The life journey

Kembara Kehidupan

Penang Street Art

Posted by hamydy on 3, April 2015


Penang Street Art
Jalan-Jalan Cuti-cuti Malaysia kali ini membawa saya ke Penang. Fokus utama entri ini adalah Penang Street Art. Saya sering juga ke Penang sebelum ini untuk urusan kerja dan peribadi namun belum pernah sempat untuk explore tarikkan baru Penang iaitu Street Art ini. Penang Street Art ini sebenarnya adalah lukisan mural yang di lukis beberapa orang pelukis dari luar negara dan juga tempatan. Disebabkan lukisan mural ini unik dan cantik ia menjadi satu tarikkan pelancong untuk melawat tempat tersebut sehinggalah pihak berkuasa tempatan telah mempertingkatkan kemudahan CCTV dan rondaan polis pelancong sentiasa.

Lokasi Penang Street Art
Lokasi lukisan mural ini terletak di sekitar banggunan lama di pekan George Town. Jadi dari mana hendak bermula?. Kebiasaan pengunjung bermula di kawasan Lebuh Cannon, kawasan ini happening kerana tumpuan pelancong kerana di sini anda boleh dapatkan Peta Penang Street Art di hampir setiap kedai di kawasan ini dengan percuma yang diletakkan di kaunter. Ini koordinat tempat bermula 5.414818, 100.336547.

Permainan Penang Street Art Hunt
Biasanya ramai pelancong tempatan dan juga luar yang sering bermain permainan ini apabila datang berkumpulan 4-5 orang. Caranya mudah sahaja biasanya mereka bahagi kan kepada 2-3 group selepas itu mula mencari seberapa banyak lukisan mural dan bergambar untuk tempoh 2-3 jam sebelum berhenti makan di mana2 restoran nasi kandar. Ada yang berjalan kaki ada yang menyewa basikal. Bergantung kepada anda. Jika buat permainan ini dengan kawan2 ia akan rasa bertambah seronok dan enjoy.


George Town
George Town ini di liputi oleh banggunan-banggunan lama seperti rumah kedai 2 tingkat. Kawasan ini telah di gazetkan sebagai tapak warisan UNESCO pada 2008.

“Here is the Nomination Dossier submitted to UNESCO. “Melaka and George Town, Cities of the Straits of Malacca” was inscribed as a UNESCO World Heritage Site during the 32nd session of the World Heritage Committee which met in Quebec City, Canada, on 2-10 July, 2008.”

World Heritage Site Inscription Details
Inscription Year: 2008
Type of Site: Cultural
Inscription Criteria: II, III, IV



Tak banyak yang boleh saya ceritakan tentang Penang street Art ini. anda kena pergi dan mengalaminya sendiri sebelum lukisan-lukisan ini pudar dan rosak. Saya dapati sudah ada beberapa lukisan yang sudah pudar. Di kawasan ini juga terdapat banyak hostel dan hotel buget untuk backpacker. Anda boleh lihat banyak mat salleh di kawasan ini. Jika anda hendak kelainan boleh la menginap di hotel-hotel dari banggunan lama..nampak macam kembali ke masa silam.

Nasi Kandar Beratur ~ Masjid Kapitan Keling
Berhampiran Lebuh Cannon ini terdapat satu tempat makan yang agak famous. Nasi Kandar Beratur. Restoran ini di buka pada jam 10 malam dan terletak bersebelahan Masjid Kapitan Keling. Kenapa di panggil Nasi Beratur, adalah kerana pada jam 9.00 malam sudah ramai pengunjung beratur menunggu restoran dibuka. Kadang kala barisan menjadi panjang. Dan setiap kali anda datang pasti kena beratur🙂. Disebabkan saya datang siang hari saya makan di depan kedai Nasi Beratur ini, pada siang hari ada gerai kecik sebelah restoran nasi beratur ini.

Peta Penang Street Art di Google Maps
Terdapat lokasi Penang Street Art ini di Google Maps. Saya tidak pasti siapa yang buat tapi ia sangat membantu anda. Setiap lukisan murah di tandakan di dalam map tersebut. Anda boleh view di link ini

https://www.google.com/maps/d/viewer?ll=5.415901,100.337856&t=m&source=embed&ie=UTF8&msa=0&spn=0.01709,0.017145&mid=zfP8JNnikALg.kaUN6WQlZsuE

Sekian..Begitulah kisah pencarian Penang Street Art, walaupun tidak sepenuhnya tapi sempat juga saya mencari beberapa lukisan mural yang terkenal. Entri ini adalah kesinambungan entri Trip Star Cruise .

Tentative

Day 1 : 14/03/2015
04.00am – Memandu ke Penang
10.00am – Sampai di Butterworth naik Ferry
11.00am – Explore Penang Street Art (Lukisan Mural) & Makan Nasi Kandar
04.00pm – Lepak di Padang Kota sambil Layan Cendol
05.00pm – Parking kereta di Parking khas Star Cruise dan bergerak ke Swettenham Pier Cruise Terminal
05.30pm – Chek in, Ambik Kad Akses – Boarding
06.00pm – Masuk dalam kapal setelah melalui pemeriksaan
06.30pm – Masuk Cabin letak dan letak Beg
06.45pm – Makan Malam di Dek Utama – sampai nak muntah 🙂
08.00pm – Rehat di Cabin – Mandi dan tukar pakaian
09.00pm – Sambung Makan dan Minum di Dek utama/ Latian Kecemasan
10.00pm – Explore Star Cruise dan bergambar/ Ada Show di Dewan Utama
11.00pm – Lepak di Dek Utama sambil minum tepi swimm Poll sambil layan Live Band

Day 2 : 15/03/2015
01.00am – Layan movie (Big Hero 6)
02.30am – Movie Habis
02.40am – On the way balik ke Cabin Lalu depan Casino ( Penuh Orang 😀 )
03.00am – Tidor
06.00am – Bangun mandi dan siap2 untuk sarapan
06.30am – Sarapan bermula
09.00am – Siap sedia untuk Cek Out (Ke kaunter semak kad akses dan pulangkan Adaptor)
10.00am – Beratur untuk keluar
11.00am – Dah kembali ke kereta dan sedia untuk destinasi berikut nya 🙂
01.00pm – Sampai Alor Setar
06.00pm – Bertolak Pulang ke Kuala Lumpur
12.00am – Sampai Kuala Lumpur

5 Responses to “Penang Street Art”

  1. winnymarch said

    kami tak sempat berphoto dengan semua art street nya bang

  2. juliati said

    nice..memang kena pg ambil gambar la kat sini…kalo tak , x sah datang Penang..hihi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: