The life journey

Kembara Kehidupan

Archive for April, 2008

Kayak Jeram Kenaboi

Posted by hamydy on 28, April 2008

 

 

 

 

 

 

 Pengalaman kayak jeram di daerah Kenaboi. Trek yang aku gunakan ni adalah trek beginner, walaupun beginner tapi penatnya boleh tahan jugak. Jarak sungai lebih kurang 10km. Ini pertama kali aku main kayak di jeram, sebelum ni main kayak di tasik dan laut  sahaja, kayak pun guna kayak biasa. Tapi kali ni aku cuba kayak lazer, kayak ni lebih laju, tapi susah jugak kawalannya kalau tak biasa guna.

 Hari tu tak ramai yang main kayak, Cuma aku berdua dgn kawan dan  dibantu oleh 2 org guide. Setiap sorang satu guide la. Disebabkan pertama kali main kayak jeram ni, boleh dikatakan sepanjang perjalanan tu kami asyik terbalik jer sampai tak terkira berapa kali. Terbalik satu hal nak buang air dari kayak satu hal hanyut dek arus deras pun satu hal, ini semua menambahkan lagi cabaran bagi beginner macam kami ni. Mula kayak dari jam 11am dan tamat lebih kurang 3.30pm, 4 jam lebih berkayak penat tu tambah pulak lapar.

 Semua kelengkapan kayak, guide dan rescue disediakan oleh Kenaboi Adventure Team. Selain kayak team ni juga organize aktiviti mendaki di Gunung Besar Hantu. Semasa kami tiba di lokasi rumah Kenaboi Adventure Team ni ada satu group orang Filipina tengah sedang menaiki 4WD untuk ke kaki Gunung Besar Hantu.

Maklumat lanjut boleh klik http://kenaboiadventure.multiply.com

 

 

Pakej

Harga : RM150.00 /pax

Tempoh :  1 hari

Peserta : 10 orang (minimum)

Lokasi : Kemsite Sg Kekabu

Trek : Kg Bertam – Kemsite Sg Kekabu (10km)

 

Perkhidmatan Yang Disediakan

1.       Peralatan kayak

2.       Guide/rescuer

3.       4×4 Kg Chennah-kemsite-lokasi

4.       Makan tengahari

 

Tentatif

0800 – Berkumpul di Kg Chennah

0830 – Bertolak ke Kg Bertam dengan menaiki 4×4

0930 – Tiba di Kg Bertam

1000 – Pengenalan kayak

             Water confident

1100 – Memulakan aktiviti ekspedisi

1500 – Tiba di Kemsite Sungai Kekabu

            Makan tengahari

1600 – Packing

1800 – Bertolak ke Kg Chennah dengan menaiki 4×4

1900 – Tiba di Kg Chennah

             “Sayonara”

2000 – Bersurai

 

 

 

Advertisements

Posted in Kayak | Tagged: | 2 Comments »

Nikon vs Canon

Posted by hamydy on 17, April 2008

Tentu ramai tertanya2 brand mana satu yang bagus antara Nikon dan Canon. Kalau kita pergi mana2 pasti akan terjumpa group Nikon dan group Canon dan pastinya setiap pemiliknya akan mempertahankan brand masing2. ada yang kata Nikon bagus dan ada yang kata Canon bagus. Tapi hakikat sebenarnya adalah bergantung pada orang itu. Tak guna ada alatan yang bagus tapi orang yang menggunakannya tidak bagus atau tidak pandai. Hasilnya gambar yang diambil tetap tidak cantik jugak.

Kalau ikutkan sejarahnya, Canon lebih dahulu menghasilkan kamera berbanding Nikon. Tetapi sebelum terhasilnya kamera Nikon, Canon menggunakan lensa dari Nikon untuk kameranya. Ini membuktikan bahawa lensa Nikon lebih baik dan berkualiti dari Canon.

Selepas beberapa tempoh masa barulah Nikon menghasilkan kameranya sendiri, maka selepas itu Canon tidak lagi menggunakan lensa dari Nikon. Kalau kita bicarakan tentang kamera tanpa lensanya tentu ada yang mengatakan bahawa Canon lebih baik kerana ia terlebih dahulu menghasilkan kamera berbanding Nikon. Sedangkan Nikon hanya terkenal dengan Lensanya sebelum itu.

Apa2 pun itu terpulang la pada tanggapan masing2. apa yang penting jangan menilai sesuatu benda itu dengan hanya dengan mendengar atau terpengaruh dengan cakap2 orang atau iklan. Sepatutnya apa yang perlu kita buat adalah untuk mengenali kamera kita dengan sepenuhnya dari A to Z.

Kita sepatutnya mengenalpasti apa kemampuan dan kelemahan kamera kita dengan lebih teliti supaya kita mampu untuk menghasilkan gambar yang terbaik dengan mengaplikasikan kedua2 kemampuan dan kelemahan itu.

Selain Nikon dan Canon ada banyak lagi brand2 kamera kat luar sana seperti Olympus, Sony, Kodak, Pentax dan Lieca. So pandai2 la kita memilih kriteria apa yang kita perlukan dan berapa banyak duit yang perlu kita belanjakan dalam membeli sesebuah kamera itu.

Pada aku selain menggunakan Nikon, ada juga kamera lain yang aku gunakan ikut kesesuaian aktiviti dan keadaan la. Kalau nak ambil gambar2 biasa aku pakai kamera Compaq biasa jer sebab senang dibawa dan mudah disimpan dalam poket je. Bila betul2 nak shoot gambar baru aku pakai kamera DSLR sepenuhnya. bak kata pepatah “lain padang lain belalang” jadi lain situasi dan keadaan maka lain la penggunaan kameranya. contohnya Canon banyak digunakan dalam Sport kerana pemprosesannya pantas.

sekian.
p/s : mungkin pembaca ada maklumat dan pendapat yang berlainan

Posted in Fotografi | Tagged: | 1 Comment »

Sabah Tour 2006

Posted by hamydy on 17, April 2008

Lawatan keKinabalu Sabah 5-12 May 2006

Ini adalah lawatan pertama ke sabah, mulanya bercadang untuk mendaki gunung kinabalu, siap dah buat iklan mendaki dan membuat latihan kecergasan setiap petang. Ikut perancangan aku nak pecahkan group ini kepada dua iaitu satu mendaki dansatu tidak, tetapi alih2 yang nak mendaki tak ramai so terpaksalah kami semua buat lawatan sahaja. Mulanya seramai 18 orang telah menempah tiket penerbangan air asia pada masa tu dengan harga tiket RM0.00 tak termasuk tax. Tapi last masa nak pegi 7 org tarik diri, kira burn la tiket diarang.

Perbelanjaan untuk 8 hari kesabah ini menelan belanja hanya Rm500 sahaja, murah tu. Aku tak ambil mana2 pakej, pakej sendiri je. Aku sewa sebuah van besar yang muat 13 orang termasuk driver. Driver tu member kepada salah seorang kawan aku, dia merangkap pemandu pelancong la sbb dia orang Kudat sabah. Berikut adalah tentative program yang aku buat.

Hari Pertama 5/05/06 (Jumaat)
03.30pm -Berkumpul HUKM
-Naik Bas HUKM ke LCCT
06.00pm -Boarding
08.00pm -Berlepas ke KK
10.00pm -Tiba di KK dan makan malam di Anjung Senja
12.00am -Check in Hotel Komplek Tabung Haji

Hari Kedua 6/05/06 (Sabtu)
08.00am -Sarapan dan bertolak ke Kudat
-kedai kraftangan-Timang Manggaris
-Mantunggong
-Simpang 3 Kota Marudu
-Melawat Rumah Panjang Rungus-Tinangol
06.00pm- -Check in hotel Borneo di Kudat
-Minum petang di Esplaned Sidik dan melawat sangkar ikan air laut.
08.00pm -Program Makan Malam bersama penduduk kampung Landung Ayung
Bangsa Sulu (rumah atas laut)
-Makan malam tradisi bangsa sulu
-Persembahan Tarian dan nyanyian tradisional
-Pertandingan karaoke bersama org kampung
-Acara tarian bersama org kampung
12.00pm- -Bermalam di hotel Borneo Kudat

Hari Ketiga 7/05/06 (Ahad)
08.00am -Sarapan dan membeli belah di pasar ( makanan laut kering)
-Bertolak pulang ke Kota Kinabalu
-singgah di Simpang Mengayau (Tip of Borneo)
-singgah Kota Belud
-Tuaran-Melawat Zoo Buaya
12.00am -Tiba di KK
-Muzium Sabah, Monsopiad culture village
-Yayasan Sabah
-UMS
-Masjid Terapung Likas
-Bukit Bendera dan sekitar KK
08.00pm -Makan malam di Pasar Malam Filipine (ikan bakar)
10.00am -Check in Hotel Komplek Tabung Haji

Hari Keempat 8/05/06 (Isnin)
08.00am -Sarapan dan bertolak ke Ranau – Taman Negara Kinabalu
-Singgah di Jambatan Tamparuli
-Taman Negara Kinabalu
-Melawat Taman Bunga Ros/Orkid
-Taman Azura, bundu Tuhan
-Melawat hot spring dan mandi air panas
-Melawat kanopi walk,
04.00pm -Bertolak pulang ke KK
-Singgah di Kundasang (Tempat buahan dan sayuran segar)
08.00pm -Makan Malam di Tanjung Aru
10.00pm -Bermalam di Hotel Komplek Tabung Haji

Hari Kelima 9/05/06 (Selasa)
08.00am -Sarapan pagi di pasar besar
-Bertolak ke jeti
-Berlayar ke Pulau Manukan
-Makan tengahari di Sutera Sanctuary Lodges restoran
12.00am -Check in Chalet Sutera Sanctuary Lodges
-Aktiviti Snorkeling
08.00pm -Aktiviti BBQ ditepi pantai

Hari keenam 10/05/06 (Rabu)
08.00am -Sarapan pagi di Sutera Sanctuary Lodges restoran
-Sambung Aktiviti Snorkeling
11.00pm -Permainan Bersantai di tepi pantai (Games)
12.00am -Check out Chalet Sutera Sanctuary Lodges
-Belayar pulang ke KK
-Singgah di Pulau Mamutik, Pulau Sapi
-Singgah perkampungan Laut
06.00pm -Sampai KK
08.00pm -Makan Malam di Restoran tepi pantai
10.00pm -Bermalam di Hotel Komplek Tabung Haji

Hari ketujuh 11/05/06 (Khamis)
08.00am -Sarapan pagi di Hotel Komplek Tabung Haji
-Aktiviti bebas
-Membeli belah di sekitar kota kinabalu
-Pasar Filipine ( Mutiara dan Kraftangan)
08.00pm -Makan Malam di Restoran Sekitar KK
10.00pm -Bermalam di Hotel Komplek Tabung Haji

Hari kelapan 12/05/06 (Jumaat)
08.00am -Sarapan pagi di Hotel Komplek Tabung Haji
-Bersiap2 ke Lapangan Terbang KK
10.00am -Berlepas ke Kuala Lumpur

Posted in Melancong | Tagged: | 9 Comments »

Arab Saudi 2008

Posted by hamydy on 17, April 2008

Alhamdulillah hajat hati ke tanah suci mengerjakan umrah akhirnya tercapai. Pada 2-11 April 2008. Aku pergi menggunakan khidmad pakej dari agensi Tabung Haji Travel, iaitu anak syarikat Tabung Haji Malaysia.

Untuk mengerjakan umrah, Selain Tabung Haji Travel terdapat banyak lagi travel agen di Malaysia yang boleh ambil dan terjamin, antaranya yang terkenal dan di yakini seperti Utas Travel, JJ Mesra Travel dan 2-3 lagi travel. Disebabkan oleh birokrasi dan pengurusan yang ketat dari kerajaan Arab Saudi dalam urusan Visa adalah dinasihatkan untuk tidak mengambil travel agen yang baru dan tidak terkenal, ini adalah untuk mengelakkan urusan Visa terkandas seperti yang pernah berlaku beberapa tahun yang lepas dimana ramai jemaah terkandas disebabkan visa tidak diluluskan.

Sebenarnya pakej murah atau mahal adalah hampir sama saja. Ada 14 hari, ada 9 hari, oleh itu kalau ambil mana2 pakel dari mana2 travel agen yang penting kena tengok perkara2 yang terdapat dalam kandungan pakej tersebut seperti berikut:

Jenis penerbangan (Terus atau banyak transit)

Jenis Syarikat Penerbangan (MAS, Saudi, Singapore atau lain)

Jenis Penginapan (hotel berapa bintang)

Jenis Tentative Program (ada ziarah atau lawatan tempat2 sejarah)

Bilangan hari dan masa perjalanan yang diambil

So jika perkara2 ini berpatutan dengan harga yang ditawarkan kira ok la jgn terpedaya dengan promosi harga murah jer, lagi satu jangan sampai ada kos tersembunyi. Kos umrah dan ziarah untuk tahun 2008 dalam sekitar RM5000-5600 untuk seorang.

Berikut adalah tentative perjalanan aku

Hari Pertama

Penerbangan MAS terus dari KLIA ke Jeddah mengambil masa sekitar 5jam, setibanya di Airport Jeddah kami di sambut oleh seorang mutawif warga Indonesia bernama En. Yahya. Kumpulan kami seramai 34org, Dari Jeddah kami menaiki bas ke Madinah mengambil masa hampir 5 jam. Setibanya di Madinah kami terus solat subuh di Masjid Nabawi.

Hari kedua

Kami melawat perkiburan Baqi dan Makam Rasullullah selepastu kami bebas mengerjakan ibadah masing2.

Masjid Nabawi memang besar dan kerja2 ubahsuai dan penyelenggaraan masjid giat kelihatan setiap masa. Cuaca di Madinah panas dan kering tetapi dingin, berjalan jauh pun tidak berpeluh. Terdapat aktiviti2 perniagaan jalanan di luar kawasan masjid dan kaki lima banggunan hotel, kebanyakan peniaga yang menjual terdiri dari kalangan orang arab berkulit hitam, Cuma segelintir saja org arab yang berkulit cerah. Jika di kedai dan pasaraya hampir kesemuanya peniaganya dari golongan yang berkulit cerah dan kebanyakanya juga pekerjanya adalah dari warga Pakistan dan India. Mereka juga fasih berbahasa melayu untuk urusniaga tetapi untuk berkomunikasi kebanyakan mereka tidak fasih.

Makanan di hotel jugak sedap dan menarik, ini sebabnya tukang masak di hotel untuk jemaah Malaysia dan Indonesia adalah daripada warga Malaysia dan Indonesia jugak. Oleh itu juadah boleh ngam la dengan tekak kita.

Hari Ketiga

Selepas sarapan pagi kami bersiap berpakaian ihram untuk mengerjakan umrah ke Mekkah, ambil niat atau miqat di Bir Ali, selepas waktu zohor baru tiba di mekkah. Bagi mereka yang pertama kali mengerjakan umrah, kumpulan kami di pimpin oleh 2 orang mutawif semasa di Masjidil Haram.

Cuaca di Mekkah sama seperti Madinah, kebanyakan hotel2 lama yang berada berhampiran Masjidil Haram di bahagian kiri dan belakang telah diruntuhkan bagi kerja2 pembesaran kawasan masjid. Kawasan tempat paip air Zam-zam dan saie juga sedang dalam kerja ubahsuai. Dikawasan berhampiran hotel dan masjid terdapat banyak kedai2, farmasi, money changer dan IDD call, selain itu shoping komplek juga terdapat di kebanyakkan hotel 5 bintang. Selain itu peniaga jalanan juga banyak terdapat sepanjang kaki lima untuk ke hotel. Jemaah di galakkan untuk memakai mask untuk mengelakkan habuk yang banyak akibat kerja2 pembinaan  yang berlaku berhampiran kawasan masjid.

Hari Keempat

Bebas, ada yang mengerjakan umrah sendiri dengan menaiki bas ke Tanaim dengan membayar SR2, ada juga yang menaiki Van teksi dengan bayaran SR40 satu Van atau SR2 per kepala. Bagi yang sihat dan mempunyai stamina boleh mengerjakan umrah sebanyak 4 kali sehari dengan ulang alik ambil miqat di Tanaim. Kebanyakan orang mampu buat 2 kali sehari.

Hari kelima

Lawatan ke Hudaibiah ambil miqat umrah, melalui ladang unta, jika berkesempatan boleh minum susu unta yang segar yang diperah terus dari unta. Kumpulan kami tidak singgah ke ladang unta sekadar melaluinya sahaja.

Hari keenam

Lawatan ketempat2 sejarah seperti Gua Hirak, Gua Thur dan Gunung Uhud (tempat 70 syahid)

Hari Ketujuh

Lawatan ke Jabal Ramah tempat pertemuan Nabi Adam dan Siti Hawa, Melalui Muzium Ka’bah, Masjid Pokok, Masjid Jin dan Rumah Kelahiran Rasullullah.

Hari Kelapan

Lawatan ke Jaranah ambil miqat, masjid Qubah, Masjid Dua Qiblat.

Hari kesembilan

Selepas melakukan Tawaf Wada, kami terus beranggkat ke Jeddah, di Jeddah kami melawat Masjid Terapung, melewati kawasan perlabuhan dan singgah di sebuah Shoping komplek yang antara terbesar di kawasan Jeddah untuk minum dan last shoping, tapi kebanyakan jemaah hanya singgah minum sahaja di warung makan warga Indonesia iaitu warung “Raja Bakso”. Tiba di Jeddah Airport jam 6pm waktu Jeddah dan penerbangan pulang ke KLIA  jam 9pm.

Perasaan kesana memang gembira, bergantung pada niat kita la. Kalau niat untuk melakukan ibadah maka kita akan rasa lebih tenang dan insaf. Tetapi jika niat untuk melancong dan shoping maka kosong saja hati semasa disana. Aku harap dapat kembali kesana untuk mengerjakan haji dan umrah pada masa depan jika ada rezeki lebih dan dipanjangkan umur Insyaallah.

Posted in Melancong | Tagged: , | 3 Comments »

Ternakan Ikan Keli (Catfish)

Posted by hamydy on 17, April 2008

Ikan keli adalah sejenis ikan air tawar yang banyak terdapat di Malaysia . Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi, sungai kuala dan tasik.

Sekarang ni ikan keli mula diternak di dalam kolam buatan dan dikomersial. Ikan keli menjadi hidangan yang diminati ramai kerana rasanya yang enak dan berkhasiat ikan keli terdiri dari pelbagai jenis spesies iaitu keli bunga, keli kayu, keli esotik dan keli memah.

Ternakan
Ikan keli boleh diternak dalam kolam besar, kanvas atau sekadar dalam kolah. Mudah membiak dengan memberi makan reja daging ayam, lemak ayam dan sebagainya. Ikan keli yang diternak di kawasan sawah padi dapat membantu mengawal makluk perosak dengan memakan ulat2, larva cacing dan serangga.

Untuk menjadikan ternakan keli ini sebagai komersial, pengusaha perlu sekurang2nya menternak 100 ribu ekor bagi satu spesies ikan keli. Kolam ternakan boleh di disediakan dalam bentuk kolam tanah, kolam simen dan juga kolam kanvas. Ikan keli di beri makan seperti pellet, daging atau lemak ayam, ikan baja atau roti. Ikan lebih gemar makanan berbentuk pepejal.

Hasil
Hasil ikan keli oleh dikutip selepas 60-90 hari selepas di lepaskan dalam kolam. Purata berat sekitar 200gram sekilo dan dijual sekitar RM3 sekilo. Pada masa ini disebabkan permintaan semakin meningkat harga boleh mencecah antara RM4.50-RM5 sekilo di pasaran terbuka.

Peluang
Industri ternakan ikan keli ini adalah adalah satu industri yang menguntungkan pada masa ini. Memandangkan permintaan tinggi, pulangan yang cepat dalam 3 bulan, tidak memerlukan ruang yang besar dan kos penyelengaaraan yang rendah dan lebih jimat jika diproses sendiri, menjadikan industri lebih menguntungkan jika diusahakan. Selain untuk masakan ikan keli boleh juga dip roses dagingnya seperti surimi,ikan salai dan sardin.

Peluang ini boleh dipelajari dari pelbagai agensi antaranya seperti Kelab Usahawan Tani Malaysia (KUAT) yang banyak bekerjasama dengan JPK, MECD dan LPP. KUAT sering menganjurkan seminar2 asas tani oleh itu jika ada yang berminat boleh la hubungi no berikut:
Aminuddin Mohamad 016-6113413 / siti Azliza 03-20905109

Sumber : Utusan Malaysia Jumaat 26 Oktober 2007

 

 

Posted in Agrotek | Tagged: | 49 Comments »

Gunung Bujang Melaka

Posted by hamydy on 16, April 2008

 


Xpdc Gunung Bujang Melaka (1233m)

 

Tapah Perak 7-11 Ogos 2007

 

Pendakian ke gunung Bujang Melaka di tapah ini di anjurkan oleh Kelab Pelopor Bandar Tun Razak. Seramai lebih kurang 30 orang yang turut serta dari pelbagai latarbelakang, antaranya seperti pelajar dari UNITEN (4orang), pelakon sembilu kasih, dan lain2 lagi tak ingat la, Geng HUKM pula seramai 7 orang. Pergi bersama kelab ini kira enjoy jugak coz makanan, set khemah dan pengangkutan tak payah risau mereka urusan semua, Cuma yang seksa nak bawa alatan dan makanan jela sebab semua makanan dan alatan khemah telah dibahagi-bahagikan sama banyak dan sama berat sesame ahli. Ketua kelab ini adalah Abg Kamal, Orangnya sempoi dan peramah, dia amat mementingkan sumber makanan yang cukup dan sihat untuk para pendakian. Semasa pertengahan perjalanan ke tapak khemah kami melalui kawasan dusun Durian, apalagi makan durian fresh baru gugur la ramai2.

 

Info Gunung

Gunung Bujang Melaka yang terletak di Tapah Perak, mempunyai ketinggian setinggi 1233 meter (4,048 kaki). Gunung Bujang Melaka mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, dan hutan Montane. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Terletak di Hutan Simpan Sahum Kampar. Ianya bermula dari Kawasan Perkelahan Air Terjun Batu Berangkai Kampar. Ketinggian yang mencecah 4048 kaki menyebabkan suasana sejuk dan dingin pada pengunjung yang bermalam dipuncaknya mahupun diCamp Lebah. DiCamp Lebah para pendaki yang tiba dinasihatkan agar berhati-hati semasa tiba dengan tidak membiarkan baju basah diletakkan merata-rata kerana lebah yang ada disana memang gemar menghurungnya.
Untuk kesana anda perlu menaiki bas dan turun di Stesen Bas Kampar. Kemudian anda mempunyai pilihan samaada untuk berjalan kaki (30minit) ke Air Terjun Batu Berangkai ataupun mengambil teksi terus kesana. (
sumber : pelbagai website)

 

Penganjur

 

PELOPOR ADVENTURE TEAM (001633210-P)

18 Jalan Jujur 2, Bandar Tun Razak,

56000 Cheras Kuala Lumpur

Tel : 012 2090460  (Abg Kamal)

 

Hari Pertama 13/07/07 (Jumaat)

10.30pm  Berkumpul di KL Sentral

12.00pm  Berlepas ke Tapah dengan Bas Sewa

 

Hari Kedua 14/07/07 (Sabtu)

03.30am  Tiba di Tapah

                                -Rehat dan tidur di kaki lima Kedai makan

                                -hampar ground sheet dan tido ramai2 sambil memandang bintang dilangit

06.00am  Solat subuh

07.30am  Sarapan pagi – kedai baru buka

                                -tapau makanan

                                -Taklimat Pendakian

09.30am  Mulakan Perjalanan

11.00am  Rehat / Makan Tengahari

12.00pm  Teruskan Pendakian

03.30pm  Tiba di tapak perkhemahan

                                -Mendirikan khemah / minum petang

06.30pm  Persiapan diri/ mandi air sungai

08.00pm  Makan malam

09.30pm  Suaikenal (Ice Breaking)

11.00pm  Minum malam / aktiviti mengurut ramai2 / Tidur la

 

Hari Ketiga 15/07/07 (Ahad)

06.00am  Bangun / Solat / Masak

08.00am  Teruskan pendkian ke puncak

09.30am  Tiba di Puncak Gunung Bujang Melaka

                                -Rehat / Sarapan pagi

                                -Sesi bergambar

10.30am  Perjalanan turun

11.30am  Tiba tapak khemah / masak / packing

01.00pm  Makan tengahari

02.30pm  Perjalanan turun ke kaki gunung

                                -singgah di air terjun mandi manda

04.30pm  Tiba di Kaki Gunung / minum petang / persiapan diri

06.30pm  Berlepas ke Kuala Lumpur (KL Sentral)

10.00pm  Tiba KL sentral

 

                                -Taklimat / Bersurai

 

 

 

Posted in Pendakian Gunung | Tagged: | 1 Comment »

Gunung Kinabalu 2007

Posted by hamydy on 16, April 2008

Xpdc Gunung Kinabalu (4095m)

Sabah7-11 Ogos 2007

Akhirnya hajat aku nak mendaki gunung kinabalu tercapai jugak kali. Program kali ini mendapat sambutan yang banyak aku terima, tetapi terpaksa aku hadkan kepada 11 orang sahaja kerana tempahan penginapan di Laban Rata yang aku berjaya tempah hanya 11 tempat sahaja.

Info Gunung

Gunung Kinabalu, Sabah. (13,455′)

Gunung tertinggi di Malaysia ini menjadi kebanggaan rakyat Sabah khususnya. Gunung ini diwartakan Taman Negara dan juga diiktiraf sebagai Warisan Dunia (World Heritage) mempunyai keunikan tersendiri.

Pendaki dikehendaki mendaftar dan mendapat permit mendaki di HQ Kinabalu Park. Waktu mula mendaki dibuka jam 8:30pagi – 12:30tgh. Kebiasaannya pendaki akan mendaki melalui Timpohon Gate. Pendaki juga boleh membuat pilihan melalui Mersilau trail, di Kundasang. Bagaimanapun sejarah pendakian Gunting Lagadan dan Sir Hugh Low bukanlah melalui kedua-dua trail ini. Setiap Checkpoint dibina pondok untuk berehat serta ada kemudahan tandas dan air.

Hut (Waras, Panar Laban, Laban Rata, Gunting Lagadan, Burlington)
Hut-hut diatas adalah antara asrama untuk pendaki bermalam. Setiap satu hut terletak berdekatan walaupun di ketinggian berbeza. Paling rendah Waras Hut (3243.7m), Burlington Hut (3270.9m), Laban Rata (3272.7m), Panar Laban (3314.3m) dan paling tinggi Gunting Lagadan Hut (3323.5m). Beberapa kemudahan asas telah disediakan seperti katil, gebah/sleeping beg, bantal, dapur memasak, periuk-miuk, pinggan mangkuk, tandas dan bilik mandi. Satu Restoren ada ditempatkan di Laban Rata.

Sumber : Apip Embi, Eryn, Paei & Kinabalu Park http://www.ogkl.com.my/infoGUNUNG/infoKinabalu.htm

Hari Pertama 7/08/07 (Selasa)

06.00pm  -Berkumpul di Stesen kl Sentral

-Naik Bas LCCT express

08.00pm -Boarding

09.15pm -Berlepas ke KK

11.45pm -Tiba di KK

12.00am -Check in Hotel Inanam

Hari Kedua 8/08/07 (Rabu)

08.00am  -Sarapan dan bertolak ke Taman Negara Kinabalu

11.00am  -Sampai Taman Negara

-Melawat hot spring, kanopi,

06.00pm- -Check in chalet Taman Negara

Hari Ketiga 9/08/07 (Khamis)

07.00am  -Mula mendaki

12.00am  -Tiba di Laban Rata dan bermalam di chalet

Hari Keempat 10/08/07 (Jumaat)

02.00am  -Mendaki ke puncak

-Melihat matahari terbit

-Mendaki turun ke Laban Rata

06.00pm -Tiba di KK

-Makan Malam di Pasar Philipine

-Bermalam di Hotel Backpaker

Hari Kelima 11/08/07 (Sabtu)

07.00am  -Selepas sarapan terus ke Jeti

-Berlayar ke Pulau Manukan, Pulau Sapi da Pulau Mamutik

-Aktiviti Snorkeling

12.00pm  -Balik ke KK

01.00pm -Makan dan Shoping di Pasar Philipine

06.00pm  -Bertolak ke Lapangan Terbang

20.05pm  -Berlepas ke Kuala Lumpur

22.35pm -Sampai di Kuala Lumpur

CONTACT

Sutera Sanctuary Lodges

G 15, Ground Floor, Wisma Sabah

8000 Kota Kinabalu Sabah

tel : 088 243629

Fax: 088 259552

Email : info@suterasanctuarylodges.com

Web : : www.suterasanctuarylodges.com

Bayaran Mendaki

Individual Fee

Entrance Fee                                                                           Rm3.00

Accommodation (Kinabalu Park)                              Rm46.00

Accommodation (Kinabalu Park)                              Rm46.00

Climbing Permit                                                        Rm30.00

Climbing Insurance                                                  Rm7.00

Transportation (PHQ to Timpohon Gate)                 Rm8.00

Certificate (Optional)                                                                 Rm10.00

Group Payment

Mountain Guide Fee

Timpohon Gate/Peak/Timpohon Gate

1-3 cimbers                              Rm70.00 return trip

4-6 cimbers                              Rm74.00 return trip

7-8 cimbers                              Rm80.00 return trip

Porter Fee (Optional)

Timpohon Gate/Peak/Timpohon Gate

To Laban Rata        Rm60.00 return trip (10kg)

To Sayat-sayat        Rm80.00 return trip (10kg)

To Summit Rm88.00 return trip (10kg)

***Ini semua harga pada masa itu la, sekarang mungkin dah naik.

Van Sewa

Andaras Rent Car Sdn. Bhd.

Lot G-03, Wisma Sabah,

88864 Kota Kinabalu

Tel : +60 88211866 / 252280

Fax : +60 88216010

Email : arackk@steamyx.com

Web : http://www.freewebs.com/adaras-rent-a-car

** harga yang aku dapat masa tu Rm250 sehala, hantar dan ambik ke kinabalu park.

Hotel

Hotel Inanam

1st-2nd Floor, Lot 40A

Inanam Baru, Kota Kinabalu Sabah

Tel : 60 088 436627

Harga Sebilik hanya Rm20 sahaja

*aku tak rekemen hotel ni next time, nama je Hotel tapi sebenarnya macam rumah tumpangan itu sebab murah. Pastu jauh pulak dengan KK.

Kinabalu Backpackers Lodge

Lot 4, Lorong Dewan, 88000

Kota Kinabalu Sabah

Tel : 6088 253 385

Email : info@kinabalubackpaker.com

Web :  www.kinabalubackpaker.com

*chalet yang ini ok, dalam KK dekat je kalau nak jalan kaki ke pasar Philipine dan ke Jeti

harga Rm20 per kepala untuk Dorm. Satu Dorm boleh muat 7 org. Selesa dan ada free internet. Kat area chalet ni terdapat banyak chalet2 backpacker

Posted in Pendakian Gunung | Tagged: | 5 Comments »