The life journey

Kembara Kehidupan

Archive for March, 2010

D’tox Enzim dapat kuruskan badan dan buang toksin

Posted by hamydy on 30, March 2010

D’tox Enzim ini sangat berkesan dalam menghilangkan toksin dalam tubuh kita. Ini adalah cara bijak untuk buang toksin dari usus kita dalam masa 24 jam, tanpa mengganggu kehidupan kita sehari-hari. Mengurangkan beban toksin tubuh, menyelesaikan masalah gerakkan usus, meningkatkan keserian kulit dan membuat anda merasa muda semula, meremajakan & kembali bertenaga!

Kelebihan & Kebaikkan
Membuang toksin dan melancarkan pencernaan
Pembuang air besar yang lebih teratur
Menghilangkan bahan berbahaya dari perut
Mengempiskan Perut
Meredakan perut kembung dan gas
Meningkatkan kesihatan, vitalitas dan energi
Menjaga fungsi pencernaan yang sihat
Membantu fungsi organ-organ detoks secara optimum

Efektif
Keputusan cepat dalam waktu 2-4 jam selepas pengambilan
Gerakan halus, tanpa usaha berat

Mudah
Sangat nyaman
Ideal bagi mereka yang sibuk, stres gaya hidup
Tidak ada kawalan diet khusus diperlukan
Bekerja dengan lembut, baik untuk pengambilan berulangan
Cara untuk langsing dan mempromosikan kesejahteraan

Penggunaan
Campurkan 1 sachet D’tox Enzim ke 200ml sejuk atau air suam dan larutkan sebelum minum
Terbaik untuk diminum sepuluh minit selepas makan atau sebelum tidur

Cadangan Untuk Mengurangkan Berat Badan / Slimming
Bulan Pertama : 1 sachet selepas makan malam setiap hari
Bulan Kedua : 1 sachet setiap 2 hingga 3 hari

Untuk Regular Cleansing / Detox
Ambil 1 sachet selepas makan malam setiap 3 hingga 5 hari

Kepada yang berminat dgn produk ini boleh hubungi saya di talian 013 2383464

Pengedar kawasan diperlukan hubungi segera. Komisen hebat menunggu anda, jana pendapatan tambahan secara online.

maklumat lanjut sila layari http://enzyme2u.wordpress.com/product-4-d’tox-enzym/

Advertisements

Posted in Kesihatan, Ruangan Perniagaan | Tagged: , , | Leave a Comment »

BabyCenter Malaysia

Posted by hamydy on 22, March 2010

Laman web ini amat bagus dan banyak informasi yang berguna kepada bakal pasangan,  ibu bapa yang sedang merancang anak dan juga kepada pasangan yang sudah mempunyai anak.

laman web ini dapat di layari di alamat berikut :http://www.babycenter.com.my/

Posted in Jurnal Kehamilan | Tagged: , , | Leave a Comment »

Roti Jala Meletop Taman Nuri

Posted by hamydy on 13, March 2010

Roti jala Meletop. Sebuah gerai roti jala yang terkenal di kawasan jalan datuk kumbar. Gerai yang terletak dihadapan TS Badlishah Taman Nakisyah jalan datuk kumbar, Bertentang jalan dengan WISMA SAKAN. Kenapa sy panggil Roti Jala Meletop Taman Nuri adalah kerana pemilik gerai ini berasal dari taman Nuri iaitu bersebelahan Taman Nakisyah.

Waktu Operasi diantara Jam 7 pagi – 12 Tengahari (Setiap Ahad gerai tutup- cuti)

Tempahan boleh dibuat bergantung kepada kekosongan tempahan dan mestilah seminggu lebih awal dengan bayaran deposit separuh dari harga tempahan.

Pemilik gerai boleh dihubungi di talian 012 5773773 (Pak Mid) Tempahan untuk sekitar Alor Setar.

Apa yang menarik Gerai ini adalah kerana kuah roti jala yang sedap dan ada lauk. Biasanya kalau tempat lain kuah roti jala yang dihidangkan hanyalah lauk (ayam atau daging) yang telah di cincang halus dan kekadang tiada lauk langsung cuma kuah saja. Tapi gerai roti jala ini masih mengekalkan saiz dan kuantiti lauk yang sama sejak dulu lagi.

Gerai roti jala ini hanya menjual r0ti jala sahaja, oleh itu jika pengunjung ingin makan nasi lemak bungkus dan minuman boleh tempah dari gerai sebelah.

Diwaktu pagi kawasan gerai ini memang sibuk dan meriah dengan pengunjung.

Setiap kali balik kampung jika sampai awal pagi sy biasanya akan singgah sarapan di gerai ini sebelum terus ke rumah. Jadi kepada peminat roti jala anda boleh mencuba roti jala ini jika berpeluang ke alor setar di awal pagi dan gerai ini cuti setiap hari Ahad.

Posted in Jalan2 Cari Makan | Tagged: , | Leave a Comment »

Gua Batu Maloi

Posted by hamydy on 10, March 2010

Rentetan dari Riadah Santai + Jungle Cleanup @ Gng Datuk

Program : Mandi Manda di Gua Batu Maloi
Tarikh : 21 Februari 2010
Tempat : Hutan Rekreasi Gunung Datuk, Rembau
Peserta : team HUKM, & sukarelawan Orang Hutan Malaya

Anjuran : http://oranghutanmalaya.blogspot.com/

Bagi yang berminat untuk pergi ke gua batu maloi boleh la berhubung dengan En Garfu Besi dari Orang Hutan Malaya.

Posted in Pendakian Gunung | Tagged: | Leave a Comment »

Pencarian Bakat Modelling Baru

Posted by hamydy on 10, March 2010


New Talent Search Fotografi

Baru2 ini rakan baik saya telah menubuhkan fotopression. Ianya bertujuan bagi membantu bakat2 baru dan juga kepada peminat2 diluar sana untuk mempunyai profile gambar yang menarik. Profile gambar ini sangat berguna kepada bakat2 baru dalam modelling untuk menonjolkan diri mereka untuk pergi lebih lanjut lagi.

untuk maklumat lanjut anda semua boleh layari laman web berikut : http://fotopression.wordpress.com/

Posted in Fotografi | Tagged: , , , , | 7 Comments »

Broga Hill Semenyih

Posted by hamydy on 1, March 2010

Program : Riadah Santai – Sepetang di Broga Hills (400m)
Tarikh : 26 Februari 2010
Tempat : Broga, Semenyih
Masa : 5.00ptg (Mula Trekking)
Bayaran Parking : RM2.00/kereta

Anjuran : http://oranghutanmalaya.blogspot.com/

Post saya yang lain

https://hamydy.wordpress.com/2010/11/01/broga-hill/

http://fotohukm.blogspot.com/2009/09/broga-hill-foto-shoot-sempena-raya-2009.html

Laporan dari laman Web Orang Hutan Malaya http://aktivitiluaroranghutanmalaya.blogspot.com/2010/02/riadah-santai-sepetang-di-broga-hills.html

Friday, February 26, 2010

Riadah Santai – Sepetang di Broga Hills (400m)

Lokasi : Broga Hills
Tarikh : 26 Februari 2010
Ketahanan mental dan fizikal tidak dinafikan memainkan peranan yang penting di dalam sesebuah aktiviti riadah lebih-lebih aktiviti yang mencabar keupayaan fizikal dan ‘mengeletek’ keupayaan mental seseorang seperti hiking, trekking dan sebagainya. Pun begitu, kesesuaian pakaian serta peralatan juga bakal menentukan kelancaran sesebuah aktiviti tersebut, tanpanya ibarat irama tanpa lagu, maka pincanglah suara (ecehh..!!)
– Taklimat aktiviti –
Seperti yang dijadualkan, pada 26 Februari 2010, satu lagi aktiviti Riadah Santai telahpun berlangsung di Broga Hills, Broga, Semenyih. Aktiviti Riadah Santai Kali ini telah berjaya mengumpulkan seramai 43 orang kaki dan peminat outdoor untuk beriadah bersama-sama dan seperti sebelumnya, jumlah peserta daripada Kelab Mendaki HUKM memang tip top (..kreadit buat Bro Midy & Awie)
– Perjalanan bermula –
Bermula jam 4.00ptg peserta sudahpun mula berkumpul ditempat yang dijanjikan iaitu Petronas Semenyih (simpang ke Broga). Kemudiannya lebih kurang jam 5.00ptg kami berkonvoi ke lokasi tempat letak kereta (hadapan Rabbit Parks). Sewaktu di dalam perjalanan, hujan lebat dan ribut petir telah melanda membuatkan ada peserta yang telah tiba lebih awal dilokasi membatalkan niat untuk meneruskan aktiviti. Setibanya di lokasi, masing-masing mencari tempat parking dan duduk di dalam kereta, menunggu hujan reda sambil makan-makan serta ada yang mengambil peluang untuk tidur dan bergambar (..dalam kereta pun bergambar hiks)
– menuju puncak –
Taklimat aktiviti telah diberikan oleh Garfu, dan aktiviti pendakian ke puncak Broga Hills bermula lebih kurang jam 6.00ptg di dalam hujan renyai. Perjalanan kali ini di ‘Lead’ oleh Cik Zeti (OHM), ‘Sweeper’ Bro Mydy (HUKM) dan ‘Runner’ Garfu (OHM) bagi memastikan keseluruhan perjalanan lancar dan sempurna. Aktiviti sampingan disepanjang perjalanan adalah seperti biasa – bergambar dan bergambar serta bergambar lagi (..pantang tengok kamera korang nih). Lebih kurang jam 6.30ptg peserta telah mula memanjat kawasan bukit yang bertangga di dalam cuaca hujan lebat. Laluan agak licin pada masa ini, namun semua itu tidak mematahkan semangat keseluruhan peserta untuk sampai ke ‘1st peak’ dan berehat serta bergambar di dalam kabus yang tebal. Pendakian kemudiannya diteruskan, dan tiba di ‘2nd peak’ setengah jam kemudian (…serta bergambar lagi ishh ishh ishh). Untuk sampai ke ‘3rd peak’, peserta tepaksa melalui trek yang agak licin dan berlumpur (disebabkan hujan) di dalam cuaca kabus dan lebih kurang jam 7.30ptg semua peserta telahpun selamat tiba. Peluang yang ada tidak dilepaskan begitu saja oleh peserta lebih-lebih lagi oleh kaki-kaki photo untuk merakam gambar panorama dari puncak bukit serta saat-saat indah di puncak bukit tersebut.. Sebelum berangkat turun, kesemua peserta bergambar beramai-ramai sebagai kenang-kenangan dan untuk membuktikan bahawa kami telahpun sampai di puncak ketiga Broga Hills.
– Bergambar dalam cuaca kabus tebal –
Hari sudahpun beransur gelap, dan peserta telahpun mula menyediakan lampu suluh serta lampu kepala masing-masing. Pada waktu ini cuaca berkabus agak tebal dan sejuk. Lebih kurang jam 8.00mlm kami mula bergerak untuk turun ke kaki bukit. Disebabkan kabus agak tebal, beberapa kali ‘Lead’ tersasar kerana tidak nampak laluan (ekekekek..). Namun, bak kata pepatah alah bisa tegal biasa, dan semua itu dapat ditempuhi dengan kerjasama daripada semua peserta. Perjalanan turun agak perlahan disebabkan laluan licin, berlumpur dan tiada pokok untuk berpaut. Peserta yang tidak bersedia dengan peralatan yang sesuai (lampu & kasut) juga menjadi penyebab perjalanan turun terpaksa diperlahankan. Apapun lebih kurang jam 9.15mlm kesemua peserta telah tiba di lokasi parking kereta dengan selamat.
– Puncak ke-3 –
Kami kemudiannya dikejutkan dengan satu kejadian yang tidak diingini setibanya di lokasi parking kereta iaitu tingkap kereta ‘Lead’ telahpun dipecahkan dan salah seorang kawan beliau telah kehilangan beg pakaian. (kompom ye tkde barang berharga dalam beg tu?). Suasana kecoh seketika.
– Lampu suluh terpaksa digunakan sewaktu perjalanan turun –
Sebelum bersurai, taklimat akhir diberikan oleh Garfu dan derma kilat dilancarkan bagi meringgankan beban Cik Zeti yang telah ‘kepecahan’ tingkap kereta yang disayangi (..jangan nangis ye hiks).
– Tingkap belakang kereta ‘Lead’ yang telah dipecahkan –
Akhir sekali, jam lebih kurang 9.45mlm, semua peserta mula bersurai ke destinasi masing-masing. TAHNIAH & terima kasih di atas kerjasama semua peserta Riadah Santai – Sepetang di Broga Hills (400m) pada kali ini. Jumpa lagi.
– Taklimat akhir –
Catitan :
1. Kesesuaian pakaian (kasut) adalah penting di dalam setiap aktiviti Riadah Santai (sila rujuk senarai peralatan yang perlu dibawa setiapkali sebelum mengikuti aktiviti anjuran Orang Hutan Malaya)
2. Peralatan asas perlu ada setiapkali melakukan aktiviti outdoor cth: lampu, pisau kecil, beg plastik, baju hujan dll kerana perubahan cuaca boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.
3. Mematuhi arahan ‘guide’ ada lah perlu bagi melancarkan aktiviti.
4. Pastikan kereta di dalam keadaan yang selamat sebelum ditinggalkan, elakkan meletak barang/bag di ruang tempat duduk walaupun tiada barangan yang berharga kerana ianya boleh menarik minat ‘makhluk-makhluk’ yang tidak bertanggungjawab.
5. Perlu persediaan dari segi fizikal & mental.
6. Sesiapa yang ingin berkongsi gambar untuk dipamerkan di ruangan album Orang Hutan Malaya bolehlah emailkan kepada hijau.bumi.kita@gmail.com ataupun hubungi Garfu.
:: Gambar adalah ehsan daripada facebook Bro Mydy (HUKM)
Posted by Orang Hutan Malaya at 7:20 PM 7 comments

 

Posted in Pendakian Gunung | Tagged: , , , | Leave a Comment »