The life journey

Kembara Kehidupan

Archive for October, 2011

Bukit Tabur West dan Bukit Tabur East

Posted by hamydy on 31, October 2011


Bukit Tabur West
29 Oktober 2011. Bukit Tabur West terletak disebalah kiri Empangan Klang gate. Trek masuk adalah sebelah Gate Empangan Klang Gate. Biasanya jika anda tiba di pintu empangan klang gate ini seawal jam 6.30 pagi sudah ada beberapa kereta parking dan beberapa orang sedang siap sedia untuk mendaki. jika anda lewat sekitar 7.30pagi akan banyak kereta mula paking sudah semakin ramai orang datang.
 
Trekking melalui Tabur West ini tidak susah cuma ia panjang sedikit. puncak pertama tidak tinggi oleh itu dari puncak pertama hinggalah ke puncak terakhir anda cuma melalui rabung sahaja iaitu trekking dari puncak ke puncak so tidak penat. Di sepanjang puncak ada tempat kita boleh view Kota Kuala Lumpur dan UIA.

Trek bukit tabur West ini tidak susah, permulaan kita akan mendaki sekitar 30minit untuk sampai ke puncak yang pertama. di puncak ini pendaki sudah boleh menikmati pemandangan matahari terbit. jika hendak lebih cantik bergambar di puncak ketiga di kawasan rabung batu. kawasan ini tidak terhalang oleh pokok2 jadi view lebih jelas. tapi agak bahaya dan tidak boleh ramai2.

AWAS
Kawasan Tabur West ini telah banyak berlaku insiden maut dimana pendaki tergelincir jatuh. Walaupun treknya senang dan tidak susah, disebabkan tidak berwaspada dan menjaga keselamatan, pendaki yang lalai dan mengabaikan keselamatan telah menyebabkan tergelincir terjatuh. Memandangkan ia bahaya saya amat mencadangkan supaya para pendaki yang tidak biasa atau pertama kali supaya melantik guide atau mendaki bersama rakan yang sudah biasa mendaki di bukit tabur. Cuba lihat amoi kat bawah ni walaupun sudah pesan laluan yang beliau lalui tu bahaya boleh tergelincir jatuh, beliau masih tetap hendak melalui laluan tersebut. Pendaki yang degil macam ni la yang selalu menghadapi masalah tergelincir. Apa2 pun keselamatan yg diutamakan.
 
Trekking turun melalui kawasan kebun. kawasan ini agak becah jika hujan dan ada pacat. so jika anda mendaki selepas hujan saya tidak galakkan anda turun melalui kebun ini. Tetapi jika anda ramai dan baru dicadangkan untuk turun ikut kebun.

Tempoh Masa
Tempoh masa mendaki Bukit Tabur West dari mula naik dan turun ikut kebun mengambil masa sekitar 3 jam secara normal. Kalau pendaki yang tegar mungkin sekejap sahaja. bagi yang santai2 dan bergambar sekitar 3 jam la. Tapi jika patah balik ikut laluan naik mungkin masa jadi lebih cepat.


Tabur East
Tabur East terletak sebelah kanan Empangan klang Gate. Kalau dari pintu Pagar Empangan Klang Gate tu kita perlu turun tangga ke sungai dan melintasi sungai jke seberang dan ikut paip besar sampai kehujung ada trek masuk. Tetapi jika empangan tersebut lepas air jangan melintas sungai tersebut kerana air mengalir kuat dan boleh bagaya terjatuh dan di bawa air. So kalau empangan dibuka anda perlu pergi keseberang melalui jalan raya ( menaiki kereta dan mota ker) tapi dekat sahaja kalau naik kereta dalam 10 minit sahaja.

 
Bukit Tabur East lebih singkat pendakiannya, tetapi terus menegak mendaki. Jika orang normal ambil masa 1jam 45minit dan masa turun pulak sekitar 45minit sahaja. Disebabkan ia terus menegak mendaki jadi kepada yang tidak biasa mendaki boleh terasa semputnya dan leguh kaki.
 
View
Dari Bukit Tabus East ini anda akan jelas nampak empangan Klang Gate dimana jika anda di Tabur West empangan ini tidak jelas dan nampak jauh. Tetapi di sini anda nampak jelas air empangan yang terjun. view Kuala Lumpur juga jelas. tapi rasanya kalau dari Tabur West lebih jelas berbanding Tabur East. Melalui Tabur East ni pendaki akan terjumpa dengan Batu2 Kristal yang terbentuk hasil lulu hawa. Bagi penggemar cincin mesti akan tertarik dengan bentuk batu kristal ini. kawasan yang terbentuk batu kristal ini tak banyak cuma beberapa tempat sepanjang pendakian ke puncak anda akan terjumpa.
 
Trek
Trek tidak susah cuma mendaki menegak sahaja, kurang laluan berbatu seperti Tabur West. Walaupun begitu risiko bahaya tetap ada disebabkan ia menegak dan curam. jadi perlulah berhati2.
 

Nampaknya itu sahaja la cerita Bukit Tabur dari saya. Kalau nak baca lanjut post saya sebelum ini pun ada cerita tentang bukit Tabur West.

Pendakian ke Bukit Tabur ni adalah sebahagian daripada latihan Pre Mt Kinabalu yang akan sy pergi pada 9-11 Dis 2011 ini bersama2 dengan group Guru-guru dari Semenanjung dan dari Brunei.


Batu Cave
Seterusnya selepas saya turun dari Bukit Tabur East dan West saya meneruskan latihan kaki dengan jogging tangga batu cave. Batu Cave tak jauh dari bukit Tabur. Jadi kalau buat latihan kalau tidak penyudahnya di Batu Cave rasanya tidak puas dan lengkap. Bayaran masuk paking cuma RM2 sahaja. Kalau hujung minggu memang ramai yang datang termasuk pelancong2.
 
Ketinggian atau bilangan anak tangga Batu Cave adalah sebanyak 273 anak tangga dimana setiap 17 anak tangga ada tempat singgah. So total ada 16 tempat singgah.Ada 3 lane laluan naik turun dan yang tengah kebiasanya untuk penganut hindu yang sedang melakukan upacara. tapi kalau tiada upacara sy tgk ketiga2 lane tu sama jer naik turun. jadi kalau nak puas naik la 4 atau 5 kali atau lebih. disebabkan saya baru turun dari bukit Tabur saya sempat buat 4 kali naik sahaja. so total anak tangga saya lalui ialah 2184 anak tangga… fuhh Banyakkan.. tapi itu baru sikit. ada orang 10 kali naik pun masaih ok.

Posted in Pendakian Gunung | Tagged: , , , , | 11 Comments »

Restaurant D’ONE Steak Bangi

Posted by hamydy on 28, October 2011


Restaurant D’ONE Steak Bangi
Sememangnya restoran ini tidak asing lagi bagi warga Bangi. Menu makan malam western saya kali ini telah membawa saya ke restoran ini yang dikatakan sedap. Saya seperti biasa sudah kosongkan perut siap2 untuk mencuba di restoran ini. walaupun sering ulang alik ke bangi, tetapi tak terpikir nak cuba, so bila kawan2 ckp “try lah” baru la saya singgah.

Restoran ini terletak berhampiran dengan Tasik Cempaka, dan sisimpang jalan, boleh nampak simpang kerana kedainya di kedai hujung. Coner lot.

Parking juga senang. Jika hendak kesana dari tol Bangi mudah sahaja. Keluar tol Bangi terus ke kiri sehingga jumpa Giant (baru) then ambil kanan dan terus lagi sampai simpang, kemudian ambil kiri terus sampai ke simpang. Kat simpang tu anda boleh nampak Restoran ini sebelah kanan anda.


 
Saya seperti biasa mesti mencuba Lamb Chop. Tapi kali ini saya pilih Mix Lamb Chop dan Minum Air Kopi. Errmm rasa sedap boleh tahan. Harga pun ok la. Suasana makan kat sini pun ok. Pelayan nya mesra dan agak cepat, mungkin time sy pergi tak sesak orang. Biasanya kalau jam 8.00 malam sesak.

So nak komen lebih tiada la. kalau nak tau sedap ke tidak kena la rasa sendiri.

Jika anda hendak tempahan boleh la call No Tel restoran ini di talian : 03-89262184

Posted in Jalan2 Cari Makan | Tagged: , | 3 Comments »

Bukit Tinggi Resort

Posted by hamydy on 24, October 2011


Bukit Tinggi Resort
Bercuti di Bukit Tinggi Resort Genting Highlands. Kawasan tanah tinggi yang nyaman dan bersuhu sederhana sejuk. Kawasan ini amat luas terdapat beberapa banggunan seperti diluar negara dan juga terdapat padang golf. Bayaran masuk berbeza-beza bergantung tempat mana kita hendak masuk. Disebabkan sy cuma singgah untuk melihat pemandangan jadi sy cuma pergi ke castle yang selalu dikunjungi orang ramai. Bayaran masuk seorang adalah RM12. Tiada apa2 yang menarik cuma pemandangan yang menarik. ia bagus untuk orang yang hendak bercuti rehat sambil relakskan minda. Untung bagi orang yang menginap di resort tersebut.
 
Saya pergi untuk melihat pemandangan dan bergambar jadi sy tak menginap la. Tapi kebetulan cuaca tak elok hujan renyai2 jadi nak ambil gambar pun tak jadi.. Rasa rugi pulak bayar RM12 tapi cuaca tak elok untuk ambil gambar. Jadi sy pun Ronda2 sekejap dan terus pergi ke genting highlands.

Di Castle ini juga terdapat restoran dan ada pertunjukkan. Ramai jugak yang menginap disini kebetulan ketika sy datang ada group dari Universiti Taylor sedang buat team building.
 
Cara Hendak ke Bukit Tinggi Resort
Selepas Genting Sempah anda perlu terus menghala ke Kuantan dan lihat papan tanda Berjaya Hill Resort/ Bukit Tinggi Resort. Mulanya saya cari papan tanda Bukit Tinggi Resort tapi tiada yang ada cuma papan tanda Berjaya Hils resort , dalam kekeliruan sy ikut GPS sampai la jumpa pak guard, pak guard tu akan bagi arah pada anda. tak susah pun lepas pak guard yang pertama terus jer sampai jumpa pintu masuk yang kena bayaran tiket. Sebelum itu anda akan melalui Balai Polis dan Padang Golf sebelum sampai ketempat tersebut.

Di castle yang sy pergi ni , tempat parkingnya di basement, tak kena bayar. itu rasanya nak citer. ada banyak lagi tempat kat situ untuk adventure tapi setiap nya ada bayaran,. saya tak dapat citer banyak sbb tak sempat explore pun. Next time saya pergi sy update.

sekian.

Posted in Cuti2 Malaysia | Tagged: , , | Leave a Comment »

Hotel Buget Kuching Sarawak

Posted by hamydy on 20, October 2011


Penginapan Buget
Penginapan Buget kali ini di Kuching menjadi pilihan saya kali ini adalah Pinnacles Kuching Lodge. Hotel buget ini terletak berhampiran Waterfront dan sebaris dengan Tune Hotel dan bertentang dengan Hilton Kuching. Berhampiran dengan Pullman Hotel, Grand Margherita, River Majestic. Tempahan boleh dibuat melalui online di http://www.pinnacleskuching.com

Hotel ini selesa dan sesuai bagi yang ingin buget. Jika anda bercadang untuk bercuti semasa musim cuti sekolah, maka anda perlu booking lebih awal kerana pada waktu begini hotel akan penuh.


Bilik Penginapan
Berikut adalah gambar dorm yang sy tempah. selain Dorm ada juga bilik2 lain seperti twin dan family. Dorm ini murah sahaja iaitu RM30 satu malam dan bilik air diluar. Jika anda 4-5orang sy cadangkan ambil Family Room, ada 1 katil master dan 1 katil single ada toilet didalam, so bila dikembarkan jadi la besar dan muat 4-5 orang jika saiz sederhana. Lagi satu pihak hotel ini tidak kira kepala jika tempah Family room 😀 . Untuk makluman di hotel ini cuma ada satu Dorm sahaja yang memuatkan 6 katil untuk 6 orang.

Kemudahan yang disediakan
Kemudahan yang disediakan seperti biasa ada wifi, ada ruang tamu untuk berehat sambil tgk TV besar, iaitu di lobi utama. bilik semua ditingkat atas. Kasut hendaklah dibuka sebaik sahaja anda memasuki hotel ini dan tempat letak kasut turut disediakan. Sarapan pagi disediakan tetapi layan diri la. sarapan yang disediakan standard iaitu roti bakar dan teh dan kopi. ruang santai ini juga dilengkapi dengan majalah dan buku2 novel, jadi boleh la santai sambil membaca buku.


Makanan
Jika anda lapar dan hendak makan, maka anda tidak susah kerana kedai makan banyak sekitar waterfront. tapi jika anda hendak murah anda boleh makan di bawah blok hotel ini ada kedai makan melayu dan ada juga Cyber Cafe tapi mahal sikit RM4 sejam. Saya cuba upload pic dari pc CC ini tapi nasib tak baik virus banyak kat pc tersebut, habis memory card camera sy kena virus. Tapi pic yang sy ambil berjaya diselamatkan. So kalau hendak makan tengahari nasi campur juga ada disini. apabila malam jika hendak makan malam kedai2 kat situ banyak menjual menu goreng, macam2 jenis nasi goreng. Tempat ni tak la nampak menarik, biasanya orang tempatan dan pekerja dari shoping mall banyak makan kat sini. jika anda hendak makan yang best2 anda boleh berjalan ke waterfont, Topspot, Pekan Cina atau Mall atau anda pergi ke Food Court seberang Waterfront.

Food Court Seberang WaterFront
Jika anda di kaki lima Water Front dan hendak makan, anda boleh makan di tepian waterfront tersebut biasanya lewat petang hingga malam baru semua kedai dibuka, jika pagi dan tengahari tak banyak kedai dibuka. Harga pun mahal sikit, contohnya nasi lemak telur goreng harganya RM4 dan teh tarik harganya RM2. Jadi jika hendak murah dan banyak pilihan biasanya orang akan keseberang waterfront. Kat seberangni ada 2 buat food court dan ada gerai Kek Lapis dan juga ada menjual ikan terubok masin. untuk pergi keseberang anda perlu menaiki Bot Penampang cuma RM0.50 sen sahaja. Jika selepas 10 malam harganya jadi RM1. Jika anda naik bot penampang ini anda jagan sesekali tanya harga, sbbnya jika anda tanya harga dia tahu anda pelancong dan dia akan cakap harga RM1 walaupun sebelum jam 10 malam. Jadi sudah naik terus anda bayar 50sen. Sediakan duit kecil sbbnya dia tiada masa nak bagi wang baki pada anda.

Kek Lapis Sarawak dan Ikan Terubok Masin

Nanti sy sambung lagi maklumat lain…Bersambung 🙂

Posted in Cuti2 Malaysia | Tagged: , | Leave a Comment »

Gunung Santubong Sarawak 2011

Posted by hamydy on 18, October 2011


Gunung Santubong Sarawak
Pengalaman mendaki Gunung Santubong pada saya memberikan pengalaman baru.Gunung Santubong terletak di daerah Santubong. Gunung ini berketinggian 810 m (2,657 ft) dari paras laut dengan panjang trek 3060m. Laluan masuk melalui trek Bukit Puteri dan di tepi Laut. Terdapat 3 trek untuk mendaki Gunung Santubong iaitu melalui Bukit Puteri, Melalui Damai Resort dan Melalui Kampung Budaya Sarawak. Jika melalui trek Kampung Budaya Sarawak dan Damai Resort anda akan bertemu di Cek point F1, Melalui laluan ini anda akan melalui Air Terjun yang cantik. terdapat 2 lokasi air terjun iaitu satu melalui Damai Resort dan lagi satu jika melalui Kampung Budaya Sarawak. Jika melalui trek Kampung Budaya anda akan melalui jambatan gantung. Jadi ketiga-tiga trek ini mempunyai keunikan yang tersendiri. Ketiga-tiga trek ini akan bertemu di cekpoin F7.

Tempoh masa pendakian, Jika melalui Bukit Puteri jangka masa jika group kecil 2-3 orang cuma memerlukan masa 2 jam sahaja bagi orang biasa. Jika anda athlete mungkin lebih cepat. Turun pula mengambil masa 1jam30minit sahaja. Tapi group saya seramai 14 orng dengan 3 orng kanak2 yang berusia 10thn dan 11thn mengambil masa  3 jam untuk naik dan 3 jam untuk turun. Kelewatan adalah disebabkan perlu berhati2 semasa menaiki tangga gantung pada batu dan semasa turun. Tambahan pula ada yang kurang stamina dan perlu berehat banyak kali.


 Trek  Pendakian
Trek pendakian ke gunung Santubong tidak susah kerana laluannya jelas dan tiada simpang2 yang mengelirukan, tambahan pula ada papan tanda sepanjang laluan. Jadi anda tidak akan sesat jika melalui trek tersebut. Hanya satu laluan sahaja menuju kepuncak dan turun. Cuma di F7 merupakan pertemuan 3 laluan masuk iaitu melalui Bukit Puteri, Damai Resor dan Kampung Budaya Sarawak. Dari F7 ke puncak cuma satu laluan sahaja. Jika anda melalui Bukit Puteri, Cekpoint pertama anda adalah F7, dan trek ini lebih cepat berbanding trek yang lain. Dari kaki Bukit Puteri menuju ke F7 laluan tidak sukar dan agak landai dan sedikit berbukit.  Selepas melalui F7 anda akan mula melalui bentuk muka bumi yang menegak dan curam. Laluan ini telah tersedia tali dan juga tangga gantung bagi memudahkan pendakian. Trek ini sebenarnya pada saya agak berbahaya ketika mendaki tangga gantung kerana kecuramannya pada sudut 90 darjah. Jadi sebagai langkah keselamatan para pendaki tidak digalakkan mendaki ketika hujan untuk mengelakan tergelincir. Dan para pendaki harus memegang tali dan tangga dengan baik dan kuat.
 

 
Kemudahan
Trek laluan masuk melalui Bukit Puteri tidak mempunyai sebarang kemudahan seperti toilet, gerai makan atau pun pintu gerbang. Yang ada cuma Papan tanda Gunung Santubong. Laluan Masuk ini cuma tepi jalan dan bersebelahan dengan pantai. Jadi para pendaki dinasihatkan supaya menapau makanan siap2 untuk ke puncak dan juga sarapan siap2 sebelum mula mendaki. Serta tidak lupa juga untuk ke tandas siap2 sebelum tiba ke kaki Bukit Puteri. Tiada toilet disediakan sepanjang trek sehingga ke puncak. Sepanjang trek ini pada setiap cekpoint terdapat pondok dan bangku atau kerusi untuk berehat. Hanya terdapat 2 pondok sahaja iaitu pada Cekpoint F12 dan Puncak, pada cekpoint lain disediakan tempat rehat seperti bangku dan meja.

Guide dan Bayaran Mendaki
Mengikut pengalaman saya jika melalui Trek Bukit Puteri setakat ini tiada bayaran yang dikenakan untuk masuk atau pun bayaran guide ia percuma. Bagi trek melalui Damai resort dan Kampung Budaya Sarawak saya tidak pasti ada bayaran atau tidak.  Biasanya kumpulan pendaki yang melebihi 5orang, mereka biasa melantik seseorang yang sudah biasa dengan trek dan selalu naik santubong sebagai guide dan juga untuk menjaga keselamatan mereka. Group saya seramai 14 org  pun kami lantik salah seorang rakan yang biasa dengan trek tersebut untuk jadi guide dan lead walaupun tak berbayar. Ini penting kerana apabila seseorang itu dilantik menjadi guide, lead atau sweeper maka beliau akan bertanggungjawap untuk memastikan pendakian kita selamat walaupun kita tidak bayar dia. Ramai yang kata trek senang tak perlu ambil guide atau bayar guide, tapi sebenarnya apabila kita tidak lantik salah seorang rakan kita jadi guide, maka kita akan mudah untuk buat hal sendiri, berjalan sendiri dan tidak pedulikan rakan2 yg lain. Jadi sekurang -kurangnya untuk keselamatan lantik la sesiapa jd guide, lead atau sweeper jika berkumpulan, Rasul pun ada cakap “Jika kamu bertiga lantik la seorang menjadi ketua“. Saya selalu amalkan petua ini bagi memastikan keselamatan.

