The life journey

Kembara Kehidupan

Archive for the ‘Cuti2 Malaysia’ Category

Percutian di Malaysia

Air Terjun Lata Beringin Sg Resam Semungkis Batu 14 Hulu Langat

Posted by hamydy on 4, December 2020


Air Terjun Lata Beringin Sg Resam Semungkis Batu 14 Hulu Langat
Lama juga saya tidak mengarang. Ok sejak musim PKP ini tak banyak tempat yang kita boleh riadah. Jika ada kena patuhi SOP. Ok untuk penulisan kali ini saya kongsikan trip saya ke Air terjun Lata Beringin yang terletak di Batu 14 Hulu Langat Selangor. Boleh waze atau google map untuk kesini. Sangat mudah dan senang. Cara hendak kesini adalah menuju ke Pekan Batu 14 hulu Langat kemudiannya masuk simpang ke Agrotek Resort. Terus sahaja ikut laluan ini sehingga ke hujung jalan dan seterusnya melalui Off Road beberapa ratus meter. Kenderaan boleh masuk sehingga ke hujung trek jika jalan tidak becak. jika becak ada baiknya naik kereta yang tinggi seperti 4WD atau motosikal atau trekking.

Anda masuk sehingga ke hujung trek dan anda akan jumpa pondok penjaga persatuan penduduk kampung. Ikut SOP daftar nama dan imbas Mysejahtera, buat bayaran dan boleh enjoy. Jika anda tidak tempah dan ingin walkin anda mungkin tidak dibenarkan masuk jika kawasan tapak sudah penuh.

Kawasam Air Terjun ini di jaga oleh persatuan penduduk kampung. Kawasan tapak perkhematan juga tidak besar dan terhad aiatu sekitar 10 khemah. Sebaiknya anda buat tempahan tapak sebelum anda datang. Jika bermalam tapak khemah RM25 dan fee masuk RM1 setiap orang. Tapak ini dijaga rapi dan bersih. Terdapat kemudahan tandas dan surau.


Untuk tempahan boleh hubungi En Ijam011 2350 6820

Lokasi :
Google Maps : Laman Riadah Jeram Tinggi, Kg Sg Semungkis, 43100 Hulu Langat, Selangor
Koordinat : 3.16877, 101.82635

Posted in Agrotek, Cuti2 Malaysia, Jom Piknik, Riadah Santai | Tagged: , , , , | Leave a Comment »

Bukit Bendera @ Penang Hill ~ Via Moongate 5

Posted by hamydy on 20, August 2018

Penang Hill 2018
Bukit Bendera (Penang Hill)
Sekiranya melawat ke Pulau Pinang jangan lepaskan peluang mencuba aktiviti hiking di Bukit Bendera ini. Terdapat beberapa trail yang boleh digunakan untuk mendaki Bukit Bendera. Hiking tidak dikenakan bayaran, apabila turun boleh turun dengan Train dengan bayaran RM5 (My Kad). Waktu paling sesuai untuk mula adalah jam 7.00am kerana cuaca tidak panas. Ada trail yang pendek dan ada trail yang panjang. Berikut adalah antara pilihan Tempat Mula Trail.

  1. Bukit Bendera Cable Car Station, Sebelah Parking (5.409135, 100.277472)
  2. Seafood Restaurant Happy Family, Jalan Taman Cantik 5.407747, 100.280585
  3. Youth Park Car Park, Jalan Kebun Bunga, (1. 5.431611, 100.297364, 2. 5.430565, 100.297365)
  4. Moongate 5 Botanic Garden,(5.435734, 100.292855)
  5. Tar Road Botanical Gardens, Jalan Kebun Bunga, Jalan Tar (5.437418, 100.290486)

Trail – Bukit Bendera Cable Car Station
Trail ini paling senang dan berdekatan dengan Cable Car Station. Anda boleh parking kereta di parking bertingkat atau pun parking di kawasan belakang Cable Car Station masuk melalui Jalan Pokok Ceri. Jika anda parking di Parking bertingkat, sebelah Cable Car Station ada laluan yang akan melalui bahagian bawah Cable Car Station dan menuju ke belakang berdekatan dengan laluan masuk dari parking Jalan Pokok Ceri. Trail ini adalah selali dengan laluan Cable Car melalui Middle Station dan seterusnya ke puncak Penang Hill.

Trail – Seafood Restaurant Happy Family
Sekiranya anda suka pemandangan kampung dan kebun maka laluan ini juga menarik. Laluan ini lebih panjang dari laluan trail Cable Car Station. Masuk melalui simpang Jalan Taman Cantik 500 meter sebelum Cable Car Station. Masuk 130 meter Jalan Taman Cantik kemudian melepasi Seafood Restaurant Happy Family. Simpang trail ini betul-betul selepas Seafood Restaurant Happy Family selepas melalui jambatan pendek. Apabila anda masuk simpang ini anda berjalan terus sehingga ke hujung sehingga jumpa tokong kecil tempat sembahyang maka laluan masuk disitu. Trail ini hanya orang local sahaja yang biasa masuk orang luar jarang melalui trail ini.

Trail – Taman Belia/Youth Park, Jalan Kebun Bunga
Kawasan ini lebih jauh dari Cable Car Station, kalau naik Grab sekitar RM5-10. Lebih kurang 6.5km jaraknya dari Cable Car Station. Terdapat 2 kawasan Tempat letak kereta. Anda boleh parking mana2 dua kawasan tersebut kerana setiap satu ada laluan masuk ke trail yang sama. 1. 5.431611, 100.297364, 2. 5.430565, 100.297365.

Trail – Tar Road Botanic Garden
Trail ini atas lagi dari pintu masuk Moongate 5. Ia adalah laluan tar untuk naik ke Bukit Bendera. Hanya kenderaan yang dibenarkan sahaja dibenarkan masuk. Jadi kalau mendaki di laluan ini anda akan kerap bertembung dengan kenderaan Jeep dan motosikal. Agak kurang selesa.

Trail – Moongate 5
Pintu masuk trail ini merupakan trail yang paling famous. jika anda google cara untuk mendaki Penang Hill, anda akan dapati rata2 orang tulis masuk dari sini. Kawasan ini parking limited sedikit, parking ditepi sepanjang jalan. Memang ramai pengunjung di kawasan ini. Saya mendaki melalui pintu ini.
Penang Hill 2018 Penang Hill 2018
Penang Hill 2018 Penang Hill 2018
Sampai di Moongate 5 ni sekitar jam 7.00am Dan mula mendaki jam 7.20am, kebetulan dapat parking betul2 hadapan Moongate ini. Awal pendakian dari moongate ini trek sedikit menaik di tambah dengan beberapa anak tangga. Lebih kurang 1.2km 35 minit mendaki anda akan jumpa CP Station 5. Di sini ada kemudahan toilet kedai kopi dan mini gym.
Penang Hill 2018 Penang Hill 2018
Dari CP Station 5 anda akan bertemu dengan simpang ke CP Station 39. Selepas CP Station 5 ni, trek banyak juga yg mendatar. Disebabkan Station 39 tu kebawah sebelah kiri maka saya tidak turun ke station 39 sebaliknya meneruskan perjalanan ke CP Station 84 lebih kurang 1.1km 20 minit. Sebenarnya anda telah mendaki melepasi Bukit Cendana jika sampai ke Station 84. Di Station 84 ini ada banggunan tinggalan tandas awam yang sudah tidak digunakan. Disini anda akan melalui sedikit jalan Tar sebelum simpang masuk ke trail semula.
Penang Hill 2018 Penang Hill 2018
Penang Hill 2018 Penang Hill 2018
Selepas Station 84 barulah anda mendaki bukit bendera. Laluan ini sepanjang lebih kurang 1.6km dengan masa 30-40 minit. Anda akan sampai ke Lower Tunnel. Sampai disini anda akan mendaki sepanjang laluan cabel car dan sampai ke puncak Upper Station Penang. Pendakian santai dengan kelajuan biasa mengambil masa 2 jam 20 minit. jika anda sedikit laju bole buat 2 jam sahaja.
Penang Hill 2018 Penang Hill 2018
Seterusnya tanpa berehat lama saya terus membeli tiket Cabel Car untuk turun dengan harga RM5 sahaja. Sampai di bawah terus ambil Grab ke Moongate 5 Botanic Garden untuk ambil kereta. Bayaran Grab kesana RM11.
Penang Hill 2018 Penang Hill 2018
Ok begitulah seba sedikit Pendakian Bukit Bendera / Penang Hill.

Sekian

Tentatif
0720 Start Trekking
0752 CP Station 5
0845 CP 84
0920 Reached Lower Tunnel
0950 Reach Upper Station – Summit
1005 Reach Lower Station
1006 Ending Point

Height :  833 m (2,723 ft) above sea level
Duration : 2 hours to 2 1/2 hours ascent
Distance : about 5-6 KM

Facilities and Fees
Toilet and Bathroom : Toilet at CP Station 5
Parking Fee : –
Climbing Fee : –

Watch My Video of this Penang Hill hiking at : https://www.youtube.com/watch?v=nj4Tt2qebIA

Posted in Cuti2 Malaysia, Pendakian Gunung | Tagged: , , , | Leave a Comment »

Mt Kinabalu 13-14 May 2017 ~ Via Timpohon

Posted by hamydy on 21, August 2017

Gunung Kinabalu 2017
Mt Kinabalu 2017
Trip mendaki Gunung Kinabalu 2017 kali ini di sertai oleh 12 peserta orang semuanya. Sebenarnya saya dapat seat 20 orang, tapi semasa konfirm booking, yang sempat bayar cuma 12 orang. So bakinya saya return balik. Booking saya buat sejak Ogos 2016 lagi. Trip kali ini tentative hampir sama dengan trip sebelum ini iaitu 5h4m. Peserta terdiri daripada 7 orang lelaki dan 5 orang perempuan dan diantaranya 4 orang sudah pernah mendaki sebelum ini dan juga pernah mendaki bersama saya pada tahun 2015.

Hari Pertama : Khamis – 11 May 2017
Penginapan backpacker disediakan. Para peserta datang berbeza waktu. Ada yang sampai pagi, Petang dan juga lewat malam. Ada juga yang memilih menginap di Hotel. Transport Airport ke Backpacker, ramai menggunakan perkhidmatan Uber dengan bayaran sekitar RM10. Lebih murah dari teksi airport. Jika anda sorang dan sampai awal dan tidak terburu-buru boleh naik bus airport dengan bayaran RM5. Tapi jika anda berdua atau bertiga lebih baik naik uber yang caj dalam RM10 sahaja.

Gunung Kinabalu 2017 Gunung Kinabalu 2017
Bus Airport
Perkhidmatan Airport Bus ni untuk ke pusat bandar Kota Kinabalu dengan beberapa hentian station. Kebetulan Borneo Backpacker berdekatan dengan station Padang Merdeka dan di laluan yang sama, so bole minta driver bus untuk turunkan di Borneo Backpacker.

Gunung Kinabalu 2017 Gunung Kinabalu 2017
Gunung Kinabalu 2017 Gunung Kinabalu 2017
Borneo Backpacker Sabah
Backpacker ini memang selesa dan dekat dengan pasar filipine. Maklumat lanjut berkenaan dengan Backpacker Hostel ini boleh la di baca di entri saya yang lepas di link berikut: https://hamydy.wordpress.com/2012/08/02/backpacker-borneo-backpackers-sabah/. Tahun 2015 Borneo Backpacker ini telah diambil alih oleh pengurusan syarikat yang baru. Syarikat Sticky Rice Travel Sdn Bhd telah mengambil alih Borneobackpacker dan juga kedai kopi di bawahnya. Web site borneobackpacker juga telah bertukar wajah baru di alamat http://www.borneobackpackers.com/.

Hari pertama peserta dengan aktiviti sendiri, ada yang sewa kereta dan jenjalan sampai kundasang, ada yang shoping pasar filipine dan ada yang rehat sahaja.

Hari Kedua : Jumaat – 12 May 2017
Pada hari kedua seawal 6.00am kami semua telah bersiap sedia menunggu transport datang. Kami mula gerak ke Kundasang sekitar jam 7.00am dan singgah pickup Cikgu Awal dan Huzam di Tune Hotel 1 Borneo. Kemudian singgah sarapan (tempat baru Lupa nama tempat ni) tapi kali ini bukan Putrajaya yang selalu singgah.

Gunung Kinabalu 2017 Gunung Kinabalu 2017

Kami singgah di Pekan Nabalu untuk bergambar. Pemandangan bagus dan dapat merakam gambar yang bagus jugak. Sini memang port tempat bergambar bagi para pelancong yang datang ke kundasang. Kami tidak singgah lama disini dan tidak juga shoping kerana mahu meneruskan perjalanan ke Kinabalu Park.

Gunung Kinabalu 2017 Gunung Kinabalu 2017

Sampai di Kinabalu Park, sementara buat pendaftaran ada yang mengambil peluang bergambar sekitar kinabalu park. Selesai mendaftar kami check in di Tahubang Lodge untuk letak Bag. Tahubang Lodge ni terletak seberang jalan dihadapan pintu masuk Kinabalu Park. Sebelum ini saya biasa booking chalet dalam kinabalu park, tapi kali ini cuba yang lain pula. seterusnya kami bertolak ke Kundasang untuk makan tengahari dan menunaikan Solat Jumaat di Masjid Jamek Kundasang. Masjid Jamek Kundasang ini terletak di atas bukit boleh jalan kaki sahaja dari pekan kundasang ini. Kami Lunch di Pekan kundasang bersebelahan dengan War Memory terdapat kedai makan yang famous dengan Chicken Wing bakar, so kami pun tidak melepaskan peluang untuk mencuba.

Gunung Kinabalu 2017 Gunung Kinabalu 2017

Seterusnya perjalanan diteruskan ke Kampung Marakau untuk melihat ikan kelah. Plan asal hendak ke Sg Maroli tetapi disebabkan jarak dan masa maka Kg Marakau dipilih kerana lebih dekat. Ternakan ikan kelah di sini tidak sebesar dan sebanyak seperti Santuari Ikan Kelah di Sg Maroli tapi ok la boleh merasa bagi makan dan pegang ikan kelah yang jinak-jinak.

Gunung Kinabalu 2017 Gunung Kinabalu 2017

Kami menghabiskan masa lebih kurang 1 jam bagi makan dan bergambar. Destinasi seterusnya adalah Poring Hot Spring. Di sini tiada peserta yang mandi, sebaliknya cuma merendam kaki sahaja dan bergambar.

Gunung Kinabalu 2017 Gunung Kinabalu 2017

Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Desa Dairy Farm. Malangnya kami sampai jam 4.30pm dan Gate telah ditutup. Jadi kami cuma bergambar di luar sahaja. Desa Dairy Farm Buka 8.00am-5.00pm, tapi masuk sebelum 4.30pm. so kena datang awal sikit next time :(.

Gunung Kinabalu 2017 Gunung Kinabalu 2017

Makan Malam kami di Restoran Puteri Nabalu didalam Nabalu Kundasang Lodge. Kawasan Lodge ni agak besar selain restoran dan ia turut menyediakan perkhidmatan Lodge, Meeting Room dan function room dan event. Makan malan adalah Seafood Stimboat. Harga yang ditawarkan tidak la terlalu mahal dan makanan pun sedap. Tapi sebelum makan kami singah shopping bazar tepi di kundasang, melihat buah-buahan dan sayuran yang segar2.

Gunung Kinabalu 2017 Gunung Kinabalu 2017

Setelah makan Malam kami pulang ke Tahubang Lodge, rehat sambil packing barang2 dan buat sesi taklimat ringkas sambil agihan Tshirt program.

Hari Ketiga : Sabtu – 13 May 2017
Jam 6.00am kami semua dah siap sedia, bergerak ke Kinabalu Park untuk tinggalkan beg di HQ Park dan seterusnya sarapan pagi di Balsam Cafe. Setelah sarapan kami tunggu guide dan juga porter untuk timbang beg. Semua dah siap tunggu bas untuk ke Timpohon Gate. Sampai di timpohon gate kami dengar sesi taklimat yang diberikan oleh guide. setelah selesai taklimat kami buat sesi regangan badan dan seterusnya memulakan pendakian.

Gunung Kinabalu 2017 Gunung Kinabalu 2017
Gunung Kinabalu 2017 Gunung Kinabalu 2017
Gunung Kinabalu 2017 Gunung Kinabalu 2017

Diawal pendakian masing-masing masih berkumpulan sehinggalah mencapai KM 3-4 masing2 sudah berpecah dengan kelajuan masing-masing. Peserta paling awal sampai ke laban rata sekitar 2.30pm dan paling lambat sampai dalam group ini adalah 6.00pm. Nane antara yang terawal sampai ke Laban Rata mengejar untuk join Via Ferata, Malangnya apabila beliau sampai di Pendant Hut, Pakej Short Via Ferata telah penuh.

Kinabalu 2014 Kinabalu 2017
Gunung Kinabalu 2017 Gunung Kinabalu 2017
Gunung Kinabalu 2017 Gunung Kinabalu 2017

Kami semua menginap di Lemaing Hut, setelah makan malam masing-masing mula berehat dan tido. Lemaing Hut ni Dorm Besar dan campur, walaupun campur peserta tiada masalah kerana nak tukar baju dan mandi dilakukan di toilet, katil untuk tido sahaja dari jam 8.00pm-1.00am, disebabkan sejuk semua peserta berselimut. Terdapat toilet dan Bilik mandi, ada dapur dan sinki, dapur boleh untuk masak air.

Gunung Kinabalu 2017 Gunung Kinabalu 2017
Gunung Kinabalu 2017 Gunung Kinabalu 2017

Hari Keempat : Ahad – 14 May 2017
Jam 1.00am dah ada peserta yang bangun siap sedia untuk ke Cafe Laban Rata Resthouse untuk sarapan. Kali ini saya tewas dengan AMS, tak tahu kenapa, biasanya saya kena symtom AMS dengan sakit kepala. Tapi kali ini saya kena pening yang teruk. Nak melangkah pun terasa dunia yang bergoyang :D. Lagi seorang kena AMS adalah Nur Dalila, beliau pun sama tak sangka, sbb 2 tahun semasa mendaki Kinabalu beliau sampai ke Puncak. So dua orang sahaja yang tak naik pagi tu.

Gunung Kinabalu 2017 Gunung Kinabalu 2017
Gunung Kinabalu 2017 Gunung Kinabalu 2017

Setelah semua dah sarapan, guide bagi taklimat ringkas dan seterusnya memulakan pendakian melalui jalan baru yang berhampiran dengan Lemaing Hut. Kalau dulu jalan masuk sebelah Gunting Lagadan Hut. Pertengahan Jalan sebelum sempat Check Point Abg Azmi pun tewas juga kerana masalah penghadaman, jadi beliau berpatah balik. Selebihnya meneruskan perjalanan dan melepasi Check Point Sayat-Sayat.

Kinabalu 2014 Kinabalu 2017

Peserta yang paling awal sampai Puncak dalam group ini adalah Hamyzy dan Nane Tahniah !!!. Saya kat laban rata tido jer. Keadaan cuaca sepanjang pendakian ke puncak hujan sedikit renyai2 tipis dan berangin.

sekitar 9.00am kesemua peserta group ini sudah selamat kembali ke Lemaing Hut dan bersiap2 untuk check out dan sarapan di Laban Rata Resthouse cafe. Sekitar 11.00am kami semua sudah beransur turun dengan kelajuan masing2. Cikgu Awal dan Cikgu Huzam perlu sampai ke Kinabalu Park Awal kerana kejar Flight Jam 9.00pm.

 Gunung Kinabalu 2017  Gunung Kinabalu 2017

Sekitar jam 5.00pm semua peserta sudah pun tiba di Kinabalu Park HQ dan menerima sijil masing-masing. satu Avanza bergerak dahulu untuk hantar Cikgu Awal dan Cikgu Huzam terus ke Airport. Tiba di KK ada yang menginap di Backpacker dan ada yang menginap di Hotel dan ada yang pulang ke kampung Kota Belut (En Sablidi). Sesi makan malam dan penutup program di buat di Gerai Seafood tepi Pasar Filipine.

Gunung Kinabalu 2017

Hari Kelima : Isnin – 15 May 2017
Hari kelima ini aktiviti free n easy, kali ini tiada yang kepulau, semua rehat di hostel sahaja. selesai sarapan peserta masing2 bergerak ke pasar filipine untuk shopping. Ada yang pulang Flight tengahari dan ada yang pulang petang.

 Gunung Kinabalu 2017  Gunung Kinabalu 2017

Begitulah cerita trip mendaki kali ini. harap terhibur membacanya.

Tentative Program

Day 1 : Khamis – 11 May 2017
– Free & Easy
– Check In Borneo Backpacker

Day 2 : Jumaat – 12 May 2017 – Tour
06.00am – Transport telah sampai di Backpacker
07.00am – Mula bertolak dan singgah di Tune Hotel 1Borneo untuk pickup 2 peserta yang menginap disitu, kemudian singgah sarapan di pertengahan jalan.
09.20am – Singah di Pekan Nabalu untuk bergambar, seterusnya meneruskan perjalanan ke Kinabalu Park
10.30am – Singah di Kinabalu Park untuk Pendaftaran
11.30am – Singah di Pekan Kundasang untuk Makan Tengahari dan juga Solat Jumaat
12.30pm – Solat Jumaat di Jamek Kundasang
02.15pm – Melawat ikan Kelah di Sg Kg Marakau
03.15pm – Melawat Poring Hot Spring
04.30pm – Melawat Desa Dairy Farm Mesilau – Tidak sempat masuk kerana tutup 4.30pm, so bergambar di luar sahaja
08.00pm – Makan malam Seafood di Restoran Puteri Nabalu Kundasang
09.00pm – Cek In di Tahubang Chalet di hadapan Kinabalu Park
10.00pm – Taklimat dan sesi suai kenal dan agihan Tshirt Program
10.30pm – Packing barang2 yang hendak bagi portal dan yang hendak disimpan di Kinabalu Park
*Beg simpan di Kinabalu Park HQ = RM10 satu beg
*Portal dari Mesilau = RM12 untuk 1 KG

Day 2 : Sabtu – 13 May 2017
05.00am – Bangun Solat subuh
06.00am – Simpan beg di kinabalu park
06.30am – Sarapan pagi di Balsam Cafe Kinabalu Park
07.00am – Timbang beg untuk bagi portal dan Naik bas ke Timpohon Gate
08.30am – Taklimat oleh Guide dan Mula Mendaki
03.00pm – Peserta pertama dalam group ini sampai di Laban Rata
06.15pm – Peserta terakhir dalam group ini yang sampai laban rata
05.00pm – Makan malam dan cek in chalet Lemaing Hut
08.00pm – wajib tido

Day 3 : Ahad – 14 May 2017
01.00am – Bangun dan siap2 untuk mendaki
01.30am – Sarapan
02.30am – Mula Mendaki ke puncak ( Jarak 2.8km)
05.00am – Mesti melepasi Sayat-sayat Cekpoint sebelum jam 5.00am atau anda tidak dibenarkan naik.
07.00am – Sampai Peak bergambar
08.00am – Berkumpul di KM8 gambar duit seringgit bergambar baju raya dengan pantas
08.30am – Bergerak turun ke Laban Rata Rest House
10.00am – Sarapan dan Cek Out
11.00am – Bergerak turun ke Timpohon Gate
03.00pm – Dijangka tiba di Timpohon Gate
04.00pm – Ambil sijil dan tunggu Beg dari Portal dan ambil beg di HQ
05.00pm – Bergerak pulang ke Kota Kinabalu/ yang balik kl ( Terus akan hantar ke Airport)
08.00pm – Cek in Borneo Backpacker
09.00pm – Makan malam di Pasar Malam (Makan Seafood tepi laut)
– Majlis Perpisahan dan program berakhir

Day 4 : Isnin – 15 May 2017
Free & Easy, Peserta rehat dan shopping di pasar Filipine.

untuk Melihat Galeri Gambar trip ini sila klik capaian link ini https://kinabalufoto.wordpress.com/2017/07/07/mt-kinabalu-13-14-may-2017-timpohon/

Video Pendakian Mt Kinabalu 2017

Posted in Cuti2 Malaysia, Melancong, Pendakian Gunung | 2 Comments »

Penang Street Art

Posted by hamydy on 3, April 2015


Penang Street Art
Jalan-Jalan Cuti-cuti Malaysia kali ini membawa saya ke Penang. Fokus utama entri ini adalah Penang Street Art. Saya sering juga ke Penang sebelum ini untuk urusan kerja dan peribadi namun belum pernah sempat untuk explore tarikkan baru Penang iaitu Street Art ini. Penang Street Art ini sebenarnya adalah lukisan mural yang di lukis beberapa orang pelukis dari luar negara dan juga tempatan. Disebabkan lukisan mural ini unik dan cantik ia menjadi satu tarikkan pelancong untuk melawat tempat tersebut sehinggalah pihak berkuasa tempatan telah mempertingkatkan kemudahan CCTV dan rondaan polis pelancong sentiasa.

Lokasi Penang Street Art
Lokasi lukisan mural ini terletak di sekitar banggunan lama di pekan George Town. Jadi dari mana hendak bermula?. Kebiasaan pengunjung bermula di kawasan Lebuh Cannon, kawasan ini happening kerana tumpuan pelancong kerana di sini anda boleh dapatkan Peta Penang Street Art di hampir setiap kedai di kawasan ini dengan percuma yang diletakkan di kaunter. Ini koordinat tempat bermula 5.414818, 100.336547.

Permainan Penang Street Art Hunt
Biasanya ramai pelancong tempatan dan juga luar yang sering bermain permainan ini apabila datang berkumpulan 4-5 orang. Caranya mudah sahaja biasanya mereka bahagi kan kepada 2-3 group selepas itu mula mencari seberapa banyak lukisan mural dan bergambar untuk tempoh 2-3 jam sebelum berhenti makan di mana2 restoran nasi kandar. Ada yang berjalan kaki ada yang menyewa basikal. Bergantung kepada anda. Jika buat permainan ini dengan kawan2 ia akan rasa bertambah seronok dan enjoy.


George Town
George Town ini di liputi oleh banggunan-banggunan lama seperti rumah kedai 2 tingkat. Kawasan ini telah di gazetkan sebagai tapak warisan UNESCO pada 2008.

“Here is the Nomination Dossier submitted to UNESCO. “Melaka and George Town, Cities of the Straits of Malacca” was inscribed as a UNESCO World Heritage Site during the 32nd session of the World Heritage Committee which met in Quebec City, Canada, on 2-10 July, 2008.”

World Heritage Site Inscription Details
Inscription Year: 2008
Type of Site: Cultural
Inscription Criteria: II, III, IV



Tak banyak yang boleh saya ceritakan tentang Penang street Art ini. anda kena pergi dan mengalaminya sendiri sebelum lukisan-lukisan ini pudar dan rosak. Saya dapati sudah ada beberapa lukisan yang sudah pudar. Di kawasan ini juga terdapat banyak hostel dan hotel buget untuk backpacker. Anda boleh lihat banyak mat salleh di kawasan ini. Jika anda hendak kelainan boleh la menginap di hotel-hotel dari banggunan lama..nampak macam kembali ke masa silam.

Nasi Kandar Beratur ~ Masjid Kapitan Keling
Berhampiran Lebuh Cannon ini terdapat satu tempat makan yang agak famous. Nasi Kandar Beratur. Restoran ini di buka pada jam 10 malam dan terletak bersebelahan Masjid Kapitan Keling. Kenapa di panggil Nasi Beratur, adalah kerana pada jam 9.00 malam sudah ramai pengunjung beratur menunggu restoran dibuka. Kadang kala barisan menjadi panjang. Dan setiap kali anda datang pasti kena beratur :). Disebabkan saya datang siang hari saya makan di depan kedai Nasi Beratur ini, pada siang hari ada gerai kecik sebelah restoran nasi beratur ini.

Peta Penang Street Art di Google Maps
Terdapat lokasi Penang Street Art ini di Google Maps. Saya tidak pasti siapa yang buat tapi ia sangat membantu anda. Setiap lukisan murah di tandakan di dalam map tersebut. Anda boleh view di link ini

https://www.google.com/maps/d/viewer?ll=5.415901,100.337856&t=m&source=embed&ie=UTF8&msa=0&spn=0.01709,0.017145&mid=zfP8JNnikALg.kaUN6WQlZsuE

Sekian..Begitulah kisah pencarian Penang Street Art, walaupun tidak sepenuhnya tapi sempat juga saya mencari beberapa lukisan mural yang terkenal. Entri ini adalah kesinambungan entri Trip Star Cruise .

Tentative

Day 1 : 14/03/2015
04.00am – Memandu ke Penang
10.00am – Sampai di Butterworth naik Ferry
11.00am – Explore Penang Street Art (Lukisan Mural) & Makan Nasi Kandar
04.00pm – Lepak di Padang Kota sambil Layan Cendol
05.00pm – Parking kereta di Parking khas Star Cruise dan bergerak ke Swettenham Pier Cruise Terminal
05.30pm – Chek in, Ambik Kad Akses – Boarding
06.00pm – Masuk dalam kapal setelah melalui pemeriksaan
06.30pm – Masuk Cabin letak dan letak Beg
06.45pm – Makan Malam di Dek Utama – sampai nak muntah 🙂
08.00pm – Rehat di Cabin – Mandi dan tukar pakaian
09.00pm – Sambung Makan dan Minum di Dek utama/ Latian Kecemasan
10.00pm – Explore Star Cruise dan bergambar/ Ada Show di Dewan Utama
11.00pm – Lepak di Dek Utama sambil minum tepi swimm Poll sambil layan Live Band

Day 2 : 15/03/2015
01.00am – Layan movie (Big Hero 6)
02.30am – Movie Habis
02.40am – On the way balik ke Cabin Lalu depan Casino ( Penuh Orang 😀 )
03.00am – Tidor
06.00am – Bangun mandi dan siap2 untuk sarapan
06.30am – Sarapan bermula
09.00am – Siap sedia untuk Cek Out (Ke kaunter semak kad akses dan pulangkan Adaptor)
10.00am – Beratur untuk keluar
11.00am – Dah kembali ke kereta dan sedia untuk destinasi berikut nya 🙂
01.00pm – Sampai Alor Setar
06.00pm – Bertolak Pulang ke Kuala Lumpur
12.00am – Sampai Kuala Lumpur

Posted in Cuti2 Malaysia | Tagged: , | 5 Comments »

Panggung Bandaraya DBKL

Posted by hamydy on 31, March 2015


Panggung Bandaraya DBKL
Jalan-jalan di Kuala Lumpur kali ini membawa saya menonton persembahan Teater di Panggung Bandaraya DBKL yang terletak di sebelah Banggunan Sultan Abdul Samad dan dihadapan Dataran Merdeka. Sebelum saya ceritakan tentang Teater yang saya tonton, biarlah saya ceritakan serba sedikit berkenaan banggunan Panggung Bandaraya DBKL ini. Banggunan ini mula dirancang sejak 1901 dengan direkabentuk oleh A.B Hubback dan mula pembinaan oleh Messrs W. Nicholas pada tahun 1902 dengan kos 100,000 Dollar Selat. Dan banggunan ini menjadi pusat pentadbiran Kuala Lumpur yang pertama.

Pada tahun 2007 Panggung Bandaraya telah di Gazetkan sebagai Banggunan Kebudayaan di bawah Akta Antik 2007. Sejak daripada itu Panggung Bandaraya menjadi tempat persembahan pelbagai persembahan termasuk teater.

Teater MUD Our Story of Kuala Lumpur The Musical
Teater ini adalah sejarah kewujudan Kuala Lumpur dari awal penerokaannya sebagai pusat bijih timah suatu masa dahulu. Kuala Lumpur dibuka oleh Raja Abdullah secara rasmi untuk perlombongan bijih timah, dan mula membangun selepas Kapitan Cina ketiga dilantik iaitu Yap Ah Loy bagi menerajui perlombongan bijih di Kuala Lumpur ketika itu. Cerita ini bermula antara tahun 1857 hingga 1881 dan sehingga sekarang. Terdapat 4 babak, Babak 1 permulaan zaman perlombongan bijih timah, Babak 2 berkaitan masyarakat ketika itu,Babak 3 berlaku kebakaran besar yang melanda Kuala Lumpur dan babak 4 berkaitan banjir besar dan berlumpur.

Persembahan Teater ini berlangsung selama 3 tahun, dengan kerjasama Projek Visit Kuala Lumpur. Saya di maklumkan selepas 3 tahun baru bertukar tajuk persembahan teater ini. Tiket boleh di beli di kaunter di dalam Panggung Bandaraya, atau pun boleh dibeli secara online di www.mudKL.com. Harga tiket boleh tahan jugak mahalnya iaitu RM45 untuk pemegang Mykad dan RM60 tanpa MyKad. Saya kebetulan dapat voucher diskaun 15%, so jimat sikit la.

Ini merupakan pengalaman pertama saya melihat teater musikal di kl. Sebelum ini tidakl pernah lagi menonton teater musikal secara live asyik dalam TV sahaja :). Persembahan sebanyak 2 kali sehari dan setiap hari. Waktu persembahan ialah 3.00pm dan 8.30pm dengan durasi 60 minit tempoh persembahan. Maaf tidak banyak gambar yang dapat saya rakam, kerana semasa persembahan penggunaan camera dan juga handphone tidak dibenarkan. Hanya dibenarkan bergambar dengan pelakon selepas selesai.

Komen
Memandangkan ini kali pertama saya menonton teater musikal secara live, pada pendapat saya persembahan teater MUD Our Story of Kuala Lumpur The Musical ini sangat menghiburkan. Memang tidak boring. Pelakon2 teater semuanya muda2 dan berbakat serta Suara penyanyi juga sedap. Setiap babak ada penonton akan dipilih untuk turut serta dalam teater sebagai watak tambahan :). Anda patut cuba menonton teater ini. Biasanya jika waktu petang jam 3.00pm ramai kunjunggan pelancong yang dibawa oleh pihak agen pelancongan, so masa terbaik kalau tak nak sesak adalah pilih waktu malam yang tidak terlalu ramai.

Parking Kereta
Jika tidak ramai anda boleh jer parking betul2 dihadapan pintu masuk Panggung Bandaraya ini. Kalau sudah penuh anda boleh parking di Parking di bawah Dataran Merdeka dan belakang makamah.

Contact
http://www.mudKL.com
Tel : 032602 3335, 016 266 6190
Koordinat : 3.150295, 101.694977

Harga Tiket
RM60
RM45 – Mykad

Posted in Cuti2 Malaysia, Riadah Santai | Tagged: , , | Leave a Comment »

Star Cruises ~ SuperStar Libra 2D1N

Posted by hamydy on 24, March 2015


Star Cruises ~ SuperStar Libra
Cuti2 Malaysia kali ini saya mencuba menaiki kapal mewah Star Cruises SuperStar Libra untuk pakej 2 hari 1 malam. Dah lama teringin nak cuba tapi tak kesempatan. Saya ingatkan pakejnya mahal sangat, tapi bila di cari rupanya tidak la mahal sangat. Bagi budget traveller pun kira masih mampu untuk merasai bercuti di kapal mewah dengan buget yang minimum.

Cara Booking
Terdapat beberapa cara untuk booking Star Cruises ini. Kapal Cruises ini juga terdapat 6 jenis kapal iaitu SuperStar Libra, SuperStar Virgo, SuperStar Aquarius, SuperStar Gemini, SuperStar Pisces dan The Taipan. Anda boleh pilih kapal2 ini bergantung kepada destinasi pelayarannya. Saya pilih SuperStar Libra yang berpangkalan di Penang Port di Swettenham Pier Cruise Terminal.

1. Direct Web Starcruise : http://www.starcruises.com/en/home.aspx
2. Agen : http://www.starcruisepackagesmalaysia.com/ , http://www.airlinktravel.my/cruises/
3. Direct Walkin : Penang Port Swettenham

Tips
Biasanya saya akan cari di web rasmi Star Cruise dahulu untuk lihat harga dan pakej yang disediakan..seterusnya saya bandingkan pula dengan harga di Groupon dan juga Harga dari Agen Pelancongan. Perlu diteliti pada kandungan pakej yang ditawarkan jangan lihat pada harga sahaja. Kekadang ada yang perkara termasuk dan ada yang tidak termasuk. Jadi kat sini kena bijak sedikit. Selain itu perlu juga di teliti tarikh-tarikh yang di tawarkan. Kalau di Groupon ada redemption period nya. Oleh itu pilih lah yang kena dengan jadual dan buget anda.

Saya pilih untuk beli Direct pada web site Star Cruise kerana pakej yang ditawarkan di Groupon dan travel Agen tidak sesuai dengan jadual dan budget saya.

Pakej Groupon http://getaways.groupon.my

Contohnya Pakej Groupon
3D2N Stay for 2 People on SuperStar Libra Cruise + Flamingo Hotel = RM596
Pakej di Groupon juga menarik dengan 1 malam di Hotel Flaminggo. Tapi perlu baca dahulu detail terma dan syarat pakejnya supaya tidak terlepas pandang jika terdapat bayaran tambahan. Jika dibandingkan pakej 3D2N Groupon dengan pakej 2D1N dari web Starcruise, sudah tentu pakej Groupon lagi murah dan untung jika harga pakej hampir sama. Jadi pada pendapat saya jika anda tidak terikat dengan jadual anda, maka ada baiknya ambil pakej dari Groupon yang ternyata lebih untung kerana ada penginapan di Flaminggo Hotel.  Tetapi jika di website Starcruise ada pakej yang harga RM245 dan anda tidak mahu menginap di Hotel Flaminggo, maka lebih baik ambil pakej dari web Star Cruise 🙂 .

Pakej di Web Starcruise http://www.starcruises.com/en/home.aspx

Pakej di Web Starcruise
2D1N Stay for 2 People on SuperStar Libra Cruise = RM245 (Tiada View) RM315 (Ocean View) – Antara Tarikh yang murah. Harga berbeza-beza mengikut jenis cabin dan tarikh walaupun Cabin dan pakej yang sama. Biasanya jika tengah minggu harga lebih murah berbanding jika hujung minggu. Harga pada hari sabtu boleh mencecah RM600

Tips Jimat
Jika anda pergi dalam group 3-4 orang, hanya 2 orang ambik pakej dgn Cabin dan lagi 2 orang ambik pakej tanpa cabin (Standing). So nanti anda boleh share cabin untuk tidur, katil cabin boleh di cantumkan. Cara ini ada juga yang buat 😀 . yang penting masa beli anda beli asing2 jangan pula bagitau yang anda nak sharing. Untuk pakej tiada cabin ini ( Pakej Standing) biasanya untuk pakej 2H1M sahaja yang ada, sebab kebanyakkan orang yang suka berjudi akan pilih pakej Standing ini sebab nak berjudi sepanjang malam. Pakej Standing ni boleh dapat dengan agen. Kalau melalui web Starcruise saya cek tiada.

Antara Pakej Yang Ada
Star LIBRA – 1 Night Cruise from Penang
Star LIBRA – 4D3N Penang-Phuket-Krabi-Penangg
Star AQUARIUS – 1 night from Kota Kinabalu
Star AQUARIUS – 3D2N from Kota Kinabalu
Star AQUARIUS – 4D3N from KK – Puerto Princesa – Kota Kinabalu
Star GEMINI – 3D2N (Fri Sailing) from Singapore
Star GEMINI – 3D2N Sg-Melaka or Port Klang-Singapore
Star GEMINI – 4D3N from Singapore-Penang-Langkawi-Singapore or Singapore-Penang-Port Klang-Singapore
Star VIRGO – 1 Night Cruise from Hong Kong
Star VIRGO – 3D2N High Seas Cruise from Hong Kong

Ok berbalik kepada trip saya. Saya pilih tarikh dan hari Sabtu dan Ahad untuk Pakej 2H1M, sebab nak jimat cuti tahunan :). So saya akan citerkan step by step bagaimana saya booking dan perjalanan saya ke sana. Setelah saya Lihat pakej dan tarikh-tarikh yang sesuai dengan jadual dan buget saya, maka saya memilih untuk booking terus dari Laman Web Rasmi Star Cruise.saya lihat ada juga yang murah sehingga RM270 untuk 2pax, tapi tarikh pulak tidak sesuai. Anda boleh booking 1pax juga tapi harga sama seperti 2pax, oleh itu mula2 anda search dahulu 1 pax tgk harga pastu anda search pulak 2pax tengok harga. kalau harga sama baik anda beli 2 pax, supaya anda dapat satu cabin dan tidak sharing. kalau anda booking 1pax kemungkinan boleh sharing dengan orang yang tidak kenal. Kalau booking di web Star Cruise saya lihat tiada option untuk tanpa cabin (Standing). Pakej standing ini boleh beli dengan Agen atau pun beli direct di kaunter Star Cruise di terminal.

Mula2 saya buka website rasmi starCruise, cari tarikh yang saya nak, selepastu ikut jer arahan pada web sehingga ke peringkat bayaran. Boleh buat bayaran melalui kredit card dan juga debit card. Saya guna debit card sahaja. Setelah buat bayaran dan telah confirm anda akan akan dapat pengesan tiket. Maklumat penumpang boleh menggunakan Pasport dan Juga Kad Pengenalan. Saya guna pasport sahaja. Kenapa boleh guna IC kerana kapal Cruise hanya berlayar sehingga ke lautan antarabangsa sahaja, ia tidak memasuki mana2 negara, kecuali jika anda ambil pakej Phuket Krabi.

Online Cek In.
8 hari sebelum berlepas anda sudah boleh online check in. memang mudah dan senang sahaja. macam cek in flight. setelah check in online anda akan dapat Boarding Pass. Print dan simpan boarding pas ini. ini link website untuk online checkin https://booking.starcruises.com/OnlineCheckIn/default.aspx?lang=en

Saya memandu ke Penang pagi Sabtu sekitar 4.00am, drive santai2 sambil menikmati pemandangan hiway :). sampai di Butterworth sekitar 10.00am seterusnya sengaja menaiki ferry ke George Town.. layan angin sepoi2 atas ferry. Sampai di George Town cari makan di Restoran Nasi Kandar. Try nak makan kat Nasi Kandar Beratur di sebelah Masjid Kapitan keling tapi tutup pulak, hanya buka jam 10 malam, jadi saya pun makan jer kat restoran yang buka. jika anda sampai awal dan hendak habiskan masa sementara menunggu boarding kapal Cruise sekitar jam 5.00pm, jadi anda boleh la berjalan2 sekitar little india mencari lukisan mural yang canntik (Penang Street Art)..ini saya akan ceritakan dalam entry Penang Street Art 🙂

Parking Kereta ~ Penumpang Star Cruise
Setelah puas pusing lihat Penang Street Art dan Padang Kota saya sudah sedia untuk ke Kapal Cruise. Jika anda menaiki kereta, jangan risau, Star Cruise ada menyediakan parking kereta khas bagi penumpang. Tapi parking ini hanya di buka pada jam 5.00pm sahaja.Ia terletak sebelah Tugu Fort Cornwallis, Pintu masuk warna biru. Caj parking cuma RM5 untuk 2 hari sehingga keluar.


Setelah Parking kereta saya bergerak menuju ke Terminal Swettenham Pier Cruise Terminal . Rasa teruja juga sebab pertama kali nak naik kapal mewah ni. sampai di terminal saya lihat dah ramai yang sedang beratur untuk Cek In. Masa Check in antara jam 5.30pm dan last Boarding adalah jam 8.15pm. Jika anda masuk awal, boleh rehat awal dan makan kerana buffet makan sudah bermula jam 6.00pm sehingga jam 9.30pm. Boarding Masuk kedalam kapal macam naik flight juga. Disebabkan saya telah check in online, semasa di kaunter saya terus diberi kad akses dan sticker “Online Cek In” yang di tampal pada dada, dengan sticker ini saya dapat terus masuk tanpa beratur panjang :). Pemeriksaan seperti biasa kita akan di scan dahulu sebelum masuk. Masukk kedalam saya terus mencari kabin saya.

Kabin Oceanview Stateroom
Kabin saya di tingkat 3, masuk sahaja suasana ala2 Titanic pulak. memang cantik. Kabin Oceanview Stateroom ni pun selesa. Bilik air dan toilet walaupun kecik tapi kemas dan bersih. Masuk menggunakan akses card macam hotel. Jadi di atas kapal semuanya menggunakan akses card, jika anda langgan perkhidmatan tambahan yang tiada dalam pakej dia akan minta card dan di rekod pada card tersebut, bila nak check out baru bayar.

Kabin Oceanview Stateroom ini dilengkapi dengan almari, meja tulis dan juga TV. Ala-ala bilik hotel cuma ruang terhad saja. jika anda hendak bilik yang lebih besar juga ada, harga pun besar jugak la 😀 . Cabin ini berdasarkan kajian saya boleh muat 4 orang, katil di kembarkan muat 3 orang dan sorang tido atas lantai 🙂 . Ok la kan kalau nak berjimat 🙂 . Setelah letak barang, apa lagi jom jamu selera la. makan di dek atas yang ada swimming pool dan jakuzi.

Makan Malam
Yang bestnya makan malam ni ialah anda boleh ulang-ulang makan sehingga buffet tutup jam 9.30pm, makanan tak abis2 pun. dah makan balik cabin mandi pastu datang makan balik 🙂 . Terdapat 3 restoran, Halal dan tidak halal, biasanya yang tidak halal dibuat khas di level lain ( Chainese restaurant). Yang buffet di dek tingkat atas sekali adalah halal, dan ada juga saya jumpa chef Melayu. Makan minum sampai kenyang. Sambil makan anda akan lihat ramai jer yang sudah terjun pool beremdam dan mandi :). makanan juga banyak dan sedap. Antara yang saya sempat rasa masakkan lokal dan western seperti kambing grill, laksa, itik, kuih2, buah2. Selepas makan rehat sambil minum kopi :).

Setelah minum kopi saya pulang ke Cabin untuk mandi dan tukar pakaian. waktu ini sudah sekitar 8.45pm, anda akan mendapat pengumuman latihan kecemasan akan dilakukan. Selepas 15 minit macam tu FireDrill dibunyikan dan anda perlu pergi ke tempat berkumpul yang telah di tetapkan mengikut lokasi cabin anda, info ada pada kad Akses dan juga nota di belakang pintu. Sebelum ke tempat berkumpul penumpang perlu ke dewan utama untuk melihat taklimat dan demonstrasi pemakaian jaket keselamatan..Seterusnya penumpang di bawa ke lokasi boat penyelamat mengikut cabin dan berbaris 5-10 orang satu barisan, betul-betul di bawah boat penyelamat, taklimat diberikan beberapa minit dan selesai. Tak ramai pun yang join latihan ini, biasanya penumpang yang pertama kali naik sahaja, yang selalu naik saya lihat duk relaks kat swimming pool saja 😀 . Takperla kita kena juga tau latihan keselamatan ni..jangan ambil mudah.. 🙂

Aktiviti Malam
Jika anda bukan kaki judi, maka aktiviti malam anda agak terhad. apa yang boleh kita lakukan selepas makan adalah mandi di pool dan jakuzi, setelah itu sekitar jam 9.15 malam sudah bermula show di dewan utama. Aktiviti malam saya lebih kepada explore semua lokasi di dalam Cruise, Saya melawat dari satu dek ke satu dek. Antara kemudahan yang terdapat di atas cruise ini antaranya seperti tempat berjoging, Gym, Spa Massage, Karaoke, Bar, Golf Driving Range dan Mini Shop.

Di Mini Shop Cruise ini ada jual ubat gigi dab berus gigi jika ada yang terlupa bawa. Selain itu terdapat juga barang2 berjenama dan souvinior khas Star Cruise. Ramai jugak orang yang shopping kat sini. Saya tidak ketinggalan membeli Kopi Khas Star Cruise yang percuma Mug Star Cruise 🙂 , kopi satu kotak ada pelbagai perisa dan sedap. Patut cuba, kalau minum star crusie kat sini dapat free wifi :). Wifi atas Cruise tidak percuma kalau nak kena bayar huhu.

Sudah habis explore saya kembali ke dek utama lepak di kerusi SunBed, pesan minuman dan layan live band sehingga tamat jam 1.00am. Selepas abis live band saya ke dewan utama layan movie pulak. Kebetulan cuma Movie Big Hero 6 yang dipasang. Layan jer. Sebenarnya bermula jam 9.15pm camtu sudah ada show, ada show berbayar dan show free. Tapi saya tak berminat, saya lebih suka kepada nak explore dan relaks di cruise sahaja.

Habis movie saya bergerak ke Cabin, sempat lalu depan Casino.. huhuhu ramai giler dalam casino, semua orang sedang asyik berjudi patutlah kat dek utama, gym, Spa, Karaoke cafe dan Bar sepi jer orang, rupanya semua asyik berjudi. So kalau kita yang bukan kaki judi ni, bila naik cruise ni rasa relaks dan tenang jer bila kita lepak kat dek utama ..sebab tak ramai orang :D. Orang hanya akan ramai semula semasa time makan :). Dah jam 2.00am, saya layan tido la apa lagi

Sarapan
Sarapan pagi sudah bermula dari jam 6.30am-10.00am. Masa ni baru nampak yang kapal Cruise ni penuh dengan penumpang 🙂 . menu sarapan pagi macam hotel juga. Sedap jugak dan pelbagai. Selepas sarapan anda hanya ada beberapa jam sahaja sebelum chek out. Jam 9.00am sudah kena ready untuk check out. Di kaunter reservation anda semak kad akses anda untuk lihat jika terdapat sebarang caj tambahan atau sebagainya.

Jam 10.00am macam tu Kapal Cruise dah berlabuh di Terminal, dan ramai penumpang sudah berbaris untuk keluar dari kapal. Masa nak keluar sekali lagi kita kena imbas kad akses kita. Jika clear tiada apa2 hutang maka boleh terus keluar, jika masih ada hutang tak boleh keluar dan perlu jelaskan bayaran.

Sekian..Begitulah kisah percutian pendek di atas kapal Cruise

Tentative

Day 1 : 14/03/2015
04.00am – Memandu ke Penang
10.00am – Sampai di Butterworth naik Ferry
11.00am – Explore Penang Street Art (Lukisan Mural) & Makan Nasi Kandar
04.00pm – Lepak di Padang Kota sambil Layan Cendol
05.00pm – Parking kereta di Parking khas Star Cruise dan bergerak ke Swettenham Pier Cruise Terminal
05.30pm – Chek in, Ambik Kad Akses – Boarding
06.00pm – Masuk dalam kapal setelah melalui pemeriksaan
06.30pm – Masuk Cabin letak dan letak Beg
06.45pm – Makan Malam di Dek Utama – sampai nak muntah 🙂
08.00pm – Rehat di Cabin – Mandi dan tukar pakaian
09.00pm – Sambung Makan dan Minum di Dek utama/ Latian Kecemasan
10.00pm – Explore Star Cruise dan bergambar/ Ada Show di Dewan Utama
11.00pm – Lepak di Dek Utama sambil minum tepi swimm Poll sambil layan Live Band

Day 2 : 15/03/2015
01.00am – Layan movie (Big Hero 6)
02.30am – Movie Habis
02.40am – On the way balik ke Cabin Lalu depan Casino ( Penuh Orang 😀 )
03.00am – Tidor
06.00am – Bangun mandi dan siap2 untuk sarapan
06.30am – Sarapan bermula
09.00am – Siap sedia untuk Cek Out (Ke kaunter semak kad akses dan pulangkan Adaptor)
10.00am – Beratur untuk keluar
11.00am – Dah kembali ke kereta dan sedia untuk destinasi berikut nya 🙂
01.00pm – Sampai Alor Setar
06.00pm – Bertolak Pulang ke Kuala Lumpur
12.00am – Sampai Kuala Lumpur

Tips
– Sila bawa adaptor untuk caj telefon, kerana soket kapal 2 pin sahaja.
– Jika lupa cepat2 pinjam dengan kaunter reception ( Limited )
– Bawa baju mandi (Sewa Mahal)
– Bawa kasut sport dan pakaian sukan jika boring2 boleh masuk Gym
– Show berbayar semasa dinner ada petugas datang ofer boleh beli tiket..harga dalam RM25 sahaja
– Jika bawa anak boleh bagi main kat Kids Indoor Playground

Perbelanjaan
– RM5 Parking Kereta
– Pakej (Bergantung Pakej apa yang anda pilih dari RM275 – RM700)

Bayaran Luar Pakej
– Spa dan Massage
– Minum di Bar
– karaoke
– Show Berbayar
– Makan dan minum selain dari waktu Dinner dan Sarapan

Komen
Suasana dalam kapal Star Cruise sangat selesa dan mewah. Makanan sedap dan ada varity. Sangat sesuai untuk relaks. Jika anda ambil pakej 2h1m, anda tak rasa happening sebab kebanyakkan yang datang majoriti hendak berjudi. Jadi tempat2 umum seperti dek utama, dewan utama dan show tidak ramai yang memeriahkan kecuali tiba masa makan sahaja.

Ini Jadual Aktiviti Pakej ~ Jadual yang diberikan oleh Star Cruise
14/03/2015
6.00pm-6.45pm – Welcome Serenade with Pianist Freddie (Live Band)
6.00pm-9.30pm – Hawker’s Dinner (Pool Deck)
6.45pm-7.30pm – Party Rock with Class of Six Band and Cruise Staff (Pool Deck)
7.00pm-7.45pm – Romantic hits with Pianist Freddie (Live Band)
7.00pm-9.00pm – Young Sailor’s Fun Time (Child Care Center)
7.00pm-10.00pm – Affortable Beer in town (Bar Beer open)
7.30pm-8.30pm – first Time Cruiser’s Meet and Greet with Cruise Staff Coordinator Jad
8.45pm-9.15pm – Safety Drill for All guest
9.15pm-9.45pm – Showtime : Simply the Best (free)
9.15pm-10.00pm – Showtime : Chinese Top Hits the Fix Band (Live Band)
9.15pm-10.00pm – Ballroom hits with Pianist Freddie (Live Band)
9.15pm-10.00pm – Oriental Serenade with the class of six show Band (Live Band)
9.45pm-10.00pm – Jackpot Bingo with Jackpot Prize of RM34,888
10.15pm-12.00pm – Junior Camper with Kiddle Chef Class : Pizza Making (Pool Bar)
10.15pm-11.00pm – first Time Cruiser’s Get Together Party with Cruise Staff (Pool Deck)
10.30pm-11.15pm – Love Songs with Cruise Staff Renesel (Deck 4)
11.30pm-12.00pm – Sensation – Adult Show (show penari perempuan pakai seksi RM25)
11.15pm-12.00pm – First Hits Music with the Fix Band (Live Band) (Deck 8, Disco)
11.30pm-12.00pm – Disco with the class of six show Band (Live Band)
11.30pm-12.00pm – Chinese Melody with Pianist Freddie (Live Band)
12.00pm – Jackpot Lottery Draw with Jackpot Prize of RM18,888
12.00am-12.45am – First Time Cruiser’s karaoke jamming with Cruise Staff
12.15pm-1.00am – Slow Music with the Fix Band
12.15am-1.00am – Oriental Serenade with the class of six show Band (Live Band)(Pool Deck)
12.30am-1.50am – Movie Big Hero 6
12.45am – First Time Cruiser’s Disco Party
15/03/2015
6.00am-9.30am – Breakfast
9.00am-9.30am – Zumba Dance Class with Cruise Staff (Pool Deck)

Brosur Star Cruise
Brosur Tentative
Brosur Pakej atas Cruise

Lagi Foto-foto Atas Star Cruise


Nak Tips lagi Murah dan Jimat 🙂 naik Kapal?
Ada sebuah kapal lagi sebelah Star Cruise iaitu Amusement World Cruise. Kapal ni dari syarikat lain. Sangat murah tapi tak mewah macam star cruise. Boleh dapat harga semurah RM60 untuk 8 jam ada 2 trip iaitu  Trip Pagi 10.30am-8.00pm dan Trip Malam 9.30pm-8.00am. Tapi tanpa bilik la, Pakej RM60 untuk 2 kali makan. Kalau ambik bilik lain harganya. Tak bestnya kapal ni tak ada pool deck (Deck atas tiada swimming pool). Tempahan hanya boleh dibuat kaunter yang terletak di bulatan sebelum masuk ke Port Swettenham Pier Cruise Terminal. Show2 international pun ikut musim ada masa ada ada masa tiada.

Brosur Amusement Cruise

 

Ini Update : 2 May 2017

Berikut saya kongsikan iklan pakej Star Cruise Libra dari Wbsite rasmi starcruise dan juga dari travel agen website starcruise packages malaysia.
1.  2.
1. http://www.starcruises.com/my/en/hotdeals/superstar_libra_malaysia_thailand_1n20off
2. www.starcruisepackagesmalaysia.com/starcruise-packages/family-cruise


FB : Surfink Holidays (yang ini saya tak pernah call, baru ternampak di FB sahaja, so tak berani nak rekomen)

Posted in Cuti2 Malaysia | Tagged: , , | 56 Comments »

Cyberview Resort & Spa ~ Cyberjaya

Posted by hamydy on 7, March 2015


Cyberview Resort & Spa
Sekiranya anda inginkan “Gate Away” hujung minggu untuk relaks dan santai menenangkan fikiran anda tidak perlu pergi jauh. Di Cyberjaya juga terdapat tempat yang menarik. Tempat yang saya maksudkan ini adalah Cyberview Resort & Spa. Saya telah beberapa kali ke sini untuk latihan dan juga seminar, cuma belum pernah menginap sahaja. Jadi saya mencuba untuk menginap disini.

Lokasi resort ini terletak di Persiaran Multimedia Cyberjaya di koordinat 2.924000, 101.667000 di Posisi 2°55’26.4″N 101°40’01.2″E hanya mengambil masa 36 minit perjalanan dari Kuala Lumpur (jika tidak jem 😀 ). Kalau dari Putrajaya hanya 15 minit sahaja.

Mesti yang tertanya2 apa yang menarik disini. Sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa di resort ini sebenarnya sering menjadi tumpuan warga kota untuk rehat di hujung minggu. Biasanya pengunjung akan menginap 2H1M di resort ini sambil memanjakan diri di SPA yang ala-ala Bali. Selalunya pengunjung menginap pada sabtu dan cekout ahad. Jadi setiap kali hujung minggu sering kali penuh.

Executive Deluxe Chalet
Saya menginap di Executive Deluxe Chalet, asalnya saya tempah Deluxe Chalet sahaja tetapi semasa cek in petugas kaunter cakap penuh dan dia upgrade ke Executive Deluxe Chalet tanpa bayaran 🙂 syoknya. Rezeki tu jangan di tolak. Kalau sudah booking di online seperti Agoda dan Booking.com, jika sudah dapat booking kemudiannya tetiba penuh maka kita dapat upgrade la..

Chalet ini terletak keliling tasik kecil, Menginap disini terasa seperti menginap di rumah sendiri seperti semiD. Kereta boleh parking depan chalet. Chalet ni selesa dan tiada bathub :(. Chalet ini besar, kalau masuk satu family pon muat, bawa aja tilam tambahan atau toto.

Setelah cek in, sebelah petang anda boleh berbasikal di kawasan resort dan masuk Gym untuk mengeluarkan peluh. Atau jika anda suka main tennis juga terdapat court tenis disediakan. Basikal juga ada di sediakan. Gym yang disediakan tidak la besar sangat tapi ok la dengan peralatan asas. Disebelah Gym terdapat tempat indoor playground kanak-kanak.


Selain Court Tennis terdapat juga Court Basketball, Selain berbasikal anda juga boleh membawa anak2 dan keluarga untuk memancing suka-suka di tasik yang disediakan.

SPA Tersembunyi
Sebelah malam selepas makan malam jika anda hendak lagi relaks lagi anda boleh la memanjakan diri di SPA yang terdapat di resort. SPA ini namanya “SPA TERSEMBUNYI” Spa ini memang nampak eklusif dan harga juga boleh tahan jugak la sesuai dengan layanannya. Yang free yang dapat anda gunakan adalah Hot & Cold Jakuzi dan Sauna.

Rawatan SPA memang terbaik dan nampak eklusif, anda patut cuba, SPA ini juga boleh walk in tanpa menginap, tetapi perlu di tempah dahulu. Ada juga pihak koperat yang sewa satu SPA buat event SPA Parties. SPA ini terbahagi kepada lelaki dan wanita, jadi lelaki dan perempuan tidak bercampur.

Sarapan Pagi dan kawasan sekitar
Sarapan pagi di resort ini juga sedap dan menarik. Dari yang ringan hingga yang berat. Mula jam 6.30am sehingga jam 10.00am. Selepas sarapan boleh la berjalan2 sekitar resort atau mandi di kolam renang. Terdapat juga mat saleh yang mengambil kesempatan berjemur memakai bikini sewaktu sedang cuaca panas.


Begitulah serba sedikit yang dapat saya kongsikan. pengalaman menginap di Cyberview Resort & SPA ini.

Sekian

Contact
Cyberview Resort & Spa
Persiaran Multimedia
63000 Cyberjaya
Selangor, Malaysia

Tel: (603) 8312 7000 – Resort Hotel
Tel: (603) 8312 7000 – Untuk Reservation SEMBUNYI SPA
Fax: (603) 8312 7001
Email: hotline@cyberviewresort.com
Website: http://cyberviewresort.com/

GPS Coordinate
Latitude: N 2 55.440
Longitude: E 101 40.020

http://www.agoda.com/cyberview-resort-spa
http://www.booking.com/hotel/my/cyberview-lodge-resort-spa
http://www.trivago.com.my/cyberview-lodge-resort-spa

Tips Booking
Buat carian di TRIVAGO dahulu selepas itu klik pautan dari TRIVAGO. Saya dapati dengan ini jika carian terus di agoda dan Booking.com harga RM300++ keatas, Tetapi bila buat carian di TRIVAGO saya dapat harga RM250 sahaja. Walaupun booking tersebut melalui AGODA juga akhirnya tapi pautannya dari TRIVAGO. Jadi still dapat harga murah.

Posted in Cuti2 Malaysia | Tagged: | Leave a Comment »

Kuala Terengganu 3D2N

Posted by hamydy on 25, February 2015


Kuala Terengganu
Trip ke Kuala Terengganu kali ini saya buat sempena Cuti Raya Cina. Trip singkat sahaja walaupun cuti 4 hari iaitu Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Walaupn ini merupakan kali eempat saya ke Terengganu, kali pertama Gunung Tebu, kali kedua Pulau Perhentian, kali ketiga candat sotong, tapi trip memandu sendiri ke Kuala Terengganu merupakan pengalaman kali pertama.

Hari Pertama
Berbalik kepada trip saya. Saya bertolak hari khamis petang sekitar 3.00pm dengan beranggapan akan kurang kesesakkan jalan di lebuhraya Karak. Pada anggapan saya pasti ramai yang pulang ke kampung pada hari Rabu malam dan Khamis pagi, ternyata anggapan saya juga salah, waktu petang pun masih ramai yang bergerak pulang ke kampung. Perjalanan lancar dari Kuala Lumpur menuju ke lebuhraya Karak, tetapi sampai sahaja di tol saya lihat kereta sudah penuh dan sesak sepanjang hiway karak…huhuhuhu letih kot gerak sikit-sikit sepanjang hiway tersebut.

Sekarang untuk ke pantai timur sudah dibuka hiway baru iaitu Lebuhraya Pantai Timur LPT, hiway ini langsung terus sehingga sampai ke Kota Bharu Kelantan. Setelah berjaya mengharungi hiway Karak yang terkenal dengan Jem, maka perjalanan kembali lancar sehingga sampai ke Kuala Terengganu sekitar jam 11.30 malam. Hiway Karak ini sesak disebabkan ramai orang Pahang yang ulang alik antara Kuala Lumpur, Genting Highland dan Bentong. Semasa cuti umum dan cuti hujung minggu juga ramai yang akan naik Genting Highland, ini merupakan salah satu faktor kesesakkan. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu melalui beberapa kawasanantaranya Gombak, Karak, Bentong, Temerloh, Gambang, Kuantan, Gebeng, Berserah, Chukai, Kemaman, Paka, Ajil, Batu enam, Gong Badak dan sampai lah ke Kuala Terengganu.

Penginapan di Kuala Terengganu ni semasa cuti panjang begini memang sukar Hotel-hotel budget, Chalet2 dan Homestay kebanyakkan penuh. Disebabkan last minit plan maka hotel agak sukar untuk saya dicari. Saya menginap di hotel yang luar dari bandar untuk merasa suasana kampung. Hotel ini adalah Hotel Quinara Al Safir, Terletak berhampiran dengan Airport Kuala Terengganu dan berhampiran dengan pantai.



Hotel Quinara Al Safir
Hotel ini terletak di Lot 29295 jalan Tok Jembal, Kuala Nerus, Kuala Terengganu. Hotel ini kawasannya besar dan sangat selesa. Hotel ini cuma 3 tingkat, dan semua bilik penuh semasa saya menginap. Disebabkan bilik standard penuh maka saya terpaksa ambil bilik Superior Duluxe Twin yang besar untuk 4 orang. Harga satu malam untuk bilik Super Duluxe ini adalah RM168 satu malam. Sarapan disediakan, tapi biasa2 saja menunya, ada menu nasi dagang, mee goreng, bubur, roti bakar dan beberapa kuih muih.

Hari Kedua
Memandangkan ini trip santai saja, so tak la saya plan apa2 tentative, Selepas sarapan di hotel saya bergerak ke pasar mencari sarapan pagi orang terengganu, Singgah di pasar pagi, singgah di tepi pantai Airport Kuala Terengganu dan seterusnya singah di Kg Bukit Tok Beng untuk membeli kopok lekor. Di kuala terengganu ni banyak kedai yang menjual kopok lekor, so kalau di tanya yang mana sedap dan murah susah sikit nak jawab, sbb banyak sangat, kiranya jalan sikit jumpa kedai jalan sikit jumpa kedai jual kopok lekor. Kopok lekor ni kira dah makanan harian orang terengganu la siang-malam.

Pasar Payang
Selepas beli Kopok Lekor saya menuju ke Bandar Kuala Terengganu, ke lokasi paling femes kat Kuala Terengganu iaitu Pasar Besar Kedai Payang. Pasar ini memang meriah penuh dengan pengunjung, kebanyakkan orang luar la yang banyak, orang tempatan pun banyak juga. Kalau jalan ke Pasar Payang ni memang sesak sebab semua orang cuba hendak paking paling dekat dengan Pasar Payang. Kebetulan saya ke Pasar Payang hari jumaat jadi kurang sesak sedikit jalan sepanjang pasar ni. Jika hari sabtu lagi sesak kerana hari sabtu merupakan hari outing orang Terengganu.

Pasar Payang ni memang besar jugak, banggunan 2 tingkat, tingkat atas banyak jual pakaian, souvinior, barangan tembaga dan keris parang juga ada dan tingkat bawah pulak banyak jual produk makanan. Terkejut saya pertama kali masuk kedai menjual kain songket, bila ditanya harga sepasang kain sampin tenun tangan sekitar RM2000, huhuhu mahal jugak.. tapi bila di survey2 memang sampin tenun tangan ni mahal2, hasilnya pun cantik dan berkualiti. Kalau nak yang murah beli yang tenun mesin :).


Pusing-pusing Pasar Payang ini saya pun shoping la seluar kain pelikat. Ada juga seluar kain batik, kiranya kain batik dan kain pelikat ni dah banyak buat seluar dan baju. Jadi nak rasa jadi macam pelancong kat Terenggani ni kena la beli seluar kain pelikat ni pakai sepanjang berada di terengganu. Anda akan jumpa ramai pelancong dari negeri lain yang pakai seluar kain pelikat ini di Terengganu tambah lagi jika berada di pantai. Paling glamer adalah seluar kain pelikat fesyen Aflin Sauki.


Diluar Pasar Payang ni banyak juga yang menjual buah-buahan. Telur penyu juga banyak dijual disini. Anda perlu guna skill tawar menawar anda di Pasar Payang ini. Bagi yang hendak berniaga di Kuala Lumpur boleh juga borang pakaian seperti baju2 batik, kain sampin, peniaga disini menyediakan perkhidmatan penghantaran melalui bas-bas ekpres. Pakaian yang tidak habis jual anda boleh return semula untuk tukar dengan corak-corak yang baru.

Bukit Puteri
Selesai Shopping saya berjalan2 mendaki Bukit Puteri. Bukit ini merupakan Kubu dan juga Rumah Api semasa zaman pemerintahan sultan2 Terengganu terdahulu. Bukit ini kecil sahaja dan terdapat kubu kecil diatasnya beserta beberapa laras meriam lama. Terdapat juga Genta (Loceng Besar) yang digunakan pada masa dahulu dipukul untuk menghasilkan bunyi sebagai isyarat kecemasan, isyarat waktu solat, waktu berbuka puasa dan juga disusuli dengan tembakkan meriam. Di atas Bukit Puteri ini anda boleh lihat pemandangan Kuala Terengganu.

Ikan Celup Tepung ICT
Jalan-jalan cari makan saya di Terengganu saya merasai pengalaman baru iaitu makan Ikan Celup Tepung ICT, Saya lihat banyak kedai yang menjual ICT ini, tapi kedai yang femes dan dikunjungi ramai adalah kedai yang terletak di tepi pantai. Sebabnya lebih menarik makan ditepi pantai berbanding kedai lain. Sebenarnya bukan ikan sahaja yang di celup tepung, ada Ketam Celup Tepung, Sotong Celup Tepung, Udang Celup Tepung. Tapi ringkasnya mereka memangil ICT la Ikan Celup Tepung merujuk kepada semua tu.

Dalam banyak2 kedai saya telah dicadangkan makan di Kedai Warong Pok Nong yang terletak di Pantai Kg Batu Rakit, sebab kedai Pok Nong ni dikatakan sotong besar2 dan harga juga berpatutan tidak terlalu mahal. Kedai Pok Nong ni terletak di koordinat 5.427987, 103.073006. Kedai ini dibuka dari jam 2.00pm dan tutup sekitar am 8.00pm. Jadi kalau hendak makan disini kena datang awal la sebab petang2 memang penuh kereta di kawasan ini kerana selain makan ICT pengunjung juga turut beriadah ditepi pantai. Saya sampai di Warung Pok Nong sekitar jam 6.00pm, saya tengok ramai yang beratur panjang dari dalam kedai sampai lah keluar kedai tepi jalan. Jenuh jugak la tunggu nak sampai giliran, saya tunggu 1jam 30minit baru sampai turn untuk ambik ikan. Kedai ini layan diri, so ikan, sotong, udang, ketam yang di goreng kan di diletakkan di kaunter dan pengunjung yang berbaris akan ambil sendiri masuk dalam pinggan dan bayar.

kalau di Kuala Lumur aau di tempat lain kita biasa minum petang dengan makan kuih dan goreng pisang, tetapi di Kuala Terengganu di tepi pantai ni mereka minum petang dengan meratah lauk goreng cicah sos tanpa nasi. Kalau lihat setiap meja tu penuh lauk celup tepung, paling banyak Sotong la besar2. Harga makan di Terengganu ni tak la murah walaupun kita tau mereka banyak hasil lauk, tapi sebab pada mereka banyak orang luar yang keje Petroleum banyak duit maka harga makan pun mereka naikkan jugak la. Namun ada juga tempat yang makan murah seperti nasi buget RM2.50 (Nasi + Ayam + Sayur).

Saya hanya sempat makan Sotong Celup Tepung dan Ikan Celup Tepung sahaja, kerana udang dan ketam sudah habis. Memang ramai orang orang, sekitar jam 8.00 malam orang dah mulai kurang dan pulang. Harga bagi ikan seekor adalah RM5 dan sotong ikut saiz. Jadi 5 ekor sotong + 6 ekor ikan + minum air Kelapa = RM75, boleh tahan jugak la harganya. Kalau kedai lain pun lebih kruang jugak cuma kat sini sotongnya besar2 dan tidak di potong. Kita yang potong sendiri semasa kat meja makan. Rasa tepung tu biasa saja garing, tapi yang buat rasa sedap ni adalah ikan dan sotong ni kita rasa segar dan sedap di makan panas2 sambil di tiup badai laut.

Hari Ketiga
Lepas sarapan dan cekout saya menuju ke Bandar untuk melawat Masjid Kristal, Memang sesak dengan pengunjung di Masjid Krstal ini rata-rata orang luar. Masjid ini biasa sahaja cuma dari luar kita nampak cantik binaannya yang di perbuat dari cermin berkilauan warna emas.

Di hadapan Masjid Kristal ini anda boleh menghilangkan dahaga dengan makan Ais Kream Susu Kambing. Selain itu anda boleh juga naik boat Cruise sepanjang kuala Terengganu atau naik boat penambang ke Pulau Duyung. Saya hanya melawat Masjid Kristal sahaja.


Taman Tamadun Islam
Di kawasan ini terdapat juga Kota warisan Tamadun Islam, Selain melawat masjid Kristal anda boleh melawat kawasan sekitar seperti Replika masjid terkenal di dunia seperti Masjidil Haram Makkah dan beberapa masjid lain. Terdapat 22 Replika masji-masjid yang terkenal di dunia dia buat disini. Saya tidak masuk jadi saya tidak dapat nak nyatakan berapa harga tiket masuk. Saya dapati sebelah petang ramai pengunjung yang melawat Taman Tamadun Islam tersebut.

Selepas makan tengahari berlaukkan udang galah goreng yang besar2 saya pun berangkat pulang ke Kuala lumpur sekitar jam 5.00pm. Sampai di Karak sekitar jam 9.00pm (macam biasa sedikit jem di hiway Karak) dan sampai di Kuala Lumpur sekitar jam 12.00 tengah malam.

Begitulah serba sedikit Trip Pendek saya ke pantai timur. Sesekali melancong dalam negara ni menarik juga, sebab tak semua tempat yang kita sudah pergi di setiap negeri. Kebudayaan dan kehidupun setiap negeri berbeza2 dan banyak yang kita pelajari. Antara yang saya tak boleh lupa ialah cara orang terengganu memandu kereta, mereka ni rata2 susah nak bagi kita jalan walaupun dah keluar tangan kat tingkap.

Pengalaman baru saya lihat orang Terangganu ni sarapan paginya berat, makan nasi daging, nasi minyak. Kalau kopok lekor pula sepanjang masa mereka makan. Kalau minum petang pulak..ratah ikan, sotong, udang, ketam celup tepung. Lagi satu saya lihat rumah orang Terengganu ni susah nak jumpa perumahan rumah teres, kerana kebanyakkan penduduknya buat rumah lot, besar2 dan cantik2.

Sepanjang 3 hari saya tidak sempat untuk melawat pantai2 yang cantik di Terengganu, mungkin lain kali saya melawat lagi dengan tentative lain pulak 🙂

Sekian

Kos Sehala
Hiway Karak RM5 + RM5
Hiway LPT RM21
Minyak RM60
Hotel RM168 Superior Duluxe Twin x 2 Malam = RM336

Perkhidmatan Kereta Sewa : Kalau anda datang ke Terengganu dengan pengangkutan awam seperti bas
atau kapal terbang, anda boleh drive sendiri kereta sewa. Antaranya anda boleh hubungi kereta sewa
Kuala Terengganu yang menyediakan pelbagai model, termasuklah Starex dan Vellfire.

Kos Lain
Masjid Kristal – Tiada Bayaran
Bukit Puteri – Tiada Bayaran

Tentatif

Hari Pertama : Khamis : 19 Feb 2015
03.00pm – Bertolak dari Kuala Lumpur (Gombak, Karak LPT)
11.30pm – Sampai di Kuala Terengganu
12.30am – Cek in HotelQuinnara Al Safir Resort

Hari Kedua : Jumaat : 20 Feb 2015
08.00am – Sarapan
09.00am – Jalan2 di Pasar Pagi, Pantai Airport
11.00am – Pasar Besar Kedai Payang + Bukit Puteri
05.00pm – Makan Ikan Celup Tepung di Pantai Batu Rakit

Hari Ketiga : Sabtu : 21 Feb 2015
09.00am – Sarapan
10.00pm – Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam
05.00pm – Bertolak pulang ke KL
12.00am – Sampai KL.

Contact Hotel Quinara Al Safir Resort
Lot 29295, Jalan Tok Jembal
Kuala Nerus
21300 Kuala Terengganu
Tel : +609-6674040
email : quinara.alsafir@yahoo.com
web : http://www.quinara-alsafir.com.my

Brosur Quinara Al Safir Resort

Posted in Cuti2 Malaysia, Jalan2 Cari Makan | Tagged: , , | 4 Comments »

Langkawi Island ~ Shoping Pekan Kuah

Posted by hamydy on 3, November 2014

Langkawi
Langkawi
Pulang ke Kampung saya mengambil kesempatan untuk shoping di Pekan Kuah Pulau Langkawi. Trip singkat balik hari memang sering dibuat oleh orang Utara. Jadi sebelum buat trip balik hari ini perlu lihat dahulu hari tersebut ada apa2 even tak, contoh cuti sekolah atau cuti umum di kedah. Sbb kalau ada cuti kena keluar awal untuk beli tiket atau pun beli online.

Parking Terminal Ferry Kuala Kedah
Saya sampai ke Terminal Ferry Kuala Kedah sekitar jam 8.00am, letak kereta di Parking berbayar depan terminal dengan bayaran RM15 untuk satu malam, jika balik hari dia kira ikut jam dan maksimum RM15. Kalau parking lain (Private orang kampung) mereka caj RM10, tapi jauh sikit dari terminal. Kalau parking private ni kekadang kita kat trafik light nak masuk terminal sudah ada juruparking naik moto panggil suruh masuk parking mereka. Jika anda pertama kali jangan terkejut cakap tak nak dan masuk parking depan terminal sahaja. Jika nak murah then boleh la ikut mereka. Saya juga pernah parking di tempat private ni ketika parking depan terminal penuh. Apa-apa jangan percaya jika mereka cakap penuh..anda masuk dahulu dalam parking terminal tu cari, kalau penuh baru anda cari parking private tu.
Langkawi Langkawi
Langkawi Langkawi
Terminal Jetty Kuala Kedah
Tiket ferry boleh dibeli di kaunter tiket Jetty Kuala Kedah. Setakat ini hanya dimonopoli oleh satu sahaja syarikat Ferry iaitu Ferry Line Ventures Sdn Bhd. Selain beli di Kaunter anda boleh juga beli secara Online. Harga tiket bagi dewasa adalah RM23 seorang. Setelah beli tiket ferry anda perlu menulis nama di borang senarai nama. Setelah itu boleh la masuk menunggu sehingga di panggil. Biasanya sekitar 15minit sebelum bertolak petugas jetty akan panggil penumpang untuk boarding ke ferry. Ambil masa juga beratur sbb kekadang ramai orang.
Langkawi Langkawi
Kawasan ruang menunggu memang luas dan ada banyak kerusi. Di dalam kawasan menunggu ini juga terdapat kaunter-kaunter agen tour. Jika anda hendak bercuti dan tercari2 pakej boleh la berurusan di kaunter tersebut. Harga di kaunter ini tidak jauh beza dengan agen di Pulau Langkawi, kekadang anda dapat lebih murah. Itu semua bergantung kepada tawar-menawar anda. kalau anda nak senang booking siap2 dari kaunter ini, bila sampai disana sudah ada yang uruskan. Jika anda tidak mahu di Jety kuah pun banyak agen tour.

Langkawi Langkawi
Ferry Line
Ferry ke Langkawi dari syarikat Ferry line ini besar dan selesa. Setiap orang ada no seat, jadi masa mula masuk duduklah di seat anda dahulu bila dah jalan barulah ubah seat jika ada yang kosong.Saya naik Ferry nama Starcity Express No6. Ferry ni dua tingkat, kekadang jika tidak penuh tingkat atas tidak dibuka, dia penuhkan dibawah sahaja.
Langkawi Langkawi
Ferry ini ada kemudahan tandas, agak selesa tandasnya. Penumpang tidak dibenarkan keluar di bahagian terbuka di belakang hanya dibenarkan keluar untuk ke toilet sahaja. Ada petugas yang sentiasa mengawasi disitu bagi memastikan keselamatan penumpang.
Langkawi Langkawi
Jetty Terminal Kuah Langkawi
Sampai di langkawi sekitar jam 11.00am, semasa di terminal anda akan kelihatan notis peringatan cukai dan larangan membawa keluar lebih dari 3 helai kain batik.. ermm nampak jer notis ni mesti pelancong yang nak shooping rasa terbantut. Tapi tak apa ada caranya :).
Langkawi Langkawi
hendak keluar kita akan didatangi oleh beberapa orang pengusaha kereta sewa yang menawarkan kereta sewa dan motosikal. Jika anda belum tempah maka boleh sahaja tawar menawar harga yang berpatutan dengan mereka, dan biasanya kereta sewa ini sudah siap sedia di parking di parking depan terminal jetty, memang mudah saja. Saya kebetulan sudah call paksu Zaly saya ckp nak pinjam kereta, beliau yang buat bisnes kereta sewa cuma minta saya cari kereta beliau di parking sahaja. Kereta biasanya ditinggalkan oleh penyewa di parking tanpa di kunci apa bila setiap kali selesai menggunakan. Jangan terkejut jika selepas anda sewa kereta pemiliknya minta aanda tingalkan keretanya di parking Airport atau parking Ferry terminal.. ini memang biasa di Langkawi..kemana kereta nak hilang dalam pulau kan. dan pengusaha-pengusaha kereta sewa ini sangat mengenali sesama mereka sehinggakan kereta siapa pun mereka kenal. Saya singgah makan dahulu di restoran mamak di terminal jetty. Seterusnya terus memandu ke Pekan Kuah.

Langkawi Langkawi
Pekan Kuah
Saya shooping di sekitar Pekan Kuah sahaja, masuk kedai Hj Ismail Group cari Cokelat, Kedai2 sekitarnya melihat kain batik, perkakas dapur dan sebagainya. Kemudian masuk kedai menjual produk Gamat beli beberapa minyak gamat. Jika anda ada banyak masa boleh la pergi beli sendiri di kilang gamat ini, boleh tgk live :D. saya sekejap sahaja hanya pusing2 di pekan kuah sahaja.
Langkawi Langkawi
Langkawi Langkawi
Selepas selesai shooping barangan saya pulang semula ke jetty terminal sekitar jam 3.00pm, Tinggalkan kereta sewa di parking kereta tanpa kunci. seterusnya ke kaunter tiket ferry untuk beli tiket pulang ke Kuala Kedah. Kebetulan ramai pulak pelancong nak beli tiket jam 4.00pm dah penuh maka terpaksa beli tiket jam 5.00pm. Sambil menunggu boleh la melihat2 barangan kedai-kedai di Jetty terminal.
Langkawi Langkawi
Tips : Bagi barangan Larangan seperti kain batik dan sarong, jika anda beli lebih dari 3 helai, anda perlu buka plastik dan sticker pada kain, kemudian nya lipat semula dan packing dalam beg seolah2 anda guna. So biasanya jika cara ini dalam 10 helai dia lepaskan yang penting anda ckp bukan untuk berniaga, buat buah tangan pada keluarga. Kalau yang beli banyak untuk berniaga tu memang la akan kena cukai. Patutnya pihak berkuasa tempatan Langkawi bagi kelonggaran untuk orang datang shopping supaya membantu menaikkan ekonomi penduduk langkawi, kalau beli lebih sikit dah kena cukai apa cerita kan rakyat sendiri pun.
Langkawi Langkawi
Pengunjung di terminal Ferry kuah ni memang ramai kerana pelancong yang hendak ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis. Ramai orang suka melalui Kuala Perlis kerana lebih dekat berbanding dari Kuala Kedah yang hanya mengambil masa 1 jam sahaja. Tepat jam 5.00pm ferry berlepas ke Kuala Kedah.

Sekian

Tentative
26/10/2014 – Ahad
08.00am – Sampai di Terminal Ferry Kuala Kedah
09.30am – Ferry Berlepas ke Lanagkawi
11.00am – Sampai Langkawi, makan dan bergambar di Dataran Helang
12.00pm – Ambil Kereta di Parking dan menuju Pekan Kuah
12.15pm – Mula Shopping
03.30pm – Selesai Shopping dan pulang ke Terminal Ferry, Tinggal kereta di Parking
03.40pm – Beli tiket ferry jam 5.00pm, lepas tu survey2 pakej tour
05.00pm – Ferry berlepas ke Kuala Kedah
06.30pm – Sampai di Kuala Kedah, singgah makan Laksa Kuala Kedah

Info
Tiket : Web Tiket Online : http://langkawiferryline.com/
Kereta Sewa Paksu Zaly : 014-74163792

Berikut adalah peta lokasi menarik di Langkawi yang patut anda lawati. Kebiasaanya pengunjung yang pertama kali jejak kaki ke Langkawi akan pusing pulau Langkawi ke tempat-tempat sejarah seterusnya barulah island hooping dan sebagainya.

Peta Tempat2 Menarik di Pulau Langkawi
Broga Hill

Info Tambahan jika ke Pulau Langkawi
Langkawi
Sumber Foto : http://koh-lipe.info/ &  http://eyeofthailand.com/wp-content/uploads/2014/03/4.jpg
Koh Lipe
Jika anda bercuti lama di Langkawi pastikan anda bawa Pasport, ini kerana anda boleh pergi island hopping di Pulau Koh Lipe Thailand yang terletak tidak jauh dari Pulau Langkawi. Pulau ini memang cantik ramai pelancong yang buat trip Langkawi – Koh Lipe. Tiket Ferry ke Koh Lipe mahal sikit la sekitar RM118 sehala untuk dewasa. Jika ambil pakej day trip harga RM378 dah termasuk Return tiket, Guide, Lunch, alat Snorkeling dan insurance. Nak tau lanjut sila Klik brosur yang saya ambil ini. Brosur Koh Lipe 

Posted in Cuti2 Malaysia | Tagged: , , , | 5 Comments »

Majalah Halal Pavilion : Vol 1 Sept 2014

Posted by hamydy on 23, October 2014

Majalah Halal Pavilion : Vol 1, Sept2014

Majalah Halal Pavilion : Vol 1, Sept2014 Majalah Halal Pavilion : Vol 1, Sept2014
Gambar Asal dari Entri : Air Terjun Gunung Ledang Resort,
Sebelahnya adalah gambar yang ada dalam majalah dengan watermark kecil sumber dari www.hamydy.wordpress.com 🙂

Terima kasih kepada Syarikat SUDU EMAS MANAGEMENT & SERVICES SDN BHD yang sudi menghubungi saya dan menggunakan Gambar dari blog saya untuk Majalah keluaran pertama Halal Pavilion TQ TQ

Majalah Halal Pavilion
Majalah Halal Pavilion yang saya dapat ini merupakan Volume Pertama. Majalah ini setebal 48 mukasurat dijual dengan harga RM5 Semenanjung Malaysia dan RM8 Sabah Sarawak. Majalah ini membincangkan 4 perkara iaitu Pelancongan , Makanan, Gaya Hidup dan Budaya.

Antara preview yang boleh saya kongsikan dalam majalah ini antaranya adalah terdapat 6 orang Ustaz yang terlibat dalam penyumbang artikel.Dalam artikel perlancongan keluaran ini banyak menekankan tempat2 menarik sekitar Johor seperti Pantai Desaru, Pulau-pulau di Mersing, Taman Negara Endah Rompin, Taman Negara Tanjung Piai, Air Terjun Kota Tinggi, Air Terjun Gunung Ledang, Dangga Bay, Kota Tinggi dan beberapa lagi tempat menarik sekitar Johor.

Makanan tempatan Johor turut di muatkan di dalam majalah ini antaranya seperti Mi Siput, Laksa Johor, Asam Pedas, Rojak Petis dan bebarapa lagi. Selain itu tips makanan halal dari segi kod komersial turut dinyatakan.

Direktori Halal
Majalah ini turut menceritakan tentang bagaimana kita untuk memeriksa status halal sesuatu produk. Caranya taipkan http://www.halal.gov.my dan seterusnya pergi ke menu pengguna dan boleh memeriksa status halal produk keluaran syarikat tersebut.

Aplikasi Halal
Bagi pengguna smartphone anda boleh memuat turun aplikasi yang dibangunkan oleh MAMPU iaitu myJakim , aplikasi ini memudahkan kita memeriksa status halal sesuatu produk.

Ok itu sahaja yang sempat saya kongsikan bersama pembaca, selebihnya kena dapatkan sendiri dan membacanya

Sekian

Contact
Halal Pavilion Magazine
Web : http://www.halalpavilion.com
Email : halalpavilion1@gmail.com
Alamat : 13-2, Jalan Sisi, 84000 Muar, Johor, Malaysia

Posted in Cuti2 Malaysia, Jalan2 Cari Makan, Melancong | Tagged: , | 8 Comments »