The life journey

Kembara Kehidupan

Cyberview Resort & Spa ~ Cyberjaya

Posted by hamydy on 7, March 2015


Cyberview Resort & Spa
Sekiranya anda inginkan “Gate Away” hujung minggu untuk relaks dan santai menenangkan fikiran anda tidak perlu pergi jauh. Di Cyberjaya juga terdapat tempat yang menarik. Tempat yang saya maksudkan ini adalah Cyberview Resort & Spa. Saya telah beberapa kali ke sini untuk latihan dan juga seminar, cuma belum pernah menginap sahaja. Jadi saya mencuba untuk menginap disini.

Lokasi resort ini terletak di Persiaran Multimedia Cyberjaya di koordinat 2.924000, 101.667000 di Posisi 2°55’26.4″N 101°40’01.2″E hanya mengambil masa 36 minit perjalanan dari Kuala Lumpur (jika tidak jem😀 ). Kalau dari Putrajaya hanya 15 minit sahaja.

Mesti yang tertanya2 apa yang menarik disini. Sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa di resort ini sebenarnya sering menjadi tumpuan warga kota untuk rehat di hujung minggu. Biasanya pengunjung akan menginap 2H1M di resort ini sambil memanjakan diri di SPA yang ala-ala Bali. Selalunya pengunjung menginap pada sabtu dan cekout ahad. Jadi setiap kali hujung minggu sering kali penuh.

Executive Deluxe Chalet
Saya menginap di Executive Deluxe Chalet, asalnya saya tempah Deluxe Chalet sahaja tetapi semasa cek in petugas kaunter cakap penuh dan dia upgrade ke Executive Deluxe Chalet tanpa bayaran🙂 syoknya. Rezeki tu jangan di tolak. Kalau sudah booking di online seperti Agoda dan Booking.com, jika sudah dapat booking kemudiannya tetiba penuh maka kita dapat upgrade la..

Chalet ini terletak keliling tasik kecil, Menginap disini terasa seperti menginap di rumah sendiri seperti semiD. Kereta boleh parking depan chalet. Chalet ni selesa dan tiada bathub😦. Chalet ini besar, kalau masuk satu family pon muat, bawa aja tilam tambahan atau toto.

Setelah cek in, sebelah petang anda boleh berbasikal di kawasan resort dan masuk Gym untuk mengeluarkan peluh. Atau jika anda suka main tennis juga terdapat court tenis disediakan. Basikal juga ada di sediakan. Gym yang disediakan tidak la besar sangat tapi ok la dengan peralatan asas. Disebelah Gym terdapat tempat indoor playground kanak-kanak.


Selain Court Tennis terdapat juga Court Basketball, Selain berbasikal anda juga boleh membawa anak2 dan keluarga untuk memancing suka-suka di tasik yang disediakan.

SPA Tersembunyi
Sebelah malam selepas makan malam jika anda hendak lagi relaks lagi anda boleh la memanjakan diri di SPA yang terdapat di resort. SPA ini namanya “SPA TERSEMBUNYI” Spa ini memang nampak eklusif dan harga juga boleh tahan jugak la sesuai dengan layanannya. Yang free yang dapat anda gunakan adalah Hot & Cold Jakuzi dan Sauna.

Rawatan SPA memang terbaik dan nampak eklusif, anda patut cuba, SPA ini juga boleh walk in tanpa menginap, tetapi perlu di tempah dahulu. Ada juga pihak koperat yang sewa satu SPA buat event SPA Parties. SPA ini terbahagi kepada lelaki dan wanita, jadi lelaki dan perempuan tidak bercampur.

Sarapan Pagi dan kawasan sekitar
Sarapan pagi di resort ini juga sedap dan menarik. Dari yang ringan hingga yang berat. Mula jam 6.30am sehingga jam 10.00am. Selepas sarapan boleh la berjalan2 sekitar resort atau mandi di kolam renang. Terdapat juga mat saleh yang mengambil kesempatan berjemur memakai bikini sewaktu sedang cuaca panas.


Begitulah serba sedikit yang dapat saya kongsikan. pengalaman menginap di Cyberview Resort & SPA ini.

Sekian

Contact
Cyberview Resort & Spa
Persiaran Multimedia
63000 Cyberjaya
Selangor, Malaysia

Tel: (603) 8312 7000 – Resort Hotel
Tel: (603) 8312 7000 – Untuk Reservation SEMBUNYI SPA
Fax: (603) 8312 7001
Email: hotline@cyberviewresort.com
Website: http://cyberviewresort.com/

GPS Coordinate
Latitude: N 2 55.440
Longitude: E 101 40.020

http://www.agoda.com/cyberview-resort-spa
http://www.booking.com/hotel/my/cyberview-lodge-resort-spa
http://www.trivago.com.my/cyberview-lodge-resort-spa

Tips Booking
Buat carian di TRIVAGO dahulu selepas itu klik pautan dari TRIVAGO. Saya dapati dengan ini jika carian terus di agoda dan Booking.com harga RM300++ keatas, Tetapi bila buat carian di TRIVAGO saya dapat harga RM250 sahaja. Walaupun booking tersebut melalui AGODA juga akhirnya tapi pautannya dari TRIVAGO. Jadi still dapat harga murah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: