The life journey

Kembara Kehidupan

Archive for September, 2018

Bukit Besi Alam Damai

Posted by hamydy on 12, September 2018

Bukit Besi

Bukit Besi Alam Damai
Ramai yang tertanya2 dimanakah bukit ini dan kenapa diberi nama Bukit Besi, adakah ada besi disana. Jawapannya ialah ia asal nya terletak di kawasan Kem Sg Besi. Dan dari Sg Besi ada laluan jalan tar menuju ke Menara Telekon. Disebabkan itu namanya Bukit Besi. Laluan trek dari Alam Damai ini adalah trek baru yang mula menjadi popular setelah beberapa lama penduduk dikawasan tersebut mendaki dan melihat pemandangan KL.

Puncak Bukit besi yang sebenarnya adalah kawasan Menara Telekom. Memandangkan kawasan menara ini kawasan larangan, oleh itu penduduk yang merintis laluan ini membina pondok beberapa meter sebelum Menara diberi nama puncak Bukit Besi.
Bukit Besi Bukit Besi Alam Damai 2018
Lokasi Mula
Landmark Bank OCBC Alam Damai dan Restoran Mamak Al Mashoor. Kat kawasan ni dah jadi kawasan parking pendaki Bukit Besi. Parking kemudian lintas jalan ke simpang.
Bukit Besi Bukit Besi Alam Damai 2018

Dekat dengan simpang ini anda akan dapat lihat dua jalan masuk. Satu jalan tar ke tangki air dan kedua denai sebelah paip besar. Dua-dua laluan pun sama akan bertemu di tempat view KL. Terdapat dua Tangki air dan kedua2 tangki air tersebut ada laluan. so bole pilih nak ikut laluan tangki air pertama atau kedua. Pada pengalaman saya ikut laluan tangki air kedua lebih selamat kerana laluan tangki air pertama tu sedikit licit dan curam. Berikut adalah Peta Trek bukit Besi.
Bukit Besi
Untuk sampai ke puncak bermula dari laluan masuk hanya mengambil masa 30-40 minit sahaja. Tetapi kebanyakkan pendaki akan buat satu pusingan (Loop). Sama ada ke puncak kemudian ke menara dan pusing semula atau sebaliknya.

Bukit Besi

Kalau buat satu pusingan dapat la elevation seperti ini. Sampai Simpang ke Puncak turun dan naik semula hingga ke menara dan seterusnya ke puncak Bukit Besi dan terus turun dan pulang. Kalau ikut masa dan speed saya ni  1jam 34minit. Ini kelajuan sederhana saja sambil stop sekejap bergambar.

Bukit Besi Bukit Besi Alam Damai 2018
Ini spot untuk melihat pemandangan KL. Kalau malam tahun baru ramai orang akan lepak sini untuk lihat bunga api. Kalau dari laluan masuk ke spot ini cuma mengambil masa 10-15 minit sahaja melalui tangki air pertama.

Bukit Besi Bukit Besi Alam Damai 2018
ini pula spot yang view ke arah hulu langat dan alam damai. view ni tak berapa cun sangat compare view kl. Tapi kawasan ini lebih lapang dan luas. Seterusnya setelah melalui dan melepasi spot view KL dan View langan anda akan jumpa laluan ke puncak. Memang takde signboard kat sini, tapi senang sahaja nak tau.
Bukit Besi Bukit Besi Alam Damai 2018
Jika anda nampak simpang ini, ini la simpang Loop (Pusingan), kalau ke kiri menuju ke puncak dahulu dan jika ke kanan menuju ke Water Fall dahulu. Jika ke waterfall dahulu, maka laluan akan menurun sahaja sehingga paling bwah jumpa waterfall. selepas waterfall anda akan mula menaik sehingga jumpa menara dan dari menara menurun sedikit rata menuju ke puncak Bukit Besi.
Bukit Besi Bukit Besi Alam Damai 2018
Di puncak Bukit Besi ini ada pondok yang dibina oleh otai-otai Bukit Besi. kat sini tiada view, cuma tempat berehat sahaja. ada kemudahan Dumbel dan juga hammok.

Sekian.

Berikut adalah video youtube yang saya buat semasa mendaki Bukit Besi. Harap anda terhibur

Watch My Video of this Bukit Besi hiking at : https://www.youtube.com/watch?v=bb0xA0dxrOc

Advertisements

Posted in Pendakian Gunung | Tagged: , , | Leave a Comment »