The life journey

Kembara Kehidupan

Gunung Tok Wan 2011

Posted by hamydy on 1, January 2011


Gunung Tok Wan

Bermalam Di Puncak Broga
Gunung Tok Wan merupakan kali pertama saya daki pada 1.1.2011. Disebabkan sudah ada entri berkaitan dengan Bukit Broga sebelum ini maka untuk entri kali ini yang berkaitan dengan Gunung Tok Wan maka sy tidak akan bercerita lanjut mengenainya. Sudah banyak kali sy hendak mendaki Gunung Tok Wan apabila setiap kali menjejak ke puncak Broga, namun faktor masa dan timing tidak mengizinkan. Perancangan untuk menyambut tahun baru 2011 di Bukit Broga. Pada malam tahun baru tersebut ramai orang telah memenuhi semua puncak Broga dari puncak 1 sehinggalah puncak 4. Puncak 1 paling ramai orang. Setibanya di puncak pertama pengunjung telahpun menyambut kedatangan tahun baru dengan bermain bunga api dan mercun. Sungguh indah sekali. Malangnya saya tidak sempat merakam gambar saat2 tersebut kerana baru sampai. Setelah 15 minit org ramai berpusu-pusu turun dari puncak 1 Broga. Yang tinggal hanya lah pendaki-pendaki yang ingin bermalam di puncak Broga. Saya singgah bermalam di puncak Broga sehingga menjelang pagi sambil melayan sunrise dengan para pengunjung yang ramai pagi tahun baru itu dianggarkan sekitar 100-150 orang. Kanak2 dan keluarhga masing2 menjadikan pendakian ke puncak Broga sebagai senaman pagi.

Pendakian Gunung Tok Wan
Gunung Tok Wan merupakan gunung yang rendah  kelangsungan dari Bukit Broga. Trekking mendaki Bukit Broga sepanjang 1.7km untuk sampai ke Puncak Bukit Broga, Bermula dari puncak Bukit Broga kita memerlukan 3.1km lagi untuk sampai ke Puncak Gunung Tok Wan. Bukit Broga hanya ber ketinggian 400 meter manakala Gunung Tok Wan ber ketinggian 675 meter dari paras laut.


Pemandangan di Puncak Broga sebelum meneruskan perjalanan ke Gunung Tok Wan

Tempoh Perjalanan mendaki ke Puncak Gunung Tok Wan mengambil masa sekitar 1 jam 15 minit (ini kelajuan saya). Paling lewat jika berkumpulan melebihi 5 orang anda akan mengambil masa sekitar paling lewat 2 jam untuk sampai. Kalau lagi laju anda boleh sampai paling cepat 1jam.


Pokok Besar yang menyeramkan sebelum melalui Bukit Pertama

Trek pendakian ke Gunung Tok Wan tidak sukar dan ia merupakan singgle trek. laluan bersih dan senang untuk dilalui tanpa perlu bantuan GUIDE. Anda perlu melalui 5 buah bukit sebelum sampai ke puncak Gunung Tok Wan. Dari bukit pertama hingga bukit ketiga trek agak landai dan tidak memenatkan. Apabila melalui bukit ke 4 dan 5 pendakian agak curam sekitar 45 darjah. Diantara bukit ke 4 dan 5 anda akan melalui kawasan berbatu yang berkemungkinan besar kawasan laluan air, namun ia telah kering.

Kawasan tempat babi hutan bersantai


Bukit 4                                                                                        Bukit 5


kawasan berbatu antara bukit 4 dan 5        Spesis daun besar

Pendakian Malam
Pendakian Malam, jika anda berniat untuk mendaki di waktu malam, Gunung Tokwan agak tidak sesuai, ini kerana terdapat kawasan tempat babi hutan berkubang di beberapa kawasan sepanjang laluan trek. Namun jika anda berdegil untuk trekking malam juga, perkara paling penting anda perlu bawa ialah mercun bom,bola atau apa saja yang mengeluarkan bunyi yang kuat bagi menghalau kumpulan2 babi hutan ini.


Lubuk Babi Hutan : Harus berhati-hati ketika melalui kawasan ini.

Sumber Air
Sumber air, Gunung Tok Wan dan Bukit Broga tiada sumber air. oleh itu anda perlu memikirkan bekalan air yang mencukupi bagi menampung keperluan ketika mendaki atau pun bermalam di atas sana.

Flora dan Fauna Gunung Tok Wan
Flora dan Fauna sepanjang perjalanan menuju ke puncak Gunung Tok Wan, pelbagai spesis cendawan yang ditemui tumbuh di sepanjang trek memandangkan cuaca yang lembab terutama selepas hujan. Dalam perjalanan anda akan menemui kawasan yang ditumbuhi dengan pokok kantan. Terdapat juga pokok berduri, oleh itu anda perlu berhati2hati ketika memegang pokok bagi mengelakkan cedera.

Puncak Gunung Tok Wan
Puncak Gunung Tok Wan tidak mempunyai pemandangan yang menarik, sekitar puncak tersebut di kelilingi oleh pokok pokok renek dan tinggi. Terdapat sebuah pondok dan bangku yang telah dibina oleh PAT (Putrajaya Adventure Team). Terdapat juga kawasan untuk camp fire dan memasak yang dibina dengan susunan batu bata berbentuk empat segi. Sebuah tong sampah disediakan bagi memudahkan pengunjung membuang sampah (persoalannya siapakah yang rajin nak bawa turun) oleh itu walaupun ada tong sampah disitu pengunjung dinasihatkan membawa pulang sendiri sampah yang anda buat. Selain tong sampah merah juga terdapat sebuat cerek besi yang ditinggalkan disitu untuk dikongsi guna (jagalah harta awam ini sebaiknya).

Suasana di puncak Gunung Tok Wan ini sungguh nyaman dan sejuk sekali, sangat syok untuk tidur setelah penat mendaki. Tiupan angin yang sentiasa ada membuatkan anda terasa sejuk. Kawasan ini bersih dan tiada sampah..(diharap pengunjung tidak membuang sampah merata2). Cintailah alam sekitar dan hutan anda untuk anak cucu anda nanti

Kemudahan tandas tidak disediakan memandangkan tiada sumber air.

Tentative Perjalanan


Jumaat 31 Dis 2010
09.00 malam – Bertolak dari rumah
10.00 malam – singgah makan di restoran Tom Yam depan petronas simpang ke Broga
11.00 malam – Tiba di pakir kebun kelapa sawit – jumpa geng shah alam 6 orang
11.30 malam – Mula mendaki
12.00 malam – tiba di puncak 1 Broga – dah ramai orang sambut thn baru dgn percikan bunga api.
12.01 pagi – Heppy New Year

Sabtu 1 Jan 2011
12.01 pagi – Meneruskan perjalanan melepasi bukit 2,3 dan 4
12.30 pagi – Tiba di puncak Bukit Broga – Jumpa Geng PAT (Putrajaya Adventure Team) sedang Camping
01.00 pagi – Lepak2 sambil sembang dgn Cif PAT. dia cakap takde org kat Gunung Tok Wan
01.30 pagi – Membatalkan hasrat untuk ke Gunung Tokwan (kerana seorang diri) dan cari lokasi tapak khemah
02.30 pagi – setelah lepak minum kopi cicah dgn biskut .. apa lagi tido la
05.00 pagi – dah bangun
06.00 pagi – semakin ramai pengunjung tiba membanjiri puncak Broga
07.00 pagi – Sarapan pagi – sandwish dgn tuna dan kopi panas…pergghh sodapnya
07.00 pagi – Jumpa GARFU OHM – perbincangan ringkas – dia tak jadi naik tokwan
08.00 pagi – Paking
08.30 pagi – Meneruskan Pendakian Solo ke Gunung Tok Wan bersama budak2 lain yang sehaluan
09.45 pagi – Tiba di Puncak Gunung Tok Wan- sampai jer jumpa roup chinese guy sedang minum teh,
budak2 shah alam, budak2 UNITEN- Lebih kurang 20 orang semuanya.
10.00 pagi – Tinjau2 kawasan sekeliling
11.00 pagi – Buat unggun api dan masak nasi goreng ikan bilis
12.00 tgh – tido
02.00 ptg – Packing barang2
02.30 ptg – Mula turun sambil santai2 ambil gambar.
04.00 ptg – Tiba di Puncak Broga
04.30 ptg – Tiba di Pakir Kereta
05.30 ptg – Pulang ke KL

11 Responses to “Gunung Tok Wan 2011”

  1. ly said

    wau…bestnye sampi ke gunung tok wan,ly sampi broga 400m aje…best x gunung tok wan..

    • hamydy said

      terima kasih kerana singgah dan komen di blog saya
      ly
      View tak berapa sangat la sebab dilindungi pokok2. tapi trekking memang best la. cuba la bukan jauh pun 3.1km jer.

      sekian terima kasih

  2. arediek said

    as,salam…

    camner sy nk join aktiviti2 ni?cm b’minatla…

  3. aijad said

    salam.

    abg tumpang tnye…

    kalau nk pergi ke gunung tok wan kene gne tour guide x?
    ade camp site atas gunung x?

    • hamydy said

      kalau nak ke gunung tok wan tak perlu guide. kalau seorang diri tidak digalakkan. tidak digalakkan trekking bila gelap ( malam dan awal pagi) sbb ada kawasan tempat mainan babi hutan. boleh champsite tetapi punca air tiada.

  4. Haley said

    salam..
    semalam saya baru naik broga dan tok wan.. info dari blog saudara banyak membantu saya..
    terima kasih banyak2 : )

  5. mohd shaffiq said

    salam ..sy nak tanye …mcm mane dengan kenderaan ? parking di broga sawit tuh..time malam ada org jaga ke? da banyak kali sy pergi ,p x pernah bermalam disana.. sebab takut akan keselamatan kenderaan ..

    • hamydy said

      wsalam
      saya biasa tinggal kereta di parking kebun kelapa sawit. pastikan kita parking berhampiran kereta lain dan pastikan tiada benda berharga disimpan dalam kereta. Juga pastikan tempat duduk kosong dari sebarang beg. tak kisah la beg ada isi atau tiada. Pastikan ada stereng lock dan sebagainya.

      Kalau hendak bermalam pilih hari yang ada orang lain pun biasa bermalam. dan kalau hendak bermalam di galakkan naik tengah malam sekitar jam 12.00malam. Kerana di atas tiada sumber air. jadi kalau sampai puncak pun tak lama lepas tu dah nak pagi dah. pastu kalau dah pukul 5.00am orang dah mula naik broga.

  6. juliati said

    laluan ke Tok wan tu, yg kat blkng tu ker, coz tak nampak pun sign tu…huhu..teringin nak g sana tp x da kwan yg pernah try trek tu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: