The life journey

Kembara Kehidupan

Archive for May, 2014

Bukit Gasing ~ F&N Treasure Hunt

Posted by hamydy on 18, May 2014

F&N Treasure Hunt Bukit Gasing
F&N Treasure Hunt
18 May 2014 saya telah terlibat sebagai salah seorang Urusetia untuk Program F&N Treasure Hunt. Program khas bagi kakitangan F&N ini telah diadakan di Bukit Gasing. Sebanyak 6 cek point telah di sediakan untuk peserta F&N Treasure Hunt ini. Peserta Treasure Hunt ini dibahagikan kepada 7 kumpulan semuanya. Di setiap cek point terdapat tugasan yang akan diberikan untuk dilengkapkan.
F&N Treasure Hunt Bukit Gasing F&N Treasure Hunt Bukit Gasing
F&N Treasure Hunt Bukit Gasing F&N Treasure Hunt Bukit Gasing
Cek point ini melalui trail-trail ringkas iaitu melalui menara pandang, Taman Rekreasi dan juga melalui laluan utama. Setelah habis keenam cekpoint peserta berkumpul di lokasi taman permainan kanak-kanak berhampiran pintu gerbang bukit gasing untuk sarapan dan juga melalkukan tugasan berkumpulan terakhir.
F&N Treasure Hunt Bukit Gasing F&N Treasure Hunt Bukit Gasing
F&N Treasure Hunt Bukit Gasing F&N Treasure Hunt Bukit Gasing
Progam ini tamat sekitar 11.30am dengan acara penyampaian hadiah kepada kumpulan yang berjaya. Memang seronok terlibat dengan kakitangan F&N ini semuanya memberikan kerjasama berkumpulan yang baik dan sporting. Terima kasih.

Sekian

Tugasan Paling Susah
Imej 3D yang perlu mencari Ibu Burung bagi makan 3 ekor anak. Kejulingkan mata untuk tengok pic ini. Dah balik umah tenung dalam PC baru saya berjaya nampak.
F&N Treasure Hunt Bukit Gasing

Ok la sebab ramai yang telah whatsap saya bertanya dimana imej burung bagi makan anak maka saya tunjukkan lebih kurang gambarnya seperti di bawah. Apa yang kita nampak adalah bentuk imej burung bagi makan dengan warna seperti background cuma kita akan nampak dia timbul. seperti dibawah. Kita cuma nampak bentuk sahaja dan bukannya gambar burung.
F&N Treasure Hunt Bukit Gasing
Memang susah nak buat fokus mata supaya juling tanpa melihat pada satu2 warna. jika anda terfokus pada satu2 warna maka susah nak nampak bentuk. dan jangan cari bentuk burung apa anda kena buat adalah tengok ditengah2 foto sambil juling2 kan mata anda atau lihat seolah2 anda lihat menembusi foto tersebut barulah anda akan lihat.

satu hari saya duk tenung benda ni, bila dapat sahaja lihat bentuk burung dan anaknya dalam sarang maka sangatlah gembira.. saya ambil masa lama juga untuk betulkan kembali penglihatan saya… :D, mana tak semua saya nampak dua..so dinasihatkan selepas anda berjaya lihat bentuk burung ..anda pejamkan mata beberapa minit dan selepas itu cuba baca perkataan pada buku.

ok selamat mencuba..

Posted in Riadah Santai, Sukan | Tagged: , | 1 Comment »

Cuci-Cuci Zoo Negara 2014

Posted by hamydy on 18, May 2014

Zoo Negara
Zoo Negara Volunteer
Pada 17 May 2014 yang lepas saya lagi sekali ke Zoo Negara untuk aktiviti program sukarelawan zoo negara. Untuk trip ini saya anjurkan sendiri untuk group kerja saya. Seramai 18 orang semuanya group kerja saya yang terlibat.

Program Sukarelawan Zoo Negara ” Zoo Negara Volunteer”
Program ini boleh disertai oleh semua orang yang berumur 16 tahun keatas. Untuk sertai senang sahaja, apa anda perlu buat adalah dengan menghubungi zoo negara bahagian “Education Department” untuk mendaftarkan diri pada tarikh yang anda suka mengikut kekosongan yang ada. Satu hari sekitar 80 orang sukarelawan dibenarkan, jadi anda perlu call terlebih dahulu bagi memastikan anda dapat tempat.

Anda boleh hubungi no 603-4108 3422       (Education Department) dan Maklumat boleh di capai di laman web Zoo Negara http://www.zoonegaramalaysia.my/volunteerprogram.html . Borang boleh di muat turun di link berikut http://www.zoonegaramalaysia.my/education/pdf/volunteer_form2014_03.pdf . Terdapat dua sesi Anda boleh memilih untuk tugasan sukarelawan separuh hari atau sepanjang hari.

Bayaran
Bayaran yang dikenakan sebagai sukarelawan cuma RM10 bagi kali pertama. Bayaran ini sah selama setahun. Ini bermakna anda boleh datang menjadi sukarelawan sebanyak kali yang anda suka selama setahun tanpa bayaran. Bayaran masuk biasa bagi MyKad untuk melawat Zoo Negara adalah RM30 bagi 13 tahun keatas, RM6 bagi kanak-kanak 6-12 tahun dan warga tua RM10. bagi warga asing RM50 dewasa, RM20 kanak-kanak dan RM40 warga tua.
Zoo Negara Zoo Negara
Ok berbalik kepada trip saya. Peserta mestilah berada tepat jam 8.00am di depan pejabat Education Department untuk mendengar taklimat dan arahan dari pihak zoo negara. Jika anda lewat anda mungkin tidak dibenarkan untuk melakukan aktiviti. Peserta di berikan kumpulan dan kemudiannya diserahkan kepada beberapa penjaga zoo untuk tugasan tertentu mengikut kandang haiwan yang telah ditetapkan. Saya dan group dapat kandang Zirafah dan Kandang Gajah.
Zoo Negara Zoo Negara
Zoo Negara Zoo Negara
Antara tugasan yang dilakukan seperti membersihkan kandang, bagi mandi haiwan dan juga memberi makan haiwan. Tugasan kekadang bergantung kepada kandang yang anda dapat, ada kandang memerlukan kerja yang banyak dan juga sedikit memenatkan tapi enjoy. Ada juga tugasan ringan jika anda dapat kandang yang kurang aktiviti pembersihan. Group saya hanya membuat aktiviti sukarelawan untuk separuh hari sahaja iaitu 8.00am-12.30pm. Petugas sukarelawan tidak dibernarkan mengambil gambar didalam kandang dan juga apa yang dibuat dalam dan belakang kandang, jadi setiap kumpulan sukarelawan dibenarkan melantik seorang jurugambar dan juga ketua bagi mengawasi kumpulannya dan merakam gambar ahli dari luar kandang. Peserta juga diberi sedikit masa untuk melawat haiwan jika mahu sebelum menamatkan program. Kami berhenti pada jam 12.00 tengahari dan diberi masa melawat haiwan sehingga tamat program pada 12.30pm.

Sebelum beredar kami di beri taklimat dan ucapan terima kasih oleh pegawai zoo negara dan kami di alu-alukan untuk terus memberikan khidmat sukarelawan ini di masa akan datang.

Berikut adalah antara pic sempat di rakan oleh rakan2 saya.
Zoo Negara Zoo Negara
Zoo Negara Zoo Negara
Zoo Negara Zoo Negara

Sekian

Posted in Riadah Santai | Tagged: , | Leave a Comment »

Pasar Borong Selangor

Posted by hamydy on 14, May 2014

Pasar Borong Selangor

Pasar Borong Selangor
“Kompleks Pasar Borong Selangor yang terletak di Seri Kembangan siap dibina pada Mac 2001 dengan kos RM25.28 juta dan mula beroperasi pada Mei 2001. Pengurusan pasar borong ini menjadi aktiviti utama PKPS Agro Industries Sdn Bhd (PAISB), subsidiari milik penuh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

Pada peringkat awal operasi pasar borong tidak mendapat sambutan petani dan nelayan kerana kurang pengunjung serta kawasan persekitarannya belum membangun menyebabkan PAISB menyewakan lot perniagaan pasar borong kepada sesiapa yang berminat untuk menanggung kos operasi.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010, daripada 229 lot perniagaan yang disewakan, 124 lot atau 54.1 peratus dikendalikan pekerja warga asing seperti Myanmar, Bangladesh dan Indonesia, 61 lot (26.7 peratus) oleh warga tempatan manakala 44 lot (19.2 peratus) ditutup atau tidak berniaga.
Read more: http://sa-melayu.blogspot.com/2011/10/laporan-audit-2010-pasar-borong.html#ixzz31bnnsgVL

Ok berbalik kepada lawatan saya di pasar Borong Selangor memang seperti dalam laporan Audit 2010, memang masih terdapat warga asing yang menjual ikan dan juga sayur. Tapi saya tidak la nak mengulas perkara ini. Dalam entri ini saya nak kongsikan serba sedikit berkaitan Pasar Borong Selangor ini.

Saya pun bukan la pengunjung tetap ke pasar Borong ini, ada la beberapa kali saya datang kesini pada hujung minggu membeli bahan mentah. Pada awal pembukaan saya pernah datang sekitar tahun 2002, pada masa itu tidak banyak kawasan perumahan yang berhampiran so memang kurang meriah. Tapi sekarang sudah meriah cuma mungkin tak cukup meriah kot :D.

Ok la pada hujung minggu kalau saya tiada aktiviti dan terasa rajin nak masak saya datang la membeli bahan mentah disini sambil cuci mata. Pasar Borong selangor terletak di Seri Kembangan dan berhampiran dengan Taman Perumahan seperti Taman Equine dan bersebelahan Taman Pinggiran Putra.

Harga yang ditawarkan, hmmm saya pun tak pandai nak tengok mahal ker murah sebab bukan selalu pun masak. Tapi yang penting banyak pilihan dan boleh cari yang segar. So tak banyak yang boleh saya ceritakan pasal pasar borong ni jadi saya kongsikan gambar2 yang saya ambil masa kunjungan saya. harap anda semua yang juga boleh turut shoping di pasar borong ini.

Banggunan Utama Komplek Pasar Borong Selangor
Pasar Borong Selangor Pasar Borong Selangor
Pasar Borong Selangor Pasar Borong Selangor
Pasar Borong Selangor Pasar Borong Selangor
Pasar Borong Selangor Pasar Borong Selangor
Pasar Borong Selangor Pasar Borong Selangor
Pasar Borong Selangor Pasar Borong Selangor
Pasar Borong Selangor Pasar Borong Selangor
Pasar Borong Selangor Pasar Borong Selangor

Shop Lot di sekeliling Komplek Pasar Borong
Pasar Borong Selangor Pasar Borong Selangor
Pasar Borong Selangor Pasar Borong Selangor
Pasar Borong Selangor Pasar Borong Selangor
Pasar Borong Selangor Pasar Borong Selangor

Clay City Trading
Pasar Borong Selangor
Apa yang menarik dengan Clay City trading ini adalah terdapat pelbagai barangan untuk rumah dan alat kelengkapan peniaga kecil. saya survey harga, saya dapati sesetengah barang tidak la terlalu murah, ada barangan yang hampir sama harga seperti di Giant. Tetapi disebabkan semua kelengkapan ada kat sini kira senang la untuk nak beli. Jika beli borong harga lebih murah sbb dapat diskaun berbanding beli satu-satu.
Pasar Borong Selangor Pasar Borong Selangor
Pasar Borong Selangor Pasar Borong Selangor
Pasar Borong Selangor Pasar Borong Selangor
Pasar Borong Selangor Pasar Borong Selangor

Lokasi
Koordinat : 2.984977,101.670503
Alamat : Kompleks Pasar Borong Selangor Pasar Borong Selangor, Jalan Besar, 47100 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia

Sekian

Posted in Ruangan Perniagaan | Tagged: | 1 Comment »

Bukit Kutu 2014

Posted by hamydy on 12, May 2014

Bukit Kutu
Bukit Kutu
Trip Day Pack ke Bukit Kutu ini saya join event Group BAT (Boarderles Atventure Team) . Kelab outdoor BAT. Trip yang di uruskan oleh Cik Diana dan groupnya berjalan lancar dan baik. Lead pendakian di ketuai oleh Aidil dan Sweeper pula oleh Azman dan runner oleh Rizal. Team BAT cuma mengenakan bayaran RM5 seorang untuk luch dan pengurusan. Trip yang santai ini memang menarik. Trip di sertai seramai 23 orang dari pelbagai latarbelakang. Tahniah kepada Team BAT kerana penganjuran trip yang baik ini.

“Gunung Kutu juga dikenali sebagai Bukit Kutu, kedudukannya berada dalam daerah Hulu Selangor iaitu di Kuala Kubu Baru yang terletak berhampiran Kampung Pertak, Selangor, Malaysia. Bukit Kutu atau dahulunya dikenali sebagai Trecher’s Hill yang terletak pada ketinggian 3456 kaki atau 1090 meter daripada aras laut. Dahulunya ketika zaman kolonial British puncak Bukit Kutu adalah stesen pemantauan tentera British. Namun ia terbengkalai setelah dibom oleh tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua. Perjalanan atau pendakian untuk sampai ke puncak Bukit Kutu mengambil masa lebih kurang kira-kira empat jam perjalanan yang bermula melalui kawasan perkampungan orang Asli peretak penempatan baharu Kampung Orang Asli Simpang, tidak jauh dari Empangan Hulu Selangor.  Perjalanan ke Bukit Kutu agak mudah pada permulaannya, tetapi selepas melintasi dua buah jambatan besi, kesukaran mula dirasai. Terdapat juga dua buah gua yang dikenali sebagai Gua Air dan Gua Kambing Bukit Kutu juga banyak menyimpan seribu satu khazanah alam semulajadi yang belum diterokai.Bukit kutu ini juga adalah merupakan tempat peranginan bangsawan-bangsawan British suatu ketika dahulu. Sumber http://ms.wikipedia.org/wiki/Gunung_Kutu”

Sejarah Bukit KUTU
“Bukit Kutu juga dikenali sebagai Bukit Treacher apabila William Hood Treacher menemui tempat ini pada tahun 1893 (New Straits Times 2003). Sir WH Treacher, K.C.M.G. berkhidmat sebagai Residen British di Selangor dari 1892 hingga 1896.
-sumber : http://www.jimmychew.com/Places/Remembering-Bukit-Kutu/

Banglo di puncak Bukit Kutu dipercayai dibina pada 1894 apabila tender untuk mendirikannya dikeluarkan pada 21 Mei 1894. Ini bermakna banglo tersebut sudahpun berusia 119 tahun. Tinjauan S2 di puncak Bukit Kutu pada 25 Ogos 2013 lalu mendapati runtuhan banglo termasuk dinding, cerobong asap, perigi dan tangga masih ada.- Artikel Penuh: http://202.190.126.82/utusan/Laporan_Khas/20130921/lk_02/Upah-pikul-tandu-RM5-seorang © Utusan Melayu (M) Bhd”
Bukit Kutu Bukit Kutu
Berbalik pada trip saya. Kami semua berkumpul di Exit Tol Tanjung Malim pada jam 6.00am. Selesai solat subuh di Tol kami betolak ke Pekan Kuala Kubu Baru. Kami singgah sarapan di Restoran Mamak Fazlina Maju sambil urusetia melaporkan pendakian di Balai Polis. Selesai Sarapan satu taklimat ringkas diberikan oleh Aidil di kawasan Parking. Setelah itu baru kami bertolak ke Kg Pertak untuk ke Bukit Kutu.

Kami bergerak sehingga penghujung jalan yang ada jambatan besi. Disini Parking kereta agak terhad, jadi perlu susun kereta cantik2, Selain yang mendaki ada juga yang datang bercamping dan berkelah di kawasan sungai ini.
Bukit Kutu Bukit Kutu
Pada jam 8.35am kami semua sudah siap sedia untuk naik. Satu taklimat ringkas diberikan sekali lagi oleh Aidil sebelum sesi pemanasan badan dan bacaan doa.
Bukit Kutu Bukit Kutu
Perjalanan diawal pendakian tidak susah cuma mendatar sahaja dengan melalui 3 buah sungai, Sungai pertama dan kedua melalui 2 buah jambatan Besi. Jambatan Besi yang pertama masih kukuh dan boleh digunakan Manakala jambatan besi kedua telah roboh dan masih boleh boleh melintas dengan berhati-hati. Setelah 25minit berjalan melepasi jambatan kedua ini kita akan berjalan mendatar di laluan yang luas sehingga jumpa sungai ke tiga yang perlu direntasi. Jadi kat sini perlu buka kasut la jika tidak mahu basah. Kecuali yang pakai sander atau kasut getah adidas kampung :D.
Bukit Kutu Bukit Kutu
Setelah merentasi sungai ini maka laluan makin sempit dan melalui kawasan hutan. Kita juga akan jumpa sungai kecil jika air tak banyak boleh melangkah sahaja kalau tak kena merentas jugak jika air banyak. Setelah jumpa sungai kecil ini barulah cabaran bermula. Trek mula menaik sehingga 45 darjah. Kesemputan mula terasa bagi yang beginer :D. Dilaluan ini anda akan jumpa satu pokok besar yang sangat berakar. Memang banyak akar dan anda perlu berjalan dan melangkah secara berhati2 untuk mengelakkan kaki terseliuh.
Bukit Kutu Bukit Kutu
Penanda Cekpoint pun sudah tidak kelihatan. So kami pun tak pasti cekpoin berapa yang kami lalui. Seterunya kami terus mendaki melalui kawasan pokok buluh. Mencabar juga di kawasan pokok buluh ini kerana trek terhalang oleh pokok buluh yang patah dan tumbang. terpaksa membongkok dan merangkak. Laluan trek memang jelas kelihatan. Ada tempat kelihatan ada simpang namun kita ikut tali merah yang ditandakan sahaja.
Bukit Kutu Bukit Kutu
Pada jam 11.15am kami sampai di kawasan batu besar yang pertama. So bila jumpa batu ini maka anda sudah dekat dengan tempat hentian rehat Kawasan Berbatu Besar cuma berjalan dalam masa 10minit sahaja lagi. Sampai kawasan Berbatu besar ni jam 11.26am, kawasan ini memberikan pemandangan yang menarik. So biasanya disinilah semua pendaki berhenti rehat dan makan. Batu ini sangat besar dan tinggi sehinggakan kita boleh berteduh jika hujan. Kebetulan masa kami mendaki dikatakan musim lebah. Jadi banyak juga lebah yang hinggap pada kita. Jangan di tepuk nanti kena sengat jadi kibas-kibas sahaja. lebah ni mungkin hinggap untuk menjilat air garam peluh kita :).
Bukit Kutu Bukit Kutu
Kami berehat selama lebih kurang 15 minit, sambil makan roti, biskut dan minum air. Tidak ketinggalan sesi bergambar. Trip kami ni santai sahaja jadi kami tidak terkejar masa. Namun kami juga target untuk sampai ke kawasan tinggalan Bunglow lama ini jam 12.00pm. Setelah melalui kawasan batu besar ini kami lagi sekali melalui kawasan pokok buluh. kawasan ini kelihatan pernah terbakar kemungkinan ketika musim kemarau yang lalu.
Bukit Kutu Bukit Kutu
Bukit Kutu Bukit Kutu
Seterusnya kami sampai di kawasan puncak iaitu kawasan Tinggalan Bunglow lama pada jam 1.00pm. Nampaknya kami telah tersasar satu jam. sampai di kawasan ini kami rehat sambil tunggu peserta yang lain yg sedikit pelahan kerana masalah kekejangan. Di Tapak Bunglow lama ini yang tinggal hanyalah Cimney (Cerobong asap yang masih kukuh, tangga dan serpihan dinding. Terdapat juga telaga besi yang masih kukuh.
Bukit Kutu Bukit Kutu
Kalau dah sampai ke Bunglow Lama ini bermakna anda sudah sampai puncak, jadi untuk ke Peak anda pelu memanjat Batu menggunakan tangga. Peak batu ini kecik sahaja, cuma boleh naik 2 orang sahaja satu masa. jadi kita kena bergilir-gilir untuk naik. Memang bahaya dan pendaki hendaklah berhati-hati.
Bukit Kutu Bukit Kutu Bukit Kutu
Terdapat 3 tangga yang disediakan. Tangga pertama yang paling tinggi, jika tangga pertama ni tiada rasanya memang susah untuk memanjat batu ini. Kemudian tangga kedua dan ketiga pendek sahaja. Tangga kedua dan ketiga ini terletak diatas batu, tidak kukuh sangat, jagi anda jangan goyang2 kan tangga ini kalau jatuh memang terus kebawah dan bembawa maut. Di Peak batu hanya boleh duduk seorang sahaja, jika berangin di harap anda jangan bangun dan jika hujan juga bahaya sebab licin.

Bukit Kutu
Setelah bergambar di Peak Bukit Kutu, kami turun ke Kawasan Bunglow Lama untuk makan tengahari. Pihak penganjur telah pun masak air dan juga masak sardin untuk di cicah dengan roti sandwich. Stetelah semua siap makan kami pun bersiap2 turun dengan membawa semua sampah yang kami yang hasilkan.

Bukit Kutu Bukit Kutu
Bukit Kutu Bukit Kutu
Menu ringkas ini memang mengenyangkan. Tambahan pula jika ada ada bawa meggi cup, memang terasa lazat saja makan meggi atas gunung tambah lagi jika hujan dan sejuk. Hendak lagi sedap tambahkan meggi anda dengan sardin yang di masak. Pergghh memang terbaik la rasanya kennyang sehingga menjilat magkuk la orang kata.. haha 😀

Bukit Kutu
Perjalanan turun lebih cepat dari naik. Kami bertolak turun pada jam 3.45pm dan sampai ke sungai pertama yang kami rentasi pada jam 6.20pm. Sampai si sungai ini ada peserta melepaskan penat dengan mandi dan berendam sambil menunggu peserta lain tiba. Lebih kurang 6.45pm kami semua bergerak ke parking kereta dan pulang menuju destinasi masing2.

Bukit Kutu Bukit Kutu
Terima kasih kepada semua peserta yang telah memberikan kerjasama menjayakan trip Bukit Kutu dan juga ribuan Terima kasih kepada penganjur Team BAT.

Sekian

Tips
– Bole buat daypack tanpa bermalam
– Digalakkan mula pendakian awal iaitu sekitar jam 7.30am
– Bawa Baju Hujan
– Makanan untuk lunch
– Ada pacat jika hujan sebelumnya
– Insect repellent jika perlu untuk elak nyamuk dan lebah
– Pastikan anda sarapan sebelum mendaki, jangan minum yang berangin seperti nescafe
– Bila sampai kat Puncak, kat area Cimney (Cerobong asap) jangan lupa pergi ke belakangnya ada satu trail pendek ke Bunglow Tersembunyi yang masih ada tinggalan dinding dan jendela. Saya terlepas Bunglow ini…huhuhu
Bukit Kutu Bukit Kutu
Sumber Gambar : Blog http://dexxy.net/2011/07/bukit-kutu-revisited/

Tips, Bayaran dan Guide
– Setakat ini tiada bayaran dikenakan
– Permit – Kalau ikutkan jika kita masuk hutan simpan ni kena bayar permit kat Jab Perhutanan, tapi kat sini tiada
– Guide – Tidak perlu guide, tapi anda perlu pergi dengan orang yang biasa pergi untuk keselamatan.
– Sediakan List Nama lengkap dengan IC dan waris untuk lapor diri pada Pejabat polis kat Pekan kuala Kubu Baru

Amaran
– Peak Batu Puncak Bukit Kutu kecil – Perlu Hati-hati jika hendak panjat ke batu, Utamakan keselamatan
– Jangan Buang sampah
– Sila bawa turun sampah yang anda buat

Lokasi : Kuala Kubu Bharu, Selangor, Malaysia
– Masuk ikut Kampung Pertak (Kampung Moden Orang Asli)- Terus hingga ke sungai.
– Point Mula: 3.572510, 101.738128
– Summit: 3.543263, 101.719998
– Ketinggian : 1053m atas paras laut

Tentatif
Hari Pertama : 10 May 2014 : Sabtu
05.00am – Bergerak dari KL
06.00am – Berkumpul di Exit Tol Tanjung Malim
06.30am – Mula bergerak
07.30am – Tiba Pekan Kuala Kubu Baru
08.00am – Bergerak ke Kampung Pertak
08.24am – Tiba di penghujung jalan – Parking kereta dan Siap sedia
08.35am – Mula bergerak
09.00am – Menyeberangi Sungai
11.23am – Tiba di Batu Sangat Besar
01.00pm – Tiba di Kawasan Tinggalan Bunglow dan rehat tunggu peserta lain
01.30pm – Mula naik ke Peak Bukit Kutu dan Bergambar
02.00pm – Lunch
06.20pm – Tiba di Sungai
06.45pm – Bertolak ke Parking dan pulang.

Gambar Lama Bunglow di Bukit Kutu
Gambar lama ini saya petik dari Blog En SHIEK ENG MENG, Beliau bertuah kerana semasa beliau mendaki beliau telah terserempak dengan Mr Tony Wright yang turut mendaki. Mr Tony Wright adalah merupakan salah seorang cucu kepada pegawai British yang pernah menginap di Bunglow tersebut yang satu masa dahulu yang merupakan rumah peranginan bagi Pegawai-Pegawai British.
Blog En Shiek http://shiekblog.blogspot.com/2011/07/bukit-kutu-interesting-story-from.html.

Gambar dan text dibawah ni saya petik dari Blog En Shiek. Gambar Hitam putih ini pula sumbangan Mr Tony Wright kepada En Shiek.
Bukit Kutu Bukit Kutu
Bukit Kutu
(Photo contributed by Mr Tony Wright)
Bukit Kutu
Mr Tony Wright (second from right) showing photos to other trekkers at the peak of Bukit Kutu. The old photos of the bungalow created massive interest among the trekkers.
Bukit Kutu
Photo of Tony’s grandmother (sitting) with Sister Sutton (who was working at the sanatorium). You can still find these two big rocks among the overgrown vegetation at the peak of Bukit Kutu.
(Photo contributed by Mr Tony Wright)

Posted in Pendakian Gunung | Tagged: , , , | 3 Comments »

Bukit Gasing ~ Via Pantai HillPark

Posted by hamydy on 4, May 2014

Bukit Gasing ~ Via Pantai HillPark
Bukit Gasing via Pantai HillPark
Ramai yang kurang tahu yang kita boleh masuk Bukit Gasing melalui Pantai Hillpark. Sebelum ini saya pun masuk melalui Pintu Gerbang utama sahaja. Tapi disebabkan masalah parking maka saya beralih masuk melalui Pantai Hillpark. Ternyata parking tidak la menjadi masalah walaupun tidak meriah macam Laluan Utama Pintu Gerbang Bukit Gasing.

Untuk entri yang ini saya kongsikan trail pendek yang sangat berkesan jika dibuat berulang kali. Cuma perlukan masa 30minit untuk buat satu pusingan trail ini dan kita mendapat 2 buah bukit. Trail yang saya maksudkan adalah Trail Bukit Abu Bakar. Saya kurang pasti macamana bukit ini dapat nama Bukit Abu Bakar dikalangan pengunjung melayu, atau pun ada yang panggil Trail Jambatan gantung.
Bukit Gasing ~ Via Pantai HillPark Bukit Gasing ~ Via Pantai HillPark
Bukit Gasing ~ Via Pantai HillPark Bukit Gasing ~ Via Pantai HillPark
Pintu Masuk Pantai Hillpark
Pintu masuk adalah melalui hadapan pintu masuk Pusat Komuniti Lembah Pantai di  Hillpark. Jadi kalau nak masuk ikut sini boleh la parkin dalam kawasan parking pusat komuniti ini. Pusat komuniti ini mempunyai kemudahan yang lengkap, seperti Toilet, Dewan, Swimming Poll, Gim dan padang permainan kanak-kanak. Tapi untuk pendaki Bukit Gasing atlest kita dapat guna kemudahan tandas kira dah ok kan :D. Tandas ni memang selesa dan bersih serta ada bilik mandi di dalam tandas ini.
Bukit Gasing ~ Via Pantai HillPark Bukit Gasing ~ Via Pantai HillPark
Bukit Gasing ~ Via Pantai HillPark Bukit Gasing ~ Via Pantai HillPark
Pemulaan masuk kalau kita lihat dihadapan pusat komuniti ni jalan mati kerana ada projek pembinaan. So masuk memelalui denai bersebelahan tepi pagar Zink. Selepas laluan dinding Zink anda akan nampak 2 simpang, so ambik simpang kanan, Laluan ini akan membawa kita sampai ke Trail Bukit Abu Bakar/ Jambatan Gantung. Masuk sahaja ke laluan trail ini anda akan jumpa simpang dengan 2 buah Bangku, sebelah kiri adalah ke menara pandang dan sebelah kanan ke Bukit Abu Bakar dan Jambatan Gantung.
Bukit Gasing ~ Via Pantai HillPark Bukit Gasing ~ Via Pantai HillPark
Adalah di cadangkan supaya anda melalui laluan ke Jambatan gantung terlebih dahulu supaya anda mendapat kesan mendaki 2 buah bukit. Selepas melalui jambatan gantung anda akan mendaki satu bukit kecil tidak la terlalu curam sangat. Setelah itu anda akan menurun sehingga jumpa kesan sungai kecil, kekadang ada air jika tidak kering. Selepas sungai kecil itu barulah permulaan mendaki bukit abu bakar yang sememangnya curam lebih kurang 45-55 darjah. Setelah sampai di puncak Bukit Abu Bakar anda akan menurun ke simpang yang mula2 anda sampai jika dari pantai hillpark td.
Bukit Gasing ~ Via Pantai HillPark Bukit Gasing ~ Via Pantai HillPark
Jika anda malas atau tiada masa boleh la sekadar pusing Trail ini. Satu pusingan trail ini ambil masa 30 minit, kalau anda sudah biasa dan boleh berlari anda mungkin ambil masa 15 minit sahaja. So selalu kalau saya kesuntukan masa saya buat trail ini 2-3 pusingan sahaja dan terus balik rumah. Kira dapat dua buah bukit yang mencabar pun ok dah untuk mengekalkan stamina dan latihan kaki.

Tips dan Panduan
1. Sila gunakan Insect Repellent – untuk mencegah nyamuk ketika musim nyamuk banyak. Sebagai pencegahan.
2. Tongkat jika perlu
3. Air

Peringatan
1. Jangan trekking jika waktu sunyi dan tiada orang dan jangan melalui trail yang jarang orang lalu jika berseorangan dan lewat petang atau lewat tengahari. Sebagai Langkah keselamatan. Biasanya waktu paling ramai orang adalah sekitar jam 6.00am-9.00am dan 4.00pm-6.30pm.

Anda boleh baca entri bukit gasing untuk trail2 lain di entri berikut
1. https://hamydy.wordpress.com/2013/05/26/bukit-gasing-latihan-pre-mt-kinabalu/
2. https://hamydy.wordpress.com/2012/10/11/latihan-pre-kinabalu-bukit-gasing/
3. https://hamydy.wordpress.com/2011/11/27/bukit-gasing-27-nov-2011/
4. https://hamydy.wordpress.com/2011/02/02/bukit-gasing/

Posted in Pendakian Gunung | Tagged: , , | Leave a Comment »

Taman Negara Bako Sarawak 2014

Posted by hamydy on 3, May 2014

Taman Negara Bako
Taman Negara Bako
Trip Taman Negara Bako kali ini merupakan trip kedua saya. kali pertama saya tak sempat explore banyak kerana kekurangan masa. So trip kali ini saya dapat juga explore beberapa trail.

“Taman Negara Bako, yang ditubuhkan pada tahun 1957, adalah taman negara yang tertua di Sarawak. Ia meliputi kawasan seluas 27.27 kilometer persegi (10.53 batu persegi) di hujung semenanjung Muara Tebas di Muara Bako dan Sungai Kuching . Ia adalah kira-kira 40 kilometer (25 batu) melalui jalan raya dari Kuching. Berjuta-juta tahun hakisan batu pasir yang telah mencipta satu pantai tebing curam, tanjung berbatu dan teluk berpasir. Hakisan ombak di kaki tebing telah mengukir banyak tanjung berbatu yang berbentuk menarik dan seastacks dengan corak berwarna dibentuk oleh pemendapan besi. Sebahagian daripada pembentukan batu dapat dilihat pada Pantai Teluk Assam. Taman ini hanya boleh dicapai dengan menaiki bot 20 minit dari kampung Kampung Bako”   Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Bako_National_Park

Ok berbalik pada trip saya.

Penginapan
Saya selalu pilih menginap di Tune Hotel WaterFront sebab mudah dan murah. Tune Hotel ini betul-betul dekat dengan WaterFront. Ada juga lodge atau hostel buget yang lain, pilihan bergantung pada harga dan juga lokasi yang menyenangkan anda. Terdapat juga chalet dan hotel murah di kawasan Pantai Damai resort jika anda memilih hendak relaks kat sana.

Pengangkutan Awam
Pengangkutan awam seperti Bas Awam memang agak susah jika kita tidak tahu jadualnya. So masa di Tune Hotel, kita boleh dapatkan jadual Bas yang disediakan dikaunter. Tetapi petugas Tune selalu pesan yang jadual tu tak berapa tepat sangat, maksud dia jika dalam jadual tulis jam 8.00am, bas mungkin akan sampai terawal atau terlewat sedikit. Tapi ikut pengalaman saya jika kita tunggu di Stesen Bas, saya dapati bas tiba ikut masa Cuma mula gerak saja yang bergantung kepada driver. Jadi jadual bus tu penting anda dapatkan supaya mudah untuk rujukan anda.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Bus Ke Bako
Jadual bus ke Bako paling awal adalah jam 7.00am yang bermula di stesen Stesen Bus Petra Jaya Transport. Jika Anda malas hendak ke Stesen Bus Petra Jaya Transport ini anda boleh juga tunggu bus di hadapan waterfront sebab bus ini melalui jalan depan waterfront. Oleh sebab saya pertama kali nak naik bus ke Bako ini saya pikir adalah baik saya tunggu di stesen, kurang-kurangya saya dapat explore lokasi stesen dan juga keadaan kat sana lagipun dari Tune Hotel tak jauh pun kalau berjalan kaki cuma 15 minit sahaja. Stesen bus ini terletak betul-betul di hadapan banggunan Mall Electra House dan ada gerai-gerai makan. Saya gerak dari Tune Hotel sekitar jam 6.15am dan sampai di Stesen sekitar 6.30am, saya tak nampak pun banggunan stesen bus cuma deretan blok rumah kedai dan bus bandar pun berhenti disitu sahaja berdekatan dengan gerai2 ini.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Bus ke Bako sampai 6.45am dan driver bus cakap dia nak sarapan dahulu, so saya pun apa lagi sarapan la jugak kat gerai yang berdekatan, tepat jam 7.10am baru bus bergerak. Tiket bus ke Bako cuma RM3.50. Perjalanan mengambil masa sekitar 1 jam bergantung kepada kekerapan bus berhenti ambil dan turunkan penumpang. Kalau memandu sendiri kereta sekitar 45 minit.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Terminal Jeti Bako
Hentian terakhir bus ini adalah di Terminal Jeti Bako. Perlu ingat bus terakhir dari Bako ke Kuching adalah jam 5.00pm oleh itu anda jangan lewat. Sampai di Terminal Jeti Bako anda terus ke kaunter buat pendaftaran dan bayaran Permit Taman Negara RM10 dan RM20 jika warga asing. Setelah buat bayaran anda terus ke kaunter boat untuk buat bayaran boat sehala iaitu sebanyak RM15 seorang, manakala tiket boat pulang, semasa nak pulang dari Taman Negara Bako baru bayar pulak RM15. Penumpang boat akan di pol kan satu boat yang boleh muat 6-8orang.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Semasa saya sampai di jeti BAKO ada sekumpulan pelajar sekolah buat program bermalam di Taman Negara Bako. Setelah diberi Life Jaket saya mula menaiki boat. Di Jeti terminal ini ada sighboard Amaran Bahaya Buaya, Jadi perlu berhati-hati dan ikut nasihat tekong boat. Jangan suka-suka main-main air ditepi sungai dengan juntaikan kaki dan tangan anda dalam air. Walaupun tak nampak tapi kenala berjaga-jaga kalau tak takan dia letak amaran disitu kan :D. Perjalanan menggunakan boat cuma ambil masa sekitar 15-20 minit sahaja. Jika air surut boat akan mendarat di tepi pantai dan jika air pasang Boat akan mendarat di Jeti Taman Negara Bako.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Taman Negara Bako
Sampai sahaja di pantai Taman Negara Bako, saya mengambil kesempatan bergambar dengan pemandangan batu kerana jika air pasang kita tak berpeluang bergambar kat pantai ini. Seterusnya saya berjalan kaki ke HQ Park (Pejabat Pendaftaran Taman Negara). Sampai diakunter kita daftarkan diri dan tunjukkan permit yang telah kita bayar semasa di jeti Bako. Selepas itu petugas akan bagi penereangan dan juga peta Trail, dan kita dikehendaki memilih trail mana yang kita hendak pergi untuk direkodkan.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Boat ke Landmark Batu
Setelah itu saya pergi ke kaunter Boat yang terletak di banggunan sebelah untuk sewa boat ke Landmark Batu Taman Negara Bako. Kalau kita trekking kita tak dapat hendak pergi hampir dengan batu ini, hanya boleh di capai dengan menaiki boat sahaja. Bayaran yang dikenakan adalah RM35 satu boat yang boleh muat sekitar 6orang. So kalau anda ramai lagi jimat la. Perjalanan ke Batu cuma 5-10minit jika terus, tetapi pemandu boat akan bergerak pelahan supaya kita dapat menghayati pemandangan tebing batu dan bergambar dan juga bergambar mengelingi batu Landmark yang mengambil masa 15-30 minit. Setelah puas bergambar baru lah dia turunkan kita di pantai berdekatan batu tersebut. Kalau ikut peta Trail. Pantai ini di Trail Pandan Kecil.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Adalah dicadangkan supaya anda terus ambil Boat ke Landmark Batu, sebelum meneruskan trekking untuk perjalanan pulang atau ke trail-trail lain. Ini supaya anda jimat masa dan dan dapat pergi dekat dengan Landmarka Batu, lagi satu rugi kot kalau jauh2 dari semenanjung tapi tak boleh pergi dekat dengan landmark batu. Ini berlaku pada trip saya yang pertama pada tahun 2011 yang lalu dimana saya trekking dari HQ Park untuk pergi ke Landmark Batu yang hanya boleh nampak sayup sahaja dari tepi pantai…Rugi-rugi.

Taman Negara Bako
(Atas nasihat pihak renjer, saya keluarkan no tel renjer dari blog saya, jadi pembaca boleh hubungi no office untuk sebarang pertanyaan) Update 30.4.2015

Trail Taman Negara Bako
Terdapat 16 trail semuanya di Taman Negara Bako. Kebetulan masa saya sampai terdapat 6 trail ditutup buat sementara waktu untuk proses penyelengaraan. Dengan masa yang ada saya telah memilih 3 trail untuk Explore. Iaitu Trail Pandan Kecil, Trail Pandan Besar dan Trail Tanjung Tajor (ke Air Terjun Tajor sahaja). Ketiga2 trail ini pun dengan betul2 kejar masa dan curi masa bergambar, kerana perlu sampai ke HQ Park sebelum 3.30pm untuk booking boat pulang yang terakhir pada jam 4.00pm dan perlu pula kejar bus last ke Kuching jam 5.00pm. Jadi masa perlu di jaga dengan baik :D.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Trail Pandan Kecil
Trail Pandan Kecil ini kalau trekking dari HQ Park adalah sejauh 2.6km dengan ambil masa 1 jam 30 minit. Disebabkan saya naik boat terus ke Pantai Pandan Kecil dari Landmark Batu, so saya dah jimat masa. Pemandangan di pandai ini memang cantik dengan bergambar di tebing tinggi. Ada juga pengunjung yang mandi manda disini. Ditepi tebing sebelum turun ke pantai ada sebuah Pondok untuk istirehat.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Trail Pandan Besar
Trail ini tak jauh dari Trail Pandan Kecil lebih kurang 500m sahaja. Pemandangan disini memang di atas tebing yang tinggi ada sebuah kerusi panjang untuk rehat. Trail ini tidak boleh turun ke pantai cuma boleh tengok dari atas sahaja.

Trail Tanjung Tajor
Saya lalu trail Tanjung Tajor adalah untuk ke Air Terjun Tajor yang kita jumpa di pertengahan jalan trail Tanjung Tajor. Kalau nak pergi sampai ke Pantai Tanjung Tajor saya kuatir tidak cukup masa untuk pulang ke HQ Park pada masanya.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Air Terjun Tajor
Air terjun Tajor ni tak la best sangat biasa sahaja. Tapi rasa puas jugak sebab sampai sini, dapat rehat dan makan bekalan yang dibawa. Memandangkan laluan trail banyak laluan terbuka di panah sinar matahari yang terik memang terasa sejuk dan segar di air terjun ini. Setelah rehat saya terus trekking pulang ke HQ Park secepat mungkin.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Laluan Trail
Sepanjang trekking di 3 trail ini saya dapati trek tidakla susah. Cuma cabaran kepanasan matahari sahaja kerana kebanyakkan laluan kita terdedah kepada cahaya Matahari dan digalakkan memakai kasut yang sesuai supaya kaki tidak cedera. Selain itu anda boleh juga membawa payung :D. Sila bawa air yang cukup, saya bawa 3 liter air dan 2 botol isotonik. Sepanjang 3 trail ini tiada kemudahan tandas, jadi paham2 la kalau nak buang air kat mana 😀 oleh itu jangan lupa tisu basah. Kemudahan yang ada sepanjang 3 trail ini cuma pondok dan kerusi untuk berehat sahaja.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Jika anda bernasib baik anda akan bertembung dengan beberapa ekor babi berjangut semasa di laluan trail. Saya terserempak dengan beberapa ekor babi berjanggut ini semasa di trail Lintang ketika hendak pulang ke HQ. Mula tu cuak jugak ingat liar..tapi bila diperhati ia jinak dan tak ganggu kita pun. Saya sempat merakam beberapa keping foto.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Terdapat Papan Tanda peringatan supaya tidak merokok dikawasan laluan trail yang terbuka kerana keadaan panas dan daun kering mudah untuk menyebabkan kebakaran. Para pengunjung hanya dibenarkan merokok pada lokasi papan tanda ini sahaja lain tempat tidak dibenarkan. jadi anda mungkin akan lihat pengunjung lain berhenti rehat merokok disini.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Sebenarnya pada jam 3.00pm saya cuba hendak ke Trail Tanjung Paku untuk lihat Monyet Proboscis (Beruk Hidung Belanda) semasa di persimpangan ke HQ Park, tapi sebab tak cukup masa saya cuma mencari monyet ini di kawasan bakau Teluk Assam sahaja tapi tiada :(.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Teluk Assam
Kawasan Teluk Assam ini memang menarik. Laluan berkayu diatas air melalui kawasan pokok bakau memang menarik perhatian. Di Teluk Assam ini ada Jetty dimana boat akan mendarat semasa air pasang. Di kawasan ini selalunya kita akan dapat melihat Monyet Proboscis keluar mencari makan.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Seterusnya 3.30pm saya sampai di HQ Park terus booking dan bayar tiket boat untuk last boat jam 4.00pm.
Di HQ Park saya berehat dan lunch di cafe yang disediakan. Jika anda makan pisang di luar nanti akan ada petugas meminta anda makan di dalam cafe supaya tidak menarik perhatian monyet dan kera. Dan juga pihak HQ Park tidak mahu mengajar haiwan ini supaya pandai masuk kedalam cafe.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Jika anda bernasib baik biasanya pada sebelah petang kekadang Monyet Proboscis ini akan keluar mencari makan di kawasan HQ Park. Selain monyet ini anda juga berpeluang berjumpa dengan Babi Berjangut yang keluar berjalan sekitar HQ Park, Kita dinasihatkan supaya tidak mengganggu haiwan ini mahupun memberi makan kepada mereka.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Tepat jam 4.00pm petugas boat memangil penumpang untuk ke jeti Teluk Assam, ketika ini air sudah pasang dan tidak lagi boleh naik melalui pantai. Seterusnya saya sampai di Jetty Kampung Bako sekitar jam 4.30pm. Sempat rehat dan minum, cafe dan kedai di jetty ini pun sudah mula hendak tutup kerana perkhidmatan boat sudah tiada. Semasa menunggu bus disini akan ada orang kampung yang ofer perkhidmatan Van ke kuching dengan harga RM60. Jika anda tidak terkejar masa atau Flight, tunggu saja bus lebih murah dan jimat.. Mat-mat Salleh pun saya tengok naik bus.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Tepat jam 5.00pm bus pun tiba, dan membawa penumpang semua pulang ke Bandar Kuching dengan bayaran RM3.50 sahaja. Sekitar jam 6.00pm saya sampai di Bandar Kuching. Sampai saja di Waterfront sementara hari masih cerah saya tidak ketinggalan bergambar dengan tugu Bandaraya Kuching iaitu Monumen Kucing. Ramai saja saya tengok orang bergambar. Layan saja 😀
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Boat Penambang ke Seberang
Kalau di waterfront Kuching tak naik boat ke seberang Sungai Santubong untuk ke Kampung Boyan macam tak lengkap sahaja. Diseberang sana anda boleh shooping Kek Lapis dan juga Ikan Terubuk Masin. Bayaran yang dikenakan jika anda naik di jeti bersebelahan Riverbank Suite ini cuma RM0.50 sahaja jika siang hari dan RM1 untuk orang luar, jika malam bayaran RM1 setiap orang. Ada juga yang pesan pada saya jangan ditanya berapa bayaran pada tekong boat semasa hendak naik kerana jika ditanya dia akan caj RM1 setiap orang pada waktu siang. Jadi jika nak jimat sediakan siap2 syiling RM0.50 setiap kali hendak naik boat. :D. Tapi kalau tak kisah bayar saja RM1.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Kampung Boyan
Sampai sahaja di seberang ada medan selera yang besar jugak. Banyak gerai makanan kat sini, anda boleh berjalan melihat kedai-kedai yang menjual Ikan terubok Masin dan juga berbagai jenis kek Lapis Sarawak. Setakat ini ramai mengatakan Kek Lapis Mira adalah antara kek lapis yang Paling sedap dan terkenal. Saya juga mencuba kek Lapis ini, Ok la sedap jugak.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
TOP SPOT Seafood
Makan malan di Top Spot Seafood ni memang antara tempat yang famous kat sini. Sebelum ke restoran ini yang terletak tidak jauh dari Tune Hotel saya ke Hotel Grand Margherita ambil no tel van dan booking van untuk ke Gunung Santubong ke esokkan harinya.

Sekian..

Untuk Entri Gunung Santubong anda boleh baca entri sebelum ini.

Ringkasan Perbelanjaan Trip Taman Negata Bako
1. Tiket Bus = RM7 (RM3.50 sehala)
2. Permit Taman Negara = RM10
3. Boat Jeti Kg Bako ke Taman Negara Bako = RM30 (Rm15 sehala)
4. Boat ke Batu Landmark Bako = RM35 satu boat

Tips Dan Petua
1. Bawa Air yang cukup jika bercadang trekking lama
2. Bekalan roti buat alas perut
3. Payung – Sebab cuaca panas
4. Baju Hujang (Rain Coat)
5. Kasut Trekking yang sesuai.
6. Baju dan seluar extra jika cadang mandi – Keselamatan tangungjawab sendiri

Peringatan
1. Bus paling awal ke Bako jam 7.00am
2. Bus Akhir dari Bako jam 5.00pm
3. Boat Akhir dari Taman Negara Bako jam 4.00pm

Cadangan
Adalah bagus jika anda dapat bermalam sekurangnya 1 malam di Taman Negara Bako, Ada chalet yang disediakan dan perlu booking awal. Dengan bermalam kita dapat explore banyak tempat dan melihat dan menghayati keindahan alam flora dan fauna di Taman Negara Bako. Semua kemudahan ada di HQ Park, termasuklah chalet yang berhawa dingin.

Tentative

Day 1 : 25 April 2014 – Jumaat
08.20pm – Berlepas ke Kuching
10.00pm – Tiba di Kuching dan naik teksi berkupon RM26 ke Tune Hotel
10.45pm – Jalan-jalan minum di gerai-gerai Water Front
12.00pm – Tido

Day 2 : 26 April 2014 – Sabtu
05.30am – Bangun siap2
06.15am – Berjalan kaki ke Stesen Bus Petra Jaya Transport
06.45am – Sarapan di gerai berhampiran stesen bus
07.10am – Bus bergerak ke Bako
08.20am – Tiba di Jeti Bako (Permit Taman Negara RM10, Boat RM15)
08.30am – Mula menaiki boat
08.48am – Tiba di pantai Taman Negara Bako ke HQ Park lapor kehadiran
09.30am – Sewa boat ke Batu Landmark Bako RM35 satu boat.
09.45am – Pusing batu dan bergambar dan mendarat di pantai berdekatan Batu. Dari Trail Pandan Kecil ke Trail Pandan Besar kemudian ke Tajor Waterfall kemudian ke Tanjung Assam dan pulang ke HQ Park.
03.30pm – Tiba di HQ Park lapor diri untuk boat pulang. Boat last jam 4.00pm
04.00pm – Berangkat pulang ke Jetty Bako
04.30pm – Sampai di Jeti Bako tunggu bus last jam 5.00pm
05.00pm – Bus last dari kucing tiba, selepas semua penumpang naik bas terus gerak.
06.00pm – Sampai Kuching Waterfront bergambar dgn patung Kucing
07.15pm – Naik boat tambang ke seberang jalan2 Tambang Boat siang RM0.50, Orang luar RM1, Malam semua RM1
09.30pm – Ke hotel Grand Margherita ambil no tel van dan booking van
10.00pm – Makan seafood di TOP SPOT.. kebanyakkan kedai tutup jam 10.00pm so kena awal sikit untuk lebih banyak pilihan.
12.00pm – Tido

Day 3 : 27 April 2014 – Sabtu
07.30am – Bersap2
08.00am – Booking Airport Transfer di Tune Hotel dan seterusnya Sarapan di Mac Donalds
08.45am – Tunggu Shuttle Bus di Hotel Grand Margherita
09.15am – Naik Shuttle Bus ke Santubong
10.00am – Mula Mendaki Gunung Santubung masuk ikut Pintu Taman Negara
12.07pm – Sampai simpang Bukit Puteri
02.30pm – Sampai Puncak
04.45pm – Sampai Pintu Masuk Bukit Puteri
05.20pm – Bertolak pulang ke Waterfront Kuching
06.00pm – Sampai di Waterfront, Naik boat ke seberang untuk makan dan beli kek Lapis.
08.00pm – Siap di Hotel
08.30pm – Last Airport Transfer dari Tune Hotel ke Airport – booking sehari sebelum RM10 seorang.
09.00pm – Sampai Airport rehat dan tunggu Boarding
10.20pm – Berlepas pulang ke Kuala Lumpur
12.05am – Tiba di LCCT 12.30am – Bus Aerobus ke KL sentral
01.30am – tiba Kl Sentral ambil teksi pulang ke rumah.
07.00am – Bertolak ke Tempat Kerja

** Entri ke Gunung Santubong dalam entri sebelumnya 😀

Brosur Jadual Bus dan Peta Pekan Kuching dan Bako : Sila Download TQ 🙂

Posted in Backpacker, Cuti2 Malaysia, Riadah Santai | Tagged: , , | 5 Comments »

Gunung Santubong 2014

Posted by hamydy on 2, May 2014

Gunung Santubong

Gunung Santubong
Trip Mendaki Gunung Santubong kali ini merupakan trip kali kedua. Gunung Santubong terletak di daerah Santubong. Gunung ini berketinggian 810 m (2,657 ft) dari paras laut dengan panjang trek 3060m. Jika anda berpeluang mendapat tiket promo Air Asia ke Kuching pada hujung minggu jangan dilepaskan peluang. Trip 3h2m ini seperti percutian hujung minggu sahaja. Tiket promo Air Asia saya dapat cuma RM0.00 sahaja, Cuma perlu bayar tax sahaja so total + Tax pergi balik hanya RM55. Saya pergi Jumaat malam dan pulang Ahad malam. Tidak perlu pun ambik cuti, cuma Sabtu Ahad sahaja.

Ok untuk trip ini saya akan update lebih detail berkaitan pendakian Gunung Santubong. Ramai tertanya-tanya saya macamana hendak ke mendaki Gunung Santubong. Sebenarnya tidak la susah pun dari segi transport dan hendak kesana. Ada pula yang bertanya tentang tempat penginapan yang senang untuk mudah ke sana. Pada saya, anda boleh memilih penginapan di Kuching Waterfront atau terus menginap di hotel atau chalet di kawasan Pantai Damai.

Penginapan
Saya selalu pilih menginap di Tune Hotel WaterFront sebab mudah dan murah. Tune Hotel ini betul-betul dekat dengan WaterFront. Ada juga lodge atau hostel buget yang lain, pilihan bergantung pada harga dan juga lokasi yang menyenangkan anda. Terdapat juga chalet dan hotel murah di kawasan Pantai Damai resort jika anda memilih hendak relaks kat sana.

Pengangkutan Awam
Pengangkutan awam seperti Bas Awam memang agak susah jika kita tidak tahu jadualnya. So masa di Tune Hotel, kita boleh dapatkan jadual Bas yang disediakan dikaunter. Tetapi petugas Tune selalu pesan yang jadual tu tak berapa tepat sangat, maksud dia jika dalam jadual tulis jam 8.00am, bas mungkin akan sampai terawal atau terlewat sedikit. Tapi ikut pengalaman saya jika kita tunggu di Stesen Bas, saya dapati bas tiba ikut masa Cuma mula gerak saja yang bergantung kepada driver. Jadi jadual bus tu penting anda dapatkan supaya mudah untuk rujukan anda.

Gunung Santubong Gunung Santubong

Transport untuk ke Gunung Santubong setakat ini cuma boleh pergi dengan Carted Van (Shuttle Bus) dan Teksi sahaja atau pun sewa transport di kaunter dalam Tune Hotel . Bas yang ada hanya sampai ke Kampung Santubong dan bas ini tidak melalui Bukit Puteri dan Damai Resort. Untuk carted van (Shuttle Bus) anda boleh dapatkan perkhidmatan ini di kaunter Hotel Grand Margherita Kuching. Van paling awal adalah jam 7.00am untuk pekerja sahaja, jika anda seorang diri boleh la minta ehsan untuk tumpang jika van tu tak penuh. Van carted untuk pelanggan Cuma bermula jam 9.15am. Kaunter hotel ni buka 24jam tapi petugas yang menguruskan Van Carted ni tutup sekitar jam 9.00 malam. Jadi untuk selamat jika anda ramai adalah dicadangkan booking awal sehari sebelumnya. Atau anda boleh minta no telefon bos carted van tu dari petugas hotel untuk booking jika kaunter carted van sudah tutup, Atau jika anda berkumpulan ramai anda boleh carted 1 van, jadi dia mungkin boleh ikut jadual kita jika kita mau pegi lebih awal dari jam 9.00am.

Bayaran yang dikenakan cuma RM12 sehala, jadi untuk pergi balik adalah RM24. Masa booking anda perlu memilih waktu pulang siap2 ikut jadual yang mereka sediakan. Van last dari Damai adalah pada 5.15pm. Jadi jika anda bertolak jam 9.15am adalah baiknya anda minta dia jemput jam 5.15pm. Ambil no telefon driver, jika tetiba anda laju dan sempat sampai turun jam 3.15pm anda boleh call tanya jika ada kosong untuk pulang ke Kuching. Kita boleh minta dia turunkan atau jemput kita di Bukit Puteri, Santubung National Park Gate, Damai Resort, atau Restoran Seafood asalkan ia di satu jalan yang sama. Shuttle Bus ini juga sampai ke Kampung Budaya Sarawak. Detail contact dan jadual adalah seperti pic di bawah ini.

Gunung Santubong Gunung Santubong

Syarikat Shuttle Bus ini adalah Syarikat Perkhidmatan Pengangkutan Setia Kawan, FB = Perkhidmatan Pengangkutan Setia Kawan, Bosnya Mr Halik 019-8251619 dan kaunter hotel Grand Margherita 082423111. Selain Hotel Grand Magarita Shuttle Bus ini juga jemput dari hotel Hilton, Pullman, Harbour View dan Singgahsana Lodge.

Gunung Santubong

Pintu Masuk Gunung Santubong
Terdapat 4 pintu masuk (3 lama dan 1 baru) antaranya ialah melalui Bukit Puteri, Restoran Seafood (Green Paradise Seafood Café) dan Kampung Budaya Sarawak. Manakala Taman Negara Santubong baru dibuat awal Januari 2014, pintu masuk ini bersambung kepada trail yang sedia ada. Setakat ini saya hanya masuk melalui pintu Bukit Puteri dan Taman Negara. Jadi saya tidak dapat nak ceritakan detail bagaimana hendak masuk melalui pintu yang berdekatan dengan Sarawak Cultural Village dan juga melalui Restoran Green Paradise Seafood.

Gunung Santubong

Trail Gunung Santubong
Setakat ini Cuma ada 3 trail (2 Trail Jungle Trekking dan 1 Trail Summit) yang sedia ada dan dibuat oleh orang kampong, iaitu Trail Bukit Puteri, Trail Restoran Seafood (Green Paradise Café) dan Trail Kampung Budaya Sarawak. Bagi Trail Kampung Budaya Sarawak, trail ini akan bercantum dengan Trail Restoran Seafood (Green Paradise Café) dan kemudiannya trail ini akan bertemu dan bercantunm pula dengan Trail Bukit Puteri dan seterusnya menuju ke Puncak Gunung.

Mesti anda tertanya trail mana nak ikut kan. OK nak cepat dan mudah adalah Trail Bukit Puteri, kerana ia trail paling pendek. Manakala pilihan kedua adalah Trail Restoran Seafood (Green Paradise Café). Jika hendak lagi mencabar boleh la mencuba Trail Kampung Budaya Sarawak. Ramai juga berpendapat dan juga memberi cadangan jika suka buat Jungle trekking boleh la masuk ikut Trail Restoran Seafood (Green Paradise Café) dan Trail Kampung Budaya Sarawak sbb trail-trail ini panjang dan melalui waterfall dan treknya naik turun bukit dan dapat menghayati keindahan hutan.

Pada pendapat saya pendakian sebenar bermula apabila anda sampai ke persimpangan antara Trail Restoran Seafood (Green Paradise Café) dengan Trail Bukit Puteri.

Pintu Masuk Taman Negara Santubong (National Park)
Disebabkan saya menggunakan perkhidmatan Van (Shuttle Bus) ini pemandu van memaklumkan yang saya perlu daftar diri di National Park dan dia turunkan saya disini jadi mau tak mahu saya terpaksa masuk melalui pintu ini. Pihak National Park baru sahaja menempatkan pondoknya disini sejak Januari 2014. Kehadiran Pihak Taman Negara ini telah menimbulkan konflik dengan pihak orang kampung yang selama ini menguruskan trek pendakian dari segi pondok,tali, tangga dan juga tempat rehat.

Gunung Santubong Gunung Santubong

Bayaran Masuk
Oleh sebab saya masuk melalui Pintu Taman Negara, dikenakan bayaran Permit sebanyak RM10 untuk Malaysia dan RM20 untuk Warga Asing. Manakala dari Pintu Bukit Puteri bayaran dikenakan sebanyak RM8 untuk semua pendaki dan dari Pintu Masuk Restoran Seafood saya kurang pasti harga dikenakan berapa, menurut blog yang saya baca bayaran juga RM8 ( RM3+ RM5 untuk Parking). Kalau anda masuk melalui Pintu Taman Negara dan keluar ikut Pintu Bukit Puteri pun bole tiada masalah dan tidak akan dikenakan bayaran selagi anda menunjukkan resit tiket yang telah dibayar.

Ok berbalik pada trip saya, saya sampi di pintu Taman Negara jam 9.50am. Setelah mendaftar dan membayar permit saya mula trekking masuk jam 10.00am. Cekpoint pertama yang saya jumpa adalah Cekpoint C (Trail Restoran Seafood) dan kita Cuma perlu ikut trek ke Cekpoint F dan seterusnya ikut Cekpoint F1 sehingga ke cekpoint F15 untuk sampai ke Puncak.

Gunung Santubong Gunung Santubong

Setelah sampai di Cekpoint F pendakian mula mendaki bukit kecil dan ada terdapat tali sokongan. Trek tidak la mencabar sangat naik turun naik turun sahaja. Seterusnya setelah melepasi Cekpoint F4 anda akan tiba di Waterfall. Di waterfall ini ada sebuah pondok untuk berehat. Waterfall ini tak la cantik sangat masa saya sampai, mungkin sebab sekarang ni musim panas airnya kurang.

Gunung Santubong Gunung Santubong

Simpang Bukit Puteri
Setelah melepasi Cek Point F6 anda akan bertemu dengan persimpangan Trail Bukit Puteri. Kat sini ada bangku untuk anda berehat. Papan tanda di simpang ini mengatakan anda perlukan 2jam 30minit untuk sampai puncak dari simpang ini. Saya sampai di simpang ini jam 12.07pm. Ini bermakna saya telah mengambil masa 2 jam (10.00am-12.07pm) untuk sampai dari Pintu Masuk Taman Negara. Bermula persimpangan ini anda akan mula mendaki laluan trail yang banyak berakar dan curam. Disini la saya katakan pendakian sebenar mula bermula :D.

Gunung Santubong Gunung Santubong

Cekpoint F9
Bermula cekpoint F9 ini anda akan mula jumpa banyak tangga bertali sehingga sampai ke cekpoint F15 ke puncak. Ada panjang ada pendek dan ada yang senang dan ada yang susah. Disini dicadangkan supaya anda memakai sarung tangan supaya kulit tapak tangan anda tidak cedera atau melecet ketika memegang dan menarik tali pada tangga kayu ini. Di tangga bertali ini pendaki perlu melepasi seorang demi seorang sebagai langkah keselamatan. Ada Cekpoint yang ada meja dan bangku untuk berehat dan melihat view.

Gunung Santubong Gunung Santubong

Cekpoint F15

Sampai sahaja di Cekpoint 15 anda akan jumpa Plat Besi pada batu yang menceritahan tentang sejarah Gunung Santubong. Menurut yang tercatat di plat besi itu bahawa Datuk Merpati yang berasal dari Johor telah menjumpai gunung Santubung sekitar Kurun k1 10-14 semasa zaman pemerintahan kerajaan Majapahit. Di cekpoint ini juga terdapat ukiran muka manusia pada batu. Ukiran ini tidak kelihatan semasa kita melalui cekpoint F15 ini, menyebabkan ramai pengunjung tidak perasan ataupun lupa untuk mencari dan bergambar dengan batu ini. Termasuklah saya 😀 dah dua kali pergi, asyik lupa saja setiap kali sampai kat cekpoint F15 ni sbb teruja nak terus ke puncak. Oleh itu saya nasihatkan anda jangan lepaskan peluang untuk mencari ukiran muka manusia ini di sebalik batu sebelah cekpoint F15 ini. Setelah jumpa ukiran batu ini barulah anda teruskan perjalanan ke puncak yang hanya mendatar beberapa meter sahaja untuk sampai ke pondok di Puncaknya.

Gunung Santubong Gunung Santubong
Gunung Santubong Gunung Santubong

Puncak Gunung Santubong

Saya sampai di puncak pada 2.30pm ngam-ngam 2jam 30minit dari simpang Bukit Puteri. Sebenarnya setelah anda naik ke cekpoint F15 tu dah dikira anda sampai puncak. Cuma anda perlu berjalan beberapa meter lagi ke pondok landmark puncak. Disini terdapat sebuah pondok rehat dan Papan Tanda Puncak, tapi kali ini saya saya lihat pondok dan papan tanda seperti sudah lama tidak diuruskan tidak cantik seperti tahun 2011 yang lalu . Kecik sahaja kawasannya, dan disini anda boleh melihat pemandangan ke arah Bandaraya Kuching dan Laut. Terdapat sebuah perigi di puncak. Saya tidak pasti perigi ini digali oleh manusia atau sudah semulajadi ada. Sebenarnya ia lebih kepada lubang tadahan air sahaja, sebabnya tak mungkin mata air boleh sampai ke puncak. Saya lihat air dalam lubang ini keruh dan tidak sesuai digunakan.

Perjalanan Turun

Saya berehat 30minit untuk makan tengahari berbekalkan roti sandwish dan ikan tuna. Tepat jam 3.00pm saya terus bergerak turun dengan segera untuk mengejar transport Shuttle Bus yang telah ditempah untuk jemput saya di Pintu Masuk Bukit Puteri pada jam 5.15pm. Saya Cuma ada masa 2jam sahaja untuk sampai ke bawah.

Gunung Santubong Gunung Santubong

Saya sampai di Pintu Masuk Bukit Puteri tepat jam 4.45pm. Lega rasanya, di pintu masuk Bukit Puteri ini ada pondok kaunter tiket oleh orang kampung. Kat sini ada jual air manis dan mineral. Kaunter ini tutup sekitar 5.00-5.30pm. Sekitar 5.20pm Shuttle Bus tiba dan bawa pulang ke Kuching.

Sekian…

Ringkasan Kos Mendaki Gunung Santubong
1. Shuttle Bus = RM24
2. Permit = RM10

Tips untuk pendakian
1. Sila bawa air yang secukupnya kerana anda mudah rasa kehausan. Sekurang2nya 3liter (2botol besar 1.5liter) + 2 botol air Isotonik (100plus, Revives, Gatorade). Saya suka bawa Gatorade sebab ia kurang gas dan lubang botol besar mudah minum.
2. Makanan seperti roti, coklat, gula2 perlu bawa sebagai bekalan.
3. Sarung tangan – sebab perlu memegang banyak tali ketika memanjat
4. Rain Coat – Jika hujan
5. Insect Repellent – Berguna jika anda masuk dari Trail Restoran Seafood (Green Paradise Café) dan Trail Kampung Budaya Sarawak kerana anda trekking laluan berhutan.
6. Masa mula mendaki sebaiknya sebelum 11.00am. jika lewat anda mungkin sampai bawah 6.oopm dan hari sudah gelap. Jika dapat lagi awal lagi bagus.
7. Purata masa pendakian selesai jika masuk ikut Trail Restoran Seafood (Green Paradise Café) dan keluar ikut Trail Bukit Puteri adalah 6 jam.
8. Pakaian boleh berseluar pendek dan baju T jenis dry fit, jangan pakai cotton sebab peluh akan bertakung dalam baju cotton.
9. Tiada kemudahan Tandas sepanjang pendakian.. jadi paham2 la kalau nak buang air. Sila bawa tisu basah.
10. Jangan hilangkan resit Shuttle Bus dan tiket masuk.

Tentative

Day 1 : 25 April 2014 – Jumaat
08.20pm – Berlepas ke Kuching
10.00pm – Tiba di Kuching dan naik teksi berkupon RM26 ke Tune Hotel
10.45pm – Jalan-jalan minum di gerai-gerai Water Front
12.00pm – Tido

Day 2 : 26 April 2014 – Sabtu
05.30am – Bangun siap2
06.15am – Berjalan kaki ke Stesen Bus Petra Jaya Transport
06.45am – Sarapan di gerai berhampiran stesen bus
07.10am – Bus bergerak ke Bako
08.20am – Tiba di Jeti Bako (Permit Taman Negara RM10, Boat RM15)
08.30am – Mula menaiki boat
08.48am – Tiba di pantai Taman Negara Bako ke HQ Park lapor kehadiran
09.30am – Sewa boat ke Batu Landmark Bako RM35 satu boat.
09.45am – Pusing batu dan bergambar dan mendarat di pantai berdekatan Batu. Dari Trail Pandan Kecil ke Trail Pandan Besar kemudian ke Tajor Waterfall kemudian ke Tanjung Assam dan pulang ke HQ Park.
03.30pm – Tiba di HQ Park lapor diri untuk boat pulang. Boat last jam 4.00pm
04.00pm – Berangkat pulang ke Jetty Bako
04.30pm – Sampai di Jeti Bako tunggu bus last jam 5.00pm
05.00pm – Bus last dari kucing tiba, selepas semua penumpang naik bas terus gerak.
06.00pm – Sampai Kuching Waterfront bergambar dgn patung Kucing
07.15pm – Naik boat tambang ke seberang jalan2 Tambang Boat siang RM0.50, Orang luar RM1, Malam semua RM1
09.30pm – Ke hotel Grand Margherita ambil no tel van dan booking van
10.00pm – Makan seafood di TOP SPOT.. kebanyakkan kedai tutup jam 10.00pm so kena awal sikit untuk lebih banyak pilihan.
12.00pm – Tido

Day 3 : 27 April 2014 – Sabtu
07.30am – Bersap2
08.00am – Booking Airport Transfer di Tune Hotel dan seterusnya Sarapan di Mac Donalds
08.45am – Tunggu Shuttle Bus di Hotel Grand Margherita
09.15am – Naik Shuttle Bus ke Santubong
10.00am – Mula Mendaki Gunung Santubung masuk ikut Pintu Taman Negara
12.07pm – Sampai simpang Bukit Puteri
02.30pm – Sampai Puncak
04.45pm – Sampai Pintu Masuk Bukit Puteri
05.20pm – Bertolak pulang ke Waterfront Kuching
06.00pm – Sampai di Waterfront, Naik boat ke seberang untuk makan dan beli kek Lapis.
08.00pm – Siap di Hotel
08.30pm – Last Airport Transfer dari Tune Hotel ke Airport – booking sehari sebelum RM10 seorang.
09.00pm – Sampai Airport rehat dan tunggu Boarding
10.20pm – Berlepas pulang ke Kuala Lumpur
12.05am – Tiba di LCCT 12.30am – Bus Aerobus ke KL sentral
01.30am – tiba Kl Sentral ambil teksi pulang ke rumah.
07.00am – Bertolak ke Tempat Kerja

** Entri ke Taman Negara Bako dalam entri seterusnya 😀

Brosur Jadual Bus dan Peta Pekan Kuching dan Bako : Sila Download TQ 🙂

Posted in Pendakian Gunung | Tagged: , , | 17 Comments »