The life journey

Kembara Kehidupan

Author Archive

Gunung Mat Cincang Langkawi 9 Mac 2020

Posted by hamydy on 27, March 2020

Gunung Mat Cincang
Gunung Mat Cincang Langkawi
Gunung Mat Cincang Langkawi ini cuma bertinggian 701m sahaja. Tidak berapa glamour tapi ada sahaja pendaki yang mendaki. Jika anda bercuti ke Langkawi dan ada rancangan untuk mandi manda di Kolam Telaga tujuh maka saya cadangkan untuk masukkan dalam rancangan mendaki Gunung Mat Cincang sekali. Walaupun puncak gunung ini kecil tetapi ada pemandangan yang indah juga. kita akan dapat lihat station kereta cabel.
Gunung Mat Cincang Gunung Mat Cincang
Permulaan – 8.00am
Pintu masuk adalah bermula dari Entrance Telaga Tujuh, di entrance ni ada kemudahan gerai menjual minuman dan ada kemudahan tandas dan surau. Tiket masuk tidak dikenakan untuk naik ke kolam telaga tujuh. Namun jika anda bertanya kepada staff atau peniaga disitu ada diantara mereka akan cakap untuk naik ke puncak gunung Mat Cincang perlu menggunakan guide. Tetapi kebanyakkan yang naik tidak menggunakan guide pun kerana laluan adalah jelas. Namun terdapat satu papan tanda semasa anda sampai di simpang antara Puncak Telaga Tujuh dan Gunung Mat Cincang yang menyatakan perlu ambil guide. Di entrance Telaga Tujuh ini terdapat satu agen aktiviti outdoor “Umgawa Legendary Adventures” yang menyediakan aktiviti seperti Zipline Eco Canopy, selain aktiviti zipline ni mereka juga ada pakej2 lain, boleh rujuk website mereka di https://www.ziplinelangkawi.com/. Dari entrance untuk menuju ke Kolam Air Terjun Telaga Tujuh anda boleh menggunakan laluan bertangga atau jalan berturap. Laluan berturap ini tidak dibenarkan menggunakan sebarang kenderaan (motosikal, kereta, basikal) mereka hanya buka untuk petugas sahaja. Menaiki tangga sehingga ke Kolam Telaga Tujuh cuma mengambil masa 15 minit sahaja secara santai berjalan.
Gunung Mat Cincang Gunung Mat Cincang
Gunung Mat Cincang Gunung Mat Cincang
Gunung Mat Cincang Trail – 8.15am
Permulaan trek memang senang landai sahaja. Di permulaan trail ada tertulis Duration 2 jam. Beberapa minit trekking anda akan jumpa jambatan pertama kemudian sekitar 15 minit trekking anda jumpa KEM Saintis ada pondok disini. Seterusnya akan jumpa jambatan ke 2, selepas jambatan ke 2 ini anda akan layan trek bertangga dan seterusnya akan jumpa Kem Tok Ayah (ada pondok) sekitar 10 minit dari kem saintis. Setelah beberapa minit trekking dari kem tok ayah anda akan jumpa trek yang mula mencanak. Maka disini baru bermula pendakian sebenar. Trek mencanak ini menuju ke Puncak Telaga Tujuh. Dari Kem Tok Ayah ke simpang Puncak Telaga Tujuh ambil masa dalam 20 minit sahaja. sampai di simpang ini ada signboard Puncak Telaga Tujuh, ada signboard suruh U-TURN ( patah balik) dan ada signboard suruh ambil guide jika hendak teruskan ke Gunung Mat Cincang, kalau nak ke puncak Telaga Tujuh kena naik sikit lagi, tapi saya tengok laluan macam tak ramai orang lalu jer. So saya berehat sekejap disini kemudian meneruskan trek ke laluan Mat Cincang, trek masih jelas.
Gunung Mat Cincang Gunung Mat Cincang
Gunung Mat Cincang Gunung Mat Cincang
View Pertama – 10.00am
Semasa trekking ke puncak anda akan melalui kawasan batu besar, kalau dah sampai ke kawasan batu besar tu, maknanya dah dekat dengan puncak. tidak perlu panjat batu besar tu, ada trek melalui kawasan berbatu tersebut. Seterusnya sebelum sampai puncak anda akan memanjat sedikit untuk sampai satu spot yang ada view. Di tempat ini anda boleh bergambar berlatarbelakangkan station kereta cabel.

Puncak
Seterusnya dalam 5 minit memanjat sampai la puncak. Di puncak kawasan kecil sahaja tidak menarik ala2 macam puncak bukit tabur. View keliling memang cantik, jika kurang bernasib baik terlindung kabus maka tak nampak la view.

Selepas bergambar dan makan sedikit sarapan, kami pun turun. Dah turun jangan lupa singgah di kolam telaga tujuh untuk mandi manda.

Kesimpulan
walaupun Gunung Mat Cincang ini tidak berapa tinggi, namun aktiviti mendaki juga menarik, keluar peluh juga, untuk Beginner pun boleh, cuma part nak sampai puncak tu tetap kena berhati2, takut leka bergambar lupa diri pula.

Tentative
07.00am – Sarapan di Hotel Pantai Chenang
07.30am – Gerak ke Telaga Tujuh
08.00am – Mula gerak naik dari Entrance
08.15am – Sampai Kolam Telaga Tujuh – tempat mandi manda
08.30am – Kem Saintis
08.40am – Kem Tok Ayah
09.00am – Simpang Puncak Telaga Tujuh & Trail ke Puncak Mat Chincang
10.00am – Hampir ke Puncak..Tempat View..layan ambil gambar 15 minit
10.20am – Sampai Puncak

Video Pendakian Gunung Mat Cincang Langkawi 9 Mac 2020

Posted in Pendakian Gunung | Tagged: , , , | Leave a Comment »

Gunung Angsi via Bukit Putus 15 Feb 2020

Posted by hamydy on 17, February 2020


Trip Gunung Angsi 15 Feb 2020
Gunung Angsi ini dengan ketinggian 825m (2707ft), terletak di Negeri Sembilan. Terdapat dua trail yang biasa pendaki gunakan. Iaitu melalui Taman Reakreasi Ulu Bendul dan juga melalui Bukit Putus. Entrance melalui Bukit Putus paling ramai gunakan kerana mudah dan senang. Jadi trip kali ini melalui Bukit Putus. Aktiviti ini dianjurkan oleh Kumpulan Gym Recharge Strong @bangifitness. Group Gym ni khas untuk wanita sahaja, oleh sebab itu semua peserta adalah wanita. Saya kebetulan diminta untuk jadi guide kerana hampir semua peserta adalah pertama kali mendaki ke Gunung Angsi.

Elis selaku pemilik Gym Recharge Strong @bangifitness, telah uruskan semua detail peserta dan permit. Saya bertemu dengan group ini di Entrance Gunung Angsi Bukit Putus. Sesi reganggan badan di berikan oleh Coach Emma. Dalam group ni peserta paling tua kalau tak silap umur 48 tahun.

Lebih kurang jam 7.30am selepas taklimat ringkas pendakian, maka kami mula mendaki. Pendakian Gunung Angsi ini mudah kerana trek nya yang jelas dan ia tidak pacak seperti Gunung Datuk. Permulaan mendaki sekitar 30-40 minit dalam 2km trek memang pacak. Dipermulaan pendakian selepas Entrance terdapat 2 tangga iaitu tangga batu dan tangga besi. Selepas mendaki 40minit kami sampai di pondok, berehat sebentar sambil regroup semula. Selepas pondok ini trekking menjadi mudah kerana trek agak mendatar sehingga bertemu dengan View Pertama iaitu Jendela View. Di tempat ini kita boleh lihat pemandangan.

Selepas View Jendela trek trek sedikit menaik sehingga bertemu dengan kawasan rehat dan ada bangku. Selepas kawasan rehat ini trek akan menurun dan menaik semula sehingga bertemu dengan view kedua iaitu Waterfall View. Nama waterfall view, tapi anda jangan pelik kalau tak nampak cari waterfall kat sini. Dari sini jarak ke Puncak adalah lebih kurang 18minit. Kira sudah dekat la. Lebih kurang 10 minit sebelum sampai puncak trek memang agak pacak. Akhirnya kami semua sampai di puncak Gunung Angsi jam 9.30am. Keadaan waktu ini tidak panas dan suasana berkabus. Selesai bergambar kami makan lunch. Lebih kurang jam 10.30am kami semua bergerak turun. Semasa turun salah seorang peserta mengalami kecederaan lutut kanan dan beliau berjaya sampai ke entrance walaupun sedikit lewat.

Bagi pembaca wanita yang ingin menyertai aktiviti ini secara berkumpulan wanita sahaja boleh la menghubungi Elis selaku pemilik Gym Recharge Strong @bangifitness. Gym ini menganjurkan aktiviti fitnes dan juga outdoor.

Tentative
Start : 7.30am
Peak : 9.30am
Pace : Normal
Time : 2 Hour to Ascent (Normal pace)

7:00 AM: Regroup at Gunung Angsi Bukit Putus Starting Point
7:15 AM: Warm Up
7:30 AM: Trail head
9:30 AM: Angsi Peak
▪Rest & Lunch: 1 hour
10.30 AM: Descend
12.30 PM: Trail head

Note
First 30-40 minute or 2KM the trail are steeply up the hill.
Then fairly flat and fairly Up
After Waterfall View it uphill again to Peak

Tips
Toilet : Yes at Bukit Putus Entrance
Permit : RM5 pay at Bukit Putus Entrance
Shoes : Please use proper shoes, some part at steeply area are slippery when raining.
Kids : Can bring kids, it a easy slow hike with leisure, trek are very clear.

Alert
There is no phone signal at Bukit Putus Entrance and inside the forest except when you reach the peak. Anything to call , whatsap or SMS need to be done before you arrive at Bukit Putus Entrance.

Ini Contact Beliau
https://www.instagram.com/bangifitness
https://www.facebook.com/bangifitness/

Video Pendakian Gunung Angsi 15 Feb 2020

Posted in Pendakian Gunung | Tagged: , , | Leave a Comment »

TTDI Meat Point Steakhouse

Posted by hamydy on 20, January 2020

https://www.ttdimeatpoint.com/
TTDI Meat Point Steakhouse
Dah lama tak buat review jalan-jalan cari makan. kali ini saya ingin buat review berkenaan TTDI Meat Point Steakhouse ni. Kalau anda google anda akan dapat lihat sudah banyak blog dan review yang menceritakan berkenaan tempat makan ini. Saya tak de la banyak nak cerita.

Apa yang best berkenaan Steakhouse ini adalah steak yang dihidangkan memang sedap dan daging yang digunakan juga lembut bak kata orang umpama “cair dalam mulut”. Memang sedap. Kenapa sedap?. sebabnya daging2 yang digunakan adalah daging yang berkualiti tinggi, jika berkualiti tinggi maka harganya juga tinggi la. kalau seorang makan kena ada dalam RM300-400.

Saya mencuba Daging WAGYU, harga berbeza mengikut berat. Jadi pengunjung akan pilih daging terlebih dahulu mengikut harga atau berat yang berkenan dihati dan mengikut buget. Harga ini dah termasuk side dish dan minuman. contohnya seperti gambar dibawah ni harganya WAGYU RM279.69 untuk 226gram – RM306.40 untuk 248gram.
WAGYU

Apa itu Daging WAGYU, ia adalah daging lembu dari baka terpilih dan terbaik yang di ternak dalam keadaan yang terkawal “stress-free environment”, pemakanan terkawal, dan lembu tersebut juga turut di massage. Keadaan ini membuatkan ia menghasilkan daging yang lembut dan terbaik. Asal lembu WAGYU ini dari jepun, tetapi yang disediakan oleh TTDI Meat Point Steakhouse adalah dari Australia. Pemilik restauran ini adalah melayu dan saya cuba google juga untuk mencari nama pemilik tetapi tiada maklumat. mungkin anda boleh bertanya sendiri dengan manager restauran ini.

Terdapat 2 jenis baka daging lembu yang boleh anda pilih iaitu WAGYU dan ANGUS, dan terdapat 2 jenis Grass fed (makan rumput) dan Grain fed (Makan Bijirin), saya pun tidak faham sangat yang mana lebih sedap antara WAGYU dan ANGUS dan jenis makan rumput atau makan bijirin. Anda kena cuba sendiri baru tahu.

Untuk jenis masakkan steak pula, ramai yang mencadangkan “Medium Rare” untuk rasa yang juice. Anda boleh cuba. Terdapat beberapa tahap masakkan iaitu Rare, Medium Rare, Medium, Medium Well, dan Well“. contoh kalau Medium Rare ni dia masak lebih kurang 2 minit setiap bahagian, jadi yang ditengah masih ada juice.

Selain daging lembu terdapat juga daging kambing dan salmon, ini untuk pilihan yg ini lebih murah dan juga ikut selera. Terdapat juga menu lain selain steak, tapi saya fokuskan steak sahaja. anda bole explore menu2 lain.

Lokasi kedai
62, Jalan Burhaniddin Helmi, Taman Tun Dr. Ismail,
60000 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel : +603 7733 3573
Operasi : 1000 – 2300 setiap hari
Facebook : https://www.facebook.com/ttdimeatpoint/
Instagram : https://www.instagram.com/ttdimeatpoint
Website : https://www.ttdimeatpoint.com/
TTDI Meat Point
Sumber gambar : TTDI Meat Point Steakhouse

Posted in Jalan2 Cari Makan | Tagged: | Leave a Comment »

Gunung Datuk 2020

Posted by hamydy on 20, January 2020


Trip gunung Datuk pada 12 Jan 2020 merupakan trip pembuka tirai 2020. Tidak banyak yang hendak saya ceritakan, cuma ada sedikit yang hendak saya update. Lama juga tidak medaki beberapa bulan sudah ada perubahan di trek gunung datuk.

Tangga ke puncak Gunung Datuk, terdapat 3 tangga baru untuk menuju ke puncak bermula dari BaseCamp. Tangga kedua memang terbaik kerana memudahkan pergerakkan dan tiada lagi kesesakkan. Tangga ketiga ke puncak juga lebih baik dari sebelum ini. Tangga-tangga ini sudah ada sejak awal 2019 lagi. Terdapat peti Kecemasan diletakkan di Basecamp.

Tangga yang baru yang hendak saya update adalah tangga dibawah permulaan trek iaitu di sungai untuk ke pondok renjer. tangga ini memudahkan pendaki. Jika sebelum ini jika hujan atau basah ada yang tergelincir. jadi dengan ada tangga ini sangat memudahkan pendaki. Laluan menurun dari pintu gerbang juga telah warnakan dengan warna-warni.

Bagi pendaki yang baru yang pertama kali hendak ke gunung datuk, Kawasan parking di atas agak terhad. jika hendak parking diatas berhampiran pintu gerbang kena datang awal sekitar 6.30am. Jika tidak bole parking di bawah ada kawasan lapang.

Sekian… Selamat Mendaki

Posted in Pendakian Gunung | Tagged: | Leave a Comment »

CAKNE AQEELAH TRAIL 2019 – Gunung Datuk

Posted by hamydy on 2, December 2019


CAKNE Aqeelah TRAIL 2019 (CAT19) adalah suatu acara pendakian amal tahunan (kali ketiga) yang dianjurkan oleh Persatuan Sokongan Kanser Kanak Kanak PPUKM (CAKNE).

CAKNE sebagai sebuah pertubuhan kebajikan yang fokus memberi sokongan kepada pesakit dan keluarga mereka, sentiasa berusaha menjalankan pelbagai aktiviti bagi menyantuni dan membantu mereka yang memerlukan. Selain itu, CAKNE juga berusaha meningkatkan kesedaran masyarakat tentang isu kanser kanak kanak di Malaysia.

Aqeelah TRAIL Gunung Datuk ini sempena kisah adik Nurul Aqeelah bt Yaarop (21 tahun) telah kembali ke rahmatullah pada 6 Disember 2016 setelah berjuang habis habisan sejak mula disahkan mengidap Leukemia semasa berumur 5 tahun. Dalam tempoh hampir 17 tahun tempoh perjuangannya menentang kanser tersebut, Allahyarhamah Aqeelah masih mampu mendaki Gunung Datuk sebanyak 14 kali!


Team Medic
Untuk even kali ini (30/11/2019) pihak penganjur masih menjemput Kelab Rekreasi PPUKM iaitu MERC (Medical Recreation Club) sebagai urusetia perubatan. Seramai 5 orang dari kami yang terlibat iaitu , saya, Fizie, Fariq, Syuhada, Nadia.

Kumpulan pendaki seramai 100 orang dibahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap kami jaga satu kumpulan. Turut mengiringi pendaki untuk setiap kumpulan adalah guide dan sweeper. Penganjur juga turut mendapatkan bantuan dari pihak bomba dan penyelamat untuk menjaga 4 station cek poin.

Pendaki mula dilepaskan sekitar 8.30am dan semua pendaki tiba di puncak sekitar jam 11.30am. Program tamat sekitar jam 3.00pm. Selain pendaki yang mendaki sambil menyumbang, turut mendaki adalah pesakit Kanser yang masih selamat. Salah seorang pesakit kanser yang menarik perhatian saya adalah adik Angerik yang berumur 5 tahun turut mendaki sehingga ke puncak, Adik Angerik mengidap kanser pada sebelah matanya.

Acara Aqeelah TRAIL Gunung Datuk ini dianjurkan setiap tahun digunung datuk sekitar hujung tahun. sekiranya anda berminat untuk mendaki sambil menyumbang kepada NGO ini boleh la turut serta pada tahun hadapan.

PERSATUAN SOKONGAN KANSER KANAK-KANAK PPUKM (CAKNE)

CAKNE or “Cancer Associates and Kindred Network” is a support group for childhood cancer patients treated in Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre (PPUKM). It was formed in 2008 by Mohd Shah Awaluddin and wife Nor Hashimah Sulaiman together with several other parents of cancer children.

Posted in Pendakian Gunung, Riadah Santai | Tagged: , , | Leave a Comment »

Gunung Tahan Via Merapoh 2019

Posted by hamydy on 18, November 2019

Tahan 2019
Gunung Tahan Via Merapoh 2019
Trip Gunung Tahan via Merapoh 2019, trip ini di panggil trip kawan2 kerana diuruskan oleh sahabat saya Fariq selaku Gogo. Beliau uruskan permit, tempahan guide dan tempahan kenderaan. Trip ni murah sedikit kerana kami tidak upah gogo luar atau join mana2 kelab. Kos kongsi sama rata termasuk sebahagian ration.

Tempahan
Untuk proses tempahan anda boleh berhubung dengan pihak Taman Negara Pahang. Maklumat lengkap mengenai pendakian, tempahan, guide, bayaran dan permit boleh di lihat di laman web Taman Negara Pahang https://www.wildlife.gov.my/. Ada dua cara, pertama anda terus buat tempahan dengan pihak Taman Negara dengan tarikh cadangan anda (Pihak Taman Negara akan bagi Guide dan Tarikh yang kosong), cara kedua melalui Guide, jika anda kenal guide boleh boking terus guide tersebut dan beliau akan carikan slot tarikh yang kosong untuk anda. Setelah dapat slot dan guide boleh la anda uruskan powil. Antara Bayaran seperti berikut:

Guide
Kuala Juram (Merapoh) – Gunung Tahan (puncak) – Kuala Juram (Merapoh) (5 hari, 4 malam) = RM950
Detail maklumat bayaran guide boleh rujuk di laman web Taman Negara Pahang.

Permit Dan Lesen
Setiap pelawat wajib mendapatkan permit masuk dengan harga RM1.00 seorang. Harga lesen memancing ialah RM10.00 setiap satu joran dan lesen kamera ialah RM5.00 setiap satu unit kamera.

Powil
Pengangkutan pacuan empat roda dari Sungai Relau ke Santuari Kelah Kuala Juram dan permulaan pendakian ke Gunung Tahan di Kuala Juram dikenakan bayaran sebanyak RM24.00 / orang (minima 5 orang) bagi perjalanan pergi dan balik. Manakala bagi kumpulan kurang daripada 5 orang, bayaran RM100.00 dikenakan untuk satu kumpulan bagi perjalanan pergi dan balik.an transport Powil di Merapoh.

Pendakian Tahan
Terdapat dua trail untuk pendakian Gunung Tahan iaitu Via Merapoh dan Via Kuala Tahan

Kalau dari Merapoh anda boleh buat trail ini
1. Sungai Relau (Merapoh) – Gunung Tahan(puncak) – Kuala Juram 5 hari 4 malam
2. Sungai Relau (Merapoh) – Gunung Tahan(puncak) – Kuala Tahan 7 hari 6 malam

Persiapan Diri dan Barang2
Pertama sekali dari segi keselesaan diri, anda perlu pikirkan diri anda, jika anda selesa tidur bawah fly ataU dah biasa maka bawa fly dan ground, pastikan anda tahu bagaimana untuk pasang fly dan ground. Jika anda tak biasa dan selesa tidur dalam kHemah maka bawa khemah. Khemah pilih khemah single yang double layer dan water proof. Jangan ambil mudah.

Sleeping matt dan sleeping bag memang penting sebabnya apabila di Kem Botak memang sejuk. Sleeping matt bagus untuk lapik tidur dan tidak sakit badan.

Pakaian
Pakaian bersih waktu malam perlu bawa 2 pasang dan di bungkus water proof dengan baik supaya tidak basah. Jaket waterproff, Rain kot. Sarung tangan perlu bawa kerana selepas Kem Khor anda banyak akan memegang pokok dan kayu semasa trekking dan semasa mendaki ke puncak tahan akan melalui kawasan berbatu kuarza yang tajam. Pakaian secara teorinya 3 pasang. Satu pasang pakai yang sama setiap hari ketika mendaki, satu pasang pakaian bersih untuk malam dan satu lagi spare. Stoken, Tuala, Kain Pelikat, Seluar pendek untuk mandi, dan sebagainya untuk keselesaan.

Makanan Ration
Mee Segera penting pastikan bekalan 1 bungkus sehari, ini untuk stanby jika anda kesuntukan masa atau terlalu penat untuk masak nasi, maka mee segera boleh dijadikan alas perut. Nasi segera (Nasi Goreng, Beriani jenama sharifah dan Brahim). Nasi Goreng segera ni packing dia agak berat sedikit berbanding kalau kita bawa beras. Tapi ia menjimatkan masa untuk masak. Saya bawa satu pek sehari. Untuk makan malam saya masak nasi lebih untuk buat sarapan esoknya. Makanan lain seperti kacang dan snek ikut keperluan masing2 ia juga penting sebagai alas perut dan bagi tenga semasa sedang mendaki. Ada rakan saya bawa beras dan perencah nasi goreng, minyak masak dan ikan bilis..lagi sedap rasanya dari nasi goreng segera. Untuk lauk pula anda boleh cari makanan segera dalam tin atau pek, kalau boleh pek sebab lebih ringan dari tin. Penting makanan (Ration) mencukupi dan dalam masa yang sama pikirkan cara untuk kurangkan berat dan jimatkan ruang seperti cara bungkus, makanan dalam tin atau pek.

Peralatan Memasak
Kalau untuk diri sendiri sudah cukup 1 dapur, 2 mastin, 1 cawan dan 2 tong gas. Tapi dalam group saya 10 orang ada yang bawa periuk nasi dan kuali untuk buat goreng2. Dengan ada periuk nasi kami sudah jimat masa kerana satu periuk nasi cukup untuk makan 10 orang. Biasanya periuk nasi ni kami guna semasa makan malam untuk makan ramai2. Untuk sarapan pula kami masing2 masak sendiri ikut keselesaan masing2. ada yang masak nasi goreng segera, ada yang masak nasi kemudian goreng, ada yang bawa roti dan sebagainya.

Keselamatan
Kesihatan merupakan faktor utama. Pastikan diri anda tidak terluka pada bahagian tapak tangan dan tapak kaki dan lutut. Pastikan anda berhati2 setiap kali melangkah dan memegang kayu atau batu. Sekiranya musim hujan, trek akan becah dan kasut anda akan basah sepanjang hari, pastikan anda sentiasa keringkan kaki sebaik sahaja sampai destinasi penginapan. Sampai ja Kem terus tukar pakai selipar atau sandle dan cuci kaki. Jangan biarkan tapak kaki anda kembang sehingga kulit mengelupas. Sumber air sungai pastikan selamat sebelum minum jika tidak yakin sila masak terlebih dahulu atau bawa pil Aquatab untuk rawatan air. Saya tidak biasa minum air sungai jadi saya bawa pil Aquatab (Klorin) untuk rawat 30minit sebelum minum.

Day 0 – 10/10/2019 – Khamis
Kami berkumpul di HUKM, memandangkan trip ini adalah anjuran Kelab Rekreasi HUKM. 11.30pm perkhidmatan Van Gunung telah sampai untuk menjemput kami semua. Kami bertolak sekitar jam 12.30am.

Day 1 – 11/10/2019 – Jumaat
Jam 5.00am kami sampai di sebuah surau dihadapan Stesen Keretapi Merapoh, Berehat sebentar dan selepas solat subuh kami sarapan di kedai2 berhampiran. Jangan lupa untuk bungkus nasi untuk makan tengahari. Sekitar jam 8.00am barulah pickup Powil datang jemput kami untuk ke Pejabat Taman Negara Sungai Relau. Sebelum itu satu salinan senarai nama dan permit perlu diserahkan kepada Balai Polis Merapoh. Di Taman Negara Sungai Relau proses istihar barang2 dan pemeriksaan oleh pegawai taman negara dilakukan. Beg perlu dikosongkan dan barang2 semua disusun atas lantai semasa pemeriksaan dan pengiraan. Setiap plastik akan dikira termasuk plastik gula2, bilangan rokok, dan lain2 lagi. Antara barang yang tidak dibenarkan bawa adalah parang, pisau rambo, tali rafia dan wet tisu. Selepas pemeriksaan barulah kami packing semula beg dan mendengar taklimat oleh pegawai taman negara. Setelah itu barulah menaiki powil ke Kuala Juram.

Kuala Juram – Santuari Ikan Kelah
Di kuala Juram ini terdapat kemudahan tandas, dewan dan juga chalet. Disini kami akan diberi taklimat pendakian oleh Guide Gunung Tahan. Dimaklumkan bahawa kami akan merentasi 10 anak sungai. 4 anak sungai yang pertama memang basah kasut kerana air paras lutut hingga pinggang, jadi dinasihatkan untuk pakai sandle sahaja. Sungai ke 5 hingga ke 10 masih boleh elak dengan memijak batu2.
Tahan 2019 Tahan 2019
Kami bermula jam 11.30am trekking ke Kuala Luis untuk berhenti makan tengahari. Trek ke Kuala Luis tidak susah cuma mendatar sahaja dan perlu merentasi 4 buah sungai yang paras lutut ke pinggang. Sungai ke 4 ini agak bahaya sedikit terutama jika ada kepala air dan arus deras kerana ia agak dalam hingga paras pinggang Perjalanan Lebih kurang 2 jam 30 minit kami sampai di Kuala Luis dam 1.30pm. Disini kami berhenti rehat makan tengahari dan solat. Sekitar 2.00pm kami meneruskan perjalan ke Kem Kor melalui Lata Luis. Laluan trek mula sedikit berbukit naik dan turun merentasi Sungai 5,6,7 dan 8.

Di Kem Lata Luis kami berhenti sekejap tunggu kawan2 dan meneruskan perjalanan ke Kem Khor. Dari Kuala Luis ke Kem Kor trek semakin menaik sehingga 750m. Pengalaman dari Kuala Juram ke Kem Kor ni memang menarik. Bawa load tanpa latihan, berat beg sekitar 20kg, nak pengsan rasanya. Kami sampai Kem Kor sekitar jam 5.30pm. Sampai sahaja kami cepat2 pasang Fly, ground dan khemah, 3 orang bawa kemah single, yang lain tidur bawah fly. Kem Kor sebelah sungai, jadi tiada masalah untuk sumber air dan memasak. Tandas di khaskan di bahagian bawah sekali sebelum sampai Kem Kor manakala untuk minum dibahagian atas. Setelah makan malam kami semua tidur awal kerana keletihan dan badan sakit2 bawa load disamping hujan pula malam itu. Tidur di Kem Kor tidak sejuk.

Elevation Day 1 seperti berikut:
1. Kuala Juram (309m) ke Kuala Luis (306m) jarak 5.0km
2. Kuala Luis (306m) ke Lata Luis (558m) jarak 6.0km
3. Lata Luis (558m) ke Kem Kor (750m) jarak 2.5km

Day 2 – 12/10/2019 – Sabtu
6.00am sesudah subuh kami semua dah bangun untuk buat sarapan dan juga kemas barang2. Separuh ration kami tinggalkan di Kem Kor untuk hari ke 4 dan 5, so bawa ration untuk hari ke 2 dan ke 3. Jadi Beg dah ringan sedikit. Masak sarapan lebihkan untuk tapau makan tengahari. Sekitar jam 8.00am guide akan datang untuk bagi taklimat pendakian berikutnya.

Sebenarnya pendakian sebenar adalah bermula dari Kem Kor ke Kem Botak. Harini trekking memang panjang dan trek akan mula menaik mendaki dan pacak, serta ada tempat naik turun pacak dan akan melalui 2 kali tangga Besi. Dari Kem Kor kita akan melalui Kem Permatang, Kem Kubang, Kem Berlumut, Kem Bonsai dan akhirnya Kem Botak. Trek yang panjang dan menaik adalah trek Permatang. Sumber air terdapat di Kem Permatang, Kem Kubang tetapi tempat ambil air jauh kebawah. Anda akan melalui 2 kali tangga besi sebelum sampai Kem Kubang. Kami sampai di Kem Kubang jam 12.00 tengahari. Berhenti rehat dan makan tengahari dan topup air. Jam 1.00pm baru bertolak ke Kem Botak. Dari Kem Kubang kita akan melalui Kem Permatang (ada sumber air) dan Kem Berlumut (tiada sumber air). Dari Kem Berlumut (tiada sumber air) ke Kem Bonsai (tiada sumber air) kita akan melalui Kem V, Di Kem V ini merupakan last sumber air untuk buat bekalan sehingga ke Kem Botak. Kem V ini diberi nama kerana bentuk V, trek dia turun pacak hingga jumpa V punca air pastu naik paccak semula. Sumber air sebelah trek sahaja kena turun lagi bawah. di Kem V ni tiada orang camping.Setelah jumpa Kem V ini anda topup air secukupnya dan berjimat sehingga jumpa Kem Botak.

Elevation Day 2 seperti berikut:
Kem Kor (750m) ke Permatang (874m) jarak 2.5km
Permatang (874m) ke Kubang (1406m) jarak 3.5km
Kubang (1406m) ke Belumut (1493m) jarak 1.5km
Belumut (1493m) ke Bonsai (1705m) jarak 5.5km
Bonsai (1705m) ke Botak (1943m) jarak 3.0km

Tahan 2019 Tahan 2019
Semasa taklimat pagi tadi guide ada maklumkan yang kami perlu sampai Kem Bonsai sebelum jam 7.00pm. Jika gagal kami perlu bermalam di trek dan esok diteruskan perjalanan. Masalah yang akan timbul jika kena khemah on trek adalah ketiadaan sumber air di Kem Bonsai, Kem Berlumut. Kami sampai di Kem Bonsai jam 5.00pm dan regroup semula. Jam 6.00pm kami meneruskan perjalanan ke Kem Botak, perjalanan masih jauh, dan kami bergerak dalam hujan. Jam 7.00pm kami stop untuk bagi laluan maghrib. Perjalanan ke Kem Botak memang sukar bagi kami kerana ketika ini hujan dan hari sudah gelap. Oleh itu kami bergerak dalam kumpulan menjadikan pergerakan semakin perlahan. Ketika ini hujan, guruh dan kilat. Kami perlu bergerak dengan secepat yang mungkin ketika melalui kawasan lapang untuk elak dari terkena petir.

Akhirnya kami berjaya sampai Kem Botak jam 9.00pm. 3 dari rakan kami yang Padu ( Fariq, Shidi dan Pah) telah sampai lebih awal sebelum 7.00pm. So mereka telah sediakan air kopi untuk kami yang kesejukkan dan basah. Setelah selesai pasang khemah dan bersihkan diri barulah kami dapat makan nasi sekitar jam 11.00pm. Pace kami 7 orang memang out dari jadual yang sepatutnya. Biasanya pendaki boleh sampai kem botak sekitar jam 7.00pm. Khemah memang kena cepat2 pasang, sebab musim hujan dan hujan kerap turun. Malam itu guide telah berbincang dengan Gogo kami iaitu Fariq tentang situasi perjalanan untuk esok. Keputusannya perjalanan ke Kem Gedung terpaksa di batalkan dan kami hanya akan ke Puncak Gunung Tahan dan kemudiannya turun ke Kem Kubang untuk bermalam.

Day 3 – 13/10/2019 – Ahad
Kem Botak (1943m) ke Gunung Tahan (2187m) jarak 2.4km
Jam 5.00am sudah kedengaran guide group lagi satu mengejutkan semua pendaki. Bangun siapkan diri dan solat subuh. Perancangan untuk melihat sunrise, kami 7 orang tidak dapat untuk ikut kerana sangat keletihan, jadi kami mengambil keputusan untuk mendaki ke puncak sekitar jam 7.00am. Group lagi satu dan 3 orang dari group kami iaitu Fariq, CD, dan pah menerusan pendakian mengejar sunrise.
Tahan 2019 Tahan 2019
Tahan 2019 Tahan 2019

Perjalanan ke puncak pada permulaan dari kem botak agak senang kerana berbatu dan mendaki, tercungap jugak la. Selepas mendaki lebih kurang 30minit anda akan sampai kawasan yang mendatar, kawasan ini kalau musim hujan memang becak la trek (barai). Kawasan ini trekking menjadi mudah kerana mendatar dan menaik berperingkat. Pokok-pokok rendang saja lebih kurang paras kepala.
Tahan 2019 Tahan 2019
Akhirnya jam 8.30 minit kami sampai di Puncak tahan Gunung Tahan dengan ketinggian (2187m). Kami trekking dengan kelajuan mendaki yang pelahan dan sambil bergambar. Boleh lebih cepat, tapi apa guna laju-laju kalau tak dapat menghayati keindahan Gunung Tahan. View Puncak Tahan memang cantik jika tidak terlindung kabus. Setelah puas bergambar kami turun ke kem Botakn jam 9.00am. Sampai di Kem Botak jam 10.00am. Semasa turun melalui bukit batu kuarza tu saya cedera tapak tangan kerana jatuh tergelunsur ketika memijak batu2 kecil. Harap pendaki lain berhati2 ketika melalui kawasan berbatu-batu kecil kuarza ini. Batu2 ini tajam.

Sampai di Kem Botak, kami mula berkemas dan sambil memasak sarapan pagi, Sekitar jam 11.00am kami mula bergerak turun. Ketika ini hujan mulai turun agak lebat, nasib baik kami sempat kemas barang2 dan kemah. Perjalanan agak terbatas kerana keadaan hujan dan ketika melalui kawasan bonsai kerana laluan ini becak barai dan perlu melangkah mengelak becak dan memegang pokok. Ada kawan yang dah tak kisah dan malas untuk mengelak, dia jalan terus saja redah becak2 tu. Tapi saya selagi boleh elak saya elak supaya air tidak masuk ke dalam kasut dan kasut tidak basah lencun. Ini tujuan untuk menjaga kaki supaya tidak kembang. Ada yang pakai adidas kampung tak kisah kerana bila air masuk dia boleh tuang air keluar. Kasut-kasut hiking yang waterproff walaupun air tak masuk, tapi kalau tersalah pijak dan semua kasut tenggelam dalam lumpur air, maka akan masuk juga la air kat dalam.

Perancangan harini adalah naik Puncak Tahan kemudian dari Kem Botak terus ke Kem Kubang dan bermalam di situ. Disebabkan kami buat 5 hari dan skip Kem Gedung maka kami tidak perlu shoot ke Kem Khor. Ketika melepasi Kem Bonsai jangan lupa untuk pergi ke satu kawasan yang terdapat Pokok Bonsai yang cantik. Ramai orang akan bergambar atas pokok ini. Sebaik melepasi pokok bonsai ini trek akan menurun pacak sehingga la ke Kem V, selepas itu trek naik turun sehingga le Kem Kubang.

Kami sampai Kem Kubang jam 7.00pm, ada yang dah sampai lagi awal sekitar 5.00pm. Kem Kubang ini sumber air agak jauh kebawah, semput juga la kalau hendak buang air dan ambil air. Jadi adalah digalakkan anda kalau turun bawa la semua botol2 air untuk refil banyak-banyak. Kalau nak mandi dan buang air besar lakukan siap2 sebelum malam dan gelap. Kat Kem Kubang ini guide tidak galakkan kami untuk turun ke sumber air malam2. Tak taula sebab apa ada kata kawasan ni keras sedikit so elakkan dari terkena ganguan. Selepas makan malam kami semua tidur dalam kemah masing2.

Day 4 – 14/10/2019 – Isnin
Selesai sarapan kami bergerak ke Kem Kor. Kami sampai di Kem Kor sekitar jam 1.30pm, disni kami ambil semula ration yang ditinggalkan, kami rehat sekejap sambil masak makan tengahari. Lebih kurang 2.00pm kami meneruskan perjalanan ke Kem Lata Luis. Perjalanan harini ini cuaca baik tiada hujan, namun kami tetap plan untuk sampai ke Kem Lata Luis secepat yang mungkin kerana sebelah petang dan malam sering hujan. Kami sampai di Kem Lata Luis sekitar jam 3.00pm, sampai sahaja kami cepat2 pasang khemah. Kem Lata Luis ni ada air terjun dan kolam yang sedap juga untuk mandi, Tapi berhati2 ada batu yang licin. Selepas mandi-manda dan ambil air sekitar jam 5.00pm hujan turun dengan lebat. Apa lagi terus masuk khemah rehat la, ada yang masak megi dan buat air dalam kemah untuk alas perut. Sekitar 8.30pm hujan masih renyai2 kami keluar untuk masak dinner, makan dan minum bawah fly besar. Malam ini barulah kami dapat lepak dan meluangkan masa bersembang walaupun dalam keadaan hujan. Layan minum kopi dan borak. Seterusnya kami masuk tidur..jam berapa tak ingat

Day 5 – 15/10/2019 – Selasa
Subuh lagi kami dah bangun, solat dan buat sarapan pagi. Tapi simple sahaja, ada yang goreng nasi, ada yang masak megi dan ada yang masak nasi goreng segera. Setelah semuanya ready kami mula bergerak sekitar jam 9.00am. Memandangkan semalam ada hujan guide memaklumkan kami supaya berkumpul di Sg Kuala Luis (Sg 4) dahulu sebelum melintas dikuatiri air naik, Sekiranya air naik terlalu tinggi danarus kuat, maka kami perlu melencong lebih jauh untuk mencari tempat untuk melintas. Sekitar jam 10.00am kami semua sampai di Sungai Kuala Luis. Air naik sedikit sehingga paras pinggang namun masih selamat untuk melintas.

Seterusnya kami sampai di Kem Santuari Kelah Kuala Juram jam 12.00 tengahari. Memandangkan kami sampai awal maka kami mengambil kesempatan untuk membersihkan diri mandi di Sungai Kuala Juram bersama-sama Ikan Kelah. Semua ration yang masih ada kami habiskan dengan memasak makanan tengahari.

Jam 2.00pm pikup POWIL datang jemput kami untuk pulang ke Pejabat Taman Negara Sungai Relau. Disini kami keluarkan semula semua barang2 dari beg dan letakkan atas lantai untuk proses pemeriksaan semula dilakukan oleh pegawai Taman Negara. Setelah selesai barulah kami boleh tamat dan terima sijil. Van sampai sekitar 4.20pm dan membawa kami pulang ke Kuala Lumpur.

Selesai…sekian

Perbelanjaan Gunung Tahan 2019

Berikut adalah total kos untuk seorang (1pax) group 10 orang
Guide                                    = RM155
Powil                                     = RM25
Permit                                   = RM1
Tapak khemah utk 4 malam    = RM4
Transport (Van Gunung)         = RM100
Baju                                      = RM30

Total : RM 315/pax

Kos Keseluruhan kami 10 Orang = RM 3150

Contact guide
Azroy = Tel 017 9312770
Kami menggunakan khidmat Guide Azroy, Orangnya masih muda dan sangat bagus dan senang berurusan dengan beliau.

Terima kasih
kepada rakan yang sama2 mendaki Gunung Tahan 2019. Semuanya sempoi dan saling menjaga satu sama lain. Suatu trip yang santai dan enjoy. Terima kasih buat Fariq selaku GOGO yang telah menguruskan trip ini dengan lancar sekali.

1. Fariq (Gogo)
2. Syuhada (Setiausaha)
3. Maizatul (Bendahari)
4. Rashidi
5. Jeffry
6. Azmi
7. Sharifah
8. Dean
9. Caun
10. Hamydy

Info Pacat
Pacat memang ada, Dari Kuala Juram sehingga la sampai KEM KOR akan kena pacat. Tapi paling banyak (bermaksud setiap orang pasti kena 1-2 ekor) kena semasa dari Kuala Juram ke Kem Lata Luis, selepas itu pacat dah kurang dan kalau kena pun nasib sahaja. Di Kem Lata Luis masih ada pacat. Selepas KEM KOR sehingga la sampai ke Puncak Gunung Tahan saya dapati tiada langsung pacat. Jadi saya pakai stoken pacat dari kuala Juram ke Kem Kor sahaja.

Anda boleh beli cecair leeches Repellent jenama ATOK’S, cecair spray ini sangat berkesan, jika anda digigit pacat anda spry cecair ini pacat akan jatuh dengan sendiri. Jadi tiada lagi parut gatal. Boleh juga di spray pada stokin, tapi spray ini bukan waterprof, jika terkena air ia akan jatuh. so kena selalu-selalu spray selepas merentasi sungai.

Video Pendakian Boleh lihat di Link berikut

Posted in Pendakian Gunung | Tagged: , , , , , , , | Leave a Comment »

Denai Tiga Puteri Kota Damansara

Posted by hamydy on 18, August 2019

Puncak Denai Tiga Puteri Kota Damansara
Puncak Denai Tiga Puteri
Bukit ini terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Kota Damansara. Lokasi puncak pula adalah termasuk dalam kawasan sempadan lebuhraya NKVE. Puncak Denai Tiga Puteri ini mula menjadi terkenal semenjak pengunjung viralkan gambar pemandangan ditepi hiway. Sebelum ini Hutan Simpan Kota Damansara memang dah lama menjadi tempat rekreasi penduduk setempat untuk trekking.

Pintu Masuk Hutan Simpan Kota Damansara
Terdapat 3 laluan masuk, tetapi laluan rasmi adalah melalui Pondok Penerangan Perhutanan (Information Center) di hujung Jalan Merbah 10/1 . Laluan kedua juga dari Jalan Merbah 10/1 iaitu tepi tasik. Laluan ketiga seperti dari Denai Harmoni di jalan Rimba Riang 9/1. Di pondok ini terdapat renjer yang jaga. pengunjung perlu mendaftarkan nama pada buku dan tiada bayaran dikenakan. Bagi yang pertama kali boleh minta penerangan dari renjer untuk teranggan laluan trail. Laluan Trail tidak susah dan setiap laluan ada penunjuk arah.
Peta Trail Denai Tiga Puteri
Denai Temuan, Denai Sahabat, Denai Unity
Terdapat 3 denai utama untuk menuju ke Puncak Denai Tiga Puteri iaitu melalui Denai Temuan, Sahabat dan Unity. Berdasarkan bacaan GPS jam Amazfit bid saya jarak shortcut ke puncak sekitar 4 km. Denai-denai lain seperti Denai Scouts, Denai Salleh, Denai Petaling, Denai Serenity dan Denai Harmoni boleh la nak cuba kalau nak. Disebabkan saya kejar masa, dan kebetulan masa turun hujan, maka saya tak sempat pun explore denai2 yang lain. Maybe next time la.

Tempoh Masa Trekking
Saya ke puncak mengambil masa 1 jam trekking secara santai itupun sbb ada kesesakkan semasa laluan hendak sampai ke puncak. Sekiranya anda berlari kemungkinan ambil masa 30minit sahaja. Namun apabila sudah hampir sampai beberapa ratus meter laluan menjadi sesak dengan pengunjung yang menunggu giliran untuk melepasi kerana kawasan tersebut agak curam. Untuk melihat keadaan trek boleh tonton video klip yang saya buat di akhir post ini.

Puncak
Rasanya puncak bukit yang diberi nama adalah Puncak Unity. Kawasan ini sebenarnya adalah lereng bukit yang di tarah untuk buat Hiway NKVE. Kawasan tumpuan orang bergambar adalah di kawasan Denai Tiga Puteri. Puncak Unity dan Puncak Denai Tiga Puteri adalah bersebelahan sahaja.

Info
Tahap : Beginner, santai
Kecerunan : Landai, kecuali hampir puncak perlu mendaki
Tempoh masa ke Puncak : 60 minit
Trek : Bersih dan jelas

Cara untuk pergi
Paling senang adalah menggunakan WAZE, anda perlu taip carian “Jalan Merbah 10/1 Kota Damansara”. Sebab laluan masuk adalah di hujung Jalan Merbah 10/1 Kota Damansara. Jangan taip “Denai tiga puteri peak” takut waze bawa anda ke tepi puncak sebelah hiway NKVE. Jika anda masuk simpang Jalan Merbah 10/1 Kota Damansara dah banyak kereta parking ditepi maka anda perlu cepat2 cari parking kerana parking sangat limited hujung minggu.
ini koordinat Taman Rimba Komuniti Kota Damansara : 3.169370, 101.580909 (3°10’09.7″N 101°34’51.3″E)

Sekian

Video Trek Denai Tiga Puteri

Posted in Pendakian Gunung | Tagged: , , | 5 Comments »

Gunung Sibayak Medan Indonesia ~ 19 – 21 Julai 2019

Posted by hamydy on 22, July 2019

Gunung Sibayak
Trip gunung Sibayak Medan Indonesia ini saya tidak organize, sebalikknya saya join trip yang dianjurkan oleh Kelab Rekreasi HUKM (MERC). Trip ini diuruskan dari Malaysia oleh NIK AFFANDI dari Sondol Hiker. Trip 3 hari 2 malam ini memang santai dan sedikit adventure. Ground pakej di Medan diuruskan oleh Shah Reza dari agen Ayo Melancong. Peserta 6 orang  sahaja yang terdiri daripada kakitangan HUKM iaitu Farid, Jamil, Nadia, Linda dan Ramli

Info Gunung Sibayak
Gunung Sibayak dengan ketinggia 2,212m (7,257 ft) adalah stratovolcano yang menghadap ke kota Berastagi di utara Sumatra, Indonesia. Walaupun letusan terakhirnya lebih dari satu abad yang lalu, aktiviti geoterma dalam bentuk ventilasi stim dan mata air panas tetap tinggi di sekitar gunung berapi. Terdapat lubang-lubang yang mengeluarkan belerang kristal dan Rembesan gas sulfur.

Day 1 – 19/07/2019 – Jumaat
Penerbangan dari kuala Lumpur jam 10.45am mengambil masa satu jam. Sampai di Airport Kuala Namu Medan jam 10.45am waktu Indonesia kami telah dijemput oleh Nik dan Reza. Dari airport kami langsung terus ke Air Terjun Sipiso Piso Danau Toba. Dalam perjalanan kami singgah makan di Restaurant CINDELARAS, rumah makan ini ada beberapa cawangan dan harga berpatutan murah contohnya Nasi Ayam Penyek cuma berharga 22ribu (RM6.5). Kami juga singgah membeli simkad, telco yang bagus signalnya di cadangkan SIMPATI.

Kami sampai di Air Terjun Sipiso Piso sekitar jam 4.00pm. Disini tiada aktiviti yang kami buat sangat cuma melihat pemandangan dan bergambar dengan Air Terjun Sipiso Piso. Setelah itu kami singgah makan malam di sekitar sebelum bertolak menginap di Grand Orri Hotel & Convention Berastagi. Kawasan Berastagi ini sejuk seperti Genting.

Day 2 – 20/07/2019 – Sabtu
Selepas sarapan pagi di hotel jam 8.00am kami bertolak ke Air Terjun Pelaruga. Perjalanan ke Air Terjun Pelaruga kami akan melalui daerah Gunung Sinabung dimana di kawasan ini kita akan dapat melihat dengan dekat Gunung Sinabung yang masih aktif mengeluarkan asap. Terdapat beberapa kawasan yang cantik untuk bergambar. Tempat wisata Air Terjun Pelaruga ini terkenal dengan beberapa kolam air terjun yang jernih airnya antaranya seperti Air Terjun Kolam ABADI dan Air Terjun Tongkat. Di wisata ini kami menggunakan khidmat 2 orang guide yang disediakan bagi mengawal kesalamatan kami 7 orang semasa berada di air terjun. Kami juga dibekalkan dengan jaket keselamatan. Harga pakej saya tiada info kerana telah termasuk dalam pakej ground. Harga tiket masuk sekitar Rp 30 ribu per orang untuk satu air terjun dan harganya meningkat bergantung kepada bilangan air terjun dan pakej guide. Harga ini juga boleh berubah mengikut masa. Antara aktiviti yang disediakan adalah spot kolam yang sangat jernih seperti kristal dan Body Rafting oleh guide. Aktiviti di air terjun ini secara santai dan puas akan mengambil masa separuh hari dan satu hari, iaitu kita akan pulang petang. Kami selesai dan siap tukar baju pun sudah jam 2.00pm. Seterusnya kami pulang ke Hotel sambil bergambar di kawasan berlatar belakangkan Gunung Sinabung. Kami sampai di pekan Berastagi sekitar jam 5.00pm di bulatan tugu. Sekitar bulatan tersebut ada restoran minang dan kami makan malam disitu sambil jalan2 cari makan sekitarnya. Tiadak lupa juga kami beli bekalan roti buat bekal untuk naik ke Gunung Sibayak.

Day 3 – 21/07/2019 – Ahad
Jam 4.00am kami sudah mula bersiap2 dari hotel. Kami sampai di Pintu Masuk Gunung Sibayak jam 5.00am, selepas membayar tiket masuk kami mula trekking ke Pos Lestari Sibayak sekitar jam 5.25am. Perjalanan ke Pos ini mengambil masa 15-20 minit, kami solat subuh jam 6.00am di surau. Disebabkan cuaca tidak baik, jadi hasrat kami untuk melihat sunrise tidak dapat kerana berkabus dan berawan tebal. Jadi kami tidak perlu terkejar2. Kami lepak santai sambil makan sarapan di Gerai kawasan Station POS Lestari sehingga 6.30am barulah kami mula trekking ke Puncak Sibayak. 30 minit trekking sudah sampai di kawasan Champsite. Kawasan ini anda akan dapat lihat banyak khemah. Kami santai2 melawat dan bergambar dengan lubang yang keluar asap dan gas sulfur. Seterusnya kami bergerak ke Puncak Gunung Sibayak secara santai dan bergambar di kawah gunung berapi dan sampai puncak sekitar jam 8.00am. Terdapat 3 puncak di gunung Sibanyak ini. Jika punya masa yang lama boleh mencuba bergambar disetiap puncak. Kami santai dan lepak di puncak selama 30 minit untuk bergambar dan menghayati pemandangan setelah itu baru beredar turun dan sampai di POS kawalan sekitar jam 9.30am setelah berehat sebentar dan bergambar bersama group malaysia yang lain kami pun turun ke pintu masuk Gunung Sibayak dan sampai sekitar jam 10.00am. Jadi perjalanan turun secara santai dan berhenti bergambar mengambil masa 1jam 30minit.

Kami sampai di hotel Jam 11.00am dan pihak hotel berbesar hati untuk bungkus sarapann pagi untuk kami. Jadi makanan sarapan pagi masih ada :). Kami Cek out jam 12.00 tengah hari dalam misi mencari Durian. Kami mencuba durian kampung medan dengan puas sekali, harga sangat murah sebiji yang besar baru sekitar RM10 sebiji. Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Kota Medan. Sampai di kota Medan kami singgah di makan di Restaurant CINDELARAS, setelah selesai makan kami ke kedai Outdoor Eiger untuk shopping barangan outdoor. Kedai Outdoor Eiger ini barangan adalah jenama Indonesia dan famous juga dikalangan peminat dari Malaysia. Seterusnya ada yang ingin membeli ole2 dari medan, jadi kami singgah di kedai kraftangan di Istana Maimun.

Sebelum berangkat ke Airport kami singgah di kedai kek milik abang kepada Reza untuk mencoba kek, Nama kedai kek ini adalah Kedai Medan Napoleon. Ada pelbagai kek dijual disini. Akhirnya kami berkumpul di Airport untuk sesi penutup bersama Reza selaku pengendali agen “Ayo Melancong”. Begitulah trip ringkas santai Sibayak & Kolam Abadi.

Rumusan Trekking
Walaupun Ketinggian Gunung Sibayak (2,212m) ini lebih sedikit ketinggian nya dari Gunung Tahan (2,187m) di Malaysia pendakiannya sangat santai dan tidak susah langsung. Kecuali semasa hendak memanjat ke puncak Sibayak perlu berhati-hati sedikit kerana ada batu yang licin. Kenapa saya cakap mudah kerana kereta dan van boleh naik sampai di Entrance, namakala motosikal boleh naik sehingga ke POS Station.  Dari POS Station jika anda padu dan laju trekking terus tanpa berhenti bergambar, anda boleh sampai ke puncak Sibayak dalam masa 30minit sahaja. Bekalan yang dibawa cuma sebotol air mineral 500ml dan sebiji roti. Pakaian cuma sweater atau wind beaker, glove biasa (Jika menunggu sunrise), penutup muka (Bau sulfur). Boleh berselipar atau sandal tetapi sebaiknya pakailah kasut sport yang tapak tidak licin sebagai keselamatan angkle. Saya lihat ada mat salleh yang bawa anak kecil sekitar umur 5-6 tahun mendaki sibayak ke kawasan kawah.

Sekian

Bagi yang ingin Travel ke Medan boleh menghubungi Shah Reza (Ayo Melancong), atau Nik Appandi bagi pengurusan trip dari Malaysia.

Shah Reza – Agen Ayo Melancong (+6282276425877)
Sedikit info tentang Shah Reza. Khidmat jasa Reza sangat baik. Orangnya ramah dan penuh informasi berkaitan medan dan tour. Beliau sangat menjaga solat dan sentiasa mengingatkan peserta. Seringkali juga belia menjadi imam semasa solat. Bagi yang ingin Travel ke Medan boleh menghubungi Shah Reza (Ayo Melancong). Bagi yang minat adventure atau ingin travel dengan family atau santai2 saya amat mencadangkan beliau. Instagram : Ayo Melancong.

Nik Affandi – Group Sondol Hiker (019-751 5433)
Sedikit info dari Nik Affandi yang saya kenal semasa trip ini. Beliau merupakan pengasas “Group Sondol Hiker”. Beliau banyak open trip2 hiking dan adventure. Apabila saya join trip beliau bayaran dibuat secara ansuran setiap bulan sehingga sebulan sebelum program. Jadi tidak terasa mengeluarkan kos yang banyak. FB : Sondol Hiker

Kos Pakej ini RM450
– Penginapan Hotel 3 hari 2 malam
– Van 11 Seater
– Pakej Sibayak
– Pakej Air Terjum Kolam Abadi

Tips Jimat
Saya lihat ada juga group yang buat sendiri tidak menggunakan khidmat guide dan dapat harga sekitar RM300 seorang. Ini terpulang kepada anda jika anda hendak urus sendiri anda ada pilihan untuk pilih penginapan yang lebih jimat dan juga jenis transport yang sesuai mengikut keselesaan masing2. Jika harga murah tak selesa tidak enjoy jugak kan. Yang penting sesuai dan selesa dengan kehendak anda. Jika masa saya aktif backpacker dahulu memang saya urus sendiri untuk dapat sejimat yang mungkin. Tapi sekarang dengan usia yang semakin meningkat saya pilih yang selesa dan enjoy. Untuk trip ini saya follow saja penganjur tak perlu uruskan apa2.

Gunung Sibayak

Air Terjun Kolam Abadi

Posted in Melancong, Pendakian Gunung | Tagged: , , , , , , | Leave a Comment »

Mt Kinabalu 3-4 May 2019 ~ Via Timpohon

Posted by hamydy on 10, May 2019

Kinabalu 2019
Mt Kinabalu 2019
Trip mendaki Gunung Kinabalu 2019 kali ini di sertai oleh 9 orang peserta semuanya. Trip ini sebenarnya tidak dirancang sebabnya semasa trip 2018 yang lalu saya beritahu untuk stop penganjuran trip kononnya nak pencen. Tapi tewas juga. Awalnya atas permintaan rakan sekerja saya 5 orang yang pertama kali hendak pergi, jadi saya iyakan jugak buat trip ini dan di sertai juga oleh 3 orang rakan yang sama-sama pernah mendaki Kinabalu pada tahun 2014 dan 2011. Jadi saya mohon maaf kepada pembaca blog saya yang lain yang ada bertanya tentang trip 2019. Trip 2019 memang saya tak open kat blog saya. Ini special kes 😀

Day 1 : 2 May 2019 : Khamis
Untuk trip yang ini tiada tour dilakukan. Kami sewa kereta dan memandu sendiri ke kundasang. Ada yang sampai flight awal sempat la melawat Desa Catle dan pasar malam kundasang. Manakala saya dan 3 orang rakan memilih penerbangan tengahari, Sampai jam 3.00pm di KK tunggu kereta sewa sampai di airport dan seterusnya memandu ke kundasang. Di kundasang kami berkumpul makan malam di restauran Puteri Nabalu.
Gunung Kinabalu 2018 Gunung Kinabalu 2019
Crystal Hill R – Kundasang – View Gunung Kinabalu – Kredit Gambar : Booking.com
Chalet ini terletak di luar sedikit Pekan Kundasang, Jarak dengan Entrance Kinabalu Park 7.7km (15minit). Chalet ni memang antara yang menarik kerana ada pemandangan gunung.
Gunung Kinabalu 2018 Gunung Kinabalu 2019
J Residence – Dekat dengan Kinabalu Park Entrance – Kredit Gambar : Booking.com
Chalet ini antara yang paling dekat dengan Kinabalu Park Entrance, Jarak cuma 450m (1minit). Chalet ini tiada cafe. Terdapat chalet lain juga yang terdekat, antaranya Tahubang Lodge yang terletak dihadapan Kinabalu Park Entrance. Tahubang Lodge ini Chaletnya kecil, bilik terhad dan ada Restoran sebelahnya iaitu Restoran Panataran. Anda boleh sarapan di restoran ini jika untuk buget sebelum mendaki. Jika Bufet di Balsam Cafe dalam Kinabalu Park untuk sarapan RM50 seorang. Saya pernah menginap Tahubang Lodge ni masa trip 2017.

Saya dan 3 rakan menginap di Chalet J Residence yang terletak berdekatan dengan Kinabalu Park Entrance. Manakala rakan sekerja saya yang 5 orang menginap di chalet Crystal Hill R di Kundasang. 
Kinabalu 2019
Day 2 : 3 May 2019 : Jumaat
Memandangkan kami mendaki dari timpohon, maka tidak la terlalu terkejar2. Kami berjanji berkumpul di Kinabalu Park jam 8.00am. Sebelum itu jam 6.00am semua sudah bangun siap2 dan cari sarapan. Masing2 sarapan di chalet masing2. selepas sarapan kami parking kereta di kinabalu Park. Parking dalam Kinabalu park agak terhad, jika datang awal bole parking, Atau bole parkin dekawasan parking sebelah enterance kinabalu park. Kawasan luas dan banyak parking, kawasan ini selamat untuk parking kereta. Setelah selesai urusan permit kami menaiki bus KOKTAS untuk ke timpohon gate.
Gunung Kinabalu 2018 Gunung Kinabalu 2019
Di Timpohon Gate seperti biasa guide akan beri taklimat. Selepas taklimat kami buat senaman regangan dan mula mendaki. Trekking ke Laban Rata dari timpohon Gate semua pendaki tiada masalah. disebabkan kami cuma 9 orang, Guide kami yang bernama Jasidi dan Cikgu cakap jalan sama-sama supaya dapat bergambar sama-sama. Setelah taklimat kami mula mendaki jam 9.30am. Timpohon Gate telah dibuka semula, pada tahun 2018 saya datang tutup kerana ada tanah runtuh dikawasan air terjun Carson.
Gunung Kinabalu 2018 Gunung Kinabalu 2019
Trekking permulaan KM1 – KM3 memang terasa cabaran bertangga. Letih jugak bagi yang tidak biasa. Walaupun banyak yang bertangga terdapat juga beberapa meter trek yang mendatar antaranya  di KM 2 dan KM 3. Jadi tidak la terus menerus melalui tangga.
Gunung Kinabalu 2018 Gunung Kinabalu 2018
Sepanjang perjalanan kami menghadapi hujan gerimis yang sekerat2. ada diantara kami yang tidak memakai baju hujan dan ada yang menggunakan baju hujan, manakala guide pula seperti biasa menggunakan payung. Di KM 4 kami semua berhenti rehat makan tengahari seperti biasa. Seterusnya meneruskan trekking ke Laban Rata. Kami semua sampai di Laban Rata jam 4.00pm. Sebelum itu kami berhenti bergambar dihadapan Chalet Waras Hut yang baru, sambil menunggu kawan2 yang lain sampai. Dan ramai2 bergerak ke Laban Rata. Tiba di Laban rata kami bergambar di mercu tanda PanaLaban. Sudah puas bergambar baru masuk ke Laban Rata Rest House untuk makan. Semasa di restauran salah seorang rakan kami sudah mula menunjukkan tanda2 AMS, beliau terasa pening. Setiba di chalet beliau muntah-muntah.
Gunung Kinabalu 2018 Gunung Kinabalu 2018
Kami semua menginap di Lemaing Hut, saya dapati di belakang Laban Rata Rest House sudah ada chalet baru yang dibuka. Semasa kami tiba kami dimaklumkan bahawa sumber air adalah terhad, ini kerana di Puncak Kinabalu telah lama kemarau tiada hujan. Jadi semasa di Chalet ada yang tidak mandi kerana air terlalu perlahan dan ada masa tiada air kerana di tutup bagi penjimatan. Setelah bersihkan diri dan berkemas, solat , semua mula tidur dan merehatkan badan.
Gunung Kinabalu 2018 Gunung Kinabalu 2018
Day 3 : 4 May 2019 : Sabtu
Jam 12.00am sudah ada yang bangun, ada yang tidak dapat tidur, ada yang tidur berdengkur. Bagi rakan yang kena AMS ubat sudah tidak berkesan, kerana ubat perlu diambil 2 hari sebelum naik. Jadi beliau agak kesian kerana pening dan sakit kepala. Apa yang boleh dibantu ketika itu adalah ubat tahan sakit dan ubat pening untuk mengurangkan sakit. Beliau masih tidak mampu untuk sama-sama keluar sarapan jadi beliau tidak dapat turut serta. Sarapan tengah malam jam 2.00am dan Kami bersiap sedia untuk mendaki ke puncak jam 2.30am. Perjalanan secara perlahan2 mengikut guide.
Gunung Kinabalu 2018 Gunung Kinabalu 2018
Perjalanan ke sayat-sayat berjalan dengan lancar, kami ikut sahaja rentak guide tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. Kami sampai di Sayat-Sayat Cek Point jam 4.30am, ada yang sampai 4.20am, Yang sampai sayat-sayat 7 orang sahaja, lagi seorang telah berpatah balik sebelum tangga last ke sayat-sayat. Kami tunggu juga beliau sehingga jam 4.50am apa bila guide Cikgu sampai bagitau kata beliau patah balik..maka kami meneruskan perjalanan ke puncak.
Gunung Kinabalu 2018 Gunung Kinabalu 2018 Gunung Kinabalu 2018
Kami semua 7 orang sampai di KM8 sama2 dan berhenti bergambar beberapa minit. Selepas KM 8, masing-masing mendaki ke puncak dengan kelajuan masing-masing. Ketika ini suasana sudah cerah dan tidak lagi memerlukan head lamp, Ketika ini sudah ramai pendaki lain yang mulai turun dari puncak.
Gunung Kinabalu 2018 Gunung Kinabalu 2018
Kami semua sampai di puncak jam 7.10am, setelah bergambar kami turun dari puncak. Untungnya ketika ini adalah kami sahaja yang berada di puncak, sedangkan pendaki lain sudah mula turun, jadi dapat la kami bergambar tanpa tunggu giliran.
Gunung Kinabalu 2018 Gunung Kinabalu 2018
Seterusnya kami turun semula ke KM8 untuk bergambar Group sambil menukar pakaian Raya. Masing2 bergambar sakan. guide pun sporting, tunggu sahaja dia sambil tolong jadi cameraman untuk group photo…Guide Jas memang terbaik.
Gunung Kinabalu 2018 Gunung Kinabalu 2018
Seterusnya kami semua perlahan2 turun ke laban rata Resthouse, kami tidak terkejar-kejar kerana beg telah kami pack dan tinggalkan di Laban Rata Rest house. So bila turun terus sahaja ke restaurant untuk makan dan tidak lagi ke chalet. Sampai di restaurant makanan masih ada dan tutup jam 10.30am. kami sampai jam 10.00am so sempat la makan dan ambil makanan sebelum mereka kemas. Sekitar jam 11.30am kami semua mulai turun ke Timpohon Gate dengan kelajuan masing-masing. Semasa turun ada beberapa kali juga hujan sekerat-sekerat. Kami sampai di Timpohon gate sekitar jam 3.30pm dan menaiki bus ke Kinabalu Park HQ untuk ambil sijil. Salah seorang dari kami terjatuh semasa turun jadi beliau sedikit lambat sampai ke Kinabalu Park HQ sekitar jam 5.00pm.
Gunung Kinabalu 2018 Gunung Kinabalu 2018
Kami buat majlis penyampaian sijil dan medal kepada peserta bagi meraikan kejayaan trip mendaki kali ini. Jam 5.30pm kami bertolak pulang ke Kota Kinabalu, sampai di di KK sekitar jam 8.00pm. Di Kota Kinabalu kami menginap di Ang Hotel (Jarak dengan Pasar Philipine 850m 11minit jalan kaki).dan Promenade Service Apartment (Jarak dengan Pasar Philipine 750m 10minit jalan kaki).
Kinabalu 2019
Day 4 : 5 May 2019 : Khamis
Day 4 Ahad kami dah pulang ke Kuala Lumpur, Ada yang pulang tengahari dan ada yang pulang penerbangan malam.
Sekian
Terima kasih kepada semua yang terlibat.

6 May 2019 sudah Berpuasa – Selamat Berpuasa kepasa Semua Pembaca saya.

Klik untuk lihat Galeri Gambar 

Berikut saya ingin kongsikan contact kereta sewa yang bagus servisnya

Nama Syarikat : Juta One Auto Car Rental Service
Contact : En Azmi
No Tel : +60 14-953 3515
https://www.facebook.com/keretasewabajetkotakinabalusabah/

**Saya booking Bezza, tapi disebabkan penyewa sebelum saya extend, maka en Azmi gantikan dengan Tayota Vios (Model Baru) 🙂 Memang Terbaik

Kereta di hantar oleh En Dedek, kemudiannya En Azmi sendiri datang berjumpa saya. Servis terbaik dari mereka.
Gunung Kinabalu 2018

Video Pendakian Gunung Kinabalu 2019

Posted in Pendakian Gunung | Tagged: , , , | Leave a Comment »

Gunung Irau Cameron Highland 6 April 2019

Posted by hamydy on 8, April 2019

Mt Irau 2019

Gunung Irau Cameron Highland 6 April 2019
Sudah lama tidak mendaki ke Gunung Irau, jadi trip kali ini disertai seramai 17 orang. Tapi last minit 2 orang tidak dapat hadir kerana tuntutan kerja yang tidak dapat dielakkan.

Permit Mendaki
Untuk permit mendaki bagi Negeri Pahang, anda boleh memohon secara online di capaian http://apps.forestry.pahang.gov.my/ekorimba/main/index.php. Permohonan mestilah sekurang2 nya 2-3 minggu awal dari tarikh mendaki. Setelah memohon online anda akan dapat semak keputusan kelulusan. Setelah lulus anda dikehendaki membayar permit sebanyak RM10 seorang melalui Wang Pos kepada Pengarah Pejabat Hutan yang berkaitan. Sebagai contoh Gunung Irau so Pejabat Hutan daerah Cameron Highland. Ini no tel Pejabat Hutan Cameron 05-4911384. Lepas mohon online dan berjaya sebaiknya anda telefon pejabat hutan untuk pengesahan cara bayaran dan juga maklumat terkini berkaitan trekking. Saya dimaklumkan permit adalah terhad sekitar 50-60 orang sehari. So kena mohon awal jangan last minit. Saya mohon dan buat bayaran sebulan awal dari tarikh mendaki. Setelah anda buat bayaran Permit melalui wang pos dalam seminggu Pihak Jabatan Hutan akan hantar permit melalui email. permit ini anda print la 2 copy beserta dengan senarai nama, satu untuk simpanan dan satu lagi bagi masa di pintu masuk.

Entrance Mossy Forest
Mulai 2019 entrance melalui Mossy Forest sudah dikenakan bayaran iaitu RM10 untuk dewasa. Jadi jika hendak mendaki Gunung Irau melalui Mossy Forest bayaran akan menjadi RM20 (RM10 Permit & RM10 Mossy Forest). Jadi untuk melalui Mossy Forest anda perlu bawa permit. Ada 2 pintu, Mula2 melalui pintu Mossy Forest ada pondok renjer yang dibuka seawal 7.00 pagi. Di pintu masuk Mossy Forest ini ada kemudahan toilet awam yang dibuka seawal 7.00 pagi. Lagi satu pintu gunung Irau iaitu dihujung trail Mossy Forest. Disini anda anda perlu tunjuk permit jika hendak melaluinya.

Sewa Powil
Untuk mendaki Gunung Irau jika anda dalam group yang ramai adalah baik sewa powil untuk hantar dan pickup ke Entrance Mossy Forest puncak Berinchang. Laluan ke puncak Berinchang agak sempit dan ada jalan yang rosak. Kalau anda naik awal pagi sekitar 7.00am mungkin tidak akan bertembung dan berselisih dengan kenderaan yang turun. Di Entrance Mossy Forest parkir agak terhad kalau tak silap boleh muat sekitar 20 biji kereta. Terdapat banyak pengusaha powil ini harga sekitar RM20 – RM30 seorang, satu powil boleh muat 15-20 orang. Biasanya pengusaha powil ini menetapkan RM25 untuk 10-15 keatas. Tapi ada juga yang powil yang bagi RM25 walau penumpang kurang dari 10 orang. Apapun anda kena cuba nego harga. Berikut saya kongsikan contact Powil yang saya yang telah saya guna dalam trip ini Powil Boy 011-25526390.

Trip Bermula
Semua pendaki bergerak dari Kuala Lumpur sekitar 12.00 tengah malam pada hari Jumaat 5 April 2019. Ada yang berhenti di RNR Tapah untuk rehat dan juga makan. Perancangan untuk sampai di Pekan Berinchang sekitar jam 6.00 pagi untuk solat subuh dan seterusnya menaiki Powil jam 7.20 pagi. Pickup point dengan powil di hadapan 7-11 Hotel Nova Berinchang. Hotel Nova ni terletak betul2 di simpang nak masuk ke laluan Puncak Berinchang. Ada Parking sekitar kawasan ini, so boleh parking, ada bayaran menggunakan kupon, tapi time saya parking kupon di 7-11 dah habis, so tawalkal ja la parking, kalau kena denda pun RM10 sahaja. Terdapat toilet di sini iaitu belakang Old Town Cafe, so sempat la membuang jika ada hajat. Kalau kita datang awal sekitar 6.30 am memang banyak parking kosong. Jam 7.00am Powil Boy dan siap tunggu kami, sekitar 7.15am kami menaiki powil menuju ke Entrance Mossy Forest Berinchang.

Mt Irau 2019 Mt irau 2019
Sampai di Entrance Mossy Forest kami bersiap2 dan menggunakan toilet. Bayaran masuk mossy forest boleh dibuat di pondok renjer. Memandangkan Pintu Masuk Irau belum ada renjer yang sampai, jadi permit saya kena bagi pada renjer yang jaga pintu Mossy Forest. Setelah selesai sesi memanaskan badan kami bula mendaki jam 8.15am. Trekking santai2 sambil bergambar di laluan trek kayu Mossy Forest dan menara pandang. Seterusnya baru la melepasi pintu Gunung Irau.

Trekking ke Mini Irau
Trekking awal dari pintu masuk Gunung Irau ni agak santai kerana kita menurun bukit melalui CP1 Balak (1989m), CP2 Taman (1980m), CP3 Tali (1949m) dan sehingga ke CP4 Pisang (1,873m). Setelah melepasi CP4 barulah trek mula mendaki semula melalui CP5 Pergam (1947m) dan seterusnya CP6 Mini Irau (2024m). Dari Pintu masuk Gunung Irau ke puncak Mini Irau mengambil masa 2 jam sahaja, kami mula jam 8.30am dan sampai di Puncak Mini Irau jam 10.30am. Sampai di Mini Irau kami berhenti rehat untuk makan sedikit untuk alas perut seperti roti dan biskut. Di Mini Irau ini ada banner dipasang di laluan ke Puncak Irau mengatakan laluan di tutup sehingga diberitahu kelak.

Trekking ke Puncak Irau
Sekitar jam 11.00am kami memutuskan untuk meneruskan juga trekking ke puncak, jika laluan tanah runtuh selamat di lalui kami akan ke puncak dan jika tidak selamat kami akan patah balik. Sampai di CP7 Slide (2028) terdapat 2 kawasan tanah runtuh, Tanah runtuh yang pertama masih selamat dilalui manakala tanah runtuh yang kedua sangat bahaya, tetapi terdapat laluan lencong yang dibuat oleh pendaki sebelum ini selamat dilalui. Laluan lencong ini juga tetap kena hati2 ketika melalui kerana ia bukan tanah solid. Seterusnya kami melalui CP8 Bonsai (2043m), dikawasan ini anda akan terpesona dengan pemandangan cantai kawasan bonsai. Dulu terdapat satu pokok bonsai yang menjadi tempat bergambar diatas pokok tersebut, tapi sekarang pokok bonsai tersebut sudah mati, mungkin sebab terlalu ramai yang panjat untuk bergambar 😦 . Seterusnya kami meneruskan perjalanan CP9 Batu (2048m).

Mt Irau 2019

CP10 LOTR (2089m)
Akhirnya kami sampai di CP10 LOTR yang menjadi lokasi utama sesi fotografi. Kawasalan ini di beri jolokkan Lord Of The Ring kerana pemandangan lumut yang unik dan cantik. Sekiranya anda sampai di CP10 ini bermakna anda sudah hampir untuk sampai ke Puncak Irau iaitu dalam 10-15 minit sahaja lagi. di CP 10 ini semua pendaki tidak melepaskan peluang bergambar, hampir 30 minit juga la bergambar.

Mt Irau 2019 Mt irau 2019

Puncak Gunung Irau
Akhirnya 12.30pm kami semua sampai di Puncak gunung Irau. Ikutkan jika tidak santai dan bergambar terlalu lama masa yang diambil dari Mini Irau ke Puncak Irau cuma 30 – 45 minit sahaja. Sampai di puncak irau kami dapati terdapat satu group pendaki 4-5 orang yang baru sampai, mereka mendaki melalui trek Yellow Pass. Di Puncak Irau kami rehat sambil makan tengahari. Ada yang makan tapau dan ada yang masak meggi dan buat air. Kami sampai di Puncak Irau cuma 14 orang sahaja lagi seorang tidak dapat meneruskan perjalanan dan berehat di Mini Irau kerana masalah kesihatan. Seterusnya setelah siap rehat dan makan kami bergerak turun ke Mini Irau jam 1.30pm dan sampai di Mini Irau jam 2.15pm.

Mini Irau ke Mossy Forest Entrance
Setelah berehat sekejap di Mini Irau kami semua 15 orang meneruskan perjalan turun jam 2.30pm. Trekking agak mencabar untuk melangkah akar-akar pokok dan tanah yang lembut apabila badan dan kaki keletihan. Kebiasaanya Terdapat banyak kawasan becak, jika tersalah pijak dan langkah boleh tenggelam kaki dengan lumpur lumut. Cuma kali ini kami tidak menghadapi lumpur lumut yang banyak mungkin kerana trek terlalu kering dan tidak hujan. Kalau tidak kasut biasanya akan comot giler la. Setelah 2 jam trekking akhirnya kami sampai di Pintu Masuk Irau jam 4.30pm. Semua pendaki terasa seronok apabila sampai di Trek Kayu Mossy Forest. Akhirnya semua berjaya keluar ke Mossy Forest Entrance jam 4.50pm. Misi berjaya kerana kami plan untuk tamat dan keluar sebelum jam 5.00pm. Jam 5.30pm baru pikup Powil Boy sampai dan kami bertolak pulang ke parking Nova jam 6.10pm. Kami bersurai ada yang terus pulang ke KL dan ada yang menginap di Tanah Rata.

Mt Irau 2019

Rumusan
Pendakian ke Puncak Gunung Irau, Trek tidak susah dan agak santai, cuma cabaran adalah akar dan terdapat kawasan tanah yang lembut dan becak. Kurang berpeluh kerana keadaan cuaca yang sejuk. Beberapa tempat perlu melangkah berhati2 dan tidak boleh laju untuk mengelakkan kaki terseliuh. Trek bersih dan laluan jelas tidak memerlukan guide (jika ada yang pernah pergi) kerana terdapat sign board setiap cek point. Perlu berhati2 di kawasan tanah runtuh untuk ke puncak irau. Perlu turun dari puncak Irau paling lewat jam 2.00pm supaya dapat keluar sebelum jam 5.00pm sebabnya jam 6.00pm suasana sudah semakin gerap ditambah dengan kabus yang mula menebal. Tiada punca air sepanjang trek oleh itu sila bawa air yang cukup untuk minum, masak, wuduk dan sebagainya. Serta tisu basah untuk membuang air besar dalam semak. Anda juga boleh letak barang dan champing di Mini Irau untuk masak dan makan jika ada peserta yang ingin stay di mini irau. Dan apabila untuk ke puncak anda just shoot dan patah balik dengan cepat cuma bawa air sahaja.

Guide
Ada yang tanya saya, Adakah perlu guide atau tidak. Kalau ikut LAW kena ada guide (Jurupandu arah). Sebaiknya jika group anda tiada seorang pun yang pernah Mendaki Gunung Irau, oleh itu anda perlu sangat mencari guide. Sebab semasa anda mohon permit anda perlu masukkan nama guide dan no tel beliau. Guide ni penting kerana beliau boleh bimbing anda supaya tidak tersasar dari masa dan juga laluan. Walaupun laluan agak jelas, tetapi ada juga kes pendaki yang tidak ambil guide kadang-kadang menyimpang dari laluan kerana ingin explore, akhirnya beliau tersesat. Ada juga pendaki yang leka tidak jaga masa, akhirnya lewat keluar dalam keadaan gelap tanpa ada Headlamp. Keadaaan ini boleh membahayakan.

Item Perlu Bawa

1. Head lamp – Wajib
2. Raincoat
3. Sweater jika sejuk
4. Tapau lunch
5. Tapau minum petang
6. Air yg cukup
7. Wet tissue
8. plastik sampah
9. Tongkat kurang sesuai kerana keadaan trek yang berakar.

Sekian

Berikut adalah Tentative dan Detail

Tentative

Day 1 – 6 April 2019
01.00am – Bertolak dari KL ke Cameron Highland
03.00am – Rehat di RNR Tapah
05.00am – Tiba Tanah Rata – Rehat
06.30am – Gerak ke NOVA Hotel
07.00am – Berkumpul di 7-11 NOVA
07.20am – Bergerak dengan Powil ke Mossy Forest Entrance
08.15am – Mula Mendaki
10.30am – Sampai Mini Irau
12.30pm – Sampai Puncak Irau
02.15pm – Sampai Mini Irau
04.30pm – Sampai Entrance Mt Irau/ Trek Mossy Forest
04.50pm – Entrance Mossy Forest
05.30pm – Pickup Powil
06.10pm – Nova Hotel
06.30pm – Bersurai

Contact Powil – RM20-30 per person
Powil ANDY – 0179997790
Powil Boy 011-25526390

Contact Guide
ANDY – 0179997790

Permit Mendaki Gunung Irau
Online : http://apps.forestry.pahang.gov.my/ekorimba/main/index.php
Bayaran : RM10/person
Cara bayaran : Wang Pos kepada Pengarah Pejabat Hutan Daerah Cameron highland
Alamat Poslaju : Pejabat Hutan Daerah Cameron highland, Tanah Rata 39000, Cameron highland Pahang
Telefon : 05-4911384

Cara mohon permit melalui Online.
1. Sediakan senarai nama peserta format PDF (Nama, No IC, No Tel, Nama Waris, No Tel Waris, Hubungan dgn Waris)
2. Isi permohonan online dan muat naik senarai nama
3. Setelah beberapa hari semak permohonan, Jika lulus call Pejabat Hutan Cameron untuk pertanyaan Bayaran
4. Proses Bayaran, Print Kelulusan dan senarai nama dan beli wang pos dan poslaju kepada PHD Cameron
5. Tunggu permit melalui email
6. Bawa Permit dan Senarai Nama semasa hendak mendaki

Contoh Permohonan Permit Online
Mt Irau 2019

Contoh Permit setelah pembayaran dibuat.
Mt Irau 2019

Bayaran Mossy Forest
RM10 Dewasa
Bayaran cash di pondok renjer Mossy Forest

Mt Irau Elevation – Menggunakan Jam  Amazfit Bip Huami
Mt Irau 2019

Video Pendakian Mt Irau 6 April 2019

 

Update : 18 Ogos 2019 : Info Terbaru
Ini maklumat yang saya baru jumpa hasil merayap di google. saya dapati ada web perhutanan yang boleh mohon permit untuk semua tempat (Negeri) di semenanjung Malaysia. Tapi saya belom pernah cuba lagi memohon menggunakan web ini. Harap pembaca boleh cuba. dan update saya sama ada boleh buat online payment atau tidak.

ini Link webnya : http://ecojpsm.forestry.gov.my/
Saya ada call Pejabat Hutan Bentong kebetulan nak aply permit naik Gunung Nuang via Janda Baik. beliau maklumkan bahawa link web yang baru ni belum boleh digunakan kerana ada problem. jadi beliau nasihatkan saya gunakan web perhutanan pahang untuk aply permit di web eko rimba (http://apps.forestry.pahang.gov.my/ekorimba/main/index.php)

 

Posted in Pendakian Gunung | Tagged: , , , , | 8 Comments »