The life journey

Kembara Kehidupan

Archive for October, 2014

Broga Hill ~ Bersama Tamu dari Jakarta

Posted by hamydy on 30, October 2014

Broga Hill
Broga Hill
Broga Hill ini sudah banyak kali saya mendaki, entah kali keberapa pun sudah tak ingat :). Kebetulan saya mendapat kunjungan dari Ibu Yola (Siti Nur Mahallia) dari Jakarta yang datang melawat anaknya Saudara Maulana yang belajar di APU (Asia Pasifik University) berhampiran IMU dan TPM. Ibu Yola teringin untuk mendaki Broga Hill dan melawat Air Terjun Sg Gabai, jadi di google di internet jumpa blog saya dan beliau terus menghubungi saya bertanyakan info kesana. Kebetulan 22 Oktober 2014 cuti umum Deepavali jadi saya menawarkan untuk membawa beliau ke sana, alang-alang boleh keluarkan peluh juga kan :).

Awal pagi sekitar jam 5.00am saya jemput Ibu Yola dan Maulana di hotel berdekatan dengan KL Sentral tempat beliau menginap. Ini merupakan pertemuan pertama dan baru berkenalan sama Ibu Yola 🙂 . Jam 6.00am kami berlima (saya ditemani lagi 2 orang teman) sampai di Stesen Petronas simpang nak ke Broga, berhenti solat dan membeli sedikit makanan untuk sarapan seperti roti dan air.
Broga Hill Broga Hill
Sekitar 6.30am suasana masih gelap, kami mula mendaki. Saya lihat parking kereta di kawasan parkir ladang kelapa sawit ini hampir penuh, nampaknya sudah ramai pengunjung yang telah mendaki lebih awal dari kami. Kami sampai di Puncak Broga Hill sekitar 9.30am, mendaki secara santai dan bergambar. Selepas berhenti rehat seketika dan sarapan pagi dengan bekalan yang dibawa barulah kami bergerak turun.
Broga Hill Broga Hill
Broga Hill Broga Hill
Broga Hill Broga Hill
Ibu Yola sudah berumur sekitar 56 tahun sudah punya cucu dan masih sihat serta mampu mendaki Bukit Broga sehingga sampai ke puncak. Memang hebat la Ibu Yola :). Bila naik bukit Broga ni kekadang kita akan terserempak dengan kawan2 kita, saya kebetulan berjumpa dengan sahabat yang pernah mendaki bersama Gunung Datuk iaitu Abang Najib dari TM, Beliau dan kumpulan beliau sedang dalam usaha latihan stamina bagi mendaki Gunung Kinabalu sekitar Januari 2015. Sempat bersembang2 dan berkenalan dengan group Abg Najib ni.
Broga Hill Broga Hill
Sekitar Jam 10.30am kami sudah bergerak turun dan singgah minum di gerai di kaki bukit Broga sambil makan Cendawan Goreng. Memang sedap la panas-panas cendawan goreng tu. Terdapat beberapa gerai disini ada juga Gerai Muslim. Antara yang dijual biasanya seperti Minuman Sejuk, Minuman Panas, Coconut Shake, air kelapa, Nasi Lemak, Cendawan Goreng dan beberapa makanan lain.
Broga Hill Broga Hill
Broga Hill Broga Hill
Air Terjun Sungai Gabai
Seterusnya kami langsung ke Air Terjun Sg Gabai dan sampai sekitar jan 12.20pm, Bayaran masuk dikenakan RM1 seorang. Sampai di Waterfall kami bergambar dan Mandi di tingkat atas dimana anda perlu menaiki anak tangga yang banyak..tidak pasti berapa anak tangganya. Di tingkat atas juga menjadi tumpuan pengunjung yang ingin buat BBQ dan juga main gelunsur semula jadi.
Broga Hill Broga Hill
Restoran Dangau Anis Putri Corner
Setelah selesai saya bawa ibu Yola dan Maulana makan tengahari dengan mencuba masakan Pantai Timur di Restoran Dangau Anis Putri Corner yang terletak di Pantai Dalam Kuala Lumpur. Entri berkaitan restoran ini di link ini https://hamydy.wordpress.com/2011/11/30/restoran-dangau-anis-putri-corner-pantai-dalam

Akhir Sekali Terima Kasih kepada Ibu Yola kerana sudi menghubungi saya untuk ke Broga Hill dan Sg Gabai, Ibu Yola sangat ramah dan baik sekali, Semoga ketemu lagi.

Sekian

Berikut adalah sedikit info dan Tips

Transport ke Broga
Buat masa ini belum ada transport khusus untuk ke Broga Hill, Rata-rata pengunjung menggunakan kenderaan sendiri kesana. terdapat Shutle Bus untuk Penuntut Universiti Nottingham Malaysia (www.nottingham.edu.my). Tapi shuttle bus ini hanya untuk pelajarnya sahaja yang diambil dari Kajang. Jadualnya saya kurang pasti, boleh semak websitenya.

Bus Awam
Terdapat Bus awam dari kajang ke Semenyih dan Broga tapi saya tidak pasti jadualnya. rasanya tiada bus seawal pagi jam 6.00pm. Jika naik Transport Awam anda boleh turun di Kajang melalui Stesen Komuter seterusnya anda menaiki bus awam ke pekan semenyih, dari pekan semenyih anda boleh ambil teksi untuk hantar anda ke Broga Hill. Tapi apabila hendak pulanggnya anda juga mengalami masalah.

Teksi
Anda boleh juga ambil teksi dari Stesen Komuter Kajang, atau dari pekan semenyih Tapi mahal la Bayarannya

Oleh itu transport terbaik buat masa ini adalah menggunakan kenderaan sendiri

 

Bayaran
Buat masa ini pendakian Bukit Broga tiada dikenakan bayaran kecuali bayaran Parking sahaja iaitu RM2 satu kereta. Adalah dinasihatkan anda parking di dalam kebun kelapa sawit dengan bayaran RM2 berbanding ditepi jalan yang sempit dan membahayakan. Apala sangat RM2 daripada kereta bergesir dan risiko keselaman diri kan 🙂

Broga Broga

Kemudahan
Di parking kebun kelapa sawit ada disediakan Toilet dan Surau yang kecil. Jadi pengunjung boleh melakukan solat subuh disitu. Terdapat Gerai Makan yang menjual sarapan pagi disini ada gerai di kawasan Parking dan ada gerai di kawasan Kaki Bukit Broga. Terdapat peniaga muslim juga yang berniaga.

Stesen Petronas Simpang ke Broga
Atau anda boleh berhenti di stesen ini untuk solat subuh dan juga urusan Toilet, selain itu anda boleh membeli minuman dan juga roti di kedai Petronas ini.

Lokasi
Bukit Broga terletak bersebelahan Universiti Nottingham Malaysia. Bertentangan Ladang Rabbit Fun Land. Jadi jika anda dari simpang Petronas Broga anda ambil kiri dan terus sehingga melepasi Universiti Nottingham Malaysia seterusnya anda akan nampak parking kereta dalam ladang kelapa sawit yang bertentang dengan Rabbit Fun Land.

koordinat
Parking :  2.938800, 101.901397
Puncak Broga : 2.950361, 101.903113

Tips
Waktu yang sesuai naik adalah
Sunrise – Naik Jam 6.00am – pastikan tiba di Bukit 1 sekitar jam 6.30am untuk lihat sunrise
Sunset – Naik Jam 5.00pm
Turun sebelum jam 10.00am kerana sudah panas matahari

Bawa sedikit bekalan berupa sebiji roti dan sebotol air.

Pesanan : Jangan membuang Sampah :), dan jangan membuka laluan baru pada kawasan lalang.

Broga Broga Broga
Buaian PreWedding Angkasawan Malaysia
Buaian Datuk Sheikh Muszaphar Shukor Angkasawan Malaysia yang pertama yang pernah dibuat di kawasan sebelum bukit pertama sudah tidak digunakan lagi. Buian ini sudah tidak boleh untuk bergambar lagi, dah rosak dan laluan pun dah tertutup. Saya sempat buat night fotografi di buaian ini pada tahun 2010.

Entry Broga Hill Sebelumnya
1. Broga Hill 2014 – Bersama Tamu dr Jakarta
2. Broga Hill 2013 – Gunung Tok Wan
3. Broga Hill 2012 – New Year 2012 (Bermalam)
4. Broga Hill 2011 Broga Hill 2012 – Fotografi
5. Broga Hill 2011 – Gunung Tok Wan (Bermalam) New Year 2011
6. Broga Hill 2011
7. Broga Hill 2011
8. Broga Hill 2010

Advertisements

Posted in Pendakian Gunung, Riadah Santai | Tagged: , , , | 2 Comments »

Majalah Halal Pavilion : Vol 1 Sept 2014

Posted by hamydy on 23, October 2014

Majalah Halal Pavilion : Vol 1, Sept2014

Majalah Halal Pavilion : Vol 1, Sept2014 Majalah Halal Pavilion : Vol 1, Sept2014
Gambar Asal dari Entri : Air Terjun Gunung Ledang Resort,
Sebelahnya adalah gambar yang ada dalam majalah dengan watermark kecil sumber dari www.hamydy.wordpress.com 🙂

Terima kasih kepada Syarikat SUDU EMAS MANAGEMENT & SERVICES SDN BHD yang sudi menghubungi saya dan menggunakan Gambar dari blog saya untuk Majalah keluaran pertama Halal Pavilion TQ TQ

Majalah Halal Pavilion
Majalah Halal Pavilion yang saya dapat ini merupakan Volume Pertama. Majalah ini setebal 48 mukasurat dijual dengan harga RM5 Semenanjung Malaysia dan RM8 Sabah Sarawak. Majalah ini membincangkan 4 perkara iaitu Pelancongan , Makanan, Gaya Hidup dan Budaya.

Antara preview yang boleh saya kongsikan dalam majalah ini antaranya adalah terdapat 6 orang Ustaz yang terlibat dalam penyumbang artikel.Dalam artikel perlancongan keluaran ini banyak menekankan tempat2 menarik sekitar Johor seperti Pantai Desaru, Pulau-pulau di Mersing, Taman Negara Endah Rompin, Taman Negara Tanjung Piai, Air Terjun Kota Tinggi, Air Terjun Gunung Ledang, Dangga Bay, Kota Tinggi dan beberapa lagi tempat menarik sekitar Johor.

Makanan tempatan Johor turut di muatkan di dalam majalah ini antaranya seperti Mi Siput, Laksa Johor, Asam Pedas, Rojak Petis dan bebarapa lagi. Selain itu tips makanan halal dari segi kod komersial turut dinyatakan.

Direktori Halal
Majalah ini turut menceritakan tentang bagaimana kita untuk memeriksa status halal sesuatu produk. Caranya taipkan http://www.halal.gov.my dan seterusnya pergi ke menu pengguna dan boleh memeriksa status halal produk keluaran syarikat tersebut.

Aplikasi Halal
Bagi pengguna smartphone anda boleh memuat turun aplikasi yang dibangunkan oleh MAMPU iaitu myJakim , aplikasi ini memudahkan kita memeriksa status halal sesuatu produk.

Ok itu sahaja yang sempat saya kongsikan bersama pembaca, selebihnya kena dapatkan sendiri dan membacanya

Sekian

Contact
Halal Pavilion Magazine
Web : http://www.halalpavilion.com
Email : halalpavilion1@gmail.com
Alamat : 13-2, Jalan Sisi, 84000 Muar, Johor, Malaysia

Posted in Cuti2 Malaysia, Jalan2 Cari Makan, Melancong | Tagged: , | 8 Comments »

Malaysia Agrobazaar ~ Singapore

Posted by hamydy on 8, October 2014

Malaysia Agro Bazar
Malaysia Agrobazaar Singapore ~ Sultan Gate
Trip singkat saya ke Kota Singa sempat juga saya melawat Malaysia Agrobazar yang terletak di jalan Sultan Gate. Bazar ini memang menarik kerana menjual pelbagai barangan produk IKS malaysia yang kebanyakkannya kita tak pernah pun jumpa kat Malaysia.
Malaysia Agro Bazar Malaysia Agro Bazar
Didalam kedai ini ada juga Cafe, jika anda ingin minum teh tarik dan cempedak goreng pun ada. So kalau nak lepak2 sambil makan boleh la mencuba kek dan juga beberapa buahan goreng dan juga kuih muih.
Malaysia Agro Bazar Malaysia Agro Bazar
Dalam Bazar ini juga menjual makanan segera, seperti bubur segera, mee segera, rendang, krepek, sambal bilis dan sebagainya yang kita jarang2 jumpa kat Malaysia, kerana kebanyakkan jenama ini khusus untuk eksport sahaja.
Malaysia Agro Bazar Malaysia Agro Bazar
Dalam Bazar ini juga turut menjual pelbagai buah-buahan dan sayur yang di import dari Malaysia. Pekerja terdiri dari kalangan orang Malaysia dan separuhnya warga Singapore.

Anda Patut cuba.

Alamat
Agrobazaar Malaysia,
Lot 37 – 43, Sultan Gate, Singapore 198485.
Tel: +65-5391 9841
Fax: +65-6391 9842
Website : http://www.agrobazaarmalaysia.com.sg/

Posted in Jalan2 Cari Makan, Melancong | Tagged: , | Leave a Comment »

Penginapan di Singapore

Posted by hamydy on 7, October 2014

Memandangkan ramai yang bertanya kepada saya tentang penginapan di Singapore. Maka entri ini khas saya buatkan dengan menghimpun kan semua penginapan yang pernah saya menginap di singapura buat panduan dan rujukan pembaca blog semuanya. Walaupun masih banyak lagi penginapan yang ada di Singapore, tetapi entri ini khas merujuk penginapan yang pernah saya booking sahaja.

Le Hotel ~ Carpenter Street
Singapore Singapore
Le Hotel di Carpenter Street
Saya memilih menginap di hotel buget kali ini berbanding menginap di Hostel Backpacker seperti sebelum ini. Ini kerana saya inginkan privasi dengan memilih bilik single. kalau hostel susah dapat bilik single. Saya buat carian di Agoda dan terjumpa hotel LE HOTEL ini. Terletak berhampiran dengan stesen MRT Clarke Quay dan berhampiran sungai Marina Park. So kalau nak ke Marina Park tempat Air Pancut kepala Singa tu boleh jalan kaki sahaja sepanjang sungai tu, tak jauh sangat pun jalan2 cuci mata dah sampai.
Singapore Singapore
Saya pilih bilik single. Biliknya kecil dan sesuai untuk seorang, terdapat juga bilik2 lain yang standard bilik hotel. Untuk bilik single ni toilet dan shower kat luar. Saya cadangkan jika anda memilih menginap di hotel ini anda pilih duduk level 2 kerana bilik air sebelah sahaja bilik single anda, berbanding jika anda menginap di level 1, anda kena naik level 2 untuk mandi. Hotel ni selesa dan bersih, aman dan tenang. Pekerjanya boleh cakap melayu. Ada hotel kita ingat pekerjanya melayu tetapi rupanya Filipina, so english sahaja dia paham. Bilik single saya dapat dengan harga RM180 semalam…mahal jugak tu, tapi tak banyak hotel buget yang bawah RM200 berdekatan dengan MRT dan Marina Park, yang ada cuma Hostel, kalau hostel anda boleh dapat sekitar RM50-60 semalam untuk katil dalam Dorm. Untuk ke Marina Bay anda cuma berjalan kaki menyusuri sungai sahaja.

Singapore SingaporeSingapore Singapore

Tempat Makan yang berdekatan Le Hotel
Terdapat kedai mamak dan restoran nasi padang yang berdekatan. Nama restoran mamak ni Shah Alam yang terletak di Jalan Circular. Cuma jalan kaki sahaja ke lorong ni, memang happening lorong ni banyak kedai makan bar dan pub.

 

Backpacker Cozy Corner Guesthouse ~ North Bridge Rd

Backpacker Cozy Corner Guesthouse ~ North Bridge Rd
Inilah backpacker yang saya menginap Cozy Backpacker yang terletak di North Bridge Rd. Kawasan hotel ini tidak jauh dengan Bugis Junction.  Bawah hotel ni ada restoran mamak Muslim. jadi kalau nak makan tak susah la. Hotel ni pun ok dan selesa bagi backpacker. Ramai jugak foreiner yang menginap kat sini.

Signboard hotel ni kecil jadi anda mungkin terlepas pandang. Jadi nak senang anda rujuk banggunan tu. Sebelah kedai Seng Huat tu la Cozy Backpacker.

Bilik dan koridor pun selesa dan bersih.

Antara kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan adalah seperti PC Internet, Wifi dan sarapan pagi. Biasanya backpacker bilik airnya di luar. Toilet dan Bilik air setiap tingkat ada jadi tak susah.

 

Ideal Backpacker Hostel~Geylang Road
 
Ideal Backpacker Hostel~Geylang Road
Saya cadangkan hotel backpaker ini kerana ia terletak dekat sangat dengan stesen train Kallang dan dibelakang nya ada restoran mamak Imam yang buka 24 jam. cuma jalan kaki sahaja untuk ke stesen train. dan pada waktu malam jika hendak berjalan shoping di kampung melayu naik train satu stesen sahaja ke eunos atau jalan kaki sahaja sepanjang Geylang Road tu. Makan di Restoran mamak tu harga dia macam kita makan kat restoran mamak di Malaysia cuma cuma rasa lebih mahal kerana dalam dolar singapore. contohnya saya makan nasi dalam daun pisang seperti gambar dibawah (Ayam+sayur+papadom dan teh ais) harganya 8 usd singapore.
 
Hotel Backpacker ini selesa ada aircond, satu bilik muat 4 orang (katil double decker) kalau nak bilik singgle atau twin memang tak ada tapi jika anda berdua sahaja saya syorkan ambik hotel disebelah ideal backpaker yang berharga sekitar usd60 semalam. Jika anda seorang atau berdua dan tak kisah berkongsi bilik maka ok ja lebih jimat. cuma jika ada bawak barangan berharga kena bawa la setiap kali ke bilik air.

Hotel Idea backpacker menyediakan bilik air diluar bilik, ada TV dalam bilik, peti sejuk, water heater, dan perkhidmatan wifi percuma. Di kaunter pendaftaran terdapat sebuat PC yang menyediakan internet percuma, tapi kena bergilir guna la.
  

 

 Peninsula Excelsior Hotel Singapore ~ Hill Street
 
Hotel ini terletak di Jalan Hill Street, Hotel ni ada dua Tower. Biasanya hotel ini antara hotel yang menjadi tarikkan pengunjung, harga murah sikit la tapi kalau dlm Ringgit kira mahal jugak la. Hotel ni pun dekat dengan Marina Bay, dan dekat dengan lokasi trek F1, jika setiap kali ada F1 memang penuh hotel ini dan harga lebih mahal dari biasa. Kalau menginap di Hotel ini semasa F1 dapat la lihat F1 dari bilik hotel. Harga kalau dalam Sing Dolar sekitar 200-300SGD.
 
Bersebelahan hotel ini ada Digital mall iaitu Funan Digital Mall, kalau nak gajet murah boleh naik ke tingkat atas sekali ke Pusat Digital Chalengger.Dihadapan dan bersebelahan hotel ini juga ada mall yang turut menawarkan barangan dengan harga yang berpatutan, ala-ala pertama komplek.

Tempat Makan
Di kaki lima Funan Digital Mall ini ada foodcourt kecil dan ada satu gerai masakan padang Indonesia. So anda boleh makan makanan halal disini.

 

Park Sovereign Hotel ~ Albert St
 
Hotel yang terletak di Albert St ini memang menjadi hotel tumpuan bagi yang ingin mengidap berdekatan dengan Bugis Street. Hotel ini terletak dengan kawasan Albert St ini sangat happening dan penuh dengan penjaja dari pagi sehingga petang. Pelbagai barangan dijual dengan harga murah ikut matawang Singapore la. Harga tidak la murah sangat iaitu sekitar RM300++ satu malam. Boleh tahan. Bilik Kecik sahaja. tapi selesa macam Tune Hotel saja dan tiada sarapan.
 
Kat Albert Street ni gerai2 menjual pelbagai benda seperti downtown, memang meriah tambah lagi jika ada perayaan. Di Albert Street ini juga terdapat Digital Mall, kat dalam mall ni pelbagai barangan electonik dijual, aksesori telefon, labtop dan sebagainya.
Singapore 2014 ~ 1 Day Trip Singapore 2014 ~ 1 Day Trip
Singapore 2014 ~ 1 Day Trip Singapore 2014 ~ 1 Day Trip
Gerai Makan
Kat sini ada Medan Selera (Hawker), sekali tengok macam gerai makanan cina, tapi ada satu baris di tepi terdapat satu baris gerai muslim. Ada gerai Indonesia, gerai melayu dan jugak mamak. Jadi kalau nak sarapan atau makan boleh la makan kat sini. Saya makan kat Gerai SUZANA, ambil nasi campur Nasi putih sayur kacang dan ayam goreng dengan air teh o ais baru 5 dollar, murah jugak.

Beach Hotel ~ Beach Road

Beach hotel terletak berhampiran dengan Bugis Junction dan MRT Bugis exit Bus Stop. Jika anda menaiki bus expres dari KL terus ke Singapore (Beach Road) maka senang la untuk ke hotel ini. Jalan kaki dalam 10 minit sahaja dari tempat bus berhenti.

Beach Hotel ini boleh dikatakan budget hotel juga, sesuai untuk group jika anda datang dengan family 3-4 orang boleh booking family room. Saya booking dalam Booking.com sahaja last minit ini sahaja yang murah dan berdekatan dengan Bugis MRT. Hotel selesa dan ada wifi. OK la untuk satu malam sahaja. Kaunter tingkat 2, so kalau bilik anda tingkat 3, kalau anda masuk lebih muatan pun takde yang cek 🙂.

Posted in Backpacker, Melancong | Tagged: , , | 2 Comments »