The life journey

Kembara Kehidupan

Backpacker ~ Batam Indonesia

Posted by hamydy on 29, July 2012


Batam 2012
Trip Batam lagi kali ini saya buat disebabkan atas permintaan rakan2 saya. Semua kawan2 saya ni belum pernah ke Batam. Jadi mereka teruja hendak kesana, walaupun Batam dan Johor tidak jauh tapi mereka tidak pernah pun pergi sebelum ini. Trip 3h2m memang menarik dan happening. Mulanya saya dan rakan2 cuma plan reunion sambil bakar kambing di PD tapi last2 minit tukar distinasi kerana PD tu dah selalu pergi.

Kami bertolak pada hari khamis malam sekitar 11.00pm dari kuala Lumpur dan sampai di JB 2.30am. Memang laju kawan2 saya bawa. Sampai di JB kami singgah minum di Restoran Mamak dan tukar matawang Indonesia di Pengurup wang yang buka 24 jam di Meldrum Walk.  Tempat ni happening , dimana hujung minggu sampi pagi pun ada kedai yang masih buka. Dikatangan Singaporean selalu lepak minum kat sini.

Setelah itu kami singgah tidur di rumah nenek Sarul di JB. Bangun pagi sarapan dah disediakan oleh ibunya ( TQ ibu sarul). Selepas Solat jumaat kami di jamukan oleh nasi beriani yang cukup sedap lagi enak berlauk KAMBING…yang dimasak sendiri oleh ayah Sarul. Memang sodap, kalau buka restoran sure laku punya. Bapa dia hidang kambing punya la banyak sorang 2 ketul pun tak habis. Apa2 pun TQ bapa Sarul..Memang terangkat punya sodap. Sekitar jam 4.30pm kami pun berangkat ke Terminal Ferry di The ZON.

Tiket Ferry Sehala RM80 dah termasuk tax. Agak mahal jugak. Ada orang ckp beli satu-satu, iaitu sehala pergi then bila balik beli pulak lagi jimat. tapi rasanya sama jer, sebab kalau belu pergi balik harga dalam RM120 tapi tak termasuk tax dan bayaran kat terminal ferry kat batam, bila di total lebih kurang jugak la harganya.

Menaiki Ferry boleh tahan jugak la lamanya sekitar 1 jam 30 minit rasanya. Masa ferry melalui selat antara Singapore dan Johor dia bergerak perlahan mungkin sebab faktor keselamatan ataupun undang2 perairan. Kami memilih untuk duduk atas bumbung untuk menikmati pemandangan dan juga untuk melihat sempadan singapore. Kelihatan juga Pulau Batu Putih yang menjadi rebutan. Duduk di atas memberi kan kami kelebihan untuk bergambar dan jugak melihat kapal terbang yang mendarat rendah ke singapore.

Kami tiba di Batam pun sudah malam.  Sampai saja di Batam supir yang kami tempah sudah pun siap sedia menunggu kami. Kami tidak booking hotel pun sebelum datang. Kami walk in sahaja. Tapi cara ni agak bahaya sebabnya jika cuti sekolah alamatnya semua hotel di tengah pekan sudah penuh. Sebab kami datang hari jumaat makanya hotel masing banyak yang ada kekosongan. Kami mintak supir bawakkan kami ke hotel yang mudah untuk kami kemana2 hanya dengan jalan kaki untuk g shoping dan juga makan.

Tentative Perjalanan

Khamis 5 July 2012
11.00pm – Bertolak ke JB dengan Kereta

Jumaat 6 July 2012
02.30am – Sampai JB, Minum dan tukar Matawang Indonesia
04.00am – Lepak Umat Nenek Sarul
08.00am – Sarapan
08.30am – Tengok barang alat ganti kereta di sebuah kilang kereta potong.
04.30pm – Mula bertolak ke Terminal Ferry The Zon dengan teksi.
06.00pm – Menaiki Ferry ke Batam
08.00pm – Sampai di Batam
09.00pm – Cek in Hotel
09.30pm – Makan Malam Ayam Bakar Rujak- ( Restoran Dapur Unik)
11.00pm – Jalan2 tengok hiburan malam di Bandar Batam
01.00am – Balik Tido

Sabtu 7 July 2012
09.00am – Sarapan
10.00am – Shoping
12.00pm – Makan Tengah hari di Restoran Nasi Padang
01.00pm – Betolak Melawat Jambatan Barelang
02.00pm – Sesi bergambar sakan di Jambatan Barelang
03.00pm – Melawat port memancing dan juga Restoran sea food terapung beberapa kilometer dari Jembatan Barelang
04.00pm – Hilangkan dahaga di Restoran Ladang Buah Naga
06.00pm – Shoping di Factory Outlet
08.00pm – Shoping di Nagoya
11.00pm – Makan Malam di Restoran Bebek Penyet ( Itik Penyet)
12.00pm – Cekin Hotel
01.00am – Jalan2 tengok hiburan malam di Bandar Batam
02.00am – Balik Tido

Ahad 8 July 2012
09.00am – Sarapan
10.00am – Shoping last kat Batam Center
12.00thr – Naik Ferry
02.00pm – Sampai JB
03.00pm – Singgah Tido di rumah nenek Sarul
08.00pm – Jalan2 di Dangga Bay JB
11.00pm – Bertolak balik ke KL dengan kereta
11.00pm – Sampai KL
02.00am – Sampai KL Balik Umah Tido

 

Untuk transport anda boleh rujuk blog ini http://mvhtourbatam.blogspot.com/2013/04/minibus-and-car-rent-at-batam-indonesia.html

….akan Bersambung….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: