The life journey

Kembara Kehidupan

Posts Tagged ‘Langkawi Island’

Langkawi Island ~ Shoping Pekan Kuah

Posted by hamydy on 3, November 2014

Langkawi
Langkawi
Pulang ke Kampung saya mengambil kesempatan untuk shoping di Pekan Kuah Pulau Langkawi. Trip singkat balik hari memang sering dibuat oleh orang Utara. Jadi sebelum buat trip balik hari ini perlu lihat dahulu hari tersebut ada apa2 even tak, contoh cuti sekolah atau cuti umum di kedah. Sbb kalau ada cuti kena keluar awal untuk beli tiket atau pun beli online.

Parking Terminal Ferry Kuala Kedah
Saya sampai ke Terminal Ferry Kuala Kedah sekitar jam 8.00am, letak kereta di Parking berbayar depan terminal dengan bayaran RM15 untuk satu malam, jika balik hari dia kira ikut jam dan maksimum RM15. Kalau parking lain (Private orang kampung) mereka caj RM10, tapi jauh sikit dari terminal. Kalau parking private ni kekadang kita kat trafik light nak masuk terminal sudah ada juruparking naik moto panggil suruh masuk parking mereka. Jika anda pertama kali jangan terkejut cakap tak nak dan masuk parking depan terminal sahaja. Jika nak murah then boleh la ikut mereka. Saya juga pernah parking di tempat private ni ketika parking depan terminal penuh. Apa-apa jangan percaya jika mereka cakap penuh..anda masuk dahulu dalam parking terminal tu cari, kalau penuh baru anda cari parking private tu.
Langkawi Langkawi
Langkawi Langkawi
Terminal Jetty Kuala Kedah
Tiket ferry boleh dibeli di kaunter tiket Jetty Kuala Kedah. Setakat ini hanya dimonopoli oleh satu sahaja syarikat Ferry iaitu Ferry Line Ventures Sdn Bhd. Selain beli di Kaunter anda boleh juga beli secara Online. Harga tiket bagi dewasa adalah RM23 seorang. Setelah beli tiket ferry anda perlu menulis nama di borang senarai nama. Setelah itu boleh la masuk menunggu sehingga di panggil. Biasanya sekitar 15minit sebelum bertolak petugas jetty akan panggil penumpang untuk boarding ke ferry. Ambil masa juga beratur sbb kekadang ramai orang.
Langkawi Langkawi
Kawasan ruang menunggu memang luas dan ada banyak kerusi. Di dalam kawasan menunggu ini juga terdapat kaunter-kaunter agen tour. Jika anda hendak bercuti dan tercari2 pakej boleh la berurusan di kaunter tersebut. Harga di kaunter ini tidak jauh beza dengan agen di Pulau Langkawi, kekadang anda dapat lebih murah. Itu semua bergantung kepada tawar-menawar anda. kalau anda nak senang booking siap2 dari kaunter ini, bila sampai disana sudah ada yang uruskan. Jika anda tidak mahu di Jety kuah pun banyak agen tour.

Langkawi Langkawi
Ferry Line
Ferry ke Langkawi dari syarikat Ferry line ini besar dan selesa. Setiap orang ada no seat, jadi masa mula masuk duduklah di seat anda dahulu bila dah jalan barulah ubah seat jika ada yang kosong.Saya naik Ferry nama Starcity Express No6. Ferry ni dua tingkat, kekadang jika tidak penuh tingkat atas tidak dibuka, dia penuhkan dibawah sahaja.
Langkawi Langkawi
Ferry ini ada kemudahan tandas, agak selesa tandasnya. Penumpang tidak dibenarkan keluar di bahagian terbuka di belakang hanya dibenarkan keluar untuk ke toilet sahaja. Ada petugas yang sentiasa mengawasi disitu bagi memastikan keselamatan penumpang.
Langkawi Langkawi
Jetty Terminal Kuah Langkawi
Sampai di langkawi sekitar jam 11.00am, semasa di terminal anda akan kelihatan notis peringatan cukai dan larangan membawa keluar lebih dari 3 helai kain batik.. ermm nampak jer notis ni mesti pelancong yang nak shooping rasa terbantut. Tapi tak apa ada caranya :).
Langkawi Langkawi
hendak keluar kita akan didatangi oleh beberapa orang pengusaha kereta sewa yang menawarkan kereta sewa dan motosikal. Jika anda belum tempah maka boleh sahaja tawar menawar harga yang berpatutan dengan mereka, dan biasanya kereta sewa ini sudah siap sedia di parking di parking depan terminal jetty, memang mudah saja. Saya kebetulan sudah call paksu Zaly saya ckp nak pinjam kereta, beliau yang buat bisnes kereta sewa cuma minta saya cari kereta beliau di parking sahaja. Kereta biasanya ditinggalkan oleh penyewa di parking tanpa di kunci apa bila setiap kali selesai menggunakan. Jangan terkejut jika selepas anda sewa kereta pemiliknya minta aanda tingalkan keretanya di parking Airport atau parking Ferry terminal.. ini memang biasa di Langkawi..kemana kereta nak hilang dalam pulau kan. dan pengusaha-pengusaha kereta sewa ini sangat mengenali sesama mereka sehinggakan kereta siapa pun mereka kenal. Saya singgah makan dahulu di restoran mamak di terminal jetty. Seterusnya terus memandu ke Pekan Kuah.

Langkawi Langkawi
Pekan Kuah
Saya shooping di sekitar Pekan Kuah sahaja, masuk kedai Hj Ismail Group cari Cokelat, Kedai2 sekitarnya melihat kain batik, perkakas dapur dan sebagainya. Kemudian masuk kedai menjual produk Gamat beli beberapa minyak gamat. Jika anda ada banyak masa boleh la pergi beli sendiri di kilang gamat ini, boleh tgk live :D. saya sekejap sahaja hanya pusing2 di pekan kuah sahaja.
Langkawi Langkawi
Langkawi Langkawi
Selepas selesai shooping barangan saya pulang semula ke jetty terminal sekitar jam 3.00pm, Tinggalkan kereta sewa di parking kereta tanpa kunci. seterusnya ke kaunter tiket ferry untuk beli tiket pulang ke Kuala Kedah. Kebetulan ramai pulak pelancong nak beli tiket jam 4.00pm dah penuh maka terpaksa beli tiket jam 5.00pm. Sambil menunggu boleh la melihat2 barangan kedai-kedai di Jetty terminal.
Langkawi Langkawi
Tips : Bagi barangan Larangan seperti kain batik dan sarong, jika anda beli lebih dari 3 helai, anda perlu buka plastik dan sticker pada kain, kemudian nya lipat semula dan packing dalam beg seolah2 anda guna. So biasanya jika cara ini dalam 10 helai dia lepaskan yang penting anda ckp bukan untuk berniaga, buat buah tangan pada keluarga. Kalau yang beli banyak untuk berniaga tu memang la akan kena cukai. Patutnya pihak berkuasa tempatan Langkawi bagi kelonggaran untuk orang datang shopping supaya membantu menaikkan ekonomi penduduk langkawi, kalau beli lebih sikit dah kena cukai apa cerita kan rakyat sendiri pun.
Langkawi Langkawi
Pengunjung di terminal Ferry kuah ni memang ramai kerana pelancong yang hendak ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis. Ramai orang suka melalui Kuala Perlis kerana lebih dekat berbanding dari Kuala Kedah yang hanya mengambil masa 1 jam sahaja. Tepat jam 5.00pm ferry berlepas ke Kuala Kedah.

Sekian

Tentative
26/10/2014 – Ahad
08.00am – Sampai di Terminal Ferry Kuala Kedah
09.30am – Ferry Berlepas ke Lanagkawi
11.00am – Sampai Langkawi, makan dan bergambar di Dataran Helang
12.00pm – Ambil Kereta di Parking dan menuju Pekan Kuah
12.15pm – Mula Shopping
03.30pm – Selesai Shopping dan pulang ke Terminal Ferry, Tinggal kereta di Parking
03.40pm – Beli tiket ferry jam 5.00pm, lepas tu survey2 pakej tour
05.00pm – Ferry berlepas ke Kuala Kedah
06.30pm – Sampai di Kuala Kedah, singgah makan Laksa Kuala Kedah

Info
Tiket : Web Tiket Online : http://langkawiferryline.com/
Kereta Sewa Paksu Zaly : 014-74163792

Berikut adalah peta lokasi menarik di Langkawi yang patut anda lawati. Kebiasaanya pengunjung yang pertama kali jejak kaki ke Langkawi akan pusing pulau Langkawi ke tempat-tempat sejarah seterusnya barulah island hooping dan sebagainya.

Peta Tempat2 Menarik di Pulau Langkawi
Broga Hill

Info Tambahan jika ke Pulau Langkawi
Langkawi
Sumber Foto : http://koh-lipe.info/ &  http://eyeofthailand.com/wp-content/uploads/2014/03/4.jpg
Koh Lipe
Jika anda bercuti lama di Langkawi pastikan anda bawa Pasport, ini kerana anda boleh pergi island hopping di Pulau Koh Lipe Thailand yang terletak tidak jauh dari Pulau Langkawi. Pulau ini memang cantik ramai pelancong yang buat trip Langkawi – Koh Lipe. Tiket Ferry ke Koh Lipe mahal sikit la sekitar RM118 sehala untuk dewasa. Jika ambil pakej day trip harga RM378 dah termasuk Return tiket, Guide, Lunch, alat Snorkeling dan insurance. Nak tau lanjut sila Klik brosur yang saya ambil ini. Brosur Koh Lipe 

Posted in Cuti2 Malaysia | Tagged: , , , | 5 Comments »

Langkawi ~ Pulau Dayang Bunting

Posted by hamydy on 25, January 2013

Tasik Dayang Bunting
Pulau Dayang Bunting
Pengalaman pulang ke kampung kali ini, saya sempat singgah ke Pulau Dayang Bunting. Dah lama tak pergi pulau ini. Pulau dayang bunting yang menjadi tarikkan nya adalah Tasik Dayang Bunting. Tasik ini terbentuk akibat proses luluhawa tanah dan batuan.

Terdapat beberapa versi cerita dongeng dan mitos, berkenaan dengan legenda tasik ini.
Versi pertama dan yang tercatat pada tasik itu adalah, Menurut lagenda tempatan ia bermula dengan kisah cinta lelaki bernama Megat Teja dan perempuan bunian bernama Dayang. Megat Teja berjaya memenangi hati dayang dengan menyapu air mata duyung ke wajah Megat Teja, dan apa bila Dayang terpandang wajah Magat Teja maka Dayang pun jatuh hati. Setelah Dayang hamil (bunting) maka dia mengambil keputusan untuk bersemayam di kawasan tasik sehingga melahirkan anak, Tetapu anak dayang mati setelah 7 hari di lahirkan. Dayang menanam mayat bayinya di dasar tasik. Sehingga hari ini tasik dan pulau ini dipanggil Pulau Dayang Bunting dan Tasik Dayang Bunting.
Pulau Dayang Bunting pulau dayang bunting
Boleh lihat bentuk seperti wanita hamil terbaring. Nampak bentuk muka, bentuk payudara, perut dan pinggul.

Versi kedua pula mitos ini, ada berpendapat yang suatu masa dahulu ada seorang perempuan mengandung sedang baring mengiring dengan dihadapannya ada bekas air, dan kemudiannya telah di sumpah oleh sang kelembai menjadi batu dan dan pulau yang mengandungi tasik. Jadi ketika anda menaiki boat untuk ke pulau ini tekong boat akan menunjukkan pemandangan pulau yang menampakkan bentuk wanita hamil yang sedang terbaring.

Kepercayaan Karut
Ramai juga para pengunjung yang masih mempercayai bahawa sekiranya pasangan baru berkahwin datang mandi manda di tasik ini akan menjadi hamil. sebenarnya ini cuma kepercayaan sahaja. Tidak dapat dibuktikan kebenarannya, tapi secara psikology nya dan pendapat saya apabila pasangan itu datang mandi di tasik ini dan percaya akan hamil, maka pasangan ini akan lebih kerap bersama sepanjang percutian mereka, jadi secara sainsnya jika mood happy dan tiada stres, hormon stabil terkawal dan tiada masalah reproduksi maka pastinya akan hamil.. :).

Pulau Dayang Bunting Pulau Dayang Bunting
Bagaimana hendak ke pulau ini
Untuk ke pulau ini atau mengambil pakej tak susah, semasa anda di jetty kuala kedah atau kuala perlis sudah ada agen2 yang buka kaunter, jadi anda cuma pilih pakej yang anda suka. Agen2 ini akan berhubung dengan boat man di langkawi untuk pick up anda. Atau anda boleh mendapatkan pakej ini di jetty kuah bila anda sudah berada di Langkawi. Jika anda ke Langkawi dengan pesawat, di airport pun sudah ada brosur pakej dari agen. Selain agen yang jemput anda, anda juga boleh terus ke Jetty Teluk Baru, di Mukim Kedawang Teluk Baru. Biasanya jika hendak ke pulau ini ada 4 pakej yang general, contohnya

1. Pakej island hopping – (Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan Melihat dan bagi makan burung helang)
2. Island Drop – (Pulau Mutiara, Pulau Beras Basah, Pulau Dayang Bunting, Teluk Kecawi)
3. Fun Fishing
4. Pulau Payar Marine Park

Semua pakej ini secara carted boat dan juga berkumpulan. jika anda dalam kuntiti yang sikit contoh 2-3 orang sahaja, anda boleh bayar perhead dan dan tunggu peserta lain sehingga penuh satu boat. Cas yang dikenakan diantara RM20-RM30, bergantung pada agen boat. Saya ambil pakej Island Hopping ( Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan Bagi Makan Helang) saya dapat pakej RM20 seorang, walk in terus ke jetty, kalau yang pickup dari UnderWater World tu biasa dapat dalam RM25-RM30. tapi harga ni ikut musim la kekadang naik sikit kekadang kalau bukan musim cuti tu dapat lagi murah.
tasik dayang bunting pulau dayang bunting
Setibanya anda di jetty untuk ke tasik dayang bunting anda akan melewati tandas awam. ini satu-satunya tandas awam yang ada. seterusnya anda perlu mendaki anak tangga untuk ke tasik yang mengambil masa 10minit perjalanan. Bagi yang tak biasa dan membawa banyak barang pastinya anda tercungap2 punya. terdapat 3 aktiviti yang boleh anda buat di tasik selain mandi iaitu ada disediakan perkhidmatan Berkayak, Boat Padle (Kayuh) dan boat solar. Anda dinasihatkan supaya memakai Jaket Keselamatan yang disediakan (Kena Sewa RM10) kerana tiada Life Guard dan dasar tasik yang sangat dalam.

pulau dayang bunting Tasik Dayang Bunting
tasik dayang bunting tasik dayang bunting
Terdapat hanya satu pelantar yang besar disini dimana semua pengunjung datang untuk mandi. Ditengah pelantar terapung ini juga ada disediakan kolam untuk kanak2 mandi manda. Mandi disini adalah atas risiko sendiri dan anda perlu memastikan keselamatan diri dan ahli keluarga anda. Pastikan anda yang tidak pandai berenang memakai jaket keselamatan.

Pulau Dayang Bunting
Pulau Beras Basah
Pulau ini turut menjadi tumpuan pelancong dan terdapat resort di pulau ini. Di Pulau ini anda boleh buat aktiviti mandi manda dan snorkeling, pantainya yang cantik dan air yang jernih pasti membuatkan anda terpesona, anda boleh buat aktiviti snorkeling di pulau ini. Tak banyak yang boleh saya ceritakan tentang pulau ini sebab saya tak abis explore pun, lepak kat pantai mandi manda jer.
Pulau Beras Basah Pulau Beras Basah
Pulau Beras Basah Pulau Beras Basah
Selain itu jika anda berani dan suka adventure anda boleh menyewa jetski untuk satu hari dan anda bebas bergerak ke pulau-pulau berdekatan dan juga bebas pergi ke pantai-pantai lain yang lebih cantik.

pulau dayang bunting
Memberi Makan Helang ( Eagle Watch )
Boat akan singgah di perairan Pulau Singa Kecil berdekatan dengan jetty dan memberi makan burung helang. Kita akan dapat lihat dengan lebih dekat bagai mana kumpulan helang-helang ini menjunam ke laut dan menyambar makatan yang diberikan oleh tekong boat. Tekong boat akan mencampakkan isi ayam kedalam laut dan kemudian mematikan engin boat supaya suasana tenang untuk membolehkan burung-burung helang ini mengambil makan. Bagi peminat burung helang biasanya mereka akan singgah dan duduk di jetty Pulau Singa Kecil berjam2 untuk melihat burung helang dan merakam gambar.
pulau dayang bunting pulau dayang bunting
Jika anda ingin merakam gambar burung helang pastikan anda membawa camera Dslr yang mempunyai lensa zoom untuk gambar yang lebih jelas. Untuk melihat burung helang ini ada waktunya, jika anda datang bukan waktu yang sesuai kemungkinan tak banyak burung helang, tetapi jika masa anda datang tu kebetulan waktu burung-burung helang ini keluar mencari makan maka akan kelihatan banyak burung herlang berterbangan.

Begitulah sedikit sebanyak pengalaman saya ke Pulau Dayang Bunting. tak banyak yang boleh saya ceritakan. Lagi satu yang tak bagusnya jika anda ke tasik dayang bunting ini adalah signal telefon bimbit tiada. anda seolah2 terputus hubungan dengan dunia luar. pernah sekali terjadi kejadian dimana seorang pelancong luar negara terkena serangan jantung, mereka tidak dapat menghubungi bantuan kerana tiada signal telefon dan terpaksa menunggu kedatangan boat. boat pulak tidak tunggu selepas dia hantar kita ke pulau dayang bunting dia akan patah balik untuk mengambil penumpang yang lain. Akhirnya pelancong tersebut tidak dapat diselamatkan, sebaik sahaja boat yang tiba hendak membawa beliau keluar, pelancong tersebut telah meninggal dunia.

pulau dayang bunting

Sekian..

Posted in Cuti2 Malaysia, Jom Piknik, Melancong, Riadah Santai | Tagged: , , , , , , | Leave a Comment »

2H1M di Langkawi 2011

Posted by hamydy on 26, June 2011


2H1M di langkawi. Kesempatan ke Kedah walaupun sekejap sempat juga saya berjalan. so saya panggil trip 2h1m di langkawi. Sebenarnya banyak lagi tempat2 yang menarik yang boleh dilawati di langkawi ini, terutama pulau2 yang indah dan airnya yang jernih membadai pantai yang putih bersih pasirnya. 2h1m di langkawi tak banyak yang sempat saya lawat kerana ada urusan dan kesuntukan masa. Berikut adalah beberapa tempat yang sempat saya lawati.

 
Memancing di kawasan Black Rock tak jauh dengan Pekan Kuah dan Jetty.  Banyak juga ikan dikawasan ini, kena pandai guna umpan sahaja. sebelah petang ramai yang memancing dikawasan ini. kawasan ini juga tempat berlabuh orang dari boat layar, biasanya boat layar mat2 salleh.



Cabel Car. Harga untuk Naik Cabel Car ini adalah RM30 seorang, Jika masuk jam 5pm harga akan jadi RM15 seorang. Tiada apa kat atas sana cuma pemandangan yang menarik dan udara yang nyaman, Biasanya orang naik sebelah pagi sewaktu masih berkabus dan sebelah petang bagi menikmati matahari terbenam. Makanan dan Minuman tidak dibenarkan bawa masuk. Macam kat airport pulak pengunjung terpaksa tinggalkan mineral water kat gate nak masuk cabel car. Kat Station kedua dan ketiga ada disediakan Tandas dan Gerai makanan dan minuman. Jambatan Yang menghubungkan dua puncak, viewnya cantik dan dapat lihat pulau2 sekitar Pulau Langkawi.

Kedai Hj Ismail Group.Terletak kat Pekan Kuah merupakan tempat shoping coklat yang selalu dikunjungi orang ramai. orang ramai lebih suka membeli disini kerana harga coklat hj ismail group kat jetty lebih mahal sedikit berbanding kat pekan kuah ini, mungkin sbb harga sewa tapak mahal kot 😀 .

Pekan Rabu Langkawi. Terdapat Gerai makan atas pelantar boat. Gerai makan ni terdapat di banggunan dibelakang banggunan Pekan Rabu Langkawi dan banggunan ini merupakan tempat pelabuhan boat2 yang menawarkan pakej ke pulau2 sekitar Langkawi, antaranya pulau Tuba dan sebagainya. Diwaktu malam gerai hujung ini akan menjadikan kawasan pelantar ini sebahagian dari tempat makannya dengan meletakkan meja makan sekitar pelantar. View sangat menarik dengan dikeliling boat2 dan kawasan terbuka. Tapi awk jika bawa kanak2 agak bahaya. Di kedai makan ini juga turut di jual sate kajang yang diimport khas dari kajang, saya ada bertanya mereka syarikat mana dari kajang, Hj Samuri ke?, mereka pun tak tau, yang mereka tau bos mereka ambik dari kajang. Kedai makan ini tutup jam 2-3pagi sahaja.

Kedai Gamat Asli. Kat langkawi terdapat banyak kedai menjual gamat asli, banyak warisan2 yang ada. Antaranya Warisan salju, warisan hajjah puteh  dan sebagainya. Untuk makluman kalau nak beli harga murah kena pergi terus kat tempat prosesnya harga dapat separuh dari yang tertera pada botol tu. Contohnya saya beli krim gamat Warisan salju pada label botol harga tertulis RM12 kalau beli kat kilangnya dapat sampai RM6 sebotol, tapi bukan bei sebotol jer la.. beli 10 mcm tu dapat la.


Pantai Burau Bay. Lokasi pantai yang cantik, terdapat Pulau Baki yang terbentuk hasil hakisan pantai, menjadikan kawasan ini seperti teluk kecil, sesuai untuk kapal layar dalam kuantiti sedikit singgah dan parking dikawasan ini. Disebelah nya juga terdapat Chalet eklusif banyak mat salleh duduk Mutiara Burau Bay Resort” Kawasan pantai ni banyak “Dugung Putih” berjemur, cuci mata boleh la, tapi jangan “prak” sangat.

Sebelah Burau Bay terdapat Telaga Habour Park, Sebuah pelabuhan mimi untuk Parking Kapal2 layar. Kawasan view yang cantik dan terdapat rumah api yang tersergam indah.

Nak Ronda2 di Langkawi dan perlukan kereta sewa boleh la menghubungi no seperti berikut:
Paksu Zally : 014-7416379

Jangan Lupa sebut nama saya setiap kali nak tempah kenderaan dari pada beliau. Semua jenis kereta beliau boleh dapatkan. Servis yang bagus dan orangnya sangat peramah.

Berikut Adalah Tentative Perjalanan saya

Tentative
Hari Pertama-Jumaat-24 Jun 2011
10.00am – Tiba di Kuala Kedah – Tiket Habis
Terpaksa beli jam 12, Harga tiket RM23seorang. Boat last jam 7.00pm
12.00pm – Naik Boat
01.30pm – Tiba di Langkawi (Jetty)
01.45pm – Stay kat Penarak – jalan kaki 15 minit sahaja dari Jetty dan Dataran Lang.
05.00pm – Memancing di Black Rock – Kawasan tambak
08.30pm – Shoping di Pekan Kuah – Kedai Hj Ismail Group – Banyak Coklat murah

Hari Kedua-Sabtu-25 Jun 2011
09.00am – Sarapan
10.00am – Bertolak ke Cabel Car
10.45am – Tiba di Cabel Car – Tiket RM30 seorang untuk dewasa, RM15 jika beli jam 5.00pm
02.00pm – Makan di restoran tepi pantai Burau Bay.
02.30pm – Jalan2 di Pantai Burau Bay, Sebelah Mutiara Burau Bay Resort.
03.15pm – Jalan2 di Telaga Habour Park
04.00pm – Pergi beli kuih Pau Bakar kat area Makam Mahsuri- Pau Bakar yang terkenal sedap. (Mak ngah Limah)
06.00pm – Beli tiket boat ke Kuala Kedah
07.00pm – Tiba di Jetty, Ferry Delay disebabkan Geng Baju hijau membanjiri langkawi. (Geng Zhulian Malaysia Thailand seramai 4000 orang)
07.45pm – Baru Boat bertolak.

Sekian

Ini lah rupa Pau Bakar Mak ngah Limah yang sedap. Lokasi rumahnya adalah berdekatan dengan simpang hendak ke Makam Mahsuri, rumahnya tepi jalan. beliau buat bila ada tempahan, so kalau walk in nasib la kekadang ada kekadang tiada. so nak senang tempah awal.

Posted in Cuti2 Malaysia | Tagged: , , | Leave a Comment »