The life journey

Kembara Kehidupan

Archive for December, 2019

CAKNE AQEELAH TRAIL 2019 – Gunung Datuk

Posted by hamydy on 2, December 2019


CAKNE Aqeelah TRAIL 2019 (CAT19) adalah suatu acara pendakian amal tahunan (kali ketiga) yang dianjurkan oleh Persatuan Sokongan Kanser Kanak Kanak PPUKM (CAKNE).

CAKNE sebagai sebuah pertubuhan kebajikan yang fokus memberi sokongan kepada pesakit dan keluarga mereka, sentiasa berusaha menjalankan pelbagai aktiviti bagi menyantuni dan membantu mereka yang memerlukan. Selain itu, CAKNE juga berusaha meningkatkan kesedaran masyarakat tentang isu kanser kanak kanak di Malaysia.

Aqeelah TRAIL Gunung Datuk ini sempena kisah adik Nurul Aqeelah bt Yaarop (21 tahun) telah kembali ke rahmatullah pada 6 Disember 2016 setelah berjuang habis habisan sejak mula disahkan mengidap Leukemia semasa berumur 5 tahun. Dalam tempoh hampir 17 tahun tempoh perjuangannya menentang kanser tersebut, Allahyarhamah Aqeelah masih mampu mendaki Gunung Datuk sebanyak 14 kali!


Team Medic
Untuk even kali ini (30/11/2019) pihak penganjur masih menjemput Kelab Rekreasi PPUKM iaitu MERC (Medical Recreation Club) sebagai urusetia perubatan. Seramai 5 orang dari kami yang terlibat iaitu , saya, Fizie, Fariq, Syuhada, Nadia.

Kumpulan pendaki seramai 100 orang dibahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap kami jaga satu kumpulan. Turut mengiringi pendaki untuk setiap kumpulan adalah guide dan sweeper. Penganjur juga turut mendapatkan bantuan dari pihak bomba dan penyelamat untuk menjaga 4 station cek poin.

Pendaki mula dilepaskan sekitar 8.30am dan semua pendaki tiba di puncak sekitar jam 11.30am. Program tamat sekitar jam 3.00pm. Selain pendaki yang mendaki sambil menyumbang, turut mendaki adalah pesakit Kanser yang masih selamat. Salah seorang pesakit kanser yang menarik perhatian saya adalah adik Angerik yang berumur 5 tahun turut mendaki sehingga ke puncak, Adik Angerik mengidap kanser pada sebelah matanya.

Acara Aqeelah TRAIL Gunung Datuk ini dianjurkan setiap tahun digunung datuk sekitar hujung tahun. sekiranya anda berminat untuk mendaki sambil menyumbang kepada NGO ini boleh la turut serta pada tahun hadapan.

PERSATUAN SOKONGAN KANSER KANAK-KANAK PPUKM (CAKNE)

CAKNE or “Cancer Associates and Kindred Network” is a support group for childhood cancer patients treated in Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre (PPUKM). It was formed in 2008 by Mohd Shah Awaluddin and wife Nor Hashimah Sulaiman together with several other parents of cancer children.

Posted in Pendakian Gunung, Riadah Santai | Tagged: , , | Leave a Comment »