The life journey

Kembara Kehidupan

Pulau Karimunjawa Indonesia

Posted by hamydy on 22, November 2013

Karimunjawa

Karimunjawa 8-11 Nov 2013
Trip yang sudah lama dirancang ini akhirnya Berjaya juga dilaksanakan. Saya dapat tiket promo Cuma dengan harga RM166 pergi balik Berjaya saya beli pada 17 Jan 2013 yang lalu. Memang murah kan , ketika saya beli ni memang saya tak tunggu atau tanya kawan2, murah jer terus saya beli. Lastnya memang saya travel sorang, seorang pun tak apa sbb saya biasa travel seorang dan saya ada kawan di Indonesia yang dapat saya hubungi jika berlaku kesusahan.

Trip ke Pulau Karimunjawa ni tidak la menarik sangat dari segi aktiviti seperti naik gunung atau melihat kawah gunung berapi di Indonesia, Karimun Jawa adalah sebuah pulau jadi yang menariknya mestilah aktiviti air seperti snorkeling dan scuba. Saya tertarik untuk menjejak kaki ke Pulau Karimunjawa ini setelah terlihat foto2 yang cantik dan indah tentang keindahan pulau-pulau yang kaya dengan terumbu karang yang cantik dan airnya yang jernih.

Info – Wikipedia
Karimunjawa adalah kepulauan di Laut Jawa yang termasuk dalam Kabupaten Jepara,Jawa Tengah. Dengan luas daratan ±1.500 hektare dan perairan ±110.000 hektare,Karimunjawa kini dikembangkan menjadi pesona wisata Taman Laut yang mulai banyak digemari wisatawan lokal maupun mancanegara. Berdasarkan legenda yang beredar di kepulauan, Pulau Karimunjawa ditemukan oleh Sunan Muria. Legenda itu berkisah tentang Sunan Muria yang prihatin atas kenakalan putranya, Amir Hasan. Dengan maksud mendidik, Sunan Muria kemudian memerintahkan putranya untuk pergi ke sebuah pulau yang nampak “kremun-kremun” (kabur) dari puncak Gunung Muria agar si anak dapat memperdalam dan mengembangkan ilmu agamanya. Karena tampak “kremun-kremun” maka dinamakanlah pulau tersebut Pulau Karimun. Sejak tanggal 15 Maret 2001, Karimunjawa ditetapkan oleh pemerintah Jepara sebagai Taman Nasional. Karimunjawa adalah rumah bagi terumbu karang, hutan bakau, hutan pantai, serta hampir 400 spesies fauna laut, di antaranya 242 jenis ikan hias. Beberapa fauna langka yang berhabitat disini adalah Elang Laut Dada Putih, penyu sisik, dan penyu hijau. Ombak di Karimunjawa tergolong rendah dan jinak, dibatasi oleh pantai yang kebanyakan adalah pantai pasir putih halus.

Perancangan
Tidak banyak perancangan yang saya buat. Saya Cuma membuat carian di internet tentang aktiviti yang boleh dibuat di Pulau Karimunjawa. Secara ringkasannya aktiviti yang patut kita buat di Pulau Karimunjawa adalah Snorkeling, Scuba dan Island Hopping. Pulau Karimunjawa majoriti penduduk Islam, jadi tiada hiburan moden di pulau tersebut seperti club, pesta, karaoke dan sebagainya yang terlarang. Antara info yang cara cari adalah seperti berikut:

1. Cara hendak ke Pulau Karimunjawa (Kos,Jadual ferry atau Boat Cepat dan Transport)
2. Penginapan di Semarang dan Pulau Karimunjawa
3. Aktiviti yang boleh dilakukan

Setelah semua info saya dapat, saya pun menghubungi teman sekuliah saya yang bernama Kurniawan yang aslinya asal dari daerah Demak Indonesia. Saya dapat informasi tambahan dan juga diperkenalkan kepada temannya Kurniawan yang tinggal di Pulau Karimunjawa yang bernama Cikgu Khoirol. Cikgu Khoirol merupakan kepala sekolah madrasah di Pulau Karimunjawa (Pengetua Sekolah). Saya telah menghubungi Cikgu Khoirol memaklumkan kedatangan saya.

Cara Hendak Ke Karimunjawa
Terdapat 2 cara untuk ke Pulau Karimunjawa, Yang pertama melalui jalan air dan kedua melalui jalan udara.

Melalui Udara
Melalui jalan udara saya kurang maklumat yang saya tahu. Hasil bacaan dan juga berbicara dengan orang sana, sebenarnya terdapat perkhidmatan pesawat ringan, biasanya perkhidmatan swasta ini sering ditempah oleh orang-orang kaya. Atau tugasan khas pemerintah. Pesawat ringan yang digunakan dikenali sebagai Pesawat Cesna.

Melalui Air
Terdapat dua cara jika melalui air, iaitu ferry atau boat cepat dari Semarang atau dari Jepara. Jika melalui Jepara perjalanan cuma sekitar 2 jam sahaja berbanding dari Semarang yang mengambil masa 4 jam perjalanan. Boat Cepat dari Jepara jadualnya setiap hari, kalau dari Semarang sekitar 4 kali seminggu. Kalau dari Jepara ramai orang dan perlu booking tiket awal kerana risau kehabisan.

Kalau dari Semarang jarang penuh dan kekadang bergantung pada cuti sekolah atau perayaan tertentu. Perlu ingat keberangkatan ferry ini bergantung kepada kondisi lautan, kekadang jika ombak terlalu besar dan bergelora, ferry terpaksa dibatalkan atau berangkat lewat. Jadi timing perlu juga diambil kira jika hendak beli tiket penerbangan. Tiket boleh langsung dibeli di Terminal Penumpang (Pelabuhan Tanjung Mas Semarang) sehari sebelum ataupun semasa hari keberangkatan, Kontor tiket dibuka seawal 6.30am, jadi anda perlu tiba sebelum 6.30am bagi menjamin anda dapat tiket terlebih dahulu. Ferry cepat berangkat jam 9.00am. Kalau dari Pelabuhan Tanjung Mas Semarang ferry cepat adalah kapal KMC Kartini.

Kalau dari Jepara, Penerbangan yang ada dari Kuala Lumpur ke Semarang, oleh itu dari Semarang anda perlu menaiki Bus ekpres sekitar 2 jam perjalanan untuk ke Jepara, Sampai di Jepara tentunya sudah terlepas jadual ferry jadi perlu bermalam semalam, jika sampai awal sebelum kaunter tiket tutup maka adalah baik dibeli tiket untuk esok terlebih dahulu untuk menjamin seat kita dan supaya tidak kehabisan seterusnya keesokan paginya barulah berangkat ke Pulau Karimunjawa. Kalau dari Jepara Fery cepat adalah Ekpress Bahari dan juga Kapal Kumpulan Muria.

Oklah detainya berbalik kepada trip saya

Hari Pertama
Penerbangan saya pada jam 7.20am jadi jam 3.30am saya sudah berangkat ke KL Sentral naik bus jam 4.00am dan sampai LCCT jam 5.00am. Lepak sarapan dan boarding jam 6.00am. Pastikan sudah cekin web lebih awal 2-3 hari sebelum. Pesawat berangkat tepat pada masanya.

Airport Ahmad Yani Semarang

Airport Ahmad Yani Semarang

Kaunter Teksi

Kaunter Teksi

Saya mendarat di Lapangan Terbang Internasional Ahmad Yani tepat jam 8.30am waktu Semarang. Tempoh penerbangan 2 jam, dan waktu di Semarang lewat 1 jam dari waktu Malaysia. Sampai sahaja di lapangan terbang saya terus mencari kedai untuk membeli top up simcard indonesia. Simcard saya beli masa pergi ke Jakarta bulan lepas. Dapat saya top up saya terus mengaktifkan plan data internet. Bila berjaya dapat la saya menghubungi teman saya menggunakan whatsap, membuat panggilan dan juga SMS. Saya suka menggunakan simcard IM3 Indosat. Setakat ini saya diberitaku pakej internet nya antara termurah berbanding simcard SIMPATI, dan XL. Disebabkan saya menggunakan Phone dual simcard maka senang la saya travel ke luar negara tanpa perlu sampai dua handphone.

Seterusnya saya cari kaunter teksi dan ambil teksi ke Hotel.Bayaran yang dikenakan 50ribu untuk sampai ke hotel saya menginap.

Hotel Sky Residence

Hotel Sky Residence

Hotel Sky Residence

Hotel Sky Residence

Penginapan saya booking secara online melalui BOOKING.COM. Saya dapat RM63 semalam di Sky Residence (Buget Hotel). Hotel ini baru sahaja 6 bulan beroperasi. Kenapa saya pilih hotel ini sebab ia murah dan tak jauh dari Pelabuhan Tanjung Mas. Hotel ini selesa dan bersih. Hotel ini terletak di jalan Sidorejo yang berhampiran dengan Hotel Muria dan bersebelahan dengan Jalan Dargo ( Pasar jual beras). Kalau anda sebut jalan Sidorejo pemandu tidak paham maka anda kena sebut yang hotel anda bersebelahan jalan Dargo. Jalan Dargo ini terkenal kerana pasar jual beras. Selain itu jalan Sidorejo juga dahulu nya dikenali sebagai Kampung Cina, kerana majoriti kat jalan ini adalah bangsa cina.

Setelah cek in hotel saya, mengambil teksi untuk mencari tiket ferry. Mulanya saya minta teksi bawa saya ke pelabuhan Tanjung Mas, tetapi dia cakap di pekan semarang juga ada kaunter tiket yang menjual tiket oleh syarikat travel, tetapi saya tidak mahu beli dengan travel agen kerana pastinya harga lebih mahal sedikit, jadi teksi hendak bawa saya ke pejabat KMC Kartini di jalan Siliwangi. Tak sempat kesana teman saya Uchee dari Jogyakarta telah pun sampai ke hotel tempat saya menginap bersama family nya untuk bertemu saya. Maka saya pun pulang ke hotel. Terharu juga saya kerana mereka sudi datang jauh dari Jogyakarta untuk bertemu saya.

Uchee dan Family

Uchee dan Family

Terminal Penumpang Tanjung Mas

Terminal Penumpang Tanjung Mas

Setelah berjumpa dan beramah mesra, saya dibawa terus jalan2 pusing kota semarang dan langsung ke Pelabuhan Tanjung Mas untuk membeli tiket. Sampai sahaja di terminal penumpang saya agak terkejut kerana begitu ramai penumpang sedang menunggu siap dengan barang-barang. Bila ditanya rupanya mereka adalah penumpang yang hendak ke Kalimantan dengan menaiki Kapal Besar. Sampai di Kaunter Tiket dah tutup jadi tak sempat juga saya beli. Petugas disitu memberikan no telefon salah seorang pekerja yang menjaga tiket namanya Pak Purwanto. Teman saya call dan minta di simpan satu tiket untuk saya siap SMS nama saya padanya. Dah lega tiket dan dijamin ada .

Selepas makan tengahari sekitar jam 3.00pm, saya di hantar pulang ke hotel, manakala teman saya dan familinya pulang semula ke Jogyakarta petang itu juga. Sangat baik dan ramah keluarga teman saya tu sering kali mengajak saya ke jogyakarta lagi.

Simpang Lima Semarang

Simpang Lima Semarang

Simpang Lima Semarang

Simpang Lima Semarang

Di semarang jam 5.00pm dah mula gelap. Malamnya saya menaiki angkutan kota ke Pekan Simpang Lima. Dua kali tukar angkutan kota dengan kos cuma 2ribu angkutan yang pertama dan 3ribu angkutan kedua. Seterusnya saya ronda2 di sekitar Simpang Lima. Pekan ini dikenali dengan nama Pekan Simpang Lima kerana ia terletak di Bulatan yang ada 5 simpang. Terdapat Mall dan juga gerai-gerai makan yang meriah di sekitar nya. Saya lepak makan di gerai dan menghabiskan masa sehingga jam 10.00pm. Seterusnya ambil teksi pulang ke hotel dengan bayaran minimum 25ribu. Kalau ikut meter tak sampai pun baru 14ribu, tapi sbb ada bayaran minimum tu terpaksalah. Terdapat beberapa syarikat teksi antaranya yang terkenal seperti Blue Bird dan Atlas, sebelum naik tanya dulu pakai meter atau tidak. Pasal bayaran minimum ni saya tidak pasti macamana dia kira ada yang saya naik dari depan mall dia ckp minimal 14ribu dan ada 25ribu ada juga teksi yang saya tahan di tepi jalan tiada bayaran minimum dia betul2 ikut meter. Mungkin kalau lokasi tersebut terlalu dekat dia kenakan bayaran minimal.

Hari Kedua
Saya bangun jam 5.00am sudah terang macam jam 7.00am. Siap2 jam 6.00am saya berangkat ke Pelabuhan Tanjung Mas dengan teksi yang sudah di panggil oleh Hotel. Bagus hotel ini kita pesan kat dia nak teksi jam berapa nanti dia akan call teksi Blue Bird untuk jemput kita.

Jarak hotel dengan pelabuhan dekat Cuma ambil masa 15minit sahaja untuk sampai.Kalau ikut meter kosnya cuma 18ribu tapi bayaran minimal 25ribu. Jalan hendak sampai ke pelabuhan teruk dan dalam proses pembaikan kerana terdapat jalan di pelabuhan yang sudah tenggelam di naiki air laut. Jadi ada kawasan yang perlu redah air setiap masa.

Mas Purwanto

Mas Purwanto

Tiket Semarang-Karimunjawa

Tiket Semarang-Karimunjawa

Sampai di Pelabuhan Tanjung Mas saya pun menunggu sehingga kaunter dibuka dan bertemu dengan Mas Purwanto untuk dapatkan tiket saya. Seterusnya tunggu sampai jam 9.00am. Tiket ke Karimunjawa dengan Kapal KMC Kartini ada dua jenis iaitu Tiket BIsnes dan Tiket Executive, kalau orang luar cuma boleh beli Tiket Executive, tiket Bisnes cuma untuk orang tempatan. Harga tiket Tiket Executive 153ribu + 9ribu caj terminal. Tempat duduk kelas Bisnes terletak dibawah dan kelas Executive di tingkat atas.

Kapal KMC Kartini 1- Eksekutif Seat

Kapal KMC Kartini 1- Eksekutif Seat

Kapal KMC Kartini 1

Kapal KMC Kartini 1

Perjalanan mengambil masa 4 jam. 2 jam pertama saya tido sahaja dalam kapal. Seterusnya bila dah boring saya keluar ke kawasan buritan kapal lepak dan makan meggi cup segera dengan kos 8ribu. Di kawasan buritan kapal ada dijual makanan dan minuman ringan seperti meggi segera, biskut, minuman 3in1, teh dan kopi panas. Sesekali terasa melambung juga kapal apabila ada ombak, tapi sepanjang perjalanan saya lautan tidak bergelora. Rasa selamat dan tenang sahaja menikmati pemandangan lautan luas.

Cikgu Khoirol

Cikgu Khoirol

Jetty Karimunjawa

Jetty Karimunjawa

Sekitar jam 1.00pm saya sampai di jety Pulau Karimunjawa, perasaan sangat happy bila sampai dan lihat air di jetty sangat jernih sehingga Nampak terumbu karang. Sampai sahaja terus jumpa Cikgu Khoirol  yang sudah siap sedia menanti saya dengan motosikalnya. Saya dibawa ke rumah pemilik Wisma Apung untuk booking bilik, bilik dengan kipas dan tandas di dalam beharga 225ribu, makan malam 35ribu dan percuma sarapan pagi. Ada beberapa jenis bilik, bilik ber Aircond dan tanpa Aircond, bilik dengan tandas di dalam atau tandas di luar. Seterusnya saya dibawa Cikgu Khoirol ke tempat sewa motosikal, harga sewa 75ribu untuk 12jam. Saya cuma sewa 6jam tapi tetap kena bayar 75ribu. Saya singgah letak beg di rumah Cikgu Khoirol, beliau sempat dan berbesar hati menjamu saya minum dan berkenalan dengan isteri dan anaknya. Seterusnya saya keluar mencuba makan di restoran dan pusing2 pekan. Makan memang ok sbb ikan yang dimasak tu fresh lagi. Selepas makan saya meneruskan perjalanan ke Pantai Ujung Gelam. Tempat ni lokasi tarikan untuk melihat matahari terbenam. Jika ada yang ambil pakej travel agen untuk snorkeling dari pagi sampai petang nanti petang dia bawa ke pantai ini untuk menikmati Sunset sambil minum di gerai-gerai sebelum hantar pulang ke hotel masing2.

Pantai Ujung Gelam

Pantai Ujung Gelam

Sewa Motor

Sewa Motor

Saya sampai ke pantai ini jam 4.00pm, masih awal dan tidak ramai pengunjung. Jalan2 sambil menikmati pemandangan pantai. Jam 5.00pm pantai Ujung Gelam mula di banjiri pengunjung yg dating dengan boat nelayan. Memang meriah dan kebanyakan adalah pelancong tempatan.

Jam 5.00pm saya bergegas pulang ke pekan pulangkan motosikal dan ke jety menaiki boat untuk ke Wisma Apung Jaya. Saya pilih penginapan ini sbb ia terkenal dan cantik. Dari penginapan boleh lihat coral dengan air yang jernih. Sampai di Wisma Apung sudah di siapkan makan malam secara buffet. Makan malam ni perlu ditempah semasa kita booking penginapan, Makan memang sedap, ikan fresh dan sedap. Lepas makan lepak di plantar sambil minum kopi dan memancing. Saya pinjam pancing dari pekerja wisma apung dan memancing bagi menghabiskan waktu malam.

Wisma Apung Jaya

Wisma Apung Jaya

Wisma Apung Jaya

Wisma Apung Jaya

Wisma Apung Jaya

Wisma Apung Jaya

Wisma Apung Jaya

Wisma Apung Jaya

Hari Ketiga
Jam 5.00am saya sudah bangun dan hari sudah terang. Semasa air masih tenang saya turung ke mandi bersama ikan yu dan penyu. Aktiviti wajib jika ke wisma apung ini untu bergambar bersama ikan yu dan penyu. Sekitar jam 7.00am sarapan sudah tersedia makan sampai kenyang. Jam 8.00am boat2 untuk yang ambil pakej snorkeling dating jemput di wisma apung. Saya tempah satu boat dengan jiran Cikgu Irul yang bernama Pak Jasmani dengan harga 300ribu dan . Agak rugi juga sebab saya cuma guna khidmatnya untuk 3jam sahaja. Sebenarnya boleh lagi jimat jika ambil berkumpulan dengan travel agen yang pakejnya satu hari. Tapi sbb saya perlu pulang jam satu, jadi tak nak campur dengan peserta lain maka saya sewa satu boat. Ok juga kan.

Pak Jasmani

Pak Jasmani

Boat untuk Snorkeling

Boat untuk Snorkeling

Seterusnya Pak Jasmani bawa saya ke lokasi snorkeling yang pertama, sampai sahaja memang ramai yang telah sampai. Saya snorkeling sampai puas selama 2 jam. Kawasan terumbu karang yang luas dan besar, memang cantik sangat disamping air yang jernih. Memang jika siapa yang boleg scuba tentu lagi best. Yang menariknya kawasan ini selamat dari ombak, jadi air tenang dan kita dapat snorkeling dengan tenang dan tidak penat.

Snorkeling

Snorkeling

Snorkeling

Snorkeling

Snorkeling

Snorkeling

Snorkeling

Snorkeling

Kat sini la saya berasa selamat snorkeling dan menyelam tanpa memakai life jaket. Saya sebenarnya agak fobia dengan air jadi kalau kat Malaysia saya tak berani snorkeling tanpa life jaket kerana risau krem atau kepenatan disebabkan ombak kuat. Tapi disini saya tak pakai life jaket dan setiap pergerakkan saya di awasi oleh pak jasmani yang memang pandai berenang.

Seterunya kerana kesuntukan masa saya Cuma singgah di pantai pasir putih untuk bergambar, banyak lagi terumbu karang yang menarik untuk di snorkeling tapi sudah tak sempat.

Jam 11.00am saya sudah bersiap2 dari wisma apung untuk ke jety. Sampai di jety Cikgu Khoirol dah menunggu saya, beliau hantar saya ke terminal dan beli tiket fery dengan harga 146ribu yang sudah di tempat oleh beliau. Sempat bersembang dengan Cikgu Khoirol berkenaan dengan trip saya, beliau cadangkan supaya dating lebih lama baru puas kerana Karimunjawa ada banyak pulau-pulau yang cantik terumbu karangnya. Seterusnya selepas mengucapkan selamat jalan saya berangkat pulang dengan kapal KMC Kartini tepat jam 1.00pm.

Jam 5.00pm saya sampai ke Pelabuhan Tanjung Mas. Dari pelabuhan hendak ke hotel tiada perkhidmatan teksi yang lalu, kalau ada pun jika ada teksi yang menghantar penumpang. Jadi cara untuk pulang ke pekan Semarang atau ke hotel melalui kereta sapu yang ada menawarkan perkhidmatan di situ. Kena pandai tawar harga, biasanya sekitar 50-100ribu, tetapi purata sekitar 50-60 ribu. Saya Berjaya dapat harga 50ribu.

Waktu malam
Malam saya keluar makan malam sekitar Paragon Mall, ada restoran nasi padang di depannya. Saya tahan teksi depan hotel caj ikut meter ke Paragon mall cuma 18ribu sahaja ikut meter, pelik pulak tiada dikenakan caj minimum. Mall besar jugak, saja jejalan survey harga, baju2 murah jugak dan pelbagai fesyen. Saya sempat pergi ke cinema kononnya nak tgk movie Indonesia, tapi kebetulan yang ada masa tu semua movie hollywood sahaja, so tak jadi tgk movie saya pun naik teksi ke Simpang Tiga, ambil teksi yang berbaris di Paragon Mall ini dia caj minimum 14ribu, tapi saya sampai ke Simpang Lima kalau ikut meter baru 12ribu. Seterusnya jalan2 di Simpang Lima saya dapati memang ramai pengunjung yang lepak dan naik basikal berlampu pusing2 dataran bulatan Simpang Lima. Dah penah pusing2 saya lepak minum di gerai2 sekitar Simpang Lima. Saya pulang ke hotel dengan teksi kena pulak bayaran minimum 25ribu.

Hari Keempat
Jam 5.00am saya sudah bangun siap2 dan jam 6.00am teksi sudah menunggu di depan hotel. Bagus pemilik Hotel ini yang bernama Lyly dia dah panggil teksi untuk saya. Caj teksi ke airport pun pun murah kalau tak silap saya sekitar 30ribu jer ikut meter. Kat Airport saya sarapan, ada beberapa kedai dan restoran, KFC pun ada Restoran nasi padang pun ada. Tepat jam 9.00am saya berlepas pulang ke Malaysia.

Sekian kisah pengambaraan saya😀 .. Maaf tak dapat nak post gambar banyak sebab blog saya dah limit space dah …

Ringkasan dan Tips

Flight
Tiket Flight KL-Semarang – KL = RM155 – Air asia promo beli sejak jan 2013😀

Telekomunikasi
Beli simcard IM3 Indosat 25ribu, dalamnya ada kredit (pulsa) 5ribu, Top Up 20ribu dan ambik plan internet – boleh pilih pakej

Teksi
Teksi Airport – Hotel Sky Residence = 50ribu Hotel Sky Residence – Teksi Airport = 30ribu Hotel Sky Residence – Pelabuhan Tanjung Mas = 25ribu

Sewa Motosikal di Karimunjawa
Motosikal 12jam = 75ribu – kalau sewa sekejap pun 75ribu

Penginapan
Hotel Sky Residence 1 malam = 225ribu
Wisma Apung Karimunjawa 1 malam = 225ribu + 35ribu (makan malam)

Snorkeling
Sewa Boat = 300ribu , kalau nak murah ambil pakej tour join group lain Gogle + Kaki Itik = 30ribu

Ferry
Semarang – Karimunjawa = 153ribu + 9ribu caj pelabuhan = Ferry KMC Kartini 1 : (4 jam perjalanan)
Karimunjawa – Semarang = 146ribu + 0 tiada caj terminal = Ferry Kartini 1 : (4 jam perjalanan)

Jadual Ferry : (2 jam perjalanan)
Ferry Kump Muria 3 kali dalam 1 minggu iaitu :
– Jepara Ke Karimunjawa = Senin, Rabu dan Sabtu , Jam 09.00am
– Karimunjawa ke Jepara = Selasa, Kamis dan Minggu , Jam 08.00am

Ferry KMC Kartini 1 : (4 jam perjalanan)
– Semarang Ke Karimunjawa = Sabtu , jam 09.00,
– Karimunjawa ke Semarang = Ahad , jam 14.00pm
– Transit = Dari semarang ke Karimunjawa = Kamis jam 07.00am transit jepara (6 jam perjalanan)
– Transit = Dari Karimunjawa ke Semarang = Jum’at jam 10.00am transit jepara (6 jam perjalanan)

Ferry KAPAL CEPAT BAHARI EXPRESS : (2 jam perjalanan)
– JEPARA – KARIMUNJAWA
Isnin : jam 10.30
Selasa : jam 10.30
Jumat : jam 14.00
Sabtu : jam 10.30

– KARIMUNJAWA – JEPARA
Isnin : jam 13.00
Rabu : jam 10.30
Sabtu : jam 08.00
Ahad : jam 14.00

* Tips
Disebabkan ramai yang pergi ke Karimunjawa melalui Jepara, adalah dinasihatkan agar keluar awal ke pelabuhan atau beli sehari awal atau jika ada kenalan mintak beli lebih awal, kerana menurut maklumat kapal dari Jepara selalu penuh. Jika melalui Semarang tiket boleh terus dibeli di pelabuhan Tanjung Mas di Terminal Penumpang seawal 6.30am. Menurut maklumat jarang penuh hanya jika ada perayaan tertentu atau cuti sekolah. Digalakkan beli sehari awal. walaupun ada jadual, keberangkatan kapal tetap dipengaruhi oleh keadaan cuaca ombak. Jika terlalu besar atau membahayakan, kapal boleh batal. atau jika ombak besar tapi masih selamat boleh jadi delay atau perjalanan jd lebih lama.

Bekalan Elektrik hanya dari jam 6.00pm – 6.00am sahaja, jadi kebanyakan kedai atau rumah tiada elektrik di siang hari, kecuali resort atau rumah tertentu yang mempunyai mini generator sendiri.

Tentative Perjalanan

Hari Pertama : Jumaat : 8 Nov 2013
03.30am – KL Sentral
04.00am – Bus ke LCCT
05.00am – Sampai LCCT, sarapan dan rehat
06.15am – Boarding
07.20am – Berlepas ke Semarang
08.30am – Tiba di Semarang (Waktu Indonesia kurang sejam, waktu malaysia 9.30am)
10.00am – Tiba di Hotel Sky Residence – dapat Cek in awal.
11.00am – Ambil Teksi cari tiket ferry di pekan Semarang, jalan chiliwangi
12.00thr – Tak sempat cari teman dari Jogyakarta sudah tiba
12.30pm – Pusing bandar Semarang dengan teman menaiki kereta dan makan
02.00pm – ke Pelabuhan Tanjung Mas – nak beli tiket tapi kaunter dah tutup
04.00pm – Pulang ke Hotel dan Teman pulang ke Jogyakarta
08.00pm – Cari makan di Simpang LIMA naik angkutan Kota
11.00pm – Balik hotel dan tido

Hari Kedua : Sabtu : 9 Nov 2013
05.00am – Bangun – hari dah terang
06.00am – ambil teksi ke Pelabuhan Tanjung Mas
06.15am – Tiba di pelabuhan Tanjung Mas
06.30am – Kaunter tiket buka – beli tiket
09.00am – Ferry berlepas ke Karimunjawa (Kapal KMC Kartini 1)
01.00pm – Sampai di jety Karimunjawa di jemput Cikgu Khoirol
02.00pm – sewa moto, booking boat dan booking wisma apung
02.30pm – Pusing pekan Karimunjawa
03.00pm – Pantai Ujung Gelam – Santai di pantai sambil lihat matahari terbenam
05.15pm – Sunset dan begerak pulang ke Pekan Karimunjawa
06.00pm – Pulangkan Moto sewa dan menuju ke jety
07.00pm – Betolak ke wisma apung
07.15pm – sampai di wisma apung
08.00pm – Makan Malam – kena bayar
09.00pm – aktiviti malam lepak minum kopi dan memancing

Hari Ketiga : Ahad : 10 Nov 2013
05.00am – Bangun dan mandi bersama ikan yu dan penyu
07.00am – Sarapan – Free
08.00am – Pak Jasmani datang jemput dengan Boat untuk aktiviti snorkeling
10.00am – Selesai Snorkeling
10.30am – Singgah di pantai pasir putih bergambar
11.00am – Pulang ke Wisma Apung – siap2 untuk pulang
12.00thr – Sampai di Jety – Beli tiket ferry
01.00pm – Ferry berlepas ke Semarang ( Kapal KMC Kartini 1)
05.00pm – Sampai di Pelabuhan Tanjung Mas Semarang
05.30pm – Ambil kereta sapu ke hotel
06.00pm – sampai di hotel
08.00pm – Cari makan di Paragon Mall, Simpang LIMA
11.00pm – Pulang Ke Hotel

Hari Keempat : Isnin : 11 Nov 2013
05.00am – Bangun siap2
06.00am – Naik teksi ke Airport
06.45am – Sampai Airport, rehat dan sarapan
08.00am – Boarding
09.00am – Berlepas pulang ke Kuala Lumpur
12.00thr – Sampai di LCCT (Waktu Malaysia)
01.00pm – Naik Bus ke KL Sentral
02.00pm – Sampai KL Sentral dan terus balik rumah

Sekian

14 Responses to “Pulau Karimunjawa Indonesia”

  1. juliati said

    wah…best2

  2. Esther said

    Interesting info Hamydy. Planning for next lone ranger backpacking ke sana jugak next year.

    • hamydy said

      memang menarik pulau tu dari segi coral. tapi hiburan memang tiada. kat sana pun ada resort dan hotel. Ramai jer kakitangan kerajaan Indonesia dan company dari sana yang buat family day dan kursus kat pulau tu.

      Sesuai untuk relaks dan santai.

      ikut jer guide yang mydy dah sediakan, tak susah pun, cuma timing tiket ferry tu jer penting.

  3. wah seronok membaca catatan perjalanan… terasa cam ada dalam cerita tu sekali….apa-apapun… banyak gak gunanya info ni…. selamat berjenjalanlan dik….

  4. Tian said

    Masss, nyewa kapal 300rb itu bisa muat untuk berapa orang?
    foto underwater nya bayar lagi gak mass?
    Apa 300rb itu udah sama foto underwater?

    • hamydy said

      hi Tian, maaf lambat reply komentar kamu.

      Saya Sewa Boat = 300ribu, tidak ambil paket, kalau ambil paket, tentunya seorang tidak sampai 300ribu, boat bisa muat sehingga 10 orang. untuk foto underwater saya guna kamera sendiri dan minta pengunjung lain tolong ambilkan.

      kalau tian ambil paket pasti sudah termasuk dengan foto underwater.

      harap ini membantu ya

  5. Tian said

    Tolong infonya🙂
    Soalnya saya mau backpackeran kesana menggunakan motor dr jogja😀

  6. mus said

    salam….. bro, ad kontek x pginapan di Wisma Apung Karimunjawa tu? cmna nk book?

    • hamydy said

      wsalam mus
      terima kasih baca blog saya. jika ikut no tel pada banner seperti berikut 081 325 110 999, tapi saya tak call no ni pun, saya terus pergi booking kat rumah pemiliknya yang berdekatan dengan jety nelayan.

  7. jiha said

    thanks for the info. mmg sgt2 membantu!🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: