The life journey

Kembara Kehidupan

Vietnam ~ Shopping2 di Saigon

Posted by hamydy on 8, June 2015


Trip Shopping Vietnam
Trip Shopping2 Vietnam kali ini saya buat suka2 sebab berjaya mendapat tiket flight promo Air Asia yang murah la jugak dengan return RM354 termasuk luggage 20kg . Trip pendek 3h2m ini cara santai dan relaks sahaja. Trip 3h2m ni memang santai sahaja. Peserta yang join cuma 6 orang sahaja, tapi last minit sorang tarik diri kerana keluarga kemalangan. Jadi kami berlima sahaja. Semua buat janji bertemu di Airport sekitar jam 5.00am. Flight mengikut jadual dan tidak delay. Penumpang majoriti rakyat Malaysia🙂. Berikut adalah coretan perjalanan kami.

Day 1 ~ Sabtu
Seawal jam 4.30am sudah mula menaiki bus dari KL Sentral ke KLIA2, so kalau naik kul 4.30am jangka sampai ke KLIA2 sekitar jam 5.30am. Jadi kami ada 1 jam 30 minit sebelum berlepas jam 7.00am, Kami masuk boarding jam 6.00am. Ramai jugak orang penerbangan pagi, biasanya ke vietnam pergi orang tak ambik luggage jadi ta perlu la beratur panjang nak drop bag🙂.  Alhamdulillah flight tidak delay, on time saja lebih kuran jam 7.00am kami bertolak.

Airport Ho Chi Minh City
Sampai di airport jam 8.00am waktu Vietnam. Kami tercari-cari teksi untuk ke hotel, ada beberapa kaunter teksi, harga sekitar 200-300 ribu dong, biasanya orang yang biasa ke vietnam akan cuba tawar harga sampai 200-250 ribu Dong untuk sampai ke hotel area Bến Thành Market. Kami naik teksi MPV sebab 5 orang jadi harga kami dapat 300 ribu Dong, Kalau naik teksi kereta biasa boleh dapat dlm 200 ribu Dong. Ting-tong kami sampai hotel jam 9.00am.
(Sumber Booking.com)
Hotel
Kami tempah LE LE Hotel jauh sikit dari Bến Thành Market (Jalan Kaki 10 minit sahaja) Hotel berdekatan dengan lorong Bùi Viện yang happening dan banyak backpacker di sini. Hotel ini terletak di jalan utama Pham Ngu Lao St Bersebelahan Dragon Palace Hotel. Booking melalui booking.com sampai baru bayar. LE LE Hotel dan Dragon Palace Hotel owner yang sama. Hotel ini ok la selesa walaupun tak mewah tapi ok la kalau nak buat 3h2m. Kalau penat2 boleh massage kat Dragon Palace Hotel.

Cu Chi Tunnel Tour
Disebabkan kami datang awal jadi kami tidak boleh cek in lagi, jadi kami letak beg dahulu dan berbincang day tour ke Cu Chi Tunnel yang kami tanya di meja tour agen depan kaunter reception hotel. Sebenarnya kalau nak survey half day tour pakej ni banyak jer kaunter-kaunter agen dekat setiap hotel dan juga di kawasan tersebut. Harga biasanya sekitar 6usd-10usd. Kami tak servey sebab harga agen kat hotel lebih kurang sahaja. Bincang punya bincang last-last kami ambil private car yang harganya 40usd setelah tawar menawar. Sebab nak cepat dan tidak mahu join rombongan dan tak nak singgah kedai kraftangan🙂. Kekurangan cara ini adalah kami tiada guide dan harga mahal sedikit tapi kami punya masa sendiri🙂 dan cepat.

Sekitar 10.30 kami bergerak ke Cu Chi Tunnel menaiki jeep Ford Everest. Memang selesa la kami 5 orang sahaja. Sekitar 12.30pm kami sampai di Cu Chi Tunnel, bayar tiket masuk 90ribu Dong dan masuk tanpa ada guide😦 , tapi kami tumpang2 la dengar citer dari group lain, selebihnya nak bergambar sahaja.


Mula-mula selepas beli tiket masuk kita biasanya kita akan masuk melalui terowong besar ada pemeriksaan tiket di tengah nya, selepas itu kita dah memasuki kawasan cu chi tunnel, Tour bermula dengan menonton video sejarah di dalam pondok bawah tanah. Selepas menonton kami ikut guide group lain tumpang dengar sikit2 selebihnya kami bergambar sahaja. Biasanya guide akan bawa melihat lubang dan cara masuk lubang, perangkap2 yang digunakan semasa perang, melihat lubang masuk dan lubang asap dapur, melihat kereta kebal tinggalan perang dan seterusnya ke padang sasar tempat menembak. Biasanya ramai jugak pelancong mencuba menembak. Ada pelbagai senjata boleh pilih dengan membeli peluru hidup minimum 10 biji.

Untuk trip kali ini saya tak menembak, just singgah tengok2 dan meneruskan langkah melihat demo membuat paper rice (Kepingan seperti kulit popiah yang digunakan dalam hidangan), pondok ni terletak sebelah padang sasar tu. Selepas itu kami terus ke Terowong.

Kalau tak cuba masuk terowong memang tak sah, ada pendek ada panjang, kalau tak silap ada 5 meter, 10 meter dan 15 meter. Kami buat yang pendek saja 10 meter itu pun dah lengoh kaki dan paha nak krem sebab duk jalan itik kat dalam tu, kalau nak lagi selesa merangkak la baru tak lenguh peha. Penamat tour ini adalah dengan singgah di pondok yang menghidangkan teh dan ubi kayu percuma. Rehat sekejap kat sini selepas itu baru bergerak keluar sekitar 2.45pm.

Makan Tengahari
Kami makan di restoran halal yang berdekatan dengan cu chi tunnel, kalau kita menghala ke cu chi tunnel kita akan nampak restoran ini di sebelah kanan dalam 100 meter sebelum cu chi tunnel. Nama restoran ini Quan An Lukman Kamarudin. Restoran ini baru buka dan peniaganya boleh berbahasa melayu. Di restoran ini ada disediakan surau. Dalam gambar saya bergambar dengan pemilik restoran iaitu en Kamarudin peramah orangnya. Kami oder beberapa lauk dan sayur makan dengan nasi putih. Masakkan ok sedap jugak la bagi yang tengah kelaparan. Kami makan sampai kenyang sebab selepas ni nak mula jalan2 shopping🙂.

Shopping Time
Kami minta driver hantar kami terus di Pasar Bến Thành Market sekitar jam 6.00pm, selepas tunjuk beberapa kawasan membeli belah pada kawan2 kami mula berpecah untuk mencari barang-barang ikut minat dan keperluan sendiri. Dan janji berkumpul semula di Restoran Halal Hj Osman di jalan Nguyen An Ninh sekitar jam 8.00pm untuk makan malam.

Pasar Malam
Selepas makan malam kami sambung shopping di pasar malam sebelah Pasar Bến Thành Market. Pasar malam ini mula dibuka sekitar 8.00mlm di sebelah kiri dan kanan Pasar Bến Thành Market setelah Pasar Bến Thành Market ditutup. Banyak juga barangan yang dijual seperti pakaian, beg dan juga makanan gerai. Makanan ada yang halal dan ada yang tidak, kena pandai pilih gerai muslim. Bisanyanya orang tawar menawar 70% diskaun, jika dapat jangan pula tak beli. Sekitar jam 11.00pm kami bergerak pulang ke Hotel. Ingat jangan terlalu lewat sangat pulang ke Hotel lewat malam sebab ada sejarah orang kena ragut ketika melalui jalan yang sunyi dan gelap.

Day 2 ~ Ahad
Hari kedua, selepas sarapan sekitar jam 10.00am kami mula keluar shooping secara berpecah. Ada yang ke shoplot sekitar Pasar Bến Thành Market dan ada yang shopping dalam Pasar Bến Thành Market, manakala saya keluar mencari beg outdoor. Biasanya orang Malaysia banyak akan shopping di Malaysian Street /Nguyen An Ninh Street. Jalan ini juga dapat jolokkan Malaysian Street kerana banyak orang Malaysia shooping kat sini dan banyak juga restoran halal kat sini. Berikut saya sharekan gambar kedai2 di kawasan ini.



Berikut adalah list shop lot yang ada di kawasan ini
– Fina Collection
– Hjh Basiroh
– Wy Rine (Ramlah) Collection
– Champa Collection
– Abd Rozack Collection
– Jamilah Collection
– Rokiah Collection

** kedai mana yang bagus itu bergantung kepada yang pandai survey dan pandai tawar. Saya tak pandai sangat.so saya survey beberapa kedai sahaja dan beli beberapa pakaian yang berminat. Kalau nak borong pakai atau jual-jual suka-suka bole la beli disini. Tapi biasanya peniaga kat Malaysia yang betul2 berniaga selalunya belu terus dari kilang dan pembekal utama disini untuk dapat harga lebih murah dan untuk jimat kos mereka pos sahaja.

Restoran Halal
Terdapat beberapa restoran halal sekitar Pasar Bến Thành Market, Ada juga yang pemiliknya rakyat Malaysia. Biasanya makan kat restoran ini agak mahal sedikit la kalau convert duit Ringgit sekitar RM12-15 untuk sepinggan nasi goreng. So apa boleh buat kalau nak selesa makan dengan hawa dingin dan ada wifi restoran begini la jawabnya. Nak murah ada jugak warung2 halal cuma tak banyak dan menu terhad.

Berikut adalah list Restoran yang ada di kawasan ini (jalan Nguyen An Ninh)
– Restoran Hjh Basiroh
– Restoran Hj Osman
– Restoran Salima
– Restoran Warung 1 Malaysia
– Restoran Aysah


Kami berpecah shooping sehingga jam 5.00pm dan pulang ke hotel kerana salah seorang teman saya Juliaty pulang hari Ahad petang. Macam tak caya pulak dia datang 2hari 1 malam sahaja, Sabtu pagi sampai, Ahad petang dah pulang ke Malaysia. Dapat juga dia shopping dan tour cu chi tunnel🙂 . So tempah teksi dari hotel sahaja. Selepas ucap selamat pulang pada Juliaty. Kami sambung shopping.

Barangan Sport
Kami cari barangan sukan di jalan Huyền Trân Công Chúa, Kawasan ni ada deretan kedai yang jual semua barangan sport dari kasut, baju sukan, alatan sukan dan macam2 lagi. Tapi kebanyakkan kasut sukan bukan gred A, kualiti biasa2 sahaja walaupun di cap jenama terkenal seperti adidas dan nike. Tapi murah la. So kalau nak shoping kawasan ini biasanya orang beli alatan sukan seperti raket tennis, kasut roda dan macam2 kecuali kasut tu kurang sikit la. Kebanyakkan barangan tiruan kat vietnam ni, ada juga yang origenal kalau masuk butik yang ori. Tapi biasanya orang cari yang gred A sebab kualiti dan meterial yang digunakan adalah sama dengan yang ori. Selepas jalan di kawasan ini kami pulang ke area Pasar Bến Thành Market untuk Makan malam di restoran Halal Saigon Seri Penang di jalan Lưu Văn Lang (Milik Dato Helmi Jaafar). ok jugak la makan kat sini, ramai orang Malaysia makan kat sini terutama yang ambil pakej agen dari Malaysia. Selepas makan kami sambung cuci mata di Pasar Malam di sekitar luar Pasar Bến Thành Market. Balik ke hotel sekitar jam 11.00mlm.

Massage
Selepas rehat dan bersihkan diri, kami cadang ambil massage untuk hilangkan lenguh2 badan dan kaki, kira untuk menyegarkan badan semula la. Ambil pakej massage di Dragon Palace Hotel hotel sebelah Le Le Hotel. Di tingkat satu memang khas tempat Massage, harga Full Body Massage adalah 250 000 untuk 90 minit (RM45). Lepas massage terus balik hotel tido.

Day 3 ~ Isnin
Sarapan pagi awal, Makan Roti bakar dan kopi dan teh sahaja sebab hotel ni serve makanan tak halal. Lepas makan kami mula packing barang2 yang di Shopping sepaya ngam masuk beg🙂 . Selepas cek out kami letak beg di tempat beg dan keluar makan tengahari di Restoran Serai di jalan Thủ Khoa Huân dan seterusnya sambung shopping. Kami berjalan sehingga ke Saigon Square dan beberapa butik santai2 sambil mengintai apa2 yang boleh di shopping🙂 .

Bag Deuter
Saya mencari beg deuter kualiti Gred A yang mirip Origenal. Hari sabtu dan ahad ada juga saya mencari beg di kedai yang pernah saya beli di jalan luu van lang tapi kedai tu sudah tiada stok tersebut, banyak yang dia jual cuma kualiti Gred B sahaja. Gred A (Meterial dan kualiti jahitan sama macam ori) dan Gred B (Meterial sahaja sama tapi kualiti jahitan tidak sama). Nasib baik saya dapat jumpa kenalan saya Sarah orang vietnam yang masih bekerja di Pasar Bến Thành Market. Dia bawa saya ke kedai tersebut, ternyata kedai tersebut ada stok beberapa biji beg Gred A. Kalau di tanya ada ori ke tidak, dia jawab semua beg dia ori, Jadi terpulang kepada kita untuk memilih bag dan melihat sendiri secara detail meterial dan kualiti jahitan. Kalau yang biasa beli beg ori pasti bila pegang sahaja dia sudah tahu. Tapi bagi yang tak biasa saya nasihatkan sebelum datang ke Vietnam pergila ke butik ori kat Kuala Lumpur untuk melihat sendiri beg ori macam maca, pegang, rasa dan tengok meterial dan detail beg tersebut dan mesti la kena ingat. So bila kat vietnam senang la cari. Beg kualiti Gred A ni tak banyak disimpan oleh kedai so kena mencari jugak la. Saya dapat beli Beg Deuter 40+10liter dengan harga RM130 puas hati jugak la dapat beg. Kedai ini No 8 terletak di Jalan Phan Bội Châu (8 Phan Bội Châu). Nama kedai công ty cờ phần thương mai dịch vụ bên thành, panjang nama rasanya yang depan tu nama dia công ty cờ phần thưong mai.

Sekitar jam 5.00pm kami semua sudah kembali ke hotel , Rehat di ruang lobi di sofa sambil menunggu teksi yang kami tempah dari hotel jam 5.30pm. Kalau nak murah teksi boleh tahan di jalan teksi Vinatsun Teksi lain tak boleh caya sangat dia ketuk kita. Teksi Vinatsun ni pakai meter. Teksi yang hotel tempah ni bukan vinatsun tapi sebab tempah terus dari hotel kita bayar kat hotel sahaja. Mahal sikit dari yang Teksi Vinatsun tapi ok la tak payah nak tahan2. Tunggu je di hotel.

Sampai di Airport kami cepat2 ke tempat Drop Luggage, kalau lambat nanti berbaris panjang. Sampai di kaunter drop bag walaupun belum buka tetapi saya lihat dah berbaris trolly yang penuh dengan beg tersusun. Sampai parking trolly berbaris dan kami duduk di kerusi menunggu ia buka. Bila buka baru pergi ke trolly masing2. Kat sini semua orang Malaysia sahaja. Ramai betul orang kita ke Vietnam ni. Jam 9.00mlm kami berlepas pulang ke Kuala Lumpur. Sampai di kuala lumpur tiada yang kena pemeriksaan kastam🙂 .

Begitulah sedikit sebanyak coretan trip 3h2m santai shopping di Vietnam. Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan yang turut serta menjayakan trip pendek ini iaitu Mohd Hilal, Juliaty, Azura dan Hafiza

Sekian

Tentative
11/4/2015 ~ Sabtu
04.00am – Naik bus dari KL Sentral
07.00am – Berlepas ke Ho Chi Minh City (Saigon) dari KLIA2
09.00am – Sampai di Chi Minh City (Waktu Vietnam baru jam 8.00am)
09.00am – Bergerak ke Hotel, letak beg dan diskus tour ke Chu Chi tunnel, kat hotel ada kaunter tour
10.30am – Ada 2 option ( Naik private car atau tour ikut group naik bus). Kami ambik private car sebab nak cepat.
12.30pm – Sampai Chu Chi Tunnel
02.45pm – Keluar dari Chu Chi Tunnel
03.00pm – Singgah makan di restoran Halal tidak jauh dari Chu Chi Tunnel
04.00pm – Bertolak pulang ke Chi Minh City
06.00pm – Drop di Pasar Ben thanh – Saya tunjukkan lokasi untuk shopping pada kawan2 sekitar pasar.
06.30pm – Kami berpecah supaya setiap orang dapat cari barang2 mengikut selera masing2
08.00pm – Janji Berjumpa di restoran Halal Hj Osman di jalan Nguyen An Ninh
09.00pm – Sambung shopping di Pasar Malam
11.00pm – Pulang ke Hotel

12/4/2015 ~ Ahad
07.00am – Sarapan Roti bakar dan kopi jer ( Sbb hotel ni tak serve makanan halal)
09.00am – Group berpecah satu ke Ben Thanh Market dan satu ke Jalan Bui Vien belakang hotel ( Cari outdoor Gear)
05.00pm – Janji jumpa di Hotel, salah seorang peserta sudah nak balik KL, Flight jam 8.00pm
06.00pm – kami sambung shooping ke kawasan Sport area
08.00pm – Makan malam di restoran Halal Saigon Seri Penang di jalan luu van lang (Milik Dato Helmi Jaafar)
09.00pm – Sambung shopping di Pasar Malam Ben Thanh.
11.00pm – Balik Hotel
12.00pm – Full Body Massage 250 000 untuk 90 minit (RM45) Ambik di hotel

13/4/2015 ~ Isnin
08.00am – Sarapan Roti bakar dan kopi jer (Sbb hotel ni tak serve makanan halal)
09.00am – Packing Barang2 Shopping
10.00am – sambung lepak dan rehat santai sehingga kul 12,00pm untuk chek out
12.00pm – Cek out, Tempah teksi dan simpan beg di reception dan sambung shopping
01.00pm – Makan Tengahari di Restoran halal Serai di jalan Thu Khoa Huan
02.00pm – Sambung Shopping
05.00pm – Sampai hotel & repacking
05.30pm – Bertolak ke Airport
09.00pm – Bertolak pulang ke Kuala Lumpur

Perbelanjaan

Teksi
Airport ke Hotel = 300 000 (Ada kaunter lain boleh dapat 200 000)
Hotel ke Airport = 300 000 Tempah dari Hotel. Kalau kat luar bermeter Vinatsun boleh dapat sekitar 180 000 – 200 000

Chu Chi Tunnel
Tiket Masuk : 110 ribu Dong (90k+20K)
Transport : Private Car 40usd
Kalau Tour naik minibus : 6-10usd seorang

Hotel
RM120 untuk 2 malam (Bilik Double) – Tempah di Booking.com

Flight
Air Asia – Promo RM354 (Return+luggage 20kg)
AK520 7.05am 11.04.2015
AK525 9.10pm 13.04.2015

Tips
Memandangkan Saigon ni sudah jadi tempat kebiasaan orang Malaysia yang pergi bercuti sambil shopping maka tak banyak tip yang boleh saya bagi, sebab dah jadi biasa, kalau baca blog memang banyak yang share. Boleh buat trip pendek sahaja 3h2m atau 2h1m. Kalau nak explore kawasan lain seperti hanoi, dalat atau Na Trang tu kita lain la. Ini saya citer jika ke Saigon sahaja. Jadi berikut adalah tip ringkas bagi yang pertama kali hendak ke sana.

Hotel
Kalau boleh pilih la hotel yang paling dekat dengan kawasan Pasar Bến Thành Market di jalan jalan Nguyen An Ninh sebab banyak restoran halal di kawasan ini dan berdekatan dengan tempat shopping.

Tour dan Pakej
Tour ke Cu Chi Tunnel boleh survey dahulu di kaunter agen di hotel then survey kawasan sekitar untuk cari yang murah sekitar jika ada. Biasanya tour 6-10usd (Join Group Naik minibus) tiket masuk bayar sendiri. Ada juga pakej lain seperti puppet show dan juga river cruise semuatu boleh ambik di kaunter agen yang banyak terdapat.

Matawang
Nak berbelanja boleh guna Dong, USD dan juga Ringgit. Duit RINGGIT biasanya kawasan Pasar Bến Thành Market di jalan Nguyen An Ninh ni mereka terima. Kalau Tour pakej biasa mereka pun terima dalam USD. Saya banyak pakai Dong dan Ringgit sahaja.

Keselamatan
Ada juga kes ragut jika pulang lewat malam di jalan yang sunyi. Jadi kena juga berhati2 jangan ambil mudah. Jangan simpan semua duit dalam sampul dan keluarkan semasa berbelanja kerana ia akan menarik perhatian peragut. Pasport saya tinggal di hotel sahaja bagi mereka simpan dan saya bawa yang fotocopy dan juga kad hotel.

 

Berikut Contact untuk yang hendak servis penghantaran
Phuc Tam Trans & Services JSC
75 Ho Van Hue
St Ward 9
Phu Nhuan Dist
Ho Chi Minh City Vietnam
Tel : (84-8) 39 974 003
website : www.phuctamtrans.com

Sila Download Brosur PDF – Phuc Tam Trans & Services JSC

11 Responses to “Vietnam ~ Shopping2 di Saigon”

  1. juliaty said

    Welcome,thanks jg arrange trip tu..short trip but meaningful 😃

  2. ezziana said

    masa bayar hotel yg booking melalui booking.com tu ..pakai matawang apa? dong atau usd ? trip sy bulan depan cuma nak tau camna bayaran hotel dia…sbb sy booked melalui tu juga..

  3. Nurnafiza said

    kedai Công Ty Cờ Phần Thưong Mai. tu dalam Ben Thanh Market ker ?

  4. naim said

    berapa yaa harga beg deuter gred A n B ???

    • hamydy said

      Salam Naim
      harga bagi Deuter Gred A saya dapat setelah tawar menawar adalah dengan harga RM130 40+10liter , ada juga yang RM100, jadi purata sekitar RM100-160 bergantung kepada jenis Liter dan Model. Sebelum cari gred A dan B, mula2 kita mesti terlebih dahulu kenal pasti material yg ori darisegi meterial kainnya, zip, jahitan dan tali galas.

      1. ada yang meterial kain beg tu sama mcm ori tapi jahitan biasa dan tali galas biasa
      2. ada meterial kain sama ori dan tali galas sama tapi jahitan dan besi sokongan tidak ori

      kebanyakkan yang saya jumpa yang material kain dan tali dan jahitan sama mcm ori tetapi besi sokongan tidak sama ori, lembik

      jadi yg penting kita kena kenal mcmana yg ori sebelum pergi cari kat vietnam tu.

      ada juga yang jual kat downtown kl yang jual gred A, tapi dia jual harga pun mahal dah nak hampir dgn harga ori kat kl.

      yang penting bergantung kepada kita juga kalau bole terima ..then beli..

      Kedai yang saya carini di Kedai ini No 8 terletak di Jalan Phan Bội Châu (8 Phan Bội Châu). Nama kedai công ty cờ phần thương mai dịch vụ bên thành, panjang nama rasanya yang depan tu nama dia công ty cờ phần thưong mai. kedai ni bukan la semua begnya gred A, tapi dalam kedai dia ada beberapa beg yg gred A, so terhad juga untuk pilih model dan jenis. kekadang dapat 1-2 jenis sahaja gred A yang lain semua yg biasa.

      Nasib jugak la🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: