The life journey

Kembara Kehidupan

Archive for July, 2014

RUMAH AMAL ASNAF AL BARAKH, OLAK LEMPIT

Posted by hamydy on 19, July 2014

RUMAH AMAL ASNAF AL BARAKH, OLAK LEMPIT
RUMAH AMAL ASNAF AL BARAKH, OLAK LEMPIT
Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Entri kali ini sempena Bulan Ramadan yang mulia ini saya dan beberapa orang kawan dari tempat kerja telah menganjurkan satu aktiviti amal bagi membantu meringankan beban rumah anak yatim di Olak Lempit iaitu RUMAH AMAL ASNAF AL BARAKH.

Entri ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk akan aktiviti amal yang kami buat. Tujuan saya untuk berkongsi maklumat dan aktiviti ini, manalah tahu jika ada pembaca blog saya ini yang tercari-cari aktiviti amal ataupun tidak ada idea untuk membuat sumbangan.
RUMAH AMAL ASNAF AL BARAKH, OLAK LEMPIT RUMAH AMAL ASNAF AL BARAKH, OLAK LEMPIT
Sebenarnya banyak tempat yang boleh kita buat sumbangan, banyak rumah anak yatim, orang-orang susah dan pelbagai lagi. cuma kekadang kita tiada idea dan memikirkan yang kita juga tidak berkemampuan. Sebenarnya jika kita buat secara jemaah kumpul rakan-rakan dan masing2 beri sedikit sumbangan lama2 ia akan banyak jugak. Mungkin harini ini kita sumbang RM500 sahaja dari kumpulan rakan2 kita, tapi dalam masa yang sama juga mugkin terdapat lagi insan2 lain yang pemurah turut juga menderma dan menyumbang, jadi sumbangan makin bertambah.
RUMAH AMAL ASNAF AL BARAKH, OLAK LEMPIT RUMAH AMAL ASNAF AL BARAKH, OLAK LEMPIT
Aktiviti ini di ketuai oleh sahabat saya En Anuar Rahman yang telah memilih lokasi RUMAH AMAL ASNAF AL BARAKH, OLAK LEMPIT ini sebagai aktiviti amal tempat kerja kami. Seminggu dua sebelum pergi kami mengumpulkan sumbangan dari kalangan kakitangan yang ingin disumbangkan, ada yang sumbang duit dan ada yang sumbang beras dan bahan makanan.

Alamat rumah amal ni :
RUMAH AMAL ASNAF AL BARAKH, OLAK LEMPIT
Lot 11537, Jln Sepakat, Taman Cenderawasih,
Kg Olak Lempit, 42700 Kuala Langat.
Banting, Selangor. ( Belakang Shell).
Puan Norjia – 017-2967860

Koordinat : 2.830284, 101.597297

Pembaca blog boleh hubungi Puan Norjia – 017-2967860 jika hendak datang memberi sumbangan.

Anak-anak kat sini sekitar 45 orang. Yang paling muda sekitar 3 tahun dan yang paling tua sekitar Tingkatan 5, RUMAH AMAL ASNAF AL BARAKH, OLAK LEMPIT ini terdiri dari anak-anak yatim, yatim piatu dan juga muallaf.

Adalah baiknya jika anda dan kumpulan anda ingin membuat aktiviti amal atau menyumbang, cuba hubungi dahulu penjaga RUMAH AMAL ASNAF AL BARAKH ini iaitu Puan Norjia atau datang sendiri ke sini dan bertanyakan tentang keperluan yang sesuai untuk disumbangkan. Jika hendak sumbangkan pakaian dan peralatan yang terpakai yang masih elok kuatir menjadi lambakkan atau tidak sesuai, jadi ada baiknya kita berbincang dan bertanya dahulu tentang keperluan yang diperlukan oleh rumah anak yatim ini sebelum kita membuat sumbangan.

Sepanjang Bulan Puasa ini saya dimaklumkan oleh Warden yang RUMAH AMAL ASNAF AL BARAKH ini hampir setiap hari ada badan dan juga dermawan yang menaja majlis berbuka puasa untuk anak-anak yatim ini, sama ada majlis dibuat di RUMAH AMAL ASNAF AL BARAKH sendiri dan juga di Hotel.

Selain sumbangan wang ada juga yang membuat sumbangan tenaga dan juga ilmu, saya difahamkan terdapat ustaz dan ustazah yang datang mengajar serta terdapat para pelajar dari MARA yang datang memberi Tuisyen percuma kepada anak-anak yatim ini.

Harapan saya agar semua rumah-rumah anak yatim ini sentiasa ada bantuan dan sumbangan setiap masa agar ia dapat membesarkan anak-anak yatim ini sehingga dewasa.

Sekian

Antara blog yang dirujuk : http://aksarafendi.blogspot.com/2014/06/sumbangan-di-rumah-amal-asnaf-al-barakh.html

Advertisements

Posted in Kerja Amal, Riadah Santai | Tagged: , , , , , | Leave a Comment »

Mt Kinabalu 2014 ~ Via Mesilau

Posted by hamydy on 19, July 2014

Kinabalu 2014
Mt Kinabalu 2015 ~ Via Mesilau
Trip Mendaki Gunung Kinabalu 2014 kali ini berlangsung pada 13-15 Jun 2014. Ramai yang telah mendaftar untuk trip ini sejak 23 Jun 2013 namun seat yang berjaya saya dapat adalah 27 sahaja. Peserta yang terlibat adalah terdiri dari 9 orang lelaki dan 18 orang perempuan.

Saya mohon maaf kepada semua pembaca kerana sedikit lewat post entri ini. Masa tidak berapa mengizinkan untuk saya buat entri ini sebaik sahaja pulang dari mendaki. Dalam entri ini saya ada masukkan juga pic dari trip saya yang lepas untuk selari dengan penulisan entri ini. Kalau ada pic dengan baju oren tu merupakan baju trip 2014, kalau warna lain tu maksudnya pic dari trip-trip saya yang lepas la 😀

Berbalik pada trip ini.

Setelah seat mendaki berjaya ditempah pada tarikh 13-15 Jun 2014, maka semua peserta mula menunggu dan membeli tiket promosi Air Asia dan juga Malindo Air dan harga termurah berjaya di beli adalah seperti berikut:
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Malindo Air -Pergi OD1002 13.06.2014 – RM112 total pergi balik (termasuk ludgage, Snek, seat)
Air Asia- Pergi AK5122 -12.06.2014 – RM99 Total Pergi Balik – Tiket sahaja

Kalau tengok harga macam Air Asia lagi murah, Tapi sebenarnya Malindo Air lagi murah walaupun dengan harga RM112 kita dapat Free Luggage 20kg, Minum dan Snek, Bole pilih seat, Seat luas dan ada TV pada seat. 😀

Hari Pertama 12.06.2014 – Khamis
Ramai yang beli tiket penerbangan pada 12.06.2014 iaitu seramai 18 semuanya. Bakinya 9 orang beli tiket pada 13.06.2014. Ada yang sampai tengah hari, ada yang sampai petang dan ada yang sampai malam. Semua yang sampai terus ke penginapan Borneo Backpacker. Penginapan ini dah termasuk dalam pakej. Harga semalam untuk dorm bagi satu katil adalah RM25. Peserta yang datang awal ini mengambil kesempatan untuk jejalan di pasar Filipine dan juga makan makanan laut. Rumpai laut diharamkan buat sementara waktu kerana terdapat kes tercemar dengan kolera. Bagi yang hendak mendaki saya juga tidak menggalakkan untuk makan rumpai ini sebelum mendaki kerana kuatir sakit perut.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Borneo Backpacker Sabah
Backpacker ini memang selesa dan dekat dengan pasar filipine. Maklumat lanjut berkenaan dengan Backpacker Hostel ini boleh la di baca di entri saya yang lepas di link berikut: https://hamydy.wordpress.com/2012/08/02/backpacker-borneo-backpackers-sabah/

Hari Kedua 13.06.2014 – Jumaat
saya bertolak pada 13.06.2014, 8 orang semuanya pada penerbangan awal pagi dan kami sampai sekitar jam 9 dan 10 pagi dengan pesawat Air asia dan Malindo. Sampai di Airport Van yang di tempah sudah siap untuk menjemput kami. 3 buah van semuanya, 1 jemput kami di Airport dan 2 lagi sudah stanby di Backpacker. Sehingga 13.06.2014 peserta yang sampai ke Kota Kinabalu cuma 24 orang sahaja. Lagi 3 Orang last minit tidak dapat pergi kerana ada urusan yang tidak dapat dielakkan walaupun sudah membayar pakej dan juga tiket penerbangan.

Sekitar jam 12 tengahari kami semua sudah berkumpul di Borneo Backpacker. Ada beg yang kami simpan di Stor Borneo Backpacker. Perjalanan kami bermula dan kami singgah makan tengahari di kawasan Putra Jaya. Kawasan ini jadi pilihan kerana terdapat lot kedai makan bersebelahan dengan kedai runcit dan mini Giant. Jadi selepas makan tengahari peserta dapat membeli keperluan dan bekalan untuk mendaki seperti air mineral, air isotonik, biskut, coklat, bateri dan sebagainya. Seterusnya kami meneruskan perjalanan terus ke Kinabalu Park untuk pendaftaran.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Kinabalu Park
Sementara saya menyemak senarai nama dan mendapatkan kad permit pendakian, Para peserta mengambil kesempatan untuk bersiar dan bergambar di sekitar Kinabalu Park dan ada juga yang Repacking semula bag untuk ditinggalkan di Stor Kinabalu Park dengan caj RM10 untuk satu beg. Setelah nama disemak dari segi ejaan, Harus ingat bagi yang mempunyai nama yang panjang perlu ditanya adakah nama tersebut semuanya muat dalam sijil, jika tidak muat maka dipendekkan nama seperti buang perkataan BIN, Binti, A/P, Muhammad pendekkan jadi MUHD kerana sijil muat sekitar 39 huruf (termasuk space bar) sahaja. Setelah permit sudah dapat kami meneruskan perjalanan ke Desa Catle.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Desa Catle
Trip ke Desa Catle sudah termasuk dalam pakej cuma tiket masuk RM4 sahaja dibayar sendiri. Kami sampai di Desa Catle sekitar 3.40pm, suasana dan cuaca baik, kawasan bersuhu sejuk dan dingin. Desa catle ini menjadi tumpuan pengunjung kerana kawasan ladang lembu dengan padang rumput luas seolah-olah seperti di New Zeland. Ramai yang datang sini untuk bergambar dengan berlatar belakangkan Gunung Kinabalu, Kami kurang bernasib baik untuk dapat latarbelakang gunung kinabalu kerana keadaan berkabus di pergunungan.

Singgah di Desa Catle ini jangan lepaskan peluang untuk makan Ais Cream dan juga minum kopi panas sambil menghayati pemandangan. Kawasan Desa Catle ini sebenarnya sudah hampir dengan Mesilau Nasional Park. Jadi jika kita mendaki dari Mesilau jangan lepaskan peluang untuk singgah di sini semasa perjalanan ke Mesilau National Park. Seterusnya kami bertolak ke Mesilau Nasional Park untuk Cek In Chalet.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Mesilau National Park
Kami sampai di Mesilau National Park sekitar jam 5.00pm, kebetulan hujan turun lebat ketika itu tapi sekejap sahaja,suhu memang sejuk la. Kami menginap di Chalet Bishop 1 dan 2. Sekitar jam 6.00pm kami ke Cafe untuk dinner secara buffet. Di cafe ini ada dijual glave dan baju sejuk dan tapi harga mahal la harganya.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Sesi Suai Kenal – Ice Breaking
Sekitar 8.30pm kami berkumpul di Chalet Bisop 1 untuk sesi sual kenal dan juga Taklimat Ringkas pendakian. Setiap peserta memperkenalkan diri masing-masing. Peserta dari pelbagai latar belakang dan peserta paling muda adalah berumur 11 tahun.

Taklimat ringkas merangkumi maklumat trek, masa pendakian, persediaan dan beberapa tip semasa mendaki. Barang yang hendak dibawa naik kebanyakkan peserta hendak bagi portal bawa, Jadi yang perlu ada pada setiap peserta ketika mendaki adalah baju hujan, glove, air dan makanan ringan, serta bekal yang diberi. Camera dan Hp wajib dibawa oleh setiap peserta kerana setiap peserta mungkin akan terpisah jarak mengikut keupayaan masing-masing, jadi camera mesti ada sendiri untuk bergambar kenangan tak kisah la selfie atau selftimer atau mintak pendaki lain atau guide ambilkan. Ini penting keranan kita tidak tahu keadaan cuaca semasa perjalanan naik dan turun adakah clear atau hujan. Semasa di Laban rata nanti peserta juga dinasihatkan supaya memaklumkan kawan2 dan juga guide jika mengalami symtom AMS seperti pening dan sakit kepala atau demam. Biasanya jika kena AMS peserta dinasihatkan untuk tidak meneruskan pendakian ke puncak. Peserta juga diserahkan Tag Nama Permit Mendaki dan dinasihatkan supaya tidak menghilangkan tag ini dan hendaklah dipakai setiap masa. Barang-barang yang tidak diperlukan atau tidak mahu dibawa naik keesokkan harinya boleh di packing dan dihantar ke pejabat Mesilau National Park untuk dihantar ke Kinabalu Park dengan caj RM10 untuk satu beg. Setelah selesai taklimat peserta semua kembali ke dorm masing-masing untuk berehat dan tido.

Bagi peserta yang tidak boleh tido awal, ada yang masih melepak sambil minum kopi dan makan meggi. Makan meggi panas-panas ketika suasana sejuk ni memang terasa best. Di Chalet ini ada disediakan pinggan dan mug, peti sejuk, Dapur atau Hot kettle untuk masak air.

Hari Ketiga 14.06.2014 – Sabtu
Jam 6.00am peserta semua sudah siap sedia bangun dan membuat persiapan. Jam 7.00am kami sudah berada di Cafe untuk sarapan pagi. Makan secara buffet dan diberikan bekal yang mengandungi sandwish, pisang dan air mineral. Setelah semua selesai sarapan kami bergambar kenangan di hadapan Mesilau Cafe sambil menunggu kedatangan guide.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Timbang Beg
Setelah guide sampai kami yang ingin mengambil portal mula mengumpulkan beg di hadapan pintu masuk trek. Guide akan bawa penimbang dan kami semua menimbang beg masing2 dan dicatat pada list nama yang disediakan untuk guide. Di mesilau caj portal adalah M12 bagi setiap 1kg. Peserta digalakkan ambil portal bagi mengurangkan berat beg yang dibawa. Saya cadangkan anda beli waterbag pack yang ada komparment, beg ini selain isi air anda boleh letakkan baju hujan, makanan ringan dan juga bekal. Sebaiknya tangan anda bebas dari menjingjing sebarang beg.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Setelah selesai menimbang beg kami diberi taklimat oleh ketua guide dan diperkenalkan guide dan portal yang akan mengikuti sepanjang trip kami. Setelah taklimat selesai semua peserta membuat sedikit regangan otot yang dipimpin oleh adik Vijayalaxmi Naidu, excited adik ini hendak mendaki. Kami buat sedikit regangan bermula dari kepala hingga turun ke pergelangan kaki. Regangan ini penting bagi memanaskan badan sebelum sesi pendakian.

Setelah semuanya bersedia kami naik ke Cekpoint Mesilau Gate, peserta mengambil gambar guide supaya dapat ingat wajah mereka, ada 4 orang guide semuanya dan 2 orang portal, guide ini diketuai oleh en Kamaluddin. Guide yang selalu saya tempah untuk naik gunung Kinabalu. Jika anda sudah kenal guide atau ada guide pilihan anda perlu contact guide tersebut dan maklumkan date mendaki anda dan semasa pendaftaran di kinabalu park anda sebutkan nama guide tersebut, jadi dapatlah dia jadi guide anda. Jika tidak pihak kinabalu park akan bagi mana-mana guide yang ada pada kita.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Di cekpoint kami perlu tandatangan borang kehadiran dan tunjukkan permit sebelum mula melepasi gate. Di awal pendakian semua sangat excited.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
KM1 – Menaik
Bermula dari 0km ke KM0.5 dan ke km1, trek tidak sukar mendatar dan ada sedikit menaik dan ada tangga-tangga kecil dan pendek. Tidak sukar mendaki dan peserta masih berada dalam satu kumpulan. Selepas KM0.5 peserta akan dapat melihat pemandangan gunung kinabalu dan bergambar. Yang menariknya jika melalui mesilau ini adalah anda dapat lihat banyak view yang cantik berbanding jika anda melalui Timpohon yang tiada view sehingga KM4. Saya sering mengingatkan peserta supaya KM1-KM3 peserta dapat bergerak sedikit laju supaya dapat curi masa. Digalakkan supaya kita cuba buat 1km dalam masa maksimum 1 jam sahaja, dengan itu kita boleh sampai ke Laban Rata dalam masa 8jam maksimum. Jadi jika kita curi masa pada KM1-KM3 so kita ada sedikit masa di KM-KM yang terakhir yang mana kita mungkin sedikit penat dan pelahan.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
KM2 – Menurun – Pondok Schima – Pondok Bambu
Selepas anda melepasi papan tanda KM1, anda akan berjumpa pondok yang pertama iaitu Pondok Schima. Biasanya peserta akan target untuk rehat seketika (take 5) di pondok ini sambil bergambar kerana terdapat view yang cantik berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu. peserta tidak digalakkan berhenti lama atau duduk di pondok ini kerana baru 1km tidak la penat sangat. Selepas melalui pondok ini anda akan bergerak menuruni bukit seterusnya trek mendatar sehingga anda bertemu dengan Papan tanda KM1.5, kemudiannya trek mula menurun lagi sehingga anda bertemu dengan pondok seterusnya iaitu Pondok Bambu. Di pondok bambu ini semua peserta tidak berhenti kerana tidak penat dan tiada view pemandangan. Di pondok ini ada kemudahan tandas dan air paip. Selepas melepasi pondok ini trek masih menurun dan ada sedikit tangga dan masih menurun sehingga anda bertemu dengan papan tanda KM2.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
KM3 – Menurun
Setelah melepasi papan tanda KM2 trek menurun dan mula mendatar seterusnya kembali menurun sehingga jumpa papan tanda KM2.5. Seterusnya anda akan jumpa batu besar, batu besar ini menandakan anda akan berjumpa dengan kawasan air terjun (Waterfall) yang pertama. Di waterfall ini ada satu jambatan kayu yang pendek, disini kebanyakan pendaki berhenti untuk bergambar dan ada yang menyegarkan muka dengan air sungai yang bersih dan sejuk sebelum meneruskan perjalanan. Seterusnya selepas melalui waterfall ini anda akan bertemu dengan Papan Tanda KM3.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
KM4 – Menaik – Pondok Nepenthes – Jambatan Gantung Kipuyut
Seterusnya setelah melepasi papan tanda KM3 anda akan bertemu dengan pondok ketiga iaitu Pondok Nepenthes sebaik sahaja melepasi pondok ini anda akan menurun lagi dan kemudiannya sedikit mendatar dan bertemu dengan sebuah sungai dengan Jambatan Gantung, Jambatan gantung ini dinamakan Jambatan Gantung Kipuyut. Tahun 2013 saya datang masih ada papan tanda nama jambatan ini tapi tahun 2014 saya lihat sudah tiada papan tanda ini. Sungai di jambatan gantung ini juga memberikan pemandangan yang menarik, ramai peserta tidak melepaskan peluang bergambar disini. Semasa di sini peserta group saya masih berjalan dalam kumpulan walaupun ada yang kedepan dan ada yang kebelakang..masih boleh nampak lagi. Setelah melepasi sungai dan jambatan gantung ini trek mula mendaki sedikit dan anda akan bertemu jambatan kayu pendek merentasi sungai, selepas itu terdapat tangga pada KM3.5 dan terus mendaki sehinggala anda bertemu dengan pondak keempat iaitu Pondok Tikalod. Kebanyakkan peserta mula terasa penat dan berehat di pondok ini. Seterusnya selepas melalui pondok ini anda akan jumpa papan tanda KM4.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
KM5 – Menaik – Pondok Lompoyou
Selepas melalui papan tanda KM4 kebanyakkan peserta sudah mulai jauh antara satu sama lain dan tidak lagi berkumpulan. Masing-masing dengan kelajuan tersendiri. Ada yang sudah jauh kedepan dan ada yang perlahan di belakang. Semua peserta tidak perlu risau kerana ada salah seorang guide akan menjadi guide untuk orang yang paling belakang. Sebaik sahaja melalui papan tanda KM4 peserta mula mendaki dan tiada lagi trek mendatar dan menurun dan akan jumpa beberapa tangga dan ada yang panjang, laluan di trek ini pun tiada view dengan kiri kanan hutan. Selepas melepasi K4.5 rasanya anda akan bertemu dengan pondok kelima iaitu Pondok Lompoyou. Biasanya di pondok ini menjadi kebiasaan pendaki berhentik untuk makan bekalan sandwich yang diberi. Di pondok ini anda akan dapat view pemandangan yang cantik dan berada atas bukit. Seterusnya dari pondok ini tak jauh anda akan bertemu dengan kawasan lapang yang dikatakan sebagai HeliPad. Ramai juga yang berhenti di Helipad berbanding dengan Pondok Lompoyou ni kerana view lagi menarik. Dikawasan Helipad ini sebenarnya anda berada di atas rabung gunung dimana kiri dan kanan anda adalah cerun. Jadi view keliling dengan 360 darjah. Disini anda kan lihat pokok- pokok diselaputi sejenis lumut, kawasan ini anda akan mula terasa sejuk dan dingin. Seterusnya anda akan melalui sedikit mendatar di atas rabung yang kecil dan dihadapan anda akan lihat sebuah lagi bukit yang hendak di daki. Sebaik sahaja melepasi rabung ini anda akan mula jumpa tangga yang agak tinggi.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
KM6 – Menurun – Pondok Magnolia
Seterusnya kita akan menaiki tangga yang tinggi dan panjang jugak sebelum berjumpa pondok keenam iaitu Pondok Magnolia yang baru dan ada view. Pondok lama lagi kehadapan dan tiada view, Pondok Magnolia yang lama sudah di runtuhkan, disebabkan pondok ini di tepi cerun dan keadaan tanah yang sentiasa basah dan berair serta berlumut menyebabkan tiada pendaki yang hendak rehat dan jadi usang, mungkin ini sebabnya pihak kinabalu park buatkan pondok yang baru yang ada view. Selepas pondok ini trek mula menurun dan akan landai sebelum berjumpa persimpangan trek Mesilau Timpohon. Di persimpangan ini ada sedikit lapang kawasannya, menjadi kebiasangan pendaki berhenti sekejap sambil menikmati beri-beri merah yang tumbuh liar disini. Disimpang ini anda akan anda akan Jumpa Papan Tanda KM6.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
KM7 – Menaik – Pondok Vilosa
Sebaik sahaja anda bertemu dengan KM6 anda jangan terkejut kerana anda kan jumpa papan tanda 4km. sebenarnya bermula dari simpang papan tanda adalah dari Timpohon. Jarak Gate Timpohon ke Laban Rata adalah 6KM, jadi papan tanda adalah ikut timpohon. Bermula di simpang ini juga anda akan terus mendaki lagi 2km untuk sampai ke Laban Rata. Dari sini trek bertangga dari batu-batu, dan pohok pun sudah mula renek serta terasa dingin. Disini anda akan jumpa peserta dari Timpohon sama ada naik dan turun, tetapi kebanyakkan yang turun la. Anda akan melepasi Papan tanda timpohon KM4.5 yang bermaksud anda sudah KM6.5 dari mesilau. Trek masih menaik dan anda akan jumpa tangga kayu, selepas tangga kayu ini anda akan jumpa kawasan batu lapang , kebiasaannya ramai juga bergambar disini. Atas sikit dari diri anda akan jumpa Pondok Vilosa kat sini terdapat tandas dan jika tidak berkabus anda boleh bergambar berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu. Seterusnya anda naik lagi dan anda akan jumpa Papan Tanda KM5 yang bermaksud ada dari mesilau sudah KM7.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
KM8 – Menaik – Taman Bonsai – Pondok Paka
Sebaik sahaja anda melepasi papan tanda KM5, anda akan melihat pemandangan seperti taman bonsai. Memang cantik. Lebih cantik lagi jika tiada kabus atau tidak berhujan. Semasa saya melalui kawasan ini ia berkabus dan menutupi pemandangan Gunung Kinabalu. Trek makin menaik dengan batu-batu dan anda akan lihat kebanyakkan pokok diselaputi lumut yang panjang2. Selepas melalui kawasan ini anda akan memasuki kawasan seperti hutan semula tiada pemandangan selepas memasuki kawasan ini anda akan bertemu dengan Pondok Paka. Kalau dah jumpa pondok paka ni berbakna anda sudah dekat la. Ada tandas di Pondok ini dan juga air bukit. Saya tak galakkan anda minum air bukit yang di tadah ini jika perut anda sensitif. Seterusnya setelah melepasi pondok ini anda akan bertemu pula dengan papan tanda KM5.5 yang bermaksud anda sudah KM7.5 dari mesilau dan hanya tinggal 500m sahaja lagi untuk sampai ke Laban Rata.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Waras Hut
Dari Papan tanda KM5.5 ini anda akan jumpa chalet pertama iaitu Chalet Waras Hut. Ramai yang kata terasa macam tak waras untuk 500m ni, sebab dah penat dan mental. Tapi sebaik sahaja jumpa Waras Hut ni kebanyakkan pendaki berasa sangat lega. Biasanya ramai akan rehat seketika di sini sebelum melangkah terus ke Laban Rata Rest House. Kiranya kumpul tenaga dan one shot terus ke Laban rata. Laban rata cuma dibelakang Waras Hut sahaja. Sebelum jumpa Cafe Laban Rata Resthouse anda akan jumpa kawasan lapang untuk Helipad. Sampai di Laban Rata kira dah mencapai KM8 dari mesilau dan KM6 dari Timpohon. Kalau dari Timpohon anda boleh sampai di laban rata sekitar jam 1pm-2pm. Tapi kalau dari Mesilau kebiasaannya pendaki sampai sekitar jam 4pm -jam 5pm.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Laban Rata
Laban Rata Resthouse cafe dibuka sekitar jam 4.00pm. Ramai peserta group ini sampai sekitar 4.00pm – 4.30pm. Kalau ikutkan booking ada yang dapat penginapan di Waras Hut, Panar Laban Hut dan Gunting Lagaadan Hut, tapi masa cek in pihak pengurusan bagi kami semua di Gunting Lagaadan sebab katnya senang satu group. Makan di Laban Rata cafe ni memang sedap, sentiasa ada menu kambing (my Faveret ni) Selepas semua makan dan rehat maka yang lain2 mula bergerak ke chalet.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Cuma satu pasangan yang sampai lewat iaitu En Jayaverakumar dan Madam Jayanthi yang sampai sekitar 7.30pm. Anaknya dah tapau siap2 makanan bufet dalam pinggan dan letak atas meja. Jika tak buat begitu, pihak cafe cuma tapaukan nasi goreng sahaja kepada yang lambat. Sekurang2nya ada la juga lauk, sebab cafe tutup pada jam 7.00pm. Para pendaki akan cuba untuk tidur seawal 8.00pm kerana perlu bangun untuk persiapan pada jam 1.00am esoknya. Saya Galakkan semua pendaki untuk turun makan di Laban Rata Cafe supaya ada tenaga untuk mendaki. Tapi kebanyakkan peserta ada bawa bekalan dan malas hendak turun ke Laban Rata Rest House pagi-pagi kerana sejuk dan perlu mendaki 10-15minit. Harus ingat di Laban Rata ini signal telefon sangat rendah. Kebanyakkan guide menggunakan 2 no iaitu no maxis dan celcom, biasanya maxis dapat signal ok jugak di laban rata compare celcome dan Digi. Jadi untuk memudahkan perhubungan ramai yang menggunakan perkhidmatan SMS untuk berhubung dan call hanya bila dapat signal yang kuat sahaja.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Hari Keempat 15.06.2014 – Ahad
Sekitar 2.30am semua pendaki sudah siap sedia untuk mendaki di Gunting Lagadan, kerana Gate ke puncak adalah dibelakang Chalet Gunting Lagaadan. Selepas Taklimat ringkas oleh guide kami semua memulakan pendakian untuk sampai ke puncak yang jaraknya 2.8km sahaja. Semua peserta bergerak dengan kelajuan masing-masing pelahan-lahan tanpa berhenti terlalu lama. Tidak digalakkan untuk berehat lama dan duduk kerana ia akan menyebabkan anda menjadi malas. Cuba target sampai di Last Cek Point Sayat-Sayat sebelum jam 5.00am. Kerana jika anda sampai jam 5.00am anda mungkin tidak dibenarkan melepasi cekpoint tersebut.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Tali Pertama
Setelah mendaki banyak anak tangga kayu anda akan jumpa tali pertama. Disini sudah tiada pokok dan mula mendaki batu. Di tali pertama ini agak curam dan anda perlu memanjat menggunakan lagi di KM6.5. Disini pastikan tangan anda bebas untuk memegang tali, jika ada camera atau tongkat sila masukkan pada beg, Kebetulan ada seorang pendaki wanita dari group lain tergelincir dan terduduk, beliau bernasib baik tidak menggelungsur kebawah gara-gara mendaki tali dengan tongkat. Rasanya dia tidak meneruskan perjalanan kerana buku lalinya sakit. So mesti ingat keselamatan diutamakan. Semasa awal pagi dalam keadaan masih gelap kita tidak terasa sangat curam dan bagi yang gayat dia tidak terasa kerana keadaan gelap.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Km7 – Cek Point Sayat-Sayat
setelah melepasi cerun curam tersebut anda akan melalui kawasan yang sudah kurang curam di KM7. Di Km7 ini anda berjalan sedikit mendatar diatas batu untuk sampai ke Pondok Cek Point Sayat – Sayat. Di cekpoint Sayat-sayat ini sudah dibuat pondok baru yang lebih baik. Dahulunya masa saya mula mendaki padata tahun 2007 masih terdapat pondok telefon telekom. Ketika itu pondok telefon dan telefon masih ada cuma tidak berfungsi. Jadi kalau anda ingin merehat pastikan anda berehat setelah melepasi cekpoint dengan menunjukkan permit. Sebelum ini ada peserta yang berehat sebelum cek point, sebaik nak melepasi masa sudah melepasi jam 5.00am, walaupun dia sampai awal tapi disebabkan dia lambat untuk cekin so dia tidak dibenarkan.. rugi2.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
KM8
Setelah melepasi cekpoint Sayat-Sayat anda akan melalui kawasan yang sering menjadi sungai jika hujan lebat. So kalau hujan lebat dan sungai terbentuk kita juga mungkin tidak dibenarkan melepasi sungai ini dan naik ke puncak. Setelah melepasi kawasan ini anda akan mendaki naik… letih jugak kerana oksigen makin kurang waktu ini. Jalan 5 langkah macam jalan 10 langkah bagi pendaki yang tiada stamina. Seterusnya anda akan berjumpa Papan Tanda Mountain Torgh KM7.7, Selepas anda melalui papan tanda ini anda sudah sampai di atas Gunung Kinabalu dimana trek menaik dan sedikit mendatar, anda akan trekking dengan bersebelahan puncak seperti gambar dalam Duit RM1, anda akan bergerak sehinggalah anda jumpa papan tanda KM8.0. Di papan tanda ini merupakan tempat orang bergambar dan juga landmark Gunung Kinabalu. Disini ada tempat solat yang dibuat daripada susunan batu. Ramai yang bersolat subuh disini. Kebanyakkan solat secara duduk bagi mengelakkan pukulan angin. Biasanya pendaki muslim akan ambil wuduk di Cek poin Sayat-Sayat atau pun ada yang membawa air.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
KM8.5
Dari kawasan ini jika sudah cerah anda akan dapat lihat puncak Gunung Kinabalu iaitu Low Peak yang sudah tidak jauh. So anda bergerak sehingga jumpa papan tanda kecil atas batu KM8.5. So tinggal 300meter sahaja lagi. Selepas papan tanda ini anda akan nampak Bukit Low Peak. Perlu mendaki untuk sampai ke Puncak Low Peak yang ada Papan Tanda Puncak.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Puncak Low  – (Low’s Peak) 4,095 metres
Di puncak ini kawasan cuma kecil, dan ada kabel penghalang keselamatan untuk menghalang dari pendaki terjatuh. Awal tahun ini 2014 ada seorang pendaki watita luar negara (Mat Salleh) yang maut terjatuh dari tebing puncak. Beliau cuma mengambil gambar selfie di sebalik cabel dan dia tergelincir.
Sampai disini anda mesti mengambil gambar anda sendiri samaada selfie atau mintak guide ambilkan kerana jika hendak tunggu kawan sampai ..ia akan makin sesak. lepas bergambar boleh la anda duduk sedikit bawah untuk menunggu teman2 lain.

Disini lah para pendaki yang bawa banner bergambar. Ada yang bawa banner penaja, Bannder syarikat dan macam-macam. Group saya kebanyakkan sampai puncak walaupun ada yang tidak berjaya ke puncak namun ada yang berjaya sampai ke KM8 untuk sesi bergambar.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Sesi Bergambar
Memang menjadi kebiasaan group saya anjurkan akan bergambar di KM8. Kami berkumpul di KM8 sekitar jam 8.00am selepas ke Low Peak. Sesi bergambar berjalan dengan baik sekali kerana cuaca bagus dan tidak berkabus. Kebanyakkan membawa pakaian tradisional seperti Baju Melayu, Baju Kurung dan juga Jubah, ada juga yang bergaung sempena preweding. Setelah selesai bergambar kami terus turun ke Laban Rata. Sampai di chalet sudah melebihi jam 10.00am, tetapi nasib baik peserta yang tidak sampai ke puncak telah tolong cekout kan bilik dan meletak beg di luar bilik.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Sarapan
Semua peserta sarapan pagi di Laban Rata resthouse cafe sebelum turun. setelah siap packing dan memberikan beg pada porter barulah kami semua siap sedia untuk bertolak turun. Sebelum turun kami semua bergambar kenangan di kawasan Helipad.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Untuk perjalanan turun ini saya akan ceritakan bermula dari KM4 Timpohon, Memandangkan naik saya dah ceritakan dari mesilau sehingga persimpangan antara mesilau dan timpohon. Perjalanan turun memang lebih mudah jika melalui Timpohon Trail ini. Saya pernah buat rekod cuma turun dalam masa 2jam 30minit sahaja, memang laju berlari, tapi itu dulu la masa masih muda. Sekrang tidak lagi kena jaga kesihatan lutut. Sekarang turun ikut kemampuan tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. Tidak digalakkan berlari turun kerana amat berbahaya berlaku risiko kecerderaan pergelangan kaki dan juga lutut.
Kinabalu 2014
KM4 – Pondok Layang-Layang
Setelah melepasi papan tanda KM4 anda akan bertemu dengan Pondok Layang-Layang. Di pondok ini ada chalet mini untuk renjer dan juga guide. Saya terjumpa dengan dua orang penyelidik dari luar negara yang menurut mereka mereka menginap di Pondok Layang-layang satu malam sebelum meneruskan perjalanan bermalam di puncak 2 malam. Mereka ni penyelidik tumbuhan. Menjadi kebiasanya kalau kita naik dari Timpohon, pondok Layang-layang ni merupakan tempat hentian untuk makan bekalan yang di tapau.
Kinabalu 2014
KM3 – Pondok Mempening
Bermula dari KM4 menurun ke Timpohon Gate, kita tidak lagi dapat melihat pemandangan, trek dilitupi pokok2 sepanjang perjalanan turun. Trek berbatu dan bertangga. Seterusnya anda akan jumpa Pondok Mempening setelah melalui papan tanda KM3.5. Terdapat tandas di pondok ini dan kawasannya agak kecil. Anda akan bergerak sehingga bertemu dengan papan tanda KM3.

KM2 – Pondok Lowii
Setelah melalui KM3 anda akan melalui kawasan sedikit mendatar. Setelah melepasi KM2.5 anda akan bertemu dengan Papan Tanda Stesen Pemancar TV RTM Layang Layang. Trek ke stesen pemancar ni kecik sahaja laluannya mungkin jarang dimasuki orang. Seterusnya anda ankan bertemu dengan Pondok Lowii
Kinabalu 2014
KM1 – Pondok Ubah, Pondok Kandis – Air Terjun Garson
Di KM1.5 anda akan bertemu dengan pondok Ubah dan seterusnya dalam setelah melepasi KM1 anda akan bertemu pula dengan Pondok Kandis. Antara pondok Ubah ke Pondok kandis anda akan bertemu dengan trek yang ada antaranya mendatar. So di kawasan ini anda boleh memperlajukan langkah jika mahu. Seterusnya perjalanan semakin hampir bila anda bertemu dengan Air Terjun Garson. Setelah bertemu air terjun ini maka sudah dekat la dengan Timpohon Gate.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Akhirnya sehingga jam 6.00pm kesemua pendaki telah berjaya selamat sampai di Timpohon gate. ada yang sampai sekitar 3.30pm dan ada yang sampai sekitar jam 5.00pm. Yang sampai awal di kinabalu Park dan di Balsam Cafe telah tapaukan makanan kepada yang lewat.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Seterusnya setelah beg dan sijil di ambil di Kinabalu park kami semua bertolak pulang ke Backpacker di Kota Kinabalu. Ada yang terus dihantar ke Marina Court kerana ada ambil pakej Rafting keesokkan harinya.

Makan Malam
Setelah siap membersihkan diri, peserta keluar mencuba makanan laut di tepi pasar Besar. Banyak gerai yang menghidangkan makanan laut. Tak pasti gerai mana yang sedap dan murah, kami cuma mencuba mana-mana gerai yang kami rasakan sedap sahaja. Harga pun ok boleh tahan.

Hari Kelima 16.06.2014 – Ahad
Hari kelima ini aktiviti bebas, Joana Puteh dan geng, Shahida and geng meneruskan aktiviti White Water Rafting. Manakala peserta yang lain ada yang balik penerbangan awal pagi, tengahari dan juga malam. Biasanya saya akan ke Pulau Manukan (Island Hopping) untuk snorkeling. Tapi kebetulan kali ini peserta tidak berkesempatan kerana jadual penerbangan yang berbeza, so yang balik lambat ada yang rehat dan ada yang pergi shooping.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Sekitar jam 12.00 tengahari kami yang penerbangan petang dan malam sudah siap-siap cek out, Barang letak di luar bilik dan lepak di tempat berehat sambil menonton TV dan juga melayari Internet di PC yang disediakan. Di backpacker ada disediakan ruang santai lepak dan juga kawasan sofa untuk pembacaaan. Disamping itu kami yang sudah cek out ini masih boleh mandi di toilet luar yang disediakan. Memang selesa.

Seterusnya kami semua pulang ke destinasi masing2. Pesawat Air Asia kebetulan delay, Saya menaiki Pesawat Malindo tiba dahulu :).

Ribuan terima kasih kepada semua peserta yang telah turut serta dalam rombongan kali ini. Terima kasih juga kepada Lagionella Erika, Asim, Habibah, Koh dan kawan-kawan yang lain yang telah memberikan gambar untuk saya muatkan dalam blog saya ini.Ada juga gambar2 dari trip saya yang lepas turut saya masukkan untuk selari penulisan dengan entri ini.
Kinabalu 2014
Terima Kasih Penaja Syarikat Sedijaya Enterprises
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Syarikat Sedijaya Enterprises kerana sudi menaja Tshirt pendakian Mt Kinabalu 2014 yang berwarna oren dan juga Banner. Terima kasih yang tidak terhingga dari saya dan juga para peserta di atas Penajaan tersebut.

Sekian

 

Tentative

Hari Pertama – 12.06.2014 – Khamis
– Penginapan Backpacker (Hostel Dorm), disediakan bagi yang datang awal, atau malam.
– Penginapan di Borneo Backpacker

Jumaat – 13.06.2014 – Hari Pakej
– Jika sampai awal boleh rehat di Backpacker
– 12.00pm – Tranport akan pickup dan hantar ke Mesilau Park
– 01.00pm – Singgah makan tengahari dalam perjalanan
– 02.00pm – Singgah Kinabalu Park Pendaftaran
– 02.30pm – Singgah Chatel Farm – Tiket masuk sendiri (Rm4)
– 04.00pm – Sampai Mesilau Park – Cek in
– 06.00pm – Dinner

Sabtu – 14.06.2014
– 07.00am – Sarapan
– 08.00am – Mula mendaki via Mesilau Gate
– 05.00pm – Sampai Laban Rata – Dinner
– 08.00pm – Tido

Ahad – 15.06.2014
– 01.00am – Sarapan
– 02.30am – Mula mendaki ke Puncak
– 05.00am – Sampi di Peak
– 08.00am – Mula turun ke Laban Rata
– 10.00am – Cek out dan turun ke timpohon
– 03.00pm – Sampai Timpohon Gate
– 03.30pm – Hi-Tea dan ambil Sijil
– 07.00pm – Transfer ke KK cek in di Backpacker Hostel/ Airport
– Program Tamat

Isnin – 16.06.2014
– 08.00am – Free and Easy (Sendirian Berhad)
– 08.00pm – ke Airport – Balik KL

 

Perkongsian Penulisan dari Peserta
Berikut dibawah ini saya sharekan penulisan dari dua orang peserta dan sahabat saya iaitu Azim Ashaary dan juga Madam Jayanthi yang menyentuh perasaan saya. Penulisan ini saya copy dari Facebook Azim dan juga Madam Jayanthi. Harap peserta dapat merasai pengalaman mereka.

Have Fun Reading…. 🙂

Kinabalu 2014
Azim Ashaary

June 16 · Edited

Ringkasan Laporan pendakian Gunung Kinabalu 13 – 15 June 2014.

Dari Mesilau nature Resort, bertolak pada jam 8.30am menuju ke Laban Rata Rest House. Kumpulan kami seramai 24 orang. Fun. Terdiri dari pelbagai bangsa dan umur. Cuaca baik. Sesekali gerimis. Mesilau trail ada tambahan 2km dari Timpohon trail but I enjoyed the scenery along the mesilau trail even it’s longer than timpohon. With a burden 18kg at my back, it does slow me down. Keep moving anyway.

Tiba di Laban rata Rest house jam 4.05pm. Berehat sebentar di Cafe sebelum buffet bermula pada jam 4.30pm. Makan dan berbual bersama teman lain yang dah tiba. Kami akan bermalam di Gunting Lagadan Hut. Balik ke bilik dan mandi, solat, baca yassin dan terus tidur pada jam 8pm.

Jam 1am. Alarm telefon berbunyi.

Bangun dan kepala ada sedikit pening. Mungkin kesan AMS. Sapu minyak angin dan terus bersiap untuk mendaki ke puncak. Jam 3am, memulakan perjalanan ke puncak dari gunting lagadan gate. Sedikit lewat dari kebiasaan. Biasanya jam 2am dah sepatutnya make a move.

Pendakian adalah slow dan steady. Naik tangga dan laluan berbatu. Sampai part paling kritikal di tempat laluan bertali. Sebelum sayat sayat check point. Climber must arrived at sayat sayat check point before 5am. We arrived there at 4.05am. Within time frame given.

Another challenge i had to face – to watch out one 14 years old indian little girl, vijay because I’ve promised to her parent I will take care of her. Apparently her parents not fit to make it to the top. They were in my group so I try my best to help them. Sampai km6 she keep asking me jauh lagi ke uncle nak sampai. I just telling her we almost there.

Sampai di km 7.5

We stop by at the flat area to solat subuh berjemaah. With abang sham, kak dila dan haiza. Because we stop too long maybe that’s the reason why vijay don’ want to do this anymore. She felt give up and so sleepy. Can’t laugh anymore at our joke. So close to km8.0. I decided to carry her at my back. Just to make sure she can make it to the 8km. Bergilir dukung vijay dengan our porter, Adi. And finally we arrived at km8 where she can rest safely. Am so proud of her though. Kuat semangat walaupun baru umur 14 tahun.

Watching the sunrise at km8. Not so clear sebab awan dan kabus tebal. But I can see the ray of lights and that’s enough for me.

Leave her with our guide, I continued to another 700 meter to the lows peak. Am so glad cuaca adalah baik. Kalau hujan mesti sangat tak selesa dan sejuk. Angin pun tak kuat mana.. sesekali berangin dan banyak kabus but everything still under our reach. Sampai di lows peak around 7am.. cuaca dah cerah dan terang. Sejuk tu memang sejuk sampai kebas tangan walaupun dah pakai sarung tangan. Our team members ramai sampai sama-sama di puncak so acara bergambar adalah sangat rancak. Banner sampai dua tiga keluar. Kesian lah orang duk tunggu giliran nak ambil gambar. Some people say macam kelakar sebab signage bodoh tu semua berebut nak ambik gambar dan seksa diri. But for me, it’s a sign of achievement. Masing-masing punya pendapat.

Turun balik quite easy. But still have to watch the step. One thing I want to remind you guys, don’t you ever be overconfident walaupun korang memang terer. Sebab malang tak berbau. Cuai sesaat merana sepanjang hayat. Be careful all the time ya. Sampai di km8 sempat lagi our group buat photoshoot baju raya. Ada pakai baju melayu baju raya jubah baju kurung, dress pun ada. Semua sporting! Later lah aku share gambar dengan korang ya. It was fun! Sejuk gila tangan dan kaki dah kebas tapi demi photoshoot gagahkan diri jugak lah.

Tak lupa juga aku rakamkan pemandangan indah di atas gunung kinabalu ni. Subhanallah! MAHA SUCI ALLAH yang menciptakan alam ini dengan indah.

Then at 9am semua pakat pakat turun ke gunting Lagadan semula. Tolong abang Sham turun sebab dia gayat dan ada masalah sakit lutut. Perjalanan turun lebih mudah dari naik dan pemandangan yang sangat menarik juga dapat dilihat. dalam jam 10am sampai di gunting Lagadan dan mandi manda serta tukar baju. Buffet breakfast sampai jam 10.30am sahaja tapi ada a few members from our group da siap tapaukan dulu di laban rata rest house. Turun ke cafe sarapan pagi jam 11am. Makan makan dan berkongsi pengalaman mendaki tadi. Ada jugak our member group yang tak dapat sampai ke puncak. But it’s okay. Kesihatan lebih penting. Know your limit and your potential. Tak lari gunung dikejar.

By 12pm, we gathered at the heli pad outside of laban rata rest house before memulakan journey turun via timpohon gate. Ambik gambar dulu then we start untuk turun. From my previous record I take 1 jam 50 minit to turun. Tu pun dah cuba sedaya upaya follow pace porter. This time around just want to follow my own pace. Turun tak berhenti rest sebab nak cepat sampai. By 2.30pm da sampai di timpohon gate. Congratulations you are all the successful climbers!

Mission accomplished. I conquered mount kinabalu again for the third time. This time around I felt so much better than last year. I think when you do something to others and not about yourself, you gonna enjoy everything peacefully and that’s what I felt throughout this journey. It’s not about me anymore. It’s about Helping people, sharing the knowledge, don’t think about a negative things and there you go – I really enjoy this trip so much!

Congratulations to all of my friends yang dapat sampai ke puncak dengan jayanya. 4095.2 m, the highest mountain of Malaysia . Kepada yang tak berjaya, boleh cuba lagi tahun depan. tak lari gunung dikejar. Quite disappointed because my sister Ayang Ati can’t make it to the top but heath is much more important kan. Try again next time ya!

Thanks to all of my friends yang helping each other sepanjang waktu mendaki. Abang sham, tinagar, kak dila, mydy, hafizah, haiza, kak haida, ellis, puteh, fizi, izuan, zura, ziana, efah, kak bib, just to name a few. You guys are fun and sporting! To Mr. Jaya and madam Jayanthi, proud of your daughter vijay because she made it to the km8. Thanks to our malim gunung, Din, and our porter/guide hamidi, shahrul, Adi. We’ll see each other again. Thanks to the organiser Abdul Hamydy Abdul Hamid for the memorable trip .hope to see you guys again in another hiking trip!

Insya Allah.

*karang laporan mendaki gunung kinabalu ni di KKIA Terminal 2 sebab flight delayed. Dah 2 jam from 2 pm – 4pm.delayed. tak tahu lah jam berapa nak sampai KL ni.

— feeling accomplished with Habibah Sulaiman and 9 others at Mount Kinabalu(30 photos)

 

Kinabalu 2014
Jayanthi Reddy

June 19

Wonderful journey…………

I had a fascinating, adventures and non forgettable experience in KK. At first, I was quite reluctant to go for this trip, however I was feeling that it would be wonderful to be there with my whole family (except my little one). Thank you to Hamydy for the advice on the journey. I forced my whole family to go for training prior to the actual trip ( believe me just simple training such as walking 10 km per week or hiking Broga Hill alone is not enough)
On the 14/6/2014, we ( my husband Jaya Kumar and my two kids Vijaya Laxmi and Tana Laxmi ) went to the Kinabalu park, after we kept our luggage there, we went to Mesilau Nature park resort to stay a night before the adventures journey began. On the way we had an opportunity to visit Kundasang cow farm.
The next morning around 8 am, all of us were so excited to continue our journey. The first 1 km was so excited, all of us were together. As we progresses, we had to split following our own speed. My two daughters, was excellent…. They were very energetic. My husband and I had to go at our own speed. I thought at that moment, it is not easy at all ( only at 2 km). At 3 km, Tanalaxmi couldn’t carry her bag anymore. I have no other option than to carry it, eventhough the bag is only around 2kg, I felt like 10kg.
I tried my very best to carry it. It makes me to walk even slower.
Every 0.5km seems to be as though 10 km. Really….. It is not easy at all, even you go for regular training, maybe my knee is not strong enough to take this challenge…. However, I still continue…. At around 3.5 km, I lost my husband… Ops… What I meant was I couldn’t see his sight. I waited at the resting hut there. I saw some KTAR’s student who told me that my hubby was hurt.
I had to wait for him, I felt sorry for him because I pass my daughter’s bag to him just before the rest hut. We walk slowly to ensure no further damage to our knees.
the journey seems to be tougher and tougher….. We still try to walk but I realized that my steps are being slower…. My hubby was still with me that makes me the courage to continue the journey….. At around, 4.30 pm, Vijayalaxmi called us to inform that she already reach Labuan rata (3, 323.2 m). But, she told us that Tanalaxmi was not with her. We were panic…. Where is Tanalaxmi????Even, Vijayalaxmi was panic too. We were 2 km to Labuan rata, but deep in my heart I knew that we would not reach before 7 pm because the trail became tougher, the rocks were rough, uneven, to make thing worse it is raining…. We had to stop to wear rain cot. Along the way, I was keep on praying that she will be ok….
Thank god that at around 6pm, Vijayalaxmi called us to inform us that Tanalaxmi was ok.
We continue, walk and walk…. It seems to be never ending journey…..the 1.5 km was really challenging our physical and mental. Our water supply, finish at the last 0.5 km. I felt like giving up…. I even told my hubby that’s enough… I knew I still have to walk. In the dark (eventhough wearing head torch light), cold (raining heavily), heavy bag ( needs to carry extra loads) and very very rough trail, makes me as tough to cry…. But the God is there I believe, the jungle ranger came to help. Thank God, he had some water supply and he carried my bag. Believe me, even 0.5km is not easy…..We walk up and reach Labuan rata around 7.30 pm. My husband and I felt relieved to saw Hamydy and Hafiza there. They were waiting for us at the cafeteria… Thank god I reached at least 3,323.20m. Thank you to my hubby too because being together with me through out this tough journey…..
After dinner we went to our room, it is like domiciliary. Our family had a very small room with 2 double deckers. Tanalaxmi was fast asleep and Vijayalaxmi is still waiting for me. I told my hubby I will not go to the next 2 km…. Eventhough, I wish to continue but I don’t want to compromise my health. My husband understand it.
At 1 am, Vijayalaxmi and my husband wake up and got ready to continue their journey to the top. I knew Vijayalaxmi was a bit reluctant because, I can see from her eyes that she knew that her both parents are not too fit to continue…. But, I know she can do it. But I believed that God still be at our side when Azim Ashaary told us that he will take care of our little one. He had encourage Vijayalaxmi to continue her journey to the peak….
It is very cold and Vijayalaxmi was shivering eventhough she is wearing a thick clothing and gloves….. I am proud that she continue…… My hubby, Vijayalaxmi and the rest of the team walked up towards the mountain. I only pray that all of them will be ok….
At 8am, Vijayalami knock our door, she told me that she reached up with the help of Azim. Thank you Azim, that was great…… I kissed her because I am so proud of her. She was the first to reach the peak from my family… Well done… Bravo……
After we eat our breakfast, we walk down first knowing our limitation that we are quite slow. Again, Vijayalaxmi and Tanalaxmi walked very fast leaving us behind….
But, I was quite faithful to wait for my hubby… We reach down around 5 pm…

This journey taught me a lot and it became a life time experience to me and my family. Eventhough, I did not reach to the peak but I am still proud of myself ( did my level best) and my family ( to reach at least to Labuan rata together). Furthermore, I had to thank Hamydy to give us this wonderful opportunity to explore the God’s wonder with my whole family. Thank you Azim to actually be a role model for my kids and to teach them that reaching to the peak alone is not important but how you reach the peak is important ( by helping others to reach too). Hope that what you had instilled in her will remain. God may bless you for you good deed. Azim you are really a hero in our expedition for my family. Not forgetting, Koh who really helped my little one Tanalaxmi to carry her bag. You had been a heroin to Tanalaxmi, I am sure she will not forget you forever…..
Finally to anyone whom had helped my family and myself that I did not mention here, thank you very very much….. God may bless you all. My family and myself will always treasure the experiences and the good deeds. I felt I had achieved my objectives my reaching at least to Labuan rata with my family at this age….. I hope Vijayalaxmi will guide her two sisters Tanalaxmi and Yugalaxmi to reach the peak one day……. Thanks to everyone…….

— with Azim Ashaary and 8 others(10 photos)

Posted in Backpacker, Pendakian Gunung | Tagged: , , | 8 Comments »

ALTEL – Syarikat Telekomunikasi Baru

Posted by hamydy on 16, July 2014

ALTEL
ALTEL – Syarikat Telekomunikasi Baru
Saya pun baru dengar tentang syarikat ini. Setelah saya baca di laman web rasmi http://www.altel.my baru la saya tahu yang syarikat ini adalah dari kumpulan syarikat bumiputera iaiti Tan Sri Syed Albukhary. Wah akhirnya ada juga syarikat melayu yang buat rangkaian telekomunikasi ini. Syabas dan tahniah kepada Tan Sri Syed Albukhary kerana berusaha memecahkan monopoly dari syarikat bukan bumi dan semoga terus bertambah maju dan gah..

Altel Communications Sdn Bhd (ALTEL) mula beroperasi pada Julai 2012 dan merupakan sebahagian daripada Kumpulan Syarikat Al-Bukhary.
Di bawah anak syarikat Puncak Semangat Sdn Bhd, Altel telah berkecimpung di dalam industri telekomunikasi dan diperuntukkan spektrum untuk membina sebuah rangkaian mudah alih. Kami ingin menjadi pembekal khidmat telekomunikasi utama yang menyediakan Long Term Evolution (LTE) (4G), bagi semua perkhidmatan yang berkaitan dengan pembekalan servis telekomunikasi, penyampaian strategik, teknologi telefon bimbit dengan kepantasan yang laju, selaras dengan nilai-nilai dan visi syarikat.” – Sumber dari website www.altel.my
ALTEL
Walaupun sudah diperkenalkan sejak January 2012, namun tak banyak promosi dan juga iklan di TV, saya tidak pasti kenapa. Kalau kita cari simcard juga tak banyak kedai yang menawarkannya. Saya kebetulan pergi Shah Alam, saya mencari di Plaza Alam Sentral tingkat 3. Kawan saya yang bagi tahu lokasi kedai tu, memang senang jugak nak nampak sebab sigbord besar pada kedai. Tapi pelik jugak masa saya mula2 sampai di tingkat tiga saya ada bertanya pada kedai telefon yang mula2 saya jumpa, saya tanya kat mana ada jual sim card Altel, peniaga tersebut cakap dia tak jual dan tak tahu, pastu siap promote simcard celcome lagi. So saya pun pusing lagi barulah jumpa kedai tu.
ALTEL ALTEL
Kedai tu bukan dealer Altel, dia cuma jual simcard sahaja. So lepas pilih no yang berkenan, saya terus beli harga simcard RM7 sahaja, dalamnya ada kredit RM5, Selepas isi borang pendaftaran, ada petugas registerkan terus melalui telefon. Kejap sahaja terus dapat SMS mengatakan “This Altel Number has been successfully register under “nama saya ler”. Selepas dah register saya buat panggilan pertama untuk membolehkan buat pilihan bahasa, selepas tu dah boleh Top Up.

Lokasi yang saya tahu ada jual simcard ini adalah Plaza Alam Sentral Tingkat 3, Pertama Kompleks Ground Floor kedai G-85. untuk lokasi lain boleh tengok pada websitenya.

Antara plan yang buat saya tertarik adalah RM28 untuk Altel pakej 365, iaitu kita topup RM30 then tolak RM28 untuk pilih pakej 365, nah sekarang tempoh sah dapat selama satu tahun. Sudah tak risau expired. Bila kredit habis top up saja, kalau tak abis kredit tu sim masih sah selama setahun. Bagus kan pakej ini. Teringat dulu2 ada pakej studen yang mana tempoh sah selama beberapa tahun.

Saya dah cuba so saya rasa ok la. tentang liputan atau servis ker tu, biasala mana2 new company still ada masalah dan sedang memperbaikinyakan, kita sokong dan sabar nanti lama2 dia akan maju dan coverage makin baik la. Setakat ini saya sudah gunakan internet 1GB, SMS, Call di kawasan Kuala Lumpur dan semuanya OK tiada masalah, saya belum cuba di kawasan lain lagi.

Berikut dibawah ini saya sharekan info yang saya copy past dari website ALTEL

Pelan Tambah Nilai

DENOMINASI – Fleksi – PIN-less, Easy Reload TEMPOH DENOMINASI – Sederhana – Physical Scratch Cards & Soft Pins TEMPOH
 RM 3 – RM 4 3 hari RM 5 5 hari
 RM 5 – RM 9 5 hari RM 10 20 hari
 RM 10 – RM 19 20 hari RM 30 60 hari
 RM 20 – RM 29 45 hari RM 50 90 hari
 RM 30 – RM 49 60 hari
 RM 50 – RM 250 90 hari
Perhatian: Denominasi Fleksi Flexi bermula daripada RM3 sehingga RM250 (kenaikan RM1)

 

Altel Tiga Enam Lima

Lanjutkan tempoh aktif kredit sehingga 365 hari dan sentiasa berhubung sepanjang tahun!
Nikmati tempoh sah kredit sehingga 365 hari hanya pada RM28 dengan Altel Tiga Enam Lima
Taip EXTEND dan hantar ke 25835

Pelan Jalur Lebar Mudah Alih

Untuk melanggan, hanya pastikan anda mempunyai baki kredit yang mencukupi di dalam akaun anda untuk pelan pilihan anda diaktifkan.

MINGGUAN BULANAN
Kuota 500MB 1GB 2GB
Tempoh 7 hari 30 hari 30 hari
Harga (RM) 15 28 48
Langganan Taip MB WEEK dan hantar ke 25835 Taip MB 1GB dan hantar ke 25835 Taip MB MONTH dan hantar ke 25835
 Periksa tempoh/kuota = Hantar MB BAL ke 25835  Menu Tambahan = Hantar MB HELP ke 25835

 

ALTEL

Sekian 🙂

Sumber Bacaan lain

1. http://www.themalaymailonline.com/tech-gadgets/article/syed-mokhtars-altel-takes-measured-approach-to-its-launch
2. http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20130731/ko_02/Syarikat-telekomunikasi–Altel-masuki-pasaran
3. http://www.lowyat.net/2013/08/altel-now-live-plans-and-pricing-unveiled/
4. http://www.sinarharian.com.my/bisnes/altel-lancar-pelan-prabayar-berpatutan-1.205673

 

Posted in Multimedia ICT | Tagged: , , | Leave a Comment »

Art Sphere di Atmosphere

Posted by hamydy on 6, July 2014

Art Sphere
Art Sphere di Atmosphere
Jalan-jalan ke Pasar Borong Selangor saya singgah di Art Sphere di Atmosphere. Tempat ini adalah Lot Kedai baru yang hampir siap pembinaannya. Belom dibuka sepenuhnya lagi. Idea untuk membuat lukisan mural 3D ini oleh pemilik banggunan ini merupakan suatu idea yang bijak kerana sebelum ia dibuka sepenuhnya orang ramai sudah tahu dan sudah berkunjung ketempat ini untuk melihat lukisan dan bergambar dengan lukisan mural ini.
Art Sphere Art Sphere
Hujung minggu memang ramai yang berkunjung kesini. Tak perlu kita pergi sampai ke Penang untuk lihat lukisan murah ini. Lukisan memang cantik la. Ada banyak lokasi lukisan ini dalam kawasan premis yang besar ini
Art Sphere Art Sphere
Terdapat lebih kurang 80 lukisan mural pelbagai rupa yang dilukis oleh 20 orang artis. So anda perlukan masa hampir 2 jam jika hendak melihat semua lukisan mural ini sambil bergambar. Lokasi Art Sphere di Atmosphere ini dibelakang Giant Sri Kembangan di Taman Prima Tropika dekat dengan trafik light. Takjauh dengan Pasar Borong Selangor. Tiada apa lagi kat premis ini. Jadi kalau anda ke Giant Sri Kembangan atau Pasar Borong Selangor boleh la singgah sini untuk bergambar.
Art Sphere Art Sphere
Art Sphere Art Sphere

Alamat
Artsphere 20/8ty 3D Murals, Jalan Prima Tropika,
Taman Prima Tropika, 43300 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia

Koordinat : 2.981690, 101.662260

Posted in Cuti2 Malaysia, Riadah Santai | Tagged: , , , | Leave a Comment »

Restoran Masakan Arab ~ Restoran Half Moon

Posted by hamydy on 3, July 2014

Restoran Half Moon
Restoran Masakan Arab ~ Restoran Half Moon
Jalan-jalan cari makan Bulan Puasa kali ini membawa saya ke sebuah lagi restoran masakan arab di Seri Kembangan. Restoran ini pun banyak jadi buah mulut orang. Kalau berbuka puasa di sini memang penuh orang. Jadi bagi mengelakkan kesesakkan saya datang sedikit lewat iaitu selepas solat Magrib. Saya berbuka puasa dahulu di dengan kurma, sekeping murtabak dan air semasa dalam perjalanan. Saya sampai sekitar jam 8.00pm dan sudah ada meja 1-2 yang kosong. Restoran ini ada 2 lot kedai yang bertentangan, lebih selesa makan di lot yang bertentangan dan bersebelahan kedai runcit arab. Kat sini cuma ada meja makan dan bilik surau sahaja. Lot kedai utama semua masakan dimasak disitu.
Restoran Half Moon Restoran Half Moon
Hasil bacaan dari blog-blog, mengatakan Restoran ini dimiliki oleh wanita malaysia yang berkahwin dengan lelaki arab Yaman. Semasa kunjungan saya, memang ramai orang arab makan kat sini tambah lagi orang kita yang makan kat sini. Saya terjumpa juga 3 pasangan suami isteri kawen campur wanita melayu dan lelaki arab. Ermmm nampaknya ramai jugak wanita melayu kita yang kawen dengan Pak Arab.
Restoran Half Moon Restoran Half Moon
Ok berbalik kepada kunjungan saya. Memandangkan hidangan nasi arab ni banyak, sepinggan nasi pun dah kenyang giler. Maka saya tak oder banyak menu. Kali ini saya mencuba menu lain pulak, menu biasa seperti Kabsah, Mandy, Haneth, Madghut dan Royal dah biasa saya cuba di restoran arab lain, kebanyakkan rasanya hampir sama kecuali tektur daging sahaja berbeza.

Jadi kali ini saya mencuba menu berikut:

1. Oqda Lamb & Hummus & Rice = RM15
2. Mixed Grilled = RM24
3. Roti Arab sekeping = RM2
4. Kopi Arab = RM2
5. Barbican = RM2.50
Restoran Half Moon Restoran Half Moon
Sementara menunggu hidangan dimasak, pengunjung dihidangkan soup panas yg di perah dengan limau nipis sebagai pembuka selera. Sedap juga Soup ini anda boleh cuba. Set Oqda Lamb & Hummus & Rice di makan dengan sambal arab memang sedap. Mixed Grilled pula ada lah campuran Kambing, Ayam dan daging sedap jugak. Satu pinggan pun dah kenyang, saya makan separuh sahaja bakinya saya tapau bawa pulang. Jangan risau jika anda tidak habis makan sbb ada bekas plastik disediakan untuk di bungkus pulang.. cuma minta petugas restoran untuk tapaukan. Makan masakan arab ni kalau tak minum air spakling tak sah iaitu Barbican yang ada beberapa perisa.

Antara Menu2 seperti berikut:
Restoran Half Moon Restoran Half Moon
Restoran Half Moon Restoran Half Moon

Pasar Mini Arab Corner
Sebelah Restoran ini ada Kedai Runcit yang menjual barangan dari tanah arab. Seperti Air Barbican, Pelbagai jenis Minyak Zaitun, Jeruk, Keju, dan pelbagai lagi.. kedai runcit ini kecil sahaja anda boleh cuba la.
Restoran Half Moon Restoran Half Moon
Restoran Half Moon Restoran Half Moon

Restoran Half Moon ini juga menerima tempahan untuk Banquets, Catering dan Buffet.

Alamat Restoran Seperti Berikut

Restoran Half Moon
Middle Eastern Restaurant and Diner
9-1, Jln SP 2/8, Tmn Serdang Perdana (btw South City Plaza & East Lake View Condo),
43300 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia
H/P : 019-254 9675, 017-632 5861, 017-218 0495
Tel : 03-8941 4730

Koordinat : 3.031366, 101.707220

Posted in Jalan2 Cari Makan | Tagged: , , , , , , | Leave a Comment »