The life journey

Kembara Kehidupan

Archive for July, 2011

Restoran Hameediyah Tandoori

Posted by hamydy on 11, July 2011


Restoran Hameediyah Tandori di Lebuh Campel Penang merupakan salah satu daripada restoran Nasi Kandar yang popular di Penang. Kesempatan menghadiri Expo Usahawan Pulau Pinang ( PENBEX) di Kepala Batas pada 9 Julai 2011, kesempatan itu saya tidak lepaskan peluang untuk pergi ke Penang untuk mencuba Nasi Kandar. Mulanya hendak mencuba Nasi Kandar Beratur, tapi kebetulan tutup ketika itu.

Memandangkan Kambing habis, ,maka saya mencuba Nasi Kandar Ayam dan Minuman Air Bandung. Air Bandung ni sedap dan menjadi antara minuman kegemaran pengunjung di restoran ini. Harga sepinggan nasi kandar ayam ini adalah RM8.50

Suasana dalam restoran ini selesa walaupun hanya seluas 1 lot kedai. Restoran ini mempunyai 2 lot, yang asal dan yang baru tetapi dipisahkan oleh 1 lot kedai lain ditengah.

Restoran Asal 2 lot kedai                                                Restoran Baru 1 lot sebelah sahaja, selang satu lot kedai.


Bersama dengan Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor mendengar taklimat dari Pensyarah Kajian Ilmu Falak (Kaji Bintang) dari USM. Dalam Doom (Mini Kubah). Dalam Doom ni kita dapat lihat langit dan bintang seperti kita melihat ke langi, sebuah projektor yang memancarkan imej kajian alam dan bintang berada ditengah2 Doom. Ekslusif Doom ini hanya boleh muat 10-15 orang. Lokasi di Ekspo Usahawan Bumiputera Pulau Pinang 2011 (PENBEX) Sila Klik Link ini untuk lihat Galeri Foto PenBex

Advertisements

Posted in Jalan2 Cari Makan | Tagged: , , , | Leave a Comment »

Rumah Rehat Cempaka Sari Parit Perak

Posted by hamydy on 6, July 2011


Rumah Rehat Cempaka Sari yang terletak di pekan Parit Perak merupakan salah satu tempat yang sangat mendamaikan jika anda ingin bercuti dan berbengkel dengan suasana kampung yang  tenang dan  aman. Rumah Rehat Cempaka Sari ini betul2 terletak di Pekan Parit Perak dan lokasinya betul2 ditepi sungai.

Lokasi stategik ditepi sungai menjadikan Rumah Rehat ini sesuai beriadah sambil memancing. Terdapat sebuah jambatan konkrik yang panjang menghubungkan Pekan Parit dengan Kampung Belanja Kiri, Jambatan ini hanya boleh dilalui dengan kenderaan beroda dua dan pejalan kaki sahaja. Ditengah2 sungai tersebut terdapat pulau yang memanjang hasil hakisan sungai suatu masa dulu, dan ia ditegah2 jambatan tersebut. Untuk pergi ke pulau ini hanya menggunakan jambatan tersebut dimana ditengah2 jambatan tersebut terdapat anak tangga untuk ke pulau tersebut. Pulau ini luas memanjang dan sesuai untuk aktiviti memancing dan ber Champing.

Rumah Rehat ini beroperasi 24jam menawarkan kemudahan seperti:

*Bilik Mesyuarat
*Dewan Seminar
*Anjung Makan/BBQ
*Bilik Penginapan.
*Tempat letak kenderaan percuma

Kemudahan Penginapan
Mempunyai lebih kurang 24 buah bilik

Bilik Standard
2 katil Bujang (Single bed) dan
1 katil Besar (Queen Bed)

Harga
Hari Biasa : RM60/sehari
Hari Minggu ? Cuti Am : RM70/Sehari

Pakej Yang disediakan
Pakej Kursus
Pakej Perkahwinan
-RM20 : Dalam Dewan (Hawa Dingin muat 100 Orang)
-RM18 : Luar : Khemah Terbuka (Muat 1000 Orang)
-8 jenis hidangan – set pelamin – Buah-buahan – Minuman – Iringan Kumpulan Muzik
-Percuma Bilik Pengantin 2H1M

Sewa Dewan
RM200++
RM100 PA Sistem

Contact
Rumah Rehat Cempaka Sari
32800 Parit Perak
Tel : 05-3772795
H/P : 019-5485031

Posted in Uncategorized | 9 Comments »

Pekan Rabu Alor Setar Kedah

Posted by hamydy on 4, July 2011



Pekan Rabu Alor Setar, Sebut sahaja Pekan Rabu semua orang tau kat Bandar Alor Setar, Kalau tak singgah kat Pekan Rabu , pasti lawatan ke kedah tak cukup syarat. Pekan Rabu mula dibuka atas kesedaran seorang Putera Diraja Kedah iaitu YTM Tunku Yaacob, Atas inisiatif  Tuanku selepas Perang Dunia Pertama pada awal April 1930 tuanku telah mengasaskan pasar mingguan di Tanjung Chali pada setiap hari rabu  Sempena hari kelahiran Tunku yang jatuh pada hari Rabu.

Produk yang dijual di Komplek Pekan Rabu ini pelbagai. Antaranya seperti berikut:
1. Produk Kraftangan dan cenderahati
2. Produk Logam ( Keris,Parang, Pisau, Periuk dan sebagainya)
3. Kain Tudung
4. Pakaian Seragam, Pakaian kanak2 dan dewasa
5. Pakaian Wanita dan Lelaki Muslim (Baju Kurung, Baju Melayu)
6. Buku2 Ilmiah
7. Produk kueh Muih, ketupat, rendang, serunding, kuih raya dan sebagainya
8. Produk Ikan Masin dan Pekasam
9. Produk pencicah

Komplek Pekan Rabu ini sebelum ini diuruskan oleh Pihak MARA dan sekarang telah diambil alih oleh pihak Koperasi Pekan Rabu. Web Site seperti dibawah:
http://www.pekanrabu.com/index.html
http://pekanrabualorsetar.blogspot.com/

Posted in Jalan2 Cari Makan | 2 Comments »