The life journey

Kembara Kehidupan

Gunung Irau 6 Julai 2013 – Daypack

Posted by hamydy on 5, August 2013

Irau
Gunung Irau Daypack
Trip mendaki Gunung Irau Cameron Highland kali ini disertai seramai 37 orang peserta. Trip ini merupakan anjuran bersama dengan Kelab Orang Hutan Malaysia. Ada dari Penang, Perak dan Kuala Lumpur. Trip ini berbula dari hari jumaat, dimana semua peserta mula menuju ke Brincang malam jumaat. Ada yang bertolak dari kl seawal jam 6.00pm dan ada yang bergerak sekitar tengah malam, Kerana semua akan berkumpul di pekan Brinchang sekitar jam 5.00am. Mulanya trip ini di rancang oleh Group Penang yang diketuai oleh En MOHD RIDZWAN BIN DERANI, Beliau memaklumkan tentang plan beliau dan mengajak saya untuk turut serta, selepas itu saya mengajak ahli kelab dan juga membuka event di Blog.

6 Julai 2013
Setelah semua peserta berkumpul di Pekan Brincang, semakan kehadiran di buat. Ikutkan list yang mendaftar adalah seramai 60orang. Tapi yang berjaya hadir adalah seramai 37 orang sahaja. Dalam trip kali ini peserta yang paling muda adalah berumur 10 tahun dan dia mendaki dibawah jagaan bapanya. Setelah kedatangan diambil, senarai kehadiran tersebut di serahkan kepada Balai Polis Brinchang. Semua peserta menapau makanan masing2 di pekan brinchang, beberapa gerai dan kedai makanan memang sudah buka seawal jam 5am.

Seterusnya setelah selesai solat subuh kami bergerak ke Puncak Brincang. Sampai di Puncak Brincang sekitar jam 7.30am, semua peserta membuat persiapan dan juga senaman memanaskan badan. Setelah taklimat diberikan barulah kami memulakan pendakian. Guide terdiri daripada ahli kelab dan juga rakan2 yang pernah mengikut saya mendaki sebelum ini. Bila berkumpulan maka 3 guide dilantik, iaitu Lead, Runner dan Sweeper. Semua peserta tidak boleh memotong Guide Lead (guide depan), dan tidak boleh berjalan dibelakang guide sweeper (guide last). Manakala Runner pula adalah guide yang di tengah. Memandangkan kita memasuki hutan, oleh itu semua pantang larang hutan mesti dijaga seperti tidak menjerit nama, tidak bercakap besar, dan tidak membuang tuala wanita sesuka hati.
Irau Irau
Setelah semuanya siap sedia dan jelas dengan taklimat maka kami mula mendaki melalui trek Hutan Mossy. Trek hutan mossy memang cantik dan mempersonakan. Peserta tidak henti2 bergambar setiap kali bertemu dengan lokasi yang menarik. Perjalanan lancar dan tidak hujan. Semua peserta enjoy dan mendaki dengan baik.

Untuk mengetahui step-step dan cek point gunung irau boleh rujuk entry sebelum ini di link ini  https://hamydy.wordpress.com/2012/09/20/gunung-irau-15-sept-2012/

Sampai di Mini Irau salah seorang dari peserta group Penang tidak mampu untuk meneruskan perjalanan. Jadi peserta tersebut duduk rehat di mini irau menunggu kami pulang dari puncak. Jika dari mini irau untuk kepuncak Irau mengambil masa sekitar 45minit hingga 1 jam.

Kami sampai di Puncak Irau sekitar jam 12.00 tengahari dan ada yang sampai 12.30pm, Tapi kami limitkan untuk rehat dan mula turun dari Puncak Irau paling lewat jam 1.30pm. Ini bagi mengelakkan kelewatan sekiranya mengalami masalah. Akhirnya hampir semua peserta berjaya sampai ke pintu masuk hutan mossi sekitar jam 4.00pm, setelah membersihkan diri dari kotoran tanah lumpur irau para peserta mula kembali ke pekan Brinchang dan ada yang terus pulang.

Nasib kurang baik bagi group Penang, salah seorang dari group mereka mengalami sedikit masalah stamina dan ditambah pulak kasut pecah. Jadi saya menunggu group tersebut keluar sambil bersiap sedia untuk mendapatkan bantuan pertolongan sekiranya diperlukan. Akhirnya Group Penang berjaya keluar sekitar jam 7.00pm dan hari pun sudah gelap. Alhamdulillah semua selamat keluar. Setelah semua selamat keluar barulah saya memaklumkan kepada pihak polis yang kami semua selamat keluar.

Saya dan group penang mengalami kesesakkan lalu lintas, jalan menghala ke Brinchang Jem teruk disebabkan pasar malam di Pekan Brincang. Salah satu sebab kita kena keluar sebelum jam 5.00pm adalah untuk mengelakkan jem. Kalau dah keluar jam 7.00pm nak sampai pekan brincang dah jam 8.00pm, tambah tambah jem sampai hotel dah jam 10.00mlm.

7 Julai 2013
Sekitar jam 10.00am baru la kebanyakan peserta yang menginap di hotel brinchang mula keluar bersiar2 di pekan Brinchang, melawat ladang strawbery, ladang sayur, shoping, dan juga melawat ladang teh. Sebelum pulang kami sempat singgah di ladang teh Barath bergambar dan menikmati Teh Segar.

Irau

Trip ke Gunung irau ini jika tidak ditambah dengan trip bercuti tidak lengkap. Jadi sekiranya anda ingin mendaki Gunung Irau, dicadangkan anda mendaki daypack hari sabtu, pastu tidur semalam dan bersiar2 pada hari ahad sebelum pulang ke rumah masing2 menjadikan trip outdoor ini santai dan adventure.

Irau Irau

Ucapan ribuan terima kasih kepada ahli Kelab OHM (Orang Hutan Malaysia) yang membantu menjadi Guide dan juga kepada Group Penang yang telah merancang trip irau kali ini. Semoga jumpa lagi.

Tentative

Jumaat : 5 Julai 2013
Para peserta mula bertolak ke Brinchang mengikut masa masing2. Ada yang datang seawal tengahari dan cek in hotel. rata2 dari KL mula bertolak malam sekitar 6.00pm dan 11.00pm.

Sabtu : 6 Julai 2013
05.00am – Pastikan semua sudah berada di pekan Brincang di Surau Pekan Brincang hadapan Balai Polis
06.00am – Selepas tapau makanan dan solat subut mula bergerak ke Puncak Brincang
07.00am – Sudah berada di Puncak Brincang untuk memulakan Pendakian
08.00am – Mula mendaki
12.00thr – tiba di Puncak Gunung Irau
01.00pm – Mula Turun
04.00pm – Mula bergerak balik dari Puncak Brincang
05.00pm – Bebas – ada yang menginap di apartment

Ahad : 7 Julai 2013
10.00am – Peserta yang menginap apartment mula keluar sarapan dan bersiar di
– Ladang Strawbery, Ladang Teh Barat sambil minum teh.
01.00pm – Peserta pulang ke rumah masing2

Sekian

5 Responses to “Gunung Irau 6 Julai 2013 – Daypack”

  1. din said

    salam…mula mendaki dari mane ye..sebab xtau ni..igt nk g naik irau bln ogos ni ngn kawan…bley tlg bg direction

    • hamydy said

      Wsalam Din

      Mendaki gunung Irau ikut pintu masuk mossy fores (Puncak Brinchang)

      Masuk ikut jer trek kayu tu sehingga habis trek then akan jumpa trek hutan. Patu trek irau ni jelas jer sehingga ke mini irau dan seterusnya ke puncak. jika jumpa laluan kabur jangan lalu.

      boleh rujuk entri 2012 saya seperti berikut

      https://hamydy.wordpress.com/2012/09/20/gunung-irau-15-sept-2012/

      info terbaru saya dengar orang kampung sudah tidak benarkan naik kereta sampai di puncak brinchang ( Pintu masuk Hutan Mossy)
      ada disediakan lori pikup dari bawah. caj dalam rm25 satu kepala

      harap ini dapat membantu Din

      • bansen faizzudin said

        Ade no contact org kg situ ke…yg ade lori pick up

      • hamydy said

        Salam Faizzudin

        ini contact Perkhidmatan Jip Irau yang saya dapat dari kawan saya

        013-403 3339 – Jip Irau
        012 436 7022 – Abg Fauzi
        019 405 3660 – Mr Kumar

        Boleh cuba call dan bincang harga dengan mereka

        harap ini membantu

      • bansen faizzudin said

        ok…terima kasih byk2…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: