The life journey

Kembara Kehidupan

Archive for August 15th, 2011

Restoran Ayam Penyet AP Sri Permaisuri

Posted by hamydy on 15, August 2011

Restoran Ayam Penyet AP, Bandar Sri Permaisuri
Restoran ini terletak di bahagian hujung banggunan sebaris dengan showroom produa. Boleh tahan ramai jugak yang datang berbuka puasa disini. Semua meja penuh. Disebabkan pengunjung sampai serentak sekitar jam 6.45pm-7.00pm maka hidangan makanan menjadi lambat. sehinggakan selepas berbuka pun masih ada yang dapat tempahan lewat. dan restoran ini tidak menyediakan kurma kepada pelanggan untuk berbuka terlebih dahulu yang disediakan cuma air mineral sahaja.

Komen saya menu ayam penyek kat Restoran Ayam Penyet AP ni pun sedap jugak. Dan ada juga menu dalam bentuk set dan ala carte.

Untuk Buat Tempahan berbuka puasa sila hubungi no berikut : 016-6186952

sekian terima kasih
 

Posted in Jalan2 Cari Makan | Tagged: , , | Leave a Comment »

Restoran Ayam Penyet Ekpress Kelana Jaya

Posted by hamydy on 15, August 2011


Restoran Ayam Penyet : Ayam Penyet Ekpress Kelana Jaya
Restoran ayam penyet ini berlainan dengan Restoran Ayam Penyet bezanya pada perkataan EKPRESS tu. so jagan tersalah kedai pulak. Jalan2 Shoping di kawasan GIANT kelana Jaya terus singgah berbuka puasa di restoran Ayam Penyet Ekpress ini. Saya perna mencuba ayam penyet di restoran Wong Solo.

Kelainan yang dapat saya rasa di restoran ini adalah sambalnya.. Memang betul2 penas KAW punya. saya cicah sikit2 jer sbb tak tahan sangat pedasnya tak macm ayam Penyet kat Wong Solo saya masih boleh tahan pedas.

Restoran ini terletak di dalam Komplek Giant Kelana Jaya. Kawasan shot lot yang besar dan terdapat pelbagai lagi makanan segera disitu seperti Pizza hut, Star Buck , Food Court (Ada Playground) dan pelbagai lagi kedai.

Posted in Jalan2 Cari Makan | Tagged: , , | Leave a Comment »

Restoran Tastes of Kelantan Sri Permaisuri

Posted by hamydy on 15, August 2011


Restoran Tastes of Kelantan Sri Permaisuri
Majlis berbuka puasa bagi kakitangan saya pada tahun ini 2011 memilih Restoran Taste of Kelantan ini sebagai destinasi pilihan berbuka puasa pada tahun ini. Kenapa memilih restoran ini, sebenarnya restoran ini tidak sibuk dan selesa. Jika pergi restoran2 lain sekitar sri permaisuri ini penuh sesak dan hidangan lambat dihidang. Jadi kami memilih restoran ini bagi memudahkan kakitangan untuk datang dan menjamu selera.

Restoran ini tidak la Power sangat. tapi saya sudah beberapa kali makan di restoran ini. Menu dan masakan memang ikut selera saya dan saya rasa ok sedap aja. tak tahula tekak orang lain. Layanan juga mesra dan ramah. Saya buat tempahan jam 5.00pm dan jam 7.00pm kami datang makan berbuka puasa.

Menu yang dipilih pulak seperti:
Tomyam Campur
Kailan Ikan Masi
Kangkung Belacan
Udang Tepung
Daging Masak Merah
Buah Tembikai
Buah Kurma
Ikan Bawal Masak 3 Rasa
Minuman pelbagai sejuk dan panas

Kos yang dikenakan juga murah. Bayangkan Hidangan untuk 14 orang makan cuma berjumlah RM191.00 sahaja. Makan memang puas dan kenyang.

     

Posted in Jalan2 Cari Makan | Tagged: , , , , | Leave a Comment »

Restoran Mamak Hajris Q-Bistro Sri Permaisuri

Posted by hamydy on 15, August 2011

Restoran Q-Bistro Bandar Sri Permaisuri memang tidak asing lagi bagi warga Bandar Tun Razak dan Bandar Sri Permaisuri. Restoran mamak ini menyediakan masakan mamak nasi kandar. Internet percuma, Power cabel Rm1 sejam. Sebenarnya rangkaian Restoran Hajris ini terdapat banyak cawangan di sekitar bandar sri permaisuri ini. Satu tokej nama lain2, anatanya seperti:

1. Restoran Hajris Bistro – Belakang JPJ
2. Restoran Hajris Utama – Sebelah MayBank
3. Restoran Hajris – Blok D Penara
4. Restoran Q-Bistro – Sebelah Restoran Kayu Nasi Kandar Penang.

Makanan biasa la mamak. cuma lokasi Q-Bistro ni saya rasa selesa sedikit berbanding hajris yang lain sekitar sri permaisuri. parking memang susah sikit time penuh kena paking jauh. tak pun pusing dua kali untung ada yang keluar dapat la.

Posted in Jalan2 Cari Makan | Tagged: , , , , | Leave a Comment »