The life journey

Kembara Kehidupan

Archive for January, 2014

Restoran Daun Pisang ~ Devi’s Corner Bangsar

Posted by hamydy on 27, January 2014

Devi's Corner
Restoran Daun Pisang ~ Devi’s Corner Bangsar
Jalan-jalan cari makan kali ini membawa saya ke Restoran Daun Pisang di Bangsar. Restoran Daun Pisang Devi’s Corner Bangsar ni antara restoran mamak yang antara yang terkenal dikalangan warha kota dan warga bangsar. selain restoran ini ada juga restoran mamak lain yang berhampiran.

Apa yang bezanya restoran ini dengan restoran mamak yang lain..tiada beza pun dari segi menu dan masakan. Cuma yang beza adalah makanan dihidangkan dalam daun pisang, so tiada pinggan digunakan. kita duduk sahaja dia dah letak daun pisang, just cakap nak lauk apa nanti dia hidangkan. Yang menariknya kalau tak cukup nasi atau lauk panggil saja dia datang tambah. Puas la makan. Rasa curry ok jugak boleh la nak kata sedap. Bila dia letak nasi dia akan tanya kuah apa mau, biasanya ada kuah kari ayam, kari ketam, kari daging,, kita pilih so dia akan curah atas nasi kita mcm nak banjir.
Devi's Corner Devi's Corner
Apa yang anda lihat di gambar atas mcm tu la banyaknya. saya pilih lauk kambing dan ikan goreng. Makan memang kenyang, saya makan tengahari malam pun saya dah tak dinner dah sbb masih kenyang. Kalau datang peak hour sekitar jam 1.00pm memang sesak. Kalanak makan daun pisang ni naik tingkat atas yang ada aircond. tingkat bawah jarang nampak orang makan daun pisang kat bawah orang ramai lebih kepada lepak minum dan makan roti canai.

Restoran ni terletak di Bangsar bersebelahan Bangsar Village, corner lot kedai tepi jalan sahaja. tak susah pun nak cari restoran ni.

Ok itu saja yang dapat saya kongsikan bersama anda.

Sekian

Advertisements

Posted in Jalan2 Cari Makan | Leave a Comment »

Fraser Hill ~ Little England Malaysia

Posted by hamydy on 22, January 2014

Fraser Hill

Bukit Fraser
[Bukit Fraser terletak di negeri Pahang, di atas Banjaran Titiwangsa, Malaysia. Ia merupakan kawasan pelancongan pergunungan yang menarik kerana suhunya sejuk 17~24 Celcius. Puncak tertinggi Bukit Fraser ialah 1,310 meter dari aras laut. Kira-kira 104 kilometer dari bandar raya Kuala Lumpur. Bukit Fraser ini terletak di dalam Mukim Tras di Daerah Raub Pahang.

Fraser Hill Fraser Hill

Bukit Fraser mendapat nama dari seorang pengembara British pada zaman kolonial iaitu Louis James Fraser . Terdapat pelbagai cerita menarik tentang beliau. Banyak bangunan dan banglo dibina mengikut cita rasa kolonial British. Dinding rumah dari batu konkrit besar yang disusun dan disimen. Warna dinding berwarna putih dengan diselang-seli warna hitam pada tiang jenang. Pagar rumah dibuat daripada pokok-pokok bunga . Lebar jalan raya agak terhad iaitu hanya dua lorong dan sukar untuk berselisih kereta.  Kini  jalan naik dan turun berasingan. Menariknya tandas awam beroperasi 24jam dan bersih. Sumber : Wikipedia http://ms.wikipedia.org/wiki/Bukit_Fraser ]

Cuti-cuti Malaysia kali ini membawa saya pertama kali ke Bukit Fraser, Memamang dah lama teringin nak kesini, akhirnya sampai juga ke tempat ini. Lokasi peranginan Bukit Fraser ini tidak la susah untuk dikunjungi. kalau dari Kuala Lumpur sekitar 1 jam 30 – 2 jam saja perjalanan. Ikut lebuh raya exit Rawang dan ikut laluan menuju ke Kuala Kubu Baru. Nanti sampai di Kuala Kubu Baru cari pulak papan tanda ke Bukit Fraser. Memang senang saja.
Fraser Hill Fraser Hill
Bukit Fraser ni kecik sahaja, ia merupakan tempat peranginan bercirikan English, dan ada yang menggelar tempat ini sebagai “The Little England”. Ini kerana banggunan lama dan bunglow lama adalah bercirikan English. Dahulunya kawasan perlombongan Bijih Timah, selepas itu bertukar menjadi tempat peranginan berhawa sederhana. Ada bunglow yang dibina oleh zaman pemerintahan British sempena tempat Rehablitasi Askar British. Kawasan Bukit Fraser ini melibatkan pekan kecil yang sejuk suhunya. Kecil sahaja kawasanya jalan kaki dan berbasikal pun boleh. Selain kawasan peranginan terdapat juga beberapa trail untuk aktiviti treking (kalau pendaki biasanya trekking Puncak Pine Tree), ada mini padang golf (Rasanya dua lubang sahaja), memanah dan menaiki kuda.
Fraser Hill Fraser Hill
Terdapat beberapa resort dan hotel dikawasan ini dan selain itu ada juga bunglow untuk disewa. Tiada apa yang menarik di Bukit Faser ini melainkan tempat untuk kita relaks dan tenangkan fikiran.
Fraser Hill Fraser Hill
Penginapan – Hotel Ye Old SmokeHouse
Saya tertarik untuk menginap satu malam di Hotel Ye Old SmokeHouse. Hotel ini adalah daripada sebuah Bunglow tinggalan zaman Kolonial. Banggunan ini dibina oleh kerajaan British sebagai penghargaan kepada kerajaan tempatan (Pahang) atas kerjasama yang diberikan. Web site hotel ini seperti berikut:  http://www.thesmokehouse.my
Fraser Hill Fraser Hill
Dulu-dulu menurut manager hotel ni, katanya jika hendak walk in minum teh kena pakai kot baru dibenarkan masuk taoi sekarang dengan pengurusan baru tidak perlu, cuma kena berpakaian kemas. Suasana hotel ini memang menenangkan dan terasa seperti rumah sendiri. Disebabkan pengunjung yang walk in untuk lunch dan minum teh ni kekadang ramai dan buat bising mengganggu guest hotel maka pihak pengurusan tidak berapa membenarkan pengunjung yang walk in ni masuk bergambar didalam hotel.
Fraser Hill Fraser Hill
Sebenarnya jika anda tidak menginap di hotel ini anda boleh juga request tempahan untuk dinner, lunch atau minum teh sahaja itupun jika guest hotel tidak penuh. Saya rasa suasana hotel ini sesuai bagi pasangan yang inginkan percutian bulan madu yang buget.
Fraser Hill Fraser Hill
Restoran hotel ini dibuka untuk sarapan sehingga jam 9.00am, Lunch 11.00am-1.00pm dan high Tea 3.00-5.00pm. Makanan memang sedap dan enak cuma harganya standard hotel la. Kalau makan Steak boleh sampai RM50 sepinggan.
Fraser Hill Fraser Hill
Rasanya itu sahaja yang dapat saya kongsikan bersama anda.

Sekian

Posted in Cuti2 Malaysia | 2 Comments »

Universal Studio Singapore ~ 2D1N 2014

Posted by hamydy on 21, January 2014

Singapore

Trip Universal Studio 2014 2H1M.
Dikesempatan Cuti Umum Taipusam saya ambil kesempatan untuk melawat Universal Studio Singapore.Saya berpendapat jika sudah habis musim cuti sekolah maka kesesakkan di USS sudah kurang, ternyata sangkaan saya tepat. Memang tak sesak dan saya tidak perlu menunggu lama pun untuk ride mana2 permainan atau show di USS. Memang puas hati dan happy, cuma kebetulan hari tu USS tutup awal pada jam 7.00pm.

Singapore Singapore

Apa yang menarik dalam USS tu tak banyak yang boleh saya ceritakan, kalau nak cerita memang tak muat blog saya ni jadi pembaca boleh lihat di website resort world. Macam-macam ada sana. Tapi yang paling best roller coster dan transfomer la. Kalau Rolercoster tu mau nak tercabut urat perut naik haha :D.

Ramai yang bertanya saya tentang tips dan cara2 ke singapore. Memang kita yang biasa travel rasa ala mudah saja, tapi bagi yang first time dan tidak pernah travel..banyak persoalan yang bermain di minda mereka, Kalau rajin baca blog dan buat sikit kajian rasanya tak susah, tapi ramai yang tak membuat kajian jadi saya lah yang jadi kaunter pertanyaan mereka. Saya ok jer, yang mana saya boleh bantu dan boleh jawab saya akan bantu dan jawab, kalau yang tak dapat atau sudah lupa sbb dah lama pergi tu saya mohon maaf lah.

Berbalik pada trip saya. saya dapat tiket air asia promo kira murah jugak. Tiket pergi saya dapat RM0.00 + tak termasuk Tax , Tiket balik saya dapat RM0.00 + tak termasuk Tax. Pergi Jumaat dan balik sabtu.

Penginapan
Saya memilih menginap di hotel buget kali ini berbanding menginap di Hostel Backpacker seperti sebelum ini. Ini kerana saya inginkan privasi dengan memilih bilik single. kalau hostel susah dapat bilik single.
Singapore Singapore
Le Hotel di Carpenter Street
Saya buat carian di Agoda dan terjumpa hotel LE HOTEL ini. Terletak berhampiran dengan stesen MRT Clarke Quay dan berhampiran sungai Marina Park. So kalau nak ke Marina Park tempat Air Pancut kepala Singa tu boleh jalan kaki sahaja sepanjang sungai tu, tak jauh sangat pun jalan2 cuci mata dah sampai.
Singapore Singapore
Saya pilih bilik single. Biliknya kecil dan sesuai untuk seorang, terdapat juga bilik2 lain yang standard bilik hotel. Untuk bilik single ni toilet dan shower kat luar. Saya cadangkan jika anda memilih menginap di hotel ini anda pilih duduk level 2 kerana bilik air sebelah sahaja bilik single anda, berbanding jika anda menginap di level 1, anda kena naik level 2 untuk mandi. Hotel ni selesa dan bersih, aman dan tenang. Pekerjanya boleh cakap melayu. Ada hotel kita ingat pekerjanya melayu tetapi rupanya Filipina, so english sahaja dia paham. Bilik single saya dapat dengan harga RM180 semalam…mahal jugak tu, tapi tak banyak hotel buget yang bawah RM200 berdekatan dengan MRT dan Marina Park, yang ada cuma Hostel, kalau hostel anda boleh dapat sekitar RM50-60 semalam untuk katil dalam Dorm.

Hari Pertama
Perjalanan – Transportation
Melancong di Singapore memang mudah dengan menaiki pengangkutan awam. Naik bus dan naik MRT ( LRT. Dari Airport Changi Terminal 1 ( Ketibaan dengan pesawat Air Asia) saya menaiki sky train untuk ke terminal 2, Dari terminal 2 baru saya menaiki MRT Train untuk ke bandar. Naik MRT di singapore memang mudah. Apa yang perlu anda buat adalah pertama sekali minta peta MRT di kaunter Passenger, dapat saja peta tu anda dah boleh tahu train mana yang perlu naik dan perlu tukaran train. Ia memang mudah setiap syarikat train ada kod warna, seperti hijau, purple, merah,oren.

Dari Terminal 2 Train line Hijau ( East West Line EW) saya bei tiket ke Clarke Quay. So naik train menghala ke Tanah Merah di sini tukar tarain menghala ke Joo Koon, selepas tu tukaran train di Outram Park tukaran train ke line Purple (North East Line) menghala ke Punggol selepas 2 hentian saya sampai ke Clarke Quay.
Singapore Singapore
Stesen MRT di Clarke Quay ni dalam Mall. keluar jer mall saya cross jalan ke jalan Carpenter untuk ke Hotel “Le Hotel”. Memang mudah dan senang. kalau malu jgn lupa bertanya kat kaunter. Jika anda menginap beberapa hari di singapore anda boleh beli kad mcm Touch n Go untuk lebih mudah bergerak, top up pun senang. dengan kad tersebut anda boleh naik train dan bus. Kalau takde card tu naik train anda boleh beli tiket sehala dan kena guna tambang tepat jika naik bus yang tiada pulangan baki. jadi kalau naik bus tiada duit kecik susah la. So itu sebab saya cadangkan anda beli kad tu kat kaunter pasengger untuk lebih mudah.
Singapore Singapore Singapore
So sampai hotel masih awal dan tidak boleh cek in, so saya just maklumkan petugas hotel dengan memberikan vaucer yang saya print dari agoda saya tinggalkan beg di hotel dan bergerak ke Universal Studio. Untuk ke Universal studio saya perlu ke Harbour Front, untuk ke sana ada 2 cara naik bus bole dan naik train pun boleh. Kalau naik bus pun senang cuma semak info kat bus stop tu. kalau tiada info pada papan tanda di bus stop tu bermakna bus tu tidak pergi ke tempat yang kita nak, jadi kita perlu cros jalan ke bus stop seberang dan tengok info. Jika sebelah sini bus stop tiada info dalam laluan so mesti sebelah sana ada. Tapi saya memilih menaiki train kerana belom ada duit kecik, so saya naik train ke Harbour Front cuma 3 station sampai la. Stesen Harbour Front ni dalam Mall Vivo City.

Untuk ke USS dari Vivo City ada dua cara, pertama naik monorail kat tingkat tingkat 3, keduanya naik bus kat luar sebelah air pancut yang tulis RWS. Saya pilih naik bus cuma lebih kurang 2SGD. Bus tak la lama sekejap sahaja. Bus ini terus bawa ke Resort World Sentosa kat parking bawah, masuk jer dah boleh nampak CASINO. So bila nampak casino anda cuma naik tingkat atas dan jumpa Universal Studio.
Singapore Singapore
Dah masuk USS apa lagi gunakan masa sepenuhnya untuk enjoy semua yang ada di dalamnya. Kebetulan harini USS tutup jam 7.00pm. Kul 7 saya dah kuar USS dan jejalan kat luar sambil menunggu jam 9.00pm kerana ada show dan bunga api kat tepi sungai. Shownya cuma sekejap sekitar 10minit sahaja, jadi anda jangan sampai terlepas.

Lepas abis show saya pun bergerak ke tempat bus. Tambang bus pulang ke Vivocity (Harbour Front) adalah percuma sama seperti kalau naik monorail. Sampai di Vivocity saya menaiki train pulang ke hotel.
Singapore Singapore
Singapore Singapore
Minum Mamak
Selepas mandi dan cek in bilik saya keluar minum kedai mamak yang berdekatan. Nama restoran mamak ni Shah Alam yang terletak di Jalan Circular.Cuma jalan kaki sahaja ke lorong ni, memang happening lorong ni banyak kedai makan bar dan pub.

Hari kedua
Saya sarapan pagi di Restoran mamak Shah Alam. Terdapat 2 kedai Mamak dan satu kedai Nasi Padang di kawasan Cirle Rd ini. Makan kat mamak harganya sama macam makan kat restoran mamak kat Malaysia. Kalau kat Malaysia satu pinggan nasi lauk dan sayur dalam RM7-RM8 kat Singapore pun sama sepinggan nasi ayam dan sayur pun 7-8 dolar SGD. Cuma matawang singapore mahal la kalau di bandingkan Ringgit. Selepas Sarapan saya berjalan kaki di sepanjang tepian sungai menuju ke Marina Park ( Air Pancut Kepala Singa “Merlion”). Ronda2 di Marina park sampai puas.

Bugis Street
Setelah puas meronda di Marina Park saya menuju ke Bugis Street menaiki bus, cuma pergi ke mana2 bus stop lihat info stesen bus. Bus stop yang pertama saya lihat tiada maklumat ke bugis jadi saya pergi ke bus stop berikutnya di jalan bertentangan baca info ada hentian ke bugis. Ada beberapa bus yang kita boleh naik asalkan ia memalui jalan yang sama kita boleh naik bus tersebut jadi adalah penting anda study sedikit peta bandar untuk mengetahui Jalan-jalan Utama untuk memudahkan menaiki bus. Jika anda rasa susah maka cara paling senang ialah naik MRT terus ke stesen MRT BUGIS. Naik bus baru 1-2 dolar SGD sahaja. perlu bayaran tepat sebab tiada pulangan baki.
Singapore Singapore
Bugis Street ni macam petaling Street kat malaysia. Penuh dengan barang-barang yang harga murah bagi rakyatnya, kalau bagi duit kita tak la murah sangat. Kalau nak beli survinior boleh cari kat sini. Kita boleh dapat Tshirt dengan harga 3 helai 10 dolar SGD. Memang sesak bugis street ni, pelbagai orang kita boleh jumpa kat sini. Dari jenis barangan Tshirt, seluar, kraftangan, beg dan pelbagai lagi.

Seterusnya dari Bugis Street saya menaiki MRT ke Airport untuk pulang ke Kuala Lumpur . Sampai di Airport jika anda ada membeli barangan yang anda masih simpat resit yang tertera caj GST maka anda kena pergi ke kaunter GST untuk tuntut semula duit anda.

Rasanya itu sahaja yang dapat saya kongsikan trip ringkat dan pendek di singapore.

Sekian

Tentative Perjalanan Seperti Berikut

Hari Pertama – Jumaat 17.01.2014
06.00am – TBS Tasik Selatan menaiki Tran ERL Transit ke LCCT
07.00am – Tiba LCCT
08.00am – Berlepas ke Singapore
09.00am – Tiba di Singapore
09.45am – Tiba di hotel simpan beg
10.15am – Tiba di Resort World beli tiket USS dan masuk USS
07.00pm – USS Tutup, keluar dan tunggu show kat luar
09.00pm – Show tepi laut dan ada bunga api
09.15pm – show tamat
10.00pm – Sampai ke Hotel cek in
11.00pm – keluar makan

Hari Kedua – Sabtu 18.01.2014
09.00am – Sarapan di restoran Mamak
12.01pm – cek Out dan Ronda di Marina Park
03.00pm – Bugis Street
06.00pm – Train to Airport
06.30pm – Sampai Airport dari terminal 2 kena naik skytrain ke terminal 1
08.00pm – berlepas pulang ke Kuala Lumpur
09.30pm – Naik bus LCCT-TBS RM8
10.30pm – Sampai TBS, Bayar parking cuma RM6 untuk 2 hari.

Kos
Hotel = RM180
Flight KL – Singapore = RM0.00 + RM49 (tax)
Flight Singapore – KL = RM0.00 + 40SGD (tax + Fee)
Tiket USS = 74SGD = RM200
Duit Belanja = 100SGD (transport + Makan + Survinior)

Tips
– Lebih mudah dan jimat naik pengankutan awam
– Study map Singapore sebelum pilih lokasi hotel ( Dkt MRT, restoran, mall dan tempat yang hendak pergi)
– tukar duit kecil dengan membeli tiket MRT di kaunter.
– Habiskan duit syiling yg ada untuk naik bus dan MRT, hanya note kertas 2SGD ke atas sahaja boleh tukar balik kat Malaysia. Duit syiling tak laku.
– Jangan langgar undang2 sbb banyak camera dan jgn hisap rokok kat tempat awam nanti kena saman.

Tips Budget
– kalau kat Malaysia kita berbelanja RM200 untuk 2 hari maka kat singapore pun sama tapi 200SGD la.

Posted in Melancong | 3 Comments »

Memancing ~ Kelong Greenway Pulau Ketam

Posted by hamydy on 12, January 2014

Greenway Pulau Ketam

Trip memancing kali ini membawa saya ke Kelong Greenway Pulau Ketam. http://www.greenway2u.com/
Cara untuk ke pulau ketam dan apa yang ada di pulau tersebut boleh merujuk entri saya yang lepas di https://hamydy.wordpress.com/2013/11/03/pulau-ketam/. Banyak juga yang saya ceritakan tentang pulau ketam, pembaca boleh baca entri ini untuk dapatkan gambaran pulau ketam. Untuk ke kelong ikan greenway ini anda perlu naik speed boat dengan bayaran RM10 sehala. Ferry tidak boleh. Bila anda di jetty anda hanya perlu bertanya pada speed boat mana yang boleh singgah di Kelong Ikan Greenway. Speedboat last jam 6.00pm sama juga dengan ferry. Jika selepas jam 6.00pm speed boat hanya ambil harga carted (sewa satu boat) dengan harga sekitar RM120 satu boat. Jadi pastikan anda tidak lewat dan timming yang betul. Kalau ramai berbaloi, tapi kalau 1-2 org saja kiranya agak mahal la.
Greenway Pulau Ketam Greenway Pulau Ketam

Greenway Pulau Ketam Greenway Pulau Ketam
Untuk trip memancing ini saya tidak sampai ke pulau Ketam. Kelong ini terletak berhampiran pulau ketam, jika menaiki ferry atau speed boat ia akan melalui kawasan sangkar ikan. Kelong Greenway ini asalnya adalah sangkar ikan suatu masa dahulu, kemudiannya bertukar menjadi kelong memancing. Jika pembaca membaca blog pemancing yang dulu2 memang kita akan lihat ada gambar sangkar dan ikan yang besar dari sangkar. Tapi sekarang sangkar sudah tiada dan kita memancing bergantung sepenuhnya pada nasih. Kalau dulu bole la curi2 pancing dalam sangkar :).

Greenway Pulau Ketam Greenway Pulau Ketam

Kemudahan yang disediakan.
Kelong memancing ini boleh dikatakan selesa dan ada kemudahan asas. Besar dan boleh dibuat aktiviti santai bersama keluarga. Terdapat Tempat memasak, meja, ruang menonton TV, Bilik penginapan, ruang solat dan juga tandas. Makanan yang disediakan cuma megi segera dan air tin, selebihnya pengunjung perlu bawa bahan bekalan sendiri.

Greenway Pulau Ketam Greenway Pulau Ketam
Greenway Pulau Ketam Greenway Pulau Ketam
Pakej
Pakej yang disediakan cuma ada dua iaitu bermalam atau harian. Jika bermalam ada disediakan chalet iaitu RM60 satu orang masuk jam 12.00 tengahari dan keluar 12.00 tengahari hari berikutnya. Jika harian masuk jam 8.00am dan keluar jam 4.00pm dengan bayaran cuma RM20 seorang dan tiada penginapan. Tempahan boleh dibuat melalui no contact yang terdapat di laman webnya.

Hasil
Sepanjang malam saya dan kawan2 memancing tak banyak ikan yang kami berjaya naikkan. Ada pari (tuka), Gelama, Ikan Duri, ikan selar, ikan kerapu biasa. Namum dalam masa yang sama ada group lain yang berjaya dan bernasib baik menaikkan ikan merah dan ikan siakap yang berat sekitar 3-4 kilo. Umpan yang digunakan cuma sotong dan ikan kembung dan udang.

Greenway Pulau Ketam Greenway Pulau Ketam Greenway Pulau Ketam

Rasanya itu sahaja yang dapat saya kongsikan.

Sekian

Contact Green Way Kelong

PULAU KETAM GREEN WAY TOUR SERVICE SDN BHD
4, Jalan Merdeka, 42940 Pulau Ketam,
Selangor, Malaysia.
T: (603)3110-5402
F: (603)3110-5402
E: Customer Service
W: greenway2u.com

Contact Person:
Calvin Tan h/p: (012)322-5333
Vincent h/p: (013)361-6668

Pakej Memancing dari Syarikat Green Way
greenway
http://www.greenway2u.com

Posted in Memancing | Tagged: , | Leave a Comment »

Kari Kepala Ikan ~ Bawah Pokok Bangsar

Posted by hamydy on 12, January 2014

Kari Kepala Ikan

Kari Kepala Ikan Bawah Pokok di Bangsar
Jalan-jalan cari makan kali ini membawa saya mencuba kari kepala ikan yang menjadi sebutan ramai. Lokasi kedai makan ini hanya gerai kecil yang terletak dibawah pokok di Bangsar di belakang Banggunan Pasaraya TMC. Kedai makan ini sering disebut2 oleh rakan saya. Jadi kebetulan saya tergerak untuk mencuba makan tengahari kari kepala ikan ini.
Kari Kepala Ikan Kari Kepala Ikan
Adalah dinasihatkan agar anda datang tengah hari sekitar jam 1.00-2.oopm jika lewat kuatir kari kepala ikan ini habis. Saya tiba sekitar jam 1.30pm saya dapati parkir punya la susah, terpaksa pakir jauh sikit, sampai saja tengok dah ramai orang beratur dan dah ramai orang sedang makan. Pelbagai bangsa yang makan kat sini.
Kari Kepala Ikan Kari Kepala Ikan
Rasa kari memang pior kari mamak, so kepada yang suka kari mamak memang sedap la pekena kari kepala ikan ini. Harga bergantung kepada saiz kepala ikan, saya punya harga RM20, hahaha boleh tahan jugak kan. Selain kari kepala ikan ini saya lihat kebanyakkan pengunjung memesan kari kepala ikan bersama ayam goreng dan sotong dan juga sayur toge. Sotong goreng memang sedap jugak. Kepala ikan yang saya makan adalah kepala ikan tenggiri.

Rasanya itu sahaja yang dapat saya ceritakan pasal kari kepala ikan bawah pokok ini. Para pembaca blog saya boleh  lah cuba. Koordinat kedai ini adalah 3.128472, 101.668771

Sekian

Posted in Jalan2 Cari Makan | Tagged: , , | 3 Comments »

Legoland Malaysia

Posted by hamydy on 6, January 2014

Bukit Puchong
Legoland Malaysia
Ini merupakan kali pertama saya jejak kaki ke Legoland Malaysia walaupun sudah lama ia dibuka. Bukan tidak mahu pergi semasa awal pembukaannya tapi tiada masa ketika itu. Legoland Malaysia yang terletak di daerah Nusajaya Johor. Kawasan Besar dan terletak di kawasan pembangunan baru. Sekeliling kawasan Legoland belum ada apa2 dan masih tengah dalam pembangunan. Kalau tak silap saya sebelah Legoland tengah membangun sebuah Mall yang besar.
Tak banyak yang boleh saya ceritakan disini kerana semua maklumat boleh di perolehi dari Laman Web Rasmi Legoland di http://www.legoland.com.my So apa yang saya ceritakan adalah perjalanan Trip saya.

Penginapan
Saya memilih untuk menginap di Tune Hotel Dangga Bay. Lokasi hotel ini agak menarik kerana berdekatan dengan Dangga Bay dan berdekatan dengan Shop Lot serta kedai makan. Hotel menyediakan pakir yang cukup dan hotel ini selesa. Terdapat kedai 7-11 dan Kaunter tiket Legoland di bahagian bawah hotel Tune. Kaunter Agen Legoland ini menyediakan perkhidmatan jualan tiket dan transfer ke Legoland. Kalau tak silap dia jual tiket dewasa dgn harga RM125 (mykad) termasuk transport pergi balik. Jadi jika anda tiada transport anda boleh guna perkhidmatan ini. kalau beli kat kaunter legoland untuk Theme Park – Adult (12-59 years)120.00 (includes a RM10.00 food voucher), beza RM5 dapat transport dan tiada vaucher makan. OK kan.

Saya drive dari KL, so dari Tune Hotel ni tak susah untuk ke Legoland, satu jalan terus sahaja, memang tak sesat punya.
Bukit Puchong Bukit Puchong
Saya sampai di Legoland jam 9.30am, dan sarapan terlebih dahulu di Old Town White Cafe di Mall of Medini banggunan hadapan pintu masuk Legoland. Kalau parking kat sini mahal ikut jam tapi dekat. So untuk pengunjung Legoland ada parking khas RM7 sekali masuk. Bagi orang Malaysia bawa la mykad boleh beli tiket harga mykad. Kalau yang berkeluarga hendak murah cuba guna cupon promosi dapat jimat sampai RM30. Cupon ini boleh jumpa kat pasaraya kalau kita beli air kotak Ducth lady atau sebagainya. Biasanya cupon tulis Beli tiket dewasa percuma tiket kanak2.. still jimat.
Bukit Puchong Bukit Puchong
Kawasam Legoland ni memang besar. So kalau betul2 nak enjoy memang tak sempat masa. jadi saya cadangkan jangan ambik tiket Combo Theme Park + Water Park. Kena pergi 2 kali, masuk satu – satu Park baru puas enjoy.
Bukit Puchong Bukit Puchong

Apa yang menarik minat saya pada model banggunan yang dibuat dengan Lego. Memang cantik dan menarik.

Ok la rasanya itu sahaja yang dapat saya ceritakan tentang trip ke LEGOLAND.

Posted in Cuti2 Malaysia | Leave a Comment »

2013 in review

Posted by hamydy on 2, January 2014

The WordPress.com stats helper monkeys prepared a 2013 annual report for this blog.

Here’s an excerpt:

The Louvre Museum has 8.5 million visitors per year. This blog was viewed about 190,000 times in 2013. If it were an exhibit at the Louvre Museum, it would take about 8 days for that many people to see it.

Click here to see the complete report.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »