The life journey

Kembara Kehidupan

Panggung Bandaraya DBKL

Posted by hamydy on 31, March 2015


Panggung Bandaraya DBKL
Jalan-jalan di Kuala Lumpur kali ini membawa saya menonton persembahan Teater di Panggung Bandaraya DBKL yang terletak di sebelah Banggunan Sultan Abdul Samad dan dihadapan Dataran Merdeka. Sebelum saya ceritakan tentang Teater yang saya tonton, biarlah saya ceritakan serba sedikit berkenaan banggunan Panggung Bandaraya DBKL ini. Banggunan ini mula dirancang sejak 1901 dengan direkabentuk oleh A.B Hubback dan mula pembinaan oleh Messrs W. Nicholas pada tahun 1902 dengan kos 100,000 Dollar Selat. Dan banggunan ini menjadi pusat pentadbiran Kuala Lumpur yang pertama.

Pada tahun 2007 Panggung Bandaraya telah di Gazetkan sebagai Banggunan Kebudayaan di bawah Akta Antik 2007. Sejak daripada itu Panggung Bandaraya menjadi tempat persembahan pelbagai persembahan termasuk teater.

Teater MUD Our Story of Kuala Lumpur The Musical
Teater ini adalah sejarah kewujudan Kuala Lumpur dari awal penerokaannya sebagai pusat bijih timah suatu masa dahulu. Kuala Lumpur dibuka oleh Raja Abdullah secara rasmi untuk perlombongan bijih timah, dan mula membangun selepas Kapitan Cina ketiga dilantik iaitu Yap Ah Loy bagi menerajui perlombongan bijih di Kuala Lumpur ketika itu. Cerita ini bermula antara tahun 1857 hingga 1881 dan sehingga sekarang. Terdapat 4 babak, Babak 1 permulaan zaman perlombongan bijih timah, Babak 2 berkaitan masyarakat ketika itu,Babak 3 berlaku kebakaran besar yang melanda Kuala Lumpur dan babak 4 berkaitan banjir besar dan berlumpur.

Persembahan Teater ini berlangsung selama 3 tahun, dengan kerjasama Projek Visit Kuala Lumpur. Saya di maklumkan selepas 3 tahun baru bertukar tajuk persembahan teater ini. Tiket boleh di beli di kaunter di dalam Panggung Bandaraya, atau pun boleh dibeli secara online di www.mudKL.com. Harga tiket boleh tahan jugak mahalnya iaitu RM45 untuk pemegang Mykad dan RM60 tanpa MyKad. Saya kebetulan dapat voucher diskaun 15%, so jimat sikit la.

Ini merupakan pengalaman pertama saya melihat teater musikal di kl. Sebelum ini tidakl pernah lagi menonton teater musikal secara live asyik dalam TV sahaja🙂. Persembahan sebanyak 2 kali sehari dan setiap hari. Waktu persembahan ialah 3.00pm dan 8.30pm dengan durasi 60 minit tempoh persembahan. Maaf tidak banyak gambar yang dapat saya rakam, kerana semasa persembahan penggunaan camera dan juga handphone tidak dibenarkan. Hanya dibenarkan bergambar dengan pelakon selepas selesai.

Komen
Memandangkan ini kali pertama saya menonton teater musikal secara live, pada pendapat saya persembahan teater MUD Our Story of Kuala Lumpur The Musical ini sangat menghiburkan. Memang tidak boring. Pelakon2 teater semuanya muda2 dan berbakat serta Suara penyanyi juga sedap. Setiap babak ada penonton akan dipilih untuk turut serta dalam teater sebagai watak tambahan🙂. Anda patut cuba menonton teater ini. Biasanya jika waktu petang jam 3.00pm ramai kunjunggan pelancong yang dibawa oleh pihak agen pelancongan, so masa terbaik kalau tak nak sesak adalah pilih waktu malam yang tidak terlalu ramai.

Parking Kereta
Jika tidak ramai anda boleh jer parking betul2 dihadapan pintu masuk Panggung Bandaraya ini. Kalau sudah penuh anda boleh parking di Parking di bawah Dataran Merdeka dan belakang makamah.

Contact
http://www.mudKL.com
Tel : 032602 3335, 016 266 6190
Koordinat : 3.150295, 101.694977

Harga Tiket
RM60
RM45 – Mykad

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: