The life journey

Kembara Kehidupan

Archive for November, 2012

Medan 2012

Posted by hamydy on 27, November 2012

DSC_7018

Medan 2012
Trip medan kali ini saya buat secara sewa Van tanpa pakej. Tempahan hotel semua saya buat melalui Agoda dan Booking.com. Cari hotel yang murah dan selesa. Manakala untuk Tour pulak saya sewa van Pregio 11 seat. Sewa dengan maklumkan tentative perjalanan kita. So dengan cara ini saya bebeas bergerak dengan masa sendiri. Jika sempat pergi jika tak sempat pergi tempat lain. Tentative sebagai rujukan dan guide.

saya folow semua tentative yang saya buat, cuma kat Danau toba saya tak pergi ke perkampungan Kaum Batak yang ada tempat potong kepala tu dan juga kawasan pemandangan padi bukit kerana kesuntukan masa nak spent banyak masa untuk shoping.

Tips: Masa di Airport akan ada orang yang akan minta tip untuk angkat beg dan juga Tolak beg dalam Troli. So kalau tak kisah nak bayar boleh la bagi mereka angkat. Tapi kalau rasa mahal boleh angkat sendiri dan cakap kat mereka yang kita tidak perlukan servisnya. Kesimpulan jika di Airport kalau ada yang ofer diri nak membantu sebenarnya semuanya ada bayaran.

🙂 saya pun dah terkena Pau RM20 sebab tak perasan beg saya dah mereka angkat masuk dalam Van. Siap susun cantik2 lagi.

Gambar2 Akan saya Upload kemudian.

Tentative
16 Nov 2012
08.45am – Berlepas ke Medan
08.45am – Tiba di medan waktu Indonesia
09.00am – dijemput supir
09.30am – Melawat Istana Maimoon
10.30am – Bergerak ke Parapat ( Danau Toba)
05.00pm – Sampai dan cek in hotel (Danau Toba International Cottage)
05.30pm – Naik Boat merentasi Lake Toba ke Kampung Tomok

17 Nov 2012
08.00am – Sarapan
08.30am – Pusing2 Bandar Parapat
09.30am – Bergerak ke Air Terjun Sipiso
11.30am – Tiba di Air Terjun SIPISO
01.00pm – Menuju ke Berastagi
03.00pm – Tiba di Berastagi – Terus Shoping di pekan Berastagi
05.00pm – Cek in Hotel ( Horisson Berastagi)
08.00pm – Jalan2 cari Makan

18 Nov 2012
07.00am – Sarapan
08.00am – Jalan2 melihat landskap indah
10.00am – menuju ke Medan
12.00th – Sampai di Medan dan Cek in Hotel (Hotel Garuda Citra)
01.00pm – Mula Shoping di Pasar Jalan Perniagaan
03.00pm – Sambung Shoping di Plaza SUN – Pasaraya Besar dan barangan berjenama
08.00pm – Jalan2 cari makan

19 Nov 2012
07.00am – Sarapan
09.00am – Menuju ke Airport
11.00am – Berlepas pulang ke Kuala Lumpur

Kos Perbelanjaan

No Perkara Kos
1. Hotel Danau Toba International Cottage 120
2. Hotel Berastagi – Hotel Horison Berastagi 158
3. Hotel Medan – Hotel Garuda Citra 70
4. Makan (anggaran sekali makan) 15
5. Transport – Van Fregio 11 seater utk 4 hari 800
6. Tiket masuk Wisata dan lain2 – Anggaran 50
Total 1113

Jumlah RM1113 kalau di share bilik hotel dan share Transport kos jadi murah

Hotel 2 orang satu bilik = RM174 – Untuk 3 Malam
Transport  kalau 9 0rang = RM78

Total : RM252

Contact Transport
EDSUrentcar-Medan
Mob:085370653333
http://www.edsurentcar.com
Email : Edy S Ginting <edsurentcar@yahoo.com>;

Pak Edy memang banyak membantu dan senang berurusan melalui email dan juga telefon. Saya dapat contact Pak Edy ini melalui teman saya Linda Bandot dari Jakarta. Semuanya lancar. driver yang Pickup saya juga Ok namanya Sufiyan.

Advertisements

Posted in Melancong | 1 Comment »

Air Terjun Pangour – Dalat Vietnam

Posted by hamydy on 6, November 2012


Air Terjun Pangour Dalat Vietnam
Trip pertama ke Vietnam. Air terjun ini sememangnya cantik, ia bertingkat2. Air terjun ini kurang popular dikalangan pelancong asing tapi sangat di kunjungi oleh penduduk tempatan untuk aktiviti riadah dan berkelah.

Cara hendak ke Air terjun ini ialah jika anda dari Ho Chi Min anda perlu menaiki Bas Tidur yang menuju ke Dalat selama 5 – 9 jam perjalanan.

 

Dari Kuala Lumpur saya menaiki penerbangan petang iaitu jam 7.00pm ke Ho Chi Min City. Sampai sahaja di lapangan terbang saya terus ambil teksi untuk ke stesen bus. Stesen bus ini beroperasi sehingga jam 1am. Sampai sahaja saya terus beli tiket jam 11.00pm. Harga tiket adalah 210,000.00 (210k) untuk sehala. jadi pergi balik 420k Dong. Ini merupakan pengalaman pertama saya menaiki bus tidur (bas yang mempunyai seat tidur). memang best bus ni kalau ada satu kat Malaysia pun bagus. Perjalanan pergi mengambil masa 9 jam, ini disebabkan jalan yang kurang baik.

Sampai di Pekan Dalat saya di jemput oleh pemandu pelancung yang sudah tempah melalui Online. tempah pemandu pelancung dengan van kapasiti 11 0rang. harga van adalah sekitar rm600 satu hari. Pakej dah termasuk dalam RM600 tu. itenary yang termasuk dalam pakej tersebut adalah menaiki cabel car ( tiket cabel car 50k tidak termasuk), lawatan ke landskap tokong, lawatan ke rumah peninggalan France, kampung Ayam, Kampung Cendawan dan air terjun Dalat (tiket 20k termasuk).

Tour Habis Sekitar jam 7.00pm. selepas itu sementara menunggu bus jam 11.00mlm untuk pulang ke Ho Chi Min kami jalan2 dahulu di pekan Dalat.Pekan Dalat merupakan kawasan tanah tinggi. jadi ia sejuk seperti Cameron Highland. waktu siang kurang sejuk berbanding bila malam.Pemandu pelancong fasih berbahasa english. Beliau membawa kami makan di restoran Vegitarien.

Tentative
3 Nov 2012
07.00pm – KL – Ho Chi Min
11.00pm – Sleeping Bus ke Dalat

4 Nov 2012
08.00am – Tiba di Pekan Dalat
08.15am – Booking Tiket balik ke Ho Chi Min City
08.30am – Jumpa Pemandu Pelanncong dan pergi sarapan di Restoran Vegitarien
09.30am – Menaiki Cabel Car merentasi Hutan Pokok Pine dan melihat Panorama Pekan Dalat
10.00am – Melawat Tokong tertua di Dalat dan Budha pertama
11.00am – Melawat panorama landskap yang indah
12.00am – Melawat Kampung Ayam – Tanaman Kopi
01.00pm – Makan di Restoran Vegitarien – Makanan halal susah dapat
02.00pm – Melawat air Terjun Pangour
04.00pm – Melawat Kampung penanaman Cendawan
06.00pm – Melawat Rumah peninggalan Francis
08.00pm – Tour Tamat – Bersiar2 di pekan dalat
09.00pm – Window shoping di Night Market Dalat
11.00pm – Naik Bus ke Ho Chi Minh City

5 Nov 2012
05.00am – Sampai di Ho Chi Minh City cari hostel backpacker
06.00am – Cek in Saigon Backpacker
10.00am – Ronda Pasar Ben than dan cari daytrip agen ke Chi ci Tunner
08.00pm – Sambung shoping – cari beg

6 Nov 2012
09.00am – Menaiki bus pendek untuk Trip Chu chi Tunner
10.00am – Singgah di Kilang Kraftangan
10.30am – Masuk ke Chu chi tunner
– Tonton Tayangan Video dan taklimat
– Melawat kawasan chu chi tunner dan bergambar dalam lubang
– masuk tunner sepanjang 60 meter

04.00pm – balik dan singgah di kedai kopi
05.00pm – Program Tamat
08.00pm – sambung Shoping

7 Nov 2012
08.00am – last shoping
12.00thr – bergerak ke Airport untuk ke Kuala Lumpur

Tamat

Posted in Backpacker, Melancong | 5 Comments »