The life journey

Kembara Kehidupan

Archive for November, 2019

Gunung Tahan Via Merapoh 2019

Posted by hamydy on 18, November 2019

Tahan 2019
Gunung Tahan Via Merapoh 2019
Trip Gunung Tahan via Merapoh 2019, trip ini di panggil trip kawan2 kerana diuruskan oleh sahabat saya Fariq selaku Gogo. Beliau uruskan permit, tempahan guide dan tempahan kenderaan. Trip ni murah sedikit kerana kami tidak upah gogo luar atau join mana2 kelab. Kos kongsi sama rata termasuk sebahagian ration.

Tempahan
Untuk proses tempahan anda boleh berhubung dengan pihak Taman Negara Pahang. Maklumat lengkap mengenai pendakian, tempahan, guide, bayaran dan permit boleh di lihat di laman web Taman Negara Pahang https://www.wildlife.gov.my/. Ada dua cara, pertama anda terus buat tempahan dengan pihak Taman Negara dengan tarikh cadangan anda (Pihak Taman Negara akan bagi Guide dan Tarikh yang kosong), cara kedua melalui Guide, jika anda kenal guide boleh boking terus guide tersebut dan beliau akan carikan slot tarikh yang kosong untuk anda. Setelah dapat slot dan guide boleh la anda uruskan powil. Antara Bayaran seperti berikut:

Guide
Kuala Juram (Merapoh) – Gunung Tahan (puncak) – Kuala Juram (Merapoh) (5 hari, 4 malam) = RM950
Detail maklumat bayaran guide boleh rujuk di laman web Taman Negara Pahang.

Permit Dan Lesen
Setiap pelawat wajib mendapatkan permit masuk dengan harga RM1.00 seorang. Harga lesen memancing ialah RM10.00 setiap satu joran dan lesen kamera ialah RM5.00 setiap satu unit kamera.

Powil
Pengangkutan pacuan empat roda dari Sungai Relau ke Santuari Kelah Kuala Juram dan permulaan pendakian ke Gunung Tahan di Kuala Juram dikenakan bayaran sebanyak RM24.00 / orang (minima 5 orang) bagi perjalanan pergi dan balik. Manakala bagi kumpulan kurang daripada 5 orang, bayaran RM100.00 dikenakan untuk satu kumpulan bagi perjalanan pergi dan balik.an transport Powil di Merapoh.

Pendakian Tahan
Terdapat dua trail untuk pendakian Gunung Tahan iaitu Via Merapoh dan Via Kuala Tahan

Kalau dari Merapoh anda boleh buat trail ini
1. Sungai Relau (Merapoh) – Gunung Tahan(puncak) – Kuala Juram 5 hari 4 malam
2. Sungai Relau (Merapoh) – Gunung Tahan(puncak) – Kuala Tahan 7 hari 6 malam

Persiapan Diri dan Barang2
Pertama sekali dari segi keselesaan diri, anda perlu pikirkan diri anda, jika anda selesa tidur bawah fly ataU dah biasa maka bawa fly dan ground, pastikan anda tahu bagaimana untuk pasang fly dan ground. Jika anda tak biasa dan selesa tidur dalam kHemah maka bawa khemah. Khemah pilih khemah single yang double layer dan water proof. Jangan ambil mudah.

Sleeping matt dan sleeping bag memang penting sebabnya apabila di Kem Botak memang sejuk. Sleeping matt bagus untuk lapik tidur dan tidak sakit badan.

Pakaian
Pakaian bersih waktu malam perlu bawa 2 pasang dan di bungkus water proof dengan baik supaya tidak basah. Jaket waterproff, Rain kot. Sarung tangan perlu bawa kerana selepas Kem Khor anda banyak akan memegang pokok dan kayu semasa trekking dan semasa mendaki ke puncak tahan akan melalui kawasan berbatu kuarza yang tajam. Pakaian secara teorinya 3 pasang. Satu pasang pakai yang sama setiap hari ketika mendaki, satu pasang pakaian bersih untuk malam dan satu lagi spare. Stoken, Tuala, Kain Pelikat, Seluar pendek untuk mandi, dan sebagainya untuk keselesaan.

Makanan Ration
Mee Segera penting pastikan bekalan 1 bungkus sehari, ini untuk stanby jika anda kesuntukan masa atau terlalu penat untuk masak nasi, maka mee segera boleh dijadikan alas perut. Nasi segera (Nasi Goreng, Beriani jenama sharifah dan Brahim). Nasi Goreng segera ni packing dia agak berat sedikit berbanding kalau kita bawa beras. Tapi ia menjimatkan masa untuk masak. Saya bawa satu pek sehari. Untuk makan malam saya masak nasi lebih untuk buat sarapan esoknya. Makanan lain seperti kacang dan snek ikut keperluan masing2 ia juga penting sebagai alas perut dan bagi tenga semasa sedang mendaki. Ada rakan saya bawa beras dan perencah nasi goreng, minyak masak dan ikan bilis..lagi sedap rasanya dari nasi goreng segera. Untuk lauk pula anda boleh cari makanan segera dalam tin atau pek, kalau boleh pek sebab lebih ringan dari tin. Penting makanan (Ration) mencukupi dan dalam masa yang sama pikirkan cara untuk kurangkan berat dan jimatkan ruang seperti cara bungkus, makanan dalam tin atau pek.

Peralatan Memasak
Kalau untuk diri sendiri sudah cukup 1 dapur, 2 mastin, 1 cawan dan 2 tong gas. Tapi dalam group saya 10 orang ada yang bawa periuk nasi dan kuali untuk buat goreng2. Dengan ada periuk nasi kami sudah jimat masa kerana satu periuk nasi cukup untuk makan 10 orang. Biasanya periuk nasi ni kami guna semasa makan malam untuk makan ramai2. Untuk sarapan pula kami masing2 masak sendiri ikut keselesaan masing2. ada yang masak nasi goreng segera, ada yang masak nasi kemudian goreng, ada yang bawa roti dan sebagainya.

Keselamatan
Kesihatan merupakan faktor utama. Pastikan diri anda tidak terluka pada bahagian tapak tangan dan tapak kaki dan lutut. Pastikan anda berhati2 setiap kali melangkah dan memegang kayu atau batu. Sekiranya musim hujan, trek akan becah dan kasut anda akan basah sepanjang hari, pastikan anda sentiasa keringkan kaki sebaik sahaja sampai destinasi penginapan. Sampai ja Kem terus tukar pakai selipar atau sandle dan cuci kaki. Jangan biarkan tapak kaki anda kembang sehingga kulit mengelupas. Sumber air sungai pastikan selamat sebelum minum jika tidak yakin sila masak terlebih dahulu atau bawa pil Aquatab untuk rawatan air. Saya tidak biasa minum air sungai jadi saya bawa pil Aquatab (Klorin) untuk rawat 30minit sebelum minum.

Day 0 – 10/10/2019 – Khamis
Kami berkumpul di HUKM, memandangkan trip ini adalah anjuran Kelab Rekreasi HUKM. 11.30pm perkhidmatan Van Gunung telah sampai untuk menjemput kami semua. Kami bertolak sekitar jam 12.30am.

Day 1 – 11/10/2019 – Jumaat
Jam 5.00am kami sampai di sebuah surau dihadapan Stesen Keretapi Merapoh, Berehat sebentar dan selepas solat subuh kami sarapan di kedai2 berhampiran. Jangan lupa untuk bungkus nasi untuk makan tengahari. Sekitar jam 8.00am barulah pickup Powil datang jemput kami untuk ke Pejabat Taman Negara Sungai Relau. Sebelum itu satu salinan senarai nama dan permit perlu diserahkan kepada Balai Polis Merapoh. Di Taman Negara Sungai Relau proses istihar barang2 dan pemeriksaan oleh pegawai taman negara dilakukan. Beg perlu dikosongkan dan barang2 semua disusun atas lantai semasa pemeriksaan dan pengiraan. Setiap plastik akan dikira termasuk plastik gula2, bilangan rokok, dan lain2 lagi. Antara barang yang tidak dibenarkan bawa adalah parang, pisau rambo, tali rafia dan wet tisu. Selepas pemeriksaan barulah kami packing semula beg dan mendengar taklimat oleh pegawai taman negara. Setelah itu barulah menaiki powil ke Kuala Juram.

Kuala Juram – Santuari Ikan Kelah
Di kuala Juram ini terdapat kemudahan tandas, dewan dan juga chalet. Disini kami akan diberi taklimat pendakian oleh Guide Gunung Tahan. Dimaklumkan bahawa kami akan merentasi 10 anak sungai. 4 anak sungai yang pertama memang basah kasut kerana air paras lutut hingga pinggang, jadi dinasihatkan untuk pakai sandle sahaja. Sungai ke 5 hingga ke 10 masih boleh elak dengan memijak batu2.
Tahan 2019 Tahan 2019
Kami bermula jam 11.30am trekking ke Kuala Luis untuk berhenti makan tengahari. Trek ke Kuala Luis tidak susah cuma mendatar sahaja dan perlu merentasi 4 buah sungai yang paras lutut ke pinggang. Sungai ke 4 ini agak bahaya sedikit terutama jika ada kepala air dan arus deras kerana ia agak dalam hingga paras pinggang Perjalanan Lebih kurang 2 jam 30 minit kami sampai di Kuala Luis dam 1.30pm. Disini kami berhenti rehat makan tengahari dan solat. Sekitar 2.00pm kami meneruskan perjalan ke Kem Kor melalui Lata Luis. Laluan trek mula sedikit berbukit naik dan turun merentasi Sungai 5,6,7 dan 8.

Di Kem Lata Luis kami berhenti sekejap tunggu kawan2 dan meneruskan perjalanan ke Kem Khor. Dari Kuala Luis ke Kem Kor trek semakin menaik sehingga 750m. Pengalaman dari Kuala Juram ke Kem Kor ni memang menarik. Bawa load tanpa latihan, berat beg sekitar 20kg, nak pengsan rasanya. Kami sampai Kem Kor sekitar jam 5.30pm. Sampai sahaja kami cepat2 pasang Fly, ground dan khemah, 3 orang bawa kemah single, yang lain tidur bawah fly. Kem Kor sebelah sungai, jadi tiada masalah untuk sumber air dan memasak. Tandas di khaskan di bahagian bawah sekali sebelum sampai Kem Kor manakala untuk minum dibahagian atas. Setelah makan malam kami semua tidur awal kerana keletihan dan badan sakit2 bawa load disamping hujan pula malam itu. Tidur di Kem Kor tidak sejuk.

Elevation Day 1 seperti berikut:
1. Kuala Juram (309m) ke Kuala Luis (306m) jarak 5.0km
2. Kuala Luis (306m) ke Lata Luis (558m) jarak 6.0km
3. Lata Luis (558m) ke Kem Kor (750m) jarak 2.5km

Day 2 – 12/10/2019 – Sabtu
6.00am sesudah subuh kami semua dah bangun untuk buat sarapan dan juga kemas barang2. Separuh ration kami tinggalkan di Kem Kor untuk hari ke 4 dan 5, so bawa ration untuk hari ke 2 dan ke 3. Jadi Beg dah ringan sedikit. Masak sarapan lebihkan untuk tapau makan tengahari. Sekitar jam 8.00am guide akan datang untuk bagi taklimat pendakian berikutnya.

Sebenarnya pendakian sebenar adalah bermula dari Kem Kor ke Kem Botak. Harini trekking memang panjang dan trek akan mula menaik mendaki dan pacak, serta ada tempat naik turun pacak dan akan melalui 2 kali tangga Besi. Dari Kem Kor kita akan melalui Kem Permatang, Kem Kubang, Kem Berlumut, Kem Bonsai dan akhirnya Kem Botak. Trek yang panjang dan menaik adalah trek Permatang. Sumber air terdapat di Kem Permatang, Kem Kubang tetapi tempat ambil air jauh kebawah. Anda akan melalui 2 kali tangga besi sebelum sampai Kem Kubang. Kami sampai di Kem Kubang jam 12.00 tengahari. Berhenti rehat dan makan tengahari dan topup air. Jam 1.00pm baru bertolak ke Kem Botak. Dari Kem Kubang kita akan melalui Kem Permatang (ada sumber air) dan Kem Berlumut (tiada sumber air). Dari Kem Berlumut (tiada sumber air) ke Kem Bonsai (tiada sumber air) kita akan melalui Kem V, Di Kem V ini merupakan last sumber air untuk buat bekalan sehingga ke Kem Botak. Kem V ini diberi nama kerana bentuk V, trek dia turun pacak hingga jumpa V punca air pastu naik paccak semula. Sumber air sebelah trek sahaja kena turun lagi bawah. di Kem V ni tiada orang camping.Setelah jumpa Kem V ini anda topup air secukupnya dan berjimat sehingga jumpa Kem Botak.

Elevation Day 2 seperti berikut:
Kem Kor (750m) ke Permatang (874m) jarak 2.5km
Permatang (874m) ke Kubang (1406m) jarak 3.5km
Kubang (1406m) ke Belumut (1493m) jarak 1.5km
Belumut (1493m) ke Bonsai (1705m) jarak 5.5km
Bonsai (1705m) ke Botak (1943m) jarak 3.0km

Tahan 2019 Tahan 2019
Semasa taklimat pagi tadi guide ada maklumkan yang kami perlu sampai Kem Bonsai sebelum jam 7.00pm. Jika gagal kami perlu bermalam di trek dan esok diteruskan perjalanan. Masalah yang akan timbul jika kena khemah on trek adalah ketiadaan sumber air di Kem Bonsai, Kem Berlumut. Kami sampai di Kem Bonsai jam 5.00pm dan regroup semula. Jam 6.00pm kami meneruskan perjalanan ke Kem Botak, perjalanan masih jauh, dan kami bergerak dalam hujan. Jam 7.00pm kami stop untuk bagi laluan maghrib. Perjalanan ke Kem Botak memang sukar bagi kami kerana ketika ini hujan dan hari sudah gelap. Oleh itu kami bergerak dalam kumpulan menjadikan pergerakan semakin perlahan. Ketika ini hujan, guruh dan kilat. Kami perlu bergerak dengan secepat yang mungkin ketika melalui kawasan lapang untuk elak dari terkena petir.

Akhirnya kami berjaya sampai Kem Botak jam 9.00pm. 3 dari rakan kami yang Padu ( Fariq, Shidi dan Pah) telah sampai lebih awal sebelum 7.00pm. So mereka telah sediakan air kopi untuk kami yang kesejukkan dan basah. Setelah selesai pasang khemah dan bersihkan diri barulah kami dapat makan nasi sekitar jam 11.00pm. Pace kami 7 orang memang out dari jadual yang sepatutnya. Biasanya pendaki boleh sampai kem botak sekitar jam 7.00pm. Khemah memang kena cepat2 pasang, sebab musim hujan dan hujan kerap turun. Malam itu guide telah berbincang dengan Gogo kami iaitu Fariq tentang situasi perjalanan untuk esok. Keputusannya perjalanan ke Kem Gedung terpaksa di batalkan dan kami hanya akan ke Puncak Gunung Tahan dan kemudiannya turun ke Kem Kubang untuk bermalam.

Day 3 – 13/10/2019 – Ahad
Kem Botak (1943m) ke Gunung Tahan (2187m) jarak 2.4km
Jam 5.00am sudah kedengaran guide group lagi satu mengejutkan semua pendaki. Bangun siapkan diri dan solat subuh. Perancangan untuk melihat sunrise, kami 7 orang tidak dapat untuk ikut kerana sangat keletihan, jadi kami mengambil keputusan untuk mendaki ke puncak sekitar jam 7.00am. Group lagi satu dan 3 orang dari group kami iaitu Fariq, CD, dan pah menerusan pendakian mengejar sunrise.
Tahan 2019 Tahan 2019
Tahan 2019 Tahan 2019

Perjalanan ke puncak pada permulaan dari kem botak agak senang kerana berbatu dan mendaki, tercungap jugak la. Selepas mendaki lebih kurang 30minit anda akan sampai kawasan yang mendatar, kawasan ini kalau musim hujan memang becak la trek (barai). Kawasan ini trekking menjadi mudah kerana mendatar dan menaik berperingkat. Pokok-pokok rendang saja lebih kurang paras kepala.
Tahan 2019 Tahan 2019
Akhirnya jam 8.30 minit kami sampai di Puncak tahan Gunung Tahan dengan ketinggian (2187m). Kami trekking dengan kelajuan mendaki yang pelahan dan sambil bergambar. Boleh lebih cepat, tapi apa guna laju-laju kalau tak dapat menghayati keindahan Gunung Tahan. View Puncak Tahan memang cantik jika tidak terlindung kabus. Setelah puas bergambar kami turun ke kem Botakn jam 9.00am. Sampai di Kem Botak jam 10.00am. Semasa turun melalui bukit batu kuarza tu saya cedera tapak tangan kerana jatuh tergelunsur ketika memijak batu2 kecil. Harap pendaki lain berhati2 ketika melalui kawasan berbatu-batu kecil kuarza ini. Batu2 ini tajam.

Sampai di Kem Botak, kami mula berkemas dan sambil memasak sarapan pagi, Sekitar jam 11.00am kami mula bergerak turun. Ketika ini hujan mulai turun agak lebat, nasib baik kami sempat kemas barang2 dan kemah. Perjalanan agak terbatas kerana keadaan hujan dan ketika melalui kawasan bonsai kerana laluan ini becak barai dan perlu melangkah mengelak becak dan memegang pokok. Ada kawan yang dah tak kisah dan malas untuk mengelak, dia jalan terus saja redah becak2 tu. Tapi saya selagi boleh elak saya elak supaya air tidak masuk ke dalam kasut dan kasut tidak basah lencun. Ini tujuan untuk menjaga kaki supaya tidak kembang. Ada yang pakai adidas kampung tak kisah kerana bila air masuk dia boleh tuang air keluar. Kasut-kasut hiking yang waterproff walaupun air tak masuk, tapi kalau tersalah pijak dan semua kasut tenggelam dalam lumpur air, maka akan masuk juga la air kat dalam.

Perancangan harini adalah naik Puncak Tahan kemudian dari Kem Botak terus ke Kem Kubang dan bermalam di situ. Disebabkan kami buat 5 hari dan skip Kem Gedung maka kami tidak perlu shoot ke Kem Khor. Ketika melepasi Kem Bonsai jangan lupa untuk pergi ke satu kawasan yang terdapat Pokok Bonsai yang cantik. Ramai orang akan bergambar atas pokok ini. Sebaik melepasi pokok bonsai ini trek akan menurun pacak sehingga la ke Kem V, selepas itu trek naik turun sehingga le Kem Kubang.

Kami sampai Kem Kubang jam 7.00pm, ada yang dah sampai lagi awal sekitar 5.00pm. Kem Kubang ini sumber air agak jauh kebawah, semput juga la kalau hendak buang air dan ambil air. Jadi adalah digalakkan anda kalau turun bawa la semua botol2 air untuk refil banyak-banyak. Kalau nak mandi dan buang air besar lakukan siap2 sebelum malam dan gelap. Kat Kem Kubang ini guide tidak galakkan kami untuk turun ke sumber air malam2. Tak taula sebab apa ada kata kawasan ni keras sedikit so elakkan dari terkena ganguan. Selepas makan malam kami semua tidur dalam kemah masing2.

Day 4 – 14/10/2019 – Isnin
Selesai sarapan kami bergerak ke Kem Kor. Kami sampai di Kem Kor sekitar jam 1.30pm, disni kami ambil semula ration yang ditinggalkan, kami rehat sekejap sambil masak makan tengahari. Lebih kurang 2.00pm kami meneruskan perjalanan ke Kem Lata Luis. Perjalanan harini ini cuaca baik tiada hujan, namun kami tetap plan untuk sampai ke Kem Lata Luis secepat yang mungkin kerana sebelah petang dan malam sering hujan. Kami sampai di Kem Lata Luis sekitar jam 3.00pm, sampai sahaja kami cepat2 pasang khemah. Kem Lata Luis ni ada air terjun dan kolam yang sedap juga untuk mandi, Tapi berhati2 ada batu yang licin. Selepas mandi-manda dan ambil air sekitar jam 5.00pm hujan turun dengan lebat. Apa lagi terus masuk khemah rehat la, ada yang masak megi dan buat air dalam kemah untuk alas perut. Sekitar 8.30pm hujan masih renyai2 kami keluar untuk masak dinner, makan dan minum bawah fly besar. Malam ini barulah kami dapat lepak dan meluangkan masa bersembang walaupun dalam keadaan hujan. Layan minum kopi dan borak. Seterusnya kami masuk tidur..jam berapa tak ingat

Day 5 – 15/10/2019 – Selasa
Subuh lagi kami dah bangun, solat dan buat sarapan pagi. Tapi simple sahaja, ada yang goreng nasi, ada yang masak megi dan ada yang masak nasi goreng segera. Setelah semuanya ready kami mula bergerak sekitar jam 9.00am. Memandangkan semalam ada hujan guide memaklumkan kami supaya berkumpul di Sg Kuala Luis (Sg 4) dahulu sebelum melintas dikuatiri air naik, Sekiranya air naik terlalu tinggi danarus kuat, maka kami perlu melencong lebih jauh untuk mencari tempat untuk melintas. Sekitar jam 10.00am kami semua sampai di Sungai Kuala Luis. Air naik sedikit sehingga paras pinggang namun masih selamat untuk melintas.

Seterusnya kami sampai di Kem Santuari Kelah Kuala Juram jam 12.00 tengahari. Memandangkan kami sampai awal maka kami mengambil kesempatan untuk membersihkan diri mandi di Sungai Kuala Juram bersama-sama Ikan Kelah. Semua ration yang masih ada kami habiskan dengan memasak makanan tengahari.

Jam 2.00pm pikup POWIL datang jemput kami untuk pulang ke Pejabat Taman Negara Sungai Relau. Disini kami keluarkan semula semua barang2 dari beg dan letakkan atas lantai untuk proses pemeriksaan semula dilakukan oleh pegawai Taman Negara. Setelah selesai barulah kami boleh tamat dan terima sijil. Van sampai sekitar 4.20pm dan membawa kami pulang ke Kuala Lumpur.

Selesai…sekian

Perbelanjaan Gunung Tahan 2019

Berikut adalah total kos untuk seorang (1pax) group 10 orang
Guide                                    = RM155
Powil                                     = RM25
Permit                                   = RM1
Tapak khemah utk 4 malam    = RM4
Transport (Van Gunung)         = RM100
Baju                                      = RM30

Total : RM 315/pax

Kos Keseluruhan kami 10 Orang = RM 3150

Contact guide
Azroy = Tel 017 9312770
Kami menggunakan khidmat Guide Azroy, Orangnya masih muda dan sangat bagus dan senang berurusan dengan beliau.

Terima kasih
kepada rakan yang sama2 mendaki Gunung Tahan 2019. Semuanya sempoi dan saling menjaga satu sama lain. Suatu trip yang santai dan enjoy. Terima kasih buat Fariq selaku GOGO yang telah menguruskan trip ini dengan lancar sekali.

1. Fariq (Gogo)
2. Syuhada (Setiausaha)
3. Maizatul (Bendahari)
4. Rashidi
5. Jeffry
6. Azmi
7. Sharifah
8. Dean
9. Caun
10. Hamydy

Info Pacat
Pacat memang ada, Dari Kuala Juram sehingga la sampai KEM KOR akan kena pacat. Tapi paling banyak (bermaksud setiap orang pasti kena 1-2 ekor) kena semasa dari Kuala Juram ke Kem Lata Luis, selepas itu pacat dah kurang dan kalau kena pun nasib sahaja. Di Kem Lata Luis masih ada pacat. Selepas KEM KOR sehingga la sampai ke Puncak Gunung Tahan saya dapati tiada langsung pacat. Jadi saya pakai stoken pacat dari kuala Juram ke Kem Kor sahaja.

Anda boleh beli cecair leeches Repellent jenama ATOK’S, cecair spray ini sangat berkesan, jika anda digigit pacat anda spry cecair ini pacat akan jatuh dengan sendiri. Jadi tiada lagi parut gatal. Boleh juga di spray pada stokin, tapi spray ini bukan waterprof, jika terkena air ia akan jatuh. so kena selalu-selalu spray selepas merentasi sungai.

Video Pendakian Boleh lihat di Link berikut

Posted in Pendakian Gunung | Tagged: , , , , , , , | Leave a Comment »