The life journey

Kembara Kehidupan

Archive for August, 2008

Lelongan Buku

Posted by hamydy on 31, August 2008

Berikut adalah senarai Buku-Buku koleksi saya semasa study dulu yang hendak di Lelong.

No

Buku Asal

Harga

1

Anatomi Asas dan klinikal (Anggota Atas) oleh Abd Hamid & Mohamed Roslan 1991

2

Anatomi Asas dan klinikal (Pelvis dan Perineum) oleh Abd Hamid 1994

3

Anatomi Umum oleh Abd Hamid & Mohamed Roslan 1995

4

Atlas of Clinical Anatomy by Richard Snell 1978

sold

5

Basic Clinical Parasitology 4 Edition by Harold W.Brown 1975


6

Basic Histopathology A Colour Atlas and Text by Paul Wheather 2 Edition1993

7

Basic Pathology 4 edition by Robbins & Kumar 1987

8

Best Greeting Cards Pop-Up by Keiko Nakazawa 1995

9

Biologi Sel dan Molekul oleh Hamdan Noor 1986

10

Biologi STPM Jilid 1 oleh Choong Ngok Mang 1997 sold to farahana

sold

11

Biologi STPM Jilid 2 oleh Lee Soon Ching 1997sold to farahana

sold

12

Chemistry Principles & Reactions by William Masterton & Cecile 3 Edition 1997

13

Colour Atlas of Human Anatomy by McMINN & Hutchings 2 Edition 1988

14

Essential Haematology by Hoffbrand & Pettit 3 Edition1993

15

Fisiologi Sistem Kardiorespirasi oleh Raman, Ruby 7 Afandi 1990

16

Fizik STPM Jilid 1 nota ,Latihan & contoh soalan LONGMAN oleh cheong Foon Choong 1997

17

Fizik STPM Jilid 2 nota ,Latihan & contoh soalan LONGMAN oleh cheong Foon Choong 1997

18

Functional Hitology Text and Color Atlas by George Burkitt, Barbara Young & John 3 Edition1994

19

Hematologi Suatu Pendekatan Patofisiologi (Terjemahan) by Bernard & Thomas 1991

20

Introduction To Organic Chemistry by William H. Brown 1997

21

Jejak Tokoh Kisah Perjuangan Pengasas Kumpulan CNI Dr. P.C.Koh oleh Tan Choon Hok 1 Edition 2005

22

Junior Encyclopedia Science and History, Nature, Geography (All Colour) by Mike Atkinson etc al 1991

23

Kepelbagaian Tumbuhan Status Sumber Alam Malaysia oleh Abdul Latiff Mohamad 1994

24

Kimia Fizik STPM oleh Tan Yin Toon 1996 sold to Nur farahana

sold

25

Kimia Organik STPM oleh Tan Yin Toon 1996 sold to Nur farahana

sold

26

Medical Microbiology by Jawetz, Melnick & Adelberg’s 21 Edition 1998

27

Medical Pharmacology  Principles and Concepts by Andres Goth 11 Edition1984

28

New headway English Course by Liz & John Soars

29

New headway English Course without key by Liz & John Soars

30

Oxford Handbook of Clinical Medicine by R.A. Hope 3 Edition 1997

31

Patologi Asas Bahagian 1 by Stanley Robbins & Vinay Kumar (Terjemahan) 1995

32

Pocket Companion to Pathologic Basis of Disease by Robbins, Cotran 6 Edition 1999

33

Quran Saintifik meneroka kecermelangan Quran daripada Teropong Sains oleh Dr. Danial Zainal Abidin Cetakan ke 6 2008

34

Saunders Manual of Clinical Laboratory Science by Craig A. Lehmann 1998

35

Scott : An Aid to Clinical Surgery 5 Edition by Williamson1994

36

The World of Biology by Solomon &Berg 5 Edition 1995

Buku Fotocopy

1

Atlas Of Medical Helminthology and Protozoology by H. C. Jeffrey 2 Edition 1975

2

Basic Histology by Luiz Carlos Junqueira 1995

3

Case Presentation in Chemical Pathology by Martin Crook 1993

4

Clinical Immunology principles and laboratory diagnosisby Catherine Sheehan 1990

5

Clinical Microbiology Made Ridiculously Simple by Mark Gladwin 1997

6

Clinical Virology by Diane S. Leland 1996

7

Entamologi Perubatan oleh Arbain Kadri 1990

8

Haiwan Protozoa dan Helmint 1997

9

Koleksi Soalan-soalan Peperiksaan Akhir Posting dan Profesional Perubatan UKM sesi 1996-1999

10

Manual Pemasangan komputer Peribadi dan Internet Othman Shariff 2001

11

Manual Persediaan Media Mikrobiologi oleh Zolkifli Mohd Adib 1996

12

Medical Laboratory Manual for Tropical Countries Volume 1 & 2 by Monica Cheesbrough 1994

13

Medical Microbiology an Introduction to Infectious Diseases by John C. Sherris 2 Edition 1990

14

Medically Important Fungi a Guide ti Identification by Davise H. Larone 3 Edition 1995

15

Mikrobiologi Makmal oleh Yap Kok Leong, Abd Hamid Abd Aziz dan Mohd Salleh Mohd Yasin 1999

16

Obstetrics Illustrated by Alistair & Robin Callander 4 Edition 1989

17

Parasitology Worm of Medical Importance Illustrated

18

Patologi Asas Bahagian 2 by Stanley Robbins & Vinay Kumar (Terjemahan) 1995

19

Patologi Forensik ole Shahrom Abd Wahid 1993

20

Practical Section Cutting And Staining by Clayden 5 Edition 1971

21

The OXOID Manual 7 Edition by Bridson 1995

22

The Principle of Animal Technology 1

Kalau ada yang berminat Boleh hubungi saya, Harga saya tidak letakkan sebab dah lama dan dah lupa harga. cuma nak jual murah2 saja.

Advertisements

Posted in Koleksi Buku Lelong | Tagged: , | 4 Comments »

Royal Jelly Rahsia Awet Muda

Posted by hamydy on 15, August 2008

Royal Jelly – Makanan Kesihatan Semulajadi Paling Berkhasiat

Pengenalan

 

            CNI Lyophilized Royal Jelly diperolehi daripada Dataran Hua Dong, China yang kaya dengan bunga Japanese Pagoda. Ia dihasilkan menerusi teknologi beku kering pada suhu -40ºCuntuk menjamin khsiat semulajadinya tidak terjejas. Ia mengadungi 21 jenis asid amino, unsur asas sintesis protein , 11 jenis unsur surih, 10-hidroksi desenoik, hormon dan enzim, vitamin A,C,D,E dan B kompleks, kalogen, Asetilkolina dan 3% unsur misteri, Faktor R. Ia sesungguhnya antara makanan kesihatan semulajadi yang paling berkhasiat.

 

Apakah Royal Jelly?

 

            Royal Jelly (susu lebah) ialah makanan ratu lebah, sejenis bahan seperti lemak mentega yang berwarna putih dan sedikit masam. Sejak dilahirkan hingga mati, ratu lebah hanyamemakan Royal Jelly yang dihasilkan oleh lebah pekerja. Royal Jelly ialah rembesan dari kelenjar farinks lebah pekerja. Rembesan ini ialah nutrien madu bunga dan debunga yang telah dicernakan oleh lebah pekerja. Pada permulaannya, nutrien tercemar ini akan dialirkan ke kepala lebah pekerja sebelum ke kelenjar farinksnya. Royal Jelly kaya dengan nutrien dan merupakan makanan khas raut lebah. Ia membolehkan ratu lebah mengeluarkan 1,500 biji telur sehari.

 

Kandungan dan Khasiat Royal Jelly

 

            Separuh kandungan Royal Jelly terdiri daripada protein. Protein ialah nutrien yang penting untuk darah, otot, hormon, antibody, kulit, rambut dan sebagainya. Pakar perubatan dari Amerika Syarikat mendapati bahawa Royal Jelly mengandungi sekurang-kurangnya 21 jenis asid amino yang amat diperlukan oleh tubuh manusia. Tubuh manusia terbentuk daripada 80% sel, 6yang akan mati dan dugantikan dengan yang beru selain daripada sel otak dan sel miokardium. Mamandangkan kadar penggantian sel yang begitu tinggi, maka adalah penting untuk kita memperolehi protein dan asid amina bermutu yang terkandung dalam Royal Jelly.

            Kandungan vitamin Kumpulan B dalam Royal Jelly adalah 40 kali lebih tinggi daripada madu. Bitamin B larut dalam air, merangsang penghadaman dan penyerapan protein, lemak dan gula, sekaligus membantu menggalakkan fungsi enzim dan melegakan neuritis(keradangan saraf). Royal Jelly juga mengandungi hormon yang dapat membantu mengawalatur perembesan, memulihkan system saraf autonomic, merangsang metabolisme, mengaktif dan merangsang pertumbuhan semula sel-sel baru agar kelihatan sihat dan berseri. Selain daripada protein, lemak, gula dan pelbagai vitamin, Royal Jelly juga mengandungi nutrien-nutrien lain yang berkhasiat kepada kesihatan tubuh manusia.

 

Nutrien

Khasiat

Asid Amino

Merangsang ‘interbrain’ dan melambatkan penuaan pangsi, diperlukan untuk membentuk protein

10-Hidrosi dekanoik

Anti ulser

Paraparotin

Membina otot dan organ, melambatkan penuaan

Asetilkolin

Merangsang bahagian pinggir otak

Bahan R dan lain-lain

Memulihkan fungsi sel; merangsang metabolisme

Sebatian asid fosforik

Merangsang aktiviti-aktiviti hayat

Zink

Bahan perlu untuk kelenjar seks

Pelbagai vitamin

Memulihkan dan merangsang metabolisme

Zat Galian

Bahantara tisu formatif, meningkatkan sel darah merah.

 

Saranan:

Ø       1 paket sehari sebelum sarapan pagi bersama 1 gelas air “WaterLife”/air masak

Ø       Nota: Jika menghidap gastric pengambilan disarankan selepas makan. Tidak digalakkan mengambil makanan masam atau merokok selepas mengambil Royal Jelly. Dos boleh ditambah untuk tujuan terapi.

Antara Kegunaan Royal Jelly

Dari “Bee Pollen, Royal Jelly, Propolis and Honey”, Hasilan Rita Elkins, M.A.

 

  • Simptom-simpton berkaitan menopause
  • Lemah/ketidakupayaan seks
  • Ketidaksuburan
  • Keletihan
  • Tompokan dan garisan halus pada kulit
  • Penggalak daya imun
  • Jangkitan virus dan bakteria
  • Gangguan sistem endokrin (rembesan).
  • Ketidak seimbangan hormon
  • Penyakit jantung
  • Aras kolesterol tinggi
  • Tekanan darah tinggi
  • Pengawalan berat badan
  • Kecederaan/kelemahan tulang
  • Tumbesaran terbantut
  • Jangkitan pundi kending
  • Penyembuhan luka
  • Masalah Gastro
  • Masalah sendi-sendi
  • Anemia
  • Keradangan
  • Penyakit hati
  • Barah (Kanser)
  • Arthritis
  • Lemah ingatan
  • Tekanan
  • Serangan rasa cemas atau kerisauan
  • Penyakit Parkinson’s
  • Kencing manis (Diabetes)
  • Lelah/Semput (Asthma)
  • Sokongan anabolic (Atlit )
  • Kelesuan/kelemahan mata
  • Arteriosklerosis
  • Arterosklerosis
  • Kekurangan zat makanan
  • Penggunaan mental yang berlebihan
  • Mononucleosis
  • Ulser
  • Ekzema
  • Impetigo (Bernanah)

Jika anda igin membeli atau mencuba produk kesihatan ini boleh la membeli terus di stokis berhampiran dengan menggunakan no ahli saya seperti berikut

nama : hamydy

No CNI : 877524

 Atau anda boleh mendaftar sebagai ahli terus dengan menggunakan nama dan No saya sebagai UPLINE.

 

Posted in Kesihatan | Tagged: , , | Leave a Comment »

Gunung Tebu Terengganu

Posted by hamydy on 1, August 2008

(25hb juLai ~ Jumaat)
8.00pm berkumpul di hentian putra PWTC
Sampai disini baru la bertemu dengan geng2 lain, semuanya satu bas.
9.00pm bertolak dari KL (menaiki Bas Mutiara).
Kita akan melalui Merapoh – BesutDijangka mengambil masa sekitar 9 jam.

(26hb juLai ~ SABTU)
5.30pg Sampai di Besut, TerengganuMenapak ke masjid berdekatan – solat subuh Sarap di gerai2 yang berdekatan.
8.30pg Menaiki Bas Mutiara ke Hutan Lipur Lata Belatan(30mnt), sepatutnya naik taxi, tapi ketua xpdc berjaya kautim dengan driver bas, itu yang dapat naik bas. lagi jimat.
9.00pg Sampai di HL Lata Belatan(bersiap-siap utk mendaki dan membuat pendaftaran). Semua peserta menapau makanan untuk tengahari siap2.
9.30pg Mula mendaki (8km)
12.30tgh lunch di Jendela Dunia dan Batu Mat Hasan
1.30ptg Mula menapak ke puncak
4.30ptg Sampai di puncak(sessi meninjau-ninjau kawasan puncak yang cantik )
5.30ptg Mula bergerak ke kemsite (sebenarnya kemsite ni kena melepasi puncak terlebih dahulu, sbb tempat ni dekat dengan punca air)
6.30ptg Sampai di kemsite. Ada dua kawasan kemsite satu kawasan terbuka bersebelahan dengan sebuah kubur lama (tak tau kubur sapa) kawasan ini cantik dan nampak pemandangan jelas kearah laut, terutama pulau perhentian dan pulau redang. Kawasan lagi satu bawah sikit tepi lereng bukit, kawasan ni tak lapang dan ada banyak pokok, kalau buat kem kat kawsan ni selamat sikit dari dipukul hujan ribut berbanding dengan kemsite kaw terbuka.
Selepas pasang khemah apa lagi terus memasak, selesai jer memasak tetiba hujan ribut melanda, Flysheet dan groundsheet dipukul angin, mencabar jugak rasanya. Makan dalam keadaan basah. Lepas makan terus kami tidur malas nak pikir pasal hujan, tapi dalam kemah dah hampir banjir. (tido buat bodo jer)
9.00mlm Geng PPUKM ambil keputusan berpindah ke kemsite lereng bukit. kat tempat ni baru la dapat duduk dengan aman tiada gangguan tiupan angin. Tapi Geng Jeo Kekal kat atas kemsite terbuka tu (geng Otai biasala).
12.00mlm minum malam la, lepak kat khemah geng otai (aiwa ,mamak dan uncle). diarang ni siap buat lamp chop dan bubur kacang lagi. huh mantap.

(27 juLai ~ AHAD)
7.00pg ramai berkumpul diatas Batu Madrasah melihat pemandangan kearah laut. nampak pulau2 (perhentian, redang).
8.30pg Sarapan pagi dan masak untuk tapau turun sekali.
10.00pg Mula bergerak turun meninggalkan puncak, Sebelum bertolak turun kami semua melawat kawasan sejarah cerita rakyat. Antaranya seperti: Batu Kelana Kuda, Batu Kapal, Batu Madrasah, Batu Puncak Tebu, Batu Makamah, Batu Pancung, Batu Pintu Gerbang, Telaga Afdal, Batu Udang, Batu Balai Rong Seri dan Taman Bonsai
5.00ptg Dijangka sampai ke Lata Belatan(bersiap-siap dan bersedia untuk pulang)
6.00ptg Group awal sampai telah Menaiki Van terlebih dahulu ke pekan Jerteh. Selebihnya Menaiki Bas Mutiara ke perhentian Jerteh
9.00mlm Bertolak balik ke KL

(28 juLai ~ ISNIN)
4.30pg Tiba hentian Putra. Sarapan pagi (ada gerai di hentian putra sudah buka). Dah mula keje or ada yang ambik cuti. tapi banyak yang cuti la. boleh rehatkan badan.
6.00pg Mula menaiki LRT pulang ke Bandar Tun Razak

Kos Perbelanjaan  RM150 (termasuk tiket bas ekspress pegi balik KL-Terengganu), guide, permit dan insuran.

Posted in Pendakian Gunung | Tagged: | 6 Comments »