Gunung Kinabalu March 2009
Posted by hamydy on 20, March 2009
Trip ke Gunung Kinabalu kali ini merupakan kali ke3 aku anjurkan.
seramai 10 semuanya yang pergi. Pada mulanya ramai yang mendaftarkan nama pada aku dalam 20 orang, tetapi apabila Kinabalu park keluarkan harga baru yang agak meletop, terus ramai yang tarik diri. So tinggal je 10.
So nak citer banyak pun, ramai yang dah biasa pergi. Trip sebelum ini pun aku dah post kat sini. cuma apa yang aku nak share kat sini adalah maklumat perjalanan dan penginapan yang aku dapat untuk dikongsi bersama kawan2 lain yang ingin kesana.
Tempahan : Aku buat tempahan terus ke kinabalu park(Sutera Sanctuary Lodges) melalui
Email: sswisma@suteraharbour.com.my, sslgillian@suteraharbour.com.my, ssl_reservation@suteraharbour.com.my
web: http://www.suterasanctuarylodges.com
Penginapan dan Pengangkutan : Dengan Lavender Lodge, Hotel ini boleh terus uruskan pengangkutan kita pergi dan balik ke kinabalu park serta ambik dan hantar ke Airport. Cuma bayar sekali je kat dia dah termasuk penginapan dan pengangkutan. pengangkutan dia cas cuma RM600 pergi dan balik dari hotel ke kinabalu park. Ambik dan hantar ke Airport free (tapi syarat menginap hotel sekurang2nya 2 malam)
Komen aku tentang Lavender Lodge. Tempat ni selesa dan menarik. Pekerja dan bos dia juga peramah. Sarapan pagi berupa roti, kopi dan teh turut disediakan. Wifi free jika ada labtop sendiri, jika guna pc dia cas 3 sejam. Harga berpatutan murah.
Selepas check out, mereka benarkan kita letak bag dan juga mandi so tak perlu sewa bilik semata2 untuk letak bag.
Contact Lavender Lodge
Address 1st-3rd Floor, No.6, Jalan Laiman Diki,
Kg. Air, Kota Kinabalu, Sabah.
Tel: (6088) 217 119
Fax : (6088) 218 077
Email : lavend07@streamyx.com (Danial Soo) dia punya bos
http://www.lavenderlodge.com.my
Kenderaan (Jika nak direct) : aldy_streetmover@yahoo.com (Tel: 013 8519904 – aldy) kalau call aldy Cuma mention nama aku (hamydy) nanti dia boleh bagi diskaun.
komen trip kali ini: Cuaca tidak menyebelahi kami. sepanjang perjalanan naik dan turun hujan. Kabus tebal, Harapan untuk mengambil gambar yang banyak tidak tercapai.
ONTACT
Sutera Sanctuary Lodges
G 15, Ground Floor, Wisma Sabah
8000 Kota Kinabalu Sabah
tel : 088 243629
Fax: 088 259552
Email : info@suterasanctuarylodges.com
Web : : http://www.suterasanctuarylodges.com
email untuk tempahan : sswisma@suteraharbour.com.my, sslgillian@suteraharbour.com.my, ssl_reservation@suteraharbour.com.my
1. Harga Yuran Mendaki Gunung Kinabalu
2. Harga Pakej penginapan Mendaki kinabalu
Untuk mengetahui kos dan juga tentative program mendaki kinabalu yang ini pembaca boleh melayari post saya yang sebelum ini di
https://hamydy.wordpress.com/2008/11/28/gunung-kinabalu-2009-2/
ahmad mustaqim said
best jew nmpk
bro join r ak taun dpn
1 org jew
hamydy said
baru lepas pegi, kena rehat dulu..tahun lagi sekali la.
fahmmi said
salam hamydy.
nak tanye sikit.camane procedure utk climb mount trusmadi.
boleh x bagik sedikit info.
saya tengah consider samaada mahu climb mount kinabalu atau trusmadi.
terima kasih
hamydy said
nak bagi info sy pun belom pernah g mendaki trusmadi.
fauzus said
hi,
cmne kalau org yg tak pernah panjat gunung pape tp teringin nk panjat gunung kinabalu….ape pendapat bro???
hamydy said
hi fauzus
terima kasih kerana singgah di blog saya
bagi orng yang tak pernah panjat gunung mana2 pun boleh mendaki gunung kinabalu. gunung kinabalu adalah gunung yang santai dan enjoy sahaja, tidak perlu meredah belukar, sungai atau pun perlu menghadapi masalah bekalan air, tandas dan sebagainya.
gunung kinabalu adalah gunung peranginan.
jadi bagi menjawab pertanyaan fauzus..
sebenarnya bukan kaki mendaki pun boleh, cuma kena ada buat sedikit latihan kecergasan seperti berikut:
1. Stamina (joging dan sebagainya)
2. Latihan kekuatan kaki dan otot (boleh pg gims atau latihan menaiki anak tangga pun boleh)
3. Latihan mental ini penting jugak (tetiba bila penat mental down)
contohnya separuh jalan dah give up.
sebab gunung kinabalu dari bawah sampai ke puncak ada air dan tandas..so takperlu risau, makanan dan penginapan juga ada. lenggang jer.
ok harap dapat menjawab pertanyaan anda sekian terima kasih.
fauzus said
thx yea sbb sudi jwab….tapi betul ke klu nk pergi kene book 3month earlier? any advise? and if tk pergi grouping pun ok kan? as for the clim i tgk around 500++ kan…yang smpai 800 tu ape yea?
hamydy said
hi fauzus
book 3 bulan awal adalah untuk pastikan kita dapat tempat pada tarikh yang kita plan.
kalau pergi berdua atau solo bila2 book pun boleh selagi tempat tidak penuh.
untuk makluman penginapan di laban rata, gunting lagadan adalah terhad so jika penuh maka tidak boleh mendaki la pada hari tersebut.
sy tak pernah ambil pakej travel agent. so sy tidak pasti tentang kos ground.
kalau ikut kos mendaki sahaja
lebih kurang 500 la untuk pakej 3hari 2malam di kinabalu park + kos mendaki (permit, insuran, guide, sijil). itu tidak termasuk hotel dan transport dari kk.
anda juga boleh rujuk cara saya (tentative) dalam post2 sy sebelum ini jika berminat cara backpaker dan buget.
sekian
ikhwan said
please bg cotation full dari aiport sampai lh ke puncak kinabalu..berminat utk pegi pada april 2010..0192715566
hamydy said
hi en Ikhwan
awk boleh tgk artikel saya yang lepas di https://hamydy.wordpress.com/2008/11/28/gunung-kinabalu-2009-2/
anak bulan said
tahun depan baila tunak ikut
hamydy said
hi anak bulan
thn depan bergantung pada tiket air asia
Mendaki Gunung Kinabalu « The life journey said
[…] Climbing Certificate, Climbing Insurance Mountain Guide Tour/ program as stated Post terdahulu https://hamydy.wordpress.com/2009/03/20/gunung-kinabalu-march-2009/ https://hamydy.wordpress.com/2008/04/16/gunung-kinabalu/ […]
Produk Livezyme Cocoa terbukti berkesan | Enzyme for Future Bisnes said
[…] https://hamydy.wordpress.com/2011/05/16/gunung-kinabalu-14-may-2011/ https://hamydy.wordpress.com/2009/03/20/gunung-kinabalu-march-2009/ https://hamydy.wordpress.com/2008/04/16/gunung-kinabalu/ 2007 4.210484 101.975766 This entry […]