The life journey

Kembara Kehidupan

KL – Singapore – Batam 2011

Posted by hamydy on 26, August 2011


Singapore
Pengalaman Berpuasa diperantauan di dua buat negara sekali gus memang pengalaman baru bagi saya. Memandangkan singapore dan batam tak jauh, maka alang2 dah sampai singapore saya langsung terus ke Batam. Dibulan puasa bagi mengelakkan dihidrasi yang teruk saya mengamalkan meminum air 100plus setelah berbuka dan semasa sahur. berjalan di Singapore walaupun dibulan puasa, kita boleh elakkan untuk rasa dahaga dengan bergerak menaiki train bawah tanah. setiap destinasi adalah dalam banggunan jadi kurang pendedahan pada panas.

 

———————————————————————————————————————
Pulau Batam Indonesia

Batam
Batam merupakan sebuah pulau yang hampir dengan Singapore. Pulau Batam ini amat terkenal dikalangan orang Malaysia dan Singapore sebagai “Pasar Jodoh”, Benar atau tidak saya kurang pasti. kata orang hiburan dandut popular di sana dikalangan lelaki Malaysia sekitar umur 40-60. Saya datang ke Pulau batam tengahhari jalan2 kejap jam 3.00pm sudah hendak pulang ke singapore jadi saya tidak sempat pun melawat tempat2 yang menjadi tumpuan pengunjung seperti yang di gambarkan. Menurut pemandu saya jika malam baru “happening” katanya. Jadi kesempatan melawat beberapa jam tersebut saya menaiki motosikal (Ojek) ke Jambatan utama di Batam (Trade Mark) dan pusing2 melihat pekan2 kecil di Batam. Boleh dikatakan terdapat banyak jugak pusat membeli belah ada yang besar dan ada yang kecil.

Antara Tempat yang menarik untuk dilawati di batam seperti berikut:

Tempat untuk dilawati
Indonesia Miniature Park
Thoa Pek Kong Temple
Duta Maitreya ( Kuil Terbesar di Asia)

Tempat Hiburan
Go-Kart Circuit Centre
Flying Fox
Golden Tourist Shop
Kilang Batik
Pasar Kering Bengkong
Kedai POLO
Batam Shoping Mall
Pusat Urut ( Massage)

Berikut adalah Tentative Ringkas Perjalanan Saya

Hari Pertama (Sabtu)
06.00am – Berlepas dari LCCT
07.00am – Tiba di Changi Airport Terminal 2 untuk ke terminal utama perlu naik sky train
08.00am – Melawat sekitar Airport Changi
09.00am – Menaiki Train ke Kawasan Kampung Melayu stesen EW7 Eunos
Berjalan kaki sepanjang Geylang Road
kawasan ini terkenal sebagai pusat jualan masyarakat melayu, bila bulan ramadan
kawasan ini penuh dengan peniaga dan disinari lampu diwaktu malam.
12.00pm – Check In Backpaker Hotel (Ideal Backpaker) USD 20 semalam dekat dgn stesen Kallang
01.00pm – Naik train ke Tanjung Pagar – ronda kawasan yang dahulunya milik KTMB
02.00pm – Naik Train ke Harbour Front – untuk pergi Sentosa Island
03.00pm – melawat Universal Studio dan Vivocity
05.00pm – Sampai di Sentosa Island jalan2 lepak dan santai di pantai
07.00pm – lepak untuk berbuka puasa di sebuah surau bersama rakyat Singapore, Bangladesh dan India
07.14pm – Buka puasa bersama
08.00pm – menaiki train pulang ke stesen Kallang (Backpacker hotel)
10.00pm – night walk sekitar pekan cina – happening jugak banyak hiburan dan restoran cina.
12.00pm – Balik Tido

Hari Kedua (Ahad)
04.00am – Sahur kat restoran mamak belakang hotel backpaker (buka 24 jam)
06.00am – naik train ke Harbour Front
07.00am – ronda di habour front dan beli tiket ke batam di terminal ferry
09.00am – naik ferry ke Batam
09.45am – Tiba di Batam (Batam Center)
10.00am – Melawat Barelang Bridge – tengok2 dan ambil gambar pemandangan
12.00pm – Melawat Pekan Nagoya
01.00pm – Balik ke Batam Center
02.00pm – Shoping kat Batam Center Mall
03.00pm – Bertolak ke Singapore
03.45pm – Tiba di Singapore
04.30pm – Melawat Malayan dan Marina Park
06.00pm – Bertolak ke Airport Changgi
07.00pm – Lepak dan Buka puasa
09.00pm – Pulang Ke Malaysia LCCT

Contact/ Info

Ideal Backpacker Hotel
 
Saya cadangkan hotel backpaker ini kerana ia terletak dekat sangat dengan stesen train Kallang dan dibelakang nya ada restoran mamak Imam yang buka 24 jam. cuma jalan kaki sahaja untuk ke stesen train. dan pada waktu malam jika hendak berjalan shoping di kampung melayu naik train satu stesen sahaja ke eunos atau jalan kaki sahaja sepanjang Geylang Road tu. Makan di Restoran mamak tu harga dia macam kita makan kat restoran mamak di Malaysia cuma cuma rasa lebih mahal kerana dalam dolar singapore. contohnya saya makan nasi dalam daun pisang seperti gambar dibawah (Ayam+sayur+papadom dan teh ais) harganya 8 usd singapore.
 
Hotel Backpacker ini selesa ada aircond, satu bilik muat 4 orang (katil double decker) kalau nak bilik singgle atau twin memang tak ada tapi jika anda berdua sahaja saya syorkan ambik hotel disebelah ideal backpaker yang berharga sekitar usd60 semalam. Jika anda seorang atau berdua dan tak kisah berkongsi bilik maka ok ja lebih jimat. cuma jika ada bawak barangan berharga kena bawa la setiap kali ke bilik air.

Hotel Idea backpacker menyediakan bilik air diluar bilik, ada TV dalam bilik, peti sejuk, water heater, dan perkhidmatan wifi percuma. Di kaunter pendaftaran terdapat sebuat PC yang menyediakan internet percuma, tapi kena bergilir guna la.
  

Info ke Batam
 
 
Tiket pergi balik, tiket balik boleh guna bila2 expired setahun.
Terdapat beberapa syarikat ferry di kaunter tiket habour front tersebut. harga ada sikit perbezaan. jenis ferry juga berbeza2 contohnya seprti Batam Fast, Wave Master, Penguin dan Falcon. Sebelum beli tiket pilih la dulu destinasi yang hendak dituju, Batam central, Sekupang, Nagoya,
Contact hotel di Singapura

 

Maps LRT dan MRT Di Singapore Kilk untuk Download LRT MRT Singapore

Maklumat lain dan brosur yang saya ambil semasa di Singapore dan Batam sila klik untuk Download singapore batam

One Response to “KL – Singapore – Batam 2011”

  1. ina said

    Ada info mgenai hotel2 murah lg tk disingapore? Kdg2sy habiskan byk duit bayar pginapan lg dr berbelanja..rate hotel yg semua 250SD je jmpa…suka tgok cara org sgapore..sgt berdisiplin..tk hairanla klau negaranya sgt bersih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: