The life journey

Kembara Kehidupan

Archive for March, 2015

SetiaWalk ~ The Litle Shanghai

Posted by hamydy on 31, March 2015


SetiaWalk ~ The Litle Shanghai
The Litle Shanghai, Jika nak merasa suasana Shanghai tak perlu pun pergi jauh. Kita boleh jumpa di tempat ini di SetiaWalk yang terletak tidak jauh dari IOI Mall. Sebenarnya tempat ini merupakan tempat makan yang bertemakan Shanghai. Nama sebenar tempat ini adalah “Grand Shanghai Food Theme Park


Memang tempat ini dekorasinya di buat seolah-olah kita kat sana dimasa silam, Food Court ni saya dapati tidak sesuai untuk saya makan kerana tidak halal. Bagi kawan2 non muslim boleh la mencuba makan kat sini, saya cuma singgah bergambar jer 🙂 . Terletak kalau tak silap saya tingkat 4 dibawah pusat Movie TGV. Terdapat beberapa gerai makan dan juga beberapa shop lot.


Di sini jurugambar profesional tidak dibenarkan buat fotoshoot tanpa kebenaran. So kalau bergambar dengan camera phone dan compact tu kira ok la. Nak lagi menarik anda datang makan kat tempat ini pakai pakaian warna warni ala-ala zaman 80an sure bila bergambar nampak macam zaman tu 🙂 .

SetiaWalk ini merupakan tempat makan dan Mall yang berkonsepkan shop lot, Terdapat juga pusat Gym seperti Celebriti Fitnes, Restoran Mamak, Supermarket dan banyaknya adalah tempat minum happy hour la. Tak banyak yang dapat saya ceritakan tentang tempat ini. Tarikkan utama adalah Movie la. Rasanya kalau takde Movie TGV kat sini mesti tak ramai pengunjung. SetiaWalk ini adalah Gabungan tempat Komersial dan Residen. Dimana pada tingkat tertentu setiap blok ada residen. So lebih kurang 3 tingkat ke bawah adalah shop lot dan restoran. Landskap SetiaWalk ini juga cantik dimana lokasi tempat minum banyak terdapat. Sangat happening ketika waktu malam dan hingga larut malam.

Lokasi

Koordinat : 3.031846, 101.617334
Persiaran Wawasan

Posted in Jalan2 Cari Makan, Riadah Santai | Tagged: , | Leave a Comment »

Panggung Bandaraya DBKL

Posted by hamydy on 31, March 2015


Panggung Bandaraya DBKL
Jalan-jalan di Kuala Lumpur kali ini membawa saya menonton persembahan Teater di Panggung Bandaraya DBKL yang terletak di sebelah Banggunan Sultan Abdul Samad dan dihadapan Dataran Merdeka. Sebelum saya ceritakan tentang Teater yang saya tonton, biarlah saya ceritakan serba sedikit berkenaan banggunan Panggung Bandaraya DBKL ini. Banggunan ini mula dirancang sejak 1901 dengan direkabentuk oleh A.B Hubback dan mula pembinaan oleh Messrs W. Nicholas pada tahun 1902 dengan kos 100,000 Dollar Selat. Dan banggunan ini menjadi pusat pentadbiran Kuala Lumpur yang pertama.

Pada tahun 2007 Panggung Bandaraya telah di Gazetkan sebagai Banggunan Kebudayaan di bawah Akta Antik 2007. Sejak daripada itu Panggung Bandaraya menjadi tempat persembahan pelbagai persembahan termasuk teater.

Teater MUD Our Story of Kuala Lumpur The Musical
Teater ini adalah sejarah kewujudan Kuala Lumpur dari awal penerokaannya sebagai pusat bijih timah suatu masa dahulu. Kuala Lumpur dibuka oleh Raja Abdullah secara rasmi untuk perlombongan bijih timah, dan mula membangun selepas Kapitan Cina ketiga dilantik iaitu Yap Ah Loy bagi menerajui perlombongan bijih di Kuala Lumpur ketika itu. Cerita ini bermula antara tahun 1857 hingga 1881 dan sehingga sekarang. Terdapat 4 babak, Babak 1 permulaan zaman perlombongan bijih timah, Babak 2 berkaitan masyarakat ketika itu,Babak 3 berlaku kebakaran besar yang melanda Kuala Lumpur dan babak 4 berkaitan banjir besar dan berlumpur.

Persembahan Teater ini berlangsung selama 3 tahun, dengan kerjasama Projek Visit Kuala Lumpur. Saya di maklumkan selepas 3 tahun baru bertukar tajuk persembahan teater ini. Tiket boleh di beli di kaunter di dalam Panggung Bandaraya, atau pun boleh dibeli secara online di www.mudKL.com. Harga tiket boleh tahan jugak mahalnya iaitu RM45 untuk pemegang Mykad dan RM60 tanpa MyKad. Saya kebetulan dapat voucher diskaun 15%, so jimat sikit la.

Ini merupakan pengalaman pertama saya melihat teater musikal di kl. Sebelum ini tidakl pernah lagi menonton teater musikal secara live asyik dalam TV sahaja :). Persembahan sebanyak 2 kali sehari dan setiap hari. Waktu persembahan ialah 3.00pm dan 8.30pm dengan durasi 60 minit tempoh persembahan. Maaf tidak banyak gambar yang dapat saya rakam, kerana semasa persembahan penggunaan camera dan juga handphone tidak dibenarkan. Hanya dibenarkan bergambar dengan pelakon selepas selesai.

Komen
Memandangkan ini kali pertama saya menonton teater musikal secara live, pada pendapat saya persembahan teater MUD Our Story of Kuala Lumpur The Musical ini sangat menghiburkan. Memang tidak boring. Pelakon2 teater semuanya muda2 dan berbakat serta Suara penyanyi juga sedap. Setiap babak ada penonton akan dipilih untuk turut serta dalam teater sebagai watak tambahan :). Anda patut cuba menonton teater ini. Biasanya jika waktu petang jam 3.00pm ramai kunjunggan pelancong yang dibawa oleh pihak agen pelancongan, so masa terbaik kalau tak nak sesak adalah pilih waktu malam yang tidak terlalu ramai.

Parking Kereta
Jika tidak ramai anda boleh jer parking betul2 dihadapan pintu masuk Panggung Bandaraya ini. Kalau sudah penuh anda boleh parking di Parking di bawah Dataran Merdeka dan belakang makamah.

Contact
http://www.mudKL.com
Tel : 032602 3335, 016 266 6190
Koordinat : 3.150295, 101.694977

Harga Tiket
RM60
RM45 – Mykad

Posted in Cuti2 Malaysia, Riadah Santai | Tagged: , , | Leave a Comment »

Sejuta Pengunjung

Posted by hamydy on 29, March 2015


Sejuta Pengunjung
Tanggal Februari 2015 jumlah pengunjung blog saya telah mencecah 1 juta pengunjung.  Blog saya mula online sejak Mach 2007, sudah masuk tahun ke 9 saya menulis blog. Mulanya saya menulis blog adalah sebagai rekod aktiviti yang saya lakukan untuk saya rujuk semula detail seperti detail travel, mendaki dan sebagainya. Daripada penulisan yang paling ringkas sehinggalah ke penulisan yang detail. Namun saya masih memperbaiki penulisan saya supaya lebih baik di masa akan datang.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua pengunjung blog, pengikut blog dan pembaca setia blog saya. Tanpa kunjunggan anda siapalah blog ini. Terima kasih semua. Walau pun blog saya tidak seperti blog yang lain yang hanya perlukan hanya 1 tahun untuk mencecah 1 juta pengunjung, namun saya tetap saya gembira dan teruja untuk terus menulis 🙂 .

Terima kasih semua yang telah memberi sokongan dan galakkan untuk saya menulis.  Harini 29 March 2015, blog saya telah mencecah 1,040,079 jumlah pengunjung.

Posted in Uncategorized | Tagged: , | 18 Comments »

Star Cruises ~ SuperStar Libra 2D1N

Posted by hamydy on 24, March 2015


Star Cruises ~ SuperStar Libra
Cuti2 Malaysia kali ini saya mencuba menaiki kapal mewah Star Cruises SuperStar Libra untuk pakej 2 hari 1 malam. Dah lama teringin nak cuba tapi tak kesempatan. Saya ingatkan pakejnya mahal sangat, tapi bila di cari rupanya tidak la mahal sangat. Bagi budget traveller pun kira masih mampu untuk merasai bercuti di kapal mewah dengan buget yang minimum.

Cara Booking
Terdapat beberapa cara untuk booking Star Cruises ini. Kapal Cruises ini juga terdapat 6 jenis kapal iaitu SuperStar Libra, SuperStar Virgo, SuperStar Aquarius, SuperStar Gemini, SuperStar Pisces dan The Taipan. Anda boleh pilih kapal2 ini bergantung kepada destinasi pelayarannya. Saya pilih SuperStar Libra yang berpangkalan di Penang Port di Swettenham Pier Cruise Terminal.

1. Direct Web Starcruise : http://www.starcruises.com/en/home.aspx
2. Agen : http://www.starcruisepackagesmalaysia.com/ , http://www.airlinktravel.my/cruises/
3. Direct Walkin : Penang Port Swettenham

Tips
Biasanya saya akan cari di web rasmi Star Cruise dahulu untuk lihat harga dan pakej yang disediakan..seterusnya saya bandingkan pula dengan harga di Groupon dan juga Harga dari Agen Pelancongan. Perlu diteliti pada kandungan pakej yang ditawarkan jangan lihat pada harga sahaja. Kekadang ada yang perkara termasuk dan ada yang tidak termasuk. Jadi kat sini kena bijak sedikit. Selain itu perlu juga di teliti tarikh-tarikh yang di tawarkan. Kalau di Groupon ada redemption period nya. Oleh itu pilih lah yang kena dengan jadual dan buget anda.

Saya pilih untuk beli Direct pada web site Star Cruise kerana pakej yang ditawarkan di Groupon dan travel Agen tidak sesuai dengan jadual dan budget saya.

Pakej Groupon http://getaways.groupon.my

Contohnya Pakej Groupon
3D2N Stay for 2 People on SuperStar Libra Cruise + Flamingo Hotel = RM596
Pakej di Groupon juga menarik dengan 1 malam di Hotel Flaminggo. Tapi perlu baca dahulu detail terma dan syarat pakejnya supaya tidak terlepas pandang jika terdapat bayaran tambahan. Jika dibandingkan pakej 3D2N Groupon dengan pakej 2D1N dari web Starcruise, sudah tentu pakej Groupon lagi murah dan untung jika harga pakej hampir sama. Jadi pada pendapat saya jika anda tidak terikat dengan jadual anda, maka ada baiknya ambil pakej dari Groupon yang ternyata lebih untung kerana ada penginapan di Flaminggo Hotel.  Tetapi jika di website Starcruise ada pakej yang harga RM245 dan anda tidak mahu menginap di Hotel Flaminggo, maka lebih baik ambil pakej dari web Star Cruise 🙂 .

Pakej di Web Starcruise http://www.starcruises.com/en/home.aspx

Pakej di Web Starcruise
2D1N Stay for 2 People on SuperStar Libra Cruise = RM245 (Tiada View) RM315 (Ocean View) – Antara Tarikh yang murah. Harga berbeza-beza mengikut jenis cabin dan tarikh walaupun Cabin dan pakej yang sama. Biasanya jika tengah minggu harga lebih murah berbanding jika hujung minggu. Harga pada hari sabtu boleh mencecah RM600

Tips Jimat
Jika anda pergi dalam group 3-4 orang, hanya 2 orang ambik pakej dgn Cabin dan lagi 2 orang ambik pakej tanpa cabin (Standing). So nanti anda boleh share cabin untuk tidur, katil cabin boleh di cantumkan. Cara ini ada juga yang buat 😀 . yang penting masa beli anda beli asing2 jangan pula bagitau yang anda nak sharing. Untuk pakej tiada cabin ini ( Pakej Standing) biasanya untuk pakej 2H1M sahaja yang ada, sebab kebanyakkan orang yang suka berjudi akan pilih pakej Standing ini sebab nak berjudi sepanjang malam. Pakej Standing ni boleh dapat dengan agen. Kalau melalui web Starcruise saya cek tiada.

Antara Pakej Yang Ada
Star LIBRA – 1 Night Cruise from Penang
Star LIBRA – 4D3N Penang-Phuket-Krabi-Penangg
Star AQUARIUS – 1 night from Kota Kinabalu
Star AQUARIUS – 3D2N from Kota Kinabalu
Star AQUARIUS – 4D3N from KK – Puerto Princesa – Kota Kinabalu
Star GEMINI – 3D2N (Fri Sailing) from Singapore
Star GEMINI – 3D2N Sg-Melaka or Port Klang-Singapore
Star GEMINI – 4D3N from Singapore-Penang-Langkawi-Singapore or Singapore-Penang-Port Klang-Singapore
Star VIRGO – 1 Night Cruise from Hong Kong
Star VIRGO – 3D2N High Seas Cruise from Hong Kong

Ok berbalik kepada trip saya. Saya pilih tarikh dan hari Sabtu dan Ahad untuk Pakej 2H1M, sebab nak jimat cuti tahunan :). So saya akan citerkan step by step bagaimana saya booking dan perjalanan saya ke sana. Setelah saya Lihat pakej dan tarikh-tarikh yang sesuai dengan jadual dan buget saya, maka saya memilih untuk booking terus dari Laman Web Rasmi Star Cruise.saya lihat ada juga yang murah sehingga RM270 untuk 2pax, tapi tarikh pulak tidak sesuai. Anda boleh booking 1pax juga tapi harga sama seperti 2pax, oleh itu mula2 anda search dahulu 1 pax tgk harga pastu anda search pulak 2pax tengok harga. kalau harga sama baik anda beli 2 pax, supaya anda dapat satu cabin dan tidak sharing. kalau anda booking 1pax kemungkinan boleh sharing dengan orang yang tidak kenal. Kalau booking di web Star Cruise saya lihat tiada option untuk tanpa cabin (Standing). Pakej standing ini boleh beli dengan Agen atau pun beli direct di kaunter Star Cruise di terminal.

Mula2 saya buka website rasmi starCruise, cari tarikh yang saya nak, selepastu ikut jer arahan pada web sehingga ke peringkat bayaran. Boleh buat bayaran melalui kredit card dan juga debit card. Saya guna debit card sahaja. Setelah buat bayaran dan telah confirm anda akan akan dapat pengesan tiket. Maklumat penumpang boleh menggunakan Pasport dan Juga Kad Pengenalan. Saya guna pasport sahaja. Kenapa boleh guna IC kerana kapal Cruise hanya berlayar sehingga ke lautan antarabangsa sahaja, ia tidak memasuki mana2 negara, kecuali jika anda ambil pakej Phuket Krabi.

Online Cek In.
8 hari sebelum berlepas anda sudah boleh online check in. memang mudah dan senang sahaja. macam cek in flight. setelah check in online anda akan dapat Boarding Pass. Print dan simpan boarding pas ini. ini link website untuk online checkin https://booking.starcruises.com/OnlineCheckIn/default.aspx?lang=en

Saya memandu ke Penang pagi Sabtu sekitar 4.00am, drive santai2 sambil menikmati pemandangan hiway :). sampai di Butterworth sekitar 10.00am seterusnya sengaja menaiki ferry ke George Town.. layan angin sepoi2 atas ferry. Sampai di George Town cari makan di Restoran Nasi Kandar. Try nak makan kat Nasi Kandar Beratur di sebelah Masjid Kapitan keling tapi tutup pulak, hanya buka jam 10 malam, jadi saya pun makan jer kat restoran yang buka. jika anda sampai awal dan hendak habiskan masa sementara menunggu boarding kapal Cruise sekitar jam 5.00pm, jadi anda boleh la berjalan2 sekitar little india mencari lukisan mural yang canntik (Penang Street Art)..ini saya akan ceritakan dalam entry Penang Street Art 🙂

Parking Kereta ~ Penumpang Star Cruise
Setelah puas pusing lihat Penang Street Art dan Padang Kota saya sudah sedia untuk ke Kapal Cruise. Jika anda menaiki kereta, jangan risau, Star Cruise ada menyediakan parking kereta khas bagi penumpang. Tapi parking ini hanya di buka pada jam 5.00pm sahaja.Ia terletak sebelah Tugu Fort Cornwallis, Pintu masuk warna biru. Caj parking cuma RM5 untuk 2 hari sehingga keluar.


Setelah Parking kereta saya bergerak menuju ke Terminal Swettenham Pier Cruise Terminal . Rasa teruja juga sebab pertama kali nak naik kapal mewah ni. sampai di terminal saya lihat dah ramai yang sedang beratur untuk Cek In. Masa Check in antara jam 5.30pm dan last Boarding adalah jam 8.15pm. Jika anda masuk awal, boleh rehat awal dan makan kerana buffet makan sudah bermula jam 6.00pm sehingga jam 9.30pm. Boarding Masuk kedalam kapal macam naik flight juga. Disebabkan saya telah check in online, semasa di kaunter saya terus diberi kad akses dan sticker “Online Cek In” yang di tampal pada dada, dengan sticker ini saya dapat terus masuk tanpa beratur panjang :). Pemeriksaan seperti biasa kita akan di scan dahulu sebelum masuk. Masukk kedalam saya terus mencari kabin saya.

Kabin Oceanview Stateroom
Kabin saya di tingkat 3, masuk sahaja suasana ala2 Titanic pulak. memang cantik. Kabin Oceanview Stateroom ni pun selesa. Bilik air dan toilet walaupun kecik tapi kemas dan bersih. Masuk menggunakan akses card macam hotel. Jadi di atas kapal semuanya menggunakan akses card, jika anda langgan perkhidmatan tambahan yang tiada dalam pakej dia akan minta card dan di rekod pada card tersebut, bila nak check out baru bayar.

Kabin Oceanview Stateroom ini dilengkapi dengan almari, meja tulis dan juga TV. Ala-ala bilik hotel cuma ruang terhad saja. jika anda hendak bilik yang lebih besar juga ada, harga pun besar jugak la 😀 . Cabin ini berdasarkan kajian saya boleh muat 4 orang, katil di kembarkan muat 3 orang dan sorang tido atas lantai 🙂 . Ok la kan kalau nak berjimat 🙂 . Setelah letak barang, apa lagi jom jamu selera la. makan di dek atas yang ada swimming pool dan jakuzi.

Makan Malam
Yang bestnya makan malam ni ialah anda boleh ulang-ulang makan sehingga buffet tutup jam 9.30pm, makanan tak abis2 pun. dah makan balik cabin mandi pastu datang makan balik 🙂 . Terdapat 3 restoran, Halal dan tidak halal, biasanya yang tidak halal dibuat khas di level lain ( Chainese restaurant). Yang buffet di dek tingkat atas sekali adalah halal, dan ada juga saya jumpa chef Melayu. Makan minum sampai kenyang. Sambil makan anda akan lihat ramai jer yang sudah terjun pool beremdam dan mandi :). makanan juga banyak dan sedap. Antara yang saya sempat rasa masakkan lokal dan western seperti kambing grill, laksa, itik, kuih2, buah2. Selepas makan rehat sambil minum kopi :).

Setelah minum kopi saya pulang ke Cabin untuk mandi dan tukar pakaian. waktu ini sudah sekitar 8.45pm, anda akan mendapat pengumuman latihan kecemasan akan dilakukan. Selepas 15 minit macam tu FireDrill dibunyikan dan anda perlu pergi ke tempat berkumpul yang telah di tetapkan mengikut lokasi cabin anda, info ada pada kad Akses dan juga nota di belakang pintu. Sebelum ke tempat berkumpul penumpang perlu ke dewan utama untuk melihat taklimat dan demonstrasi pemakaian jaket keselamatan..Seterusnya penumpang di bawa ke lokasi boat penyelamat mengikut cabin dan berbaris 5-10 orang satu barisan, betul-betul di bawah boat penyelamat, taklimat diberikan beberapa minit dan selesai. Tak ramai pun yang join latihan ini, biasanya penumpang yang pertama kali naik sahaja, yang selalu naik saya lihat duk relaks kat swimming pool saja 😀 . Takperla kita kena juga tau latihan keselamatan ni..jangan ambil mudah.. 🙂

Aktiviti Malam
Jika anda bukan kaki judi, maka aktiviti malam anda agak terhad. apa yang boleh kita lakukan selepas makan adalah mandi di pool dan jakuzi, setelah itu sekitar jam 9.15 malam sudah bermula show di dewan utama. Aktiviti malam saya lebih kepada explore semua lokasi di dalam Cruise, Saya melawat dari satu dek ke satu dek. Antara kemudahan yang terdapat di atas cruise ini antaranya seperti tempat berjoging, Gym, Spa Massage, Karaoke, Bar, Golf Driving Range dan Mini Shop.

Di Mini Shop Cruise ini ada jual ubat gigi dab berus gigi jika ada yang terlupa bawa. Selain itu terdapat juga barang2 berjenama dan souvinior khas Star Cruise. Ramai jugak orang yang shopping kat sini. Saya tidak ketinggalan membeli Kopi Khas Star Cruise yang percuma Mug Star Cruise 🙂 , kopi satu kotak ada pelbagai perisa dan sedap. Patut cuba, kalau minum star crusie kat sini dapat free wifi :). Wifi atas Cruise tidak percuma kalau nak kena bayar huhu.

Sudah habis explore saya kembali ke dek utama lepak di kerusi SunBed, pesan minuman dan layan live band sehingga tamat jam 1.00am. Selepas abis live band saya ke dewan utama layan movie pulak. Kebetulan cuma Movie Big Hero 6 yang dipasang. Layan jer. Sebenarnya bermula jam 9.15pm camtu sudah ada show, ada show berbayar dan show free. Tapi saya tak berminat, saya lebih suka kepada nak explore dan relaks di cruise sahaja.

Habis movie saya bergerak ke Cabin, sempat lalu depan Casino.. huhuhu ramai giler dalam casino, semua orang sedang asyik berjudi patutlah kat dek utama, gym, Spa, Karaoke cafe dan Bar sepi jer orang, rupanya semua asyik berjudi. So kalau kita yang bukan kaki judi ni, bila naik cruise ni rasa relaks dan tenang jer bila kita lepak kat dek utama ..sebab tak ramai orang :D. Orang hanya akan ramai semula semasa time makan :). Dah jam 2.00am, saya layan tido la apa lagi

Sarapan
Sarapan pagi sudah bermula dari jam 6.30am-10.00am. Masa ni baru nampak yang kapal Cruise ni penuh dengan penumpang 🙂 . menu sarapan pagi macam hotel juga. Sedap jugak dan pelbagai. Selepas sarapan anda hanya ada beberapa jam sahaja sebelum chek out. Jam 9.00am sudah kena ready untuk check out. Di kaunter reservation anda semak kad akses anda untuk lihat jika terdapat sebarang caj tambahan atau sebagainya.

Jam 10.00am macam tu Kapal Cruise dah berlabuh di Terminal, dan ramai penumpang sudah berbaris untuk keluar dari kapal. Masa nak keluar sekali lagi kita kena imbas kad akses kita. Jika clear tiada apa2 hutang maka boleh terus keluar, jika masih ada hutang tak boleh keluar dan perlu jelaskan bayaran.

Sekian..Begitulah kisah percutian pendek di atas kapal Cruise

Tentative

Day 1 : 14/03/2015
04.00am – Memandu ke Penang
10.00am – Sampai di Butterworth naik Ferry
11.00am – Explore Penang Street Art (Lukisan Mural) & Makan Nasi Kandar
04.00pm – Lepak di Padang Kota sambil Layan Cendol
05.00pm – Parking kereta di Parking khas Star Cruise dan bergerak ke Swettenham Pier Cruise Terminal
05.30pm – Chek in, Ambik Kad Akses – Boarding
06.00pm – Masuk dalam kapal setelah melalui pemeriksaan
06.30pm – Masuk Cabin letak dan letak Beg
06.45pm – Makan Malam di Dek Utama – sampai nak muntah 🙂
08.00pm – Rehat di Cabin – Mandi dan tukar pakaian
09.00pm – Sambung Makan dan Minum di Dek utama/ Latian Kecemasan
10.00pm – Explore Star Cruise dan bergambar/ Ada Show di Dewan Utama
11.00pm – Lepak di Dek Utama sambil minum tepi swimm Poll sambil layan Live Band

Day 2 : 15/03/2015
01.00am – Layan movie (Big Hero 6)
02.30am – Movie Habis
02.40am – On the way balik ke Cabin Lalu depan Casino ( Penuh Orang 😀 )
03.00am – Tidor
06.00am – Bangun mandi dan siap2 untuk sarapan
06.30am – Sarapan bermula
09.00am – Siap sedia untuk Cek Out (Ke kaunter semak kad akses dan pulangkan Adaptor)
10.00am – Beratur untuk keluar
11.00am – Dah kembali ke kereta dan sedia untuk destinasi berikut nya 🙂
01.00pm – Sampai Alor Setar
06.00pm – Bertolak Pulang ke Kuala Lumpur
12.00am – Sampai Kuala Lumpur

Tips
– Sila bawa adaptor untuk caj telefon, kerana soket kapal 2 pin sahaja.
– Jika lupa cepat2 pinjam dengan kaunter reception ( Limited )
– Bawa baju mandi (Sewa Mahal)
– Bawa kasut sport dan pakaian sukan jika boring2 boleh masuk Gym
– Show berbayar semasa dinner ada petugas datang ofer boleh beli tiket..harga dalam RM25 sahaja
– Jika bawa anak boleh bagi main kat Kids Indoor Playground

Perbelanjaan
– RM5 Parking Kereta
– Pakej (Bergantung Pakej apa yang anda pilih dari RM275 – RM700)

Bayaran Luar Pakej
– Spa dan Massage
– Minum di Bar
– karaoke
– Show Berbayar
– Makan dan minum selain dari waktu Dinner dan Sarapan

Komen
Suasana dalam kapal Star Cruise sangat selesa dan mewah. Makanan sedap dan ada varity. Sangat sesuai untuk relaks. Jika anda ambil pakej 2h1m, anda tak rasa happening sebab kebanyakkan yang datang majoriti hendak berjudi. Jadi tempat2 umum seperti dek utama, dewan utama dan show tidak ramai yang memeriahkan kecuali tiba masa makan sahaja.

Ini Jadual Aktiviti Pakej ~ Jadual yang diberikan oleh Star Cruise
14/03/2015
6.00pm-6.45pm – Welcome Serenade with Pianist Freddie (Live Band)
6.00pm-9.30pm – Hawker’s Dinner (Pool Deck)
6.45pm-7.30pm – Party Rock with Class of Six Band and Cruise Staff (Pool Deck)
7.00pm-7.45pm – Romantic hits with Pianist Freddie (Live Band)
7.00pm-9.00pm – Young Sailor’s Fun Time (Child Care Center)
7.00pm-10.00pm – Affortable Beer in town (Bar Beer open)
7.30pm-8.30pm – first Time Cruiser’s Meet and Greet with Cruise Staff Coordinator Jad
8.45pm-9.15pm – Safety Drill for All guest
9.15pm-9.45pm – Showtime : Simply the Best (free)
9.15pm-10.00pm – Showtime : Chinese Top Hits the Fix Band (Live Band)
9.15pm-10.00pm – Ballroom hits with Pianist Freddie (Live Band)
9.15pm-10.00pm – Oriental Serenade with the class of six show Band (Live Band)
9.45pm-10.00pm – Jackpot Bingo with Jackpot Prize of RM34,888
10.15pm-12.00pm – Junior Camper with Kiddle Chef Class : Pizza Making (Pool Bar)
10.15pm-11.00pm – first Time Cruiser’s Get Together Party with Cruise Staff (Pool Deck)
10.30pm-11.15pm – Love Songs with Cruise Staff Renesel (Deck 4)
11.30pm-12.00pm – Sensation – Adult Show (show penari perempuan pakai seksi RM25)
11.15pm-12.00pm – First Hits Music with the Fix Band (Live Band) (Deck 8, Disco)
11.30pm-12.00pm – Disco with the class of six show Band (Live Band)
11.30pm-12.00pm – Chinese Melody with Pianist Freddie (Live Band)
12.00pm – Jackpot Lottery Draw with Jackpot Prize of RM18,888
12.00am-12.45am – First Time Cruiser’s karaoke jamming with Cruise Staff
12.15pm-1.00am – Slow Music with the Fix Band
12.15am-1.00am – Oriental Serenade with the class of six show Band (Live Band)(Pool Deck)
12.30am-1.50am – Movie Big Hero 6
12.45am – First Time Cruiser’s Disco Party
15/03/2015
6.00am-9.30am – Breakfast
9.00am-9.30am – Zumba Dance Class with Cruise Staff (Pool Deck)

Brosur Star Cruise
Brosur Tentative
Brosur Pakej atas Cruise

Lagi Foto-foto Atas Star Cruise


Nak Tips lagi Murah dan Jimat 🙂 naik Kapal?
Ada sebuah kapal lagi sebelah Star Cruise iaitu Amusement World Cruise. Kapal ni dari syarikat lain. Sangat murah tapi tak mewah macam star cruise. Boleh dapat harga semurah RM60 untuk 8 jam ada 2 trip iaitu  Trip Pagi 10.30am-8.00pm dan Trip Malam 9.30pm-8.00am. Tapi tanpa bilik la, Pakej RM60 untuk 2 kali makan. Kalau ambik bilik lain harganya. Tak bestnya kapal ni tak ada pool deck (Deck atas tiada swimming pool). Tempahan hanya boleh dibuat kaunter yang terletak di bulatan sebelum masuk ke Port Swettenham Pier Cruise Terminal. Show2 international pun ikut musim ada masa ada ada masa tiada.

Brosur Amusement Cruise

 

Ini Update : 2 May 2017

Berikut saya kongsikan iklan pakej Star Cruise Libra dari Wbsite rasmi starcruise dan juga dari travel agen website starcruise packages malaysia.
1.  2.
1. http://www.starcruises.com/my/en/hotdeals/superstar_libra_malaysia_thailand_1n20off
2. www.starcruisepackagesmalaysia.com/starcruise-packages/family-cruise


FB : Surfink Holidays (yang ini saya tak pernah call, baru ternampak di FB sahaja, so tak berani nak rekomen)

Posted in Cuti2 Malaysia | Tagged: , , | 47 Comments »

Cyberview Resort & Spa ~ Cyberjaya

Posted by hamydy on 7, March 2015


Cyberview Resort & Spa
Sekiranya anda inginkan “Gate Away” hujung minggu untuk relaks dan santai menenangkan fikiran anda tidak perlu pergi jauh. Di Cyberjaya juga terdapat tempat yang menarik. Tempat yang saya maksudkan ini adalah Cyberview Resort & Spa. Saya telah beberapa kali ke sini untuk latihan dan juga seminar, cuma belum pernah menginap sahaja. Jadi saya mencuba untuk menginap disini.

Lokasi resort ini terletak di Persiaran Multimedia Cyberjaya di koordinat 2.924000, 101.667000 di Posisi 2°55’26.4″N 101°40’01.2″E hanya mengambil masa 36 minit perjalanan dari Kuala Lumpur (jika tidak jem 😀 ). Kalau dari Putrajaya hanya 15 minit sahaja.

Mesti yang tertanya2 apa yang menarik disini. Sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa di resort ini sebenarnya sering menjadi tumpuan warga kota untuk rehat di hujung minggu. Biasanya pengunjung akan menginap 2H1M di resort ini sambil memanjakan diri di SPA yang ala-ala Bali. Selalunya pengunjung menginap pada sabtu dan cekout ahad. Jadi setiap kali hujung minggu sering kali penuh.

Executive Deluxe Chalet
Saya menginap di Executive Deluxe Chalet, asalnya saya tempah Deluxe Chalet sahaja tetapi semasa cek in petugas kaunter cakap penuh dan dia upgrade ke Executive Deluxe Chalet tanpa bayaran 🙂 syoknya. Rezeki tu jangan di tolak. Kalau sudah booking di online seperti Agoda dan Booking.com, jika sudah dapat booking kemudiannya tetiba penuh maka kita dapat upgrade la..

Chalet ini terletak keliling tasik kecil, Menginap disini terasa seperti menginap di rumah sendiri seperti semiD. Kereta boleh parking depan chalet. Chalet ni selesa dan tiada bathub :(. Chalet ini besar, kalau masuk satu family pon muat, bawa aja tilam tambahan atau toto.

Setelah cek in, sebelah petang anda boleh berbasikal di kawasan resort dan masuk Gym untuk mengeluarkan peluh. Atau jika anda suka main tennis juga terdapat court tenis disediakan. Basikal juga ada di sediakan. Gym yang disediakan tidak la besar sangat tapi ok la dengan peralatan asas. Disebelah Gym terdapat tempat indoor playground kanak-kanak.


Selain Court Tennis terdapat juga Court Basketball, Selain berbasikal anda juga boleh membawa anak2 dan keluarga untuk memancing suka-suka di tasik yang disediakan.

SPA Tersembunyi
Sebelah malam selepas makan malam jika anda hendak lagi relaks lagi anda boleh la memanjakan diri di SPA yang terdapat di resort. SPA ini namanya “SPA TERSEMBUNYI” Spa ini memang nampak eklusif dan harga juga boleh tahan jugak la sesuai dengan layanannya. Yang free yang dapat anda gunakan adalah Hot & Cold Jakuzi dan Sauna.

Rawatan SPA memang terbaik dan nampak eklusif, anda patut cuba, SPA ini juga boleh walk in tanpa menginap, tetapi perlu di tempah dahulu. Ada juga pihak koperat yang sewa satu SPA buat event SPA Parties. SPA ini terbahagi kepada lelaki dan wanita, jadi lelaki dan perempuan tidak bercampur.

Sarapan Pagi dan kawasan sekitar
Sarapan pagi di resort ini juga sedap dan menarik. Dari yang ringan hingga yang berat. Mula jam 6.30am sehingga jam 10.00am. Selepas sarapan boleh la berjalan2 sekitar resort atau mandi di kolam renang. Terdapat juga mat saleh yang mengambil kesempatan berjemur memakai bikini sewaktu sedang cuaca panas.


Begitulah serba sedikit yang dapat saya kongsikan. pengalaman menginap di Cyberview Resort & SPA ini.

Sekian

Contact
Cyberview Resort & Spa
Persiaran Multimedia
63000 Cyberjaya
Selangor, Malaysia

Tel: (603) 8312 7000 – Resort Hotel
Tel: (603) 8312 7000 – Untuk Reservation SEMBUNYI SPA
Fax: (603) 8312 7001
Email: hotline@cyberviewresort.com
Website: http://cyberviewresort.com/

GPS Coordinate
Latitude: N 2 55.440
Longitude: E 101 40.020

http://www.agoda.com/cyberview-resort-spa
http://www.booking.com/hotel/my/cyberview-lodge-resort-spa
http://www.trivago.com.my/cyberview-lodge-resort-spa

Tips Booking
Buat carian di TRIVAGO dahulu selepas itu klik pautan dari TRIVAGO. Saya dapati dengan ini jika carian terus di agoda dan Booking.com harga RM300++ keatas, Tetapi bila buat carian di TRIVAGO saya dapat harga RM250 sahaja. Walaupun booking tersebut melalui AGODA juga akhirnya tapi pautannya dari TRIVAGO. Jadi still dapat harga murah.

Posted in Cuti2 Malaysia | Tagged: | Leave a Comment »

Hutan Simpan Ayer Hitam UPM ~ Bukit Puchong

Posted by hamydy on 4, March 2015


Bukit Puchong dan Air Terjun Hutan Simpan Ayer Hitam UPM
Bukit Puchong memang tidak asing lagi di kalangan penduduk Puchong malah ia turut di kunjungi oleh orang luar dari kawasan Puchong. Bukit Puchong ini merupakan salah satu lokasi untuk rekreasi mendaki. Bukit ini tidak la terlalu tinggi tetapi trek nya yang simple dan ada beberapa bahagian yang agak menegak memberikan suatu kepuasan kepada pengunjung yang inginkan senaman yang mengeluarkan peluh secara hiking dan trekking.

Ok berbalik kepada trip saya. Bukit Puchong ini selalu juga saya kunjung untuk riadah. Jika hujung minggu sabtu atau ahad seawal 6.00 pagi sudah kelihatan ramai pengunjung yang datang terutama dari pengunjung kaum cina, mereka memang terkenal dengan budaya senaman di awal pagi dan rajin senaman. Jadi jika anda sampai ke lokasi sekitar jam 7.00 pagi pun parking dah penuh. Jadi sebaiknya anda sampai di lokasi sekitar jam 6.45pagi, Solat subuh boleh dilakukan di masjid berdekatan.

Bukit Puchong Bukit Puchong

Ramai yang tertanya2 saya dimana Bukit Puchong ini. Sebenarnya Bukit Puchong ini adalah terletak didalam Hutan Simpan Ayer Hitam milik Pengurusan UPM. Trek hiking ini diikutkan pun salah disisi undang-undang kerana dah masuk dalam kawasan Hutan Simpan. Sebelum ini pun pernah kecoh dan masuk Akbar yang pengunjung Bukit Puchong adalah penceroboh. Siap di tutup laluan masuk trek ini. Tetapi disebabkan trek Bukit Puchong ini telah lama menjadi trek riadah penduduk disitu, maka pihak perhutanan dan UPM tidak terdaya hendak menghalang aktiviti ini. Oleh itu jangan hairan jika anda terlihat papan tanda ” Amaran Penceroboh akan didakwa” sepanjang trek Bukit Puchong. Mungkin setakat ini pihak berkuasa hanya pejam mata selagi pengunjung tidak pergi kawasan lain selain trek hiking sahaja.

Bukit Puchong Bukit Puchong

Oleh itu trek ke Air Terjun Hutan Simpan Ayer Hitam ini memang tidak dibenarkan masuk. Sekiranya terserempak dengan pihak Renjer pengunjung pasti akan di tahan dan ambil keterangan dan kemungkinan besar akan di denda. Jika di sabihkan kesalahan boleh didenda RM10,000.00 atau penjara 3 tahun. Dari Puncak Bukit Puchong memang terdapat trek ke Air Terjun, disebabkan pengunjung tidak dibenarkan masuk, oleh itu trek ini sedikit tertutup kerana jarang orang lalu, melainkan penyelidik UPM sahaja.

Pejabat Renjer
Laluan masuk yang sah dan Rasmi Pejabat Renjer UPM adalah melalui Taman Saujana Puchong iaitu di Jalan SP 10/13 Saujana Puchong dengan koordinat simpang masuk ialah  3.000778, 101.644190. Jadi kalau nak masuk secara sah boleh la masuk ikut sini dan mohon kebenaran di pejabat renjer ataupun buat permohonan terus dengan dekan UPM. 🙂

Lokasi Trek Bukit Puchong
Hutan Simpan Ayer Hitam ini terletak dikelilingi oleh Taman Puncak Kinrara, Taman Damai Utama, Taman Desaminium, Taman Lestari puchong, Taman Saujana Puchong, Taman Puchong Hartamas dan Taman Wawasan Puchong. Pintu Masuk Trek ke bukit Puchong yang sah dan utama hanya terletak di Taman Wawasan Puchong trek masuk adalah bersebelahan Apartment Sri Cempaka Bandar Puteri. Koordinat pintu masuk Bukit Puchong adalah 3.024689, 101.629714  dengan posisi 3°01’28.9″N 101°37’47.0″E.

Bukit Puchong Bukit Puchong
Ok berbalik kepada trip saya. saya sampai sekitar 7.15am. Mula mendaki jam 7.30am haftway mendaki tetiba ada peserta nak buang air besar, terpaksa patah balik, nak cari tandas berdekatan memang tak ada kecuali ke stesen minyak berdekatan atau surau yang berdekatan. Sib baik kawan dibenarkan tumpang tandas di salah sebuah kedai yang buka waktu itu :). So mula hiking semula jam 8.30am macam tu.
Bukit Puchong Bukit Puchong

Mula-mula hiking kawasan terbuka, sedikit mendaki dan licin jika selepas hujan atau basah, trek tanah merah. Diatas kawasan terbuka ini anda dapat lihat view kerana ia seperti bertebing curam, so tengok view dari atas kawasan lapang tersebut. Selepas melepasi kawasan lapang ini anda mula masuk ke trek permulaan hutan, anda akan mendaki lagi terasa jugak la kalau lama tak hiking, selepas itu trek mendatar semula dan anda akan jumpa 2 simpang.

Simpang kiri dan simpang kanan. Kedua2 simpang ini sama sahaja ia adalah satu pusingan ke puncak bukit. Jadi biasanya pengunjung akan bermula dari simpang kanan dan keluar melalui simpang kiri. Masuk sahaja ke simpang kanan, treknya bersih dan jelas kelihatan, selepas beberapa meter anda akan jumpa trek sedikit menegak untuk sampai ke puncak bukit.

Saya mengambil masa sekitar 30minit untuk sampai ke puncak, dengan kelajuan biasa sahaja. Di puncak ini kawasan nya lapang dan tiada view, ia dikelilingi oleh pokok2. biasanya pengunjung akan berehat sebentar sebelum turun melalui jalan lagi satu yang menuju semula ke simpang masuk tadi. Biasanya pengunjung akan buat beberapa pusingan sebelum selesai.
Bukit Puchong Bukit Puchong
Puncak Bukit Puchong
Dari puncak bukit akan kelihatan satu trek yang sedikit tertutup dan ada papan tanda larangan menceroboh, kekadang ada pila larangan masuk. Kalau nak tau ini la trek ke air terjun. Biasanya pengunjung tidak lalu dan tidak pergi ke trek air terjun ini. Kekadang pengunjung veteran terutama uncle2 cina tidak berapa suka kita masuk kerana jika terlalu ramai sangat menceroboh nanti seluruh kawasan trek bukit puchong ini akan di tutup seperti mana yang berlaku sebelum ini akibat ramai menceroboh ke air terjun. Koordinat Puncak Bukit Puchong adalah 3.015322, 101.636971 dengan posisi 3°00’55.2″N 101°38’13.1″E .
Bukit Puchong Bukit Puchong
Trek ke air terjun ini kelihatan sedikit kabur dengan daun-daun kering, tetapi treknya masih kelihatan dan treknya hanya satu, jadi susah untuk kita tersesat. Daripada puncak ke air terjun mengambil masa sekitar 40minit untuk sampai ke laluan 4wd. Setelah melalui trek ke air terjun ini dari puncak bukit puchong anda akan jumpa simpang satu laluan atas dan satu laluan bawah kedua-duanya menuju ke jalan 4WD.

Berhampiran simpang ini anda akan kelihatan peralatan kajian pelajar2 Botani UPM, Mohon jangan diusik. Jika anda ikut laluan bawah terus anda akan sampai ke jalan 4wd dan anda belok kiri sehingga jumpa papan tanda berdekatan laluan turun ke air terjun. Jika anda ambil simpang naik ke atas treknya berbukit dan sedikit curam dan anda akan jumpa jalan 4wd dan belok ke kanan sehingga jumpa laluan turun ke air terjun. Jika anda ambil simpang ke atas, jika jumpa jalan 4WD anda perlu belok ke kanan untuk ke air terjun.

Laluan 4wd ini boleh dimasukki oleh kereta dan motosikal tapi pintu masuknya saya tak sure dari mana. Jika anda sampai di laluan 4wd ini diharap anda berhati-hati supaya tidak terserempak dengan Pihak Renjer. Jika terjumpa anda mungkin akan di denda atau di halau keluar. Oleh itu jika sampai di laluan 4wd ini cepat2 anda turun ke waterfall dan lepak diam2 jangan buat bising. Harap pengunjung jangan buang sampah atau memasak di kawasan ini. Jagalah kebersihan 🙂 . Koordinat Air Terjun ini adalah 3.014648, 101.646842 dengan posisi 3°00’52.77″N 101°38’48.63″E .


Begitulah serba sedikit maklumat yang saya dapat kongsikan. Harap tiada pihak yang akan persalahkan saya jika anda tertangkap. Menceroboh masuk adalah risiko sendiri. Saya sendiri lebih suka hiking trek bukit Puchong sahaja, tidak suka masuk ke kawasan air terjun sebab tidak dibenarkan, melainkan anda mohon permit dari pihak UPM.

Tips
Sekiranya anda fit cergas dan boleh berlari, anda sebenarnya cuma perlukan masa 1 jam sahaja untuk trekking berlari dari Trek masuk Bukit Puchong ke Air Terjun.

Sekian

Berikut adalah Video dari YouTube yang sangat best sehingga teruja untuk explore Air Terjun ini 🙂

Kredit to ownernya Mr owlsomebrah

Info Tentang Hutan Simpan Air Hitam yang saya copy dari website UPM

Hutan Simpan Ayer Hitam

Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong merupakan destinasi yang sangat sesuai untuk dijadikan aktiviti rekreasi oleh pelajar dan juga staf. Pelbagai prasarana telah dibina untuk kemudahan para pengguna seperti penginapan, dewan serbaguna, surau, dapur, bilik mandi, tandas, padang dan tapak perkhemahan yang boleh menampung sehingga 150 orang dalam satu-satu masa.

Selain aktiviti rekreasi, Hutan Simpan Ayer Hitam boleh dijadikan destinasi aktiviti pengajaran, penyelidikan dan pengembangan. Aktiviti pengajaran yang biasa dijalankan di hutan ini merangkumi bidang sains perhutanan hingga kepada sains kayu serta pengurusan taman dan rekreasi. Bagi penyelidikan pula, pelbagai bidang termasuk silvikultur, pengurusan hidupan liar dan ekologi hutan. Dari segi pengembangan, aktiviti yang biasa dikendalikan di hutan ini termasuk kem perhutanan kem sains, kem motivasi, kem interpretasi hutan, kem ekologi dan pelbagai lagi.

Hutan ini merupakan satu-satunya hutan pamah dipterokarp yang masih wujud  dalam keadaan sempurna di Kawasan Lembah Kelang dan Putrajaya. Ia merangkumi Kompatmen 1, 2, 12, 13, 14 dan 15 dan dianugerahkan secara perjanjian jangka panjang selama 80 tahun kepada UPM oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Hutan yang terletak lebih kurang 20 kilometer daripada UPM ini mempunyai pelbagai keunikan seperti merupakan sejarah peninggalan penempatan Orang Asli, kesan tinggalan sejarah perang, mempunyai pelbagai rupa bentuk muka bumi seperti jeram perigi, jeram belanga, bukit sawa busu serta memiliki 127 spesies flora dan 197 spesies fauna.

Maklumat lanjut, sila klik di sini untuk melayari laman sesawang Fakulti Perhutanan.

Hutan Dipterokarp = Kawasan hutan yang terdapat di ketinggian antara 300 hingga 750 meter dari paras laut.

  • En. Paiman Baiwon
  • 03-89467162/7219/7171
  • Kemaskini Terakhir 24 02 2012 ( hairul_nizam )

 

———————————————————————————
Video yang menjadi Viral di media sosial

Update : 8/4/2015 jam 9.31am

Semenjak video yang awesome yang dibuat oleh saudara ownernya Mr owlsomebrah menjadi viral di media sosial dan juga di web http://thevocket.com/ (http://thevocket.com/tidak-boleh-dimasuki-sewenang-wenangnya-tempat-ini-digelar-syurga-tersembunyi-malaysia/) Tetiba entri saya berkaitan dengan hutan simpan ayer hitam ini menjadi hit. Huhuhu terasa bersalah pulak sebab share. Sebenarnya video Mr owlsomebrah ni dah lama dah dia buat, tapi sebab best dan awesome maka tetiba jadi viral. Sekarang semua orang tau. Harap tiada la yang menceroboh dan merosakkan hutan simpan tu yer.

Saya mula perasan dalam media sosial FaceBook video oleh encik Mr owlsomebrah ini mula di share dan viral dari web http://thevocket.com setelah 2 minggu entri saya di post. Saya mula post entri ini pada 4 March 2015 dan video ini mula di post dalam http://thevocket.com pada 28 March 2015. Dan kalau ikut statistik saya Hit pembaca untuk entri ini mula meningkat dengan mendadak pada 28 March 2015 juga.. huhu

😦 maaf yer Mr owlsomebrah bukan saya yg share dalam media sosial

Mungkin selepas pihak renjer UPM akan buat kawalan akan lebih ketat..

Posted in Jom Piknik, Pendakian Gunung, Sukan | Tagged: , , | Leave a Comment »