The life journey

Kembara Kehidupan

Gunung Irau Cameron Highland 6 April 2019

Posted by hamydy on 8, April 2019

Mt Irau 2019

Gunung Irau Cameron Highland 6 April 2019
Sudah lama tidak mendaki ke Gunung Irau, jadi trip kali ini disertai seramai 17 orang. Tapi last minit 2 orang tidak dapat hadir kerana tuntutan kerja yang tidak dapat dielakkan.

Permit Mendaki
Untuk permit mendaki bagi Negeri Pahang, anda boleh memohon secara online di capaian http://apps.forestry.pahang.gov.my/ekorimba/main/index.php. Permohonan mestilah sekurang2 nya 2-3 minggu awal dari tarikh mendaki. Setelah memohon online anda akan dapat semak keputusan kelulusan. Setelah lulus anda dikehendaki membayar permit sebanyak RM10 seorang melalui Wang Pos kepada Pengarah Pejabat Hutan yang berkaitan. Sebagai contoh Gunung Irau so Pejabat Hutan daerah Cameron Highland. Ini no tel Pejabat Hutan Cameron 05-4911384. Lepas mohon online dan berjaya sebaiknya anda telefon pejabat hutan untuk pengesahan cara bayaran dan juga maklumat terkini berkaitan trekking. Saya dimaklumkan permit adalah terhad sekitar 50-60 orang sehari. So kena mohon awal jangan last minit. Saya mohon dan buat bayaran sebulan awal dari tarikh mendaki. Setelah anda buat bayaran Permit melalui wang pos dalam seminggu Pihak Jabatan Hutan akan hantar permit melalui email. permit ini anda print la 2 copy beserta dengan senarai nama, satu untuk simpanan dan satu lagi bagi masa di pintu masuk.

Entrance Mossy Forest
Mulai 2019 entrance melalui Mossy Forest sudah dikenakan bayaran iaitu RM10 untuk dewasa. Jadi jika hendak mendaki Gunung Irau melalui Mossy Forest bayaran akan menjadi RM20 (RM10 Permit & RM10 Mossy Forest). Jadi untuk melalui Mossy Forest anda perlu bawa permit. Ada 2 pintu, Mula2 melalui pintu Mossy Forest ada pondok renjer yang dibuka seawal 7.00 pagi. Di pintu masuk Mossy Forest ini ada kemudahan toilet awam yang dibuka seawal 7.00 pagi. Lagi satu pintu gunung Irau iaitu dihujung trail Mossy Forest. Disini anda anda perlu tunjuk permit jika hendak melaluinya.

Sewa Powil
Untuk mendaki Gunung Irau jika anda dalam group yang ramai adalah baik sewa powil untuk hantar dan pickup ke Entrance Mossy Forest puncak Berinchang. Laluan ke puncak Berinchang agak sempit dan ada jalan yang rosak. Kalau anda naik awal pagi sekitar 7.00am mungkin tidak akan bertembung dan berselisih dengan kenderaan yang turun. Di Entrance Mossy Forest parkir agak terhad kalau tak silap boleh muat sekitar 20 biji kereta. Terdapat banyak pengusaha powil ini harga sekitar RM20 – RM30 seorang, satu powil boleh muat 15-20 orang. Biasanya pengusaha powil ini menetapkan RM25 untuk 10-15 keatas. Tapi ada juga yang powil yang bagi RM25 walau penumpang kurang dari 10 orang. Apapun anda kena cuba nego harga. Berikut saya kongsikan contact Powil yang saya yang telah saya guna dalam trip ini Powil Boy 011-25526390.

Trip Bermula
Semua pendaki bergerak dari Kuala Lumpur sekitar 12.00 tengah malam pada hari Jumaat 5 April 2019. Ada yang berhenti di RNR Tapah untuk rehat dan juga makan. Perancangan untuk sampai di Pekan Berinchang sekitar jam 6.00 pagi untuk solat subuh dan seterusnya menaiki Powil jam 7.20 pagi. Pickup point dengan powil di hadapan 7-11 Hotel Nova Berinchang. Hotel Nova ni terletak betul2 di simpang nak masuk ke laluan Puncak Berinchang. Ada Parking sekitar kawasan ini, so boleh parking, ada bayaran menggunakan kupon, tapi time saya parking kupon di 7-11 dah habis, so tawalkal ja la parking, kalau kena denda pun RM10 sahaja. Terdapat toilet di sini iaitu belakang Old Town Cafe, so sempat la membuang jika ada hajat. Kalau kita datang awal sekitar 6.30 am memang banyak parking kosong. Jam 7.00am Powil Boy dan siap tunggu kami, sekitar 7.15am kami menaiki powil menuju ke Entrance Mossy Forest Berinchang.

Mt Irau 2019 Mt irau 2019
Sampai di Entrance Mossy Forest kami bersiap2 dan menggunakan toilet. Bayaran masuk mossy forest boleh dibuat di pondok renjer. Memandangkan Pintu Masuk Irau belum ada renjer yang sampai, jadi permit saya kena bagi pada renjer yang jaga pintu Mossy Forest. Setelah selesai sesi memanaskan badan kami bula mendaki jam 8.15am. Trekking santai2 sambil bergambar di laluan trek kayu Mossy Forest dan menara pandang. Seterusnya baru la melepasi pintu Gunung Irau.

Trekking ke Mini Irau
Trekking awal dari pintu masuk Gunung Irau ni agak santai kerana kita menurun bukit melalui CP1 Balak (1989m), CP2 Taman (1980m), CP3 Tali (1949m) dan sehingga ke CP4 Pisang (1,873m). Setelah melepasi CP4 barulah trek mula mendaki semula melalui CP5 Pergam (1947m) dan seterusnya CP6 Mini Irau (2024m). Dari Pintu masuk Gunung Irau ke puncak Mini Irau mengambil masa 2 jam sahaja, kami mula jam 8.30am dan sampai di Puncak Mini Irau jam 10.30am. Sampai di Mini Irau kami berhenti rehat untuk makan sedikit untuk alas perut seperti roti dan biskut. Di Mini Irau ini ada banner dipasang di laluan ke Puncak Irau mengatakan laluan di tutup sehingga diberitahu kelak.

Trekking ke Puncak Irau
Sekitar jam 11.00am kami memutuskan untuk meneruskan juga trekking ke puncak, jika laluan tanah runtuh selamat di lalui kami akan ke puncak dan jika tidak selamat kami akan patah balik. Sampai di CP7 Slide (2028) terdapat 2 kawasan tanah runtuh, Tanah runtuh yang pertama masih selamat dilalui manakala tanah runtuh yang kedua sangat bahaya, tetapi terdapat laluan lencong yang dibuat oleh pendaki sebelum ini selamat dilalui. Laluan lencong ini juga tetap kena hati2 ketika melalui kerana ia bukan tanah solid. Seterusnya kami melalui CP8 Bonsai (2043m), dikawasan ini anda akan terpesona dengan pemandangan cantai kawasan bonsai. Dulu terdapat satu pokok bonsai yang menjadi tempat bergambar diatas pokok tersebut, tapi sekarang pokok bonsai tersebut sudah mati, mungkin sebab terlalu ramai yang panjat untuk bergambar 😦 . Seterusnya kami meneruskan perjalanan CP9 Batu (2048m).

Mt Irau 2019

CP10 LOTR (2089m)
Akhirnya kami sampai di CP10 LOTR yang menjadi lokasi utama sesi fotografi. Kawasalan ini di beri jolokkan Lord Of The Ring kerana pemandangan lumut yang unik dan cantik. Sekiranya anda sampai di CP10 ini bermakna anda sudah hampir untuk sampai ke Puncak Irau iaitu dalam 10-15 minit sahaja lagi. di CP 10 ini semua pendaki tidak melepaskan peluang bergambar, hampir 30 minit juga la bergambar.

Mt Irau 2019 Mt irau 2019

Puncak Gunung Irau
Akhirnya 12.30pm kami semua sampai di Puncak gunung Irau. Ikutkan jika tidak santai dan bergambar terlalu lama masa yang diambil dari Mini Irau ke Puncak Irau cuma 30 – 45 minit sahaja. Sampai di puncak irau kami dapati terdapat satu group pendaki 4-5 orang yang baru sampai, mereka mendaki melalui trek Yellow Pass. Di Puncak Irau kami rehat sambil makan tengahari. Ada yang makan tapau dan ada yang masak meggi dan buat air. Kami sampai di Puncak Irau cuma 14 orang sahaja lagi seorang tidak dapat meneruskan perjalanan dan berehat di Mini Irau kerana masalah kesihatan. Seterusnya setelah siap rehat dan makan kami bergerak turun ke Mini Irau jam 1.30pm dan sampai di Mini Irau jam 2.15pm.

Mini Irau ke Mossy Forest Entrance
Setelah berehat sekejap di Mini Irau kami semua 15 orang meneruskan perjalan turun jam 2.30pm. Trekking agak mencabar untuk melangkah akar-akar pokok dan tanah yang lembut apabila badan dan kaki keletihan. Kebiasaanya Terdapat banyak kawasan becak, jika tersalah pijak dan langkah boleh tenggelam kaki dengan lumpur lumut. Cuma kali ini kami tidak menghadapi lumpur lumut yang banyak mungkin kerana trek terlalu kering dan tidak hujan. Kalau tidak kasut biasanya akan comot giler la. Setelah 2 jam trekking akhirnya kami sampai di Pintu Masuk Irau jam 4.30pm. Semua pendaki terasa seronok apabila sampai di Trek Kayu Mossy Forest. Akhirnya semua berjaya keluar ke Mossy Forest Entrance jam 4.50pm. Misi berjaya kerana kami plan untuk tamat dan keluar sebelum jam 5.00pm. Jam 5.30pm baru pikup Powil Boy sampai dan kami bertolak pulang ke parking Nova jam 6.10pm. Kami bersurai ada yang terus pulang ke KL dan ada yang menginap di Tanah Rata.

Mt Irau 2019

Rumusan
Pendakian ke Puncak Gunung Irau, Trek tidak susah dan agak santai, cuma cabaran adalah akar dan terdapat kawasan tanah yang lembut dan becak. Kurang berpeluh kerana keadaan cuaca yang sejuk. Beberapa tempat perlu melangkah berhati2 dan tidak boleh laju untuk mengelakkan kaki terseliuh. Trek bersih dan laluan jelas tidak memerlukan guide kerana terdapat sign board setiap cek point. Perlu berhati2 di kawasan tanah runtuh untuk ke puncak irau. Perlu turun dari puncak Irau paling lewat jam 2.00pm supaya dapat keluar sebelum jam 5.00pm sebabnya jam 6.00pm suasana sudah semakin gerap ditambah dengan kabus yang mula menebal. Tiada punca air sepanjang trek oleh itu sila bawa air yang cukup untuk minum, masak, wuduk dan sebagainya. Serta tisu basah untuk membuang air besar dalam semak.

Anda juga boleh letak barang dan champing di Mini Irau untuk masak dan makan jika ada peserta yang ingin stay di mini irau. Dan apabila untuk ke puncak anda just shoot dan patah balik dengan cepat cuma bawa air sahaja.

Item Perlu Bawa

1. Head lamp – Wajib
2. Raincoat
3. Sweater jika sejuk
4. Tapau lunch
5. Tapau minum petang
6. Air yg cukup
7. Wet tissue
8. plastik sampah
9. Tongkat kurang sesuai kerana keadaan trek yang berakar.

Sekian

Berikut adalah Tentative dan Detail

Tentative

Day 1 – 6 April 2019
01.00am – Bertolak dari KL ke Cameron Highland
03.00am – Rehat di RNR Tapah
05.00am – Tiba Tanah Rata – Rehat
06.30am – Gerak ke NOVA Hotel
07.00am – Berkumpul di 7-11 NOVA
07.20am – Bergerak dengan Powil ke Mossy Forest Entrance
08.15am – Mula Mendaki
10.30am – Sampai Mini Irau
12.30pm – Sampai Puncak Irau
02.15pm – Sampai Mini Irau
04.30pm – Sampai Entrance Mt Irau/ Trek Mossy Forest
04.50pm – Entrance Mossy Forest
05.30pm – Pickup Powil
06.10pm – Nova Hotel
06.30pm – Bersurai

Contact Powil – RM20-30 per person
Powil ANDY – 0179997790
Powil Boy 011-25526390

Contact Guide
ANDY – 0179997790

Permit Mendaki Gunung Irau
Online : http://apps.forestry.pahang.gov.my/ekorimba/main/index.php
Bayaran : RM10/person
Cara bayaran : Wang Pos kepada Pengarah Pejabat Hutan Daerah Cameron highland
Alamat Poslaju : Pejabat Hutan Daerah Cameron highland, Tanah Rata 39000, Cameron highland Pahang
Telefon : 05-4911384

Cara mohon permit melalui Online.
1. Sediakan senarai nama peserta format PDF (Nama, No IC, No Tel, Nama Waris, No Tel Waris, Hubungan dgn Waris)
2. Isi permohonan online dan muat naik senarai nama
3. Setelah beberapa hari semak permohonan, Jika lulus call Pejabat Hutan Cameron untuk pertanyaan Bayaran
4. Proses Bayaran, Print Kelulusan dan senarai nama dan beli wang pos dan poslaju kepada PHD Cameron
5. Tunggu permit melalui email
6. Bawa Permit dan Senarai Nama semasa hendak mendaki

Contoh Permohonan Permit Online
Mt Irau 2019

Contoh Permit setelah pembayaran dibuat.
Mt Irau 2019

Bayaran Mossy Forest
RM10 Dewasa
Bayaran cash di pondok renjer Mossy Forest

Mt Irau Elevation – Menggunakan Jam  Amazfit Bip Huami
Mt Irau 2019

Video Pendakian Mt Irau 6 April 2019

 

Update : 18 Ogos 2019 : Info Terbaru
Ini maklumat yang saya baru jumpa hasil merayap di google. saya dapati ada web perhutanan yang boleh mohon permit untuk semua tempat (Negeri) di semenanjung Malaysia. Tapi saya belom pernah cuba lagi memohon menggunakan web ini. Harap pembaca boleh cuba. dan update saya sama ada boleh buat online payment atau tidak.

ini Link webnya : http://ecojpsm.forestry.gov.my/
Saya ada call Pejabat Hutan Bentong kebetulan nak aply permit naik Gunung Nuang via Janda Baik. beliau maklumkan bahawa link web yang baru ni belum boleh digunakan kerana ada problem. jadi beliau nasihatkan saya gunakan web perhutanan pahang untuk aply permit di web eko rimba (http://apps.forestry.pahang.gov.my/ekorimba/main/index.php)

 

4 Responses to “Gunung Irau Cameron Highland 6 April 2019”

  1. Shelly said

    Terima Kasih atas semua segala details. Ia amat berguna kepada saya. Saya dh online booking utk 8 Jun bulan depan utk mendaki gunung Irau.

    • hamydy said

      Hi Shelly, Sama – sama, terima kasih juga kerana telah singgah dan memberi komentar di blog saya. Semoga trip 8 Jun saudari nanti berjalan lancar.

  2. TEBING TINGGI BACKPACKER(find us on fb)
    KHIDMAT GUIDE BERLESEN.(TG)
    KAMI MENGURUSKAN:
    -permit memasuki hutan simpan
    -laporan polis
    -khidmat guide berlesen
    -kit bantuan kecemasan
    -walkie talkie
    -khidmat 4×4

    ANDY
    0179997790
    call/whataps/sms

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: