The life journey

Kembara Kehidupan

Bukit Tabur 2009

Posted by hamydy on 24, February 2009

4puncak
Bukit Tabur
Bukit Tabur merupakan kawasan riadah penduduk setempat dan juga penduduk luar. Tempat ini amat terkenal dikalangan penggemar treking dan daypack hiking. Kebiasaanya pengunjung akan mula mendaki seawal pagi dan turun sebelum tengahhari kerana tengahari cuaca sangat panas disamping tiada pokok. Pendakian naik hanya mengambil masa satu sejam bagi yang cergas dan turun satu jam setengah.
Pendakian bukit tabur cuma ada satu trek sahaja iaitu naik melaui trek batu dan turun melalui trek kebun, ini memudahkan orang ramai untuk treking dan tidak sesat. Kebiasaanya pengunjung akan memulakan pendakian melalui cekpoint batu iaitu sebelah pintu pagar Empangan Klang Gate. Melalui trek ini pengunjung akan cepat sampai ke puncak berbatu yang pertama dan dari puncak ini pengunjung akan melalui puncak ke puncak untuk sampai ke puncak yang tertinggi. Terdapat cuma 4 puncak. Puncak pertama adalah puncak paling rendah. Puncak ini menjadi tempat lepak kaki fotografi untuk merakam gambar matahari terbit dan terbenam serta merakam gambar bunga api yang di mainkan di KLCC.
Menunggu Sunrise Bukit Tabursunrise
Dari Puncak satu ke puncak yang kedua pengunjung akan melalui laluan sukar yang berbatu dan berabung curam, Ramai pengunjung yang terjatuh dan ada yang menemui maut di kawasan ini. Oleh itu utamakan keselamatan dan atur langkah dengan berhati2.
Puncak 2puncak3
Di puncak kedua kawasan puncaknya lebih besar sedikit dari puncak satu. Di kawasan ini ramai dari pengunjung cina akan memetik daun pokok yang halus2 untuk dijadikan teh. Menurut mereka teh dari daun tersebut bagus untuk kesihatan. Dari puncak ini jelas kelihatan UIA dan KL(KLCC, KL Tower)
Dari Puncak kedua untuk ke puncak ketiga laulan tidak terlalu bahaya. Tapi masih perlu memanjat batu2.
Bukit Taburpuncak
Dari Puncak ketiga untuk ke puncak keempat tidak susah dan laluan adalah selamat. Biasanya pengunjung akan berhenti rehat dan bersarapan di puncak ini. Kawasan ini dilitupi pokok lumut hijau dan perang yang cantik seperti hamparan permaidani. Oleh sebab itu pengunjung dinasihatkan agar tidak memijak lumut ini melainkan hanya pada laluan trek yang sedia ada sahaja. Ketinggian puncak ini adalah sekitar 444.5meter dari paras laut.
lumut-hijaulumut-perang
Untuk treking turun adalah melalui dari Puncak keempat, Treking turun tidak lagi melalui kawasan berbatu dan berbahaya , sebaliknya melalui kawasan kebun buah-buahan. Jika kena musimnya pengunjung boleh merasa buah2an dikawasan tersebut, tetapi jangan sampai bawa guni sudah la. Treking turun adalah lebih jauh dari trekking naik.
mandirekreasi
Setelah turun dari mendaki pengunjung kebiasaannya tidak akan melepaskan peluang untuk mandi manda terlebih dahulu di kawasan Rekreasi Empangan Klang Gate.


Peta Bukit Tabur

Entri saya di Blog Lain yang Berkaitan dengan BUKIT TABUR seperti dibawah:

One Response to “Bukit Tabur 2009”

  1. hamydy said

    Operasi Mencari Dan Menyelamat Tragedi Bukit Tabuh- 2 Doktor Pakar Maut 28 March 2009

    berikut adalah berita penuh dari blog ondscene.my
    berita penuh di link berikut:
    1. http://mediacom999.blogspot.com/2009/03/operasi-menyelamat-tragedi-bukit-tabuh.html
    2. http://ondscene.my/?p=736

    Bukit Tabuh atau Tabur memang ramai yang pengunjungnya. Tetapi para pendaki harus awas dan berhati2 ketika mendaki terutama di bahagian rabung. ramai yang ambik mudah dan tidak serius di kawasan itu.

    untuk keselamatan pengunjung tidak perlu la melalui rabung dari puncak 1 ke puncak 2.

    Pengunjung boleh terus naik ke puncak 4 melaui trek kebun, yang mana lebih selamat dan tidak bahaya. Dari Puncak ke 4 pendaki boleh pergi sampai ke puncak 2 dengan selamat. Cuma Jangan menyeberang dari puncak 2 ke puncak 1 sudah la.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: