The life journey

Kembara Kehidupan

Gunung Irau 15 Sept 2012

Posted by hamydy on 20, September 2012


Gunung Irau Cameron Higland
Latihan Pre Kinabalu untuk 2013 ni dimulakan dengan pendakian Gunung Irau. Last Minit plan jugak ni lebih kurang sebulan sebelum dirancang. Semuanya seramai 15 penyertaan yang mendaftar, pada hari kejadian yang hadir cuma 13 orang. Lagi 2 orang tidak dapat ikut kerana ada urusan kerja yang tidak dapat dielakkan. Group Time akan mendaki Gunung Kinabalu pada Feb 2013, mana kala group saya untuk Kinabalu Jun 2013. Program bermula dengan semua berkumpul di KL. Group Time berkumpul dari Time HQ, mana kala saya bertolak dari kl dengan menjemput rakan2 lain.Saya Bertolak dari KL sekitar jam 12 malam mana kala Group Time bertolak jam 2 pagi.

Foto Oleh : Prime Junior

Trip kali ini melibatkan 2 program, iaitu Day Trip dan Bermalam. Group Time 9 orang bermalam satu malam, manakala saya berempat buat daypack. Kami semua tiba serentak di Pekan Brinchang jam 5.30am. setelah selesai solat Subuh kami mula menapau makanan sarapan dan juga makan tengahari.Sekitar jam 7.00am kami mula bergerak ke Puncak Brinchang (menara Telekom) untuk sarapan, Patutnya dalam perancangan untuk lihat Sunrise di menara pandang. Memandangkan sudah terlewat maka kami cuma lepak bersarapan ramai di Pondok depan gate Menara Telekom.

Sekitar 8.30am saya berempat bergerak dahulu ke pintu masuk Hutan Mossy untuk memulakan pendakian DayPack. Manakala Group Time masih santai menikmati pemandangan di Brinchang dan berfotografi. Setelah siap2 kelengkapan dan repacking barang yang perlu sahaja kami mula memasuki Hutan Mossy pada jam 9.00am. Ini merupakan kali kedua saya mendaki Gunung Irau. Kali pertama bermalam manakala kali ini daypack. Kali pertama datang Pintu Masuk Hutan Mossy ini ditutup kerana proses naik taraf dan pembaikan tapi kami dapat naik juga melalui jalan tepi pintu masuk Hutan Mossy tersebut. Kali ini saya datang saya dapati ia sudah siap sepenuhnya tangga-tangga dan pondok. manakala pintu masuk juga sudah dibuat dengan cantik.

Foto Oleh : Prime Junior

Foto Oleh : Suraya

Untuk masuk ke Trek Gunung Irau ini ada beberapa trek yang boleh antaranya melalui pintu masuk Hutan Mossy, Laluan tepi Hutan Mossy dan melalui trek Anak Irau (mini Irau). Tetapi trek yang paling selamat dan jelas treknya adalah melalui Pintu Masuk Hutan Mossy. Trek Hutan Mossy ini dibina oleh Jabatan Perhutanan Pahang dengan trek kayu dan bertangga dengan beberapa pondok khasnya untuk meninjau kawasan Hutan Mossy yang cantik ini . Di penghujung trek kayu dan bertangga ini adalah trek mula untuk ke Gunung Irau.

Sebelum mendaki anda hendaklah memohon permit dengan Perhutanan Negeri Pahang dan juga membuat Laporan Polis di Pondok Polis Pekan Brinchang. Buatkan List dengan Nama, No IC, No Tel, Nama Waris dan No Tel Waris. Serta jangan lupa tentative program secara ringkas seperti Mula mendaki melalui trek mana, dan jangkaan keluar dan program tamat. Ini penting, sekiranya anda tidak pulang melaporkan diri pada pondok polis 2 jam dari tempoh tamat program anda, maka pihak polis akan mula menghubungi anda dan juga memberi perhatian dan akan mengambil langkah-langkah untuk Bantuan Menyelamat. Menurut pegawai polis Brinchang, walaupun trek dari Hutan Mossy itu jelas tetapi telah terdapat kes orang hilang dan sesat kerana ada gangguan makluk halus yang telah mengelirukan pandangan para pendaki terhadap laluan trek.

Seminggu sebelum kami naik ada satu kumpulan dari Perancis yang sesat berjaya di selamatkan oleh pasukan Polis. Menurut pihak polis mereka mula mencari bermula jam 10.00 malam dan berjaya ditemui pada jam 4.00pm esoknya. Group Perancis ini masuk menggunakan khidmat Guide Local yang berpengalaman tetapi sebab nak jadikan cerita mereka turut sesat disebabkan oleh gangguan makluk halus tersebut. Oleh itu kita kenala berhati2 dan ambil langkah-langkah keselamatan.

Foto Oleh : Suraya

 

Cek Point 1
Setelah anda memasuki Pintu Masuk Hutan Mossy yang berkayu dan bertanggan maka anda akan mula memasuki trek Gunung Irau di tangga pondok terakhir. Dari pondok terakhir ini ke Cek point satu anda akan menjumpai papan tanda 800 meter. Laluan ke cekpoint satu ini tidak la sukar kerana trek ini menurun dan panjang. Terdapat beberapa pemandangan pokok-pokok yang berlumut yang cantik. Suhu dikawasan ini juga sedikit sejuk dan laluan jelas kelihatan. Laluan Trek terdapat beberapa kawasan yang berlumpur, tengok macam tanah keras tetapi jika tersalah pijak boleh tenggelam sehingga paras lutut. Lumpur ini terbentuk disebabkan kawasan lembab dan ditutupi dengan daun-daun kayu. Jadi sebelum melangkah dan memijak terlebih dahulu anda gunakan tongkat untuk mencocok tanah tersebut bagi menguji ketelusan tanah tersebut. Setelah anda melepasi cekpoin satu anda mula mendaki.

Cek Point 2
Setelah anda mendaki dari cek point satu setelah beberapa lama anda akan bertemu dengan papan tanda cekpoint 2 iaitu papan tanda yang berlabel Gunung Irau 0.95km. Bermakna anda sudah berjalan sejauh 1.4km dari Trek Mula Gunung Irau. Tiada pemandangan menarik disini. Tetapi dari papan tanda ini anda akan mendaki naik lagi untuk menuju ke Puncak Mini Irau (Anak Irau).


Cek Point 3 – Mini Irau
Mini Irau atau juga dikenali sebagai Anak Irau merupakan puncak palsu (False Peak). Puncak ini merupakan pertengahan untuk ke Puncak Irau. Biasanya para pendaki akan berhenti seketika di Mini Irau ini untuk rehat dan makan. Setelah itu meneruskan perjalanan ke Puncak Irau sekitar 45 minit.

Kawasan Mini Irau ni lapang dan boleh buat champ Site. terdapat 2 bahagian. Bahagian depan tempat lalu lalang tak sesuai kalau nak pasang khemah sebab orang akan merentasi kawasan tersebut. Lokasi yang sesuai pasang kemah adalah kawasan belakang yang rata dan terlindung pokok, Biasanya oranag kakan champing disini.

Jika anda bawa bekalan untuk Daypack yang banyak dan beg berat, setelah makan anda boleh tinggalkan beg anda di mini Irau. kerana jarak ke Puncak Irau cuma 45 minit bagi orang biasa, jika laju mungkin 30 minit sahaja. Bila tinggal beg cuma bawa air sebotol 500ml pun dah cukup.

Dari mini Irau ini anda mula menurun dan akan menaik untuk ke Puncak Irau.
 
Cek Point 4
Di cek point ini tiada pemandangan yang menarik kecuali pemandangan hutan mossy yang cantik. Sebelum sampai ke cekpoin ini Anda akan melalui sebatang pokok yang telah senget dan menyerupai seakan2 Kanopi. Jika berdiri atas pokok tu dan bergambar nampak seperti kita berada di atas kanopi pokok dengan latar belakang yang cantik.

Setelah melepasi cek point 4 anda akan jumpa papan tanda Angsi Trekker. Selepas beberapa meter anda akan jumpa pulak papan tanda Petronas, Kalau jumpa papan tanda ini maka anda sudah dekat dah nak sampai puncak.

Laluan Bahaya
Setelah melepasi papan tanda Angsi Trekker anda akan melalui satu lereng cerun yang sangat curam. Ia seperti seolah-olah bekas tanah runtuh dimana tiada pokok-pokok yang ada hanya lalang. So Kalau tergelincir maka anda akan tergelunsur terus kebawah, jika tidak bergolek maka anda masih ada harapan terselamat. Jadi berhati2 di kawasan ini terutama apa bila hujan atau semasa gelap. Sebaiknya anda jangan lalu langsung ditepi curam ini. lalu saja di bahagian atas sikit.

Puncak Irau
Di Puncak Irau anda akan temui satu pencawang Kecil. Tak pasti pulak saya pemancar apa. Kawasan ini tidak la terlalu besar, boleh muat sekitar 10 khemah sahaja. Cuaca sejuk ditambah lagi tiupan angin. Saya pernah bermalam di Puncak Irau sebelum ini, memang sejuk. Jika anda ingin bermalam pastikan anda membawa bekalan yang cukup seperti Khemah tertutup (TENT), Sleeping Mat dan air yang cukup.

Di Puncak Irau anda akan dapat melihat Batu Tanda Sempadan antara Pahang dan juga Perak. Ini bermakna puncak Irau adalah sempadan antara Pahang Dan Perak.

Foto Oleh : Sivalingam Chilayah

Sekian…..

7 Responses to “Gunung Irau 15 Sept 2012”

  1. ferum said

    terima kasih atas ulasan yg komprehensif lengkap dgn gambar2… ianya sgt membantu

  2. Atikah said

    Salam..lintah dengan pacat ada x?

  3. Ariff said

    Assalamualaikum nk tnye ank sungai trdapat x d kwasn brhampiran mini irau trsebut ?? Kee kene bawak bekalan air siap2 dari bawah..

    • hamydy said

      Wsalam Ariff

      Maaf lambat reply comentar kamu.

      Sepanjang pengalaman saya kalau naik Irau memang kena bawa air, saya tidak pasti sama ada dari mini irau ada orang turun ambil air atau tidak. Tapi tidak digalakkan keluar dari trek kerana sudah banyak kes orang hilang sebab keluar dari trek asal. setakat ini tiada anak sungai di mini irau.

      Oleh itu sila bawa air yang cukup.

      tips biasanya pendaki yang daypack akan tinggalkan beg dan makanan di mini irau, selepas rehat dan makan, pendaki akan terus shoot ke puncak irau lepak sekitika dan turun ke mini irau semula.

      harap ini membantu Ariff

  4. atikah_121 said

    Assalamualaikum..
    Bagi hikers muslimah, nak solat mcm mana ye..? kat atas ada tempat tertutup x untuk amik wuduk dll..?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: