The life journey

Kembara Kehidupan

Bukit Senaling (Awan Carpet View) ~ Kuala Pilah

Posted by hamydy on 4, December 2018

Bukit Senaling 2018

Bukit Senaling
Bukit Senaling terletak di Senaling, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Ketinggian Bukit Senaling adalah 394 meter. Tempoh masa pendakian biasanya akan mengambil masa satu hingga satu jam setengah untuk tiba ke puncak.

Menurut orang ramai yang pernah mendaki, awan karpet akan kelihatan mengelilingi puncak bukit pada awal pagi dan ada masa boleh menyentuh pendaki di puncak sehingga ditenggelami awan dan kabus. Awan karpet ini masih boleh dilihat sehingga jam 10 pagi, namun awan karpet yang betul2 mengelingi puncak Bukit Senaling adalah diawal pagi.

FB : Ulu Senaling Hikers merupakan sebuah persatuan yang diberi mandat oleh Jabatan Perhutanan Negeri untuk operasi pendakian Bukit Senaling. Ini kerana sepanjang laluan mendaki, pendaki perlu melalui kawasan tanah persendirian termasuk lah kawasan meletak kereta. Nombor yang boleh dihubungi 013-7991477 Ajim, 017-2249601,012-6582470.

Bayaran
Bayaran yang dikenakan adalah RM15 tanpa sarapan dan RM20 dengan sarapan. Pada saya bayaran ini agak mahal kerana. Pendakian ke Bukit Senaling ini tidak susah dan hanya melalui kebun dan ladang kelapa sawit sebelum mendaki ke Bukit Senaling.

  • Pakej RM20
    – RM5.00 Permit Jabatan Hutan
    – RM5.00 Buffet Minum Pagi
    – RM5.00 Guide
    – RM3.00 Pengurusan
    – RM2.00 Basic First Aid
    – Termasuk Parking

Bukit Senaling 2018

Lokasi
Bagi pendaki yang luar Negeri Sembilan anda hanya perlu waze Pekan Senaling, Tak jauh dari pekan senaling ada simpang masuk ini Koordinat simpang masuk 2.698796, 102.261535, manakala lokasi parking adalah 2.690491, 102.264534. Atau anda boleh terus waze “Start Point Bukit Senaling Hiking Trail” (2.690491, 102.264534).

Bukit Senaling 2018 Bukit Senaling 2018

Trekking Mula
Terdapat kawasan parking yang agak besar dan luas sebelum starting point. Kawasan parking ini adalah tanah milik orang, oleh itu sila lah parking dengan baik dan teratur supaya tuan tanah tidak marah dan benarkan kita parking. Permulaan di starting point, anda akan buat pendaftaran di pondok sebelah rumah penduduk ( Ada Banner Selamat datang ke Bukit Senaling dan Signboard Pendaftaran), selepas mendaftar anda akan mula mendaki bukit pertama sehingga ke puncaknya kebun getah dan ada pondok kecil. Selepas itu anda akan turun bukit menuju ke ladang kelapa sawit.

Ladang Kelapa Sawit
Selepas melintasi sungai kecil anda akan mula mendaki melalui kawasan kebun kelapa sawit. Trek menaik ini jika musim hujan sangat becah dan berklumpur tanah merah ( Jangan trekking selepas hujan 😦 ). Sepanjang trekking ini anda akan dapat lihat awan karpet sebelah kiri anda walaupun jauh  tapi pemandangan tetap nampak cantik. Seterusnya anda akan trekking sehingga penghujung ladang kelapa sawit ini. Disini anda akan dapat lihat hutan sehingga ke puncak Bukit Senaling.
Bukit Senaling 2018
Treking ke Puncak
Selepas penghujung ladang, trek semakin bercerun dan anda akan memasuki hutan dan jumpa tangga kayu. Dari tangga kayu itu anda akan mendaki agak curam sehingga ke puncak palsu. Selepas sampai False Peak trek landai menuju ke Puncak Bukit Senaling yang mempunyai Beirut. Tempoh masa mendaki jika normal adalah 1 jam 30minit untuk sampai puncak dan turun mengambil masa 45minit. Jarak dari starting pont ke puncak lebih kurang -+3km.
Bukit Senaling 2018 Bukit Senaling 2018

Bukit Senaling 2018
Bukit Senaling 2018
Sekian

Tentatif
0720 Start Trekking
0732 Puncak Kebun Getah
0806 Hujung Ladang Kelapa Sawit dan mula masuk hutan
0821 Puncak Palsu
0830 Puncak Bukit Senaling

Height :  394 m (1,293 ft) above sea level
Duration : 1 hours to 1 1/2 hours ascent, Decent 30 – 45 minute
Distance : About 3 KM

Facilities and Fees
Toilet and Bathroom : Tiada
Parking Fee : – Termasuk dalam pakej
Climbing Fee : – 2 Pakej (RM20 Dengan Sarapan), (RM15 Tanpa Sarapan)

Watch My Video of this Bukit Senaling hiking at : https://www.youtube.com/watch?v=t94uVQiSyzQ

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: