The life journey

Kembara Kehidupan

Archive for July, 2009

Produk Kesihatan dan Kecantikan berasas teknologi enzim

Posted by hamydy on 29, July 2009

Apa itu enzim?

Enzim merupakan sejenis protein yang terdapat di dalam tubuh manusia. Ia sangat kompleks dan merupakan bahan pemangkin penting untuk proses metabolisme dan pelbagai perubahan kimia dalam badan supaya seluruh system tubuh dapat berfungsi dengan sempurna.

Apa berlaku jika Kekurangan Enzim

Enzim sangat penting untuk badan, Oleh itu kekurangan enzim boleh mengakibatkan proses-proses berikut terjasi seperti membantutkan tumbesaran , menghalang proses penghadaman, penghasilan tenaga, penyembuhan penyakit, kadar tumbesaran dan lain-lain lagi.

Kenapa kita Perlu Penambahan Enzim

Lazimnya seperti kita tahu semakin kita meningkat usia, hamper kebanyakan proses madan yang dahulunya aktif akan semakin menurun dan berkurangan. Selain itu kekurangan enzim ini juga adalah disebabkan oleh beberapa factor yang lain contohnya pemakanan yang tidak seimbang, penyakit, dan kanser.

Terdapat pelbagai produk yang mengandungi enzim di pasaran, berikut adalah produk2 berasas enzim yang sedang saya gunakan dan jual sebagai sambilan dan menambahkan wang poket.

pro-pic Liveskin Enzyme Glacial Mud Bar  (Harga RM200-250)

Pengenalan:
Bar ini mengadungi pelabagai bahan berkhasiat antaranya adalah ‘Glacial Mud’. ‘Glacial Mud’ ini mengandungi bahan mineral terbaik dan tanah liat ‘Glacial’ yang asli, terbentuk daripada air Copper River Delta di Alaska. Bar ini juga digabungkan dengan 9 bahan botanik – Enzim papaya, lidah buaya, kacang soya, ‘allantoin’, ‘rice bran oil’, minyak kelapa, ‘cocoa seed butter’, vit C and vit E. Diperkayakan lagi dengan Coenzyme Q10 (CO Q10)

‘Liveskin Enzyme Glacial Mud Bar’ adalah bebas daripada:
– ‘Hydroquinone’
– ‘Steroid- Mercury’
– ‘Lead’
– ‘SLS’
– Hormon sintetik
– Minyak berasaskan petroleum

Kebaikan ‘Liveskin Enzyme Glacial Mud Bar’:
– Menggalakkan pembaharuan sel kulit
Menutup liang roma
– Membersih jauh ke dalam kulit
– Menjadikan kulit dan bibir kelihatan ‘pinkish’
– Menjadikan kulit semakin cerah dan lebih berseri
– Mengembalikan keseimbangan kulit
– Menjadikan kulit bermiyak kurang berkilat dan kulit kering lebih lembap
Mengurangkan pigmentasi
Memudarkan parut
– Ianya membantu peredaran darah
Menanggalkan kulit mati
Menyerap lemak

Bagaimana menggunakannya:
1. Letak sedikit air
2. Sapu bar sehingga berbuih
3. Sapukan buih pada wajah
4. Biarkan pada wajah kira-kira 2 minit
5. Bilas dengan air

pro-cocoa Lifezyme Cocoa With Coq10 (Harga RM200-250)

Kulit yang cantik bermula dari dalam. Dalam keadaan yang serba sempurna, tubuh dapat menghasilkan CO Q10 sebanyak mana yang diperlukan tubuh. Namun, faktor lain seperti penuaan, tekanan dan pengambilan ubatan, dapat merendahkan tahap kandungan CO Q10 di dlam tubuh.

Apa yang CO Q10 boleh berikan kepada kulit kita?
– Kebanyakan yang mencecah usia 30, tahap CO Q10 di dalam kulit adalah rendah
– Ini menyebabkan keupayaan menghasilkan kolegen dan molekul kulit penting yang lain berkurangan
– CO Q10 akan menggalakkan pembaharuan kulit
– CO Q10 adalah molekul kecil yang dapat meresap ke dalam kulit dgn pantas

Apa yang ‘LIFEZYME COCOA WITH COQ10’ dapat berikan?
– Ia merangkumi kesihatan dan kecantikan
– Meningkatkan penghasilan CO Q10
– Anti penuaan
– Menyembuhkan penyakit seperti kegagalan jantung dan tekanan yang keterlaluan
– Membina tenaga
– Meningkatkan tenaga batin/kesuburan
– Mengurangkan berat badan secara tidak langsung
– Membantu merawat prostat
– Membantu mengurangkan sakit sendi dan otot

Cara menggunakanya:
1. Ambil 1/2 peket dalam masa 2 hari [Selang sehari]
2. Sediakan dengan air sejuk
3. Elakkan menggunakan bahan besi yang boleh mengakibatkan bahan ‘LIFEZYME COCOA WITH COQ10’ musnah

pro-livezyme01 Lifezyme Ginseng (Harga RM200-250)

– Mencari produk yang mampu menghindarkan kanser dan penyakit berperingkat yang lain?
– Produk yang mampu melegakan lelah?
– Produk yang memberi lebih tenaga?
– Secara tidak langsung mengurangkan berat badan dan memberikan kulit yang cantik?
– Memberikan kesihatan menyeluruh?
– LIFEZYME GINSENG ADA KESEMUANYA!!

KEBAIKAN LIFEZYME GINSENG
1. Memecahkan lemak
– Berkesan untuk proses penghadaman

2. Menghapuskan lemak berlebihan
– Berkesan untuk menstabilkan sistem metabolik
– Memudahkan proses penghadaman
– Membuang buangan toksik
– Menghadamkan makanan dan megelakkan makanan bertukar kepada lemak
– Proses ini tidak berlaku dengan segera, kerana kita menghilangkan lemak, bukan berat
– Ia mengambil lebih masa, tetapi lebih sihat, kesan pada jangka lama dan tidak memudaratkan

3. Memperbaiki penuaan kulit
– Melawan proses penuaan dengan membekalkan darah kepada kulit
– Membekalkan kulit dengan nutrin
– Menghapuskan bahan buangan yang boleh menyebabkan kulit kusam dan tidak sihat

4. Memperbaiki keadaan darah
– Tidak memudaratkan tubuh
– Ia memberikan nutrin
– Membersihkan darah
– Memberikan hormon dengan menstabilkan sistem metabolik
– Mengimbangi kandungan kolesterol
– Menguatkan sistem imuniti tubuh

5. Mempertingkat keupayaan mental
– Memberi nutrin yang diperlukan oleh otak
– Mengimbangi emosi

KEBAIKAN GINSENG
– Digunakan untuk kanser, selesema dan sebagainya
– Menurunkan kandungan gula, kolesterol and diabetes
– Memberikan kondisi yang baik kepada jantung dan buah pinggang
– Memperbaiki tahap kesihatan secara keseluruhan
– Menenangkan sintom lelah and keaddan lain yang melibatkan peredaran uada dlm tubuh
– Mempertingkatkan memori dan proses pemikiran
– Memperbaiki keupayaan bersukan
– Mempertingkatkan kesuburan lelaki dengan mempertingkatkan jumlah, kualiti dan pergerakan sperma. Ia mengaktifkan sistem badan dan mempertingkatkan produktiviti hormon
– Juga memberikan kesan sama kepada wanita untuk hormon estrogen, dengan meransang produktiviti hormon

PENGGUNAAN YANG DISARANKAN
i. MINGGU PETAMA
– Ambil 1 peket/hari
– Pagi
– Perut kosong
– Boleh juga diambila pada bila-bila masa

ii. MINGGU-MINGGU SETERUSNYA
– Teruskan seperti diatas
– Atau boleh tambah kepada 2-3 peket/hari
– Pagi dengan perut kosong: Membantu membersihkan darah
– Sebelum makan tenghari dan sebelum makan malam: Membantu memecahkan lemak

iii. PANDUAN UMUM
– ‘LiveZyme Liquid’ hendaklah diambil dengan minuman sejuk, jus atau susu pada suhu bilik
– Dilarang menggunakan air panas dan sudu besi. Ini bagi mengelakkan struktur enzim musnah
– ‘LiveZyme Liquid’ adalah paling baik diambil sebelum makan
– Bagi umur antara 4-18: Ambil ½ or 1 peket. 2-3 kali sehari
– For umur lebih 18: Ambil 1 peket. 2-3 kali sehari

PERINGATAN
– Memandangkan produk ini mengandungi ginseng, ibu mengandung pada awal kandungan tidak dibenarkan, sehinggan mencecah 5 bulan ke atas
– Baik bagi ibu selepas bersalain dan dalam berpantang
– Boleh diambil bersama ubat/suplimen lain

Kepada yang berminat bembeli dan ingin menjadi pengedar jangan segan hubungi saya di talian 013 2383464 atau email hamydy@yahoo.com

Pengedar bagi cawangan Utara, Selatan dan Sabah Sarawak masih dicari.

Laman Blog : http://enzyme2u.wordpress.com/

laman web syarikat  http://zymtechworld.com/

Advertisements

Posted in Ruangan Perniagaan | Tagged: , , , , | Leave a Comment »

Via Ferrata Gunung Kinabalu

Posted by hamydy on 22, July 2009

009

Via Ferrata merupakan salah satu tarikan tambahan di gunung kinabalu. Via Ferrata kinabalu merupakan yang tertinggi di dunia dan yang pertama di asia. Kita boleh lihat trek via ferrata ini dengan jelas jika berada di laban rata. Via ferrata ini sebenarnya dalam bahasa itali bermaksud “Iron Road” iaitu jalan besi. pertama sekali di buat adalah sebagai salah satu jalan merentasi batu2 gunung semasa perang, selepas perang ia menjadi tarikan pelancongan. Sekali pandang nampak mengujakan. apa pun aku nak try jugak via ferrata suatu hari nanti bila ada kesempatan.

Terdapat 3 aktiviti via ferrata iaitu
1. walk the torq – 2jam perjalanan
2. Low peak circuit – 4-5jam perjalanan
3.The Preamble – 4-5jam perjalanan

Untuk Maklumat lanjut boleh la lawati laman web rasmi via ferrata kinabalu seperti dibawah
Web : http://www.mountaintorq.com

OFFICE
Mountain Torq Sdn Bhd
Unit 3-49 Asia City Complex 3rd Floor
Jalan Asia City,
88000 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
T +60 88 268 126 / 251 730
F +60 88 269 126

ENQUIRY via EMAILS
For enquiries on our services and other information, please click here.

Sumber gambar dari : http://www.mountaintorq.com/pg1_viaferrata.html

006

Posted in Pendakian Gunung | Tagged: , | Leave a Comment »

OneDrop Perfume

Posted by hamydy on 18, July 2009

P7160515onedrop1onedrop2

Sila klik pada gambar untuk lihat saiz besar.

Untuk makluman semua saya kini menjadi pengedar OneDrop Perfume. Perniagaan ini menguntungkan. ia bukan macam MLM. Jika anda beli banyak iaitu melebihi 30 kotak dan keatas anda akan mendapat harga pengedar iaitu hampir separuh potongan. Jadi jika anda menjualnya maka anda akan mendapat separuh dari keuntungan tersebut.

contohnya harga RM45 jika anda beli banyak anda dapat harga lebih kurang RM35, jadi jika anda berjaya menjual satu kotak perfume tersebut pada harga RM45, maka anda akan untung runcit sebanyak RM10 bagi setiap kotak.

Pasaran jangan takut..ramai pengguna minyak wangi ini. ramai yang suka pakai dan beli, tetapi tak ramai yang nak jual. jadi anda masih berpeluang buat kerja ini secara sambilan. Tiada kerugian (kalau malas nak jual boleh pakai sendiri)

Jadi jika anda berminat dan ingin membeli perfume ini boleh la hubungi saya. 013-2383464

Posted in Ruangan Perniagaan | Tagged: , | Leave a Comment »

Air Terjun Berkelah Pahang

Posted by hamydy on 15, July 2009

berkelah0 berkelah01
Air Terjun Berkelah Pahang, Sememangnya sudah lama terkenal akan keindahannya. Mempunyai banyak kolam2 semulajadi hasil pembentukan air terjun, kolam2 ini menjadi kegilaan pengunjung untuk mandi manda seolah2 berada di swimming pool. tetapi ada diantara kolam2 ini sangat dalam dan merbahaya, oleh itu majoriti pengunjung yang mandi di kolam2 ini membawa life jaket.
Untuk kesana sangat mudah, dari Kuala Lumpur anda ambil highway ke kuantan pastu exit tol maran, bila exit tol maran ikut kiri (sigboard ke Sri Jaya), Terus lagi sampai melepasi seri jaya dan tol sri jaya, Kemuadian anda akan jumpa masjid Kg Gelugor bersebelahan kedai makan sebelah kanan jalan. jika jumpa masjid ini maka sudah dekat dengan simpang masuk ke BERKELAH simpang sebelah kiri. Masuk simpang ni kedalam lebih kurang 5 minit. Setelah sampai di kawasan rekreasi Berkelah anda boleh paking kereta disini, jika hari minggu memang ramai orang yang datang berkelah disini, Gerai2 makanan juga ada. Kemudahan asa yang lain seperti tandas, bilik mandi , pondok semua ada.
berkelah9 berkelah10
Bagi yang ingin buat champsite dan bermalam, kenderaan tidak digalakkan parking di kawasan rekreasi tersebut kerana tiada penjaga diwaktu malam, dan ada kes pecah kereta kecuali ada perkhemahan budak2 sekolah dikawasan tersebut. Untuk bermalam di puncak atau di kawasan champsite diatas sana , biasanya pengunjung akan meninggalkan kereta berhampiran masjid kg glogor dan kedai makan tersebut, jani untuk masuk kedalam biasanya tuan punya restoran tersebut ada menyediakan perkhidmatan menghantar orang menggunakan lori. casnya murah sahaja.
berkelah2 berkelah1
Dari tapak rekreasi ke champsite kolam 3 mengambil masa 30minit berjalan, untuk sampai ke champsite yang atas sekali iaitu puncak mengambil masa hampir 2jam perjalanan. Champsite di puncak bersebelahan kolam paling besar dan dalam boleh memuatkan hampir 30 orang satu masa.

Bagi kaki pancing kawasan yang paling sesuai untuk memancing adalah antara kolam 3 dan kolam 4, kawasan ini banyak terdapat ikan tengas yang besar2 sebesar tapak tangan. umpan yang paling sesuai adalah buah kelapa sawit yang telah direndam semalaman.
berkelah8 berkelah11
Sekiranya musim hujan pengunjung tidak digalakkan berkemah hampir dengan gigi air, kerana ia bahaya, jika terdapat kepala air boleh menghanyutkan khemah. oleh itu jika hendak buat champsite atau memilih lokasi champsite  faktor ini perlu diberi perhatian. Kebanyakan kolam2 ini sangat dalam dan ada sesetengahnya ada air pusing di bawahnya. oleh itu faktor keselamatan diri perlu diambil kira.
berkelah5 berkelah3

Akhir sekali jagalah kebersihan hutan kita. sampah yang anda bawa naik hendaklah dibawa turun. Trip 10-12 Julai 2009.

Posted in Jom Piknik | Tagged: , , | 16 Comments »

Gunung Arong Mersing Johor 3-5 Julai 2009

Posted by hamydy on 6, July 2009

Gunung Arong

Beirut puncak Gunung Arong Mersing Johor. Pada mulanya plan untuk mendaki Gunung Ledang. semua persiapan telah dibuat dan dibeli, makanan, t-shirt, insurans, permit juga telah lulus. Tetapi pada 3 julai 2009 tengahari tu pihak taman negara ledang call maklumkan permit dibatalkan kerana ada kembara Tengku Mahkota Johor pada 4-7 Julai 2009. Petang itu juga terpaksa pikirkan plan B dan akhirnya ke Gunung Arong. Ramai dikalangan peserta sangat terkejut dengan berita tersebut dan ada yang kecewa kerana tidak dapat mendaki Gunung Ledang. Tapi akhirnya semua bersetuju meneruskan perjalanan ke mersing.
Gunung Arong tidak setinggi Gunung Ledang tetapi bonusnya gunung ini terletak berhampiran dengan laut dan pemandangan cukup menarik.
Kami tiba di Tanjung Resang Mersing jam 4.30pagi. Campsite tepi pantai dihadapan chalet SARI JENTAYU. Pemilik chalet ini amat ramah dan baik. Beliau bernama Pn Sari, telah membenarkan kami menggunakan kemudahan toilet dan bilik mandi serta kegunaan air untuk masak dan minun.
tengahari kami mula memasak untuk dijadikan bekalan makan malam ketika campsite di atas gunung Arong. pendakian bermula selepas asar, ketiga dlm perjalanan kami ditemani dengan hujan yang tidak terlalu lebat. sampai ke puncak gunung arong hanya mengambil masa sekitar 1 jam setengah.
hajat hati hendak shoot sunset memandangkan ada dikalangan peserta membawa kelengkapan kamera yang SLR yang power2. tapi sunset tidak kelihatan kerana ditutupi dengan kabus.
Malamnya kami adakan sesi ice breaking (suai kenal)..makan malam ..dan santai
Paginya seperti biasa buat sarapan pagi. kemas dan mendaki turun. dalam perjalanan turung kami tidak ketinggalan untuk ambil gambar2 pemandangan yang menarik.
turun ke melalui pantai dan singgah mandi di kawasan pantai yang diberi nama “pantai rahsia”..kawasan pantai tersebut masih bersih.
selepas mandi manda bersiap pulang dan singgah di pean mersing untuk membeli keropok dan makan tengahari. selepas makan masing2 pulang memngikut haluan masing2.
Untuk maklumat lebih lanjut dan melihat gambar2 lain tentang trip ni anda boleh lawati web ini http://kakidaki.blogspot.com/2009/07/gunung-arong-mersing-johor-3-5-julai.html
Guide yang kami gunakan bernama zulkifli tetapi lebih dikenali dengan nama poncho
Poncho
tel : 012 7234545
Email : poncho@in.com
(nature guide, trip coordinator, design consultan)
Poncho ni sangat berpengalaman luas bab2 mendaki dan banyak gunung2 di malaysia dan indonesia telah beliau mendaki. Jika di kawasan johor banyak trip dari singapore beliau kendalikan.

Posted in Pendakian Gunung | Tagged: | 8 Comments »