The life journey

Kembara Kehidupan

Bali Indonesia – Jun 2012

Posted by hamydy on 4, August 2012


Bali Indonesia 28 jun – 2 Julai 2012
Trip ke bali kali ini sangat mendapat sambutan dan telah berjalan dengan lancarnya. Trip santai dan tanpa travel agen ini memberikan keseronokkan yang tersendiri kepada yang mengikutinya. Seramai 16 orang yang telah mendaftar, tetapi yang sampai cuma 14 orang sahaja. lagi 2 tu pasangan suami istri yang terpaksa membatalkan percutian disaat akhir walaupun sudah bayar tiket penerbangan dan juga hotel kerana baru disahkan hamil dan atas nasihat doktor untuk mengelakkan keguguran dan sebagainya. Trip yang murah pada kiraan saya kerana kami mendapat banyak kelebihan seperti dapat harga tiket Promo yang beharga RM50 sehala. dan Tune Hotel yang ada promotion.

 
Penginapan – Tune Hotel Kuta
kami semua 12 orang memilih Tune Hotel Kuta sepanjang penginapan di Bali. Senang jer, tempah online sahaja dan kebetulan ada promo. Manakala Lagi satu pasangan tersalah tempah Tune Hotel di Legian. Bilik selesa dan murah. Memangla banyak yang kena beli asing seperti sabun, towel,aircond dan lain2. Tetapi setiap bilik ada kipas, jadi bagi yang hendak buget dan jimat ambil kipas pun dah ok. Ada 2 jenis bilik iaitu Single dan Double. Saya cadangkan Hotel Tune Kuta ni sebab dari hotel ni kita jalan kaki jer nak ke tempat makan dan juga pantai. Memang dekat sangat dengan shoping mall, jalan kaki sahaja. Kalau anda tersalah tempah Tune Hotel Legian, maka jauh tu dengan pusat membelih belah, kena pula jika jalan jem lagi la jauh jadinya walaupun kalau anda berjalan kaki dari legian ke kuta dalam 30 minit sahaja.


Makanan
Jika anda di Bali, Makanan halal sudah senang di jumpai. Bagi kami yang menginap di Tune Hotel Kuta, terdapat beberapa restoran kecil masakan nasi padang yang terletak bersebelahan sahaja, jalan kaki sikit tak sampai 5 minit dah sampai. Makanan murah dan sedap jugakla. Jika ingin makan makanan segera terdapat beberapa restoran makanan segera yang berhampiran dengan Tune Hotel Kuta ni antaranya seperti KFC dan Mac Donald. Jadi kami dapat jimat dengan makan di gerai masakan padang ini. Jika anda rajin berjalan anda mungkin dapat jumpa lagi banyak gerai makan muslin ,asakan padang dan juga masakan jawa.


Pantai Kuta
Pantai Kuta dan Pantai Legian bersambung. Jadi kalau dari Tune Hotel Kuta tu pantai Kuta la paling hampir. Aktiviti santai di pantai kuta memang best. Kebetulan 2 rakan saya ni sport man jadi mereka mengambil kesempatan untuk joging sepanjang pantai Kuta sehingga ke kawasan yang hampir dengan Airport dan ke hujung pantai Legian. Pantai panjang bersih dan ramai orang yang berkunjung. Jika hujung minggu lagi la ramai. Di pantai ini bebas, anda bebas hendak mandi manda dan pakai apa jua pakaian pun berbikini atau pun bogel tiada siapa pedulu pun. Kekadang anda akan terlihat beberapa perempuan mat saleh joging sambil toples. Jadi kami memperuntukan sehari untuk santai-santai di pantai. Bermula dari jam 8.00am selepas sarapan kami dah mula turun ke pantai. Mula2 jalan2 ambil angin lepas tu dah jumpa tempat duduk yang best apa lagi mula la main air. Kami tidak melepaskan peluang untuk main luncur yang mana kalau di Malaysia agak bahaya kerana keadaan ombak dan juga tak pandai berenang. So kalau di Bali ni air cetek tapi ombak tinggi so senang la nak bermain luncur.

Meluncur Ombak
Jika anda ingin mencuba permainan ini boleh la dapatkan di sepanjang pantai. Saya cadangkan anda ambil pakej dengan latihan. Tak mahal pun, Saya sewa Papan Luncur tanpa jurulatih cuma 50ribu main sampai puas. Tapi kalau anda tambah sikit duit sekitar 150ribu anda akan akan di ajar selama sejam. Dalam sejam tu anda dah mampu untuk berdiri atas papan luncur tu. lepas latihan sejam anda boleh main lagi sejam.

 
 
Jalan2 Sekitar Kuta
Jalan-jalan sekitar Kuta juga menarik, shoping mall, Hard rock cafe semua berdekatan sahaja. Jika waktu malam anda boleh melepak sambil minum layan Live Band di banyak cafe2 yang terletak di depan pantai. Antara shooping Mall yang berdekatan adalah seperti Matahari, selain shooping mall ada juga pelbagai shop lot yang menawarkan barangan berjenama. Gerai2 kraftangan juga banyak terdapat di sepanjang laluan hendak ke pantai bersebelahan dengan shop lot. Jika anda betul2 nak shoping kraftangan dengan banyak maka anda kena pergi ke gedung yang memang khas menjual kraftangan ini. Gedung ni terletak jauh dari pekan Kuta kena menaiki teksi.
TENTATIVE
Hari Pertama : 28 Jun 2012 : Khamis
04.00pm – Berkumpul di LCCT
06.00pm – Bertolak ke Bali
09.00pm – Tiba di Denpasar Bali
10.00pm – Check in Hotel Tune Kuta
11.00pm – Makan di Restoran Nasi Padang
12.00pm – Lepak di Hard Rock Café / Night Walk

Hari Kedua: 29 Jun 2012 : Jumaat
08.00am – Sarapan
09.00am – Melihat persembahan Barong dan Keris Dance
11.00am – Singgah shoping di Gedung kraftangan kayu dan logam perak
12.00am – Menuju ke Kintamani
01.00pm – Singgah di Ubud, melihat pemandangan sawah padi berteres di lereng bukit
02.00pm – Sampai di Kintamani. Lunch di Restoran yang View Gunung Berapi Kintamani.
03.00pm – Singgah di Ladang Kopi
04.00pm – Singgah di Pura Tirtha Empul
08.00pm – Diner
10.00pm – Lepak di Hard Rock Café / Night Walk

Hari Ketiga : 30 Jun 2012 : Sabtu
08.00am – Sarapan pagi
09.00am – Jalan-jalan di pantai
09.30am – Mandi laut dan main Surfing
12.00am – Balik Rehat
01.00pm – Lunch
02.00pm – Jalan-jalan Shoping
08.00pm – Diner
10.00pm – Lepak di Hard Rock Café / Night Walk

Hari Keempat : 1 Julai 2012 : Ahad
08.00am – Sarapan
09.00pm – Bedugul Trip
10.00am – Singgah di Gedung Batik dan Gedung POLO
11.00pm – Jalan-jalan di Bedugul
12.00pm – Lunch
02.00pm – Tanah Lot Trip
06.00pm – Shoping di gedung kraftagan (Souvinior) di Agung Bali
08.00pm – Dinner
12.00pm – Balik Tidur

Hari Kelima : 2 Julai 2012 : Isnin
12.30am – Lepak di Hard Rock Café menonton Final Euro 2012
03.30am – Sempat tengok 1 goal..pastu Bertolak ke Airport
04.00am – Berkumpul di Airport Denpasar Bali
06.00am – Bertolak ke Kuala Lumpur
09.00am – Tiba di LCCT Sepang
05.00pm – Ada 4 orng Flight petang.

bersambung….

One Response to “Bali Indonesia – Jun 2012”

  1. kirikanan0 said

    aku aja yg org indonesia blm pernah ke bali.salam damai dari indonesia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: