The life journey

Kembara Kehidupan

Gunung Berlumut

Posted by hamydy on 12, February 2008

Gunung Berlumut terletak di Kluang Johor. Pendakian kegunung ini amat mencabar kerana sumber air yang terhad. tempat kami berkhemah hanya ada sungai kecil yang hanya selangkah lebarnya, dan untuk mengambil air pulak terpaksa turun bukit.

Perjalanan bermula dengan mengambil keretapi senandung malam ke Kluang Johor (jam 1 pagi) di KL sentral. semasa dalam train kami dapati terdapat juga group lain yang juga hendak kesana.

Stesen Keretapi Kluang Johor, kami tiba dalam jam 5pagi, setiba saja kami membentangkan landsheet dan tidur beramai2 atas lantai stesen itu sampai masuk subuh. Group lain juga kelihatan tidur bergelimpangan di sekitar stesen.

sesudah solat subuh kami semua bersiap2 dan tunggu kafeteria stesen dibuka dan bersarapan beramai2. setelah sarapan kami menaiki sebuah lori pikup dan dihantar terus ke kaki gunung berlumut.

setiba di sana kami membuat persediaan terakhir dengan  membeli bekalan makanan dari kedai disana dan menyimpan sepasang pakaian bersih untuk pulang di stor pusat reakreasi itu. sedikit bayaran dikenakan untuk menyimpan dan penggunaan bilik air.

Perjalanan mendaki mengambil masa hampir 3 jam untuk sampai ke kawasan batu GIGI, disitu kami singgah untuk lunch dan kemudian meneruskan perjalanan ke tapak khemah terakhir dalam masa hampir 2jam. Dari tapak kemah ke puncak gunung hanya mengambil masa 15 minit. Setelah mendirikan khemah dan mengambil air di sungai kami menyediakan makanan dan kemudianya berehat.

keesokkan paginya kami ramai2 menuju kepuncak melihat matahari terbit, cuaca amat sejuk masa itu. sarapan pagi di puncak hanya dengan rati sandwish,

setelah selesai mkn tengahari kami mendaki turun dan pulang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: