The life journey

Kembara Kehidupan

Archive for January, 2013

Cambodia ~ Phnom Penh – Siem Reap 2013

Posted by hamydy on 28, January 2013

Cambodia
Trip Kemboja Pertama 23-27 Jan 2013
Trip Puan Nurul Emma dan keluarga telah berjaya diuruskan dengan baik. Trip pertama bagi 2013. Group ini hanya mengambil pakej transport sahaja sepanjang 5 hari dengan seorang Guide berbahasa Melayu. Trip bermula dari Phnom Penh ke Siem Reap dan kembali semula ke Phnom Penh. Terima kasih dan Tahniah kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk uruskan trip anda.

Tak sangka ini merupakan trip pembuka tirai 2013 yang saya uruskan untuk Puan Nurul Emma. Harap berpuas hati dengan layanan guide dan juga pemandu yang telah saya aturkan.

Berikut adalah Tentative perjalanan yang asal

23 Jan 2013
Melawat Killing Field (Tempat pembunuhan beramai2 Pol Pot)
Tempat tahanan Pol Pot S21
Melawat Istana Negara
Melawat Muzium Negara
Center Market

24 Jan 2011
Bertolak ke Siem Rep
Sun Set kat bakheng hill
Night Market

25 Jan 2011
Pergi ke Angkor
– Angkor Ta phrom (Tempat filem Thom Rider)
– Bakheng
– Banteay Srei
– Angkor Bayon
– Angkor Thom
– Angkor Wat

26 Jan 2011
Tasik Tonle Sap
Pulang dan singgah di ladang Teratai
Pergi ke Kampung Budaya

27 Jan 2011
Bertolak ke Phnom Penh
Airport to KL

Sekian terima kasih

Posted in Melancong | Tagged: , , | Leave a Comment »

Taman Saujana Hijau ~ Putrajaya

Posted by hamydy on 28, January 2013

Taman Saujana Hijau
Taman Saujana Hijau Presint 11 ~ Putrajaya
Taman ini merupakan lokasi terbaru yang saya jumpa, sebenarnya taman ni dah ada lama cuma saya jer yang tak tau. Terdetik hendak pergi ke taman ini apa bila terlihat seorang rakan saya post gambar di FB nya. Tengok cantik dan teruja hendak pergi.
Taman Saujana Hijau Putrajaya Taman Saujana Hijau Putrajaya
Taman Saujana Hijau ini terletak di presint 11 Putrajaya dan terletak di atas bukit, Lanskapnya terdiri dari dua buah bukit kecil. Pemandangan memang cantik dan taman ini saya lihat diselenggara dengan baik. Rumput dan pokok2 terjaga dengan baik. Sering kali tempat ini dijadikan lokasi untuk para pengantin bergambar kenangan (Outdoor Shoot)

Bagaimana hendak pergi
Mudah sahaja anda cuma perlu cari jalan menuju ke Balai Polis Persint 11, Jika anda jumpa Balai Polis persint 11 maka anda akan jumpa taman ini. Gunakan Google maps, waze dan GPS, pasti jumpa.

Tak banyak yang boleh saya ceritakan tentang Taman ini sbbnya baru pertama kali datang. Itupun sekejap sahaja, saya sampai sekitar jam 5.00pm jalan2 sekejap dah nak masuk magrib.

Aktiviti yang menarik dibuat disini adalah joging sambil menghirup udara segar.

Sekian..

Posted in Kesihatan, Riadah Santai, Sukan | Tagged: , | 1 Comment »

Langkawi ~ Pulau Dayang Bunting

Posted by hamydy on 25, January 2013

Tasik Dayang Bunting
Pulau Dayang Bunting
Pengalaman pulang ke kampung kali ini, saya sempat singgah ke Pulau Dayang Bunting. Dah lama tak pergi pulau ini. Pulau dayang bunting yang menjadi tarikkan nya adalah Tasik Dayang Bunting. Tasik ini terbentuk akibat proses luluhawa tanah dan batuan.

Terdapat beberapa versi cerita dongeng dan mitos, berkenaan dengan legenda tasik ini.
Versi pertama dan yang tercatat pada tasik itu adalah, Menurut lagenda tempatan ia bermula dengan kisah cinta lelaki bernama Megat Teja dan perempuan bunian bernama Dayang. Megat Teja berjaya memenangi hati dayang dengan menyapu air mata duyung ke wajah Megat Teja, dan apa bila Dayang terpandang wajah Magat Teja maka Dayang pun jatuh hati. Setelah Dayang hamil (bunting) maka dia mengambil keputusan untuk bersemayam di kawasan tasik sehingga melahirkan anak, Tetapu anak dayang mati setelah 7 hari di lahirkan. Dayang menanam mayat bayinya di dasar tasik. Sehingga hari ini tasik dan pulau ini dipanggil Pulau Dayang Bunting dan Tasik Dayang Bunting.
Pulau Dayang Bunting pulau dayang bunting
Boleh lihat bentuk seperti wanita hamil terbaring. Nampak bentuk muka, bentuk payudara, perut dan pinggul.

Versi kedua pula mitos ini, ada berpendapat yang suatu masa dahulu ada seorang perempuan mengandung sedang baring mengiring dengan dihadapannya ada bekas air, dan kemudiannya telah di sumpah oleh sang kelembai menjadi batu dan dan pulau yang mengandungi tasik. Jadi ketika anda menaiki boat untuk ke pulau ini tekong boat akan menunjukkan pemandangan pulau yang menampakkan bentuk wanita hamil yang sedang terbaring.

Kepercayaan Karut
Ramai juga para pengunjung yang masih mempercayai bahawa sekiranya pasangan baru berkahwin datang mandi manda di tasik ini akan menjadi hamil. sebenarnya ini cuma kepercayaan sahaja. Tidak dapat dibuktikan kebenarannya, tapi secara psikology nya dan pendapat saya apabila pasangan itu datang mandi di tasik ini dan percaya akan hamil, maka pasangan ini akan lebih kerap bersama sepanjang percutian mereka, jadi secara sainsnya jika mood happy dan tiada stres, hormon stabil terkawal dan tiada masalah reproduksi maka pastinya akan hamil.. :).

Pulau Dayang Bunting Pulau Dayang Bunting
Bagaimana hendak ke pulau ini
Untuk ke pulau ini atau mengambil pakej tak susah, semasa anda di jetty kuala kedah atau kuala perlis sudah ada agen2 yang buka kaunter, jadi anda cuma pilih pakej yang anda suka. Agen2 ini akan berhubung dengan boat man di langkawi untuk pick up anda. Atau anda boleh mendapatkan pakej ini di jetty kuah bila anda sudah berada di Langkawi. Jika anda ke Langkawi dengan pesawat, di airport pun sudah ada brosur pakej dari agen. Selain agen yang jemput anda, anda juga boleh terus ke Jetty Teluk Baru, di Mukim Kedawang Teluk Baru. Biasanya jika hendak ke pulau ini ada 4 pakej yang general, contohnya

1. Pakej island hopping – (Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan Melihat dan bagi makan burung helang)
2. Island Drop – (Pulau Mutiara, Pulau Beras Basah, Pulau Dayang Bunting, Teluk Kecawi)
3. Fun Fishing
4. Pulau Payar Marine Park

Semua pakej ini secara carted boat dan juga berkumpulan. jika anda dalam kuntiti yang sikit contoh 2-3 orang sahaja, anda boleh bayar perhead dan dan tunggu peserta lain sehingga penuh satu boat. Cas yang dikenakan diantara RM20-RM30, bergantung pada agen boat. Saya ambil pakej Island Hopping ( Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan Bagi Makan Helang) saya dapat pakej RM20 seorang, walk in terus ke jetty, kalau yang pickup dari UnderWater World tu biasa dapat dalam RM25-RM30. tapi harga ni ikut musim la kekadang naik sikit kekadang kalau bukan musim cuti tu dapat lagi murah.
tasik dayang bunting pulau dayang bunting
Setibanya anda di jetty untuk ke tasik dayang bunting anda akan melewati tandas awam. ini satu-satunya tandas awam yang ada. seterusnya anda perlu mendaki anak tangga untuk ke tasik yang mengambil masa 10minit perjalanan. Bagi yang tak biasa dan membawa banyak barang pastinya anda tercungap2 punya. terdapat 3 aktiviti yang boleh anda buat di tasik selain mandi iaitu ada disediakan perkhidmatan Berkayak, Boat Padle (Kayuh) dan boat solar. Anda dinasihatkan supaya memakai Jaket Keselamatan yang disediakan (Kena Sewa RM10) kerana tiada Life Guard dan dasar tasik yang sangat dalam.

pulau dayang bunting Tasik Dayang Bunting
tasik dayang bunting tasik dayang bunting
Terdapat hanya satu pelantar yang besar disini dimana semua pengunjung datang untuk mandi. Ditengah pelantar terapung ini juga ada disediakan kolam untuk kanak2 mandi manda. Mandi disini adalah atas risiko sendiri dan anda perlu memastikan keselamatan diri dan ahli keluarga anda. Pastikan anda yang tidak pandai berenang memakai jaket keselamatan.

Pulau Dayang Bunting
Pulau Beras Basah
Pulau ini turut menjadi tumpuan pelancong dan terdapat resort di pulau ini. Di Pulau ini anda boleh buat aktiviti mandi manda dan snorkeling, pantainya yang cantik dan air yang jernih pasti membuatkan anda terpesona, anda boleh buat aktiviti snorkeling di pulau ini. Tak banyak yang boleh saya ceritakan tentang pulau ini sebab saya tak abis explore pun, lepak kat pantai mandi manda jer.
Pulau Beras Basah Pulau Beras Basah
Pulau Beras Basah Pulau Beras Basah
Selain itu jika anda berani dan suka adventure anda boleh menyewa jetski untuk satu hari dan anda bebas bergerak ke pulau-pulau berdekatan dan juga bebas pergi ke pantai-pantai lain yang lebih cantik.

pulau dayang bunting
Memberi Makan Helang ( Eagle Watch )
Boat akan singgah di perairan Pulau Singa Kecil berdekatan dengan jetty dan memberi makan burung helang. Kita akan dapat lihat dengan lebih dekat bagai mana kumpulan helang-helang ini menjunam ke laut dan menyambar makatan yang diberikan oleh tekong boat. Tekong boat akan mencampakkan isi ayam kedalam laut dan kemudian mematikan engin boat supaya suasana tenang untuk membolehkan burung-burung helang ini mengambil makan. Bagi peminat burung helang biasanya mereka akan singgah dan duduk di jetty Pulau Singa Kecil berjam2 untuk melihat burung helang dan merakam gambar.
pulau dayang bunting pulau dayang bunting
Jika anda ingin merakam gambar burung helang pastikan anda membawa camera Dslr yang mempunyai lensa zoom untuk gambar yang lebih jelas. Untuk melihat burung helang ini ada waktunya, jika anda datang bukan waktu yang sesuai kemungkinan tak banyak burung helang, tetapi jika masa anda datang tu kebetulan waktu burung-burung helang ini keluar mencari makan maka akan kelihatan banyak burung herlang berterbangan.

Begitulah sedikit sebanyak pengalaman saya ke Pulau Dayang Bunting. tak banyak yang boleh saya ceritakan. Lagi satu yang tak bagusnya jika anda ke tasik dayang bunting ini adalah signal telefon bimbit tiada. anda seolah2 terputus hubungan dengan dunia luar. pernah sekali terjadi kejadian dimana seorang pelancong luar negara terkena serangan jantung, mereka tidak dapat menghubungi bantuan kerana tiada signal telefon dan terpaksa menunggu kedatangan boat. boat pulak tidak tunggu selepas dia hantar kita ke pulau dayang bunting dia akan patah balik untuk mengambil penumpang yang lain. Akhirnya pelancong tersebut tidak dapat diselamatkan, sebaik sahaja boat yang tiba hendak membawa beliau keluar, pelancong tersebut telah meninggal dunia.

pulau dayang bunting

Sekian..

Posted in Cuti2 Malaysia, Jom Piknik, Melancong, Riadah Santai | Tagged: , , , , , , | Leave a Comment »

Gunung Datuk ~ Pendakian Pagi

Posted by hamydy on 20, January 2013

Gunung Datuk

Gunung Datuk ~ Pendakian Pagi
Latihan Pre-Kinabalu 2013 kali ini membawa saya ke Gunung Datuk lagi kali yang dah tak terkira. Plan yang agak singkat ini berjaya juga dibuat memandangkan stamina dan latihan perlu dikekalkan supaya fit untuk ke Mt Kinabalu. Mulanya hendang dibuat pendakian tengah malam memandangkan cara ini lebih jimat masa, tetapi pendakian malam buat masa ini tidak dibenarkan memandangkan keadaan ribut dan petir yang sering berlaku. Menurut penjaga pendakian malam akan dibenarkan semula apabila musim ribut ini telah tiada.

Memang benar kata2 penjaga, ketika saya sampai di kawasan tapak rekreasi gunung datuk memang terasa pukulan angin yang kencang. Dari Kuala Lumpur kami bertolak sekitar jam 1.oo pagi dan sampai di Tapak Rekreasi gunung Datuk sekitar jam 4.00pagi betolak secara santai sahaja. Ada kawan yang telah sampai awal iaitu sekitar jam 12.00 malam. Kami tido sekejap sehingga waktu subuh. Sekitar jam 7.30 pagi barula kami mula mendaki.

gunung datuk Gunung Datuk

Seramai 8 orang peserta yang berjaya menyertai progam last minit ini. 6 orang darinya merupakan peserta yang akan mendaki gunung kinabalu. 4 orang dari 8 peserta ini merupakan ahli KOHM iaitu Saya, Khaidir, Ina Omar dan Jaz. Tetapi yang mendaki cuma 7 orang , seorang tidak mendaki kerana kaki sakit iaitu Kak Ila.

Sepanjang trek terdapat satu pokok tumbang. rasanya baru tumbang masa tengah malam ketika ribut. Pendakian ke CP1 (Pondok Roboh) mengambil masa sekitar 45 minit. Kami rehat sekejap sarapan dan minum dan sambung semula perjalanan. Dari pondok CP1 ke CP2 (Base Champ) kami ambil masa lebih kurang 45 minit jugak. Sampai di base camp kami mula merasai pukulan ribut dan angin yang kencang, bergoyang badan bila ditiup angin, dan udara memang terasa sejuk.

Seterusnya kami mula mendaki kepuncak, pukulan angin yang kencang membuatkan kami mengambil langkah yang lebih berhati2 dengan tidak memakai sweater dan membawa beg, sweater dan beg kami letak di batu dan mendaki tangga dengan berhati. Bayangkan angin yang kencang tu boleh menyebabkan kita hilang imbangan dan jatuh ketika melalui batu yang curam dan mendaki tangga.

Gunung Datuk Gunung Datuk

Akhirnya sekitar jam 10.00 pagi dah penuh orang yang berkumpul di atas batu. Dan semua selamat. Ada seorang budak perempuan yang turut mendaki bersama ibu bapanya. Semasa di puncak ketika angin bertiup kencang telah menerbangkan topi salah seorang pendaki hingga jatuh ketebing batu, beliau dengan berani pelahan2 pergi ambil walaupun ramai yang menasihatkan supaya jagan ambil. topi dengan nyawa mana lagi penting kan. Tapi beliau selamat juga mengambil topi beliau. Pada saya, ia sangat berisiko kerana angin ketika itu sangat kencang.

Sekitar jam 11.00 pagi kami mula bergerak turun dari base camp setelah selesai makan dan berehat. Kami sampai ke Tapak Rekreasi sekitar 12.30 tengahari ambil masa 1jam 30 minit. Patutnya turun lebih laju tetapi di gunung datuk kita tak boleh turun dengan laju ketika melalui kawasan yang berakar. Bila melalui kawasan berakar perlula turun berhati-hati bagi mengelakkan kaki kita tercedera terseliuh, biar lambat sikit asalkan kita selamat.

Setelah siap membersihkan diri dan mandi kami bula bergerak pulang ke Kuala lumpur, sebelum itu kami singgah makan tengahari di medan selera Cendol Madu. Memang sedapla tengah2 panas pekena cendol. Medan selera cendol madu ni menjadi tempat wajib kami singgah makan tengahari dan pekena cendol setiap kali pulang dari Gunung Datuk.

Sekian

Tentative

19 Jan 2013
06.00am – bangun dan siapkan diri – Solat dan Sarapan
07.30am – Mula mendaki setelah mendaftarkan diri dan membayar Permit
08.45am – Sampai di pondok Roboh CP1
09.15am – sambung pendakian
10.00am – Sampai di BaseCamp
10.10am – Rehat atas batu pertama
10.30am – Berada di puncak
11.00am – Mula bergerak turun
12.30th – Tiba di Tapak Rekreasi Gunung Datuk
01.00pm – Berangkat pulang

Tammat

Posted in Pendakian Gunung | Tagged: | Leave a Comment »

Pengkalan Balak ~ Melaka

Posted by hamydy on 20, January 2013

Pangkalan Balak
Pantai Pengkalan Balak
Pantai ini terletak di Melaka jalan nak ke Tanjung Bidara. Pantai ini menjadi tumpuan pengunjung yang suka makan maknan laut. Terdapat banyak juga restoran dan chalet-chalet sepanjang pantai ini. Anda boleh cuba beberapa restoran disini. Kebanyakkan tidak la nampak gempak sangat tapi terdapat 2-3 restoran yang ramai pengunjung. Ada restoran yang ada karaoke. Saya mencuba sebuah gerai yang terletak betul2 ditepi pantai. Rasanya biasa saja cuma suasana nya betul-betul dipantai dan dapat pemandangan laut dan kedengaran deruan ombak membadai pantai.

Kebanyakan restoran lain tidak terletak betul2 di tepi pantai atau diatas pantai kerana halangi jalan susur pantai dan juga kerana restoran ini kebanyakkan besar2. Yang ada atas pantai hanya gerai2 kecil sahaja.
Pengkalan Balak Pengkalan Balak
Pantai Pangkalan Balak ini agak kotor dengan sampah-sampah yang dibuang oleh para pengunjung yang tidak bertanggung jawab. Sampah makanan dan minuman seperti bekas polesterin serta plastik minuman. Terdapat kemudahan awam seperti Tandas Awam, Masjid dan kedai runcit yang berdekatan.

Sekian

Posted in Cuti2 Malaysia, Jalan2 Cari Makan, Jom Piknik | Tagged: , | Leave a Comment »

Tajine ~ Restoran Masakan Arab Moroccan

Posted by hamydy on 15, January 2013

Tajine
Restoran Tajine ~ Restoran Masakan Arab Moroccan
Jalan – jalan cari makan kali ini membawa saya ke restoran masakan arab. Dah lama tak makan masakan arab ni. Kali ini saya mencuba restoran masakan arab Moroccan. Restoran ini terdapat 2 cawangan di Kuala Lumpur. Satu kat tengah2 Bukit Bintang dan lagi satu yang terletak di banggunan Bintang Goldhill yang  bersebelahan dengan Beverly Wilshire Medical Center dan berdekatan dengan  Prince Court Hospital.

Tajine Tajine
Pekerja restoran ini semua orang arab. so kena speaking english la, kalau tau cakap arab lagi bagus. Masakan juga boleh tahan lazat dan sedap. standard masakan arab yang ada seperti masakan mandy, biriani dan kabsah. Lain2 tu la yang spesial sikit so kalau nak cuba makan kat sini cuba la menu lain seperti salad, appetizer, dan masakan moroccan.

Lokasi restoran Tajine yang saya suka adalah yang terletak di Jalan Tun Razak di banggunan Bintang Goldhill. Kenapa saya suka lokasi yang ini kerana parking senang dan tidak Crowded serta lebih selesa santai dan relaks. Jika datang sekitar jam 8.00 malam Jalan Tun Razak ni memang agak jem. Jadi saya datang dan sampai ke restoran sekitar jam 8.30 malam walaupun jalan run razak sedikit jem tapi masih ok.

Saya tak pasti restoran ini buka dari jam berapa dan tutup jam berapa. saya lepak sampai jam 11.00 malam sahaja. Jika anda hendak info yang lebih boleh la lawati laman Facebook restoran ini iaitu FB: http://www.facebook.com/pages/Tajine-Restaurant

Tajine Tajine
Sedikit info dari wikipedia : From Wikipedia, the free encyclopedia
” Tajines in Moroccan cuisine are slow-cooked stews braised at low temperatures, resulting in tender meat with aromatic vegetables and sauce. They are traditionally cooked in the tajine pot, the conical cover which has a knob-like handle at its top to facilitate removal. While simmering, the cover can be lifted off without the aid of a mitten, enabling the cook to inspect the main ingredients, add vegetables, mix the contents, or add additional braising liquid.

Most tajines involve slow simmering of less-expensive meats. For example, the ideal cuts of lamb are the neck, shoulder or shank cooked until it is falling off the bone. Very few Moroccan tajines require initial browning; if there is to be browning it is invariably done after the lamb has been simmered and the flesh has become butter-tender and very moist. In order to accomplish this, the cooking liquid must contain some fat, which may be skimmed off later “.

Peta Lokasi

Sekian

Posted in Jalan2 Cari Makan | Leave a Comment »

Muara Ikan Bakar Tanjung Harapan ~ Klang

Posted by hamydy on 13, January 2013

muara ikan bakar
Medan Muara Ikan Bakar Tanjung Harapan Klang
Sudah beberapa lama saya tak ke muara ikan bakar Tanjung Harapan. Lokasi tempat makan ini merupakan salah satu tempat yang popular dikalangan peminat makanan laut. Malam minggu pemang penuh. orang ramai mula memenuhi restoran ini sekitar 7.30malam. Lokasi restoran yang terletak betul2 ditepi laut menjadikan restoran ini lebih menarik dan santai sambil melihat pemandangan kapal2 laut seperti kapal kontena dan kapal tongkang yang besar serta boat2 kecil yang lalu lalang.
Muara Ikan Bakar Tanjung Harapan KlangIMG-20130112-00265
Muara ikan bakar tanjung harapan klangMuara ikan bakar tanjung harapan klang
Setelah anda masuk sahaja restoran ini anda akan nampak lihat satu kawasan yang terdapat banyak makanan laut dan ramai orang sedang beratur memilih ikan dan sebagainya. Anda boleh booking meja dahulu atau terus pilih makanan laut dahulu jika orang belum ramai. Meja memang banyak dan kawasan nya memang besar, cuma lokasi terbuka dan di tepi laut biasanya selalu dibooking orang awal yang selebihnya yang berbumbung. Restoran ini juga selesa kerana terdapat kipas di hampir semua kawasan dan juga terdapat kemudahan asas seperti surau dan juga tandas.

Tips: Jika anda jika anda telah memilih ikan dan makanan laut, ambil la gambar sebelum serahkan kepada petugas, ini bagi memastikan anda tak keliru atau marah jika pesanan anda tertukar atau lain bila makanan tersebut dah dihindang nanti mungkin semasa proses memasak sesetengah makanan laut akan mengecut dan nampak sikit. Setelah anda dah beri makanan laut tersebut kepada petugas, setelah setengah jam (30 minit) menunggu anda patut tanya pelayan supaya menyemak pesanan anda takut ada yang terlepas pandang dan lewat. Ini penting supaya anda tidak tertunggu2 lebih dari sejam dan timbul perasaan marah pada diri anda.

Apabila makin lewat sekitar jam 10.00 malam anda dapati restoran ini dah penuh sesak dengan pengunjung dan semua meja penuh. hari lain tak pasti sbb saya selalu datang hari hujung minggu sahaja :D.
muara tanjung harapan Muara Ikan Bakar Tanjung Harapan
Apa yang menarik terdapat sepanjang tebing Muara
Disepanjang tebing laut dan berhampiran dengan restoran ini anda akan kelihatan banyak gerai penjaja yang menjual mainan kanak2, mainan berlampu dan sebagainya. 😀 kalau anda datang bersama anak2 abisla kalau melalui gerai2 ni sure ada yang sangut terbeli mainan pada anak2 anda. Selain itu jika anda berjalan sehingga ke dataran yang terdapat replika kapal laut sekitar jam 5.00 petang sehingga 7.00 petang, anda akan dapati kawasan tersebut juga meriah dengan orang ramai yang datang bersiar dan bersantai melihat pemandangan serta ramai juga kaki pancing yang memancing disini. Berhampiran dengan replika kapal laut ini juga terdapat gerai makan kecil dan juga kemudahan tandas. Selalu juga di depan replika kapal ini di buat aktiviti dan program seperti konsert live band.
muara tanjung harapan  Muara Ikan Bakar Tanjung HarapanMuara Ikan Bakar Tanjung Harapan Muara Ikan Bakar Tanjung Harapan
Apa yang kurang menarik
Lokasi ni menjadi tumpuan orang ramai, tetapi kalau anda lihat sampah banyak dalam laut di tebing muara ini. Ramai pengunjung tidak berdisplin dan tiada kesedaran. Sudah la duduk piknik tepi tebing muara ni makan-makan, memang best la kan, lepas tu selesai makan sampah seperti botol minuman, bekas polestren dan sisa makanan dia campak jer dalam laut tu sedangkan tong sampah banyak jer disediakan oleh pihak berkuasa tempatan. Air laut tebing muara tu memang la tak boleh mandi, rendam kaki pun jangan, airnya kotor. Bila malam pulak lokasi ini menjadi lokasi remaja muda mudi berdating. Saya harap sangat pengunjung menjaga kebersihan kawasan ini setiap kali berkunjung.

Lokasi dan Info Restoran

Restoran Muara Ikan Bakar Tanjung Harapan Klang

Sekian

Posted in Cuti2 Malaysia, Jalan2 Cari Makan | Tagged: , , , , , | 2 Comments »

