The life journey

Kembara Kehidupan

Archive for the ‘Agrotek’ Category

Pertanian dan penternakan Agroteknologi

Selamat Hari Raya Aldilfitri 2012

Posted by hamydy on 18, August 2012

Salam semua pembaca blog saya. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Semoga Lebaran kali ini memberikan kita lebih makna.

Selamat Bercuti dan bergembira bersama keluarga.

Posted in Agrotek, Backpacker, Blogroll, Cuti2 Malaysia, Fotografi, Jalan2 Cari Makan, Jom Piknik, Jurnal Kehamilan, Kesihatan, Koleksi Buku Lelong, Melancong, Memancing, Multimedia ICT, Pendakian Gunung, Riadah Santai, Ruangan Perniagaan, Sajak Nusantara, Sukan, tiada | Tagged: , , | 2 Comments »

Ilmu Menternak dari Seberang

Posted by hamydy on 28, December 2010

Blog ini dari rakan kita dari seberang. Saya telah melihat blog Pak Asp dan saya dapati banyak info menarik yang boleh kita pelajari bersama bagi yang berminat dalam industri penternakan puyuh, ayam dan sebagainya.

silalah kunjungi blog Pak Asep ini di http://ternakunggas.wordpress.com

Posted in Agrotek | Tagged: , , , | Leave a Comment »

Statistik Terkini Pengunjung Blog Saya

Posted by hamydy on 1, December 2010

Saya menghargai kunjungan dan komen2 anda di laman blog saya. semoga saya semakin rajin menulis blog selalu.

terima kasih kepada peminat dan pengunjung blog saya. terima kasih..terima kasih…terima kasih

Posted in Agrotek, Blogroll, Cuti2 Malaysia, Fotografi, Jalan2 Cari Makan, Jom Piknik, Jurnal Kehamilan, Kayak, Kesihatan, Koleksi Buku Lelong, Melancong, Memancing, Multimedia ICT, Pendakian Gunung, Ruangan Perniagaan, Sajak Nusantara | Leave a Comment »

Bengkel pembenihan keli aruhan

Posted by hamydy on 13, December 2008

Bengkel pembenihan keli aruhan

BAGI memenuhi permintaan pengguna yang berminat mempelajari pelbagai jenis ternakan dan pertanian, sebuah syarikat penggerak aktiviti akuakultur dan pertanian akan mengadakan bengkel pembenihan keli sepanjang Disember 2008 hingga Mac 2009.

Pengarah Projek, Nur Azizi Rapie berkata, bengkel berkenaan bertujuan memberikan pengetahuan dan melahirkan usahawan tani atau penternak ikan air tawar menghasilkan anak benih sendiri bagi menjimatkan kos dan memastikan bekalan sentiasa mencukupi.

“Salah satu faktor penghalang industri air tawar berkembang maju ialah kesukaran pengusaha untuk mendapatkan bekalan anak benih.

“Anak benih keli bermutu tinggi mendapat permintaan yang besar dengan harga seekor bersaiz tiga inci antara 10 hingga 20 sen.

“Apabila pengusaha mampu mengeluarkan anak benih sendiri, projek dapat dijalankan mengikut jadual tanpa menunggu bekalan dari tempat lain,” katanya.

Kos membeli anak benih tadi dapat disalurkan kepada makanan ikan yang semakin hari meningkat.

Bengkel ini akan mendedahkan peserta mengenai kemahiran menghasilkan benih keli menerusi teknik aruhan.

Teknik aruhan dilakukan dengan menyuntik hormon kepada induk- induk keli di mana induk betina akan diperah telurnya dan induk jantan dibedah bagi mendapatkan sperma.

Peserta juga akan didedahkan dengan cara membuat makanan anak benih keli yang berusia empat hari sehingga satu bulan.

Kursus praktikal pembenihan ikan keli teknik aruhan akan dilangsungkan pada 13 dan 14 Disember di ladang Prestasi Agro Farm, Bukit Lagong, Selayang.

Bagi mereka yang berminat mendalami kemahiran pembenihan ikan keli boleh menghubungi sekretariat di 012-6138059 atau 012-6157937.

sumber : Utusan Malaysia 12 dis 2008 / links : Utusan Online 12 dis 2008

Posted in Agrotek | Tagged: , , | 3 Comments »

Kambing Jamnapari sesuai diternak

Posted by hamydy on 12, December 2008

Kambing Jamnapari sesuai diternak

JAMNAPARI yang dinamakan sempena sebatang sungai yang terletak di Uttar Pradesh, India merupakan kambing berbaka kacukan yang berasal dari negara berkenaan dan juga Pakistan pada awalnya.

Sejak 1953, kambing Jamnapari yang diternak untuk tujuan daging dan tenusu itu telah dieksport ke Indonesia dan baka tersebut mendapat permintaan yang menggalakkan di sana.

Sehubungan itu, India meningkatkan lagi perusahaan ternakan tersebut bagi tujuan dieksport.

Bancian pada tahun 1972 di India, menganggarkan sebanyak 580,000 ekor Jamnapari diternak, walaupun hanya 5,000 daripada bilangan tersebut merupakan baka asli.

Di negara asalnya, sepanjang musim sejuk 90 peratus kambing Jamnapari menghabiskan masa untuk meragut rumput atau daun.

Namun, pada musim yang lain, kambing tersebut hanya mengambil 55 peratus masa untuk mencari makanan seperti dedaun, rumput dan pelbagai tumbuhan hijau.

Dari segi fizikal, Jamnapari mempunyai bilangan variasi besar dalam faktor warna, tetapi pada kebiasaannya, ia berwarna putih dan mempunyai tompok pada leher dan kepala.

Di samping itu, Jamnapari mempunyai sepasang cuping telinga yang jatuh dan memanjang sehingga mencapai 25 sentimeter (sm).

Dalam pada itu, kedua-dua jantina kambing tersebut memiliki tanduk dan kaki yang panjang.

Bagi kambing jantan, Jamnapari mampu mencapai sehingga 120 kilogram (kg), manakala bagi betina, beratnya mampu mencecah sehingga 90kg.

Secara purata, seekor kambing betina Jamnapari mampu mengeluar- kan susu sehingga dua kg sehari.

Sementara bagi dagingnya, Jamnapari boleh dikatakan tidak merbahayakan kesihatan kerana kadar kolesterol dagingnya adalah pada tahap yang rendah.

Kini, kambing jenis Jamnapari turut mendapat tempat dan permintaan yang memberangsangkan di kalangan masyarakat tempatan.

Sumber : Utusan Malaysia 12 Dis 2008 /link artikel  Utusan Online 12 Disember 2008

Posted in Agrotek | Tagged: , | Leave a Comment »

Ternakan Cacing Restu Rimbunan Rahmat Sdn Bhd (3R)

Posted by hamydy on 28, September 2008

Restu Rimbunan Rahmat Sdn Bhd (3R) adalah sebuah syarikat penternakan cacing secara berkelompok di mana usahawan-usahawan dipelawa untuk menyertai perniagaan ini dengan perbelanjaan modal yang amat sedikit. 3R menawarkan setiap petak dengan harga RM1,000.00 untuk 2 kilogram induk cacing yang akan dijaga dan dibiakkan sehingga matang. 3R akan menanggung perbelanjaan lain seperti penyediaan bangsal, tangki-tangki septik, makanan dan minuman cacing.

3R juga menyediakan kursus-kursus penternakan cacing. Kursus-kursus yang ditawarkan oleh pengelola lain adalah sangat mahal dan tidak efektif kerana ianya diadakan di hotel-hotel yakni di luar ladang. Perbezaan yang amat ketara adalah dimana setiap kursus 3R akan diadakan di ladang sendiri agar pembelajaran lebih efektif; teori dan praktikal dilaksanakan di ladang. 3R tidak akan sama sekali mengadakan kursus-kursus di hotel-hotel sepertimana yang telah dilakukan oleh kebanyakan pengelola kursus lain. Tenaga pengajar kami adalah dari pengusaha-pengusaha penternakan cacing tempatan dan luar negara

3R juga menyediakan perkhidmatan nasihat dan perancangan kepada bakal usahawan yang berminat untuk menternak cacing. Ini adalah sebagai salah satu sumbangan 3R kepada sosial agar masyarakat dan bakal usahawan memahami perniagaan ini dengan mendalam sebelum menceburkan diri sepenuhnya. Penerangan dan nasihat akan diberi di ladang 3R memandangkan cara ini amat efektif sekali

3R akan sentiasa menambahbaikan perkhidmatannya dari masa ke semasa. Ini adalah bertujuan agar setiap usahawan dan rakaniaga mendapat keselesaan dan kepuasan setiap kali berada di ladang 3R. 3R juga telah mendapat kerjasama dari pihak Jabatan Pertanian Pahang setiap masa. 3R akan memastikan segala nasihat dan kerjasama dari pihak jabatan tersebut akan dimanfaatkan sepenuhnya. Ramai yang telah ketahui bahawa perniagaan agro penternakan telah membuahkan hasil apabila telah berjaya melahirkan usahawan yang berjaya membawa pulangan yang lumayan dan ianya telah memberi impak ekonomi yang besar dan sangat tinggi.

3R juga mempelawa masyarakat dan usahawan-usahawan agar datang sendiri ke ladang kami untuk melihat secara lebih dekat bagaimana penternakan cacing boleh menghasilkan pendapatan yang amat lumayan sekali.

RESTU RIMBUNAN RAHMAT SDN BHD

Pejabat:

Lot A 4722,

Jalan Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah,

Kampung Pandan 1,

26070 Kuantan,

Pahang Darul Makmur

No. Telefon: 09-5384444

No. Fax: 09-5382402

Laman Web Rasmi: http://www.r3worms.com
eMail Rasmi: r3worms@gmail.com

Ladang:
Kampung Pandan 1, Kuantan, Pahang
No. Telefon: 09-5384444
No. Fax: 09-5382402

PETA LALUAN KE LADANG RESTU RIMBUNAN RAHMAT SDN BHD


Perhatian ( 13 April 2010)
Kepada semua pengunjung dan pembaca artikel diatas ini. Ingin saya maklumkan bahawa saya langsung tiada kaitan dan tiada kena mengena dengan pihak syarikat syarikat tersebut. saat sy memuatkan artikel ini adalah sebab saya terbaca laman web syarikat tersebut dan rasa ingin berkongsi dengan pembaca blog. Oleh itu jika tuan2 semua pernah berurusan dan kena tipu oleh pihak syarikat ini …saya pun tak tahu, sebab sy tidak pernah pun berurusan dengan syarikat ini.

harap jika tuan2 semua ada tidak puas hati, boleh la komen dan ceritakan bagaimana anda teranaiya kat blog saya ini mudah-mudahan menjadi panduan kepada yang lain.

harap jangan dimaki hamun dalam blog saya ini. Mohon kerjasama tuan2 semua

Posted in Agrotek | Tagged: , , , | 36 Comments »

Ternakan Puyuh

Posted by hamydy on 29, May 2008

Baka puyuh jenis IKTA

Pengenalan

Penternakan puyuh telah lama dipelihara oleh penternak puyuh tempatan. Hasil utama penternakan ini adalah telur puyuh yang telah sedia ada pasaran tersendiri dan terhad. Pengeluaran daging untuk dimakan adalah dari hasil sampingan penternakan puyuh penelur ini. Puyuh jantan yang tidak diperlukan untuk pengeluaran telur akan diproses dan dijual . Begitu juga puyuh-puyuh penelur yang tua akan diproses dan dijual sebagai daging puyuh. Bagi penternak khusus untuk pengeluaran daging puyuh didapati menggunakan puyuh jenis penelur. Walaupun demikian ada juga terdapat pemeliharaan dari jenis puyuh berbadan besar dari baka yang diimport. Penternakan puyuh masih ditahap kecilan kerana ramai yang menganggap penternakan ini susah untuk mencapai ketahap komersil. Kebanyakan penternakan puyuh mengamalkan cara penternakan yang tradisional. Pembekalan anak puyuh adalah sangat terhad. Punca anak puyuh adalah samada dari ladang sendiri atau dibeli dari penternak lain yang mempunyai penternakan puyuh baka. Kebanyakan penternak puyuh tempatan menggunakan satu jenis puyuh untuk pengeluaran telur dan daging. Penternak baka induk puyuh menggunakan sistem pembiakan kaedah pusingan dimana anak menggantikan induk. Apabila stok induk telah tua dan perlu diganti maka penternak ini akan mengambil telur-telur dari stok ini untuk ditetaskan dan kemudian dijadikan stok induk. Cara penternakan ini telah berjalan dengan lamanya dan didapati hasil pengeluaran dan prestasi puyuh semakin merosot atau tiada perubahan.

Bagi maksud pembangunan industri ini pengkhususan pemeliharaan amatlah penting dijalankan. Pengusaha puyuh perlu menggunakan baka yang sesuai bagi maksud pengeluaran sesuatu komoditi puyuh. Bagi tujuan pengeluaran daging puyuh maka penggunaan baka dari berbadan besar dengan efisiensi pengeluaran yang baik hendaklah digunakan. Pembekalan baka yang bermutu perlu diadakan untuk menjamin efisiensi pengeluaran dapat membawa industri ini ketahap yang lebih menguntungkan. Jabatan Perkhidmatan Haiwan ada mengeluarkan puyuh pedaging berkualiti dengan jenama PUYUH IKTA yang sedang tersebar luas digunakan oleh pengusaha puyuh baka pedaging. PUYUH IKTA dijamin berkualiti tinggi. Puyuh yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan menjalani pembiakan yang terkawal bagi menjamin peningkatan prestasi.

Pengambilan daging puyuh masih ditahap yang rendah kerana pendedahan masyarakat keatas daging puyuh masih terhad. Langkah-langkah memperkenalkan komoditi ini kepada orang ramai sedang giat dijalankan dan dijangka pengambilan keatas daging puyuh ini akan meningkat.

Struktur Industri

Dari tinjauan yang dibuat didapati struktur penternakan puyuh ini sangat kompleks. Ada terdapat bebrapa kategori ladang yang terlibat dengan penternakan puyuh ini. Rajah 1 menunjukkan jenis pengusaha puyuh mengikut kategori di Malaysia. Ada pengusaha yang terlibat dengan pengeluaran anak untuk kegunaan daging dan telur. Terdapat pengusaha yang menternak puyuh dari jenis pedaging dan penelur. Walaupun demikian pengusaha puyuh pedaging adalah tertinggi dan merupakan 60% dari jumlah penternak. Penternakan yang mempunyai baka induk dan kemudahan penetasan adalah sebanyak 30 % dari jumlah penternak. Penternak dari kategori ini berperanan membekalkan keperluan anak puyuh kepada industri. Negeri-negeri Perak dan Kelantan mempunyai bilangan pengusaha yang tertinggi.

Pecahan pengusaha mengikut sais penternakan adalah seperti di Rajah 2. Seramai 23 % dari jumlah keseluruhan pengusaha mempunyai populasi penternakan kurang dari 1000 ekor. Sais ladang yang terbanyak adalah diantara 1000 – 3000 ekor. Hanya 12% penternak yang mempunyai sais ladang melebihi 10,000 ekor. Dari maklumat ini didapati kebanyakan pengusaha ternakan puyuh adalah secara kecilan sahaja.

Rajah 1 : Penternak puyuh mengikut kategori di Malaysia.

Kategori Pengusaha

Bil.Penternak

1.

Puyuh pedaging komersil

38

2.

Puyuh pedaging dan penelur komersil

7

3.

Baka pedaging/penetasan/pedaging
dan penelur komersil

9

4.

Baka pedaging/penelur/penetasan/pedaging
dan penelur komersil

10

Rajah 2 : Sais ladang ternakan puyuh di Malaysia

Sais Ladang

Bilangan Penternak

kurang dari 1,000 ekor

25

1,000 – 3,000 ekor

41

3,000 – 5,000 ekor

16

5,000 – 10,000 ekor

12

lebih dari 10,000 ekor

14

Sangkar puyuh

Unjuran dan Sasaran Pengeluaran

Adalah dijangkakan industri ternakan puyuh akan berkembang dengan lebih pesat lagi apabila penternakan ini dikomersilkan dengan pengeluaran yang lebih tinggi dan dapat memenuhi keperluan pasaran. Segala galakan dan promosi akan diadakan bagi maksud pendedahan pengguna kepada daging puyuh ini. Anggaran unjuran pengeluaran adalah seperti di Rajah 3.

Rajah 3 : Unjuran pengeluaran daging puyuh oleh JPH

Tahun

Pengeluaran daging puyuh (tan metrik)

1998

950

2000

1,140

2002

1,380

2004

1,670

2006

2,030

2008

2,450

2010

2,970

 

Anak puyuh yang baru menetas dan dibawa keluar dari inkubator

 

Sumber : http://usahawantani-kelantan.blogspot.com/2007/03/industri-penternakan-puyuh-pedaging.html

Name: ShamGz _ Nimz (sham)

Location: Machang, Kelantan, Malaysia

Akademik: Bac. of Sc(Agribusiness), UPM.

Wife; Doctor of Veterinary Medicine (Dr. Vet), UPM.

Call; 013-219 9643. E-mail;ibnu_ghaz@yahoo.com.sg

 

Posted in Agrotek | Tagged: , | 75 Comments »

Ternakan Lintah (hirudo medicinalis)

Posted by hamydy on 29, May 2008

Terdapat 500 jenis sepsis lintah di seluruh dunia tetapi hanya satu jenis sahaja yang digunakan dalam industri perubatan farmaseutikal iaitu hirudo medicinalis atau lebih dikenali sebagai lintah sawah.

Lintah sawah boleh diperolehi di sawah padi atau di sungai. Ia mempunyai satu jalur kuning di bahagian bawah perut, di bahagian bawah perut lintah pula terdapat warna hijau dan coklat, manakala bahagian atas lintah berbulu.

Dahulu tidak ramai yang tahu khasiat lintah, sebenarnya lintah mempunyai kelebihan sebagai antikoagulan iaitu pencair darah. Lintah digunakan untuk rawatan kesan luka, darah beku dan di eropah lintah digunakan untuk rawatan menyambung tangan, telinga putus dan  sambung semula urat-urat.

Enzim yang digunakan dalam perubatan

Ekstrak Hirudin – mengurangkan pembentukan pembekuan darah dan melancarkan darah, mampu merawat penyakit seperti sejuk tangan,sakit otot, kejang otot dan sengal2 badan.

  1. Ekstrak Pheromone – merupakan hormone yang mengeluarkan bau yang menarik perhatian pasangan. Berguna dalam masalah hubungan seksual.
  2. Ekstrak Histamin – histamine membesarkan saluran darah dan mencergaskan aliran darah, menyelesaikan masalah lemah tenaga batin kerana melancarkan aliran darah di bahagian kemaluan lelaki.
  3. Ekstrak Nitric Oxide – mempercepatkan peredaran darah pada wanita dan membantu meningkatkan hubungan seksual.

Produk lintah Art Soulist Holding

Syarikat ini berjaya memasarkan 2 jenis produk, iaitu produk siap dan separuh siap. Antara keluaran produk siap adalah Tapa café, minyak lintah Tapa, DDslim dan Tapa Teruna Juice.

Produk separuh siap pulak ialah ekstrak serbuk, ekstrak cecair dan ekstrak minyak.

Ternakan

Bekalan lintah boleh diperolehi dari pada pesawah atau orang kampong sebagai permulaan. Bila sudah ada lintah boleh diternak. Ini kerana bekalan lintah daripada sawah adalah sukar untuk diperolehi dan berkurangan  pada masa kini kerana penggunaan racun serangga dan pembinaan rumah.

Ternakan lintah secara perladangan semulajadi dengan menggunakan tapak asal sawah padi dengan keluasan lebih kurang 60×20 kaki dan dijadkan kolam. Air kola perlu dikawal tahap keasidan atau ph air apabila berlaku hujan, tahap ph yang sesuai adalah diantara 4.5 – 8. jenis tanah tidak menjadi masalah, tetapi lokasi perlu jauh dari kawasan banjir.

Pokok kiambang digunakan untuk memerangkap sisa-sisa kotoran sekali gus menjernihkan air kolam.

Belut digunakan sebagai sumber darah bagi lintah untuk mengawan dan membiak. Oleh itu tidak perlu beri belut pada lintah setiap hari. Seekor belut boleh digunakan oleh 100 ekor lintah dan seekor ikan untuk 30 ekor lintah. Makanan utama lintah adalah lumut dan mikrob dalam air.

Harga lintah

Dipasaran pengusaha menjual lintah dengan pelbagai harga, tetapi kebiasaan sekilo lintah berharga RM60 dan ada yang menjual RM1-RM2 bagi seekor lintah.

Kemudahan menjalankan perniagaan lintah

Pinjaman peribadi Bank Agro, MARA dan Bank Rakyat.

Syarikat Art Soulist Holding

Bermula sejak 2004, syarikat ini menyediakan perkhidmatan membeli bekalan lintah dari pengusaha yang mengikuti kursus anjuran syarikat kerana untuk menjaga kualiti lintah yang dibekalkan. Juga menyediakan makanan untuk pembesaran lintah.

Sebelum menceburi ternakan lintah ini, pengusaha perlu menyertai kelas bimbingan selama 2 hari untuk menimba ilmu ternakan lintah ini, peserta akan diberi sijil pembekal berdaftar dan layak memohon perjanjian jual beli untuk tempoh 5 tahun dengan syarikat Art Soulist Holding.

Untuk maklumat lanjut boleh hubugi syariakat ini

Asmadi Awang

Pengarah Eksekutif Art Soulist Agrotech And Bhd

Taman Alam Jaya

Batu 9, Cheras

03-90801678

atau layari  www.artsoulistagrotech.com.my

Sumber berita : Akbar Sinar Harian Rabu 28 Mei 2008 ms16

INFO: Lintah

  • Lintah banyak digunakan untuk ramuan kosmetik dan industri perubatan.
  • Lintah liar semakin sukar ditemui di sungai kerana banyak bahan kimia terenap manakala di sawah padi, penggunaan mesin bajak menggantikan kerbau menyebabkan habitatnya semakin pupus.
  • Bekalan lintah semakin berkurangan menyebabkan harganya melambung sehingga mencecah RM120 sekilogram.
  • Untuk 100 kilogram lintah yang diternak, ia memerlukan 30 hingga 40 kg belut.
  • Lintah juga boleh mendapatkan sumber pemakanan daripada anak katak, larva terampai dalam air serta spesis umbut daun tertentu.
  • Lintah boleh membesar enam hingga 10 kali ganda saiz asalnya.
  • Induk lintah boleh menghasilkan 300 hingga 500 benih lintah sekali bertelur.
  • Lintah adalah hermapordit (jantan dan betina dalam satu badan), tetapi perlu mengawan untuk membiak. Kedua-dua lintah akan menyalurkan sperma ke badan pasangan.
  • Lintah akan melepaskan gigitan selepas darah yang dihisap mencukupi.
  • Lintah boleh menghisap darah lima kali melebihi berat badannya.

· Lintah dikutip dengan cara pengumpul berdiri dalam tasik atau kolam dan apabila lintah melekat di kaki, mereka mencabut dan disimpan dalam bakul untuk dijual.

Sumber : Berita Harian

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Zoom/20071222100747/Article/index_html

Program kursus ternakan lintah komersil (lembah kelang sahaja)
kursus ternakan lintah anjuran :
Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Tempat :
Tingkat 5, Institut Professional Baitulmal, Lot 1363,
Jalan Perkasa Off Jalan Kg Pandan, Kuala Lumpur

Pendaftaran:
di Rumah API yang beralamat No: 2, Jalan Pawang Off Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat, 54000 Kuala Lumpur.

Yuran :
RM300 (Bayar semasa pendaftaran)
Sesiapa yang berminat untuk menceburi industri tani di dalam bidang penternakan lintah dipelawa untuk menyertainya. Kami menyediakan bahan mentah secara pakej dan juga pembelian balik (peluang terhad).

Sekiranya berminat

hubungi Hotline +6013-3077223

http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/news.php?item.534.2

links lain

http://www.ternakan-lintah.info/daftar_kursus_lintah.htm

http://www.usahawantani.com/2008/04/kursus-ternakan-lintah.html

http://srrv.my.googlepages.com

Posted in Agrotek | Tagged: , | 16 Comments »

Ternakan Cacing Tanah

Posted by hamydy on 20, May 2008

Ternakan Cacing Kompos atau maksud lain ternakan cacing tanah. Perusahaan ini sekarang semakin mendapat pasaran dan mampu menjana pendapatan yang menguntungkan kepada pengusaha.

Nama Kampung           :  cacing tanah.

Nama Sains                  :  Filum : Annelida

                                    :  Kelas : Oligochaeta

(bahasa greek  ‘Oligos’ tiada atau sedikit, ‘chaeta’ rambut

 

Terdapat beberapa jenis cacing tanah yang sesuai di ternak di Malaysia seperti Cacing Merah (Red Worm / Lumbricus Rubellus), African Nightcrawlers / Eudrillus Eugeniae, Pheretima Elongata, Cacing Biru (Blue Worm / Perionyx Excavatus) dan Cacing Harimau (Tiger Worm / Eisenia Foetida).

 

Diantara cacing2  ini  Cacing Harimau (Tiger Worm / Eisenia Foetida adalah spesis yang paling popular di ternak. Setiap jenis spesis cacing ada kebaikan dan kelemahan bergantung  kepada matlamat yang dikehendaki.

Sebagai contoh untuk penghasilan baja kompos yang terbaik dan banyak adalah daripada spesis Cacing Harimau (Tiger Worm / Eisenia Foetida).

 

Pengenalan  Cacing

Cacing tanah kebiasaanya bewarna merah, merah keperangan, ada yang bewarna pucat, dan kehijauan. Struktur cacing tanah berbentuk bulat dan bersegmen. Cacing tanah adalah haiwan pengurai paling utama dalam tanah berbanding spesis lain.

 

Anatomi

Cacing tanah mempunyai 5 jantung dengan sistem tertutup. Mereka mempunyai 2 salur darah utama sepanjang badannya. Cara pemakanan cacing tanah adalah unik. Kaviti mulut cacing tanah adalah bersambung terus hingga ke duburnya tanpa bahagian perantara.

 

Reproduksi

Cacing tanah adalah haiwan hermaprodit ( mempunyai 2 jantina). Mereka mempunyai testis, seminal vesel dan salur jantang yang menghasil, menyimpan dan membebaskan sperma dan ovari. Walaupun cacing tanah mempunyai dua  organ pembiakan, ia masih memerlukan pasangan untuk pemindahan sperma dan telur. Persenyawaan cacing menghasilkan cocoon.  Cacing tanah menghasilkan kokon yang mengandugi kebiasaanya 1-2 ekor dalam satu kokon, tetapi ada spesis yang boleh sampai 11 ekor dalam satu kokon

 

Cacing tanah boleh tumbuh semula jika terputus atau cedera pada bahagian segmennya ini juga bergantung pada tahap kecederaannya. 

 

Cara Menternak Cacing Tanah

Penternakan cacing tanah ini boleh dibuat dalam sekala kecil hinggalah ke skala besar. Boleh dimulakan dengan secara kecil-kecilan dengan membuat bekas rak kayu berdasarkan saiz skala yang kita inginkan. Selain menggunakan rak kayu, boleh juga menggunakan berkas atau kontaner plastik yang bertutup sebagai percubaan atau sebagai permulaan. Jika menggunaka berkas atau kontaner plastik adalah tidak digalakkan diletakkan  di luar rumah atau terdedah kepada kepanasan. Kerana suhu dan kepanasan yang tidak sepatutnya akan menjejaskan pertumbuhan cacing, ini kerana berkas plastik lebih mudah berkuap atau panas kerana penguraian organik menghasilkan haba didalamnya jika diletakkan di tempat yang tidak sesuai. Oleh itu rak kayu masih menjadi pilihan utama dalam penternakan ini.

 

Kawasan rak kayu bertingkat tidak boleh terdedah kepada cahaya dengan kelembapan sekitar 15-20%. Kawalan kelembapan adalah sangat penting bagi cacing tanah. Untuk yang menternak skala kecil boleh la dibuat rak kayu bertingkat di belakang rumah, bawah rumah untuk rumah kampung, bagi rumah teras atau taman perumahan kawasan laman yang  lapang diperlukan dan lebih sesuai jika mempunyai rumah lot tepi. Rak2 kayu ini perlu di buat bangsal, bumbung atau kanvas jaring untuk mengelak cahaya matahari.

Rak Kayu Skala Besar

 

Sumber : TV3

Skala Kecil

sumber : http://www.redwormcomposting.com/

Makanan Cacing

Jumlah keperluan bahan makanan cacing tanah adalah bersamaan dengan berat cacing tanah, sebagai contoh jika untuk 1 kilo cacing tanah makanan juga 1 kilo bahan organik. Bahan2 organik ini boleh diperolehi dengan mudah dan boleh di bahagikan kepada 3 ketegori iaitu,sisa makanan, dan persekitaran bukan makanan. 

 

Sisa makanan

Bahan2 sisa makanan seperti nasi, roti yang sudah luput, kulit2 buah,  sayur serta juga buah-buahan yang telah rosak.

 

Sisa bukan makanan

Daun2 kayu yang kering , kertas atau paper lama, hampas tebu, jerami padi dan habuk kayu dan habuk papan.

 

Bahan2 makanan ini perlu dikompos terlebih dahuli dengan menghancurkannya terlebih dahulu sehingga halus.

 

Pasaran Cacing

Pasaran utama cacing tanah adalah sebagai baja organik, baja ini banyak digunakan untuk penanaman kelapa sawit, selain daripada baja organik, cacing tanah juga boleh digunakan untuk menghasilkan bahan atau produk2 komersial seperti makanan ikan, ekstrak penghilang bau, kosmetik seperti ubat pengilag jerawat dan juga minyak ekstrak cacing.

 

Penggunaan baja kompos ini adalah 3x lebih baik dari baja kimia. Untuk menghasilkan baja cacing ini adalah dengan meletakkan cacing pada najis haiwan seperti lembu, kerbau, kambing. Baja kompos sebenarnya adalah najis cacing yang terbentuk selepas ia menghuraikan najis haiwan tadi. Kebaikan baja ini menjadikan tanah lebih gembur dan dapat meneutralkan asid tanah. Ia mengandungi bahan organik seperti NPK yang mudah diserap oleh tumbuhan

 

Salah satu syarikat mengusahakan komersial cacing dan hasil dari cacing adalah syarikat AZR Agro Center. Bagi pengusaha atau penternak cacing yang tidak tahu bagaimana hendak memasarkan cacing2 yang di ternak, andak boleh meminta khidmat rundingan atau menjual pada pihak AZR Agro Center.

Pasaran sekarang untuk cacing Tanah mentah adalah sekitar Rm450 sekilogram. Sememangnya memberikan pendapatan yang lumayan.

 

 

 

Maklumat lanjut tentang AZR Agro Center boleh cliks di sini

http://www.azragrocentre.com/azr2/news.php

 

 

Sumber pelbagai 

http://en.wikipedia.org/wiki/Earth_worm

http://www.redwormcomposting.com/

http://www.azragrocentre.com/azr2/news.php

 

 

Posted in Agrotek | Tagged: , , | 21 Comments »

Ternakan Ikan Keli (Catfish)

Posted by hamydy on 17, April 2008

Ikan keli adalah sejenis ikan air tawar yang banyak terdapat di Malaysia . Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi, sungai kuala dan tasik.

Sekarang ni ikan keli mula diternak di dalam kolam buatan dan dikomersial. Ikan keli menjadi hidangan yang diminati ramai kerana rasanya yang enak dan berkhasiat ikan keli terdiri dari pelbagai jenis spesies iaitu keli bunga, keli kayu, keli esotik dan keli memah.

Ternakan
Ikan keli boleh diternak dalam kolam besar, kanvas atau sekadar dalam kolah. Mudah membiak dengan memberi makan reja daging ayam, lemak ayam dan sebagainya. Ikan keli yang diternak di kawasan sawah padi dapat membantu mengawal makluk perosak dengan memakan ulat2, larva cacing dan serangga.

Untuk menjadikan ternakan keli ini sebagai komersial, pengusaha perlu sekurang2nya menternak 100 ribu ekor bagi satu spesies ikan keli. Kolam ternakan boleh di disediakan dalam bentuk kolam tanah, kolam simen dan juga kolam kanvas. Ikan keli di beri makan seperti pellet, daging atau lemak ayam, ikan baja atau roti. Ikan lebih gemar makanan berbentuk pepejal.

Hasil
Hasil ikan keli oleh dikutip selepas 60-90 hari selepas di lepaskan dalam kolam. Purata berat sekitar 200gram sekilo dan dijual sekitar RM3 sekilo. Pada masa ini disebabkan permintaan semakin meningkat harga boleh mencecah antara RM4.50-RM5 sekilo di pasaran terbuka.

Peluang
Industri ternakan ikan keli ini adalah adalah satu industri yang menguntungkan pada masa ini. Memandangkan permintaan tinggi, pulangan yang cepat dalam 3 bulan, tidak memerlukan ruang yang besar dan kos penyelengaaraan yang rendah dan lebih jimat jika diproses sendiri, menjadikan industri lebih menguntungkan jika diusahakan. Selain untuk masakan ikan keli boleh juga dip roses dagingnya seperti surimi,ikan salai dan sardin.

Peluang ini boleh dipelajari dari pelbagai agensi antaranya seperti Kelab Usahawan Tani Malaysia (KUAT) yang banyak bekerjasama dengan JPK, MECD dan LPP. KUAT sering menganjurkan seminar2 asas tani oleh itu jika ada yang berminat boleh la hubungi no berikut:
Aminuddin Mohamad 016-6113413 / siti Azliza 03-20905109

Sumber : Utusan Malaysia Jumaat 26 Oktober 2007

 

 

Posted in Agrotek | Tagged: | 49 Comments »