The life journey

Kembara Kehidupan

Mt Hallasan Jeju Korea Selatan

Posted by hamydy on 16, September 2013

Hallasan
Mt Hallasan Jeju Island South Korea
Pendakian gunung Hallasan ini memberikan pengalaman baru buat saya. Trip singkat walaupun hanya 4h3m namun sempat memberikan kepuasan pada pandangan saya. Trip bermula dari LCCT ke Busan dan dari busan saya menaiki Jeju Air ke Jeju Island. Untuk entri Mt Hallasan ini saya akan ceritakan tentang trip mendaki saya sahaja, untuk tentative lain akan saya ceritakan dalam entri yang lain. Gunung Hallasan ini merupakan gunung tertinggi di Korea Selatan dengan ketinggian 1950m dari aras laut. Gunung ini asalnya adalah terbentuk dari letusan gunun berapi yang telah lama dan sudah tidak lagi aktif sekarang ini. Pendakian gunung ini sebenarnya adalah pendakian ke Puncak kawah.
Green Guest House Jeju Green Guest House Jeju
Green Guest House Jeju Green Guest House Jeju
Penginapan di Jeju Island
Saya menginap di Green Guest House di Jeju City, Boleh booking melalui Booking.com. Harga bagi 3 malam adalah 132,000 WON iaitu bersamaan dengan RM390. Saya ambil bilik supaya senang boleh privasi, jika anda ramai boleh ambil 1 dorm 4 orang. Sarapan disediakan dari jam 6.30am – 9.00am, Saya makan nasi putih yang disediakan oleh pihak hotel dengan sambail ikan bilis dan tuna yang saya bawa dari Malaysia. Saya cadangkan penginapan Green Guest House ini kerana ia selesa dan ada perkhidmatan transport ke kaki gunung Hallasan secara percuma. Pergi Jam 7.00am dan pulang jam 4.30pm. Transport ini tidak tunggu anda jika anda lambat maka kenala naik teksi. Transport yang disediakan ini bagus dia akan hantar anda ke dua pintu masuk Mt Hallasan Trail iaitu Gwaneumsa Trail dan Seongpanak Trail.

Trail
Terdapat dua trail untuk mendaki Mt Hallasan iaitu Gwaneumsa Trail dan Seongpanak Trail. Terpulang pada anda hendak mendaki dari trail yang mana. Adalah di cadangkan anda mendaki dari Seongpanak Trail dan turun melalui Gwaneumsa Trail.
Seongpanak Trail
Seongpanak Trail sepanjang 9.6km dan tidak begitu susah kerana ia landai dan sekali sekala menegak dan bertangga. Disebabkan trail ini cantik maka anda harus bermula dari trail ini untuk ke puncak. Terdapat 2 Shelter sepanjang pendakian iaitu Sokbat Shelter dan Jindallaebat Shelter. Jika dilihat dalam peta kita akan mendapati pendakian melalui trail ini adalalah dari luar kawah gunung berapi melalui lereng dan menuju kepuncak.
Gwaneumsa Trail
Gwaneumsa Trail sepanjang 8.7km. Trail ini curam dan sesuai untuk perjalanan turun. Anda akan melalui banyak tanggan yang curam dan view juga cantik Cuma tidak secantik jika melalui Seongpanak Trail. Trek ini adalah pendakian yang melalui dari bahagian dalam kawah menuju ke puncak.

Permulaan Pendakian
Saya sarapan jam 6.30am, nasi putih dan sambal bilis dan telur goring. Jam 7.00am saya sudah siap naik van yang disediakan oleh pihak hotel. Masa ini saya berkenalan dengan warga korea yang lain yang akan mendaki bersama saya, Ramah mesra buat kawan, walaupun mereka tidak paham sangan English. Perjalanan ke Pintu masuk Seongpanak Trail cuma ambil masa 30minit sahaja dari hotel.
Mt Halasan (3) Mt Halasan (2)
Mt Halasan Mt Halasan
Di pintu masuk Seongpanak Trail saya hendak beli tiket masuk tapi tiada bayaran dikenakan , dia suruh saya terus mendaki sahaja. Saya pun tak paham apa dia cakap, agaknya tiket parking sahaja dikenakan bayaran. Permulaan mendaki saya dah kena hujan yang lebat, tapi nasib baik sekejap sahaja, saya beli baju hujan di kedai sebelah pintu masuk 2000 WON. Tidak perlu guide atau pendaftaran, terus naik sahaja. Trek cantik dan bersih. Awal pendakian trek landai berbatu dan sedikit bertangga kayu. Awal2 pendakian view blom ada kerana dikelilingi hutan, hutannya jenis jarang. Kalau tengok peta 3.5km pertama dia gred kan sebagai Easy , kerana landai dan tidak susah pun. kita akan jumpa banyak trek yang dilapisi dengan kayu. Memang memudahkan pendakian.
Mt Halasan (8) Mt Halasan (8)a
Sokbat Shelter
Setelah mendaki sejauh 4.1km saya pun sampai di pondok rehat pertama Sokbat Shelter. Kat sini ada kemudahan pondok dan tandas. Kat sini saya perhatikan semua pendaki hanya berehat sekejap sahaja sama ada ke tandas atau duduk sebentar makan buah. Tidak digalakkan makan dan rehat lama disini, dinasihatkan Cuma 5-10minit sahaja. Tanda tidak ada air jadi anda kena bawa air. Orang Korea guna kertas tisu sahaja.

Mt Halasan (10)a Mt Halasan (11)
Mt Halasan (9)a Mt Halasan (10)
Saraoreum Entrance
Seterusnya saya meneruskan perjalanan 1.7km hingga sampai ke Saraoreum Entrance. Disini anda akan jumpa persimpangan menuju ke puncak dan ke Saraoreum Entrance. Saraoreum Entrance adalah kawasan kawah kecil yang cantik pemandangannya dengan ketinggian 1324m aras laut. Perjalanan untuk kekawah dan ke menara pandang mengambil masa 40 minit pergi balik, ini tidak termasuk jika anda berhenti rehat dan bergambar. Perlu trekking naik tangga yang curam dan tinggi sehingga sampai ke kawah Saraoreum ni, kemudian merentasi kawah ini menuju ke menara pandang. Di kawasan menara ini view sangatla cantik, memang best sangat. Anda boleh Nampak pemandangan Bandar Seongwipo-si dengan jelas, kawasan berangin dan sejuk.
Mt Halasan (16)a Mt Halasan
Jindallaebat Shelter
Seterusnya perjalanan saya 1.5km lagi menuju ke Jindallaebat Shelter. Anda kena sampai ke pondok ini sebelum 12.30pm. ini bermakna anda kena sampai paling lewat jam 12.00pm untuk rehat dan makan dan hendaklah meneruskan perjalanan ke puncak sebelum jam 12.30pm, jika anda lewat anda tidak akan dibenarkan naik meneruskan perjalanan. Saya bernasib baik kerana Berjaya melepasi Jindallaebat Shelter sebelum jam 12.30pm. Disini barulah kita akan Nampak ramai orang berhenti rehat makan nasi dan megi segera, saya bawa nasi yang saya tapau dari hotel dan makan bersama sambal ikan bilis dan tuna. Anda patut juga bawa megi segera kat sini kerana ramai orang korea makan megi segera panas2 dan sushi. Memang best bila makan megi segera dengan suasana sejuk2 sambil menyedut meggi sama macam orang korea. Kat pondok ini ada kedai yang menjual megi segera tapi tak pasti halal ke tidak. Jadi kalau kita nak merasa suasana kita bawalah meggi cup segera dan mintak air panas kat pondok tu.
Hallasan Hallasan
Hallasan
Kat sini juga terdapat kemudahan tandas, tapi tandasnya tiada air, mangkuk tandas lubang terus ke bawah tanah, mereka guna tisu jer memang busuk dan lalat punya la banyak…tapi bau busuk dan lalat ni dalam tandas tu jer. Dari luar pondok tandas tu Nampak cantik dan bersih, tapi bila masuk dalam jer terus pening kepala, sinki pun tadak, nak basuh tangan pun susah, jadi kenala bawa air dan tisu basah.
Mt Halasan (19) Mt Halasan (20)
Mt Halasan (21) hallasan
Baekrokdam (Puncak Mt Hallasan)
Seterusnya saya meneruskan lagi perjalanan 2.3km menuju ke puncak. Bermula disi anda akan mula terpesona dengan keindahan kerana pokok-pokok sudah mula tiada dan anda akan Nampak puncak dari jauh. Kalau kat sini hujan ribut memang naya ja.. Trek tidak susah, pihak taman Negara telah menyediakan trek berkayu dan bertangga yang cantik dan memudahkan pendakian. Kat sini kita akan mula melihat ramai orang berhenti bergambar. Semakan menuju kepuncak semakin tiada pokok dan hanya rumput dan batu. Di menara pandang anda akan dapat lihat Bandar Seongwipo-si dengan jelas dan juga pemandangan tinggalan gunung berapi yang kecil yang kelihatan seperti “Chocolate Hill” memang cantik. Bayangkan sekiranya waktu ini musim bunga sure lagi cantik.
Hallasan Hallasan
Seterusnya saya sampai ke puncak 2.30pm, puncaknya ada sebuah pondok penjaga gunung. Sampai saja di puncak rupanya saya antara orang yang terakhir sampai. Kerana leka bergambar maka saya sampai lewat dan kena halau oleh penjaga supaya terus turun. Tapi sempat juga pakcik tu ambil gambar saya pastu halau turun .
Hallasan Hallasan
Hallasan Hallasan
Di puncak terdapat dek kayu dan berpagar kayu untuk melihat pemandangan kawah Gunung Hallasan dan Bandar Seongwipo-si. Di puncak Cuma ada batu tanda sahaja dalam bahasa Korea, tak paham pun dia tulis apa. Setelah bergambar saya meneruskan perjalanan turun melalui Gwaneumsa Trail.
Hallasan Hallasan
Perjalanan Turun
Perjalanan turun melalui Gwaneumsa Trail memang mencabar jika kaki dah sakit, sebab ia curam, Trek turun ini akan melihat view dalam kawah. Setelah trekking 1.3km melalui Wanggwanbawi Rock anda akan melalui Jambatan Yongjingak Hyunsugyo, View memang cantik di kawasan ini.
Hallasan Hallasan
Dahulu, sebelum sampai jambatan ini terdapat Yongjingak Shelter yang dibina pada tahun 1974 namun telah lenyap setelah dilanda taufan NARI pada tahun 2007.
Hallasan Hallasan
Samgakbong Shelter
Setelah melepasi jambatan Yongjingak Hyunsugyo saya melalui tepi lereng gunung yang ada tanda amaran bahaya batu jatuh. Kawasan ini di lengkapkan dengan 2 lapisan jaring pagar bagi melindungi pendaki yang lelalui kawasan ini.
Hallasan Hallasan
Setelah 1.4km berjalan saya sampai di pondok Samgakbong Shelter. Pondok ini ada kemudahan tandas dan ruang rehat. Lagi sekali saya kena halau turun kerana sudah lewat. Hendak turun laju kaki pun dah sakit. Ada seorang pakcik tua warga korea pun tengah rehat siap minum kopi panas, Malu pulak sebab dia lebih laju dari saya.
Hallasan Hallasan
Gaemideung
Setelah 1.1km berjalan maka sampai di kawasan rehat Gaemideung, sini tiada pondok, Cuma hentian rehat sahaja. Perjalanan diteruskan ke shelter seterusnya.
Hallasan Hallasan
Tamnagyegok Valley Shelter
Perjalanan 1.7 menuju ke Tamnagyegok Valley Shelter memang memenatkan tangga curam dan berbatu. Seterusnya sehingga jumpa Jambatan Tamnagyegok Makgyo. Dikawasan ini anda mula melihat pemandangan sungai yang cantik, Cuma tiada air sahaja sungai2 ini. Rasanya ketika hujan lebat atau pun masa musim ais cair nak masuk musim panas sungai2 ini penuh air. Namun view tetap cantik. Saya merasa sedikit lega setelah melepasi Jambatan Tamnagyegok Makgyo trek sudah semakin landai dan tidak susah dan kawasan sudah seperti hutan kecil, tiada lagi view, Suasana sudah semakin gelap.
Hallasan Hallasan
Saya bernasib baik kerana selepas melepasi jambatan Jambatan Tamnagyegok Makgyo saya dapati pekerja taman Negara tengah hendak bersiap2 pulang menggunakan mini monorail, haha saya ambil kesempatan Tanya dia boleh tumpang ke tidak, kebetulan sebab saya sorang maka dia bagi saya tumpang.. Fuhh lega rasanya dapat naik mini mono rail tu. Dah jimat masa dan jimat tenaga, kaki pun dah sakit.
Hallasan
Gwaneumsa Hiking Trail Entrance (Tamat)
Saya sampai di pejabat taman Negara jam 6.45pm, fuhh lega rasanya , Terima kasih pada pakcik yang serius tapi baik hati tadi tu, kalau tak kerana dia tumpangkan saya sure saya sampai jam 8.00mlm. Pejabat Taman Negara tutup jam 7.00pm jadi anda kena sampai turun sebelum jam 7.00pm. Sampai saya di pejabat terus saya masuk dan minta sijil, dapat saja sijil, saya pun nak gerak keluar dan pegawai taman Negara Tanya naik apa saya cakap teksi sbb dah lewat dan transport percuma hotel Cuma pickup jam 4.30pm. Saya sebut saja nama hotel saya Green Guest House terus pegawai tu panggil teksi kat luar untuk hantar saya pulang. Bagusnya. Rupanya Green Guest House memang terkenal dikalangan pendaki dan juga pejabat taman Negara. Saya sampai hotel jam 8.00pm dengan bayaran 20,000 WON. Lega rasanya. Misi Berjaya walaupun tersasar timing.

Ringkasan Perbelanjaan dan TIPS

– Tiket Air Asia Return – RM300 (Promo route pertama Busan)
– Tiket Jeju Air Return – RM250 (Antara yg murah saya dapat)
– Bus Jeju Airport- Green Guest House, Bus no 100 dan 90 – turun di jalan Dongmun-ro, 1100 WON
– Teksi Green Guest House – Jeju Airport = 5,000WON
– Green Guest House 44,000 WON semalam
– Transport percuma ke Entrance Hallasan oleh Green Guest House pergi jam 7.00am, balik jam 4.30pm, kalau terlepas kena naik teksi la.
– Kalau teksi sekitar 20,000 WON sehala ke Entrance Hallasan
– Sijil Mt Hallasan = 1,000WON
– Yuran masuk hallasan – tiada
– Bayaran Guide – Tiada, naik sendiri ikut trek, tapi ada no tel kecemasan di hampir setiap tiang.

Tips

Bahasa
Tulis atau print dalam bahasa korea perkataan seperti, babi, sos babi, minyak babi, ikan, nasi, nama tempat, nama hotel. Bila nak Tanya driver bus atau kedai makanan dia tak paham English kita tunjuk sahaja perkataan tu.

Makan
Tapau lauk dari Malaysia seperti meggi cup segera, sambal ikan bilis, serunding, tuna dan sardine. Nasi tak perlu bawa. Kat sana beli nasi kat 7-11, nasi segera masuk microwave 2 minit dah siap di makan.

Pakaian
Bulan September – Panas tak perlu coat atau glove, seluar pendek dan Tshirt dah cukup.

Kasut Hiking
Perlu kasut hiking yang baik kerana trek ada berbatu gunung berapi boleh sakit kaki dan terseliuh jika kasut tak sesuai.

Tentative
Day 1
8.30am – LCCT (Air Asia) – Busan
3.00pm – Sampai Busan
5.00pm – Busan (Jeju Air) – Jeju Island
6.00pm – Jeju Island
7.00pm – Bus ke Green Guest House
7.30pm – Jalan2 sekitar hotel

Day 2
7.30am – Sarapan
9.00am – Tour Jeju Island – sewa motosikal
7.00pm – Jalan2 waktu malam

Day 3
6.30am – Sarapan dan tapau nasi
7.30am – Bertolak ke Gwaneumsa Trail dan Seongpanak Trail.
8.00am – Mula mendaki melalui Seongpanak Trail
8.00pm – Balik Hotel

Day 4
6.30am – Sarapan
7.00am – Teksi ke Airport
9.00am – Jeju Island – Busan
10.00am – Busan
11.00am – Train dan Subway to Bandar Jagalchi Market
3.00pm – Teksi – Airport
5.00pm – Busan – Kuala Lumpur

Untuk kisah saya jalan2 di Busan dan juga di Jeju Island saya akan ceritakan dalam entri berikut https://hamydy.wordpress.com/2013/10/04/jeju-island-korea-2013/ . Entri ini khas untuk Mt Hallasan.

Selamat menonton Video ringkas trip Mt Hallasan saya

Sekian Terima Kasih

19 Responses to “Mt Hallasan Jeju Korea Selatan”

  1. chia said

    Wauuuuuu…..best best…insha Allah, smpai jgak chia nnt ke situ satu hari nnt berpndukan entri nih…gud job incik mydy !

  2. wan said

    tahniah bro..salute!!!..

  3. Liza Wati said

    nice tip…thanks… harap cepat2 kluar tips around jeju n jagalchi… saya nk ke sana oct.. sorang… byk panduan saya dapat dr sini..😉

    • hamydy said

      hi Liza
      TQ sbb singgah di blog saya entri berkenaan Jeju Busan dan Jagalchi sudah hampir siap tinggal saya nak selit fotonya sahaja. 1-2 hari saya publish.

  4. poknik said

    wow bro mydy…bestnya kat korea…poknik buat blog tu sebab nak kongsi pengalaman dengan orang ramai…masih banyak lagi nak belajar utk jadikan blog tu sehebat blog bro mydy…

  5. […] hamydy on Mt Hallasan Jeju Korea Se… […]

  6. WOW.. sangat berguna info yang bro bagi. Plan macam nak panjat gunung kat Korea.. Tahun lepas saya ke Rinjani, indonesia.. Lepas ni usha tiket gi Korea plak.. TQ Bro. good info.

    • hamydy said

      Salam Mokhtar

      TQ sbb singgah di blog saya yang tak seberapa ni. Trip ke Mt Hallasan sangat mudah dan simple jer bro. harap info ini dapat membantu bro untuk kesana.
      🙂

  7. juliati said

    wah…nice2….lepas ni nak pujuk kawan2 pg sinilah..

  8. shikin said

    wahhh rasa lega bila baca pasal korea kat blog ni… kalau tak dtgkan seram.. sbb bahasa sgt tak samakan kat sana.. tp bila baca kat sini.. macam tak lah sesusah mana pun.. tq tq

    • hamydy said

      hi shikin terima kaih singgah di blog saya. kalau kena caranya tak susah travel di korea, orang korea ni baik2 tak kacau pompuan. untuk bahasa kita kena stanby la perkataan dan kamus untuk memudahkan kita.

  9. azahari said

    Tq Midi dpt info, dah tak sabar2 nak ke korea.

  10. adila said

    akan ke blog ni selalu untuk kumpul maklumat. thankyou so much!🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: