The life journey

Kembara Kehidupan

Gunung Nuang

Posted by hamydy on 30, January 2008

Xpdc Gunung Nuang (1493m)

Hulu Langat Selangor 17-18 Feb 2007

 

Ini merupakan xpdc pertama yang aku anjurkan untuk geng HUKM, walaupun ada diantara peserta ini sudah beberapa kali mendaki gunung ini. Seramai 19 orang menyertai pendakian ini.

 

Info Gunung

Gunung Nuang, Hulu Langat, Selangor.

G. Nuang 1493 m (4899 kaki) dpl terletak di daerah Hulu Langat, Selangor, terdapat kawasan tinjau untuk melihat panorama Lembah Klang terutama Bandaraya Kuala Lumpur. Jelas kelihatan pencakar-pencakar langit di Kuala Lumpur seperti Menara Petronas, Menara Kuala Lumpur. Kebiasaannya gunung ini menjadi tempat latihan bagi pendaki-pendaki di Lembah Klang sebelum mendaki gunung-gunung yang lebih tinggi.

 

Laluan Pendakian
Pendaki boleh pergi ke Kg, Pansun, Hulu Langat dengan menaiki bas
Kuala Lumpur – Pansun ataupun menggunakan kenderaan sendiri. Kemudian pendaki boleh berjalan menuju Empangan Hulu Langat. Pejabat Perhilitan yang berada bersebelahan pintu pagar kawasan empangan, menjadi tempat pendaki melaporkan pendakian dan tempat meletak kenderaan persendirian. Pendaki perlu menyusuri laluan bersebelahan palong air sepanjang laluan hingga ke rumah Empangan Loloh. Kemudian melintasi empangan sebelum tiba di Kem Loloh. Kawasan kem agak luas dan mampu menampung 200 pendaki.

 

Ada satu sumber air di bawah cerun curam Dataran Pacat ini. Tidak ramai pendaki yang menuruni cerun ini melainkan betul-betul kehabisan air ataupun bermalam di Dataran Pacat ini. Dari Dataran Pacat laluan pendakian terus mencanak menyusuri tangga-tangga akar kayu. Terdapat satu puncak anak Nuang sebelum sampai ke puncak G. Nuang. Keadaan muka bumi mulai lembab dan berlumut hingga ke puncak.

 

Sumber : Hasil & Sumber: Apip Embi
http://www.ogkl.com.my/infoGUNUNG/infoNuang.htm

 

 Hari Pertama 17/02/07 (Sabtu)

07.00am  Berkumpul di HUKM

07.30am  Bertolak ke Gunung Nuang dengan bas HUKM

08.30am  Tiba di rumah renjer

                -panaskan badan/taklimat

                -mula mendaki ( dalam hujan yang lebat)

                -tiba di tapak perkhemahan

09.00pm  Sesi suai kenal

 

Hari Kedua 30/06/07 (Sabtu)

7.00am

Sarapan-mula mendaki ke puncak-pendakian ini mengambil masa yang lebih dari kebiasaan kerana sebahagian peserta tidak cergas dan ada yang mengalami kecederaanserta semput.

-Tiba di puncak kami berehat dan menjamu selera dengan bekalan yg dibawa.

-Pendakian turun ke tapak khemah bertambah lambat rentetan dari masalah peserta yang mengalami kecederaan semasa mendaki. Kami sampai ke tapak khemah pun sudah lewat diantara jam 5.00pm

06.00pm  -Selepas makan kami terus bersiap dan mendaki turun ke rumah renjer

perjalanan ini juga mengambil masa yang lagi lama kerana peserta tidak cukup tenaga dan rehat disebabkan oleh cuaca hujan.

 

11.00pm 

Tiba di pintu masuk, nasib baik bas masih setia menunggu kami walaupun mengikut  jadual kami patut naik bas dalam pukul 5.00pm-dalam bas semua peserta dah terbongkang tidur akibat keletihan.-akhirnya sampai juga kami ke HUKM…wah penat giler

 

 

One Response to “Gunung Nuang”

  1. Aku hemsem said

    ni je gunung yang pernah kutawan hahah
    lame dah…2007

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: