The life journey

Kembara Kehidupan

Everest Base Camp Trekking 2018

Posted by hamydy on 1, October 2018

Everest Base Camp
Everest Base Camp

Pekan Thamel

Ini adalah catatan perjalan untuk Trip EBC saya. Kali pertama saya ke Nepal adalah 2015 untuk trekking ABC.
Saya plan apabila habis trip EBC ini nanti semua catatan ini akan saya gabungkan menjadi satu entri. Tapi sementara itu pembaca bole la folow catatan harian saya seperti berikut.

Day 1 (29.09.2018) Sabtu
Persiapan dari KL adalah Latihan stamina dan juga persiapan barang. Nanti saya buatkan senarai.
Flight jam 9.30am. So jam 7.30am dah sampai KLIA untuk drop bag.

Penerbangan ke khatmandu mengambil masa 4jam lebih. Sampai di Airport khatmandu, Visa on arival. Isi borang ketibaan dan aply visa di kios. Selepas aply visa dan buat bayaran baru la dapat melepasi emigresen Nepal. Proses sangat mudah dan lancar. Mesin kios pun banyak. Cuma kekadang slow jika kios tu hang je. Bayaran visa untuk 30 hari sebanyak 40USD. Untuk ke hotel saya ambil teksi kat airport dengan kos 8USD selepas tawar. Harga biasa 10USD. Jika rajin keluar sikit dari airport bole dapat harga 4USD. Lebih kurang jam 3.30pm saya tiba di hotel. Selepas cek in dan letak barang saya keluar cari makanan halal di pekan thamel. Sebelum tu saya cari simkad di Ncell center berdekatan dengan Sherpa Mall. Perlukan sekeping gambar untuk register simkad. Harga bergantung pada pakej yg dipilih. Saya ambil pakej internet 5GB 30hari dan call 46minit dengan harga 800NPR. Jika beli simkad di kedai2 kecil yg bukan center dia. Caj lebih mahal iaitu sekitar 1500NPR untuk 2GB. So lebih baik pergi ke center telco tu untuk lebih murah. Restoran Shafqat Halal Restaurant tidak jauh dari hotel jadi makan disini saja hari pertama. Harga makan satu hidangan biasa sekitar RM15-20 duit kita. Agak mahal sedikit tapi itu restoran yg sempat saya explore. Selepas makan jalan2 window shoping peralatan hiking. Sebelah malam saya rehat sahaja sambil unpack bag.

Day 2  (30.09.2018) Ahad
Hari kedua selepas sarapan di hotel saya keluar jejalan ke The Garden of Dream yang terletak tidak jauh sari hotel. Jalan kaki sahaja. The Garden of Dream ini merupakan sebuah taman tinggalan istana raja. Takde apa sangat kat sini cuma taman yg cantik tempat lepak je. Tiket masuk 200NPR. Lepas masuk taman ini baru la mencari kawasan makanan Halal iaitu kawasan Al Madina Halal Food. Kawasan ini ada beberapa kedai muslim. Restoran Al Madina Halal Food ni terkenal juga la. Selain restoran ini ada restoran lain yg lebih murah iaitu di lorong sebelahnya seperti Lhasa Cafe (Tibet Muslim) Roll Station sebelahnya dan Restoran Bismillah. Di area ni terdapat Masjid yg terletak didalam banggunan. Kalau dilihat dari luar takde pun sign masjid. Bila bertanya kepada pekedai disitu baru mereka tunjukkan masjid tersebut yg sebaris dengan Lhasa Cafe. Saya makan di  Lhasa Cafe mencuba makanan muslim tibet. Selepas makan jalan pusing pekan thamel.

Shopping di Pekan Thamel
Thamel ini memang kawasan tourist. So memang dicadangkan untuk stay area sini. Disini kita bole lihat dan jumpa banyak kedai barangan outdoor merata-rata. Ada 3 jenis barang Origenal, Nepal Fake dan China Fake. Kalau yg ori dah sure qualitinya, tapi yang fake nepal dan china ni pun berkualiti juga cuma kena pandai pilih jer. Harga yg fake ni lebih murah. Hasil pemerhatian saya yang fake Nepal juga berkualiti dari segi meterial dan juga kualiti jahitan. Untuk yg nak buget dan tak kisah brand..bole beli yg fake ini sbb still bagus.

Mengikut pengalaman saya sebanyak dua kali ke Nepal. Saya dapati harga barang outdoor asas untuk hiking ke EBC dan ABC adalah lebih murah berbanding jika beli dari Malaysia. Oleh itu saya cadangkan untuk beli sahaja di Pekan Thamel ini. Walaupun bukan origenal tetapi anda masih bole dapat yg Fake yang berkualiti. Sebagai contoh barang asas seperti tongkat ( jika kat sport direct tongkat clip sepasang yg promo RM111) tapi kat sini bole dapat Black Diamond copy dgn harga tak sampai seratus, seluar hiking juga murah bole dapat bawah seratus dan jika pandai tawar bole dapat sekitar RM30-40. Termasuk juga la baju sejuk, jaket, sarung tangan dan beg. Semua barang ini anda pandai tawar untuk lebih murah. Ada org cakap terus mintak separuh harga then nego. Oleh jika ambil pakej EBC atau ABC cuba datang 2 hari awal dari date pakej supaya anda dapat shoping so dari malaysia datang kosong sahaja. Ada blog yg bagi tips katanya Fake Nepal lebih kualiti dari Fake China. Tapi pada saya sblm beli cek kualiti mana yg anda mahu. Setakat ini hasil pemerhatian saya jika seluar dan jaket saya dapati kedua2 mempunyai jahitan yg kemas dan kualiti yang sama. Yg penting pilih yg berkualiti bukan pilih jenama.

Day 3  (01.10.2018) Isnin
Hari kedua plan untuk sesi panaskan badan dengan buat daypack hike. Lokasi yang dipilih adalah Shivapuri National Park masuk melalui Sundarijal. Untuk pergi ke Sundarijal ini bole sewa kereta atau menaiki Bus. Saya pilih menaiki bus untuk kos yg lebih murah tapi ambil masa sebab bus lokal henti-henti. Bus bole dicari di Ratna Park Bus Station. Kat bus stop ni kena tanya orang bus untuk cari bus yg mana ke Sundarijal. Kalau bole naik bus dan cari tempat duduk siap2. Sebabnya bila bas berjalan saja nanti orang mula naik dan penuh. Perjalanan ke sundarijal mengambil masa 1jam 40minit. Tambang bus dalam 100NPR. Bus akhir dari sundarijal 5.30pm. Bus akan stop di last stop sundarijal. Jadi tak perlu risau nak tengok kat mana nak turun. Dari bus stop sundarijal kita perlu berjalan kaki dalam 2-3minit untuk ke pintu masuk Taman Negara. Bayaran fee masuk adalah 600NPR, kena tunjuk pasport untuk registration. Tiada guide diperlukan. Selepas bayar fee trekking sehingga gerbang pintu taman negara akan ada maps trail. So disitu bole pilih trail yg mana hendak hiking mengikut kesesuaian masa kita. Adalah baik jika downlod app maps.me sbb dlm maps ni ada trail hiking. Diawal treking kita akan melalui waterfall kemudian kawasan kampung kecil penduduk kampung. Semakin tinggi semakin cantik pemandangan. Saya trekking sehingga kampung Murkharka sahaja kerana kesuntukan masa. Jam 3.00pm dah mula turun dari Murkharka dengan view kawasan teres padi. Sampai semula ke bus stop jam 5.00pm. Tanya beberapa orang bus yg ke Thamel. Silap tanya kereta sapu dia cakap tiada bus sebab nak suruh ambil keta sapu dia caj 6000NPR. So saya tunggu saja nampak ja driver bus terus tanya bus ke Ratna Park. Naik bus lokal ni kalau dah last bus memang siksa sikit la. Sepanjang perjalanan bus macam tin sardin. Selagi bole sumbat dia sumbat. Dah dekat nak sampai pekan thamel baru la ok selesa org dah ramai turun. Nasib baik la awal2 lagi dah dapat seat. Tapi bus ni tak sampai ke ratna park dia stop kat Chabahil Chowk dgn caj tambang 50NPR. So dari sini naik pula Van (macam Angkutan kota) untuk ke Ratna Park bus stop dgn tambang 25NPR.

Day 4  (02.10.2018) Selasa
Harini saya plan untuk pergi ke Chandragiri Cabel Car. Dari Thamel saya ambil bus di Ratna Park Bus Station. Jenuh juga bertanya bus yg mana ke chandragiri. Bole juga naik bus yg ke Thankot dan turun di Chandragiri Selepas dapat bus terus naik. Jarak dari pekan thamel ke chandragiri lebih kurang 14km. Selepas beberapa kali naik bus lokal ini saya dapat belajar satu perkara. Sediakan duit kecil 100NPR. Jangan tanya harga masa bayar, sebab kalau tanya harga cunducter bus ni dia up harga. Sebagai contoh semalam saya ke Sundarijal bila sampai disana saya tanya harga dia caj saya 100NPR, tetapi saya lihat kalau local dia siap pulang baki mungkin cuma 80NPR.

Jadi kali ini apabila saya ke Candragiri saya tak tanya harga. Bila turun saya bg 100NPR dan tunggu dia pulang baki. So dapat tambang cuma 20NPR sahaja. Memandangkan saya naik bus ke Thankot jadi bila sampai Kawasan Chandragiri saya Turun dihadapan Tribhuvan Park. Part ni kena kena tengok Maps Gps, dah sampai kena bgtau konductor bus untuk stop. Jika anda stop di depan Tribhuvan Park Chandragiri maka ada lorong dan laluan melalui kampung menuju ke cabel car station. Saya gunakan Apps Maps.me sebab ada laluan denai short cut.

Setelah menapak berjalan kaki lebih kurang 20minit saya pun sampai cabel car station yang terletak atas bukit. Tiket cabel car ni 22USD untuk dua hala. Jika sehala 13USD. Dahulu sebelum ada cabel car ni orang akan treking naik ke temple Chandragiri Vhaleswor Mahadev Temple. Owner cabel car ni dapat inspirasi buat cabel car ni selepas dia naik cabel car Genting Highlands. Jika hendak trekking ke temple ni mengambil masa dalam 3-7 jam bergantung starting point anda. Jika menaiki kereta ikut jalan off road dalam 11km. Tapi kalau naik cabel car yang panjang 2.5km ni cuma 9minit. Masa saya sampai kebetulan ada masalah teknikal jadi cabel car terpaksa tutup, bila saya tanya petugas mereka pun tak pasti tutup sampai bila selagi masalah teknikal tak dapat dibaiki. Ramai juga pengunjung yg datang agak kecewa tidak dapat naik. Termasuklah saya. Jadi nak hilangkan rasa frust tak dapat naik saya cuma lepak minum kopi di cafe cabel car sambil melayan view yang cantik. Setelah satu jam lepak saya pun turun untuk pulang ke thamel. Sampai di  depan Tribhuvan Park saya mula bertanya setiap bus yg lalu untuk ke Ratna Park. Dapat mini bus seat penuh terpaksa berdiri. Nak dijadikan cerita time saya balik tu adalah juga mungkin waktu puncak maka jalan jem giler. 3km ambil masa 1jam 15minit. Kalau jalan kaki 14km pun dah sampai pekan thamel. Tapi jalan berdebu, so saya duk je la dalam bus. Naik bus jam 4.00pm dan sampai Ratna Park jam 6.30pm lebih kurang 2 jam 30minit disebabkan jam. Bila beberapa meter nak sampai Rakna park kalau ramai dah turun anda pun kena turun sbb kalau bus berhenti di ratna park penumpang yg duk menunggu akan berebut2 naik tanpa bg peluang anda untuk turun. Time ni ramai giler orang sekitar ratna park sbb orang balik kerja. Then saya berjalan kaki pulang ke hotel. Begitulah trip seharian menaiki public transport. Tak susah sebenarnya dan orang nepal pun baik2 takde yang nak seluk saku.

Day 5  (03.10.2018) Rabu – Day 1 Pakej
Harini semua ahli group 5 orang telah berkumpul di hotel yang sama Hotel Thamel (Day 1 pakej) free n easy harini. Sebelum ini kami semua terpisah dengan masing2 punya itenari dan  hotel yg berbeza. Semua sepakat untuk tour ke Bhaktapur harini. Selepas dibenarkan cek in bilik jam 8.30am kami ambil teksi depan hotel, selepas tawar dapat 1100NPR untuk sehala. Ini harga normal kalau anda bernasib baik bole dapat 1000NPR. Sebelum itu dah tanya dengan staff hotel berapa harga normal ke sana dia cakap harga jgn lebih 1200NPR. Masa mula2 tanya teksi letak harga 1500-2000NPR. Setelah dapat teksi kami pun bertolak ke Bhaktapur. Perjalanan mengambil masa 1 jam. Sampai di entrance kena beli tiket 15USD atau 1500 NPR bayar dalam rupees untuk lebih jimat. Selepas bayar tiket kami dihampiri oleh lokal guide bertanya jika berminat untuk guna khidmat beliau dengan bayaran 10USD. Kami ambil guide untuk mendengar info dan penerangan sejarah. Guide lokal baik2 semua mereka tidak paksa2 kita untuk ambil guide. Bhaktapur adalah kawasan kota dan temple yang paling tua di sini. Keluasan 6.88sq KM. Masa diperlukan adalah 5-6 jam untuk melawat dan menghayati sejarah kota ini sampai berhenti makan di mana2 restoran. Terdapat 4 Square (4 kawasan) Durbar Square, Taumadhi Square, Pottery Square dan Dattaraya Square. Kat sini anda bole lihat senibina ukiran kayu yang asal beratus tahun. Antara yang menarik adalah “Golden Gate and 55 Window Palace” kat dalam ni ada banggunan istana yang tidak bole diambil gambar untuk elakkan orang meniru ukiran tersebut, dimasa pembinaannya dahulu juga tukang ukir dipotong tangan supaya tidak bole mengukir semula hasil kerja tersebut. Jadi ukiran ini kira jadi unik dan special. Kat area ini tiada restoran halal tapi kalau lapar bole stop mana2 restoran vegetarian untuk makan. Setelah melawat 2 square kami berhenti makan tengahari dan selepas itu sambung melawat lagi 2 square. Guide kami nama Pawan baru 19 tahun, menurut beliau sebelum jadi guide kena pergi training dengan 3 badan. Memang setiap tempat beliau dengan detail memberi penerangan.

Setelah selesai kami  menaiki teksi yang sama pulang ke hotel. Disini ada sedikit salah paham deal dengan driver teksi. Masa sampai beliau cakap 2-3jam bole tunggu dengan caj yg sama datang. So apabila kami abis melawat sudah 5jam, jadi driver teksi mintak 3000NPR pergi balik sebab dah tunggu 5 jam. Lepas gaduh mulut dan tawar kami bayar 2700NPR. Sebenarnya kami dah salah paham dengan driver teksi tersebut, pada kita “2-3 hours no problem same price” beranggapan dia sanggup tunggu lama pun takpe. So pengajaran jika anda dalam situasi ini masa ambil teksi jika dia cakap “2-3 hours no problem same price” baik anda tanya jika 4-5jam berapa harga. Atau anda cuma ambil sehala sahaja, bila nak balik cari teksi lain pula. Sebenarnya kami pun tak sampai hati sbb driver teksi ni baik dan bukan la samseng. Cuma salah paham masa deal.

Dah sampai hotel kami pergi makan di restoran Muslim Tibet (Lhasa Cafe) tak berdekatan lorong sebelah Al Madinah Halal Restoran. Kat sini ada Masjid yg terdiri dari banggunan kedai. Kalau lihat tak nampak Masjid, tapi jika anda duduk di cafe Lhasa ni anda akan dengan azan dari masjid ini. Selepas makan kami ada perjumpaan dengan agen dan juga guide untuk taklimat dan persiapan. Selepas taklimat guide bawa kami untuk ambil Down Jaket dan Sleeping beg sewa dari salah sebuah kedai. Malamnya kami mula packing semula bawa yang perlu sahaja.

Bersambung esok……..ke lukla dengan pesawat…

Day 6  (04.10.2018) Khamis – Day 2 Pakej 
Jam 7.15am kami semua sudah siap sarapan dan tunggu guide. Semua barang2 perlu masuk dalam beg termasuk tongkat, down jaket dan sleeping bag kerana akan naik domestik flight. Kami menaiki van ke airport domestik. Kemasukkan ke domestik flight mudah dan lancar walaupun ramai orang. Setelah letak beg satu tempat kami dimaklumkan yg flight ke Lukla delay minimum 2 jam kerana cuaca buruk di airport lukla. So tunggu jerla kat airport ni. Group kami total 6 orang 5 Malaysia dan 1 USA. Semasa saya taip ni masih boring menunggu di airport. Sekarang waktu Nepal 9.10am. Sekiranya delay yang teruk maka jadual trip akan berubah. Jika dapat ke lukla harini ini mungkin akan jadi kurang rehat untuk esoknya…

Jam dah 10.30am Masih tiada harapan untuk terbang ke lukla. Guide call sedara dia kat lukla ckp setakat ni tiada harapan cuaca akan baik. Jadi kami mula berbincang dengan guide. Guide bagi option untuk naik helicopter dengan bayaran tambahan 100USD seorang. Setelah berbincang kami decide untuk dapatkan confirmation cansel dari airport untuk proses claim insuran. Airport belum keluarkan apa2 confirmation lagi. So kami masih menunggu sehingga jam 12.00 tengahari. Sementara itu kami dah booking helikopter untuk jam 3.00pm stanby. Nasib baik tak perlu bayar upfront untuk booking. Jika jam 1pm masih tak bole maka kami akan menaiki helikopter. Satu helikopter bole muat 6 orang. Sebenarnya saya lebih risau naik helikopter berbanding flight. Kalau ikut prinsipnya kalau cuaca buruk flight ke heli ke sama sahaja. Sbb flight ke lukla ni airportnya agak scary dan pendek. Walaupun heli terbang rendah tapi kalau ribut bole juga terbabas. Harap trip kami selamat.

Sekarang jam sudah 12.30 tengahari. Dalam tempoh kami nego dengan airline untuk dapatkan canselation letter supaya bole claim insuran dan pilih helicopter tiba2 hujan turun dengan lebatnya.. ini membuatkan keadaan bertambah buruk. Dengan cuaca begini take off dari sini menjadi semakin mustahil. Harga helikopter sudah menjadi semakin naik. Pagi tadi sekitar 100USD seorang, sekarang menjelang petang sudah ada yg sanggup bayar 300USD seorang.

Selepas lebih kurang 6.5 jam menunggu akhirnya Tara Air @ Yeti Air membuat pengumuman kata flight ke Lukla harini Cansel. Kami agak frust namun petugas Tara Air sangat membantu dengan membuatkan surat pemakluman rasmi kepada kami kerana kami beritahu mereka kami perlukan untuk claim insuran. Selepas dapat surat kami pun pulang semula ke Hotel Thamel ( free bilik 1 malam). Dan hujan lebat turun semula pada jam 5.00pm. Masa di airport dah berhenti sekejap.

So untuk esok guide telah buat arrangement untuk dua option, satu jika cuaca pagi baik terus flight ke Lukla, jika cuaca tak elok  akan naik flight Rumjata. Dari Rumjata akan menaiki helikopter ke Lukla dengan kos 180USD. Kalau dari kahtmandu harga dah jadi semakin mahal 300USD seorang. Jadi flight ke Rumjata sudah termasuk dalam booking canselation. Jd kami cuma kena bayar tambahan 180usd jika tidak berjaya direct ke Lukla. Harap esok cuaca elok dan dapat terus ke Lukla

Day 7  (05.10.2018) Jumaat – Lukla -Day 3 Pakej 
Harini agen bagi jaminan yang kami confirm akan ke Lukla sama ada direct atau melalui heli dari Rumjata. Jam 7.30am kami dah sampai airport. Group kami bertambah lagi seorang mamat dari midle east ( dari Jordan). Beliau baru sampai kathmandu dan jadual juga lambat kerana flight beliau delay 2 hari untuk ke kahtmandu. So total group jadi 7 orang. Cuaca di kahtmandu pagi ini mendung2 sahaja, kami harap sangat pagi ni dapat terus ke Lukla. Sekarang jam 8.00am masih tunggu update dari guide.

Akhirnya kami sampai ke Lukla dengan Helicopter. Ikut plan asal agen deal dengan Airline compeny dan kami bayar 180USD jika sambung dengan heli. Tapi plan tukar bila guide dapat heli dgn syarikat lain dengan kos 200USD. Kami perlu bayar cash. Ini luar jangkaan kami. Jika kami tunggu juga flight ada risiko kerana flight akan clearkan penumpang hari ini dahulu kemudian baru yg delay. So kami risau by the time turn kami cuaca kembali teruk. Nampaknya kami telah buat pilihan yang betul kerana selepas beberapa flight mendarat cuaca kembali buruk dan semua penerbangan untuk harini cansel. Guide kami dan lagi seorang ahli group dari jordan tidak dapat terbang ke lukla. Mereka akan mencuba nasib keesokkanya pula. Guide kami telah buat arrangement dengan sherpa disini. Jadi sherpa yang bernama Purna datang cari kami dan kami dibawa lunch terlebih dahulu. Beg John terpaksa di hantar dengan flight semasa kami naik helikopter kerana lebih muatan. Nasib baik flight tersebut sempat mendarat di lukla. Semasa kami naik heli pun kapten heli terpaksa berpusing untuk mengelak awan tebal.
Setelah selesai makan kami bersiap2 back pack untuk memulakan trekking. Disebabkan guide kami belom sampai jadi kami perlu bayar dahulu tiket dan permit masuk yg berharga 2000NPR, perlu sertakan pasport. Lepas dah beli tiket dan permit akan melepasi check point polis so kena tunjuk tiket ini. Perjalanan ke Phakding mengambil masa 4 jam trekking. Kami mula jam 2.30pm dan sampai 6.30pm. Satu jam sebelum sampai cuaca hujan jadi sampai sahaja Phakding semua orang terus masuk guest house sebab dah sejuk dan takde yang bergambar. Restoran ni tiada babi, so kami cuma oder menu vegi, telur dan tuna seperti Dalbat, nasi goreng telur, spagety tuna. Selepas makan malam kami unpack beg yang sherpa bawa untuk pakaian tidur. Kat hotel ni tiada selimut jadi tidur guna sleeping bag. Jam 9.00 malam masing2 sudah mula tidur kerana keletihan.

Day 8 (6 Okt 2018) – Sabtu – Phakding – Day 4 Pakej
Sarapan jam 7.00am. Kami bangun jam 5.00am. Antara menu sarapan yang kenyang adalah set kentang roti telur dan kopi atau teh. Pakej yang kami ambil ini cuma bole 1 meal dan 1 air. Jika tambah kami kena bayar sendiri. Kami dimaklumkan ada selimut tapi on request…rugi rasanya tak tau.. kalau tak tidur mesti selesa. Selepas sarapan kami mula trekking. Kami tiba di Monju 11.30am setelah 4jam trekking. Disini perlu beli permit masuk taman negara dengan harga 3500NPR. Setelah beli dan melepasi cekpoint kami meneruskan perjalanan. Trekking dari Lukla ke Phakding senang kerana menurun pada ketinggian 2600m. Dari Phakding ke Namche Bazar akan menaik kepada 3200m. Dari Phakding permulaan trekking trek tidak mencacak cuma landai dan sesekali menaik dan ada sedikit bertangga. Kami berhenti makan tengahari di Jaesaly jam 1.00pm. Di Jaesaly ini guide kami pesan supaya mencuba dalbat katanya sini sedap. So kami mencuba dalbat, sedap kerana kari kentang dia yang lain sama. Selepas lunch di Jaesaly kami diberitahu trek akan mula mencacak dan guide pesan supaya berjalan perlahan. Kami trekking menaik hingga Topdanda yang ketinggian 3140m, sampai sini jam 3.45pm. Kat sini bole dapat lihat view lembah sungai yang cantik.Hujan dah mula turun kami Trekking lagi 45minit dan sampai ke cekpoint Namce Bazar jam 4.30pm. Selepas pemeriksaan tiket dan permit kami treķking lagi 45 minit baru la sampai ke pekan Namche Bazar. View memang cantik. Kami tidak bergambar semasa sampai kerana hujan. Kami terus dibawa hotel. Setelah makan malam kami berhubung dengan guide melalui telefon. Beliau tidak jadi menaiki helikopter terus ke Namce Bazar. Beliau tiba di lukla dengan flight dan sekarang sudah berada di Phakding. Esok kami akan berjumpa beliau selepas sesi climatise di Everest View Hotel, yang memerlukan kami trekking naik 2jam dan kemudian turun semula ke Namche Bazar. Malam ni kami tidur dengan selesa selepas minta selimut.

Day 9 (7 Okt 2018) – Ahad – Namche Bazar (3,530m) –  Day 5 Pakej
Hari ni kami semua kena buat aktiviti climates. Selepas sarapan jam 7.30am kami mula trekking naik dari ketinggian 3440m Namche Bazar menuju ke Hotel Everest View yang berada pada ketinggian 3880m. Trekking sehingga penghujung kampung Namche Bazar akan ada dua simpang Pangboche dan ke puncak bukit Everest View Hotel. Perjalanan menaik memang memenatkan. Disatu point anda akan bole lihat keseluruhan Namche Bazar. Permulaan trek bertangga berbatu apabila sampai diatas anda akan dapat lihat kawasan lapang yang menaik. View sini memang menarik seperti padang dengan background gunung. Disini memang semua pendaki tidak melepaskan peluang bergambar apabila tiada awan dan kabus. Pemandangan memang sangat cantik. Ada yang siap berbaring. Selepas padang rumput anda akan jumpa Everest Sherpa Resort, mulanya kami ingat ini la hotelnya dari jauh, rupanya bukan. Kami bergerak ke belakang hotel dan lihat masih jauh lagi Everest View Hotel. Tapi trekking sedikit mudah kerana agak mendatar. Berhampiran hotel ini anda akan lihat banyak helikopter turun dan naik. Hotel ini antara hotel yang paling mahal di Namche Bazar kerana view Everest. Dan ada perkhidmatan helikopter terus dari Kathmandu. Kalau banyak duit bole la naik helikopter tak perlu susah2 trekking. Trekking ke Everest View Hotel ni cabarannya adalah angin yang sejuk sekitar 4-6 darjah. Walaupun panas matahari kena badan kita rasa panas tapi angin sejuk yang bertiup boleh buat kita mengigil jika tidak pakai glove dan penutup mula.

Sampai di hotel ini kami lepak di cafe yang menghala ke Everest. Namun nasib tidak berapa bagus kerana awan tebal. Jadi kami duduk lepak sambil minum teh panas 2 jam untuk climates pada ketinggian 3880m. Setelah itu bergerak turun semula ke Namche Bazar untuk makan tengahari pada jam 2.00pm.

Semasa lunch kami bertemu guide dan lagi seorang group member dari Jordan. Mereka baru sampai dari Phakding. Sekarang group kami dah lengkap 7 orang 1 guide dan 4 portal. Dari malaysia Hamydy, Hafiza, Aini, Shiela dan Tinagar, dari Texas USA Mr John dan dari Jordan Mr Mohammad. Guide Mr Ganesh say pernah ambil semasa trekking ke Annapurna Base Camp, Portal Mr Purna, Kumar, Ram Kumar dan Zam. Selepas makan ada sesi taklimat oleh guide. Selepas itu kami free n easy shopping di Namche Bazar. Jalan2 cuti mata dan akhirnya kami singgah di satu cafe untuk makan kek dan kopi. Ok sedap juga.

Dinner macam biasa jam 7.00pm. Selepas dinner guide sekali lagi bagi taklimat. Selepas itu kami pulang ke bilik untuk packing bag untuk esoknya.

Day 10 (8 Okt 2018) – Isnin – Pangboche (4,000m) – Day 6 Pakej
Harini kami start sarapan jam 6.45am. Harini kami akan ke Pangboche Kami trekking sehingga hujung Kampung Namche Bazar. Kalau hendak ke Everest View Hotel kena naik bukit arah kiri tapi kalau nak ke Pangboche kearah kanan. Semasa di simpang ini saya bertemu dengan Group Malaysia 12 orang, mereka juga terkandas satu hari di kahtmandu jadi hari kedua mereka tidak berani ambil risiko untuk tunggu flight lagi so mereka naik heli dengan kos 450USD, dan mereka tidak sempat climates di Namche mereka terus ikut jadual. Trekking untuk ke Pangboche harini merupakan perlajalan yang paling jauh dan lama bermula jam 7.30am. Sepatutnya kami akan bermalam di Tengboche tetapi hotel disini full dan sangat sejuk menurut guide dan beliau cadangkan Pangboche yang lebih jauh dah kurang sejuk. Trekking permulan dari penghujung Namche Bazar sangat senang hanya mendatar sahaja melalui lereng bukit. Kawasan ini terbuka tiada pokok besar jadi waktu pagi memang sejuk ditambah pula dengan tiupan angin. Selepas melepasi satu kampung kami mula trekking menurun ke Fungi Thanga sehingga ke coffee house ditepi sungai untuk makan tenghari. Masa makan tengahari panas terik matahari mulai terasa dan disini ramai pendaki mula membuka baju sejuk dan hanya trekking dengan tshirt termasuklah kami semua. Selepas makan di kami mula trekking mencacak disini ada cek point post, kena cek tiket tapi semua diuruskan oleh guide kami. Trekking untuk ke Tengboche sangat memenatkan kerana sepanjang perjalanan adalah menaik. Sampai di Tengboche kami sempat masuk kuil untuk melihat sami budha sedang membuat ritual sembahyang. Kuil ini memang menyediakan ruang untuk tetamu melihat, jika ada yang hendak sembahyang bole kedepan patung budha untuk sembahyang. Kami cuma duduk diruang pelancong beberapa minit melihat ritual tersebut, tidak dibenarkan ambil gambar dan video. Inilah pengalaman pertama saya melihat secara live ritual sembahyang seperti dalam rangcangan dokumentari tibel. Suatu pengalaman yang berharga. Setelah melawat kuil budha kami meneruskan lagi perjalanan sekitar 2 jam untuk ke Pangboche. Waktu ini pancaran matahari sudah kurang di liputi kabus jadi kami rasa sejuk. Kami sampai di Pangboche jam 5.40pm dan hari mulai gelap. Total perjalanan ke Pangboche mengambil masa 10jam 10minit. (7.30am-5.40pm).

Day 11 (9 Okt 2018) – Selasa – Dingboche – Day 7
Memangkan kami di Pangboche maka perjalanan hari ini ke Dingboche adalah singkat sekitar 4-5jam. Dari kampung Pangboche ini kita bole melihat puncak Everest walaupun terlindung puncak gunung lain dihadapannya. Kami start trekking jam 8.30am slow-slow sambil melihat view gunung yang sangat cantik dan bergambar. Trekking harini tidak stres kerana trek agak mendatar sedikit menaik dan apabila hendak sampai ke Dingboche sedikit menaik. Dipertengahan jalan kami melalui kampung Shomare (4,040m) kampung kecil ada coffee house. Masa sampi sini guide ada tanya sama ada lunch disini atau di Dingboche. Memandangkan kami masih kenyang maka teruskan perjalanan ke Dingboche. Di penghujung kampung Shomare ada sebuah rumah ditengah lembah berpadang. View sangat cantik dengan pemandangan gunung bersalji dan Everest Terlindung dibelakang. Kawasan ini lapang dan trek kering. Jadi kalau ada Yak atau kuda lalu debu akan berterbangan jadi perlukan buf untuk tutup hidung dan mulut. Selepas melintasi sungai kecil trek sedikit menaik untuk sampai ke Kampung Dengboche. Kami sampai di Dengboche ( Hotel Yak) 1.00pm. Lepas makan tengah hari plan nak pergi ke sebuah Bakery Shop yang menayangkan free movie jam 2.00pm. Tapi sebab keletihan kami hanya sempat pergi jam 3.00pm sempat lihat movie dah nak habis. Lepas tengok movie kami terus oder coffe dan cake relaks.

Sebelah malam selepas makan malam kami agak malas nak balik kebilik kerana suhu sangat sejuk tahap mencabar mental. Dalam 8.30pm baru balik kebilik. Sejuk giler. Nak berak pun cabaran bila cebuk nak basuh rasa nak beku jari.

Baju tiga lapis. Lapisan pertama long john lapisan kedua fless lapisan ketiga jaket. Seluar pun 2 lapis, lapisan pertama long john dan kedua trek suit.

Sarung kaki Yak wool dan penutup kepala beanie yak wool beli di Kathmandu supaya kaki dan kepala tidak sejuk. Beanie yak wool beli yang bole tutup telinga.

Kat Yak Hotel ni toilet dalam bilik senang sikit dan disediakan selimut. Sebelum tidur kami dinasihatkan untuk minum 1liter air untuk elakkan dehydrated.

Day 12 (10 Okt 2018) – Rabu – Dingboche (4,343m) – Day 8 Pakej
Hari ini di Dengboche kami perlu buat aktiviti climates lagi. Jadi sarapan pagi hari ini tepat jam 7.00am. Mula hiking ke bukit Nagarjun jam 8.15am. Dari hotel bole nampak bukit nagarjun ini dibelakang hotel. Jika mendaki sampai puncak mengambil masa 7-8 jam pergi balik. Tapi guide hanya suruh kami naik separuh sahaja pada ketinggian 4,600m ada mark bendera disini. Tujuan naik separuh adalah untuk rehatkan badan untuk trekking esoknya. Ada juga pendaki yg meneruskan perjalan sehingga ke punjak Bukit Nagarjun tapi yg sampai ke puncak hanya beberapa orang sahaja yang lain kebanyakkan trekking sampai tahap yang mampu dan sempat untuk turun lunch jam 2.00pm. Sampai bukit pertama saya terjumpa dengan group malaysia 8 orang. Mereka tidak climates pun di Namche Bazar dan di Dingboche mereka meneruskan perjalanan ke Lobuche. Mereka kejar jadual mereka. Kami pula 1 hari lambat dari jadual, kami hanya akan speed up masa turun sahaja kami sepakat untuk tidak speed up kejar jadual masa naik untuk elakkan AMS. Cabaran diatas bukit ini adalah angin yang sangat sejuk. Mulanya rasa happy sebab kena panas terik matahari, tapi bila angin bertiup menggigil rasa sampai ke tulang. Bukit ini berpasir dan berdebu jadi memang kena pakai buff untuk elak bibir kering dan hidung sejuk serta habuk debu yang berterbangan. Pemandangan dari laluan menuju ke bukit Nagarjun sangat indah. Kiri kanan depan belakang dapat lihat puncak gunung yang bersalji. Kami sampai ke ketinggian 4,600 jam 11.00am lepak satu jam untuk climates kemudian baru turun. Turun semula ke hotel sampai jam 12.00 tengahari. Selepas makan tengahari kami sempat untuk melihat movie di Himalaya Bakeri jam 2.00pm. Kena datang awal 1.30pm, kami sampai jam 2.00pm dah penuh dengan orang, hanya kami 4 orang sahaja sempat dapat kerusi lagi 3 orang terpaksa pergi ke Bakery Shop lain iaitu French Bakery. Movie yang ditayangkan adalah dokumentari ke puncak Everest dengan Sherpa Long Dorma yang mendaki ke puncak Everest sebanyak 14 kali, durasi movie ni 1jam 30minit.

