The life journey

Kembara Kehidupan

Archive for the ‘Jom Piknik’ Category

Aktiviti piknik dan mandi manda

Hutan Simpan Ayer Hitam UPM ~ Bukit Puchong

Posted by hamydy on 4, March 2015


Bukit Puchong dan Air Terjun Hutan Simpan Ayer Hitam UPM
Bukit Puchong memang tidak asing lagi di kalangan penduduk Puchong malah ia turut di kunjungi oleh orang luar dari kawasan Puchong. Bukit Puchong ini merupakan salah satu lokasi untuk rekreasi mendaki. Bukit ini tidak la terlalu tinggi tetapi trek nya yang simple dan ada beberapa bahagian yang agak menegak memberikan suatu kepuasan kepada pengunjung yang inginkan senaman yang mengeluarkan peluh secara hiking dan trekking.

Ok berbalik kepada trip saya. Bukit Puchong ini selalu juga saya kunjung untuk riadah. Jika hujung minggu sabtu atau ahad seawal 6.00 pagi sudah kelihatan ramai pengunjung yang datang terutama dari pengunjung kaum cina, mereka memang terkenal dengan budaya senaman di awal pagi dan rajin senaman. Jadi jika anda sampai ke lokasi sekitar jam 7.00 pagi pun parking dah penuh. Jadi sebaiknya anda sampai di lokasi sekitar jam 6.45pagi, Solat subuh boleh dilakukan di masjid berdekatan.

Bukit Puchong Bukit Puchong

Ramai yang tertanya2 saya dimana Bukit Puchong ini. Sebenarnya Bukit Puchong ini adalah terletak didalam Hutan Simpan Ayer Hitam milik Pengurusan UPM. Trek hiking ini diikutkan pun salah disisi undang-undang kerana dah masuk dalam kawasan Hutan Simpan. Sebelum ini pun pernah kecoh dan masuk Akbar yang pengunjung Bukit Puchong adalah penceroboh. Siap di tutup laluan masuk trek ini. Tetapi disebabkan trek Bukit Puchong ini telah lama menjadi trek riadah penduduk disitu, maka pihak perhutanan dan UPM tidak terdaya hendak menghalang aktiviti ini. Oleh itu jangan hairan jika anda terlihat papan tanda ” Amaran Penceroboh akan didakwa” sepanjang trek Bukit Puchong. Mungkin setakat ini pihak berkuasa hanya pejam mata selagi pengunjung tidak pergi kawasan lain selain trek hiking sahaja.

Bukit Puchong Bukit Puchong

Oleh itu trek ke Air Terjun Hutan Simpan Ayer Hitam ini memang tidak dibenarkan masuk. Sekiranya terserempak dengan pihak Renjer pengunjung pasti akan di tahan dan ambil keterangan dan kemungkinan besar akan di denda. Jika di sabihkan kesalahan boleh didenda RM10,000.00 atau penjara 3 tahun. Dari Puncak Bukit Puchong memang terdapat trek ke Air Terjun, disebabkan pengunjung tidak dibenarkan masuk, oleh itu trek ini sedikit tertutup kerana jarang orang lalu, melainkan penyelidik UPM sahaja.

Pejabat Renjer
Laluan masuk yang sah dan Rasmi Pejabat Renjer UPM adalah melalui Taman Saujana Puchong iaitu di Jalan SP 10/13 Saujana Puchong dengan koordinat simpang masuk ialah  3.000778, 101.644190. Jadi kalau nak masuk secara sah boleh la masuk ikut sini dan mohon kebenaran di pejabat renjer ataupun buat permohonan terus dengan dekan UPM. 🙂

Lokasi Trek Bukit Puchong
Hutan Simpan Ayer Hitam ini terletak dikelilingi oleh Taman Puncak Kinrara, Taman Damai Utama, Taman Desaminium, Taman Lestari puchong, Taman Saujana Puchong, Taman Puchong Hartamas dan Taman Wawasan Puchong. Pintu Masuk Trek ke bukit Puchong yang sah dan utama hanya terletak di Taman Wawasan Puchong trek masuk adalah bersebelahan Apartment Sri Cempaka Bandar Puteri. Koordinat pintu masuk Bukit Puchong adalah 3.024689, 101.629714  dengan posisi 3°01’28.9″N 101°37’47.0″E.

Bukit Puchong Bukit Puchong
Ok berbalik kepada trip saya. saya sampai sekitar 7.15am. Mula mendaki jam 7.30am haftway mendaki tetiba ada peserta nak buang air besar, terpaksa patah balik, nak cari tandas berdekatan memang tak ada kecuali ke stesen minyak berdekatan atau surau yang berdekatan. Sib baik kawan dibenarkan tumpang tandas di salah sebuah kedai yang buka waktu itu :). So mula hiking semula jam 8.30am macam tu.
Bukit Puchong Bukit Puchong

Mula-mula hiking kawasan terbuka, sedikit mendaki dan licin jika selepas hujan atau basah, trek tanah merah. Diatas kawasan terbuka ini anda dapat lihat view kerana ia seperti bertebing curam, so tengok view dari atas kawasan lapang tersebut. Selepas melepasi kawasan lapang ini anda mula masuk ke trek permulaan hutan, anda akan mendaki lagi terasa jugak la kalau lama tak hiking, selepas itu trek mendatar semula dan anda akan jumpa 2 simpang.

Simpang kiri dan simpang kanan. Kedua2 simpang ini sama sahaja ia adalah satu pusingan ke puncak bukit. Jadi biasanya pengunjung akan bermula dari simpang kanan dan keluar melalui simpang kiri. Masuk sahaja ke simpang kanan, treknya bersih dan jelas kelihatan, selepas beberapa meter anda akan jumpa trek sedikit menegak untuk sampai ke puncak bukit.

Saya mengambil masa sekitar 30minit untuk sampai ke puncak, dengan kelajuan biasa sahaja. Di puncak ini kawasan nya lapang dan tiada view, ia dikelilingi oleh pokok2. biasanya pengunjung akan berehat sebentar sebelum turun melalui jalan lagi satu yang menuju semula ke simpang masuk tadi. Biasanya pengunjung akan buat beberapa pusingan sebelum selesai.
Bukit Puchong Bukit Puchong
Puncak Bukit Puchong
Dari puncak bukit akan kelihatan satu trek yang sedikit tertutup dan ada papan tanda larangan menceroboh, kekadang ada pila larangan masuk. Kalau nak tau ini la trek ke air terjun. Biasanya pengunjung tidak lalu dan tidak pergi ke trek air terjun ini. Kekadang pengunjung veteran terutama uncle2 cina tidak berapa suka kita masuk kerana jika terlalu ramai sangat menceroboh nanti seluruh kawasan trek bukit puchong ini akan di tutup seperti mana yang berlaku sebelum ini akibat ramai menceroboh ke air terjun. Koordinat Puncak Bukit Puchong adalah 3.015322, 101.636971 dengan posisi 3°00’55.2″N 101°38’13.1″E .
Bukit Puchong Bukit Puchong
Trek ke air terjun ini kelihatan sedikit kabur dengan daun-daun kering, tetapi treknya masih kelihatan dan treknya hanya satu, jadi susah untuk kita tersesat. Daripada puncak ke air terjun mengambil masa sekitar 40minit untuk sampai ke laluan 4wd. Setelah melalui trek ke air terjun ini dari puncak bukit puchong anda akan jumpa simpang satu laluan atas dan satu laluan bawah kedua-duanya menuju ke jalan 4WD.

Berhampiran simpang ini anda akan kelihatan peralatan kajian pelajar2 Botani UPM, Mohon jangan diusik. Jika anda ikut laluan bawah terus anda akan sampai ke jalan 4wd dan anda belok kiri sehingga jumpa papan tanda berdekatan laluan turun ke air terjun. Jika anda ambil simpang naik ke atas treknya berbukit dan sedikit curam dan anda akan jumpa jalan 4wd dan belok ke kanan sehingga jumpa laluan turun ke air terjun. Jika anda ambil simpang ke atas, jika jumpa jalan 4WD anda perlu belok ke kanan untuk ke air terjun.

Laluan 4wd ini boleh dimasukki oleh kereta dan motosikal tapi pintu masuknya saya tak sure dari mana. Jika anda sampai di laluan 4wd ini diharap anda berhati-hati supaya tidak terserempak dengan Pihak Renjer. Jika terjumpa anda mungkin akan di denda atau di halau keluar. Oleh itu jika sampai di laluan 4wd ini cepat2 anda turun ke waterfall dan lepak diam2 jangan buat bising. Harap pengunjung jangan buang sampah atau memasak di kawasan ini. Jagalah kebersihan 🙂 . Koordinat Air Terjun ini adalah 3.014648, 101.646842 dengan posisi 3°00’52.77″N 101°38’48.63″E .


Begitulah serba sedikit maklumat yang saya dapat kongsikan. Harap tiada pihak yang akan persalahkan saya jika anda tertangkap. Menceroboh masuk adalah risiko sendiri. Saya sendiri lebih suka hiking trek bukit Puchong sahaja, tidak suka masuk ke kawasan air terjun sebab tidak dibenarkan, melainkan anda mohon permit dari pihak UPM.

Tips
Sekiranya anda fit cergas dan boleh berlari, anda sebenarnya cuma perlukan masa 1 jam sahaja untuk trekking berlari dari Trek masuk Bukit Puchong ke Air Terjun.

Sekian

Berikut adalah Video dari YouTube yang sangat best sehingga teruja untuk explore Air Terjun ini 🙂

Kredit to ownernya Mr owlsomebrah

Info Tentang Hutan Simpan Air Hitam yang saya copy dari website UPM

Hutan Simpan Ayer Hitam

Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong merupakan destinasi yang sangat sesuai untuk dijadikan aktiviti rekreasi oleh pelajar dan juga staf. Pelbagai prasarana telah dibina untuk kemudahan para pengguna seperti penginapan, dewan serbaguna, surau, dapur, bilik mandi, tandas, padang dan tapak perkhemahan yang boleh menampung sehingga 150 orang dalam satu-satu masa.

Selain aktiviti rekreasi, Hutan Simpan Ayer Hitam boleh dijadikan destinasi aktiviti pengajaran, penyelidikan dan pengembangan. Aktiviti pengajaran yang biasa dijalankan di hutan ini merangkumi bidang sains perhutanan hingga kepada sains kayu serta pengurusan taman dan rekreasi. Bagi penyelidikan pula, pelbagai bidang termasuk silvikultur, pengurusan hidupan liar dan ekologi hutan. Dari segi pengembangan, aktiviti yang biasa dikendalikan di hutan ini termasuk kem perhutanan kem sains, kem motivasi, kem interpretasi hutan, kem ekologi dan pelbagai lagi.

Hutan ini merupakan satu-satunya hutan pamah dipterokarp yang masih wujud  dalam keadaan sempurna di Kawasan Lembah Kelang dan Putrajaya. Ia merangkumi Kompatmen 1, 2, 12, 13, 14 dan 15 dan dianugerahkan secara perjanjian jangka panjang selama 80 tahun kepada UPM oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Hutan yang terletak lebih kurang 20 kilometer daripada UPM ini mempunyai pelbagai keunikan seperti merupakan sejarah peninggalan penempatan Orang Asli, kesan tinggalan sejarah perang, mempunyai pelbagai rupa bentuk muka bumi seperti jeram perigi, jeram belanga, bukit sawa busu serta memiliki 127 spesies flora dan 197 spesies fauna.

Maklumat lanjut, sila klik di sini untuk melayari laman sesawang Fakulti Perhutanan.

Hutan Dipterokarp = Kawasan hutan yang terdapat di ketinggian antara 300 hingga 750 meter dari paras laut.

  • En. Paiman Baiwon
  • 03-89467162/7219/7171
  • Kemaskini Terakhir 24 02 2012 ( hairul_nizam )

 

———————————————————————————
Video yang menjadi Viral di media sosial

Update : 8/4/2015 jam 9.31am

Semenjak video yang awesome yang dibuat oleh saudara ownernya Mr owlsomebrah menjadi viral di media sosial dan juga di web http://thevocket.com/ (http://thevocket.com/tidak-boleh-dimasuki-sewenang-wenangnya-tempat-ini-digelar-syurga-tersembunyi-malaysia/) Tetiba entri saya berkaitan dengan hutan simpan ayer hitam ini menjadi hit. Huhuhu terasa bersalah pulak sebab share. Sebenarnya video Mr owlsomebrah ni dah lama dah dia buat, tapi sebab best dan awesome maka tetiba jadi viral. Sekarang semua orang tau. Harap tiada la yang menceroboh dan merosakkan hutan simpan tu yer.

Saya mula perasan dalam media sosial FaceBook video oleh encik Mr owlsomebrah ini mula di share dan viral dari web http://thevocket.com setelah 2 minggu entri saya di post. Saya mula post entri ini pada 4 March 2015 dan video ini mula di post dalam http://thevocket.com pada 28 March 2015. Dan kalau ikut statistik saya Hit pembaca untuk entri ini mula meningkat dengan mendadak pada 28 March 2015 juga.. huhu

😦 maaf yer Mr owlsomebrah bukan saya yg share dalam media sosial

Mungkin selepas pihak renjer UPM akan buat kawalan akan lebih ketat..

Advertisements

Posted in Jom Piknik, Pendakian Gunung, Sukan | Tagged: , , | Leave a Comment »

Langkawi ~ Pulau Dayang Bunting

Posted by hamydy on 25, January 2013

Tasik Dayang Bunting
Pulau Dayang Bunting
Pengalaman pulang ke kampung kali ini, saya sempat singgah ke Pulau Dayang Bunting. Dah lama tak pergi pulau ini. Pulau dayang bunting yang menjadi tarikkan nya adalah Tasik Dayang Bunting. Tasik ini terbentuk akibat proses luluhawa tanah dan batuan.

Terdapat beberapa versi cerita dongeng dan mitos, berkenaan dengan legenda tasik ini.
Versi pertama dan yang tercatat pada tasik itu adalah, Menurut lagenda tempatan ia bermula dengan kisah cinta lelaki bernama Megat Teja dan perempuan bunian bernama Dayang. Megat Teja berjaya memenangi hati dayang dengan menyapu air mata duyung ke wajah Megat Teja, dan apa bila Dayang terpandang wajah Magat Teja maka Dayang pun jatuh hati. Setelah Dayang hamil (bunting) maka dia mengambil keputusan untuk bersemayam di kawasan tasik sehingga melahirkan anak, Tetapu anak dayang mati setelah 7 hari di lahirkan. Dayang menanam mayat bayinya di dasar tasik. Sehingga hari ini tasik dan pulau ini dipanggil Pulau Dayang Bunting dan Tasik Dayang Bunting.
Pulau Dayang Bunting pulau dayang bunting
Boleh lihat bentuk seperti wanita hamil terbaring. Nampak bentuk muka, bentuk payudara, perut dan pinggul.

Versi kedua pula mitos ini, ada berpendapat yang suatu masa dahulu ada seorang perempuan mengandung sedang baring mengiring dengan dihadapannya ada bekas air, dan kemudiannya telah di sumpah oleh sang kelembai menjadi batu dan dan pulau yang mengandungi tasik. Jadi ketika anda menaiki boat untuk ke pulau ini tekong boat akan menunjukkan pemandangan pulau yang menampakkan bentuk wanita hamil yang sedang terbaring.

Kepercayaan Karut
Ramai juga para pengunjung yang masih mempercayai bahawa sekiranya pasangan baru berkahwin datang mandi manda di tasik ini akan menjadi hamil. sebenarnya ini cuma kepercayaan sahaja. Tidak dapat dibuktikan kebenarannya, tapi secara psikology nya dan pendapat saya apabila pasangan itu datang mandi di tasik ini dan percaya akan hamil, maka pasangan ini akan lebih kerap bersama sepanjang percutian mereka, jadi secara sainsnya jika mood happy dan tiada stres, hormon stabil terkawal dan tiada masalah reproduksi maka pastinya akan hamil.. :).

Pulau Dayang Bunting Pulau Dayang Bunting
Bagaimana hendak ke pulau ini
Untuk ke pulau ini atau mengambil pakej tak susah, semasa anda di jetty kuala kedah atau kuala perlis sudah ada agen2 yang buka kaunter, jadi anda cuma pilih pakej yang anda suka. Agen2 ini akan berhubung dengan boat man di langkawi untuk pick up anda. Atau anda boleh mendapatkan pakej ini di jetty kuah bila anda sudah berada di Langkawi. Jika anda ke Langkawi dengan pesawat, di airport pun sudah ada brosur pakej dari agen. Selain agen yang jemput anda, anda juga boleh terus ke Jetty Teluk Baru, di Mukim Kedawang Teluk Baru. Biasanya jika hendak ke pulau ini ada 4 pakej yang general, contohnya

1. Pakej island hopping – (Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan Melihat dan bagi makan burung helang)
2. Island Drop – (Pulau Mutiara, Pulau Beras Basah, Pulau Dayang Bunting, Teluk Kecawi)
3. Fun Fishing
4. Pulau Payar Marine Park

Semua pakej ini secara carted boat dan juga berkumpulan. jika anda dalam kuntiti yang sikit contoh 2-3 orang sahaja, anda boleh bayar perhead dan dan tunggu peserta lain sehingga penuh satu boat. Cas yang dikenakan diantara RM20-RM30, bergantung pada agen boat. Saya ambil pakej Island Hopping ( Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan Bagi Makan Helang) saya dapat pakej RM20 seorang, walk in terus ke jetty, kalau yang pickup dari UnderWater World tu biasa dapat dalam RM25-RM30. tapi harga ni ikut musim la kekadang naik sikit kekadang kalau bukan musim cuti tu dapat lagi murah.
tasik dayang bunting pulau dayang bunting
Setibanya anda di jetty untuk ke tasik dayang bunting anda akan melewati tandas awam. ini satu-satunya tandas awam yang ada. seterusnya anda perlu mendaki anak tangga untuk ke tasik yang mengambil masa 10minit perjalanan. Bagi yang tak biasa dan membawa banyak barang pastinya anda tercungap2 punya. terdapat 3 aktiviti yang boleh anda buat di tasik selain mandi iaitu ada disediakan perkhidmatan Berkayak, Boat Padle (Kayuh) dan boat solar. Anda dinasihatkan supaya memakai Jaket Keselamatan yang disediakan (Kena Sewa RM10) kerana tiada Life Guard dan dasar tasik yang sangat dalam.

pulau dayang bunting Tasik Dayang Bunting
tasik dayang bunting tasik dayang bunting
Terdapat hanya satu pelantar yang besar disini dimana semua pengunjung datang untuk mandi. Ditengah pelantar terapung ini juga ada disediakan kolam untuk kanak2 mandi manda. Mandi disini adalah atas risiko sendiri dan anda perlu memastikan keselamatan diri dan ahli keluarga anda. Pastikan anda yang tidak pandai berenang memakai jaket keselamatan.