Telaga (Takungan Air) di Puncak
Sumber Air
Tiada sumber air sepanjang trek bermula dari cekpoint F7, jika hendak champing biasanya orang akan champing di kawasan air terjun. Ada juga pendaki yang bermalam di puncak. Di puncak terdapat 2 telaga buatan, tak pasti samaada di buat atau semula jadi. Telaga tersebut cuma lubang takungan air dan bukan mata air telaga. jadi kualiti air dalam telaga tu juga diragui kebersihan sbb ia air bertakung. Terdapat berudu katak didalamnya, tambahan pulak tidak boleh dipastikan sama ada ia tercemar atau tidak oleh pendaki yang tidak beretika membuang air didalamnya. So untuk keselamatan bawa la air secukupnya jika hendak bermalam di atas.



Puncak Gunung
Puncak Gunung Santubong lapang dan dapat melihat pemandangan bandaraya Kuching. Sedikit terbatas oleh pokok2 renek tetapi masih boleh melihat pemandangan bandaraya dan laut. Kebiasaan pendaki akan membawa Binocular (Teropong) untuk melihat2 pemandangan. Di Puncak terdapat sebuat pondok dan tempat BBQ serta Takungan air. Jika hendak champing rasanya boleh muat sekitar 20orng jika khemah 4org. Jika buka Flysheet yang besar mungkin boleh buat lebih dari 20 org.

Tepi Laut
Memandangkan trek Bukit Puteri di tepi laut, maka para pendaki boleh bersantai atau mandi laut setelah turun dari mendaki. Tetapi sepanjang pengalaman sy tiada lagi yang turun mandi laut kat tepi pantai tu, pengunjung lebih tertarik untuk mandi di air terjun berbanding laut. So anda bolehla berehat dan layan sun set tepi pantai.

OK Tammat Part 1. untuk mengetahui lebih lanjut Tentative dan Trip perjalanan saya di Kuching nantikan Part 2 tak lama lagi.. bila free la sy up.. 😀

Bagaimana Hendak Ke Santubong dari Kucing
Jika anda menginap di Kucing depan Waterfront terdapat transport untuk ke Santubong dan mengambil masa cuma 45minit sahaja. Sebenarnya mana-mana Shuttle Bus yang menuju ke Damai Resort anda boleh tempah. Ok jika anda tinggal di mana2 hotel dekat dengan waterfront terdapat kemudahan Shuttle Bus ini. Nama BUS tapi sebenarnya VAN. Saya ambil Shuttle Bus ini depan Hotel Grand Magarita, Masuk dalam hotel tu ada kaunter dan buat bayaran. Maklumkan pada petugas kaunter yang anda akan turun di kaki Gunung Santubung dan minta dijemput pulang di tempat tersebut jugak. Anda kena maklumkan waktu pulang pukul berapa merujuk kepada jadual yang disediakan. Jika Group anda ramai anda kena tempah Shuttle Bus khas untuk group anda sahaja. Jika anda datang ke Kucing sehari sebelum mendaki seeloknya anda tempah siap2 Shuttle Bus tersebut untuk esok. Jika anda walk in dan ramai mungkin ambil masa untuk dia arrange Shuttle Bus untuk anda untuk hari yang sama. Paling penting anda jangan hilangkan resit bayaran Shuttle Bus tersebut sbbnya jika hendak pulang anda tiada resit tersebut, mungkin mereka tidak bagi anda naik. So simpan baik2 resit tersebut. Harga RM12 sehala jika ambil return lagi murah cuma RM20. Ada 2 lokasi menunggu syarikat Shuttle Bus (Damai Beach Resort) yang sy naik ini iaitu di Hotel Grand Margerita dan Hotel Riverside Majestic. Ada lagi syarikat lain yang ada perkhidmatan Shuttle Bus ini. Tapi info yang sy tahu cuma yang ini, jadi kalau kawan2 pembaca blog yang lain tau boleh la share dgn saya di ruangan komen. Jika merujuk jadual yang saya ambil ini waktu paling awal dalam jadual tersebut adalah 9.10am. Tapi Shuttle Bus ini sudah ada dari jam 7.00am lagi, tapi biasanya sudah di tempah oleh orang yang bekerja di Damai Resort. Disebabkan saya tidak ramai dan Van tersebut tidak penuh maka mereka benarkan jugak sy naik pada jam 7.15pagi. So dalam Van tersebut sy sama2 dengan pekerja dari Damai Resort. So saya sampai di kaki Gunung Santubung trek bukit Puteri jam 8.00pagi. Lihat Tentative


Tentative Pendakian
15 Okt 2011
06.00pagi – Sarapan Pagi + Tapau
07.00pagi – Ambil Shuttle Bus depan Hotel Grand Margerita
07.15pagi – Bertolak
08.00pagi – Sampai di Kaki Gunung Santubong (Trek Bukit Puteri)
08.00pagi – Mula Senaman dan tunggu rakan2 yang lain tiba
08.40pagi – Mula Mendaki
11.30pagi – Sampai Puncak rehat, makan dan bergambar
12.30thr – Mula Turun
03.00pm – Semua tiba di bawah.
03.30pm – Rehat dan santai di tepi laut
05.15pm – Menaiki Shuttle Bus ke Kuching

Map Trek Gunung Santubong

Posted in Pendakian Gunung | Tagged: , , , | 16 Comments »

Meluncur Ombak di Bali

Posted by hamydy on 6, October 2011


Meluncur : Surfing Wave
Pengalaman meluncur “Surfing” di Bali memang menyeronokkan bagi beginer macam saya. Di Bali pantainya landai dan Ombak besar, jadi untuk suka2 dan beginer tak perlu la susah payah masuk laut dalam2  untuk Surfing, cukup sahaja paras pinggan air laut tu dah boleh meluncur, sebabnya walaupun air cetek paras pingang tapi Ombaknya tinggi melepasi kepala. So kalau jatuh boleh bangun sendiri la.

Berikut saya ceritakan sedikit tentang trip perjalanan saya. Trip pendek ini hanya mengambil masa 3 hari 2 malam sahaja. Fokus utama adalah untuk main surfing dan bukan jalan2, Sebab saya sudah jalan2 pusing Bali pada tahun 2007.

Jika anda igin surfing, di pantai kuta dan legian terdapat bayak perkhidmatan menyewa papan luncur, ada yang mahal dan ada yang murah, jika anda tidak pandai tawar atau dia tau anda tidak biasa maka mahal la. Ada yang sewa papan luncur dengan harga 100ribu sejam tanpa guru. 250ribu sejam dengan guru. Saya pulak jalan2 cari yang murah dapat dengan harga 50ribu untuk sejam.

Papan Luncur ada tiga jenis iaitu beginer dan pro dan papan pendek. jika anda beginer ambil papan besar yang hujungnya bulat yang ini mudah untuk imbang badan, jika anda pro ambik yang hujung tajam yang ini susah untuk imbang badan, dan lagi satu papan luncur pendek, papan ini anda tidak boleh berdiri tetapi meluncur dalam keadaan meniarap dan harganya juga murah iaitu 30ribu untuk satu jam.

Bagi yang tidak pandai berenang sy cadangkan supaya memakai jaket keselamatan kerana walaupun air pantai cetek dan landai tapi ombaknya agak besar, takut yang tak pandai berenang ni tergolek dan minum air laut jer. kalau yang pandai berenang tu ok la.

lagi satu jika anda senag surfing dan dengar bungi wisel dari penjaga pantai, maka hendaklah anda beredar ketepi, biasanya penjaga pantai akan bunyi wisel jika keadaan ombak terlalu besar.

Makanan
Makanan di bali kali ini mudah kerana sudah banyak makanan halal yang terdapat di Bali. Antaranya seperti berikut:

1. Masakan Padang
2. KFC
3. MacDonald

Logo halal pulak ada dua jenis, satu logo halal dari Majlis Ulama Indonesia (MacDonald ada logo ini), kedua Logo halal dalam tulisan jawi. Jika anda masuk kerestoran tengok2 la sama logo yang mana dia ada, kalau restoran masakan padang kebanyakan ada tulis masakan muslin dan ada perkataan Bismillah, Allah dan Muhammad. Bagi restoran seperti food court yang ada banyak gerai walaupun dia ada tulis restoran halal logo tulisan jawi anda harus tengok jugak dalam gerai2 tersebut ada tak gerai2 yang menjual babi sebelah menyebelah gerai yang tiada babi. Jika ada maka pilih la restoran lain. Jika anda suka minum “teh tarik”, maka anda akan bermasalah di bali kerana tiada teh tarik di Bali 😀 yang ada teh O sahaja. Dah 2-3 restoran sy mintak dia buat teh tarik tapi dia ckp tiada susu, yang ada kopi 3in1.


Penginapan
Penginapan 2 malam saya di Bali kali ini sy menginap di TUNE HOTEL Kuta. hotel ini juga selesa dan berdekatan dengan pantai dan pusat beli belah, jalan kaki sekitar 10 minit sampai la ke pantai. Tune hotel di bali ada dua tempat satu di pantai KUTA dan satu lagi di pantai LEGION. Di Tune Hotel kuta berdekatan dengan restoran masakan padang. Jadi sy tak perlu susah payah cari makanan, KFC dan MacDonald juga dekat, gedung membeli belah juga dekat.

 

Pengangkutan
Pengangkutan dari Airport ke hotel Tune cuma sekitar 55ribu dan dari Tune Hotel ke Airport jika siang hari sekitar 39ribu sahaja. Jika penerbangan pulang ke kl jam 6.00am, kena bertolak ke airport jam 4.00pg, jadi di Tune hotel ada perkhidmatan transport ini, kena tempah awal kerana kaunter dia tutup jam 11mlm. Dari Tune hotel untuk jalan2 sekitar kuta dan pantai legian anda tidak perlu naik teksi atau tempah kereta, jika anda sihat maka jalan kaki lebih baik sbb boleh tengok2. jika anda ada lesen memandu international anda boleh la sewa motosikal.

Tour
Lawatan ketempat2 menarik. Jika hendak ke Bali anda tidak perlu ambil mana2 Pakej dari travel agen di Malaysia sebabnya di Bali anda boleh ambil Daytrip (Trip Harian), jika anda berjalan sekitar kuta anda akan dapati banyak kaunter yang menyediakan daytour. Di Tune hotel juga ada kaunter yang menyediakan daily tour ni harga sekitar 500-600ribu menaiki van maksimum 7org satu van. bayangkan kalau anda datang 7 org dan ambik daytour yang harga 500ribu maka seorang cuma 71ribu dan jika duit Malaysia cuma rm19 sahaja, murah kan. tapi kalau anda datang seorang kiranya satu Van tu anda sorang jer.. jadi mahal balik. Selain tour harian ada juga yang menyediakan tour adventure dan sebagainya seperti trip ke pulau Gilis Lombok, Dive, snorkeling.

Tentative Perjalanan
Day 1 : 30 Sept 2011
06.00pm – dari LCCT Bertolak ke Denpasar
09.00pm – Tiba di Denpadar Airport Bali
09.30pm – Cek in Tune Hotel
10.00pm – Jalan2 cari Makan – Restoran Masakan Padang
12.00pm – Lepak area Hard Rock Cafe dan Nigh Walk
02.00am – Balik Hotel Tido

Day 2 : 1 Oktober 2011
08.00am – Sarapan
09.00am – Lepak di Pantai Kuta Main Surfing
12.00pm – Balik Hotel/ rehat dan makan
02.00pm – Jalan2 di Gedung2 membeli belah
04.00pm – Surfing di Pantai Legian
06.00pm – Night Walk di Legian road/ Makan dan Shoping
10.00pm – Balik Hotel/ Mandi
11.00pm – Lepak makan Satay kambing Madura
12.00pm – Balik hotel Tido

Day 3 : 2 Oktober 2011
03.30am – Bangun
04.00am – Bertolak ke Airport
06.00am – Berlepas Ke KL
09.00am – Tiba di LCCT






Posted in Melancong | Tagged: , , | 7 Comments »