Makan malam jam 6.30pm. Menu macam biasa sahaja kami oder ulang2 antaranya Dalbat, Me Goreng telur, Nasi Goreng Telur, Vegi Pizza.

Selepas taklimat oleh Guide Mr Ganesh kami lepak di Cafe sehingga jam 8.30pm. Ada yang membaca, ada yang menulis dan ada yang duduk saja.

Day 13 (11 Okt 2018) – Khamis – Loboche (5,030m) – Day 9 Pakej
Perjalanan harini ini panjang dan mencabar. Sarapan jam 6.45am dan mula trekking jam 7.45am. Permulaan trekking meninggalkan Dingboche tidak susah santai sahaja mendatar tetapi sedikit menaik dan kawasan lapang. Cabaran pagi ini adalah kesejukkan yg melampau.. embun di cermin pun beku dan lapisan atas air juga beku. Setelah trekking sehingga 9.00am panas matahari mula terasa tetapi keadaan berangin menyebabkan kami kesejukkan. Kami sampai di Thukla jam 11.30pm. Coffee House dan Guest House Thukla ini terletak betul2 ditepi sungai. Jadi sebelum sampai kena seberang sungai. Selepas makan tengahari kami jam 12.30pm kami memulakan langkah yang agak mencabar kerana trek adalah menaik 2 jam kelajuan biasa saya dan sampai di puncak jam 2.30pm. Selepas itu trek mendatar dan sedikit menaik menyusuri sungai. Disini kita akan dapat lihat Puncak Pumori sebelah kiri dan Puncak Lhotse sebelah kanan dengan jelas sekali, terasa dekat sahaja. Cuaca memang cerah tidak berkabus sangat dan gambar memang superb cantik. Tapi nak bergambar lama2 sejuk woo. Trekking perlahan2 sampai Loboche jam 4.00pm. Saya yg last sampai 4.00pm. Member yang lain ada yang sampai 1.30pm (Muhammad) dan yg lain sampai jam 3.00pm. Jadi guide perlu oder makan malam sebelum jam 4.00pm. Muhammad dan John ambil kesempatan untuk mendaki bukit depan Loboche untuk melihat view Puncak Lhotse dengan lebih jelas dan bergambar. Jam 5.00pm kampung Loboche dah liputi kabus dan jam 6.00pm dah gelap. Suhu dah semakin sejuk ikut sensor hp suhu -3 darjah. Mamang kalau nak keluar tidak la. Hotel yg kami ni namanya Mother Earth Hotel bilik takde toilet..aduiih nak keluar pergi ke toilet pun sejuk tambah kat bilik pun sejuk.

Air botol disini memang agak mahal iaitu 300NPR sebotol 1 liter. Kami dimaklumkan air botol di Gorakshep lagi mahal 500NPR sebotol 1liter. So nak jimat kami guna akua tap untuk air paip.

Perancangan esok
Esok kami akan ke Gorakshep dan lepas makan tengahari terus ke Base Camp. Timing agak kritikal. Jadi disebabkan saya yang paling perlahan dalam group maka esok saya akan bergerak terlebih dahulu supaya dapat sama2 sampai sama2 di Gorakshep. So masa di Gorakshep pun saya akan makan dahulu cepat2 dan bergerak dahulu supaya sampai di Base Camp jam 3.00pm dan bergerak pulang semula ke Gorakshep jam 6.00pm untuk elaklan cuaca gelap.

Day 14 (12 Okt 2018) – Jumaat – Gorakshep (5,030m) – Day 10 Pakej
Selepas sarapan jam 7.00am kami semua start trekking ke Gorakshep. Setiap orang sangat teruja kerana hari ini kami akan ke EBC selepas lunch di Gorakship. Trekking ke Gorakship tidak terlalu sukar mendatar dan sedikit menaik. Kami sampai Gorakship jam 11.00am dan saya sampai jam 11.30am, kami hanya dibenarkan makan 30 minit sahaja karana nak kejar masa untuk sampai ke EBC jam 3.00pm. Guide suruh tinggalkan semua barang dan bawa hanya air sahaja. Waktu ini semua dah siap pakai down jaket dan glove tebal. Perjalanan ke EBC mendatar dan menaik. Kita akan trekking di rabung dan boleh nampak puncak Everest. Kami sampai jam 3.00pm dan saya yang last dalam group sampai 3.30pm. Sampai sahaja tgk ramai dah beratur untuk bergambar. Sebenarnya bole bergambar dimana2 sahaja kerana tiada sign board pun. Tapi disebabkan ada satu batu yang dah ditulis Everest Base Camp 2018 jadi semua berkumpul bergambar disitu kerana ada bendera nepal. Kawasan base camp untuk pendaki Everest terletak berhampiran Glasier Ais. Dan tempat kami ambil gambar berhampiran dan bole nampak kumbu glasier tersebut. Selepas bergambar solo dan group 3.45pm kami dah mula gerak. Kami perlu bergerak cepat kerana jika lambat suhu semakin sejuk dan akan gelap. Group Malaysia yang saya kenal ada 3 semuanya termasuk group saya. Satu group brader Shariman dan lagi satu group Madam Teoh dari KL. Kami sampai semula ke Gorakship jam 6.30pm dalam keadaan gelap dan kesejukan.

Semasa makan malam jam 7.00pm kami semua sangat gembira kerana berjaya sampai ke EBC kesemuanya 7 orang.

Semasa makan malam guide berbincang dengan kami tentang trekking ke puncak Kalapathar keesokkanya. Jika hendak mendaki perlu keluar seawal 4.00am dan kena sampai semula ke hotel jam 7.00am untuk sarapan. Memandangkan jadual kami memang sudah delay 1 hari. Semasa trekking naik kami tidak skip hari maka masa turun kami perlu skip hari. Jadi keadaan ini membuat kami sangat letih. Jadi hasil perbincangan semua tidak jadi untuk ke Kalapatar.

Sebelah malamnya mau tidur satu cabaran buat kami kerana suhu sangat sejuk. Sampaikan permukaan air pun jadi lapisan ais. Tidur pun tak tukar baju, tidur dengan down jaket.

Day 15 (13 Okt 2018) – Sabtu – Pangboche (5,030m) – Day 11 Pakej
Harini ini disebabkan kami tak naik Kalapatar kami tidak la terburu2 sangat. Selepas sarapan kami gerak jam 8.00am, Waktu ini sudah ada pancaran matahari. Walaupun sejuk tapi tak perlu pakai down jaket yang tebal.

Kami perlu bergerak cepat harini ini kerana perjalanan yang panjang. Dari Gorakshep kami singgah lunch di Thukla dan dari situ kami meneruskan perjalanan ke Pangboche melalui Pareche. Ada group yang cuma singgah di Pereche sahaja untuk lunch.

Akhirnya kami sampai di Pangboche jam 6.30pm dalam keadaan gelap. Masing2 membawa head lamp. Kebetulan hotel yang kami menginap sebelum ini penuh dah terpaksa menginap di hotel lain.

Semasa menunggu makan malam kami bertemu dengan Sherpa Nigma yang sudah 21 kali naik puncak Everest. Semua sangat teruja mendengar kisah beliau. Kebetulan beliau sedang bawa klien dari china. Selepas bersembang dan bergambar kami balik ke bilik masing2

Tidur di Pangboche lebih selesa berbanding gorakshep. Kami dapat tidur dgn selesa dan nyenyak kerana hotel tersebut tidak terlalu sejuk.

Day 16 (14 Okt 2018) – Ahad – Namche Bazar (5,030m) – Day 12 Pakej
Perjalanan pagi ini agak panjang juga. Kami perlu sampai Namche Bazar maksimum jam 4.00pm. Selepas sarapan jam 8.00am kami trekking. Kami perlu melepasi cekpoint Fungkitenga. Perjalanan ke Fungkitenga agak mencabar kerana menaik dan kemudian menurun ke Fungkitenga. Sampai di Fungkitenga sherpa purna dah tunggu untuk register di pondok post. Selepas melepasi Fungkitenga trek menaik semula memang letih. Kami berhenti makan di Sanasa jam 1.30pm. Gerak 2.00pm Dari sanasa trek sedikit mendatar dan menaik. Lagi 2 km nak sampai Namche Bazar trek dah mendatar dan menurun. Kami sampai hotel di Namche Bazar jam 3.30pm. Kami rasa gembira kerana sempat untuk berjalan2 di Namche Bazar dan minum Kopi di Kedai Bakery sambil menggunakan perkhidmatan charging free dan free wifi.

Day 17 (15 Okt 2018) – Isnin – Lukla – Day 13 Pakej
Perjalanan dari Namche ke Lukla memang jauh lebih kurang 18km dan mengambil masa 9 jam. Selepas sarapan jam 6.30am kami dengan segera bertolak. Kami singgah makan tengahari di Pakding di hotel yang sama kami sampai.

Sampai di Pakding kami jumpa lagi Malaysia (Chinese Group) dalam perjalanan ke EBC.

Trekking hari ini memang memenatkan. Dalam perjanan trekking bersama group Shariman yang tinggal 3 orang sahaja (5 orang dah balik naik heli dari Gorakship dan thukla) saya terserempak lagi dgn group Malaysia yg lain. Group Pak Syed yang baru gerak dari lukla, sempat bertanya kabar.

Kami sampai di Lukla jam 4.00pm. Menginap di hotel Nest.

Day 18 (16 Okt 2018) – Selasa – Lukla – Day 14 Pakej
Sarapan jam 7.00am. Semua dah teruja untuk pulang ke kathmandu. Jam 9.30am kami dah masuk airport check in. Tunggu punya tunggu sampai jam 2.00pm tiba2 cuaca makin teruk. Turn kami adalah next flight yg telah berada di airport berhampiran. Tapi akhirnya airport tutup kerana cuaca buruk dengan Kabus tebal. Semua syarikat penerbangan sudah cansel kecuali Tara Air yg akan kami naik. Kami dimaklumkan yg last flight tersebut sedang cuba untuk berlepas ke kathmandu jika cuaca kembali baik. So kami sangat berharap flight tersebut dapat. Setelah tunggu satu jam flight tersebut pun tidak dapat berlepas.

Kami terkandas satu hari. Terpaksa menginap di hotel shangrila satu malam. Harap esok pagi dapat terbang. Guide hendak cuba selit sorang2 dalam flight awal. Maknanya kami mungkin tidak akan pulang serentak bersama.

Bila kena bayar sendiri penginapan. Guide uruskan menginap di hotel ini. Kami mula pelik kenapa tidak hotel ini dari awal sedangkan hotel ini lebih murah berbanding hatel Nest.

Selidik punya selidik barulah kami tahu. Hotel yg agen uruskan untuk kami semua ada komisyen buat agen. Itu sebab hotel tersebut caj mahal sedikit untuk makan dan bilik supaya bole bagi margin profit pada agen.

Jadi bila kami kena bayar sendiri baru guide carikan hotel yg murah dan selesa untuk kami.

Day 19 (17 Okt 2018) – Rabu – Lukla
Harini ini kami dimaklumkan yang kami akan menaiki flight ke Ramechhap Airport dan tak jauh dari Ramechhap Airport ada bus station. Bus ke Kathmandu ambil masa 5-6jam. Itu sahaja pilihan yang ada buat masa ini. Sehingga 10.00am tiada satu pun flight yg mendarat di Lukla Airport. Semua orang dah mulai risau. Dalam pukul 11.00am baru ada flight mendarat, semua orang di airport dan gembira menepuk tangan, menaruh harapan yg flight2 lain turut muncul. Namun harapan tinggal harapan sahaja hanya beberapa flight sahaja yang sempat ambil penumpang kalau tak silap saya cuma 3 flight dari 3 syarikat iaitu Tara Air, Summit Air dan Nepal Air yang sempat. Selepas itu cuaca kembali buruk. Kabus tebal kembali menutup kawasan lukla. Tiada harapan akan ada flight mendarat. Sama seperti semalam kami hanya perlu lagi satu flight Tara Air sahaja mendarat untuk giliran kami. Akhirnya 2.30pm petugas airport memberitahu Tara Air Cansel. Barulah kami dapat keluar dan ambil luggage kami semula. Tara Air selalu yg last sekali buat makluman cansel.

Seterusnya kami kembali ke Shangrila Hotel. Penginapan dan makan 2 harini terkandas adalah sendiri. Masing2 dah kehabisan cash dah. Jadi mula berjimat2 makan dan berbelanjan.

Guide maklumkan esok kami ada pilihan untuk naik heli dengan bayaran 100usd seorang. Harga ini kira munasabah. Pilihan ini kami dapat disebabkan client agen yang baru yang hendak ke lukla juga terkandas penerbangan satu hari. Jadi esok mereka juga perlu naik heli. Jadi agen dapat pujuk mereka naik heli untuk esok. Jadi mereka bayar sehala ke Lukla dan kami bayar sehala ke Kathmandu. Jika tidak 450usd seorang untuk charter heli.

Harap esok client baru agen ke lukla tiada masalah supaya kami dapat pulang.

Day 20 (18 Okt 2018) – Khamis – Lukla
Seperti dijanjikan kami menunggu clent baru yang akan sampai ke Lukla. disebabkan cuaca buruk (Kabus Tebal) Airport Lukla telah ditutup. heli pun tidak dapat mendarat. Disebabkan itu heli terpaksa mendarat di kawasan yang lebih rendah dari Lukla. iaitu di Surke Heli Pad. Kami dimaklumkan bahawa heli tersebut adalah penerbangan terakhir, jadi kami perlu turun 2 jam perjalanan untuk sampai ke Surke.

Sampai di Surke Helipad, pilot heli bagitau kami ada masa 2 minit untuk berlepas, kebetulan dalam heli ada 2 orang matsaleh dah naik. jadi kami 6 orang terpaksa tinggal 2 orang tidak dapat naik. Masa ini kami terpingga2 kejap, dalam keadaan pilot bergegas nak berlepas dan 2 orang tidak muat. Mr Ganesh cuba mendapatkan penjelasan dari pilot tetapi tidak dilayan kerana beliau perlu berlepas mengikut masa yang ditetapkan. Mr ganesh dan lagi 2 orang kawan kami terduduk dan buntu, dah la terkejar2 dari lukla dengan beg untuk turun ke Surke helipad, bila sampai tak de tempat pula. Kami yang sempat naik terpaksa berlepas tanpa mereka. Sampai di Kathmandu, syarikat heli datang memeriksa kami, dan dapati yang 2 mat salleh tersebut telah salah naik heli, syarikat heli meminta bayaran daripada mereka dan mereka tidak mahu bayar kerana telah buat bayaran. Jadi kecoh sebentar. Waktu ini terdengar suara Mr Shanker dari telefon petugas syarikat heli tu berkata ” If the dont wan to pay just sent them to police and put them in jail” Mungkin beliau dah bengang sbb dia carted heli untuk bawa kami.

Akhirnya syarikat agen mat salleh tersebut dan syarikat agen kami dapat kata sepakat, dimana mereka syarikat matsalleh tersebut akan bawa turun 2 rakan kami yang tertinggal pada esokknya. Kami membuat bayaran 100usd seorang. Disebabkan kami tak cukup cash, ada yang dapat bayar dan ada yang tak dapat bayar, tapi nasib baik dapat jaminan dari Mr Shanker, barulah petugas syarikat heli benarkan kami keluar ke airport. Sampai di Airport kami disambut oleh Mr Shanker. Beliau siap mohon maaf atas problem tersebut dan cakap ia tidak dapat dijangka.

Mr Shanker dah siap tempah teksi untuk hantar kami pulang ke Hotel Thamel.

Day 21 (19 Okt 2018) – Jumaat – Kathmandu
Jam 8.00am 2 lagi rakan kami telah selamat sampai di kathmandu dengan heli, flight mererka ke KL adalah sebelah malam. Nasib baik sempat juga sampai kathmandu diawal pagi. boleh siap2 dan bersihkan diri.

Setelah berbincang dengan pihak agen kami dimaklumkan yang kami dapat harga murah 100usd untuk heli adalah usaha agen dengan refund tiket flight dan topup bayaran heli. Kebanyakan orang yang terdesak untuk pulang ke Kathmandu terpaksa membayar sekitar 400-450usd seorang untuk heli.

Semua kami masing2 berjalan sendiri2 sekitar pekan thamel mencari keperluan masing2 seperti souvenir dan last shoping. John dari USA jam 12 dah gerah ke Airport. so kami yang lain sempat last jalan dan shoping.

Jam 8 Malam 3 orang dah berangkat ke airport untuk pulang ke Kuala Lumpur. Disebabkan hotel Tamel penuh saya menginap di Hotel Thamel Park.

Day 22 (20 Okt 2018) – Sabtu – Kathmandu – Kuala Lumpur
Selepas sarapan pagi. Jam 9.00am Shanker datang untuk ucap selamat jalan. dan seterusnya ke airport dan bertolak pulang ke Kuala Lumpur jam 1.00pm.

Beberapa hari selepas pulang ke Malaysia Mr john dari USA telah create kan Google Foto album, dimana setiap dari kami share dan exchange gambar dalam folder tersebut. Memudahkan dengan cara ini daripada share dalam whatsap yang akan reduce kualiti.

Syarikat Agen
Adventure Magic Trek & Expedition P. Ltd. Syarikat agen ground ini ownernya nama Mr Shanker. Guide yang kami guna namanya Mr Ganesh Niraula. Mr Shanker sangat membantu dan sedaya upaya menguruskan urusan kami dengan lancar berkaitan Heli dari Kathmandu dan Lukla. Manakala Guide kami Mr Ganesh sangat bagus bagi memastikan trekking kami berjalan lancar.

Setelah pulang ke Malaysia, kami masing2 membuat tuntutan insuran berkaitan “Travel Delay” disebabkan flight cansel, tuntutan ini kalau berjaya dapat la menampung semula kos tambahan yang kami keluarkan untuk naik heli. Mr Shanker sangat membantu dalam mendapatkan dokumen2 dan resit yang kami perlukan.

Syarikat ini juga membantu dalam mendapatkan harga heli yang berpatutan, berbanding pendaki lain yang dikenakan bayaran yang mahal. Jika tiada rundingan dan arrangement dari agen, kalau kita direct guna heli, maka kita akan dapat harga mahal. Ini kerana semua yang terlibat dalam tempahan heli ( agen, tea house, local broker, hotel) akan mendapat komisen dari urusan heli jika kita tempah melalui orang tengah. So jika agen kita boleh tempah sendiri dengan syarikat heli kemungkinan kita boleh dapat harga murah. Di Nepal ni tiada jenayah penipuan berkaitan trekking ini, cuma silap deal mereka akan cuba up harga untuk komisen masing2.

Sebagai contoh, jika anda pergi sendiri dari Kathmandu ke lukla. dan sampai lukla anda baru cari Free lance guide dan porter. Jadi mereka ini tiada syarikat agen. So boleh jadi mereka dealkan heli untuk kita mereka juga cuba dapatkan sedikit komisen dari agen heli atau dari tea house atau hotel.

Jadi kalau kita ambil Syarikat agen yang boleh dipercayai, kemungkinan harga yang lebih ini boleh dijimatkan. Tidak dinafikan jika anda direct pergi sendiri ke lukla DIY untuk trekking ke EBC anda kemungkinan besar boleh dapatkan harga dan kos yang lebih murah seperti kebanyakkan mat salleh buat. Tapi ada urusan yang mungkin anda tidak dapat nak elakkan dan terpaksa bayar lebih seperti heli.

Setakat ini saya menggunakan syarikat agen ini untuk ABC (2015) dan EBC (2018) dengan guide yang sama iaitu Mr Ganesh, saya amat berpuas hati dengan syarikat ini.

Pengalaman dan Tips
Hasil pengalaman saya Trekking ABC (2015) dan EBC (2018), saya dapati trek EBC lebih mudah berbanding trek ABC. Tapi cabaran EBC adalah kita berada di altitut tinggi, dimana kita akan cepat rasa penat walaupun trek tak susah dan boleh kena AMS. Manakala ABC adalah lebih rendah cuma trekking ABC banyak juga bertangga naik turun melalui satu kampung ke satu kampung.

EBC = Altitut tinggi, trek pendek, mendatar, dan tak banyak naik turun, risiko AMS, Jalan Udara  Kos 1100 – 1300 USD
ABC = Trek panjang, Naik turun dan bertangga, kurang sejuk. Kurang risiko AMS, Jalan darat, Kos 500 – 600 USD

EBC boleh buat jalan darat tapi mengambil masa 5-7 hari trekking dari last bus stop. ABC pula hanya menaiki Bus sahaja dari Pokhara.

Jumlah Hari
Jumlah hari pakej adalah 14 hari. 14 hari ni kira selesa la. Ada hari climates di Namche dan juga di Dingboche. So kalau 14 hari trekking (pakej) adalah selamat anda buat jadual 18-20 hari. 2 hari sebelum pakej dan juga 2-3 hari selepas pakej. Extra hari ni adalah untuk reserve jika ada delay perjalanan sebab cuaca. Jika jadual anda lancar tiada delay, maka boleh guna reserve day itu untuk jalan2 sightseen.

Tips saya jika anda delay semasa mula trekking atau delay semasa hendak ke lukla, adalah dinasihatkan supaya jangan skip hari semasa trekking naik. ini untuk elakkan risiko AMS. So masa kami telah delay satu hari, Guide kami Mr Ganesh dapat buat arrangement semula dengan penginapan yang beliau telah booking.

sebagai contoh, group Malaysia lagi satu yang kami jumpa telah delay satu hari, jadi mereka telah skip satu hari semasa di Namche Bazar (Sepatutnya bermalam 2 malam), so akibatnya salah seorang ahli mereka telah kena AMS semasa di Thukla dan terpaksa di hantar pulang dengan heli.

Semasa turun boleh skip tapi semasa naik tak boleh skip. Disebabkan guide kami Mr Ganesh ni sudah biasa dengan pihak penginapan hotel yang kami duduk so beliau dapat adjust booking.

Tapi semasa turun ke Pangboche kami terpaksa pindah hotel lain kerana hotel asal penuh. Tapi kalau masa peak season mungkin susah juga nak adjust booking kalau group besar sbb peak season ramai orang dan penginapan yang biasa akan cepat penuh.

Tips – Stanby Duit Kecemasan
Kalau trekking EBC anda perlu stanby duit 800-1000 USD untuk Helikopter sekiranya cuaca buruk atau ada masalah perlu evakuasi. Kebiasaan kalau seorang kos heli sekitar 400-450 USD. Jika dapat nego atau dapat cari yang murah boleh dapat sekitar 200-300 USD. Sekiranya flight anda ke Kathmandu – Lukla – Khatmandu lancar dan tiada masalah cuaca dan tidak delay maka anda jimat tidak perlu keluar duit tambahan. Dan anda tiada masalah kesihatan dan tidak perlu evakuasi juga anda jimat. Jadi 800-1000 USD adalah stanby.

Sebagai contoh semasa di Gorakshep saya dapati ada 4 orang group dari Malaysia buat shortcut, mereka malas untuk trekking balik, so mereka tempah heli untuk balik terus ke Kathmandu. Kalau tak silap saya ia diluar pakej mereka dan mereka sanggup bayar sekitar 450 – 600 USD seorang. So anda pun boleh buat macam ni kalau tetiba rasa malas nak trekking balik 🙂 .

Duit belanja semasa di Trek
Hasil berbincang dengan guide dan shanker kami di nasihatkan untuk membawa duit belanja anggaran satu hari 1000 rupie. So ada 14 hari jadi 14ribu rupie = 140 USD. Duit belanja ini adalah untuk keperluan sendiri seperti beli air mineral, mandi air panas, makanan tambahan selain pakej, charging hp dan power bank. Shopping2 di namche bazar dan semasa di Dengboche serta lain2. Saya tidak pun habis guna 14ribu rupie untuk perbelanjaan harian. Cuma habis bila terkandas 3 hari sebab kena bayar hotel dan makan sendiri semasa di lukla.

Saya banyak abis duit dekat air, walaupun ada bawa akuatab tapi kebanyakkan masa beli air mineral kerana takut perut tak biasa. Air semakin tinggi ke Basecamp harga semakin mahal. Kalau di lukla kita boleh beli air 1 liter 80rupie, semakin tinggi harga semakin naik, 100, 150, 300 (Loboche), 400 (Gorakship).

Sekian, 😀

____________________________________________________________________________________________________________________________

Berikut saya Sharekan Itenari dari syarikat agen beserta KOS

Day to Day Itinerary for the Everest Base camp Trekking:

Day 01: Arrival day in Kathmandu (1,300m/4,264 ft).
Upon arrival at the Tribhuvan intl airport our representative welcomes you and transfer in your hotel in Kathmandu,hotel is located at the heart of Kathmandu and briefing about your your trip and overnight at Hotel.

Day 02:Fly to Lukla (2,800m/9,186ft) & trek to Phakding (2,652m/8,700ft), 3-4 hrs walk
Everest base camp trek start with the senic fly from Kathmandu to the tiny airstrip at Lukla for about 40 minutes scenic flight; you will have time to stroll around, while the guide sort and divide the load baggage to be carried by porters. Guide will manage the lunch place depending upon the time of arrival at Lukla. We then take an easy walk to Phakding village for the overnight stop and rest of the time look around the village for local cultural experience

Day 03: Phakding to Namche Bazaar (3,440m/11,283ft), 5-6 hrs walk
After breakfast your second day to everest base camp will continue up the banks of the Dudh Kosi, crossing it twice by small suspension bridges before reaching the village of Monjo the entrance gate of the Sagarmatha National Park . When enter the National park boundary we descend and a gradual walk brings us to the suspension bridge over the Bhote-Koshi river to Jorsalle village, the last village till Namche Bazaar.Namche is a prosperous trading town and the capital of the Khumbu Region.Mt Everest can be seen today while we hike to namche bazaar.

Day 04: Acclimatization day at Namche Bazaar
We will spend a day in Namche Bazaar resting and allowing our bodies to become acclimatized to the altitude of (3,440m/11,283ft).You have full day leisure or visit Everest View Point hotel in Syanboche for wonderful panoramic views and also possible to see all the way of everest base camp trail & Everest.if Saturday can be seen many people in Saturday market for shopping to fulfill their daily needs and only one shopping market in the surrounding areas. Also you can visit Sherpa Museum as well a great place to learn Sherpa culture and history of mountaineering and stroll back to hotel for overnight.

Day 05:Namche to Tyangboche (3,867m/12684ft), 5-6 hrs walk
Today after breakfast we start our trek with pleasant walk through the forest with magnificent view of mountains. The great view of the mighty peaks of Everest, Nuptse, Lhotse , Ama Dablam, Thamserku and Kwangde peak with view of the eastern snow capped mountains. The trail leads up hill through the forested path and the hardly walk to get to Tyangboche. One of the most beautiful place in the Himalaya and the first thing that comes to your eye is the big Monastery, then the large field with campsites and teahouses, lodges beneath the towering majestic beautiful peak Ama Dablam.You will have great view of everest from your hotel in tyangboche.

Day 06: Tyangboche to Dingboche (4,358m/14,295 ft), 5-6 hrs walk
The trail descends down from Tengboche,winding through the rhododendron forest to Deboche and crossing a bridge over the raging Imja Khol River. Hug the valley wall, and then traverse the plains to Dingboche, the start of the Imja Tse Valley . Dingboche is also the gateway to Chukung and farther beyond for the most challenging traverses towards Makalu area and Hinko Valley via Sherpani col 6,100m and Amphu Laptsa pass 5,780m.

Day 07:Acclimatization day at Dingboche
On this day you will rest before the last leg of the journey. You may have full day rest or there are some places where you can go for a day walk like trek to Chhukung (4,730m) is worth while which takes approx. 3-4 hours from Dingboche, towards east with in the Imjatse Valley, although the trek is gradual, however you can feel the thin air as the altitude gains slowly coming towards Chhukung. At Chhukung, there are few teahouses overlooking superb view of the snow capped peaks and glaciers After enjoy stroll back to Dingboche for overnight.

Day 08:Dingboche to Lobuche (4,928m/16164 ft), 5-6 hrs walk
Tackle the steep incline to the terminal moraine of the Khumbu glacier, continuing along the rugged route to your resort at Loboje. Above the huts looms the famous Lhotse Ridge.

Day 09: Trek to Gorakshep (5,160m/16,929ft) & hike to Everest Base Camp (5,320m/17,450ft) 5-6 hrs walk
After breakfast we continue our trek to Gorekshep in a windy and rocky path with the wonderful view of Mt. Pumori , Mt. Nuptse,Everest and other magnificent peaks. After check in at lodge & lunch, our adventure continues to wards Everest Base Camp and to the Khumbu Ice-fall.The trail passes through over rocky dunes and moraine and streams, till you reach the base camp. In Everest Base Camp the climbers gather for summiting Everest during the high expedition season. We explore Everest base camp.Everest base camp is full of with white rocks and snow.you can touch the glacier to.Everest base camp is kind of valley.From everest base camp we can see the beautiful views of world biggest khumbu glacier to.

Day 10: Early Hike to Kala Pathar(5,550m/18,204ft) & trek back to Pheriche 6-7 hrs walk
Guide will arrange time for this morning to start early hike up to Kala Pathar for the most wonderful sunrise views of the Everest. It takes about 2 hours to reach this hill top (the famous view point).This small peak offers the best views of Mt. Everest, Nuptse, Pumori and Ama Dablam along with the entire mountain views of Khumbu Himalayan range and we also can see most popular everest base camp.Being here for some hours,we hike down to Gorekshep,breakfast and retrace back towards Pheriche for overnight.

Day 11: Pheriche to Namche (3,500m/11,480ft), 5-6 hrs walk
Heading down now, the going is easier and the pace faster. Take back great memories with you and walk down hill towards the Phungithanka vis Tangboche and after crossing the suspension bridge over the Dudh Koshi river trek onwards to the Kyanjuma the junction of the trinity ways to Gokyo Valley , Khumjung village and Namche Bazzar. Great view of Ama Dablam, Thamserku, Tawache and Lhotse as well as dense wildlife of some species of Pheasants, Himalayan Griffons, Musk deer and wild goat can be found insides the rhododendron forest, evening explore Namche Bazar.

Day 12: Namche to Phakding(2,850m/9,348ft),4 hrs walk
Today after breakfast short climb to hidden valley called Khumjung village, probably the biggest village of the areas and visit Hillary school established by Sir Admund Hillary and visit to Khunde village where a place of famous climber and big hospital running by charity, after a great moments take back to Namche Bazzar for lunch via Syangboche airstrip which is the world highest airport in the world.We walk back to the downhill for overnight at Phakding.

Day 13: Phakding to Lukla (2,800m/9,186ft),3hrs walk
Leisurely this morning we trek back to Lukla, you can walk at your own pace and enjoying the lush green scenery around and passing through the incredible mountain scenery and local Sherpa village. Arrival in Lukla and you’ll have time to stroll around the areas and guide will re-confirm your flight ticket and enjoy the last celebrate dinner with your crew member and overnight at Hotel.

Day 14: Fly back to Kathmandu
After an early morning flight to Kathmandu our guide transfer you to your hotel. You may have time to relax after long journey and take back your breath and rest at your hotel where you can share the great experiences of Everest base camp trek with us.

Day 15:Departures from kathmandu ,
Today is free or last minute shopping for souvenirs or gift to your family, friends or relatives for you until your departure flight/drive or to commence any extra trips or activities you may have booked with us. If departing, you’ll be transferred to the International Airport for your departure flight to your onwards destination.

___________________________________________________________
Trip cost : 1050 usd$ per-person
___________________________________________________________

Cost Inclusive:

Airport arrival and departure by private vehicle
2 star accommodation in Kathmandu with breakfast
All domestic airfares as per the itinerary
Full board meal (breakfast, lunch, dinner, tea & coffee) in during the trek
Comfortable accommodation on teahouse/lodge during the trek
One english speaking guide ,one sherpa helper ( porter ) and their payment
Sagarmatha National park entry fee and necessary permits
Everest base camp trek permit & tims card
Down jacket and four seasonal sleeping bag
Exclusive medical kit bag
All government and local taxes.

Cost Exclusive:

Lunch and dinner in kathmandu
excess baggage charge
Travel and rescue insurance,battery re-charged.
Personal trekking Equipment
Personal expenses e.g. phone calls, laundry, bar bills & extra porters
Tips for driver, guides and porters,hot shower,pot of tea or coffee

Shankar Pandey
Adventure Magic Treks & Expedition(p).Ltd
http://www.adventuremagictreks.com
info@adventuremagictreks.com
Tel:00977-1-4410361,4412061
Cel:977-9841570317
Skype;adventure.magic,
P.O.B;24495,
Bhagawotistan,Thamel,Kathmandu,Nepal

 

Direct dengan Guide Ganesh

Sekiranya anda tidak ramai dan ingin direct dengan guide, anda boleh juga terus hubungi Mr Ganish Niraula di FB beliau. Cuma jika beliau lambat reply maybe beliau sedang bawa group. Antara group besar yang pernah guna khidmat Ganesh adalah Group TM. Trip ABC dan EBC saya guna khidmat Ganesh. So far memang terbaik dari beliau sebagai guide dan menjaga keselamatan kami dan juga melancarkan urusan.

https://www.facebook.com/ganesh.niraula1

Ganesh

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: