The life journey

Kembara Kehidupan

Backpacker ~ Universal Studio Singapore

Posted by hamydy on 18, July 2012

Universal Studio Singapore (USS)
USS merupakan tempat kunjungan kebanyakan rakyat Malaysia yang bercuti dan membawa keluarga. terdapat pelbagai cara untuk ke USS. Ada melalui Flight, Keretapi dan ada melalui Bas. Semuanya bergantung kepada keselesaan, buget dan masa masing-masing. Untuk post kali ini saya akan fokuskan kepada backpacker melalui laluan darat iaitu BAS.

Bas ke Singapore
Terdapat dua cara melalui bas, pertama bas ekpress terus ke singapore dan kedua bus terus ke Johor. Stesen bas di johor yang paling dekat dengan Singapore adalah Larkin. Jika tiket bas ekpres terus ke singapore habis pilihan kedua adalah ke Larkin. Tiket bas ke selatan boleh dibeli di Terminal Bas Selatan TBS di Bandar Tasik Selatan. Tiket bas sekitar RM40 – RM45 sehala. Ikuti tentative perjalanan saya seperti dibawah.

Tentatif Perjalanan

Jumaat
10.00pm – Tiba di TBS cari tiket, kebetulan tiket ekpress ke Singapore habis. so saya beli tiket bas ke Larkin.
12.30am – Bas mula bergerak – saya tido jer atas bus..senang

Sabtu
05.00am – Sampai di Stesen Bas Larkin – cari sarapan dan tukar matawang singapore. ada money changger yang buka awal pagi.
05.30am – Naik Bas ke singapore – tiket cuma RM2.20
– Bila dah dekat Emigresen nampak orang kuar dari bas ramai2 maka kita pun kuar masuk emigresen cop pasport. Selepas dah cop pasport cepat2 keluar dari emigresen cari semula bus yang kita naik tadi. kalau naik bus yang sama tak perlu bayar. kalau tetiba naik Bas yang lain kena bayar semula la.
06.30am – Tiba di Stesen Bus yang berhampiran dengan Stesen MRT Bugis
07.00am – Jumpa hotel backpacker yang ditempah melalui online (Corzy Backpacker)
07.30am – Walaupun tidak boleh Cek in lagi tapi backpacker ni benarkan kita mandi dan letak beg dahulu. nanti malam baru masuk bilik.
08.30am – mula gerak ke USS menaiki MRRT Station Bugis
09.00am – Sampai di Marina Park.. Bergambar kat Merlion ( Singa yang ada air pancut kat mulut).
10.00am – Sampai di USS beratur beli tiket. Masuk USS …hoooreeyy- hoorey
10.00pm – Keluar USS balik ke hotel backpacker
11.30pm – jalan2 kat bugis road tgk aktiviti malam.
12.30am – Tido

Ahad
10.00am – Bangun Mandi dan Sarapan
11.00am – Cek out dan Shoping2 kat Bugis Street
01.00pm – Pergi ke Stesen bus berhampiran Bugis MRRT, Cari bus ke Larkin Johor. Jika hendak terus balik ke KL cari bas kat stesen yang berdekatan dengan Beach Road. Sebb kebanyakkan bas express yang direct dari KL akan stop kat Beach Road.
02.00pm – Sampai ke Larkin, cari tiket bus ke KL
03.00pm – Menaiki Bus Ke KL.
———Tamat—————

 
Terminal Bas Selatan (TBS) Tasik Selatan. Sedang menunggu bus. Tiket bus untuk ke USS ada 2 cara, Jika dapat tiket bus express terus ke Singapore lagi bagus. kalau tak ada kena beli tiket bus ker JB (Larkin). Saya plan last minit tiket bus direct ke Singapore abis jadi terpaksa beli singgah di JB dahulu.

Sampai di Stesen Bus Larkin tunggu Bus SBS Transit, Bus No 170, bus ni paling awal masuk Singapore sekitar jam 5.30am harga tiket cuma rm2.20. Bus no 170 ini sampai ke Stesen bus Bugis, dekat dengan Bugis Street dan MRT Bugis. Jika dekat Emigresen anda sudah tersalah naik bas tak apa, nanti dah sampai kat singapore cari mana2 MRRT station dan naik MRRT ke stesyen Bugis.

Ini lah Stesen Bus yang berdekatan dengan Stesen MRT Bugis. dari stesen ni kita jalan dalam 500 meter jumpa la. Bila jumpa Stesen MRT Bugis..jalan lagi ke kawasan Bugis Street, kat sini banyak hotel backpacker yang murah.

Inilah backpacker yang saya menginap Cozy Backpacker. Bawah hotel ni ada restoran mamak Muslim. jadi kalau nak makan tak susah la. Hotel ni pun ok dan selesa bagi backpacker. Ramai jugak foreiner yang menginap kat sini.

Signboard hotel ni kecil jadi anda mungkin terlepas pandang. Jadi nak senang anda rujuk banggunan tu. Sebelah kedai Seng Huat tu la Cozy Backpacker. Sebenarnya saya pernah menginap di Backpacker lain selain Cozy ni seperti di area Geylang road.

Bilik dan koridor pun selesa dan bersih.

Antara kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan adalah seperti PC Internet, Wifi dan sarapan pagi. Biasanya backpacker bilik airnya di luar. Toilet dan Bilik air setiap tingkat ada jadi tak susah.

Shoping2 di Bugis Street

Bersambung

22 Responses to “Backpacker ~ Universal Studio Singapore”

  1. biey said

    kami kan nk pergi..ikot care en.hamydy ni..hehehe..haritukan..rase mcm nmpk la en.hamydy kat bukit gasing..hehehe.., pakai baju warna merah..

  2. biey said

    InsyaALLAH..:)..time kasih wujudkan blog mcm ni..sng org2 mcm sy ni nk jd kan panduan..:)

  3. zam said

    salam… nak tanye abg hamydy ni… bilik yg abg tunjuk kat gambar tu.. katil dia double decker an… so 1bilik bape org erk? terima kasih

    • hamydy said

      wsalam Zam
      bilik tu boleh muat 2 orang nak duduk seorang or berdua tak kisah asalkan sewa satu bilik. saya taknak kongsi so saya ambil satu bilik. jimat sikit dari ambil bilik hotel.

  4. bro, terima kasih atas tips.
    cuma nak tanya, memandangkan sampai di imigresen dalam waktu subuh dan bertolak dari larkin sebelum subuh.. bro solat subuh di mana..

    ada surau ke/chapel room ke kat imigresen singapore tu.. terima kasih

    • hamydy said

      Salam MNajem

      Di migresen Malaysia memang terdapat surau. so boleh solat dulu kat situ. so saya solat dahulu sebelum langkah sempadan. Maaf la info saya tak detail sampai ke situ.

  5. nadia husna said

    assalamualaikum,

    bleh tny budget encik ke singapore..?

  6. tini said

    bajet berapa ye pergi dan balik kalau ikut cara ni?

    • hamydy said

      Salam Tini

      Kos Seperti berikut

      Tiket USS = 74SGD = 191.40
      Tiket Bus KL-Larkin-KL = RM90 (RM45x2)
      Backpacker = RM50
      Bus dari Larkin ke Bugis Station Singapore = pergi RM2.20, Balik 2.2SGD

      Makan dan minum tak termasuk
      Train pun taksampai 10SGD sahaja

      TQ harap ini membantu

  7. Jamalliah said

    Salam anakda,mkck dan pakcik nak jalan2 ke Singapore 6 Disember ni, naik bus dari JB.Agak2 bleh sesat ke.Dari KL kami drive dn nk cari otel dekat station bus.

    • hamydy said

      Salam Makcik Jamaliah

      Terima kasih kerana komentar di blog saya. Kalau pegi singapore insyallah tak sesat.

      Kalau Bus express makcik turun kat Beach Road dah dekat dengan Bugis
      Kalau naik bus henti2 tu bus akan stop kat Station Bus Bugis
      Kalau sesat atau malas nak naik MRT, makcik naik teksi sahaja.

  8. Jamalliah said

    Tksh anakda.Mkck duk baca blog ke singapore utk panduan.

  9. Jamalliah said

    Salam ankda,dari station Raffles nk blek Kranji ade jalur hijau dn merah.MRT tu ade warna atau tulis Kranji.klau silap naik ke pasir rias pulak nanti.jgn gelak ye klau soalan ni lucu.esk mkck dah nak ke JB.Tksh

  10. syira said

    Salam..
    Nak tanya kalau naik bas dr tbs turun di spore-woodland atau spore-beach road?
    Dri situ ada bus ke uss terus ke ya?

  11. Rose said

    Assalam. saya nak tau kalau naik MRT dari station bugis kena transit lg ke? boleh kasi detail kalau naik MRT sampai USS. tq

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: