The life journey

Kembara Kehidupan

Mt Kinabalu 2013 Challenge ~ Via Mesilau

Posted by hamydy on 3, August 2013

Kinabalu

Gunung Kinabalu ~ Via Mesilau 2013
Program pendakian gunung kinabalu kali ini melibatkan 33 orang peserta seluruh Malaysia. Peserta dari Kedah, Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Labuan. Program ini dirancang dan dibuat booking sejak Ogos 2012 lagi. Program ini bermula pada 30 May 2013 dan tamat pada 3 Jun 2013.

Program dengan kerjasama antara http://www.hamydy.worpress.com dan http://www.oranghutanmalaysia.com telah berlangsung dengan jayanya. Seramai 12 orang adalah peserta dari kelab dan selebihnya terbuka dimana kebanyakan adalah cikgu dan pensyarah.

Hari Pertama
Para peserta mula tiba di Kota Kinabalu pada 30 May 2013 dan ada sebahagiannya pada 31 May 2013. Peserta yang tiba pada 30 May 2013 telah disediakan penginapan di Hostel Backpacker ( Borneo Backpacker) ada juga yang memilih menginap sendiri dengan pasangan masing-masing di hotel yang berlainan. Setelah semua peserta tiba kami mula bertolak ke Kinabalu Park untuk pendaftaran sekitar jam 12.00 tengahari.  kami singgah makan tengahari di kawasan bernama  Putra Jaya, kawasan kedai dan gerai makan.

Dalam perjalanan kami singgah di Rumah Terbalik, tapi kali ini pengurusan rumah terbalik telah mengenakan caj jika hendak masuk dan bergambar di kawasan luar rumah. Sebelum ini jika masuk dalam rumah sahaja dikenakan bayaran. Sekarang mereka telah meletakkan pagar yang tinggi jadi jika hendak ambil gambar dari luar pagar sudah tak nampak rumah terbalik tu. Untuk bergambar kalau tak silap RM5 dan jika masuk kedalam rumah RM10 rasanya. Memandangkan tidak boleh bergambar maka kami semua meneruskan perjalanan ke Pekan Nabalu untuk bergambar latar belakang Gunung Kinabalu.

Kinabalu

Setelah tiba Pekan Nabalu, kami mula bergambar pemandangan gunung walaupun sikit kurang bernasib baik kerana gunung di litupi awan dan kabus. Di pekan Nabalu ada pasar kraftangan, dan anda boleh shoping disini. kami singgah sekejap

Setibanya di Kinabalu Park, kami mula membuat pendaftaran dan juga menjelaskan bayaran2 tertentu seperti bayaran guide. sementara peserta lain mengambil kesempatan untuk bergambar.

Kinabalu Kinabalu

Selesai pendaftaran dan mengambil Tag permit, kami meneruskan perjalanan ke Dairy Cattle Farm, tempat ternakan lembu yang kelihatan seperti Switzerland. Kami sempat melihat bagaimana susu lembu diperah dan membeli produk tenusu dan juga kraf. ramai pengunjung yang datang. tiket masuk cuma RM4 sahaja,

Mesilau National Park
Sampai di Mesilau National Park kami terus ambil kunci bilik dan cek in. Makan malam disediakan. Suasana di mesilau memang sejuk. Selepas makan malam kami pun berehat di bilik masing-masing. Sebelum semua mula tidur sekitar jam 9.00 malam kami adakan sesi ice breaking dan sesi suai kenal. Selesai sesi suai kenal maka diadakan taklimat ringkas berkaitan pendakian gunung kinabalu.

Hari kedua
Kami bangun seawal jam 6.00am, membuat persiapan dan seterusnya sarapan pagi. Jam 7.00am kami sudah mula berkumpul di depan gate Mesilau sambil bergambar dan juga menunggu ketibaan Guide2 Gunung. Setelah guide kami sampai, peserta yang ingin ambil porter mula menimbang beg masing2. Harga untuk 1kg adalah RM10, ada juga yang ambil portal peribadi dengan bayaran RM80 tak termasuk berat beg. Portal peribadi akan berjalan sebelah tuannya. kalau portal biasa, biasanya mereka berjalan belakang sekali.

Kinabalu kinabalu

Kami mula mendaki setelah dibuat regangan memanaskan badan serta dengan dibimbing bacaan doa oleh ketua guide iaitu en Kamaluddin. Permulaan mendaki semua peserta teruja dan masih bergerak dalam kumpulan, sesi berfoto sepanjang perjalanan km1, km2 dan seterusnya. Trek mesilau bermula dengan trek hutan yang indah diselami dengan kabus nipis. Treknya yang menaik dan menurun tiada tangga di permulaan.

KM 1
Permulaan trek memang santai, trek hutan tiada bertangga, selepas jumpa Signboard O.5km baru jumpa sikit trek bertangga kemuan kembali trek hutan. Setelah jumpa  Signboard 1km kita sudah boleh nampak view yang cantik. dan akan jumpa pondok pertama ( Pondok Schima)

KM 2
Laluan ke KM2 kita kembali trek hutan  dan akan jumpa Signboard 1.5km dan seterusnya akan jumpa pondok ke dua (Pondok Bambu) kat sini kita boleh jumpa tandas. Kemudian kita melalui trek hutan sehingga jumpa Signboard 2km.

KM 3
Setelah melalui Signboard 2km kita mula menurun melalui trek sedikit bertangga dan kembali landai. Di laluan ini kita akan jumpa titi kayu pendek, ada air sungai mengalir cetek yang jernih dan sejuk. laluan ini kita akan jumpa sedikit berbatu. Selepas jumpa Signboard 2.5km kita jumpa lagi titi kayu pendek dan mula melalui suasana hutan yang nampak menarik dan cantik ditambah dengan kabus nipis. Memang memberikan suasana aman dan tenang, hilang semua keletihan😀.

Selepas melalui Signboard 3km dan pondok ketiga (Pondok Nepenthes) kita akan melalui titi kaju yang besar yang merentasi sungai yang mempunyai  air terjun yang cantik. Kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar di sini, ada yang membasuh muka dan ada yang berani meminum air sungai yang jernih dan segar itu. Bagi orang bandar yang tak biasa minum air mentah amat tidak digalakkan minum. Seterusnya kita akan jumpa jambatan gantung ( Jambatan Gantung Kipuyut) merentasi sungai yang  cantik pemandangannya. Selepas jumpa Signboard 3.5km kita akan jumpa trek sikit bertangga menuju ke pondok keempat (Pondok Tikalod). Selepas jumpa pondok ini kita akan melalui Tangga kayu yang agak tinggi sebelum sampai ke pondok kelima ( Pondok Lompoyou). Biasanya kat pondok Lompoyou ni para pendaki berehat untuk makan makanan yang di tapau oleh pihak kinabalu park. Di pondok ini kita dapat lihat view yang cantik dan kawasan agak lapang.

KM 4-5
Selepas melalui Pondok Lompoyou kita akan mula jumpa beberapa tangga kayu diselang seli trek bertangga. Seterusnya kita akan berjumpa pondok keenam (Pondok Magnolia). Pondok ini kelihatan berlumut jarang orang berhenti di pondok ini kerana tiada tandas. Selepas pondok ini trek mula menurun dan akan landai sebelum berjumpa persimpangan trek Mesilau Timpohon. Di persimpangan ini ada sedikit lapang kawasannya, menjadi kebiasangan pendaki berhenti sekejap sambil menikmati beri-beri merah yang tumbuh liar disini.

KM 5-8
Seterusnya trek mula menaik dan bertangga dan akan jumpa Signboard 4.5km dan sudah kelihatan view yang cantik. Seterusnya perjalanan diteruskan sehingga jumpa Signboard 5.0km, kalau ikutnya kita sudah berjalan 7km, cuma di persimpangan mesilau dan timpohon Signboard ikut Signboard Timpohon yang hanya 6km ke laban rata. So setelah jumpa Signboard 5km bermakna kita cuma 1km sahaja ke laban rata. Kita akan melalui pondok ke tujuh ( Pondok Villosa. Depan pondok ini terdapat batu besar tempat ramai pendaki bergambar.

Melalui Signboard 5km kita akan melalui kawasan taman bonsai yang sungguh indah berlatar belakangkan gunung kinabalu jika tidak berkabus. Seterusnya pada Signboard 5.5km kami melalui pondok yang ke lapan pondok yang terakhir iaitu pondok ke lapan ( Pondok Paka). Pendakian mula makin menaik menuju ke Chalet pertama iaitu Waras Hut. Setelah jumpa Waras Hut pendaki akan berasa sangat lega dan gembira kerana dibelakang Waras Hut tersebut adalah Laban Rata Rest House yang ada cafe.

Kami kebanyakkannya sampai di Laban Rata Rest House sekitar 5.00pm. Jika ikut kebiasaan 8jam dan patut sampai sekitar jam 4.00pm. tapi ada peserta yang muda dalam group kami berjaya sampai jam 4.00pm dan peserta yang paling lambat sekitar jam 7.30pm.

Kinabalu Kinabalu
Kinabalu Kinabalu

Setelah makan malam dan bergambar di laban rata. kami mula cek in chalet. seramai 30 orang peserta menginap di Chalet Gunting Lagadan. Peserta perlu mendaki anak tangga kayu sekitar 15 minit untuk ke Chalet Gunting Lagadan. Lagi 3 orang peserta menginap di Laban Rata Rest House. Sekitar jam 8-9.00pm semua pendaki mula mengambil masa untuk tidur kerana perlu bangun pada jam 12.30am untuk sarapan dan memulakan pendakian ke puncak. Bagi peserta yang menginap di Chalet Gunting Lagadan mereka perlu turun ke Laban Rata Rest House untuk sarapan. Jangan berharap kepada guide untuk tapaukan kita makanan (Teh dan Roti) kerana mereka bergantung pada pihak dapur laban rata kalau ada makanan dan mereka masak awal maka ada la, kalau tak tak ada la, walaupun mereka cuba nak tapau untuk kita. So saya lebih suka pendaki turun makan supaya dapat panaskan badan dan dapat makan untuk berikan tenaga.

Hari ketiga
Sekitar jam 2.30am kami mula berkumpul di Gunting Lagadan untuk penerangan akhir daripada ketua Guide kami. Setelah bacaan doa kami mula mendaki dengan melalui Gate gunting Lagadan. Diawal pendakian sudah terasa penatnya kerana menaiki tangga kayu dan juga suasana yang sejuk dan kurang oksigen. Salah seorang peserta group kami mengalami AMS dan terpaksa turun semula ke Chalet Gunting Lagaadan.

Pendakian makin mencabar apabila tiba ke lokasi pendakian menggunakan tali yang pertama, di kawasan ini curam sikit. Pendaki perlu memegang tali sehingga melepasi curam ini. Setelah melepasi curam ini kami bertemu dengan Signboard 7.0km seterusnya kami melepasi Cek Point puncak iaitu Sayat-Sayat. Di cekpoint ini semua pendaki dikehendaki mempamirkan permit masing-masing. Pendaki yang gagal menunjukkan permit akan menghadapi kemungkinan tidak dibenarkan melepasi gate sayat-sayat. Anda perlu sampai ke Sayat-Sayat sebelum jam 5.00am untuk membolehkan anda melepasi Gate Sayat-sayat, jika lewat tidak dibenarkan, semua 32peserta. Tali sebagai panduan memang terdapat sepanjang trek sehingga ke puncak. Diwaktu pagi tengah gelap2 pendaki mesti memegang tali dan berjalan mengikut tali sebagai langkah keselamatan dan mengelakkan kita tersasar laluan yang boleh menyebakkan terjatuh.

di KM8 kita melalui Signboard 8km yang berlatar belakang puncak seperti yang ada pada duit RM1. dikawasan ini sudah landai untuk menuju kepuncak. Sebelum sampai puncak kita akan jumpa Signboard 8.5km dan mula mendaki menaiki puncak.

Kinabalu Kinabalu
kinabalu Kinabalu
Kinabalu Kinabalu

Kami sampai di puncak sekitar jam 6-7am, tak sempat untuk melihat sunrise di puncak, namun semua dapat melihat sunrise ketika perjalanan ke puncak. Puncak sangat kecil dan ada Signboard tempat pendaki bergambar.

Jam 8.00am para pendaki mula turun semula ke Chalet untuk cek out dan makan. Pendaki tidak digalakkan turun selepas jam 8.00am kerana jika kita turun selepas jam 8.00am kita akan lewat untuk cekout dan jika lewat cekout kita akan didenda RM100. Waktu akhir cekout adalah sebelum jam 10.30am.

Kinabalu
Selepas selesai cekout dan makan kami semua mula turun dari laban rata sekitar jam 11.00am. Pendakian turun mengikut kelajuan masing dan tidak perlu terlalu lambat untuk mengelakkan otot kaki lemah. Kami semua sampai di Timpohon Gate sekitar jam 3.30pm dan yang terakhir sampai sekitar jam 6.00pm. Setelah makan dan mengambil sijil kami bertolak semula ke Kota Kinabalu (Penginapan Backpacker)

Setelah sampai di Hostel kami membersihkan diri dan bersiap2 untuk makan malam di pasar malam sebelah Pasar Filipine.

Hari Keempat
Pagi-pagi selepas sarapan kami mula menuju ke Jeselton untuk trip snorkeling ke pulau Manukan , Mamutik dan Sapi. Sampai di jeti terminal kami pecah 2 group, 1 group hendak terus snorkeling di pulau mamutik dan sapi dan satu lagi group nak island hopping sambil snorkeling di pulau manukan, mamutik dan sapi. Jadi di jeti terminal kami survey harga boat dari kaunter yang terdapat disitu, mula mintak kurang dan sebagainya, setelah dapat harga yang kami suka barula buat deal.

Kinabalu Kinabalu

Kami meehatkan badan dengan snorkeling dan Island hooping.

Akhir kata saya mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya dalam ekspidisi kali ini dan semoga berjumpa lagi.

Sekian

Senarai Peserta
Ahli Kelab KOHM
1.ABDUL HAMYDY BIN ABDUL HAMID
2.NURUL AZLINA BT OMAR
3.MUHAMMAD KHAIDIR BIN HASHIM
4.ZAINUL RIZAL BIN JAMIL
5.NOR AZIZAH BINTI AHMAD
6.ZELA AZNI BINTI NAHIZAN
7.AFIQAH BINTI NOOH
8.SYED AHMAD ZULFADHLI BIN SAIYID SHAIFUDDIN
9.SHARIFAH KHAIRUN NISAA’ BINTI SAIYID SHAIFUDDIN
10.NUR FARHIYAH BINTI BASIR
11.SHALIZA BINTI NASRUDDIN
12.ESAH NINI BINTI TAJUDDIN

Bukan Ahli Kelab – Mendaftar dengan http://www.hamydy.wordpress.com
13.YANG ADLINA ZULKIFLY
14.ZULAFANDI ZULKIFLY
15.MAHANI BINTI BAHARY
16.MARLINA IBRAHIM
17.ANDRITA KASSIM
18.MOHD FADZLY BIN ISMAIL
19.MARZURIA BINTI MOHAMAD
20.MALINNA BINTI JUSOH
21.ABDULLAH AZHAR BIN ZOLKIFLY
22.MOHAMMAD AMIRUDDIN BIN OTHMAN
23.NOOR AZURA BINTI MAT ISA
24.MOHAMAD ZAIDAN B MOHAMAD NOR
25.SAHARA BT ABDUL RAZAK
26.SHARUN NIZAM ABDUL MANAN
27.AHMAD ZAHURI B DAHALAN
28.NURILAZWA BT SAAD@HAMID
29.MOHD QIAMUDDIN B MOHD HASHIM
30.MUHAMMAD IQBAL B MOHD QIAMUDDIN
31.ROZITA BT HUSSIEN
32.NUR HAYATI BINTI SAJUDI
33.JENEFER BT MOIN

2 Responses to “Mt Kinabalu 2013 Challenge ~ Via Mesilau”

  1. esther said

    nak la next year. krabi jugak nak. semua aku nak. wakakaka

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: