The life journey

Kembara Kehidupan

Archive for January, 2008

Ikan Bakar Bagan Lalang

Posted by hamydy on 30, January 2008

Restoran ikan bakar ini antara tempat yang aku selalu pegi makan sejak beberapa tahun since 2001 lagi. kat pantai Bagan Lalang Sepang ni ada banyak restoran seafood, tapi Restoran ni lain sikit sebab ia terapung betul2 tepi kuala, cuma satu jer restoran yang terapung kat sini. kalau nak tengok ia terapung semasa air pasang la.kemudahan yang ada kat restoran ni seperti Astro dan toilet. sebelum kita order kita kena pilih dulu ikan , kerang, ketam, sotong, pepahat dan bayak lagi untuk dimasak mengikut citarasa kita. yang paling aku suka ialah pepahat masak pedas.

bab harga aku rasa ok je, taktau la mahal ke murah sebab aku tak pernah pun

cuba restoran lain yang ada kat situ.kawasan pantai bagan lalang sekarang ni dah mula terkenal kerana telah ada banyak projek pembangunan di kawasan itu. antaranya yang paling high class ialah Sepang Goldcost la ala2 chalet terapung pokok

Palma seperti di Dubai.Bagan Lalang ni biasanyak jadi port aku kalau pergi memancing, sama ada memancing di sungai kawasan itu mahupun pergi kekelong Mamod. Dulu berhampiran restoran itu terdapat satu jeti kecil berpondok, ini tempat aku selalu memancing la. nak kata banyak ikan tak la tetapi kekadang tu boleh la dapat ikan kalau air pasang dan kena masanya.

Kalau anda nak cuba makan kat restoran ni pada hujung minggu ada baiknya call dulu dan tempah makanan yang hendak dimakan, sebabnya hujung minggu ramai dan kekadang terpaksa tunggu agak lama, bayangkan kalau datang dari Kuala Lumpur, perjalanan ke sana dah mengambil masa hampir 2 jam, bila sampai perut dah lapar pastu makanan lambat sampai …huuu tersiksa wooo. tapi kalau datang awal dan org tak ramai boleh la pilih2 ikan ker pilih aper ker.

nampaknya itu aje yang dapat aku komen pasai restoran ni ..yang lain tu kena rasa sendiri la…

maklumat lanjut klik links restoran ni www.hmsribagan.com (**links ini sudah tiada** tak tahu kenapa)

Update terbaru : 16 Sept 2009

Blog : http://hmsribagan2.blogspot.com

Website : http://hmsribagan.net/index.html (sudah tiada link ini)

Peta Lokasi : http://hmsribagan.net/lokasi-sribagan.html (sudah tiada link ini)

Menu Masakan (Sila klik untuk besarkan)

menu1

menu2

Galeri Gambar Restoran


Update : 6/12/2010
Nampaknya pemilik blog restoran ini telah jumpa blog saya dan telah meletakkan link blog saya dalam websitenya seperti gambar dibawah ini. TQ

Advertisements

Posted in Jalan2 Cari Makan | Tagged: , , , , | 21 Comments »

Gunung Nuang

Posted by hamydy on 30, January 2008

Xpdc Gunung Nuang (1493m)

Hulu Langat Selangor 17-18 Feb 2007

 

Ini merupakan xpdc pertama yang aku anjurkan untuk geng HUKM, walaupun ada diantara peserta ini sudah beberapa kali mendaki gunung ini. Seramai 19 orang menyertai pendakian ini.

 

Info Gunung

Gunung Nuang, Hulu Langat, Selangor.

G. Nuang 1493 m (4899 kaki) dpl terletak di daerah Hulu Langat, Selangor, terdapat kawasan tinjau untuk melihat panorama Lembah Klang terutama Bandaraya Kuala Lumpur. Jelas kelihatan pencakar-pencakar langit di Kuala Lumpur seperti Menara Petronas, Menara Kuala Lumpur. Kebiasaannya gunung ini menjadi tempat latihan bagi pendaki-pendaki di Lembah Klang sebelum mendaki gunung-gunung yang lebih tinggi.

 

Laluan Pendakian
Pendaki boleh pergi ke Kg, Pansun, Hulu Langat dengan menaiki bas
Kuala Lumpur – Pansun ataupun menggunakan kenderaan sendiri. Kemudian pendaki boleh berjalan menuju Empangan Hulu Langat. Pejabat Perhilitan yang berada bersebelahan pintu pagar kawasan empangan, menjadi tempat pendaki melaporkan pendakian dan tempat meletak kenderaan persendirian. Pendaki perlu menyusuri laluan bersebelahan palong air sepanjang laluan hingga ke rumah Empangan Loloh. Kemudian melintasi empangan sebelum tiba di Kem Loloh. Kawasan kem agak luas dan mampu menampung 200 pendaki.

 

Ada satu sumber air di bawah cerun curam Dataran Pacat ini. Tidak ramai pendaki yang menuruni cerun ini melainkan betul-betul kehabisan air ataupun bermalam di Dataran Pacat ini. Dari Dataran Pacat laluan pendakian terus mencanak menyusuri tangga-tangga akar kayu. Terdapat satu puncak anak Nuang sebelum sampai ke puncak G. Nuang. Keadaan muka bumi mulai lembab dan berlumut hingga ke puncak.

 

Sumber : Hasil & Sumber: Apip Embi
http://www.ogkl.com.my/infoGUNUNG/infoNuang.htm

 

 Hari Pertama 17/02/07 (Sabtu)

07.00am  Berkumpul di HUKM

07.30am  Bertolak ke Gunung Nuang dengan bas HUKM

08.30am  Tiba di rumah renjer

                -panaskan badan/taklimat

                -mula mendaki ( dalam hujan yang lebat)

                -tiba di tapak perkhemahan

09.00pm  Sesi suai kenal

 

Hari Kedua 30/06/07 (Sabtu)

7.00am

Sarapan-mula mendaki ke puncak-pendakian ini mengambil masa yang lebih dari kebiasaan kerana sebahagian peserta tidak cergas dan ada yang mengalami kecederaanserta semput.

-Tiba di puncak kami berehat dan menjamu selera dengan bekalan yg dibawa.

-Pendakian turun ke tapak khemah bertambah lambat rentetan dari masalah peserta yang mengalami kecederaan semasa mendaki. Kami sampai ke tapak khemah pun sudah lewat diantara jam 5.00pm

06.00pm  -Selepas makan kami terus bersiap dan mendaki turun ke rumah renjer

perjalanan ini juga mengambil masa yang lagi lama kerana peserta tidak cukup tenaga dan rehat disebabkan oleh cuaca hujan.

 

11.00pm 

Tiba di pintu masuk, nasib baik bas masih setia menunggu kami walaupun mengikut  jadual kami patut naik bas dalam pukul 5.00pm-dalam bas semua peserta dah terbongkang tidur akibat keletihan.-akhirnya sampai juga kami ke HUKM…wah penat giler

 

 

Posted in Pendakian Gunung | Tagged: | 1 Comment »

Bali Indonesia 2007

Posted by hamydy on 30, January 2008


6 –9 September 2007 9 September 2007

Bali adalah perlancongan Luar Negara yang pertama bagi saya. Saya gembira bangat masa tu yelah first time g oversea, bertolak dari KLIA pada 5 september 2007. menaiki penerbangan Qatar Airway. Disebabkan ini kali pertama saya ke Bali jadi untuk senang saya ambil pakej agensi perlancongan RELIANCE. Syarikat RELIANCE ini agak terkenal dan kualiti perkhidmatannya boleh dipercayai. Sebelum ini banyak jugak syarikat perlancongan yang saya survey tapi dari maklum balas kawan2 saya banyak mencadangkan RELIANCE. Sebenarnya pakej ke Bali ini murah saja tak mahal, ikut musim dan jenis penerbangan. Harga pakej  kalau ikut penerbangan Air Asia murah dari RM500/pax. tapi memandangkan penerbangan pada tarikh yang saya pilih telah penuh maka terpaksalah menaiki QATAR Airway, agak mahal jugak RM1600/pax.

***Tips dari saya, pastikan anda  membaca kalender aktiviti tahunan bali terlebih dahulu sebelum merancang tarikh perjalanan. Sebagai contoh saya pilih tarikh 6 sept kerana kebetulan ada perayaan atau fiesta pantai KUTA dari 1-9 September 07

Perbelanjaan

Bayar pakej Reliance RM1600x2  = 3200

Pakej termasuk

Flight QATAR Airway                  = RM2262/2pax

Pakej (hotel, makan van dan trip)  = RM938/2pax

Berikut adalah tentative ringkas perjalanan saya 4hari3mlm

6/09/07 KLIA (1.00pm) – Bali Airport (4.00pm)

-Dinner di restoran minang ACC

-Bermalam di Hotel Istana Rama

7/09/07 KINTAMANI trip

-Kampung Batubulan – tengok tarian Barong

-Kampung Celuk – pusat pertukangan emas dan perak

-Kampung Mas – pusat ukiran kayu dan kraftangan, lukisan

-Kintamani- Tasik dan Gunung Batur (restoran tepi tasik gunung berapi)

-Gua Batu Gajah dan Tampaksiring (holy spring water)

-Restoran Natrabu Minang (makan la)

8/09/07 BEDUGUL & TANAH LOT

-Pulau Penyu – naik bot pegi tengok penyu, helang dan ular sawa

-Aktiviti pantai – jet ski, paragliding dan etc

-Mengwi – Kuil Hindu royal

-Kedaton – Kuil monyet

-Bedugul – Mountain Resort + Ulu Danu Temple

-Tanah Lot Temple

-pesta pantai KUTA karnival

9/09/07 Aktiviti Bebas

-bersiar dan bermain air di pantai KUTA

-sambil cuci mata…awek mat salleh berbikini banyak tu beb

-shoping di pekan KUTA cari buah tangan

-malam penutup pesta pantai KUTA karnival – ada konsert

10/09/07 Bali Airport (3.00am) – KLIA (6.00am)

tour guide hantar ke airport kul 1am

Kalau berurusan terus dengan travel agen ni tanpa melalui  RELIANCE pun boleh, boleh dapat harga lagi murah. B.J.C Tour & Travel ni pun salah satu sub agent bagi RELIANCE.

Tour guide yang bawa saya namanya

Mr Giri (Tel:08123968762),

kalau g bali tanpa pakej, boleh call dia kat sana mintak dia aturkan trip harian. Cara ini lebih murah dan bebas, kalau pakej terikat dengan jadual.

Makanan halal tak banyak di Bali, oleh itu sentiasa la mintak tour guide bawa kita ke restoran halal seperti restoran melayu minang.

Komen saya tentang Bali, ok menarik, tempat dan cuaca sama macam Malaysia, panas. Tapi kalau nak enjoy kena stay kat hotel2 dekat pantai KUTA sebab happening kat situ. Banyak monument lama adalah kuil2 hindu, ada yang dah tak aktif dan ada kuil yang masih aktif dan digunakan sampil sekarang. Banyak lagi tempat yang menarik selain melawat kuil2  contohnya seperti berikut:

Kapal Cruise dan aktiviti air, snorkeling , diving, surfing

Spa dan massage

Jungle trekking dan mendaki gunung Agung

White water rafting

Elephant safari

Mountain cycling

ATV ride – moto tayar empat

Ground travel agen di Bali

B.J.C Tour & Travel (P.T Bali Jaya Citra)

Jl Kerta Petasikan X/No 1 Denpasar

80224 Bali Indonesia

Tel : 0361 723890 fax : 0361 725365

Email : bjctour@indo.net.id

balijaya@indosat.net.id

Mr Giri (Tel:08123968762)

Posted in Melancong | Tagged: , | 3 Comments »

Sejarah Fotografi Kekal

Posted by hamydy on 30, January 2008

Sejarah Fotografi Kekal

 

Fotograf kekal yang pertama berjaya dihasilkan pada tahun 1826 oleh seorang pereka perancis yang bernama Joseph Nicéphore Niépce (1765–1833) yang dibagunkan hasil penemuan Johann Heinrich Schultz (1724) dimana campuran perak dan kapur menjadi gelap akibat pendedahan cahaya. Gambar yang pertama berjaya dihasilkan oleh Joseph Nicéphore Niépce yang diberi nama Heliograph ini memerlukan pendedahan kepada cahaya yang lama iaitu selama 8 jam dan menghasilkan gambar yang mempunyai 2 pantulan cahaya matahari. Kemuadiannya  Joseph Nicéphore Niépce dan Louis Daguerre (1787 –1851)

 telah mengkaji proses ini dengan lebih mendalam, hasilnya selepas kematian Niépce, Daguerre telah menghasilkan penemuan bahawa dengan pendedahan perak  terlebih dahulu kepada iodine yang meruap sebelum pendedahan kepada cahaya (ambil gambar) kemudiannya dedahkannya kepada asap merkuri (selepas ambil gambar) akan menghasilkan imej pendam, selepas di rendam plat perak tu kedalam larutan garam akan memperlihatkan gambar yang diambil. Formula ini akhirnya menjadi teknik daguerreotype yang amat terkenal selepas tu.

 

Teknik  daguerreotype ini ada kelemahanya, terutama kesukarannya untuk mengambil gambar, yang berjaya sahaja di proses dan ia tidak boleh di cetak semula. Disebabkan prosesnya yang sukar dan kurang praktikal, banyak pengkaji2 lain cuba untuk mencari dan menghasilkan proses yang lebih mudah. Tidak lama selepas gambar pertama  Nicéphore Niépce (1826) berjaya dihasilkan, maka selepas itu terhasil pula pelbagai jenis kaedah dan proses, antaranya seperti proses collodion pada tahun 1848 menggunakan cetakan pada kertas albumin dan proses gelatin pada tahun 1871, adaptasi dari proses gelatin ini telah menghasilkan fotograf hitam putih sehinggalah penemuan fotograf warna.

 

Fotografi warna bermula dengan dengan hasil eksperimen oleh John Herschel keatas eksperimen Anthotype pada 1842, and Lippmann plate pada 1891. fotograf warna kemudiannya mula terkenal pada tahun 1903 apabila Autochrome Lumière di perkenalkan. Kemudianya teknik ini digantikan dengan Kodachrome, Ilfochrome yang lebih transparent (seperti slaid projektor). Tetapi cetakan gambar berwarna hanya popular selepas negatif Chromogenic diperkenalkan.

 

 

 

Posted in Fotografi | Tagged: | 3 Comments »