Bukit Ampang ~ Panorama Kuala Lumpur

Posted by hamydy on 7, January 2013

bukit ampang
Bukit Ampang
Jalan Bukit ampang yang menuju ke Hulu Langat memang tidak asing lagi bila hujung minggu. Lokasi ini menjadi tumpuan warga kota yang ingin minum ringan dan makan snek malan seperti stim boat, burger dan char koew teow sambil menikmati pemandangan panorama indah Kota Kuala Lumpur.
bukit ampang Bukit Ampang
Bukit Ampang Bukit ampang
Lokasi gerai2 ini terletak beberapa meter sebelum sampai ke Look Up Point yang telah ditutup. Look up point dahulunya terdapat menara pandang dan juga restoran. Sekarang ditutup menurut orang ramai tempat tersebut di tutup sejak kerajaan selangor diambil alih oleh Pakatan Rakyat. Saya pun tak tahu apa isunya. Apa2 pun gerai2 lereng bukit ni memang happening la bila malam minggu.
Bukit Ampang
kalau siang hari kita lalu di kawasan ini kita lihat kosong sahaja jalan ini, cuba lihat google map kat gambar dibawah begitula rupa jalannya. Tapi bila malam penuh dengan kereta dan juga gerai yang dibuka hanya pada malam hari. Jika anda berkunjung kesini parking juga susah kerana jika paling dekat dengan gerai dah penuh kereta parking. jadi kalau datang lewat dan org sudah ramai kena la parking jauh sikit.

Kadang2 keasyikkan menikmati pemandangan Kuala Lumpur sambil minum agak terganggu dengan gelagat anak-anak muda yang bermotosikal yang agak kurang sopan membunyikan motosikal mereka dengan kuat sambil mundar mandir di kawasan itu. kekadang menimbulkan kerisauan di kuatiri golongan mat rempit yang suka meragut dan buat samseng, tetapi hasil penglihatan saya setakat ini tiada kejadiam seperti itu. cuma sesekali mereka membuat bising sahaja.

Waktu yang menarik dan ramai orang berkunjung disini pada malam minggu sekitar jam 10.00malam – 1.00pagi. Penggunjung juga terdiri dari pelbagai bangsa. Kekadang tempat juga terhat jika terlalu ramai orang. Biasanya jam 12.00 tengah malam yang datang dengan keluarga sudah mula beransur pulang yang tinggal kebanyakan golongan belia.

sekian.

Rupa Jalan di siang hari yang tiada gerai mudah alih.

Posted in Fotografi, Jalan2 Cari Makan | Tagged: | 2 Comments »

New Year 2013 ~ Bukit Tabur

Posted by hamydy on 1, January 2013

Tabur New Year 2013
Bukit Tabur ~ West
Memang tidak asing lagi bila sebut sambutan tahun baru. Saban tahun Bukit Tabur West ini menjadi tumpuan dan kunjungan warga kota untuk melihat pemandangan kuala lumpur dan juga percikkan bunga api pada malam tahun baru.

Bermula jam 10.00 malam bukit tabur sudah mula dikunjungi para pengunjung yang terdiri daripada hiker dan juga fotografer. untuk mendapatkan view dan lokasi yang baik para pengunjung tidak perlu mendaki hingga ke puncak yang tinggi pun, cukup sekadar hanya di bukit pertama yang mengambil masa cuma lebih kurang 15 minit sahaja mendaki. dikawasan bukit pertama ini tidak besar dan berbatu. Jika tidak pengunjung boleh mendaki sedikit lagi ke bukit kedua dimana ada kawasan lapang.

Biasanya para pengunjung akan mula meninggalkan bukit tabur setelah selesai percikan bunga api. Saya sampai agak lewat sedikit setibanya di puncak bukit satu sambutan tahun baru telah bermula dan percikkan bunga api telah pun bermula, tak sempat nak cari port untuk ambil gambar kerana sudah dipenuhi pengunjung dan juga fotografer lain. Jadi saya layan jer dulu selepas pengunjung dan mula bergerak turun barulah dapat saya ambil gambar.. itu sebab tak de bunga api dalam gambar ni :).

Masalah parking agak ketara jika anda lambat anda paking agak jauh kerana laluan masuk sudah penuh dengan kereta yang parking kiri kanan jalan.

Tabur tabur

 
Sekian

Peta Lokasi Bukit Tabur ( Kaki Bukit Tabur )

Posted in Fotografi, Pendakian Gunung, Riadah Santai | Tagged: , , | Leave a Comment »