Pulau Dayang Bunting
Pulau Beras Basah
Pulau ini turut menjadi tumpuan pelancong dan terdapat resort di pulau ini. Di Pulau ini anda boleh buat aktiviti mandi manda dan snorkeling, pantainya yang cantik dan air yang jernih pasti membuatkan anda terpesona, anda boleh buat aktiviti snorkeling di pulau ini. Tak banyak yang boleh saya ceritakan tentang pulau ini sebab saya tak abis explore pun, lepak kat pantai mandi manda jer.
Pulau Beras Basah Pulau Beras Basah
Pulau Beras Basah Pulau Beras Basah
Selain itu jika anda berani dan suka adventure anda boleh menyewa jetski untuk satu hari dan anda bebas bergerak ke pulau-pulau berdekatan dan juga bebas pergi ke pantai-pantai lain yang lebih cantik.

pulau dayang bunting
Memberi Makan Helang ( Eagle Watch )
Boat akan singgah di perairan Pulau Singa Kecil berdekatan dengan jetty dan memberi makan burung helang. Kita akan dapat lihat dengan lebih dekat bagai mana kumpulan helang-helang ini menjunam ke laut dan menyambar makatan yang diberikan oleh tekong boat. Tekong boat akan mencampakkan isi ayam kedalam laut dan kemudian mematikan engin boat supaya suasana tenang untuk membolehkan burung-burung helang ini mengambil makan. Bagi peminat burung helang biasanya mereka akan singgah dan duduk di jetty Pulau Singa Kecil berjam2 untuk melihat burung helang dan merakam gambar.
pulau dayang bunting pulau dayang bunting
Jika anda ingin merakam gambar burung helang pastikan anda membawa camera Dslr yang mempunyai lensa zoom untuk gambar yang lebih jelas. Untuk melihat burung helang ini ada waktunya, jika anda datang bukan waktu yang sesuai kemungkinan tak banyak burung helang, tetapi jika masa anda datang tu kebetulan waktu burung-burung helang ini keluar mencari makan maka akan kelihatan banyak burung herlang berterbangan.

Begitulah sedikit sebanyak pengalaman saya ke Pulau Dayang Bunting. tak banyak yang boleh saya ceritakan. Lagi satu yang tak bagusnya jika anda ke tasik dayang bunting ini adalah signal telefon bimbit tiada. anda seolah2 terputus hubungan dengan dunia luar. pernah sekali terjadi kejadian dimana seorang pelancong luar negara terkena serangan jantung, mereka tidak dapat menghubungi bantuan kerana tiada signal telefon dan terpaksa menunggu kedatangan boat. boat pulak tidak tunggu selepas dia hantar kita ke pulau dayang bunting dia akan patah balik untuk mengambil penumpang yang lain. Akhirnya pelancong tersebut tidak dapat diselamatkan, sebaik sahaja boat yang tiba hendak membawa beliau keluar, pelancong tersebut telah meninggal dunia.

pulau dayang bunting

Sekian..

Posted in Cuti2 Malaysia, Jom Piknik, Melancong, Riadah Santai | Tagged: , , , , , , | Leave a Comment »

Pengkalan Balak ~ Melaka

Posted by hamydy on 20, January 2013

Pangkalan Balak
Pantai Pengkalan Balak
Pantai ini terletak di Melaka jalan nak ke Tanjung Bidara. Pantai ini menjadi tumpuan pengunjung yang suka makan maknan laut. Terdapat banyak juga restoran dan chalet-chalet sepanjang pantai ini. Anda boleh cuba beberapa restoran disini. Kebanyakkan tidak la nampak gempak sangat tapi terdapat 2-3 restoran yang ramai pengunjung. Ada restoran yang ada karaoke. Saya mencuba sebuah gerai yang terletak betul2 ditepi pantai. Rasanya biasa saja cuma suasana nya betul-betul dipantai dan dapat pemandangan laut dan kedengaran deruan ombak membadai pantai.

Kebanyakan restoran lain tidak terletak betul2 di tepi pantai atau diatas pantai kerana halangi jalan susur pantai dan juga kerana restoran ini kebanyakkan besar2. Yang ada atas pantai hanya gerai2 kecil sahaja.
Pengkalan Balak Pengkalan Balak
Pantai Pangkalan Balak ini agak kotor dengan sampah-sampah yang dibuang oleh para pengunjung yang tidak bertanggung jawab. Sampah makanan dan minuman seperti bekas polesterin serta plastik minuman. Terdapat kemudahan awam seperti Tandas Awam, Masjid dan kedai runcit yang berdekatan.

Sekian

Posted in Cuti2 Malaysia, Jalan2 Cari Makan, Jom Piknik | Tagged: , | Leave a Comment »

Selamat Hari Raya Aldilfitri 2012

Posted by hamydy on 18, August 2012

Salam semua pembaca blog saya. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Semoga Lebaran kali ini memberikan kita lebih makna.

Selamat Bercuti dan bergembira bersama keluarga.

Posted in Agrotek, Backpacker, Blogroll, Cuti2 Malaysia, Fotografi, Jalan2 Cari Makan, Jom Piknik, Jurnal Kehamilan, Kesihatan, Koleksi Buku Lelong, Melancong, Memancing, Multimedia ICT, Pendakian Gunung, Riadah Santai, Ruangan Perniagaan, Sajak Nusantara, Sukan, tiada | Tagged: , , | 2 Comments »

Rekreasi Sg Kedondong

Posted by hamydy on 18, June 2012


Tapak Rekreasi Sg Kedondong
Tapak Rekreasi ni merupakan tempat baru yang saya pergi. Ini pun hasil tunjuk ajar salah seorang pembaca blog saya. Saya pun tak pernah tau tepat ini. Kawasan Sg Kedongdong ni terletak atas lagi dari Hulu Yam, Jalan lama kalau hendak menuju ke genting.
Kawasan rekreasi ini terletak berhampiran jalan utama sahaja. terdapat beberapa kemudahan asas yang disediakan seperti tandas awam, pondok dan tempat pakir serta kawasan untuk berkhemah. Terdapat juga kedai makan dan kedai menjual pelampong.


Setakat ni tiada lagi bayaran yang dikenakan, cuma tandas sahaja iaitu 30 sen. Cuba banyak pengunjung yang datang sini tidak menjaga kebersihan. sampah dibuang begitu sahaja, walaupun kemudahan tong sampah disediakan. bukan nak kata kat remaja dan kanak2 sahaja, kekadang ibu bapa yang dah tua dan berumur pun sama. Pampes anak yang mengandungi najis tu dicampak jer macam tu di tepi sungai dan pokok. So macammana la tak membawa penyakit. Lgi satu sampah sarap mengundang tikus, bila tikus dah kencing dan bawa kuman dah boleh bawa maut. So kepada pembaca blog jaga la alam sekitar. Tingkah laku kita ni menjadi ikutan anak2..so berfikir sebelum bertindak.

Yang menariknya kawasan Sg Kedondong ni ialah ia tak dalam. so kanak2 boleh mandi manda. cuma ada satu kawasan tu yang seperti kolam besar dan dalam. ramai yang main terjun dari atas batu. kawasan ini sangat bahaya dikuatiri lemas jika yang tidak pandai berenang.

 


kalau dari Kuala Lumpur kejap jer nak kesini. saya bertolak jam 9.000m dan sampai sekitar jam 10.00am. Mandi manda dan makan sehingga jam 12.00 tengahari kemudiannya siap2 balik KL.
Begitulah sedikit sebanyak yang boleh saya citerkan tentang tempat ini.

Posted in Cuti2 Malaysia, Jom Piknik | Tagged: , | 1 Comment »

Hutan Lipur Sg Tekala

Posted by hamydy on 4, January 2012


Hutan Lipur Sg Tekala
Rentetan dari Broga Hill kami singgah di hutan lipur Sg tekala untuk mandi manda. Tak jauh dari Broga Hill. Sempena New Year ni dan cuti2 ni tempat ini menjadi tupuan dan kunjungan orang ramai. terutama family. Dehadapan Sg Tekala ini pula terdapat kolam memancing, pun penuh dengan orang ramai. So saya pun menjenguk Hutan Lipur Sg Tekala ini, rasanya dah hampir 3 thn tak datang sini. Banyak juga perubahan yang ada.
 

Satu perkara yang saya tak tahan tengok adalah sampah. ramai pengunjung kat sini main buang jer sampah merata2. Pihak pengurusan ada sediakan tong sampah tapi masih takde kesedaran. yang lagi tak tahan tengok tu lampin pakai buang bayi di buang camtu jer.. takde kesedaran betul la ibu-bapa tu.. macamana dia nak didik anak dia supaya baik kalau dia sendiri buang lampin camtu jer..orang kat bawah sedang mandi, lampin dibawa air habis tercemar.

Bayaran masuk yang dikenakan cuma RM1, antara kemudahan yang disediakan yang sempat saya perhatikan adalah seperti, Pondok, Tandas, Bilik Salin dan tapak untuk khemah, boleh BBQ. Kawasan ni tiada kawasan air yang dalam, kalau dalam pun cuma paras pinggang sahaja.

itulah seba sedikit yang boleh saya story kan pasal Hutan Lipur Sg Tekala ni.
Saya dan kawan2  layan jer lepak dan masak. Menu kat Sg Tekala ni adalah sup Cendawan Panas dengan Milo Panas serta baki makanan dari Broga, Roti dan biskut. Sambung Goreng kopok leko panas memang sedap petang 2 makan.

Ok sampai disini sekian dulu..jumpa lagi.. 😀

Posted in Cuti2 Malaysia, Jom Piknik, Riadah Santai | Tagged: , , | 2 Comments »

Hutan Lipur Lenggeng

Posted by hamydy on 27, December 2011


HUTAN LIPUR LENGGENG
24 Disember 2012
Saya dan beberapa orang kawan Kelab telah pergi melawat Hutan lipur Lenggeng (Lawatan Tapak). Lawatan ini bertujuan untuk mempopularkan semula tempat ini dengan aktiviti-aktiviti kelab. Tinjauan kami mendapati hutan lipur ini dibina lengkap dengan kemudahan asas, cuma sekarang tidak mendapat sambutan dan menyebabkan kemudahan-kemudahan yang dibina dahulu menjadi usang dan terbiar.

Lawatan tapak ini juga turut disertai oleh Presiden dan AJK tertinggi Kelab. Setibanya di lokasi kami memeriksa peta lokasi Hutan Lipur Lenggeng. Penerangan tentang lokasi dibuat oleh En Rusman yang sudah biasa dengan tempat ini.


Semua ahli2 kelab mula membuat tinjauan, merentasi air sungai yang jernih tetapi airnya sungainya kecil dan terdapat pondok-pondok istirehat yang masih elok serta laluan bertangga.


Setelah selesai meninjau lokasi perkhelahan dan air sungai kami mula meninjau kemudahan lain yang disediakan, antaranya kawasan tapak perkhemahan yang sudah tidak digunakan, tempat permainan kanak2 yang tidak digunakan, tandas, bilik operasi semuanya masih kukuh tetapi sudah tiada penyelenggaraan.


Seterusnya kami meninjau kawasan di menara Peninjau yang masih kukuh. kami naik ke tingkat 3 sambil berkumpul dan melontarkan idea untuk aktiviti yang boleh dilakukan untuk mempopularkan semula kawasan ini.


Kami mendapati kawasan ini bukan tidak di selenggara langsung, tetapi tidak secara keseluruhannyala. Terdapat kawasan dimana rumput baru di potong dan terdapat sampah yang tidak di pungut bertabur. Kawasan ini tidak di kunjungi oleh haiwan seperti kera atau monyet jadi tiada ganguan kera. mungkin juga disebabkan tidak ramai dan tiada pengunjung maka sampah tidak banyak oleh itu kurang mengundang haiwan tersebut untuk datang. Hasil tinjauan di sungai, mendapati air masih jernih dan tidak tercemar. sampah pun sangat kurang cuma beberapa tempat sahaja iaitu satu pondok berdekatan dengan sungai dan berdekatan dengan menara tinjau.

Setelah hampir 2jam membuat tinjauan dan berbincang kami pun pulang ke destinasi masing2.

Berikut adalah Petikan dari Laman Portal Rasmi Majlis Perbandaran Nilai (http://www.mpn.gov.my/hutan_mendom)

HUTAN LIPUR LENGGENG

Hutan Lipur Lenggeng terletak di kompartmen 22, Hutan Simpan Lenggeng dan dibawah Majlis Perbandaran Nilai. Kawasan ini sesuai untuk beristirehat, berkelah dan bermandi-manda serta melakukan aktiviti riadah yang lain. Keistimewaan kawasan ini adalah terdapatnya jeram-jeram dan kolam-kolam kecil semulajadi serta hidupan dan tumbuhan alam semulajadi yang unik dan menarik seperti paku-pakis, pelbagai jenis orkid liar, serangga dan unggas menyerikan suasana persekitaran dan mampu memberikan satu kenangan dan pengalaman yang menyeronokkan. Susunan batu-batan yang menarik di persekitarannya dan disulami dengan tumbuh-tumbuhan asal dari berbagai jenis tentu sekali mempesonakan setiap pengunjung. Kepelbagaian pokok-pokok hutan yang berusia ratusan tahun amat sesuai bagi para pengkaji dan pencinta flora untuk berkunjung kesini. Kawasan Hutan Lipur Lenggeng ini terletak dibawah tanggungjawab Jabatan Hutan Negeri Sembilan.

Kemudahan
Untuk keselesaan dan kemudahan kawasan hutan lipur ini menyediakan kemudahan-kemudahan seperti tempat letak kereta, pondok dan bangku untuk berehat serta tapak perkhemahan. Bagi yang berani dan gemar kepada cabaran, denai dan rentasan hutan juga disediakan bagi menguji kecekalan minda dan fizikal.

Lokasi
Untuk sampai ke Hutan Lipur Lenggeng mengambil masa kira-kira 30 minit dari Mantin melalui pekan Lenggeng dan 20 minit dari Pekan Pantai. Jika datang dari Seremban, pengunjung perlu menggunakan jalan menuju ke Jelebu dan selepas Pekan Pantai ambil simpang menuju ke Pekan Lenggeng.

Maklumat Lanjut :-
Jabatan Hutan Negeri Sembilan.
Tingkat 4, Blok C,
Wisma Negeri,
70646 Seremban.
Tel : 06- 765 9849

Posted in Cuti2 Malaysia, Jom Piknik, Riadah Santai | 4 Comments »

Statistik Terkini Pengunjung Blog Saya

Posted by hamydy on 1, December 2010

Saya menghargai kunjungan dan komen2 anda di laman blog saya. semoga saya semakin rajin menulis blog selalu.

terima kasih kepada peminat dan pengunjung blog saya. terima kasih..terima kasih…terima kasih

Posted in Agrotek, Blogroll, Cuti2 Malaysia, Fotografi, Jalan2 Cari Makan, Jom Piknik, Jurnal Kehamilan, Kayak, Kesihatan, Koleksi Buku Lelong, Melancong, Memancing, Multimedia ICT, Pendakian Gunung, Ruangan Perniagaan, Sajak Nusantara | Leave a Comment »

Kalumpang Resort & Training Center

Posted by hamydy on 10, August 2010


pada tanggal 7-8 Ogos 2010 yang lepas saya telah berpeluang menyertai program familyday jabatan yang diadakan di Kalumpang Resort & Traning Centre. Ini merupakan kali pertama saya datang ke resort ini. Pandangan pertama ketika sampai resort ni dalam hati ” menarik jugak tempat ini walaupun pendalaman tapi lengkap dengan semua kemudahan”.

Antara Kemudahan yang disediakan iaitu Traning Center, Tapak Perkhemahan, Chalet, Masuk harian dan banyak lagi. Gambar2 yang menarik banyak saya ambil dengan cameraphone sahaja.. so kurang cantik sikit la.

Untuk Maklumat lanjut anda boleh print atau download Brosur dari Kalumpang resort  dibawah ini untuk maklumat seperti :
1. Chalet Biasa
2.Chalet Resort
3.Asrama
4.Dewan + PA system
5.Khemah dan Tapak Khemah
6.Set Karaoke
7.BBQ set
8.Pakej BBD
9.Pakej Makanan
10.Sukaneka
11.Sewa Padang
12.Sewa Pondok
13.Aktiviti (Jungle trekking, Night Walk, Treasure Hunt)
14.Piknik balik hari
dan sebagainya

Contact:
Kalumpang Resort 7 Training Center
Kalumpang : 03 60491969/60491087/013 8683186 Fax: 03 60491087
Shah Alam Sale Ofis : 03 55109145/55111204/013 8653186
Website : www.kalumpangresort.com.my
email : kalumpang_resort@yahoo.com

Sila klik links ini untuk download brosur Kalumpang Resort

Posted in Cuti2 Malaysia, Jom Piknik | Tagged: , , | Leave a Comment »

Air Terjun Berkelah Pahang

Posted by hamydy on 15, July 2009

berkelah0 berkelah01
Air Terjun Berkelah Pahang, Sememangnya sudah lama terkenal akan keindahannya. Mempunyai banyak kolam2 semulajadi hasil pembentukan air terjun, kolam2 ini menjadi kegilaan pengunjung untuk mandi manda seolah2 berada di swimming pool. tetapi ada diantara kolam2 ini sangat dalam dan merbahaya, oleh itu majoriti pengunjung yang mandi di kolam2 ini membawa life jaket.
Untuk kesana sangat mudah, dari Kuala Lumpur anda ambil highway ke kuantan pastu exit tol maran, bila exit tol maran ikut kiri (sigboard ke Sri Jaya), Terus lagi sampai melepasi seri jaya dan tol sri jaya, Kemuadian anda akan jumpa masjid Kg Gelugor bersebelahan kedai makan sebelah kanan jalan. jika jumpa masjid ini maka sudah dekat dengan simpang masuk ke BERKELAH simpang sebelah kiri. Masuk simpang ni kedalam lebih kurang 5 minit. Setelah sampai di kawasan rekreasi Berkelah anda boleh paking kereta disini, jika hari minggu memang ramai orang yang datang berkelah disini, Gerai2 makanan juga ada. Kemudahan asa yang lain seperti tandas, bilik mandi , pondok semua ada.
berkelah9 berkelah10
Bagi yang ingin buat champsite dan bermalam, kenderaan tidak digalakkan parking di kawasan rekreasi tersebut kerana tiada penjaga diwaktu malam, dan ada kes pecah kereta kecuali ada perkhemahan budak2 sekolah dikawasan tersebut. Untuk bermalam di puncak atau di kawasan champsite diatas sana , biasanya pengunjung akan meninggalkan kereta berhampiran masjid kg glogor dan kedai makan tersebut, jani untuk masuk kedalam biasanya tuan punya restoran tersebut ada menyediakan perkhidmatan menghantar orang menggunakan lori. casnya murah sahaja.
berkelah2 berkelah1
Dari tapak rekreasi ke champsite kolam 3 mengambil masa 30minit berjalan, untuk sampai ke champsite yang atas sekali iaitu puncak mengambil masa hampir 2jam perjalanan. Champsite di puncak bersebelahan kolam paling besar dan dalam boleh memuatkan hampir 30 orang satu masa.

Bagi kaki pancing kawasan yang paling sesuai untuk memancing adalah antara kolam 3 dan kolam 4, kawasan ini banyak terdapat ikan tengas yang besar2 sebesar tapak tangan. umpan yang paling sesuai adalah buah kelapa sawit yang telah direndam semalaman.
berkelah8 berkelah11
Sekiranya musim hujan pengunjung tidak digalakkan berkemah hampir dengan gigi air, kerana ia bahaya, jika terdapat kepala air boleh menghanyutkan khemah. oleh itu jika hendak buat champsite atau memilih lokasi champsite  faktor ini perlu diberi perhatian. Kebanyakan kolam2 ini sangat dalam dan ada sesetengahnya ada air pusing di bawahnya. oleh itu faktor keselamatan diri perlu diambil kira.
berkelah5 berkelah3

Akhir sekali jagalah kebersihan hutan kita. sampah yang anda bawa naik hendaklah dibawa turun. Trip 10-12 Julai 2009.

Posted in Jom Piknik | Tagged: , , | 16 Comments »