahu sekitar jam 12.00 tengahari. Dah letih tido dalam minibus pejam celek pejam celik tak sampai2 sbb jem.
Jakarta Bandung Jakarta Bandung
Jakarta Bandung Jakarta Bandung
Tangkuban Perahu
Sampai di Tangkuban Perahu masih ramai pengunjung yang datang Parkir pun penuh. Bayaran masuk adalah 75rb setiap orang dan pakir 15rb setap kereta. Setelah berjalan sehingga ke kawah ratu dan bergambar, ada peserta sempat membeli belah di gerai2 yang terdapat disitu. Penawaran dibuat 70% keatas barangan yang di ofer. Selain itu akan ada penjual batu seperti tasbih batu dan juga rantai batu yang akan ikut ikta dan memujuk untuk kita beli. Jika anda tidak mahu beli abaikan saya dan cakap dengan baik ” Trima kasih ya Pak saya tak berminat”, jika anda berminat baru tawar harga, Mereka akan ikut kita tapi tak apa sbb mereka tidak memaksa kita beli pun cuma pujuk rayu sahaja.

di gerai2 ini ada juga yang suka membeli senduk kayu buatan tangan. Memang unik kayu tersebut yang mempunyai corak semulajadi hitam putih. Selain itu terdapat banyak T-shirt dan juga hasil Kraftangan yang juga menarik.
Jakarta Bandung Jakarta Bandung
Seterusnya kami ke kaunter informasi bagi mendapatkan informasi berkaitan kawah Tangkuban Perahu. dan juga mengambil Guide untuk ke Kawah Domas. Bayaran Guide dikenakan sebanyak 300rp untuk 5 orang untuk satu jam. Kami 12 Orang dapat 600rp sahaja dan saya meminta harga tersebut bukan satu jam sebaliknya sehingga selesai. Jika ikut jam memang la parah sebab perjalanan untuk sampai pun dah ambil masa 30minit di tambah aktiviti foto dan juga penerangan dari guide. Ikutnya tak perlu guide pun tak apa sebab nya trek memang jelas dan sehala sahaja menuju ke kawah Domas tersebut. Tapi dah syarat kena guna guide kita akur sahaja.
Jakarta Bandung Jakarta Bandung
Kawah Domas
Dikawah Domas ini kita akan melakukan aktiviti merendam kaki dan juga mandi air panas kepada yang berminat. Selain itu ada juga yang merebus telur. Ada yang menggunakan perkhidmatan masage lumpur seluruh badan. Harga masagge ini anda perlu tawar menawar, biasanya harga dalam 100rb sahaja, kalau lebih tu mahal dan kalau kurang dari 100 tu anda terer la tawar. Kalau nak lagi jimat masa hendak sampai ke kawah domas tu ada orang jual selut gunung berapi, anda beli satu botol dan kongsi ramai2 dan buat masage sendiri. Harga lumpur atau selut gunung berapi tu perlu anda tawar sehingga 70% jika tidak dapat last 50%, jika tak dapat juga jangan beli.
Jakarta Bandung Jakarta Bandung
Jakarta Bandung Jakarta Bandung
Biasanya kat kawah Domas ni seronok bila sapu lumpur pada tangan dan kaki ramai2. lumpur ni cuma dapat dibeli sahaja kalau nak ambik sendiri kena masuk dalam kat tempat hotspring yang panas tu. Tapi pengunjung tidak dibenarkan kerana bahaya. Setelah masagge lumpur biarkan kering dan akan kelihatan putih selepas itu baru di basuh. Hasilnya ternyata kulit terasa lebih licin dan halus. Bagi kulit yang berjerawat jangan di masagge lumpur tersebut ke muka nanti pasir-pasir halus tu masuk dalam pori-pori lagi susah kena alahan. Biasanya sapu sahaja buat syarat jangan di massage. Setelah puas berendam kaki dan masagge serta berfoto, kami pun beransur pulang sambil ada yang membeli lumpur gunung berapi.
Jakarta Bandung Jakarta Bandung
Restoran Sapu Lidi
Sebenarnya kami belum makan tengahari lagi, mana tidaknya sampai sahaja jam 12.00 tengah hari di Tangkuban Perahu, kami terus langsung bejalan. Ada yang beli makanan di gerai ada yang tak dan ada yang makan roti. So agak lewat makannya. Kami sampai di restoran Sapu Lidi sekitar jam 6.00pm. Biasanya pengunjung akan ke Restoran Kampung Daun, Tapi kali ini saya ingin mencuba Restoran Sapu Lidi pulak yang terletak di kawasan yang sama. Selain itu terdapat juga rumah makan terapung yang boleh anda jumpa semasa hendak menuju ke kawasan kangpung daun. Restoran terapung ini juga unik dan tarikkan baru, dimana penjual berada di dalam perahu kecil dan kita dari atas dan makan di pulau kecil dikelilingi air dan perahu2 yang menjual makanan. Makanan yang dijual seperti bakso dan menu yang agak ringan, next time bole cuba. Berbalik pada Restoran Sapu Lidi, Restoran ini jugak menarik dengan suasana pemandangan sawah padi. Tempat makan dibuat dalam pondok-pondok kecil yang muat sekitar 10 orang. Selain tempat makan restoran ini turut menawarkan chalet-chalet yang indah. Pembaca blog saya boleh melawat laman web restoran ini di www.sapulidisawah.com boleh lihat gambar dan juga pakej yang ditawarkan.

Kami ambil menu ala charte dan pakej supaya variasi menunya. Ternyata masakan di restoran ini juga enak bangat dan menyelerakan. Harga juga berpatutan. Tak sempat kami berfoto kerana hari hujan dan sudah gelap. Setelah selesai makan kami bergerak ke Kota Bandung terus ke Jalan Dago. Sempat singgah di 2-3 FO sebelum ia ditutup dan ada yang sempat membeli belah.

Cihampelas 2 Hotel
Di Bandung selama 2 malam kami menginap di Hotel Cihampelas 2. Saya memilih hotel ini kerana ia dekat dengan tempat membeli belah Cihampelas Walk dan beberapa butik lain seperti Rumah Mode, Fashion World.
Hotel ini menawarkan transfer percuma ke Airport. Terdapat 3 Rangkaian hotel ini di sini Cihampelas 1, 2 dan 3. Setelah sampai di Hotel kami bersihkan diri mandi dan kemudiannya keluar minum di sebuah restoran Taman Sari. Menarik juga restoran ini. Makan tengah malam sambil layan internet. Sekitar jam 1.00am baru kami pulang ke hotel.
Jakarta Bandung Jakarta Bandung
Hari Ketiga : 30 Mac 2014 – Ahad
Memandangkan masa terhad. maka kami telah membuat perancangan untuk berpecah. Pagi-pagi setelah sarapan pagi yang disediakan oleh hotel kami ramai-ramai menahan Angkutan Kota di hadapan hotel untuk ke Pasar Baru. Kalau anda tidak tahu pasal Angkutan Kota ini mudah sahaja tanya saja pada petugas kaunter angkutan warna apa yang boleh naik untuk ke pasar baru dan pulang ke hotel. ataupun tanya sahaja pemandu angkutan kota. Sepatutnya angkutan kota turunkan kami di simpang jalan dan perlu jalan sedikit untuk ke pasar baru. Tetapi memandangkan kami sahaja sudah penuh satu van angkutan kota tu, maka drivernya terus menghantar kami depan Pasar Baru. Tambang dikenakan untuk sampai di simpang cuma 3ribu seorang tapi sebab dia hantar sampai ke depan pasar baru dia caj 5ribu seorang. Ok la tak mahal sangat.
Jakarta Bandung Jakarta Bandung
Jakarta Bandung Jakarta Bandung
Pasar Baru Bandung
Kami semua shoping di Pasar Baru. Setelah saya bagi sedikit taklimat dan juga tips maka kami berpecah mencari barang masing2. Kat sini pun sama cuba nasib dahulu tawar 70% jika tidak dapat tawar 50%, jika tak dapat boleh cari pulak di kedai lain. Pasar Baru ini satu banggunan yang banyak tingkat ada parking sampai di atas jika ada yang bawa mobil. Tingkat bawah sekali LG ada makanan seperti krepek, dodol dan sebagainya. Seterunya tingkat G dan keatas sehingga tingkat 6 ada pelbagai barangan dari telekung, kain pasang, baju, beg dan berbagai lagi.
Jakarta Bandung Jakarta Bandung
Jakarta Bandung Jakarta Bandung
Jika ada yang ofer jadi juru pandu, maka tak perlu kerana anda boleh berjalan sendiri dan jika ada jurupandu nanti kedai tak nak bagi kurang banyak sbb nak kena bagi komisen pada jurupandu. Macam2 peserta rombongan beli ada cari kain pasang, ada cari baju kebaya, ada cari baju kurung, telekung dan tshirt.
Jakarta Bandung Jakarta Bandung
Food Court Tingkat 6
Jika makan di Foodcourt ini ada satu perkara yang anda perlu ingat adalah beli di kaunter gerai jangan duduk dan oder pada Ulat. Kerana jika anda ramai sampai sahaja anda di foodcourd ini ada sahaja yang akan membawa anda duduk kemeja dan memesan untuk anda..ini bukan percuma..ada bayarannya..biasanya dia akan markup kat total harga.. dah terkena. So anda perlu buat adalah beli terus dari gerai dan pilih meja anda sendiri. Masa saya makan terdapat banner amaran supaya berbelanja di kaunter gerai. Makanan kat sini juga enak dan pelbagai anda boleh pilih masakan yang anda mahu. Kami janji berkumpul jam 12.00 Tengahari. Setelah makan kami berpecah ada yang masih hendak shooping di Pasar Baru, Ada yang hendak pulang ke Hotel untuk shooping di Jalan Cihampelas, ada yang hendak ke Jalan Riau dan ada yang hendak ke Jalan Dago. Semua kami menggunakan Angkutan Kota sahaja. Jika hendak ke Jalan Dago, dari Pasar Baru anda perlu jalan kaki sedikit ke lokasi tempat Angkutan Kota berkumpul. Kat sini anda naik Angkutan yang ada tulis Jalan Dago. Bila anda naik sebaik sahaja anda nampak simpang jalan yang ada tugu D.A.G.O anda turun disitu dan mula berjalan kaki dari satu butik ke satu butik dan patah balik melalui sebelahnya untuk butik lain.
Jakarta Bandung Jakarta Bandung
Jalan DAGO
Saya bermula bejalan dari simpang jalan yang ada tugu D.A.G.O. Jalan dago ini terkenal dengan banyak butik2 shoping dan FO. kat jalan ini juga terdapat satu kedai Kartika Sari yang besar. Jalan dago ini cuma satu jalan, hujung ke hujung. Jadi anda mula dari simpang jalan hingga ke hujung dan berpatah balik dari sebelahnya. Memandangkan saya dan beberapa org ke jalan Dago, maka saya akan ceritakan apa yang saya jumpa di Jalan Dago ini. Jalan Dago tiada tempat lepak happening seperti Cihampelas Walk. Ok selebihnya saya share beberapa foto butik di jalan DAGO seperti di bawah ini:

Side sebelah Tugu D.A.G.O
1. Morning Dew
2. Kartika Sari
3. TheMan (Galeri Lelaki)
4. Roger’s Salon & Spa
5. Cheap Outlet
6. Episode Fashion House
7. Nike Factory Store
8. Marc & Stuart
9. Polo Ralph Lauren
10.Amanda Brownies

Side Sebelahnya
11. Anthropology Fashion Outlet
12. Girl Generation
13. Super Junior
14. Level Factory Outlet + Celebrity Coffee ( Nasi Goreng Gentayangan)
15. Grande Fashion Gallery
16. Jetset Factory Outlet
17. Blossom Family Outlet
18. Glow
19. Seximo Boutique Couture
20. House of Donatello (Outlet kasut sahaja)
21. Planet Soccer (Banyak Jersy)
22. Runway Direct Factory Outlet
23. Avella Big Size

Jakarta Bandung Jakarta Bandung
Jakarta Bandung Jakarta Bandung
Jakarta Bandung Jakarta Bandung
Jakarta Bandung Jakarta Bandung
Jakarta Bandung Jakarta Bandung
Jalan Riau
Jalan Riau ini hampir sama macam jalan Dago, ada butik2 dan juga kedai beg, kedai kulit berjenama dan sebagainya. Oleh sebab saya tak pergi jadi tak dapat la saya cerita banyak. Ada juga peserta yang shooping kat jalan riau ni.

Jalan Cihampelas
Jalan Cihampelas ini juga menarik walaupun tak banyak butik tetapi terdapat banyak jugak kedai-kedai yang menjual pakaian murah dan dan bagus. Terdapat juga kedai barangan kulit selain tempat tarikkan Cihampelas Walk. Bagi penggemar barang outdoor di Cihampelas Walk mall juga terdapat Butik Eiger.

Foto2 Jalan Cihampelas dibawah ini saya ambil dari entri Jakarta Bandung 2013 : https://hamydy.wordpress.com/2013/10/14/jakarta-bandung-2013-4h3m/

DSC_9039 DSC_9043
DSC_9044 DSC_9045
DSC_9046 DSC_9048
Jakarta Bandung Jakarta Bandung
Jakarta Bandung Jakarta Bandung

Rumah Mode
Foto2 Butik Rumah Mode dibawah ini saya ambil dari entri Jakarta Bandung 2013 : https://hamydy.wordpress.com/2013/10/14/jakarta-bandung-2013-4h3m/
Jakarta bandung Jakarta bandung
Jakarta bandung Jakarta bandung
Jakarta bandung Jakarta bandung

Jalan Cibaduyut
Bagi penggemar barangan kulit buatan tempatan boleh la datang ke tempat ini. Tempat ini kami cadangnya hendak datang tetapi kesuntukan masa tak jadi. Lagipun peserta yang hendak beli barangan kulit ni pun dah habis duit shooping pakaian :). Mungkin next time datang kesini.

Setelah semuanya puas shoping semua berjaya pulang ke Hotel menggunakan Teksi. Nak dijadikan cerita jalan hendak ke hotel tersangat la jem, macet giler. tapi semuanya selamat sampai ke hotel. Setelah berehat masing2 sibuk repacking semula barang-barang yang dibeli.
Jakarta Bandung Jakarta Bandung
Hari Keempat : 31 Mac 2014 – Isnin
Memandangkan penerbangan pulang kami jam 8.00am. Jam 5.30 kami dah bertolak ke airport. sampai di airport semasa memalui pemeriksaan kastam kami ada masalah dengan lumpur gunung berapi yang dibeli, tak boleh hand carry dan perlu masuk dalam ludgage, dia pau 150ribu untuk beberapa botol yang kami beli. mulanya kami terangkan cuma lumpur tetapi dia tak benarkan, jika hendak bawa juga bayar 150ribu dan masuk dalam beg ludgage baru dia benarkan. Akhirnya kami ikut sahaja colect duit dan bayar dia, resit pun dia tak bagi..nampak sangat nak pau, lepas tu dia cuma tampal stiker security check pada beg. Nak dijadikan cerita setelah semuanya lepas pemeriksaan untuk masuk kedalam airport, selepas drop beg ludgage kami melalui pemeriksaan akhir selepas emigresen, ada pulak salah seorang kami yang masih bawa hand carry lumpur dalam begnya. dah terpaksa keluar balik pergi ke tempat drop beg untuk masukkan semula lumpur tersebut kedalam beg. Macam-macam. biasanya jika tak banyak botol lumpur, mereka lepas saja. Tapi kali ini mungkin banyak botol itu yang leceh sikit. Yang penting anda jangan gelabah. Jika dia minta duit lebih mahal dari lumpur yang dibeli tu tinggal aja lumpur tu kat dia.
Jakarta Bandung Jakarta Bandung
Akhirnya jam 8.00am kami berlepas pulang ke Malaysia. Alhamdulillah trip berjaya dan semuanya selamat pergi dan pulang.

Terima kasih kepada peserta yang mengikuti saya.

Tips Jimat : Untuk yang hanya nak shooping, pastikan anda dapat tiket flight yang paling murah (Promo). Hotel cari yang berdekatan dengan lokasi shooping dan cari yang murah dan selesa. Takperlu ambil pakej atau transport. Ke tempat shooping jalan kaki bagi yang dekat dan naik Angkotan Kota bagi yang jauh. Bila balik baru naik teksi ke Hotel. Cari Hotel yang ada perkhidmatan trasfer ke Airport, senang jika kena flight awal pagi. Jika cara ini kos ground anda cuma sekitar RM300 untuk 3h3m (Hotel dan teksi) Tapi jika anda 3-4 org lagi jimat bila dikongsi.

Bagi yang hendak tour ke Kawah Putih(1jam dari bandung) atau Tangkuban Perahu(40minit dari Bandung), boleh dengan tempah transport untuk sehari (8jam), Tayota Avanva sekitar 500rb (150). hari yang nak tour sahaja di tempah, jangan ditempah sepanjang berada disana, sbb boleh naik teksi dan angkotan sahaja. Untuk dapat hotel murah selalu lihat di web seperti di Agoda dan Booking.com

Kos Trip Kami Seorang
1.  RM145   : Flight : pergi balik (KL-Jakarta RM97, Bandung -KL RM48)
2.  RM350  : Hotel, Wisata, Transport :  (Dah termasuk tips untuk driver dan juga pengiring shooping)

*Pengiring shooping untuk iring kawan2 perempuan (Pertama Kali ke luar negara) yang ingin berpecah group untuk shooping dan menjaga keselamatan mereka. So mereka bebas nak kemana saja naik transport awam tanpa takut2 dan salah.

Tentative
Day 1 : Jumaat 28.03.2014
07.00am – Berlepas dari LCCT
08.00am – Sampai di Jakarta
09.00am – Sarapan dan makan
11.00am – Shoping Tanah Abang
08.00pm – Shoping Pasar Baru
09.30pm – Makan Malam
10.00pm – Manument MONAS
10.30pm – Hard Rock Cafe
12.00pm – Cekin hotel Tune Hotel.. berehat

Day 2 : Sabtu 29.03.2014
05.00am – Betolak Ke Bandung
07.00am – Sarapan RnR Hiway
12.00am – Tour ke Gunung Tangkupan Perahu dan mandi lumpur gunung berapi di Kawah Domas
05.00pm – Makan Tengahari di Restoran Sapu Lidi
09.00pm – Shopping di butik FO Jalan DAGO
10.00pm – Cekin hotel Cihampelas 2.. berehat
11.00pm – Minum di Cafe Tamansari
01.00am – Balik tido

Day 3 : Ahad 30.03.2014
07.00am – Sarapan
08.00am – Shopping ke Pasar Baru, FO Jalan Dago, Jalan Riau, Jalan Cihampelas, Rumah Mode, Fashion World
10.00pm – Cekin hotel berehat

Day 4 : Isnin 31.03.2014
08.00am – Berlepas dari Bandung
11.00am – Sampai di Kuala Lumpur

Tamat

Line Up Peserta
1. Abd Hamydy
2. Mohd Fadli Mustafa
3. Muhammad Hambaly
4. Muhammad Syukor
5. Noor Hamyza
6. Azura Jalil
7. Hafiza Wati
8. Fatimah Mansur
9. Musyaya Ab Majid
10.Mariah Abd Razak
11.Johari
12.Suhaimi

Posted in Backpacker, Melancong | Tagged: , , , , , , | 7 Comments »